34 | EL
DECITAN kasar terlepas dari mulutnya. Umeret' menarik beg kerja di katilnya. Si Cralet kata nanti ada letupan bom. Baik dia cepat beredar dari sini sebelum tempat ini dibomkan. Tetapi sebelum itu...
Sengaja Umeret' mengintai isi beg itu lalu mencapai salah satu ikatan duit itu. Duit berwarna ungu dihirup sesungguh hati. Itulah tabiatnya setiap kali melakukan pengedaran dadah.
"Sniff... sniff... sekejap. Ini bukan duit sebenar." Kening Umeret' bercantum. Dia pantas menghempaskan beg itu ke katil dan membuka beg itu. Dadanya berdegup kencang saat melihat warna merah yang berkelip-kelip antara duit-duit itu.
Satu perkataan.
Bom.
Melihat bom itu mula mengira detik, Umeret' sudah menjadi resah. "Bodoh! Dorang nak perangkap aku ke?" Namun, ketamakkan mengawal segalanya. Sempat lagi dia mengumpul duit itu walaupun bom itu masih lagi berbunyi.
"Ah, duit ni boleh guna walaupun palsu." Setelah meletakkan semua duit di dalam plastik diberi Gopal tadi, Umeret' mempercepatkan langkahnya ke pintu. Sayangnya semua terlambat apabila bom itu sudah menunjukkan angka kosong.
"BOOM!"
Gopal yang menunggu lif terhinjut bahu mendengar bunyi letupan tadi. Lelaki di sebelahnya mendongak memandang paparan lif... kenapa nombor lif itu kekal sahaja pada tingkat bawah. Sepatutnya dah naik, bukan?
"Eh, lari semua!"
"Lari!"
Gopal teralih ke arah suara-suara kekecohan di bahagian tangga hujung kirinya. Tak akan ada serangan zombie. Eh, tak logik. Tak logik. Sudahlah tak ada senjata.
Mahu tak mahu terpaksalah Gopal menuju ke arah tangga. Langkah kaki yang cemas berselang-seli masuk ke telinganya. Tak silap ini tangga kecemasan. Gopal bermonolog sendiri. "Ada apa-apa ke sampai guna tangga kecemasan?"
Tidak sempat Gopal memulas tombol pintu itu, tangga menuju ke arah bawah meletup begitu sahaja. Paling mengerikan, orang yang melalui tangga itu tercampak sehingga cedera parah begitu sahaja.
Gopal mengetap gigi lalu cuba melanggar pintu, tetapi tidak berjaya. Dia mengundur ke belakang tatkala api mula menjilat pintu. Lebih mengeruhkan keadaan, pancuran air seakan-akan tak berfungsi.
"Kenapa kecoh-kecoh ni?" El-Mara menjenguk kepalanya ke luar pintu. Nafasnya mula menjadi tidak teratur saat merah hangat membara jauh dari matanya. Kebakarankah?
"Maafkan kami, puan, encik. Kami tak mampu selamatkan..."
El-Mara menjerit sekuat hati sambil menekup telinganya sekuat hati. Teriakan El-Mara berjaya membuatkan satu lorong hotel bilik tersebut keluar membuka pintu. Secara automatik, mereka semua sama kecoh apabila melihat api tersebut.
Gopal berlari menuju ke lif semula termasuklah beberapa orang yang lain. Lelaki yang menunggu tadi memandang resah Gopal. "Pihak hotel kata ada masalah sikit dengan lif. Memang tak boleh naik."
Gopal cuba mencari jalan lain. "Apa kata kita ikut tangga biasa?" Salah seorang wanita berambut perang memegang bahu Gopal, menghentikan perbuatannya. "Akak dah tengok tadi, pun meletup juga. Habis tersekat laluan dekat situ."
"Papa, adik takut..."
"Takkan kita akan mati kat sini?"
"Hey, jaga sikit mulut tu."
Fikiran Gopal menemui jalan kebuntuan. Kenapa tiba-tiba ada bom pula di hotel ini? Kejadian ini sama dengan... "Tak mungkinlah..." Gopal berbisik kecil. "Jangan kata, orang yang order makanan dari aku tadi... orang E.R?"
Enam orang di situ hanya tercegat di hadapan pintu lif seakan menanti ajal mereka pula. Tidak boleh jadi ini. Gopal laju memberi cadangan. "Eh, tak akan nak duduk saja dekat sini? Baik kita call bagitahu pihak hotel dan kejut semua orang dekat lorong ni."
