37 | EL

                          TUT! Jari itu menekan simbol merah, maka panggilan pun ditamatkan. Suara dua orang kawan baik si Gopal ini memang riuh. Orang orang dekat pasar pun boleh angkat bendera putih dengar suara Rizal dan Afiq.

   Gopal, kau okey ke? Kau ingat aku lagi tak? Macam mana kau boleh cedera ni? Kau nak kita orang melawat ke? Risau benar dengan si Shakh Rukan itu!

   Telefon itu dimasukkan ke dalam poket. Badannya keluar dari bilik, meliar keluar mencari sosok tubuh Sina Yaya. Eh, jangan salah faham! Rumah ni tiba-tiba sunyi sebab tu rasa pelik kalau tak dicari.

   "Erm..." Sina Yaya mendengung kecil, perutnya direnung. Dia hanyut dalam fikirannya buat seketika. 'Rasanya dah cek juga pagi tadi, jadi betullah positif mengandung. Jadi kena pergi hospital ke macam mana ni?'

   Al-maklumlah, dia kosong pengalaman memandangkan baru kali pertama mengandung. Hendak beritahu ibu, sekarang tengah sibuk hal suaminya hilang ingatan.

   Sina Yaya tersenyum pahit. "Tak naklah menyusahkan pu..."

  Pinggang Sina Yaya dicuit mengejut. "Semut berkawan satu-satu!"

   "Mak!" Terhinjut bahu Sina Yaya. Laju kepala dia berpaling ke belakang. Siapa lagi nak main cuit dalam rumah ini kalau bukan si Gopal?

   "Maaf, maaf." Gopal menjarakkan diri dari Sina Yaya. Risau pula dikokaknya oleh bini sendiri. "Tak nak menyusahkan apa? Nak beli apa apa untuk masak berbuka nanti ke?"

   Ah, tidak sangka telinga Gopal tajam juga. Sina Yaya berdehem, mendapat idea untuk menapis ketelanjuran katanya. "Erm, nak beli kicap sebab kicap tak ada. Ha, awak pasti ke nak pergi kerja lusa? Esok dahlah kena pergi hospital."

   "Mana tahu masa pergi kerja saya akan ingat apa-apa ke." Kya yang tengah makan hampir terludah whisker mendengarnya. Hilang ingatan pun kuat benar dramanya.

   "Oh, sebelum awak kerja dekat kedai abang, awak kerja sebagai Grabfood. Hantar makanan dekat orang." Sina Yaya memberi maklumat tambahan. Jangan tanya Grabfood itu menatang apa sudahlah.

   "Oh." Gopal terdiam sejenak. "Saya berhenti kerja sebab apa?"

   Yaya kehilangan kata. Dia memandang sekeliling, mencari jawapan. "Err... sebab..."

   "Assamualaikum... assalamualaikum!" Suara riuh seseorang memberi salam dari luar menyelamatkan Sina Yaya. Tidak payah petik nama sesiapa jadi alasan.

   "Meow?" Kya menjenguk depan pintu pagar. Dikira orang yang duduk di luar rumah. Satu... dua... tiga... ah, semua badut. Baik dia masuk pergi sambung hirup air pula.

   "Eh, abang? Dan kak Amanda!" Sina Yaya kalut membetulkan tudung. Ingatkan siapa yang panggil macam orang gila, rupa-rupanya pekerja kakak iparnya! Oh, dan ada Siao Fang juga.

   Siao Fang mendongak kepala mencari sosok Gopal di belakang Sina Yaya. "Mana si Gopal tu?"

  "Ada." Sina Yaya membuka kunci pagar. Wajah Gopal keluar dari dapur, melangkah ke ruang utama. Dia terkebil-kebil memandang orang ramai di luar pagar. Ha, sudah. Nak aku bersosial ke bagaimana?

   "Gopal kau sihat ke?" tegur Amanda saat Gopal muncul di hadapan mata. Rizu segera menyiku isterinya, bisik perlahan. "Dia kan baru lepas ingatan, sepatutnya perkenalkan nama dulu."

   "Mana pula si Kang Jian tu? Katanya nak datang? Ke dia bawa Lamborghini datang sini?" Lelaki bertahi lalat di bawah pipi itu menilik jam tangannya. "Agak-agaklah."

