33 | EL

                       GOPAL mengikuti sahaja ke mana sahaja pak cik berpakaian pelekat itu pergi. Maklumlah, pak cik itulah pembawa 'pelancong' ke rumah lamanya ini. Gopal pula siap pegang telefon, rakam setiap isi rumah. Mungkin melancong versi Covid-19 agaknya.

   Pak cik itu memperjelaskan setiap kedudukan rumah. "Macam anak lihat, bilik utama ini bertentangan dengan dapur. Ada ruang tamu yang luas dan dua bilik di sisi. Satu tandas antara dapur dengan bilik ini... dan satu lagi bilik air dekat dapur. Tak adalah besar mana, kecil sahaja rumah ini."
 
   "Ala, bolehlah ini pak cik. Sesuailah untuk tinggal." Gopal cuba menghilangkan kegusaran pak cik tersebut. Pak cik ini pun pelik, ke mana-mana sahaja dia sarung kain pelikatnya.
 
   "Eh, uniklah meja... apa orang panggil? Kabinet. Ha, kabinet. Sebab biasanya kabinet tak melengkung macam ini." Eh, rupanya Sina Yaya ada juga di sini. Yalah, tak akan puan Sarindi pula yang nak ikut Gopal. Dah Sina Yaya itu isteri dia.
 
   Pak cik itu menghampiri Sina Yaya yang sibuk memeriksa kabinet. "Oh, isteri pak cik kakinya lumpuh, jadi pak cik pun renovatelah bentuk kabinet ini bagi senang dia bergerak. Kalau kamu tak suka, maaflah..."
 
   "Tak adalah, pak cik. Saya okey sahaja. Lagipun barulah nampak lain daripada yang lain."  Kali ini Sina Yaya pula meyakinkan pak cik itu. Eh, pak cik ini tiba-tiba bertukar jadi merendah diri. Dalam gambar, nampak macam keyakinan itu level model.

  "Hahaha, baguslah kalau kamu suka. Rumah pak cik ini pun kira macam ala-ala rumah orang kaya kalau pandai hias." Pak cik itu menyatakan bersama riak wajah berlagak sekali. Okey, kita tarik balik kata-kata kita tadi.

   "Ha, bolehlah ajak pāṭṭi datang sini." Sina Yaya menoleh ke arah Gopal, meminta persetujuan. Mahu tersengih juga melihat reaksinya. Masakan tidak, Gopal beriya-riya angkat telefon ke sana sini.

   Gopal menurunkan telefonnya sedikit, mungkin berfikir. "Hrm, ajaklah sekali." Nadanya tidak marah bahkan lebih kepada bersahaja. Lagipun, buat apa nak simpan dendam dekat nenek sendiri? Dia menaikkan telefon ke paras dada semula.

   "Pak cik nak tanya lagi ni, okey ke rumah ini? Ke nak tukar warna jadi warna hitam ke... biar jadi macam rumah hantu. Yalah, pak cik mana tahu taste orang muda sekarang." Pak cik ini sah gagal subjek reka bentuk dan teknologi. Kalau cat warna hitam, nanti jadi rumah BatMan.

  "Yaya, awak suka tak?" Sina Yaya yang baru keluar dari dapur ditanya tidak semena-mena. Gopal punya teruja itu sampai isteri sendiri urut dada.

   Sina Yaya memandang wajah Gopal. Efek sinaran Gopal dua kali ganda dari pak cik itu sendiri. Kalau dibuka topeng, mesti Gopal sekarang tengah tersenyum lebar.

   Dan senyuman itu jugalah yang menghangatkan dia.

   Sina Yaya menutup mulutnya lantas tertawa kecil. Tidak tahan dengan ekspresi Gopal. "Saya okey je. Apa yang awak suka, saya pun suka."

   "Ah, telinga saya. Telinga saya, pak cik!" Gopal memegang telinganya, lagaknya seperti ada sesuatu yang meneroka corong telinganya. Dengan gaya merengkok tubuh, drama sangat!

   "Eh, kenapa dengan telinga kau?" Pak cik itu sudah gelabah. Elok aku nak blushing dengar ayat itu, terus diganti risau melampau pula.

   "Telinga saya telah mendengar satu perkara yang indah." Usikan itu disambut berserta sengihan Gopal. Buat pertama kalinya, bukan pukulan dari Sina Yaya yang dia dapat, pak cik itu sendiri yang menampar bahu Gopal.

