35 | EL

                     "AH, rasa nervous pula." Sina Yaya teragak-agak untuk mengalih pandangannya pada alat penguji kehamilan itu. Dia punya rasa cemas itu sama macam nak tengok keputusan ujian SPM dulu.

   Pagi tadi bukan bersemangat Gopal berikan dia alat ini. Entah bila dibeli pun tak tahu. Padahal dia bukan pandai guna pun. Terpaksalah menuntut ilmu di internet... kalau nak tanya pada ibu, mesti akan berbahang muka ini.
  
    Haih... redha sahajalah.
 
   Perlahan-lahan kertas itu dipandang. Kelopak matanya yang ditutup lambat-lambat dibuka. Riak wajah Sina Yaya berubah membisu. "Eh... eh?"
 
  Ada dua garis terbit pada kertas itu. Tidak silap dia, dua garis ini membawa maksud... Pipi Sina Yaya berubah merah, dalam masa yang sama dia cuba menahan senyumannya. 'Aku mengandung... ke?'

   Sina Yaya automatik menundukkan tubuhnya ke bawah, mulutnya ditekup disemai rasa terharu. Malu pun ada sebab dia sendiri tidak sangka akan mempunyai cahaya mata bersama-sama Gopal.
 
   Badannya ditegakkan lalu kit penguji kehamilan itu digenggam kemas. Sina Yaya bersorak riang di dalam hati. 'Ah, tak sabar nak bagitahu abang Gopal, ibu, ayah, along, kak Alia... semua oranglah."
 
   Dari gayanya macam Sina Yaya nak bagitahu satu dunia sahaja. Silap haribulan, beruang kutub pun tahu fasal berita ini.
 
  "Yaya, tolong ibu sekejap!"

   Tepat pada masanya. Sina Yaya pantas menyahut. Kit penguji kehamilan disimpan baik-baik ke dalam poket. Dia mengorak langkah laju ke muka pintu bilik ibunya. "Ibu, ibu nak tahu..."
 
    "... tak." Lidah Sina Yaya serta-merta keras melihat tiga orang lelaki mengelilingi ibunya.
  
   Air mata pada Puan Finna mengalir deras sementara pistol lelaki itu betul-betul berada di sisi kepalanya. Tambah lagi mendebarkan, terdapat simbol ER di leher mereka yang bertato.
 
   "Bagus, sayang. " Nada lelaki bertato itu seperti mengejek. "Jangan risau, semua ahli White Knight yang jaga rumah ni... aku tidurkan dia orang je. Tak yah susah kau orang nak gali kubur dia orang."
  
   Dia menolak-nolak pistol itu pada kepala puan Finna. "Ikut kita orang, kalau tak... perempuan tua ni kami bunuh."
 
   Wajah lelaki itu dan puan Finna dipandang silih berganti. Entah mengapa kakinya menyekatnya untuk bergerak. Sina Yaya menelan air liurnya yang terasa kelat.
 
   "Bang!"

   Sina Yaya mengerling ke arah tembakan itu, betul-betul berada di sebelahnya. Peluru itu berjaya membuat lubang cantik pada permukaan pintu bilik ini.

   "Cepatlah!"
 
   Lekas wanita itu menarik langkah ke arah lelaki itu. Dua rakan yang bertindak sebagai penjaga di belakang hanya tersenyum sinis. Nampaknya senang sahajalah kerja kali ini. Tidak perlu bersusah payah menghabiskan peluru pada perempuan tua itu.

   Lelaki itu menjongketkan kening dengan keberanian Sina Yaya. Selalunya perempuan seperti dia... akan berteriak ketakutan pada masa ini. "Kau pasti kau tak bawa senjata?"

   Sina Yaya menyeluk kedua poketnya keluar. Dia meraba-raba pakaianya sendiri sebagai bukti. "Tak."

