4 | EL

           MATA Gopal meliar mencari pasangan kasutnya di sebalik selipar-selipar yang bersepah. Entah macam manalah boleh bersepah, elok sahaja dia susun selepas keluar masjid. Sebaik sahaja ternampak apa yang dicarinya, terus disarung kakinya pada kasut itu.

   Kira bersyukurlah itu. Kadang-kadang kalau tidak bernasib baik, kena pakai selipar kahwin. Huhuhu... tidak fasal-fasal!

   "Eh, Gopal. Lama tak jumpa!" Sapaan suara dari hadapannya membuatkan Gopal mengangkat muka. Seorang wanita bertudung dengan beg tangannya tersenyum memandangnya.

   Gopal membalas senyuman kawan lamanya itu kembali. "Lah. Raisha rupanya. Kenapa kau datang sini?" Lengan bajunya yang agak terjatuh disinsingkan sedikit.

   Raisha menjongketkan, kening. "Haih, soalan bodoh mana kau tanya ini? Aku datang masjid nak solat Zuhurlah. Nak buat apa lagi? Lagipun aku lupa nak bawa kain telekung."

   Gopal menyengih dengan kesilapan sendiri. Betullah juga apa yang dikatakan Raisha. Aduh, rasa hendak benamkan muka dalam tanah pula! Huhuhu, segan sekejap.

  "Kau cakap dengan aku tak ada order ke sekarang?" Raisha menyoal berdasarkan baju penghantar makanan Grabfood yang disarung oleh Gopal.

   "Oh." Gopal merenung baju yang dipakainya sebelum memandang ke arah Raisha kembali. "Aku rehat sekejap. Nanti aku sambung balik lepas Asar. Alang-alang itu aku nak maka... ha, aku nak pergilah ini."

   Nanti terlambat pula hendak mendapat tempat startegik di kedai Mamak!

   "Ha, pergilah. Aku pun nak masuk masjid ini." Raisha menunjukkan ke arah masjid. Selesai mengucapkan selamat tinggal, Raisha melangkah masuk ke dalam ruangan masjid dan mencari ruangan muslimah.

   "Lah, budak pondan macam kau pun datang masjid juga ke?" Suara seorang lelaki menyindir seseorang menarik perhatian Raisha yang berura-ura ke ruangan perempuan.

   Habri yang dirangkul oleh lelaki itu menunjukkan riak tidak selesa. "Janganlah kacau saya, abang. Saya nak balik rumah ini."

   "Berabang-abang pula dengan aku. Eh, aku bukan gay macam kaulah." Lelaki itu serta-merta menjarakkan diri daripada Habri. Eh, abang ini yang dekat dengan Habri dahulu. Dasar tidak sedar diri.

   "Entah. Golongan lembut macam kau ini macam Sajat tau. Baik tak payah datang ruangan lelaki sahaja. Cakap pun macam perempuan." Seronok kawan lelaki itu menghina Habri. Mentang-mentang tiada ramai sangat orang.

   "Siapa kata?" Raisha dengan lantang memarahi dia orang. "Biarlah dia bersikap lembut sekalipun. Asalkan dia tak serupa dengan perempuan. Kau orang ini datang masjid, tetapi perangai macam syaitan juga. Eh, solat ke tak? Ke main kat belakang saf?"

   Tersentap dua lelaki itu mendengar mulut laser Raisha. Lelaki itu cuba membalas. "Eh, menyibuk pula per..."

   Raisha segera memotong. "Suka hati akulah menyibuk ke tak. Yang kau kacau lelaki ini, kenapa? Tak ada kerja? Ke penganggur kaki lima semua ini? Muka pun lagi teruk dari itu."

   Dia orang balas kata-kata Raisha macam dia orang tidak tahu betapa pedasnya kata-kata yang dilemparkan oleh Raisha.

   "Kau..." Kawan lelaki itu menahan tangan untuk menumbuk perempuan di hadapannya. Lagipun ini masjid, kalau AJK masjid nampak, mahu dihalau dari masjid itu dan pasti akan menjatuhkan maruah.