   "Aduh, sakitlah pak cik." Gopal mengaduh sambil tangannya menggosok-gosok bahunya. Ini sakitnya dah tahap kena cucuk berkali-kali. Dua kali lima kekuatan sahaja dengan Sina Yaya.

   "Tahulah single!"

   "Aku dah kahwinlah!"

   Sina Yaya hanya berdiri kekok di hadapan berbalah mulut Gopal dan pak cik itu. Nampaknya adalah ciri-ciri keberanian Puan Sarindi yang diwarisi Gopal. Haih... ini nak jual ke rumah ke nak jual hubungan mana lagi sweet?

...

   "Rasanya 700 ringgit sebulan itu, kira okeylah." Sina Yaya memberi komen terhadap harga sebaik sahaja masuk kereta. Beg tangannya yang dibawa tadi diletak pada hujung kaki.

   "Huh, rasa macam masuk pertandingan berdebat pula. Dahlah puasa." Gopal mengeluh kecil. Perbalahan tadi pun diberhentikan oleh Sina Yaya... caranya kau orang tidak perlu tahu kot.

   Sina Yaya mengerling ke arah jam kereta. "Ha, lagi setengah jam nak azan. Nanti awak minumlah seteguk air banyak-banyak bila berbuka nanti." Sina Yaya menyandarkan tubuhnya ke kerusi, rasa lenguh pula asyik berdiri tadi.

   Gopal menekan pedal minyak lalu gear mula memusingkan roda kereta. "Awak nak beli makanan tak? Untuk berbuka puasa."

   "Eh, boleh ke?" Sina Yaya bangun tegak mendengar perlawaan itu. Dia mengecilkan matanya, seakan-akan mengesan sesuatu. "Kejap, macam mana awak tahu saya mengidam makanan?"

   "Muahahaha, itu namanya ikut perasaan." Padahal Gopal sendiri pun nak makan luar. Sengaja tanya mana tahu Sina Yaya pun lapar ke. Eh, kata bonding suami isteri.

   "Erm, kejap saya fikir." Sina Yaya meletakkan jari pada pipinya. Otaknya memproses makanan yang pernah wujud di muka bumi ini. "Saya teringin nak makan... ikan tiga rasa, kek pandan, tart telur, nasi kerabu,  ha... satay ayam pun macam sedap juga."

  Gopal tertelan air liur sendiri. Tangannya yang membelok keluar dari kawasan pangsapuri sudah berpeluh basah. Aduh, macam mana nak bayar semua itu? Semua pun macam sedap sahaja untuk dikunyah!

  "Makan mekdi sahajalah." Sina Yaya memutus kata selepas membaca keresahan pada air muka Gopal. Rasa kasihan pula tengok.

   Gopal menarik nafas lega. Jimat duit aku... dia kemudian menarik bibir dan bersorak riang. "Okey, mari kita ke mekdi. Bismillah."

   Berbungkus-bungkus kertas dihulurkan melalui tingkap ke dalam tingkap. Gopal menerima air Milo secara teragak-agak. Ah, pergi satu kedai ke pergi banyak kedai... duit akan tinggal lalat juga!

   "Yalah, sama-sama." Gopal meneruskan permanduannya. Mahu sahaja jerit dalam hati. Yes, isteri aku puji aku! Dia menuruni bukit jalan lalu keluar dari kawasan penghabisan duitnya.

   "Awak tak nak ambil gambar ke? Selalunya perempuan kan ambil gambar sebelum makan?" Gopal tertanya melihat Sina Yaya selamba meletakkan semua bungkusan di belakang kereta.

   "Taklah. Nanti tangkap gambar buatkan saya rasa nak cepat makan. Jadi saya letak sahaja kat belakang." Pelik-pelik sahaja alasan yang diberikan Sina Yaya. Ini mungkin dimaksudkan perempuan ibarat Matematik Tambahan, banyak paradoks.

   "Awak... mengandung ke?" soal Gopal dengan nada yang menduga.

   "Awak nak kata saya gemuk ke?" Suara mendatar Sina Yaya cukup membuatkan Gopal fokus memaling ke hadapan.

   "Tak adalah. Tak ada. Saya gurau je." Gopal cuba berdalih. Daripada gaduh dengan Sina Yaya, baik dia hadap pak cik tadi. Huhuhu, bukan takut isteri ya... kita orang hormat.