   Lelaki itu seakan mempercayai alasan Sina Yaya. Wajah puan Finna dipandang tajam. "Kau, perempuan tua. Jangan berani call polis atau beritahu sesiapa. Kalau tak, aku akan bunuh anak kau ni!" Lelaki itu beri amaran tegas pada puan Finna. Namun...
 
    Sina Yaya menarik nafas dalam-dalam.
 
   ... lelaki ini bodoh dalam menilai seseorang.
 
   Sina Yaya laju menepis pistol di tangan lelaki menyebabkan pistol itu tercampak jauh. Belum sempat lelaki itu memberi apa-apa reaksi, kelangkangnya telah dilututkan sekuat hati oleh wanita itu.
 
   "Ergh!" Lelaki itu memegang kemaluan sendiri sambil menahan senak. Sina Yaya menggengam kepala lelaki itu secara mendadak, terus kaki lelaki itu ditendang sehingga menyebabkan lelaki itu terhantuk pada lantai.
 
   Aduh, boleh rasa sampai ke sini kesakitan abang itu. Sudahlah kena sakit dekat situ, terhantuk pula.
 
   "Perempuan ni... lain macam." Kalut rakannya yang memakai topeng muka menyeluk pistol miliknya sedang sahabatnya seorang lagi cuba menyerang balas.
 
   Baru sahaja melangkah sejejak, sahabatnya itu telah diteranjang tepat pada kepalanya. Dia menyeringai saat pistolnya diangkatkan. Namun, senyuman itu terhenti apabila Sina Yaya turut mengangkat pistol.
 
   "Bang! Bang!"

    Rakan itu hilang keseimbangan sewaktu kedua-dua kakinya dimasuki peluru. Lelaki tadi yang sudah hilang kesakitannya, bangun kembali. Eh, pantang menyerah sebelum kalah. Haram keturunannya untuk kalah pada perempuan!
  
   "Marilah lawan, perempuan! Eh?" Lelaki itu bingung apabila kepalanya tiba-tiba dipegang sekali lagi. Arahnya bukan pada tanah, tetapi pada konconya seorang lagi.
 
   Bedebab! Sekali lagi lelaki itu jatuh dengan penuh kesakitan. Namun sesi pengsan kali ini, dia tidak berseorangan. Sahabatnya seorang lagi turut berjelepuk sama.
 
   Gerakan tangan Sina Yaya lembut turun ke bawah seiring bersama hembusan nafasnya. Dia melihat satu persatu mangsanya yang sudah pengsan kecuali rakan yang ditembak pada kaki tadi.

   Inilah hasil setelah dia berguru dengan Ummi, isteri Jack selama ini.
 
   Sina Yaya mengetap bibir sesaat. "Aduh, rasa bersalah pula saya. Sakit ke?" Ini kalau abang itu dengar, memang dia hantuk kepala kau berkali-kali dah, Yaya.
 
   "Yaya, okey?" Puan Finna menyoal lemah. Barangkali kesan lebam yang dibuat oleh lelaki itu. Ah, hilang pula rasa bersalah mengenakan tae kwan do pada dia orang tadi.
 
   "Yaya okey je," ujar Sina Yaya. "Ibu macam mana pula?"
 
   "Bang!"
 
   Peluru itu melintas laju memasuki katil. Tahulah dari mana datangnya tembakan itu. Lelaki itu cuba menarik picu sekali lagi, malangnya tangan itu dipijak pula oleh Sina Yaya.
 
   "ARGH!"
 
   Kesakitan itu berakhir ketika kaki Sina Yaya dialihkan. Sina Yaya segera menolak pistol itu mengakibatkan pistol itu tercampak ke dinding. Tangan lelaki itu dicengkam.
 
   "Awak semua ini E.R kan?" Soalan Sina Yaya disambut dengan kebisuan. Sina Yaya terdiam sejenak. 'Kalau mereka sanggup hantar E.R sampai ke rumah ni... tak, tak akanlah."
 
