38 | EL

                      KEADAAAN hospital hari ini hanya ditemani suara pesakit dan bunyi televisyen sahaja. Al-maklumlah, sekarang baru sahaja pukul 9 pagi, jadi tidaklah ramai pesakit lagi. Orang yang duduk di kerusi penunggu pun lebih kepada buat hal masing-masing sahaja.

   Siaran iklan di dalam televisyen bertukar menjadi logo TV11. Wartawan wanita itu seperti teragak-agak untuk memulakan penyampaian. "Dah mula ke?"

   "Eh, dahlah. Cepatlah cakap."

   "Ah, maaf. Maaf" Pandangan wanita itu mula beralih tepat pada skrin kamera. "Selamat datang ke berita TV11. Beberapa hari yang lalu, sebuah hotel telah diletupkan di Cheras, Selangor. Seorang meninggal dunia dan seorang tercedera parah."

   "Pasukan bom menjumpai tiga bom yang bertanggungjawab meletupkan hotel tersebut." Paparan skrin menunjukkan dua anggota polis bersama tiga serpihan bom di atas meja. "Polis mengeksyaki ada pihak kongsi gelap yang terlibat dalam aktiviti pengeboman ini."

   "Tambahan pula, polis membawa pulang lima kilogram peket dadah iaitu jenis heroin base, heroin no 3 dan heroin no 2 di tempat kejadian. Tidak dilupakan seorang mayat lelaki dijumpai berhampiran dengan lokasi dadah tersebut."

   Pintu bilik nombor 5 terbuka mengalihkan perhatian Sina Yaya. Sina Yaya bingkas bangun menanti seseorang itu keluar.

  "Menurut pihak polis, siasatan masih dijalankan."

   Gopal memegang permukaan kepalanya. Erm, tak adalah sakit mana seperti yang dibayangkan. Sina Yaya perasan tingkah laku Gopal bertanya. "Kenapa? Sakit ke? Dia cabut hidup hidup kan."

  Gopal menurunkan tangannya. "Eh, tak adalah. Tak sakit pun. Mungkin sebab dia letak ubat bius... jadi rasa geli geli je."

   "Eh?"  Riak wajah Sina Yaya berubah pelik. "Tak sakit? Seriuslah. Ke awak tipu sebab tak nak susahkan saya?"

   Laju lelaki itu mengangkat tangan. "Eh, tak ada. Betul! Kalau saya tipu mesti saya jerit dalam bilik tu... aduuuuh. Aduuuh!" Malu ditengok ramai orang, Gopal berhenti lalu tersengih.

   Melihat wajah Sina Yaya masih tidak percayakannya, Gopal menukar topik. "Tak adalah. Jom pergi bagi kad kat kaunter cepat. Nanti biar kereta bawah panas lama-lama, panas bontot kita nanti."

   "Ha, yalah. Tapi boleh saya tengok kepala awak nanti?" Sina Yaya cuba menjengkitkan kaki. Sedarlah diri pendek paras dada Gopal sahaja, itulah siapa suruh kahwin suami tinggi sangat.

   "Kat rumah nantilah jelah tengok." Gopal sengaja menekan kepala Sina Yaya, membuatkan Sina Yaya berhenti menjengket. Sina Yaya mencebik di sebalik mask seraya matanya menjeling ke arah Gopal. Ini height-shaming!

   Sesampai sahaja ke kereta, pasti ini pengalaman perit sekali. Ya, kerana kerusi kereta anda panas. Nasib baik kereta sekarang ada pendingin hawa, cuma kalau kereta Perodua zaman dulu-dulu. Panasnya... fuh!

   "Ha, ha, saya ada sesuatu nak tunjuk dekat awak." Sina Yaya mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Gopal yang memulakan enjin hanya memandang ke sebelah.

   "Tada!" Sina Yaya memberi kertas kit mengandung itu kepada Gopal.

    "EH! Awak positif Covid ke!" Belum sempat Sina Yaya menjelaskan, Gopal sudah menembak dahulu. Serta-merta satu tamparan terkena pada bahu Gopal.

   "Eh, jaga sikit mulut tu. Saya mengandunglah." Sina Yaya membuka topeng mukanya. Mukanya memerah seketika. "Tadi saya cek dekat hospital masa awak masuk bilik doktor."

   "Eh, mengandung?" Okey, dekat sini skill sosial Gopal dipersoalkan. "Macam mana boleh mengandung? Dan tahniaaah!" Gopal terdiam seketika. "Sekejap... awak pergi cek seorang diri ke?"

   Sina Yaya melepaskan pegangan Gopal pada bahunya. "Ah, jangan risaulah. Saya dah besar. Dia adalah tanya saya last period bila dengan buat scan. Nasib saya ingat kalau tak, tak pasai pasai kena bebel."

   "Ini pun saya panik jugalah. Nasib encik Google ada."

   Riak wajah Gopal ternampak risau dan teruja dalam masa yang sama. "Napa tak beritahu saya?"