   "Apa hal itu?" Seorang lelaki tua yang baru selesai solat sunat empat rakaat selepas Zuhur melaungkan soalan.

   "Dah, bla. Bla." Lelaki itu mengajak kawannya untuk meninggalkan Habri dan Raisha di koridor masjid itu. Sudahlah menyibuk, lancang pula perempuan itu.

   Raisha menoleh ke arah Habri. "Kau okey tak? Lain kali jangan lemah sangat."

  Habri terpaku memandang gadis yang baru menyelamatkan dirinya. Sungguh, dia tidak sangka. Berani juga gadis ini berbanding dirinya yang penakut dan lembut itu.

   Raisha memandang ke arah dadanya dan Habri berselang-seli. Raisha yang salah-faham menjeling Habri. "Apa kau pandang aku? Pervert!"

   Habri panik menidakkan. Ditambah lagi dengan gaya tangan ingin menghalau lalat. "Ma... mana ada. Saya tak pandang pun benda tu..."

    "Eee, menyesalnya selamatkan. Jangan jumpa aku lagi!"

   "Bukanlah awak..."

   Dua lelaki yang mengusik Habri tadi menunggang motorsikal melintasi sebelah motor Gopal. Gopal menghentikan motor terkejut dengan kelajuan motor yang dibawa dua lelaki itu.

   "Fuh, nasib jantung aku tak terkeluar. Dahlah aku tak kahwin lagi." Gopal mengurut dada, perlahan. Serentak dengan itu, telefon Gopal berdering.

   "Siapa pula yang call ini?" Gopal memeriksa nama tentera pada telefonnya. Namun, tiada nama yang terpapar pada skrin. Gopal menongkatkan motornya tepi pagar masjid sebelum menjawab panggilan itu.

   Gopal mendekatkan telefon itu pada telinganya.   "Assalamualaikum..."

   Malu-malu di sebalik talian menjawab soalan itu. "Wa... waalaikumussalam. Ini Gopal Khadeen ke?"

   "Ya? Ini Shaz Rukan. Hehehe, gurau sahajalah. Ini memang Gopal Khadeen." Gopal sempat berseloroh dengan pemanggil. Siapa gerangan suara perempuan ini? Hendak kata penipu duit, suara macam kenal.

   Suara itu kedengaran ketawa kecil dengan gurauan itu. "Saya Sina Yaya. Yang jumpa semalam. Ingat, tak?"

   Entah mengapa badan Gopal terasa disuntik dengan jarum semangat. "Eh, ingat. Ingat. Kenapa telefon ini? Dan macam mana awak tahu nama saya?" Tengok, terus awak-saya panggilannya.

   "Oh... saya tanya kawan sekerja awak. Muzzakir namanya. Kawan awak itu, kan?"

   Bahu Gopal yang terhinjut penuh semangat itu dijatuhkan semula. Ala, ingatkan wanita itu tahu namanya secara semulajadi. "Ya, kenapa cik Sina Yaya call abang Shaz Rukan? Eh, tersebut nama samaran lagi."

   "Err, boleh tak kita jumpa dekat satu tempat ini? Saya hendak cakap dengan awak." Nada suara sebalik talian itu kedengaran berhati-hati dalam bertanya.

  Cakap sesuatu? Serta-merta Gopal tertoleh ke arah jam tangannya. Jarum menunjukkan jam 2:19 petang. Gopal segera bersetuju." Baiklah, tapi dekat mana?"

  "Erm, dekat Kedai Cinbiuk Kinrara? Boleh, kan?" Sina Yaya memberi nama kedai berdasarkan apa yang dilihat pada papan di dinding kedai itu.

   "Oh. Bolehlah. Bolehlah. Sekarang ke?"

   Sina Yaya tertelan air liur sendiri. "Kalau boleh... sekaranglah." Habislah... tidak mungkin dia akan berjumpa dengan Gopal beberapa minit selepas ini. Tolonglah, tidak bersedia!

   "Ha, nanti saya datang."

   "Oh, okey." Sina Yaya termatikan telefon tanpa sedar. Panik sekejap wanita itu. Macam manalah boleh tertekan butang warna merah itu? Berani benar jarinya mengkhianati tuan!