   "Sekejap lagi dia datanglah tu. Kau tahu dia bersiap punyalah lama." Siao Fang membuka selipar barulah menjejak kaki ke dalam. "Assalamualaikum..."

   Tapak kaki Kya acapkali muncul di muka ruangan dapur. Tapi tuan punya badan terketar nak keluar. Mungkin tak biasa dengan orang luar. Samalah dengan seorang yang dah jadi patung manusia tu.

   Siao Fang melabuhkan punggung ketika dijemput duduk. "Kalau kau tak ingat, mari aku buat pengenalan semula, ini..."

   "Yang ini kak Amanda. Sebelah kak Amanda tu suami dia, abang Rizu. Yang ada tahi lalat bawah mata tu pula Qafael." Sesi salam kenal dari Sina Yaya diakhiri jelingan oleh Siao Fang.

   Kurang asam punya adik. Sebab inilah aku malas nak bercakap.

   "Oh, hai?" Gopal melambai janggal tidak semena-mena. Yang hanya balas cumalah Rizu. Ya Allah, dia punya malu tak boleh bawa bincang. Rasa mahu lari masuk bilik sahaja sekarang.

   "Pon! Pon!" Sebuah lori berhenti di hadapan pangsapuri rumah itu. Kedengaran bunyi tapak kaki berlari menuju ke sisi badan lori tersebut.

   "Selamat sejahtera, rakyat semua!" Seorang wanita cina mengibar bendera Malaysia dari luar rumah. Entah dapat dari mana bendera kecil itu pun tak tahulah. Nasib pakai mask, hilang alasan untuk bayar saman.

   "Dan itu pula puteri Hang Li Poo." Sempat lagi Sina Yaya menyambung sesi perkenalan itu.

  "Puteri Hang Li Poo here! Okey, bergerak, pengawal! Move!" Hang Li Poo laju mengarah-arah orang di dalam lori membuat kerja. Bunyi pintu lori dibuka menyapa ke telinga masing-masing.

   "Apa benda dia nak buat tu?" Gopal mula rasa keliru dalam ketakutan. Siap bawa lori lagi datang rumah. Gila-gila punya 'puteri' ini.

   "Biasalah. Anak CEO." Qafael menongkat dagu seperti tiada apa-apa. Dah... dah selalu terjadi ke, bang?

   "Eh, apa benda pula kau nak menyemak kat rumah orang ini?" Amanda merasa jengkel melihat perabot yang diletakkan di hadapan rumah Gopal.

   "Dengar sini, rakyat derhaka." Hang Li Poo memetik jari, gedik. "Inilah hadiah dari singgahsana beta sempena rumah baru untuk rakyat-rakyat beta. Hasil usaha pemangku ( ayah )  beta tau!"

   Gopal menoleh ke arah Siao Fang dan Qafael. Mereka berdua hanya memberi pandangan 'dah memang selalu terjadi' kepada Gopal.

   "Eh, tak apa ke tuanku... siap ada meja lipat ni?" Ha, sudah... Sina Yaya pun dah masuk air sekali dengan Hang Li Poo ini.

  Hang Li Poo tersenyum, seperti ada efek cahaya keluar dari belakangnya. "Beta dengar kamu tukang jahit. Jadi mestilah beta berkenan menganugerahkan peralatan dapur dan meja lipat ini untuk keluarga kamu."

   Gopal terdiam seketika. Ah, sangat mukadimah ayat di dalamnya. Gopal mendekati muka pintu luar. "Tapi susah-susah saja nak hantar benda ni." Sina Yaya mengangguk-angguk, setuju.

   Hang Li Poo tersengih sinis. "Heh, mana ada susah. Beta kan anak raja!" Dadanya didabik beberapa kali. Amanda yang melihat, merengus tidak puas hati. "Ah, tak payah dramatik sangat ayat itu!"

   "Diamlah!"

   "Meow..." Kya melompat naik ke atas meja lipat yang baru dipindahkan ke dalam bilik itu. Eh kucing ini. Orang belum buka pembalut lagi, tak menyabar betul nak rasmikan punggung dia tu.