   "Erm, awak kan hilang ingatan... dan baru keluar dari hospital. Saya tak naklah membebankan awak." Sina Yaya menjadi gugup melihat muka Gopal yang monyok seketika. Ha, sudah.

   "Ah, tapi saya nanti ada temujanji nanti. Lagi empat minggu... jadi sebulanlah. Baru saya tahu minggu ke sepuluh baru boleh buat buku pink tu." Sina Yaya mengeluarkan itonasi ceria untuk menyemangatkan Gopal.

   "Awak nak mengidam apa apa ke? Nak makan masa buka puasa nanti ke?" Amboi, tak menyabar betul Gopal bila dapat tahu Sina Yaya mengandung.

   Yalah, kalau kita dengar orang terdekat kita mengandung... mesti kita teruja lain macam, bukan? Ah, kecuali kalau orang itu lelaki.

   Sina Yaya tersengih besar. Ush, peluang ini! "Kalau macam tu, saya nak makan kat hotel 5 bintanglah!" Berpeluh Gopal mendengarnya. Sudahlah baru lepas bayar bil hospital tadi.

   Sina Yaya tergelak kecil dengan air muka Gopal. "Tak adalah saya nak coklat je. Choki choki pun jadilah."

  Gopal menekan pedal minyak. "Ha, kalau macam itu coklat apa? Ada banyak jenis coklat. Cadbury ada? Kitkat ada? Ke nak Forrero Rosher?"

   "Hahaha, tak adalah. Mana-mana jelah. Beli ikut coklat awak sukalah. Nanti boleh kongsi tanda awak nak pergi kerja esok," cadang Sina Yaya.

   "Ah, kalau macam itu saya beli roti coklat Gardenia jelah." Gopal sempat berseloroh ketika membawa kereta. Tak risau kereta terbabas ke?

   "Ah, tak naklah macam tu." Sina Yaya menindakkan. Aduh, dia sudahlah betul betul mengidam coklat. Aiskrim coklat pun jadilah.

   Gopal tertawa mendengar. "Ha, yalah. Yalah. Kita pergi beli Cadbury jelah." Tunggulah coklat Cadbury, akan diserbu di kedai berhampiran nanti!

...

   Duit dan makanan bertukar tangan. Selesai juga salah satu penghantaran makanannya. Akak pun satu... jauh sangat rumah akak terletak dari kedai. Nasib dapat duit.

  "Terima kasih." Serentak, Gopal dan pelanggan itu mengucapkan. Jangan risau, ini memang adat rakyat Malaysia.

   Geligat dan gaya Gopal diperhati oleh seseorang melalui teropong. Dia menurunkan teropongnya sambil membetulkan kedudukannya yang duduk di atas motor yang ditongkatkan.

   Elmarsya mendekatkan teropong pada matanya. Tangannya pula sibuk memegang beg silang yang mengandungi sniper, memastikan ia masih ada di dalam. Bibirnya mengoyak senyuman memerhati Gopal yang sudah pergi.

   Senyuman itu lama lama berubah kepada keluhan. "Kita habiskan semua ni sampai sini akhirnya." Tongkat motornya disepak ke atas.

   Motor pinjaman Gopal kini melalui laluan sunyi sepi menyebabkan Gopal menyanyi untuk menghilangkan rasa senyap sekeliling. Mungkin diam ini sebab dekat dengan kawasan perkuburan. Ah, jangan lupa nak bagi salam pula sedang sibuk nyanyi tu!
  
   Tidak semena-mena telefon di dalam bakul motor milik Gopal berdering. Gopal menoleh ke bawah sekilas "Siapa pula call ini? Eh, Sina Yaya?"

   Gopal mula menukar gear motor sedikit demi sedikit menuju ke seberang jalan yang selamat. Naya kena langgar masa jawab telefon! Baru sahaja roda bertemu dengan tanah rumput, bahunya ditembak.

   Elmarsya berdecit geram. "Tak kena pula!" Peluru diisi. Ingatkan tidak perlu bazirkan banyak peluru pada hari ini.

   Gopal melarikan diri dari motor. Bahunya dipegang. Berdarah teruk! Nasib baik dia tunduk tadi. Dia mengangkat wajah mencari gerangan menembaknya. Matanya terpacak pada perempuan bertopeng menghalakan sniper ke arahnya.

   "Bang!"

   Saat tembakan dilepaskan, Gopal laju mengambil langkah meninggalkan tempat kejadian. Elmarsya yang cuba menyasarkan arah tembakan pada mangsanya namun gagal kerana Gopal asyik bergerak.

   "Tak ada cara lain!" Pedal minyak ditekan kasar. Motor itu kemudian meluru laju ke arah sasaran yang sedang mencabut langkah seribu.

   Gopal masuk ke dalam kawasan keramaian atau lebih tepat... bazar Ramadhan.