   Terus Sina Yaya mengeluarkan cermin lipat daripada poketnya. Topeng muka yang terasa senget dibetulkan. Awning tudungnya yang menjunam ke dahi sedikit dicantikkan.

   Aaa, sekejap lagi hendak jumpa encik 'crush'!

...

  Gopal merenung papan yang digantung atas bumbung kedai tingkat bawah itu. Selesai membaca buat beribu kali, akhirnya Gopal berpuas hati. "Ha, betullah kedai ini."

   Sementara itu, Sina Yaya tercongek-congek kerusi sambil menunggu kedatangan Gopal. Tidak sabar sangat sampai kerusi itu sekejap di angin, sekejap di tanah. Jatuh sekejap lagi baru tahu.

   "Assalamualaikum." Suara lelaki memasuki kedai tersebut membuatkan kerusi Sina Yaya yang terjongket tadi turun ke lantai simen kembali.

   "Bukan dia..." Sina Yaya berdesis perlahan melihat baju seragam FoodPanda yang disarung lelaki itu. Dia menyambung bermain jongkang-jongket dengan kerusinya.

   Beberapa saat kemudian, seorang lelaki berpakaian seakan penghantar makanan GrabFood memarkirkan motornya di hadapan kedai tersebut. Menyirap wajah Sina Yaya semasa mengesan mukanya melalui pandangan mata.

   'Itu dia. Itu dia.' Berulang-ulang kali Sina Yaya berkata di dalam hati. Semakin Gopal menaiki tangga, jantung wanita itu berdegup amat kencang. Ah, sesak terasa nafas!

   Entah mana silap Sina Yaya, kerusinya yang dijongketkan terjatuh ke belakang. Nasib Sina Yaya dapat berpaut pada meja walaupun dalam keadaan memalukan. Yalah, jatuh dalam keadaan melutut.

  "Cik, cik tak apa-apa ke?" Seorang gadis pengambil pesanan mendekati Sina Yaya yang wajah merona itu. Mesti malu benar gadis itu.

   "Okey. Okey." Tersipu-sipu Sina Yaya memberitahu keadaannya. Dia melabuhkan punggung di kerusi serta duduk gaya normal. Ya Allah, maruahnya!

   Ibu, Yaya janji Yaya tak jongketkan kerusi dekat mana-mana tempat. Malu, wey!

   "Awak... Sina Yaya, bukan?" Gopal bertanya meminta kepastian. Mana tahu mata sama tetapi muka lain-lain.

   Lambat-lambat Sina Yaya menjawab seraya dalam badannya melawan rasa segan. Jatuh dekat depan orang ramai kot! "Err, ya. Saya Sina Yaya. Du... duduklah."

   Gopal mengambil tempat di hadapan Sina Yaya, sebelah kerusi yang tidak dilekatkan pelekat tanda pangkah. Jaga penjarakan semua! Nak manis-manis boleh, namun encik Covid kirim salamlah!

   Kekok sekejap suasana antara mereka. Sempat Gopal mengangkat tangan meminta pesanan. "Order."

   Sina Yaya menolak. "Eh, tak apa. Saya dah makan dah tadi."

   Gopal memandang Sina Yaya yang bersarung topeng muka itu. "Eh, taklah. Saya hendak pesan untuk sayalah. Saya tak makan apa-apa lagi sejak tengah hari tadi."

   "Oh..." Sina Yaya terlopong di sebalik topeng. Dalam dirinya, siapa yang tahu. Mahu menjerit dan menggila atas kesilapan sendiri. Boleh pula dia perasan sendiri. Huhuhu, baik dia balik rumah sahaja macam ini.

   Gopal membetulkan kotak suaranya... atau mungkin menghilangkan rasa bahang di wajahnya. "Kenapa cik Sina Yaya hendak jumpa saya ini?"

   "Awa..." Sina Yaya memberhentikan ayatnya secara automatik tatkala salah seorang pekerja di situ menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.

   Pekerja lelaki itu bersedia dengan buku nota dan pen. Yalah, tidak mungkin mahu bersedia dengan komputer pula. "Order?"