   "Okey okey, terima kasih pengawal semua" Pekerja-pekerja lori itu hanya menjatuhkan kepala beberapa kali sahaja. Entah pasrah ke tidak dengan kilennya kali ini.

   Sina Yaya duduk mencangkung di celah ruangan yang ada. Yalah, dengan mesin menjahitnya. Kain-kain yang dilipat dan diletakkan sepanjang sisi dinding. Ini kalau nak mengemas memang berpeluh tubuh!

   "Ah, mesti ambil masa nak kemas semua ni." Sina Yaya membelai lembut tubuh kucingnya. Gopal pula sibuk berbual (lebih kepada pendengar) kaum lelaki di luar sana. Baru sahaja nak luang masa dengan suami sendiri.

    Sina Yaya menepuk-nepuk pipinya beberapa kali. Ah, janganlah emosional sangat, Sina Yaya! Biasalah rasa keseorangan itu. Kau mana boleh melekat dengan Gopal dua puluh empat jam! Ini untuk Gopal juga.

   "Eh, kenapa tepuk diri sendiri tu?" Amanda datang tiba-tiba di sebelah Sina Yaya. Janggal Sina Yaya. Dia cepat-cepat mengalihkan tangan dari pipi seraya tertawa kecil. "Tak adalah, rasa ngantuk sedikit."

   "Rasa ngantuk pun, tak perlulah nak tepuk diri se... eh, kucing!" Amanda menjerit kecil. Hatinya dicuit melihat Kya yang menunjukkan perut ke arahnya. Nak minta disentuh ke, sayang? Nanti kucing itu jawab, mana adalah, manusia.

   "Oh, nama dia Kya."

   "Oh, Kya. Alolo... comelnya Kya!" Amanda mencapai Kya datang ke pahanya. Kya apa lagi? Terus kucing itu mengguna teknik ninja meloloskan diri dari pegangan Amanda. Yes, stranger, danger!

   Sina Yaya tergelak merasa Kya menyorok di belakangnya. "Tak adalah, kak Amanda. Dia takut dengan orang luarlah tu."

   "Takut lagilah akak nak datang dekat dia." Amanda sengaja acah dekat. Melihat perbuatan Amanda yang mengancam itu, Kya pergi menjauh dari mereka ke longgokan kain.

   "HAHAHA! Dia bukan takut... tapi jijik dengan rakyat derhaka macam kamu." Hang Li Poo masuk selamba ke dalam bilik tanpa diundang. Paling tidak tahannya, boleh pula dia minum air depan orang yang berpuasa!

   "Ah, diamlah! Dah minum depan orang puasa." Amanda menunding jari ke arah gelas dipegang Hang Li Poo. Sudahlah dahaga tahap petala, dibuat main main pula.

   "Ah, maaf." Hang Li Poo lantas memusing ke arah bertentangan lalu meneguk air sehingga habis. "Okey dah." Selesainya, dia langsung menyertai mereka duduk.

   "Yang barang-barang ini bila nak kemaskan? Ke nak minta bantuan beta dan rakyat-rakyat beta?" Hang Li Poo mempelawa bantuan.

   "Boleh ke?" Sina Yaya ragu ragu untuk menolak. Yalah, nak minta tolong pada Gopal, gerun luka pada kepalanya terbuka pula.

   "Takut menyusahkan ke? Tak adalah, mana ada menyusahkan. Benda ni kalau buat sama-sama, mesti mudah punya." Amanda menambah. "Lagipun bosan juga duduk kat luar, laki pun borak hal laki."

   "Kalau macam tu, kamu semua buatlah. Beta tolong tengok." Hang Li Poo berpeluk tubuh dengan kening yang terangkat. Berlagak betul mukanya!

   "Ah, tak payah!" Amanda mencari barang untuk dibaling. Selalunya dalam kedai, bolehlah baling headshot batang penyapu ke arah Hang Li Poo.

   "Hahaha, tak ada barang nak balinglah tu." Hang Li Poo mengambil kain terdekat namun pergelangan tangannya digenggam seseorang. Perlahan-lahan ditoleh ke tepi tanpa suara, Sina Yaya tersenyum seram bersama mata terpejam.

   "Ah, jangan main dengan kain tu." Dan akhirnya kain itu diletakkan.