  Pasti kalau masuk ke dalam ini, si Tequila aka si Elmarsya tidak dapat mengeluarkan snipernya di tempat awam. Jadi kenapa dia masih berlari? Sebab si Elmarsya masih mengejarnya 1 kilometer dari belakang!

   "Laju pula si gemuk tu pergi." Elmarsya membelok masuk ke dalam bazar Ramadhan.

   Seorang remaja perempuan berdiri di belakang gerai satay ayam. Gopal yang berlari laju menarik perhatiannya. Laju dia mengeluarkan telefon dan merakam aksi Gopal.

   Remaja itu tergelak nakal. "Boleh jadi meme ni." Tiba-tiba bunyi motor yang laju melintas di hadapannya membuatkan dia tercampak telefon sendiri. Skrin itu mula bertukar menjadi warna RGB yang bercampur.

   "Tidak!" Jeritan itu tenggelam dalam keriuhan menonton kejar-mengejar antara Gopal dan Elmarsya.

   Gopal menangkap lorong di seberang longkang jalan itu. Pantas dia memusing arahnya dan melompat ke ke dalam gerai pisang goreng itu. Selaju kilat, dia berlari dan melompat ke seberang jalan.

   "Apa benda tu... woah!" Penjual-penjual bergerak ke tepi tatkala Elmarsya menyelit ke celah ruangan gerai. Papan yang kebetulan disandarkan pada dinding rendah longkang itu ditujunya.

   Sekelip mata, motor Elmarsya berada di langit sebelum selamat mendarat di atas jalan.

   "Huh... huh..." Gopal mendail nombor telefon seseorang. Ada terselit masa juga ya masa berlari! Telefon itu berhenti berdengung. "Hello, Gopal?"

   "Hello, sesiapa! Aku tak tahu. Ada orang kejar aku. Dia baru sahaja tembak aku..." Telefon itu tercampak dari tangannya. Tangan Gopal juga terluka tempias peluru yang terkenanya.

   "Jangan haraplah." Elmarsya berdesis sinis. Lagipun dia tidak boleh bunuh Gopal di tengah jalan macam ini. Lagi lagi di jalan besar ini. Menurut arahan, badan Gopal mesti tak boleh dijumpai!

   Yang buat dia rasa sakit hati, laju pula Gopal lari dari motornya ini!

  Gopal mengelap darahnya pada baju. Ruang masuk lorong kecil tidak jauh di hadapannya nampaknya menjadi jalan keluar terakhir.

   Kali ini mata pistolnya diarahkan pada kaki Gopal. Cukuplah kita main sampai di sini sahaja. Tangannya menarik picu tetapi siapa sangka peluru itu mengenai jalan sebaliknya.

   Mata Elmarsya terbeliak menoleh ke belakang. Gopal sudah masuk ke dalam lorong kecil tanpa dia sedari. Dalamannya menjerit kegeraman. Dia deras mengalihkan arah motornya ke lorong kecil tersebut.

   Habis semua benda dilanggar motor milik Elmarsya. Sampaikan anjing yang duduk tepi tong sampah pun boleh lari ketakutan akan bunyi motor Elmarsya.

   Motor Elmarsya berhenti perlahan-lahan memandang blok merah dan putih amaran yang diletakkan pada penghujung lorong itu. Motor itu terhempas ke tanah. Mungkin bukan motor Elmarsya.

   Mata Gopal meliar pada sekeliling kawasan pembinaan itu. Papan zink diletakkan menghalang rupa jalan raya di luar sana. Kawasan pembinaan ini pun diletakkan di antara dua buah bangunan. Ah, tiada jalan keluar!

   "Kenapa?" Sinaran cahaya matahari memancar pada topeng Elmarsya yang baru keluar dari lorong kecil itu. Sniper itu diangkat. "Tiada jalan keluar."

   "Siapa kau..."

   Elmarsya tertawa sinis. Dia mengangkat sinpernya mengarahkan pada Gopal. "Ada kata-kata terakhir?"

   "Pff..." Gopal terhambur gelak secara mendadak. Suara gelakannya begitu kuat sehingga Elmarsya terdiam sendiri. Dia mengeluarkan jarum daripada poketnya. "Tak sangka kau gunakan sniper untuk tembak jarak dekat."

   'Gopal' mencucuk badannya sendiri. Keluar angin dari belon angin yang tersarung pada badannya. Peket berisi warna merah dikeluarkan dari bahu dan dicampak di hadapan Elmarsya.

   Elmarsya terkaku tanpa suara, ataupun lebih kepada keliru. Apa yang dah terjadi sebenarnya?

   "Bunuh orang tanpa perasaan." Lelaki itu menarik topeng kulit pada mukanya. Alat penukar suara pada lehernya juga dibuang. El Amin kini menunjukkan belangnya. "Itu memang orang macam kau kan?"

   Bulu roma Elmarsya meremang.

   "Tequila?"

  

 
 

✨✨✨

Maka kita pun sama macam Elmarsya. Terkejut. Cuma bezanya kita terkejut lalu terkentut

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top