Lelaki itu hanya mengangguk. Pantas dia mengeluarkan telefon untuk memberitahu pihak hotel. Beberapa orang mula berlari mengetuk setiap pintu bilik kecuali lelaki serta bapa dan budak itu.
Gopal berdecit kasar. "Dia orang ni betul-betul nak bunuh aku ke?" Yang pastinya, mahu keluar dari sini... pasti akan menjadi susah.
...
LAYYIN bersenandung riang sambil tangannya memeluk bungkusan makanan itu dengan sebelah tangan. Tangan kirinya pula memusing-musingkan kunci keretanya. Sekali termasuk kunci kereta dalam longkang, air mata berbaldi pun tak berguna dah.
Tidak sabar dia nak tengok drama baru dengan Mara. Lagi-lagi ini drama romantik, memang sama kena orang yang sawit macamnya. Cewah.
"BOOM!"
Kunci keretanya automatik tercampak ke lantai efek bunyi letupan itu. Layyin mendongak ke atas seraya tangannya mencapai kunci. Namun pergerakkannya terhenti sesaat apabila melihat punca bunyi itu.
Dinding koridor tangga itu... pecah.
"MARA!" Mata Layyin membulat luas. Dia lekas mengambil kunci kereta lalu mengarah langkah melalui pintu masuk hotel. Suara riuh mula menyapa telinga semasa dia menuju ke kaunter.
"Lif tu okey ke?"
"Ini dah masuk kali ketiga meletup. Jarang lif ni buat hal. Mak kau!" Penjaga kaunter hotel itu tersentak apabila mejanya tiba-tiba diketuk kuat. Layyin memandang tidak puas hati setiap wajah di situ. "Korang ni bangang ke apa? Kenapa tak telefon bomba lagi? Hotel ini tengah meletuplah!"
"Tengah meletup? Jangan berguraulah..." Wanita itu memandang remeh aduan Layyin.
Layyin menjerkah, garang. "Kalau kau tak percaya sangat. Kau tengoklah dekat luar tu!" Layyin kemudian terburu-buru memanjat anak tangga meskipun dihalang pengawai hotel. Semua barangnya ditinggalkan di kaunter.
Langkahnya menemui jalan sia-sia bila tiba di hadapan tangga tingkat empat. Masakan tidak, tangga itu sudah dihalang oleh runtuhan tembok hotel itu sendiri.
"Sa... saya telefon bomba sekejap." Pengawai yang mengekori Layyin cepat-cepat mengangkat telefon. Ha, barulah hendak percaya. Tadi bukan main selamba badak hiraukan.
Layyin tersedar dari kakunya. Tanpa berfikir panjang, dia segera menarik setiap bongkah itu walaupun usaha itu langsung gagal. "Mara! Mara!"
"Ada orang laporkan yang tingkat empat dan lima sekarang mengalami kebakaran!" lapor si rakan pegawai. Tindakan Liyyan serta merta terhenti. Terbakar? Habislah... sudahlah kawannya itu trauma dengan perkara itu!
"MARA!" Tangan Layyin menerbitkan luka-luka kecil lantaran batu-batu itu.
"Cik, tunggu pihak bomba sampai. Saya pasti kawan cik akan selamat." Pegawai itu memaksa Layyin meninggalkan tempat itu, khuatir jika ada satu lagi pengeboman berlaku.
Rakannya sedang dalam proses mengarahkan orang di tingkat bawah untuk keluar dari hotel. Memang kecoh salah satu ayat yang sesuai menggambarkan situasi mereka sekarang.
Telefonnya dibelek di saat cuba meloloskan diri dari penghuni hotel yang panik itu . Jari Layyin laju menekan pada nama kenalan itu lantas telefon didekatkan.
"Assalamualaikum?" Tangisan Layyin pecah. "Abang Amin, hotel ni terbakar! Dan Mara terperangkap kat dalam!"
...
Penglihatan El-Mara menjadi kabur gara-gara air matanya yang tidak berhenti mengalir. Dia langsung tidak berani mahu berdiri mahupun mendongak ke atas. Tolonglah... beritahu semua ini hanya mimpi ngeri. Layyin ke abang ke... kejutkanlah dia dari mimpi ini!
"Cik, cik okey ke?" Gopal menyapa perempuan yang terduduk itu. Perut membulat... nampak macam mengandung. Eh, tak akan bawa lemak pula.
El-Mara perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya melihat 'abang'nya di hadapan mata. Cepat-cepat dia mendakap lelaki itu. "Along, along. Mara takut. Mara takut..."
Gopal terkedu apabila El-Mara tidak semena-mena memeluknya. Kalau tahu dekat Sina Yaya habislah dia. Dan Along... eh, sejak bila si Samantha ada kembar ini?
