39 | EL
Bilik stor cafe Almanda
Pagi sebelum kejadian...
EL-AMIN berpeluk tubuh mengerling ke arah dua ahli White Knight menanggalkan kulit kepala palsu dari kepala si Gopal. Skarf getah yang menampung rambutnya juga dibuang ke tepi. Gopal menggaru kepalanya.
Aduh, rasa panas pula pakai benda ini! Macam mana ya perempuan sarung tudung setiap hari?
Siao Fang bertanya ke arah El-Amin yang jauh mengelamun. "Kalau kau nak cakap sesuatu, baik cakap sekarang." Soalan itu dibalas dengan nguapan El-Amin.
El-Amin menjegil ke arah lelaki itu. "Kenapa aku nak datang cafe ni? Setakat nak tunjuk ajar macam mana nak buang make-up, baik aku tengok Youtube."
"Dan kenapa Gopal kena berlakon hilang ingatan dan cedera parah?" Gopal yang membetulkan rambutnya teralih ke arah El-Amin. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Sebenarnya, aku ada jumpa pengesan lokasi dalam telefon aku. Sebabnya bila aku telefon orang je, selalu rasa berdesing dekat telinga aku ni ha."
"Jadi?" El-Amin menjongketkan keningnya. "Itu tak menjawab soalan aku."
Siao Fang mengalih kakinya pada lutut. "Aku rancang, untuk tamatkan semua ni sampai ke sini. Dan aku malas nak libatkan adik aku satu hal. Kalau hari tu lawan tembak dengan orang jahat, esoknya main bom gamaknya." Sempat lagi Siao Fang mengutuk adiknya dengan panjangnya.
"Dan aku guna teknik psikologi, kalau ada pengintip yang tahu Gopal hilang ingatan, mesti dia akan serang Gopal keseorangan..." Penerangan Siao Fang disampuk oleh Marisa.
"Jadi mesti dia tak akan guna orang sekeliling Gopal sebagai tebusan." Marisa tersenyum seperti orang tidak bersalah setelah memotong kata Siao Fang.
Siao Fang terdiam merenung lantai. Baiklah, aku malas hendak cakap mulai sekarang.
"Kan, Gopal?"
Marisa tidak sedar dia hanya memanggil tuan jasad tersebut, rohnya sudah pergi entah ke mana. Fikiran Gopal berligat memikirkan tentang khabar gembira diterimanya semalam. Rasa bersalah pula dia berpura-pura hilang ingatan sedangkan dia patut bergembira tentang cahaya mata itu.
Macam mana kalau ada yang terjadi pada Sina Yaya... ataupun dengan dia?
"ADUH!" Berdesing kepala Gopal berlaga sama dinding. Dia memandang gerangan yang berwajib menghantukkannya. "Kau kenapa, Amin? Hantuk hantuk aku... nanti aku hilang ingatan betul-betul nanti, baru padan muka!"
Siao Fang pun... hiks, kenapa tidak menolong adik ipar kamu?
"Dah kau macam nak pergi kayangan je, aku kejutkanlah kau balik." Tidak tahulah El-Amin berjenaka atau tidak dengan riak muka begitu. Serius sangat! Mungkin marah dikacau selepas Subuh tadi.
"Kenapa kau tak buang saja cip dalam telefon tu?" El-Amin mencari muka Siao Fang, menyoalkan jawapannya. Sayangnya, wajah Siao Fang sekarang cuma berpacak pada lantai sahaja. Ala, Siao Fang... janganlah macam ini.
Belum sempat El-Amin menyentuh kepala Siao Fang, segera Gopal menyampuk bagi menyelamatkan lelaki itu. "Kalau buang cip tu, kantoilah aku sebenarnya tak hilang ingatan. Jadi memang tak cabutlah."
Akhirnya, Siao Fang bersuara. "Kau memang dah hampir kantoi pun. Peramah sangat macam tak serupa amnesia! Sampai aku terpaksa nasihatkan kau."
"Aku mana masuk course lakonan dulu. Mana aku tahu nak berlakon amnesia macam mana?" Gopal membantah. Dia tidak tahu betapa berdebarnya kekalkan watak Gomnesia ini.
"Kau nak lindungi adik aku ke tak?"
"Oh, berani main ugut-ugut, ya!"
"Jadi apa kau nak aku buat sebenarnya?" El-Amin segera menghentikan pentengkarannya. Ikutkan hati, dia suka sahaja tengok orang gaduh namun disebabkan tubuhnya tidak tidur semalaman. Matanya memberat dengan kantuk yang kuat sangat... terpaksalah.
Siao Fang tersedar terbawa-bawa perasaan tidak puas hatinya. Sudahlah bergaduh depan ahlinya yang lain. Eh, tak nak. Tak nak. Gopal pula berlagak bergaya, memandang ke arah dinding seperti perlakon drama Hollywood yang baru putus cinta.
Siao Fang berdehem sesaat. "Aku nak kau berlakon jadi Gopal."
"Melisa dan... aku tak ingat nama, akan ubah suai kau kepada Gopal. Memandangkan mereka akan menyerang Gopal hari ni." Siao Fang teringat pesanan Mirin diperolehnya malam semalam.