  Lelaki itu menjerit kesakitan tatkala pergelangannya digenggam kuat. Matanya yang dipejam erat mula terbuntang ketika bertentang mata dengan Sina Yaya.

  "Mana suami aku!"

...

   Sesampainya kakinya di hadapan bilik wad biasa, segera dimasuki sahaja tanpa fikir panjang. Di dalam kepala Sina Yaya hanya bergelumang lautan risau saja. Lagi-lagi bila dapat tahu hotel yang Gopal pergi, meletup secara tiba-tiba.
 
   Sina Yaya berjeda ketika melihat Gopal di atas katil. Tetapi, pandangan lelaki itu tampak kosong sahaja. Di sisinya terdapat seorang doktor lelaki dan abangnya yang memakai topeng muka.

   Doktor itu kembali bertanya soalan pada Gopal. "Kembali ke soalan saya tadi... boleh encik bagitahu apa ibu negara Malaysia?"
 
   "Kuala Lumpur."
 
  "Virus apa yang melanda sekarang ini?"
 
   "Virus Covid-19." Lemah nadanya.
 
   Doktor itu mengeluarkan pen dari poketnya. "Tolong tekan tekan pen ni."
 
   Gopal cuma menurut permintaan doktor itu. Pen hitam itu dipicit butang pen itu berulang kali.
 
   Mulut Sina Yaya seakan terkunci pada masa itu. Dia mencari wajah Siao Fang, mengharapkan jawapan dari abangnya. Doktor itu seolah berbincang dengan Siao Fang sebelum mendekati Sina Yaya.
 
   "Puan, isteri encik Gopal ke?" Doktor itu menarik nafas panjang. "Ikut saya ke dalam bilik. Saya nak bincang sesuatu dengan puan."
 
   Sina Yaya mengigit bawah bibirnya kala tubuhnya berada di dalam pejabat doktor itu. Dia lambat-lambat melabuhkan punggungnya bertentangan doktor tersebut. Terukir nama Daim pada tanda namanya.
 
  "Begini, puan..." Doktor Daim meletakkan  fail pesakit di hadapan Sina Yaya. Kertas X-Ray dari fail itu dikeluarkan. "Kepala suami puan terhentak sebab dia jatuh dari tempat yang tinggi."

   Berpeluh Sina Yaya menatap imej bahagian otak itu. Matanya memandang ke arah jari tunjuk milik doktor itu. "Hentakan itu menyebabkan kecederaan pada dinding otak."

   Retakan pada dinding itu dibulat berkali-kali kemudian barulah doktor itu mengalih pandangannya ke arah Sina Yaya yang terkaku.

   "Setelah kami lakukan pembedahan otak pada suami puan, nampaknya suami puan tak ingat seluruh memorinya termasuk dirinya sendiri. Tetapi jangan risau, dia masih ingat statusnya sebagai seorang umat Islam."

   "Huh.... dalam erti kata lain, suami puan mengalami amnesia."

   Saat ayat itu memasuki telinganya, Sina Yaya merasakan satu batu besar menghempap dirinya. Secara spontan, perutnya dipegang seraya mukanya ditundukkan. Matanya berkaca menahan tangis.

   Ya Allah... kuatkah dia?

...

    Tekaknya yang terasa loya diurut lembut. Gopal mengerut kening. Ini dah masuk kali ketiga rasa nak muntah, peliknya muntahnya tak keluar-keluar pun.

   Sina Yaya merengangkan tubuhnya yang terasa lenguh. Dia memandang pelik Gopal yang berdehem berkali-kali di luar rumah. Lagaknya macam nak bersedia menyanyi karaoke dekat luar rumah pula.

   "Awak buat ehem ehem kat luar rumah ni?" Sina Yaya menepuk kedua belah bahu Gopal. Sina Yaya mengawal rasa gugupnya ketika Gopal laju menoleh ke belakang. "Uh, awak kata nak pindah barang ah... masuk dalam, tapi tuannya tak masuk pun lagi."