"Maaf." Gopal menolak lembut El-Mara darinya. "Tapi saya bukan along cik."
Tercengang-cengang wanita itu dibuatnya. Wajah lelaki itu diteliti semula. Eh, betullah. Mata abangnya sepatutnya sepet tetapi mata lelaki ini membulat. Ah, malu sekejap.
"Cik..." Mata Gopal mengerling sekilas pada perut membulat El-Mara. "... puan kita kena keluar dari sini. Ada kebakaran. Takut merebak pul..."
"Wey. Dekat sini tak ada orang dah. Tinggal kita berenam sahaja. Api dah merebak sampai ke lif dah!" Lelaki itu memberitahu Gopal. Eh, macam sudah lama kenal pula gaya cakapnya.
Di belakang lelaki itu diekori dua anak beranak, seorang pelajar lelaki universiti berbangsa india dan wanita tadi.
"Kata bomba dah nak sampai! Macam lambat je! Kalau asyik tunggu je, memang kita akan matilah jawabnya." Pelajar itu mula memprotes. Sudahlah banyak laluan disekat. Macam ada yang nak suruh mereka mati pula.
"Kejap, bagi I call pihak hotel." Wanita itu mendekatkan telefon pada telinganya. Gopal memandang sekeliling, ditambah lagi budak itu mula menangis ketakutan. Otaknya mula mewujudkan idea gila saat tingkap hotel itu menangkap permandangannya.
"Apa kau buat tu?" Lelaki itu menegur Gopal yang menarik kedua cadar di dalam bilik itu. Siap diikatkan menjadi sebuah tali pula tu!
Lelaki itu mengerutkan dahi. Kali ini orang ini ikat dengan selimut pula. Seakan ada kuasa membaca fikiran, lelaki itu berteriak. "Eh, jangan kata kau nak kita orang..."
"Ada yang duduk kat lorong ni, tak? Boleh tak ambil cadar dan selimut lagi ke? Tak sampai ni." Riak air muka Gopal hanya berlagak biasa sahaja meminta benda itu. Siap renung lagi ke luar tingkap.
"Eh, macam mana kalau putus? Dan ingat tingkap itu senang ke nak pecahkan? Saya ada anak saya dengan saya ni." Bapa budak membantah sesungguh hati.
"Habis tu, tak akan nak tunggu dan tak nak berusaha?" Gopal seakan-akan mencari sesuatu di dalam laci dapur hotel itu. "Lagipun saya pun tak buka puasa lagi ni, pak cik. Aha, ini dia." Fuh, nasib masih wujud benda ini. Batu lesung!
Gopal mengalih kakinya mendekati tingkap. Setiap bucu tingkap itu diketuk kuat dengan batu lesung itu sehingga menghasilkan retakkan.
" Bismillah." Satu ayat dibaca, maka pantas Gopal menerjang deras tingkap itu. Siapa sangka kaca tingkap itu terjatuh dan pecah bertaburan? Manusia-manusia di hadapan pintu itu terkelu. Pecah?
"Aku dapatkan apa yang kau nak."
"Aku pun."
Lelaki dan pelajar universiti membawa cadar katil masing-masing. Gopal berkata dengan nada teruja. "Jadi jom kita ikat membentuk satu tali yang panjang. Jangan risau, aku dulu masuk pengakap."
Tukang bawa cadar itu hanya memandang Gopal, ragu-ragu. Ini ke tukang ikat cadar ke... tukang pengacara siaran hiburan. Rasa menyesal pula bagi cadar ini dekat dia.
Lapan cadar termasuk selimut yang dicantumkan itu diikat hujungnya pada kaki katil yang telah didekatkan dengan tingkap. Cadar itu kemudiannya dilemparkan ke luar tingkap.
"Tetapi dia cam tak jejak tanah je. Separuh je tu." Lelaki itu menengok ke bawah dengan gerun. Seriuslah kita kena terjun dari tingkat empat?
Gopal menyorong tubuh lelaki itu ke tepi. Nampaknya tali itu mendarat searas ketinggian bumbung sebuah kereta. "Okeylah tu, ngam ngam."
"Tetapi saya gayatlah, bang," luah pelajar itu pula.
"Tak apa, macam naik turun tangga uni je." Gopal cuba menyakinkan pelajar itu. Janganlah cakap macam itu, wey. Dia pun terketar lutut ini. Cakaplah perkara yang elok sedikit.
"Are you sure we need to go down with this 'rope'?" Eh, mak cik ini macam perli dia pula.