Gadis di sebelah Melisa berkerut-kerut, masam mencuka! Tahulah dia cuma orang sampingan di sini!
" Menyamar?" El-Amin dan Gopal mengulang serentak. Bezanya dahi El-Amin sudah berkerut seribu manakala air muka Gopal seperti kanak kanak riang!
"Ya. Jangan risau, tugas kau cuma hantar makanan seperti biasa. Dekat kawasan sini kebanyakkan, jadi tak perlulah hantar sampai ke Perlis jauh tu." Siao Fang bangkit dari duduknya. "Kita akan tunggu sampai si Tequila tu sendiri serang 'Gopal'."
Tanpa sebarang amaran, tubuh El-Amin diserang oleh Melisa dan gadis itu. Tak ada kata setuju, terus mukanya diserbu. El-Amin menjeling ke arah Gopal yang mengangkat dua jarinya. Buku limanya ditunjukkan lalu tenggelam dalam pengubah-suaiannya.
Jangan kau pergi ngorat bini aku dengan muka aku sudahlah!
...
"Huh?" Sniper milik Elmarsya turun ke sisi wanita itu. Dia memandang kosong tubuh El-Amin lalu tubuhnya menggeletar menghambur tawa. "Hahaha, kau membebel pun, kau tak sedar yang kau dah masuk dalam perangkap!"
Beberapa pekerja kontraktor keluar daripada khemah, dan ada juga yang muncul dari tempat persembunyian.
"Semuanya di sini ialah orang E.R lah!"
El-Amin menoleh kiri dan kanan secara bersahaja, bagai dalam taman tema riang sahaja. Dia menyambut pengumuman itu dengan sengihan. "Kau ingat aku tak tahu ke?"
Serentak dengan itu, sebuah lori besar merempuh pagar papan zink tersebut. Semuanya berlaku sekelip mata, saat pintu belakang lori itu terbuka, berpusu-pusu ahli White Knight melompat dari trak lori.
Termasuklah si Gopal sekali.
Keriuhan mula berlaku, ramai mula mengisi semua peluru serta menjulang semua senjata. Berdesing telinga masing-masing menangkap bunyi peluru dilepaskan.
Rizu, ketua E.R memunculkan diri dari bayang-bayangnya. Dari titi besi bangunan tidak siap itu, dia memerhati pertumpahan darah di bawah. Dia mengukir sinisan penuh makna.
"Marilah sebarkan kebencian ini!" Tangannya diangkat tinggi-tinggi seolah-olah mempersembahkan sesuatu. Perlahan-lahan tangannya diturunkan seraya matanya memerhati ke arah satu target.
Gopal yang baru sahaja meluru ke arah Elmarsya ditumbuk curi daripada belakang. Tumbukan itu dibalas sama buku lima si Gopal. Nampaknya bukan giliran Gopal untuk masuk ke dalam gelanggang bersama Elmarsya.
Mata coklat antara mereka itu bertentang. Elmarsya pantas mengangkat sniper namun kepalanya menjadi sasaran. Pening lalat dirinya apabila ditendang sehingga ke belakang. Sniper rasa dicapai lalu segera dihalakan pada kepala El-Amin. Malangnya, halanya tidak kena!
El-Amin lincah mengelak menuju ke arah Elmarsya, kelangkangnya diteranjang ketika dia ingin merembat sniper pihak lawan. Kesenakkan El-Amin memberi peluang kepada Elmarsya bingkas bangkit.
Kaki El-Amin yang ingin mencapainya ditembak berdas-das tanpa rasa bersalah. Darah mula keluar dari lubang kecil seluar sampaikan terlentang lemah terus tubuh El-Amin. Elmarsya tersenyum melihat kemenangannya. "Itulah... jangan berlagak sangat."
"Eh?" Elmarsya terkedu apabila bahunya terasa dipegang seseorang. Tidak semena-mena terasa daya yang kuat menariknya menghempap lantai!
Tidak cukup dengan itu, kepalanya yang berdenyut kencang menghadap langit semula. Dia cuba mengangkat snipernya sambil melawan rasa berpinar pada matanya. Dapat dilihat sepintas lalu El-Amin menggigit bajunya sendiri, menahan sakit.
El-Amin laju merampas sniper si El-Marsya sebelum menjunamkan wajah wanita itu menghentak tanah berpasir itu. Topeng Tequila yang disarungkan sosok itu mula retak dan berkecai.
"ARGH!"
Lelaki itu kecudang ke tanah, menandakan dia tewas dalam pentempuran. Yang berwajib menembak kakinya mestilah tidak lain kalau anak encik Kumar ini!
Sudahlah tembak anak orang! Boleh pula dia tergelak terbahak-bahak seperti sedang main PUBG. Siao Fang mengerutkan dahi memandang adik iparnya. Bahkan musuh lalu kat sebelah pun hanya bagi satu tumbukan untuk pengsankan mereka.
Macam main tembak tembak katanya. Tetapi kenapa depan aku ini dah macam sociopath pula? Mungkin melepas stress kot.