   Gopal tersenyum nipis. Walaupun sebabnya tersenyum gara-gara pukulan Sina Yaya itu. Sakitnya mencucuk! Macam mana dirinya boleh terfikir nak salam bapa dia ini?

   Tetapi entah kenapa dia rasa suka.

  "Tak adalah. Tekak saya rasa loya-loya. Biasalah kot. Pagi-pagi," luah Gopal seraya  tangannya masih mengelus-elus lehernya. Kurang minum air mungkin.

   Sina Yaya terkedu mendengarnya. Tidak mustahil kesan dari dirinya hamil. Ini pun baru sahaja mereka berdua pindah ke rumah baharu mereka. Ya, selepas dipaksa oleh Siao Fang.

   Baru saja dengar yang ER serang rumah, kalau tahu yang dirinya mengandung... memang dikawal ketat oleh abangnya itu. Iyalah, abang dia itu kan fikir dia paranoid.
Tambahan pula akan keadaan Gopal kali ini.
  
   "Ah!" Sina Yaya memegang dahinya ketika dijentik Gopal. Wajah Gopal ditentang, bingung.

   Gopal menurunkan tangannya. "Eh, tiba-tiba termenung pula. Kenapa awak keluar ini?"

   "Tak adalah. Awak yang tercegat dekat sini macam orang-orang kat sawah." Dahinya digosok perlahan. Sina Yaya menjeling tajam. "Ini dah makan ubat ke belum?"

   Gopal cepat-cepat berjalan masuk ke rumah. Sina Yaya perasan Gopal cuba mengelak segera mengejarnya. "Ha, saya tanya... dah makan ubat ke belum? Ke awak buang pagi tadi?"

   "Mana ada. Saya makanlah. Sebab saya makanlah, saya rasa loya." Gopal membuat gaya hendak muntah. "Erk, tak sedap."

   "Macam budak kecil pula. Ubat-ubat itulah yang bagi awak sembuh." Sina Yaya menyorokkan keluhannya. Di lubuk hatinya, sakit juga rasanya bila bercakap dengan orang yang tiada langsung memori fasal kita.

   Sina Yaya laju menukar topik. "Cakap-cakap ni dah sarapan ke belum? Kalau belum, boleh saya test dapur baru ni."

  Gopal merenung wajah Sina Yaya ragu-ragu. "Awak tak kisar ubat dan letak dalam makanan ke nanti?" Lebih-lebih lagi orang yang baru kenal ini kita tak boleh percaya sangat.

   "Kalau saya nak, dah lama saya buat. Jangan risaulah." Sina Yaya menutup pintu rumah. Siap kunci lagi, takut-takut si Gopal ini kemas baju nak lari rumahlah kan.

   "Makan tau." Sina Yaya memberi peringatan keras lantas barulah wanita itu masuk ke dapur.

   Eee, terujanya nak cuba dapur baru! Hehehe...

   Gopal terus menyorokkan gelakannya. Entah mengapa terasa terhibur hatinya menonton kerenah Sina Yaya. Rasanya padanlah dirinya terdahulu siap letak wallpaper Sina Yaya sendiri.

   "Belum ingat fasal dia lagi, aku dah suka kat dia," bisiknya kecil.

   "Awak mengumpat saya ke?"

   "Tak... tak adalah."




















♦️♦️♦️

Nooroo selepas buat kajian fasal amnesia:

Ah, penatnya. Eh, tetapi rasa bersalah pula dekat Sina Yaya. Dia dahlah mengandung lepas tu Gopal hilang ingatan pula.

.

Nooroo taip perenggan seterusnya:

Tak apalah. Aku tarik balik kata-kata aku.

Tapi aku tak mahulah cari fasal ngan Sina Yaya dah. 😔




.
 
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top