Budak itu menoleh ke tepi, perlahan. Warna asap hitam mula kelihatan sedikit demi sedikit dari penjuru dinding. Dia menarik baju bapanya. "Papa, ada asap..."
Bapa itu memandang ke arah yang ditunjukkan anaknya. Hampir terlangkau degupan jantungnya buat sesaat. Dia mendukung anak lelakinya lalu laju ke arah Gopal. "Api dah makin merebak. Rasanya kita dah tak ada cara lain."
"You seriuslah? Tak akan kita tak boleh tunggu bomba nak selamatkan kita?"
"Akak nak mayat kita sambut dia orang ke kak? Tunggu, tunggu."
El-Mara yang berdiri sahaja di muka pintu memandang ke arah asap yang memunculkan diri di ruang koridor. Perlahan-lahan perutnya yang membuncit dipandang sebelum diarahkan wajahnya pada tingkap.
"Habis tu, tak akan nak tunggu dan tak nak berusaha?"
Sekelip mata, El-Mara melompat turun dari tingkap semasa perbualan rancak mereka. Berhati-hati dia berpaut pada tali dan mencipta momentum setiap turunnya. Terdiam semua orang di situ. Orang mengandung 9 bulan yang turun dulu kot!
"Puan! Puan okey tak!" laung Gopal ketika kaki El-Mara memijak pada tanah. El-Mara berusaha menstabilkan pernafasannya. Dia mencongak lalu menunjukkan simbol terbaik kepada orang di atas.
Semuanya di atas menarik nafas lega. Hilang rasa risau. Jangan terberanak dekat situ sudahlah ya, kak. Risau pula kita orang.
"Okey. Saya pula buat." Bapa itu memberanikan diri menjadi orang seterusnya.
Sebaik sahaja bapa budak serta kanak-kanak itu turun, semua orang memandang ke bawah. Kali ini lagi ekstrem sebab lelaki itu turun sambil bawa anaknya! Namun, cara turunnya tetap pro. Mungkin abang ini dah biasa mendaki masa muda kot.
Melihat orang keduanya selamat, barulah timbul keberanian kepada yang lain untuk turun. Orang keempat yang turun iaitu wanita itu diikuti oleh pelajar universiti dan lelaki itu. Dalam masa yang sama, setiap detik mereka turun sama dengan setiap jilatan api yang semakin membara.
Dan kini giliran Gopal.
Gopal meneguk air liur. Ala, giliran aku sahaja, giliran terakhir. Ada tangga atau tak dekat sini? Huhuhu... lambat-lambat dia mengeluarkan kaki dan menahan pada dinding. Tali cadar itu dicengkam kuat.
"Bismillah..."
Gopal mula melepaskan satu langkah secara bergilir-gilir. Setiap langkah itu pasti ada ucapan zikir yang bermain pada bibirnya. Takut sebenarnya, sampai berpeluh tangan dibuatnya. Tak apa, asalkan pandang dinding, jangan pandang bawah.
"Ergh!" Gopal melucut secara drastik ke tingkat dua. Terjerit-jerit orang melihatnya. Nasib baik baginya kerana tetap memegang tali. Mesti tapak kasut itu menjadi haus sekarang. Gopal meneruskan perjalanannya menuju ke bawah.
Sementara itu, api sudah menjalar mausk ke dalam bilik hotel itu. Warna oren itu mula menyala sekeliling kamar hotel itu. Dalam sesaat sahaja, api itu sudah mencapai tali cadar itu.
Dan tali yang hangus itu memutuskan antara satu sama lain.
Gopal mulai gelabah apabila pegangannya menjadi longgar. Kepalanya terasa ringan untuk jatuh ke belakang. Malah, kakinya tidak lagi bertapak di dinding.
Akhirnya pandangan menjadi hitam.
Terpadam.
♦️♦️♦️
Apabila kau memaksa diri kau menulis masa writerblock be like. Writerblock ini pun satu, tiba-tiba muncul waktu masuk konflik.
Jujurlah katakan, waktu turun pakai tali cadar, berpeluh tangan aku tulis. Macam aku pula yang turun pakai itu.
Demi kau oranglah kan, aku sanggup cuba ukur cadar rumah dengan tinggi tingkap. Siap campur elemen fizik lagi.
Lagipun, aku dulu budak lasak.
Dan fasal batu lesung tu, aku selalu guna batu lesung kalau nak ketuk paku. Kalau tak ada penukul, batu lesung mak akulah yang aku cari.
Mak aku? Dia tak kisah pun pasai dialah yang bagi cadangan tu.
Jadi, apa pendapat kau orang tentang bab ini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top