   Kereta kini berhenti lagi. Isi minyaklah katakan. Lagipun ini kereta milik bapa mertuanya. Gopal menutup pintu kemas setelah mengisi minyak petrol. Masuk dalam kereta sahaja, Sina Yaya sudah memegang beg kertas. Eh, tak akan sudah buka puasa?

   "Ha, kalau saya kata yang beg ini boleh muatkan satu dunia... boleh tak?" Sina Yaya sempat menyoal satu teka-teki kepada Gopal.

   Gopal merenung siling kereta sebentar. "Boleh rasanya kalau kita tulis perkataan dunia kat satu kertas, lepas tu masukkan dalam beg tu." Gopal menjawab lebih kepada selorohan.

   Sina Yaya menggelengkan kepala. "Salah."
  
   "Eh, habis tu apa jawapan dia?" Gopal mengerutkan dahi. Jangan kata soalan ini ada kena mengena sama kuantum fizik atau jalan kira matematik sudahlah. Semua formula itu dah terpadam sudah dari otak.

   Tiba-tiba kepala Gopal disarung beg kertas tersebut. Terputus sekejap suis otak Gopal dibuatnya. "Eh, maksudnya?"

   Sina Yaya mula memerah pipi. Dia menongkat dagu, memandang tingkap. "Err, kan saya kata beg ni boleh muatkan satu dunia... jadi saya, erm..." Aduh, Gopal ini. Dia malulah nak sebut!

   "Oh..." Wayar-wayar otak Gopal bersambung semula. "Ohhh..."

   Sina Yaya menampar lembut muka Gopal yang disarung bungkusan kertas. "Janganlah cakap kuat-kuat. Diam-diam sudahlah."

   "Pon! Pon! Pon!"

    Itulah... lama sangat dalam kereta. Kalau orang yang selalu bersangka buruk, pasti fikir macam-macam apa yang dia orang buat dalam kereta.

   Gopal membuka kertas yang menutup pandangannya. "Okeylah, lagi lima minit nak azan ini. Kesian pula ibu dengan ayah tunggu dekat rumah." Gopal memusingkan kunci kereta. Pedal minyak dipijak.

   "Awak beli apa lama sangat tadi? Mentang-mentang dekat sini ada Seven Eleven." Sina Yaya masih lagi bersuara meskipun wajahnya terlalu merah untuk dilihat Gopal.

   "Oh..." Gopal tersenyum sumbing memandang bungkusan plastik merah pada tepinya. Ada sesuatu berwarna putih terkeluar darinya. "Benda biasa sahaja."

...

   Bayang-bayang seseorang keluar dari lif hotel. Plastik berwarna putih di tangannya digenggam kuat, seakan-akan ianya sesuatu bermakna baginya. Langkah diatur pantas menuju ke pintu yang diukir nombor 252 padanya.

   Dia mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Merasakan dirinya diintai, dia menunggu dengan penuh sabar. Sesekali dia menggeserkan kakinya. Setelah itu, pintu itu dibuka.

   "Hey, Mara!"

   El-Mara terkedu melihat sahabatnya terpapar di matanya. "Layyin?"

   "Ha'ah. Kau kata abang kau tak ada hari ni kan? Jadi bolehlah aku masuk." Ikut suka hati Layyin sahaja masuk ke dalam bilik hotel orang. Siap baring lagi di katil bujang itu.

   Layyin yang asyik bergolek-golek di atas katil itu, berhenti mendadak. "Sekejap... ni katil kau, kan?" Janganlah kata tempat yang dia berenang katil abang El-Mara.
  
   El-Mara yang baru menutup pintu hanya mengangguk sahaja. "Ha'ah, tapi saya baru tukar cadar." Dia melabuhkan punggung di katil bersebelahan. Lenguh pula mengandung berdiri lama-lama.

   "Oh, patutlah." Memang perlu diajarkan adab masuk rumah orang si Layyin ini. Tengok, siap hidu lagi cadar katil tersebut. Layyin bingkas bangun dari baringannya. "Ha, kau kata kau mengindam satay ayam kan. Tengok, aku ada beli lima batang sekali gus untuk kau!"

   El-Mara mengambil pemberian tersebut. Plastik hitam itu diselak isinya.

   Mulut Layyin mula membebel, letih. "Penat aku dapatkan. Lagi-lagi musim puasa ni. Mak cik tadi ingat aku ni lapar sangat padahal aku beli untuk kau. Memandangkan abang kau tak ada, boleh kita makan sama-sama."