Gopal cepat berpusing ke belakang. Kebetulan lelaki berpisau di tangan itu meluru ke arahnya. Mencari maut dengan Gopal namanya! Satu tembakan terkena pada kaki lelaki itu tetapi Gopal pula yang jatuh ke hadapan.
Lelaki bermisai itu menghala pistol ke arah Gopal. Picu tidak sempat ditarik, tulang dagunya pula berbunyi sehingga tubuhnya berputar ke belakang.
Siao Fang menjeling ke arah Gopal yang lambat-lambat membangunkan diri. Dia berdecit. "Kau ini, kita lawan bukannya dalam game. Hati-hatilah sikit. Nanti kalau kau mati, tubuh kau aku campak dalam sungai."
"Maaf." Gopal membalas sepatah. Sempat pula Siao Fang bernasihat ala bapa di sini. Senapangnya diambil tatkala makin ramai musuh menghampiri. Peluru juga diisi lekas.
Berjarak beribu meter dari atas, seorang lelaki meneropong keadaan bawah menggunakan snipernya. Dasar, orang sibuk berlawan di bawah, dia sibuk buat analisis di atas bangunan. Rizu, tolak gaji dia!
Mangsa ditangkap matanya. Ditujukan muncung sniper jarak jauhnya sehingga kepala Gopal menemui titik merah pada 'teropong'nya. Das peluru dilepaskan, namun kepala Gopal bukan yang kena malakan kepala si penembak itu sendiri pecah.
Izzkhair meniup hujung snipernya ala ala seperti penembak handal. Dia pasti itu ialah penembak sniper terakhir dari kumpulan E.R. Sekarang sasarannya ialah di atas sekali.
Di mana adik susuannya, Rizu berada.
Tumbukan demi tumbukan dihayunkan pada pihak lawan sehingga sakit kaki dan buku lima Gopal dibuatnya. Sempat pula peluru senapangnya habis! Itulah, semangat sangat menembak tak ingat dunia tadi!
DUSH! Tiba-tiba sebuah papan tanda bertulis 'Amaran, Babi Melintas' melayang ke arah kepala Gopal. Entah dari mana dapatnya papan tanda itu. Akibat pukulan itu, Gopal tercampak ke arah dinding lori. Bingit telinganya cuba mengawal keseimbangan setelah berantuk kuat tadi.
Dalam keadaan separuh sedar, leher bajunya ditarik kasar. Tuan Cralet merenung ke dalam mata Gopal yang entah mahu entah tidak mahu terbuka itu. Darah mula mengalir jatuh ke leher Gopal.
"Mari tamatkan permainan bodoh ni sampai sini saja." Tuan Cralet menjulang pisaunya ke langit, untuk ditembak jatuh ke bawah. Tak sempat si Cralet memberi reaksi, kepalanya pula disepak menghentam dinding lori.
Siao Fang menarik Gopal yang masih pening pening lalat itu. Kala Tuan Cralet bergerak menghadap mereka, pipinya ditembak tanpa amaran.
"Sayangnya, tu peluru terakhir aku, tau." Siao Fang menjatuhkan pistolnya di hadapan Cralet yang mengerang pedih. Matanya mengerling ke arah Gopal yang makin pulih tahap kesedaran.
"Nampaknya tinggal kau dan aku,"ucap Gopal dalam menawan tahap peningnya. Kacaulah pening ini, baru nak tunjuk bergaya sedikit.
Mata Siao Fang membesar melihat posisi Gopal. Masakan tidak, posisi itu sama seperti posisi adiknya bersiap sedia menggunakan seni pertahankan dirinya.
Suasana sepi mengejutkan Siao Fang dari lamunannya. Nanti Gopal ingat aku kenan ke dia pula. Ketika pihak lawan sudah tidak memekik kesakitan, Siao Fang melaung kuat.
"Gunalah seluruh tenaga kau, Gopal!"
Siao Fang menerbangkan pukulan. beberapa kali pada Cralet. Pukulan dan sepakan berselang-seli diterima antara dua pihak. Perlawanan itu berpihak pada Siao Fang tatkala Siao Fang berjaya merangkul Tuan Cralet dari belakang...
"Kerana lelaki ini buat keluarga kau macam neraka!"
... lalu dilempar ke arah Gopal yang sudah bersiap dengan tendangannya.
✨✨✨
Gopal : Kenapa kau banyak cakap pula masa lawan?
Siao Fang : Sebab masa tu tak ada orang sampuk aku cakap.
Gopal :
.
Ha, baru lepas sembahyang terawih ke semua? Ke baru lepas belajar? Sebab nak suruh hantar surat minta maaf ni dekat pocong... *diketuk oleh Dark Nooroo*
Dark Nooroo : Dia kan kena ikat!
Maaf, sebab sekejap-sekejap update. Inilah kesannya setelah naik alam baru iaitu alam SPM TvT. Belajar tak boleh main-main macam tahun lepas, kena serius.
Tetapi jangan risau, aku akan curi curi masa update sampai habis sebab memang dah nak habis pun. DAN TAMATKAN SENGSARA AKU DENGAN KESWEETAN DIA ORANG....
Nah, meme untuk korang 😔✌🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top