  Gopal mengujarkan kata selepas meneliti kertas senarai makanan di kedai itu. "Saya nak... mee goreng dengan teh o ais."

   Sina Yaya terpaku mendengarnya. Minuman kegemaran yang sama. Memang tidak syaki ini, ini lelaki yang sama dia tunggu. Dia yakin! Segala perasaan malu tadi ditepis sekuat mungkin.

   "Akak pula?" Pekerja itu beralih pada Sina Yaya.

   "Bagi saya air milo suam." Sina Yaya hanya memesan minuman biasa.

   "Baiklah. Sekejap lagi sampai." Pekerja itu beredar daripada meja tersebut. Mustahil mahu sertai sekali. Silap-silap dapat penampar daripada salah satu pelanggan. Kita kena jadi 'single' yang budiman.

   "Awak... ingat tak har... yang... itu?" Berterabur ayat yang dilemparkan Sina Yaya kepada Gopal. Mungkin wanita itu terlalu gelabah.

   Serta-merta Gopal terputarkan kejadian Sina Yaya terjatuh daripada kerusi. Satu senyuman dihadiahkan kepada Sina Yaya di sebalik komen. "Tak apa, saya dah lupa dah."

   Nada suara Sina Yaya mengendur. "Oh, tak apalah."

   Gopal mengerutkan dahi. Adakah dia tersalah bicara? Gopal cepat-cepat mengubah ke topik yang lain. "Jadi, kenapa awak nak jumpa saya?"

   "Saya..." Sina Yaya mengetap bibir sebelum meneruskan tutur katanya. "Saya hendak ajak awak kahwin dengan saya."

   "Eh?" Gopal terkelu lidah mendengarnya. Sekejap, dia tersalah dengarkah? Rasanya baru bulan lepas dia mengeluarkan segala tahi telinganya. Sina Yaya ajak dia kahwin ke tadi?

   Melihat muka Gopal yang tergamam itu cukup membuatkan Sina Yaya menjadi panik." Eh, tak. Maksud saya. Dua minggu hadapan, saya akan paksa kahwin dengan anak kawan ibu saya. Tetapi, saya tak nak kahwin dengan dia. Saya tak kenal pun dia."

   "Dan ayah saya suruh cari lelaki pilihan kalau tidak saya kena kahwin anak kawan ibu saya. Jadi, saya nampak awak. Dan saya nak ajak awak kahwin." Sina Yaya akhirnya menunduk, tidak sanggup memandang Gopal.

   Gopal menjongketkan keningnya, lagaknya sengaja menyakat Sina Yaya. "Awak tak kenal saya, saya tak kenal awak. Kenapa awak pilih saya untuk kahwin dengan awak?"

   Sina Yaya tersentak mendengar pertanyaan Gopal. "Sa.. saya. Saya dah tak ada sesiapa hendak minta tolong! Tolonglah saya. Saya merayu."

   Kalau Gopal tidak ingin mengawininya bermakna... Jamsyir yang kabur-kabur memakai baju pengantin berlari ke arahnya dengan menjerit 'Sayang'. Ah, ngeri sangat!

  "Si..."

  "Ini makanan encik dan puan." Seorang pekerja datang dengan membawa dulang. Sepinggan mee goreng dan segelas teh o ais dihidangkan di hadapan Gopal manakala segelas milo suam diletakkan di hadapan Sina Yaya.

   Gopal melihat ke arah Sina Yaya yang merenung lantai terselit rasa bersalah. Lembut dia memanggil. "Hey, Yaya. Minumlah."

   "Saya akan kahwin dengan awak."

   Sina Yaya mengangkat wajah memandang Gopal dengan laju. "Maaf, saya tak berapa dengar. Apa awak kata?"

   Gopal memberi pandangan lembut dan mengulang sekali lagi. "Saya akan kahwin dengan awak."

...

   "Jadi dia ajak setujulah untuk kahwin dengan awak?" Kecoh suara Habri meminta kepastian setelah mendengar cerita daripada Sina Yaya.