   Punyalah bersabar si El-Mara ini tunggu Layyin habis bercakap. Sengihan El-Mara membuatkan Layyin agak keliru. "Layyin, ini pad."

   "Eh." Layyin buat muka naif.

   "EEEH. Ala, pak cik nilah. Semua bagi aku plastik hitam, ingat aku pengedar dadah ke apa." Tidak fasal-fasal pak cik kaunter dipersalahkan Layyin.

   "Tetapi kalau tak pakai plastik hitam, awak nak ke bawa pad warna biru ni terhuyung-hayang sana sini?" El-Mara menambah pertanyaan dengan tujuan menyakat Layyin.

   "Ewww, memang taklah." Layyin terhambur tawa di akhir ayat. "Tapi pak cik ni bagilah plastik warna pink ke, plastik warna biru ke. Ini warna hitam. Tak ada taste langsung."

   Ini kalau sampai ke telinga pak cik itu, memang dihempuk meja kaunter ke arah Layyin. Banyak kerenah pula. Ingat kedai atuk dia ke?

   "Tak apalah, demi ibu mengandung... demi aku yang lapar... demi rakyat Malaysia... aku sanggup turun lif balik!" ucap Layyin. Semangatnya lebih kurang semangat orang laungkan perkataan merdeka di dataran.

   "Kau tunggu sini tau, Mara. Aku nak pergi dekat cik Mimi kejap. Tunggu tau." Layyin menuju ke arah pintu. Cik Mimi yang dimaksudkan ialah kereta Myvinya yang berwarna ungu.

   El-Mara mengangkat jari, menunjukkan simbol okey bersama senyuman.

  Sebaik sahaja menerima balasan kawannya, Layyin memakai topeng muka yang dicabut tadi lantas keluar dari bilik itu. Dia tidak terasa sangat dengan balasan acuh tidak acuh El-Mara kerana wanita itu memang tidak banyak cakap orangnya.

   Dalam sedar tidak sedar, Layyin berselisih sama Gopal yang keluar daripada lif. Tangan kanannya mengelap peluh seraya tangan sebelah lagi memegang bungkusan. Bilik 265... bilik 265...
  
   Gopal membrekkan kakinya. Papan tanda arah itu direnung aneh. Wait a minute... wey, aku salah tingkatlah! Dekat papan tanda ini ada bilik 242 sampai 259 sahaja!

   Ah, sama ada akak kaunter itu tipu dia ke atau ada orang tukarkan papan tanda ini.

  "Ah, terpaksalah naik tangga! Nak menangis aku." Mahu tidak mahu, Gopal gagahkan kaki memanjat tangga. Tidak mengapalah, Gopal... salah satu cara untuk bersenam juga ini.

   Dalam masa yang sama, setiap zikir meniti di bibirnya pada setiap langkah tangga. Memandangkan hendak buka puasa, apa salahnya untuk mengisi pahala sekejap?

   "Bilik 265... dua enam lima... ha, dekat sebelah kiri." Gopal cuba menahan kakinya dari terus berlari. Dekat sahaja dalam dua puluh langkah begitu. Nanti tidak fasal-fasal nampak macam kanak-kanak ribena. Lagi teruk, makanan pula tumpah.

   "Dung!"

   Beg yang menyerupai beg kerja itu cepat-cepat diambil. Bodoh gila aku, sempat lagi jatuhkan. Sudahlah dekat dalam ini ada bahan berharga.

   Umeret', tauke dadah mula menyarungkan jaket formal pada tubuhnya. Entah mengapa si Cralet menukar rancangan mereka. Apa yang penting untuk bunuh lelaki gemuk itu pun tidak tahu.

   Tidak mengapalah, alang-alang ponteng puasa.

  "Assalamualaikum, saya dari Grabfood. Makanan encik dah sampai."

  Sengihan penuh makna timbul pada wajahnya.

  Tombol pintu itu dipulas. Senyuman masih belum hilang dari pipinya yang berkedut itu. Duit lima belas ringgit dihulurkan. "Terima kasih."

  









 
  ♦️♦️♦️

Nooroo: Yes, akhirnya. Aku jumpa dengan mu, konflik!

Konflik: Sia juga  gembira temu sama engkau!

Siao Fang: *pandang Gopal*

Gopal: Kaboom?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top