   "Hahaha, marilah kemas! Dan sekurangnya kamu tak ada barang untuk baling lagi ke..." Sebuah beg milik Amanda terkena tepat pada muka Hang Li Poo.

...

    Jam berdetik seiring dengan irama denyutan telefon itu. Meskipun panggilan video itu telah dimainkan, cengkerik masih belum menghentikan muziknya.

  "Macam mana dengan solat terawih? Okey ke?"
  
  "Okey je. Adalah ustaz yang ajar kami. Cuma... tak lancar manalah. Baca Al-Fatihah sahaja setakat ini. Tu pun tak lancar mana," jelas encik Kumar.
 
    Sina Yaya cuba menaikkan semangat bapa mertuanya. "Okeylah tu, appa. Jarang dapat solat terawih. Kira bertuahlah. Soal lancar tu, boleh perbaiki... kan, Gopal?"

  Gopal yang mengelamun itu terpinga-pinga tatkala ditegur. "Ha, ha... betullah tu." Dia hanya mengiyakan walaupun tidak memahami.

   "Gopal okey tak?" Puan Sarindi menyoal, risau. Yalah, duduk termenung saja cucunya itu.  Puan Jivanta cuba mencelah. "Ke Gopal masih belum dapat ingat kami..."

   Teragak-agak Gopal hendak memberi jawapan. Dia mengeluh seketika sebelum bersetuju dengan pertanyaan itu. "Maaf, sebab belum ingat pāṭṭi, appa, amma... dengan Samantha lagi."

   "Tak adalah, benda tu boleh sembuh nanti. Tapi memori yang ada sekarang untuk dicipta. Jadi tak perlu salahkan diri... and just enjoy yourself bak kata orang putih." Sempat lagi encik Kumar berseloroh dalam nasihatnya.
  
    Samantha menyelit pada celah riba encik Kumar. "Abang dah jadi macam nenek tua ke, appa? Jadi pelupa."

   "Eh, tak baik kata macam tu."

   Sina Yaya pantas menoleh ke arah Gopal yang bangun. Laju dia bertanya melihat Gopal terus melangkah tanpa suara. "Eh, awak nak pergi mana?"

   "Saya nak pergi tandas je. Sekejap je." Gopal beredar tanpa sempat Sina Yaya membalas apa. Sina Yaya mengetap bibir merenung bayang Gopal sudah tiada di hadapan mata.

   "Sina Yaya." Encik Kumar menghentikan ayatnya, memastikan anak menantunya bertentang mata dengannya. "Macam mana dengan Gopal sekarang?"

   "Gopal... Gopal okey je. Esok nak pergi dekat hospital, nak cabut kesan jahit dekat kepala." Sina Yaya sengaja menunjukkan kepalanya sendiri. "Jangan risaulah, appa. Kita orang okey. Gopal okey."

   "Dan Gopal terasa macam... tetap Gopal yang sama." Dada bajunya dicengkam.

   Encik Kumar menguntum senyum. "Walaupun apa apa pun keputusan yang kamu buat, appa harap kamu kuat dan hati-hati."

   Sina Yaya terkedu seketika. Cengkaman pada bajunya dilepaskan.

  Mesin jahit itu diletakkan perlahan-lahan ke atas meja lipat itu bersama-sama. Sina Yaya membetulkan tulang temulangnya. "Ah, siap pun akhirnya. Terima kasih tuanku, terima kasih, kakak."

   Hang Li Poo menepis hidungnya sendiri. "Hahaha, demi membantu rakyat, itu memang menjadi salah satu tugas beta!"

  "Tak adalah memang kalau bab bab  mengemas memang dah jadi terapi untuk akak." Amanda menikmati permandangan bilik tersebut. Permukaan meja dicalit. "Dari habuk ke tak ada habuk, memang senanglah."

   "Nerd." Komen Hang Li Poo itu dijeling Amanda. "Oh, ya. Sebenarnya sebelum beta singgah di dalam bilik ini, beta ada nampak kakaknda dan raja kamu masuk ke dalam bilik. Katanya mahu berbincang."

   "Kita orang akan hati-hati"

   Sina Yaya mengerling ke arah luar apabila bunyi pam tandas ditarik. Yang paling penting, apa yang abang bincangkan dengan Gopal sebenarnya?

  
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top