   Suara Alia mencelah selepas sahaja Habri bercakap. "Ha, kan akak dah kata. Mesti lelak... apa, ya? Ha, abang Gopal Yaya setuju punya. Sebab itulah kita kena jangan bagi suara negatif takluki kepala kita."

   Sina Yaya menghela nafas berat lebih kepada keluhan ke arah skrin tabletnya. Dia sedang membuat panggilan video dengan Alia dan Habri. Tudungnya yang senget dibetulkan sedikit.

  "Tetapi, dia macam tak ingat Yayalah, kau orang. Sebab dia kata..." Yaya melakonkan kembali lagak suara Gopal. "Awak tak kenal saya. Saya tak kenal awak. Kenapa awak pilih saya untuk kahwin dengan awak?"

   Habri cuba meyakinkan sepupunya. "Ala, jangan macam itu, Yaya. Mana tahu dia gurau sahaja?"

   Sina Yaya menggeleng, perlahan. "Taklah. Dia pun kata dia tak ingat peristiwa itu."

   "Oh..." Alia laju mengalih ke soalan lain. "Ha, macam mana dengan esok? Kan si Gopal itu kata hendak jumpa ibu dengan ayah esok? Mesti romantik dan sweet kan esok."

   "Eh, mana ada. Akak ini. Biasa-biasa sahaja. Cuma takut reaksi ibu dengan ayahlah. Nanti tidak fasal kena kahwin dengan Jamsyir. Aaa, tak nak." Sina Yaya menutup wajahnya dengan tangan.

   Nasib sekarang masuk waktu tidur. Ini kalau Puan Finna dengar, mahu diteranjang pintu bilik anak daranya. Yalah, calon menantu yang 'sempurna' kena kutuk. Mesti hati wanita itu berang rasanya.

  "Wahai Sina Yaya, saya sebagai ahli magis memberikan kamu semangat positif. Fuh!" Alia meniup angin ke kameranya. Harap tidak merecik air liur pada kamera tersebut sebab nampaknya Alia pergi lap kameranya.

   Sina Yaya ketawa kecil. Dia membuat tabik seperti askar. "Baiklah, setelah mendapat semangat itu. Saya, Sina Yaya telah mendapat semangat positif semula."

   "Bagus, anak muda. Bagus! Inilah yang kita harapkan!" Alia membuat suara lelaki dalam masa yang sama cuba meniru gaya Papa Zola.

   Habri membuka topik perbualan baharu. "Ha, awak! Awak semua. Tadi kan dekat masjid, saya jumpa dengan jodoh."

  "Jodoh?" Alia membetulkan kedudukannya di sofa. Memandangkan suaminya sedang menonton siaran bola di sebelah, dia teman sahajalah. "Wey, jangan kata kau masuk ruangan muslimah. Tak mengaku kawan aku."

   Habri merona merah menidakkan. "Mana adalah. Dia selamatkan saya dari orang yang selalu kacau saya dekat masjid. Masa itu saya rasa saya sudah jatuh cinta."

   "Wah, jumpa bakal isterilah ini?" Sina Yaya teruja mendengar kata-kata Habri. Yalah, jarang sepupunya sebut fasal perempuan. Siap dengan perkataan 'cinta' lagi.

   Alia turut memuji. "Amboi, pandai dah Habri sekarang ini!" Si Siao Fang layan sahajalah suara isteri dia bertempik di sebelah.

  Dalam mendengar Habri berborak, Sina Yaya membuka beg tangannya. Hendak dilihat resit dari restoran itu nanti. Makanan tadi pun sedap, rasanya boleh pergi sana lagi. Tidak semena-mena, sebuah kad kecil berada di begnya juga.

   "Kad apa ini?" Sina Yaya berbisik pada diri sendiri. Kad itu diambil dan dibelek. Saat diterbalikkan kad tersebut, mata Sina Yaya terbuntang luas.

Jangan kahwin dengan lelaki itu. Tetap kahwin dengan Jamsyir. Kalau kau kahwin dengan orang selain Jamsyir, aku pasti hidup kau tak akan bahagia.

Malah bukan menuju ke syurga. Tapi menuju ke NERAKA!

    Huh? Siapa penghantar kad ini?

.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top