31 | EL
"TCH!" Gopal sudah berundur ke tepi, menahan kepedihan ubat yang disapu pada sikunya. Siapa sangka Sina Yaya ada ubat terpedih dalam rumah dia! Ah, tak mahulah kalau macam itu!
"Aip, saya baru letak. Belum sapu lagi." Sina Yaya mengesot menghampiri Gopal. Dia laju menangkap siku Gopal dan menyapu permukaan siku Gopal yang terkoyak itu. Terpejam mata Gopal menahan sakit.
"Dah siap." Sina Yaya menutup botol ubat jenama Detol itu. Rasa kasihan bercampur lucu pula tengok muka Gopal yang berkerut-kerut.
Gopal menarik nafas lega melihat botol ubat itu telah ditutup. Nyah kau dari sini ubat yang memedihkan. "Pedihlah..." adu Gopal, manja.
Sina Yaya meletakkan botol itu di atas meja. Keningnya diangkat ketika beralih ke arah Gopal. "Eh, dulu-dulu awak kata awak sadolah... apalah. Baru sapu ubat sikit dah pedih." Usikan itu disambut oleh gelakan kecil dari Sina Yaya sendiri.
"Memanglah sakit. Dah ubat Detol. Kalau sapu ubat Detol, sama level macam tabur santinizer dekat luka. Lainlah sapu minyak gamat." Nada Gopal seakan-akan berjauh hati. Tidak padan dengan 5 tahun lagi tua dari Sina Yaya.
"Yalah, lepas ini saya tak sapu guna ubat Detol lagi. Janji." Sina Yaya mengangkat tangan seperti membaca ikrar. Dia duduk di sebelah Gopal. "Tapi kalau sakit, memang wajib makan ubatlah. Dan..." Sina Yaya seperti teragak-agak untuk meluahkan.
"Saya lega awak masih ada dekat sebelah saya." Sina Yaya menundukkan ke bawah. Dia menggengam kedua belah tangannya. "Saya harap sangat dia orang berhenti untuk bunuh awak. Awak pun dah hilang kerja. Kalau awak tak kahwin dengan saya, mesti tak akan jadi macam ini lag..." Mulutnya ditutup dengan tangan Gopal.
"Jangan cakap macam itu lagi." Gopal menurunkan tangannya. "Sekarang mungkin kita rasa susah, tapi masa akan datang mana tahu akan jadi senang. Walaupun saya ada mengeluh juga, hahaha... tapi tak boleh selalu mengeluh"
"Lagipun... erm... uh, saya suka awak jadi isteri saya."
Gopal lambat-lambat menoleh wajah Sina Yaya seraya tangannya menggosok belakang leher. Warna muka Sina Yaya yang sudah menjadi tomato berjangkit pad Gopal. Cepat-cepat Gopal menukar topik.
"Err, uh... tapi macam ada gaya hero dalam drama kan masa lompat dari motor tadi?"
Sina Yaya tersenyum, meredakan pipinya yang masih lagi terasa bahang. "Memang macam gaya hero sangat. Tetapi kalau nak sapu ubat, bukan kemain pedih."
"Lagipun, aku pun suka tengok kau orang bersawit-sawit." Siao Fang menyertai perbualan mereka selamba. Sudahlah nadanya dalam keadaan menyindir sahaja! Terkulat-kulat dua pasangan itu. "Hero, hero pun, bawa motor aku masuk longkang juga."
"Sorrylah." Gopal seperti anak yang dimarahi sahaja.
Siao Fang menayangkan wajah menyampah."Tak ada sorry, sorry. Dah sapu ubat, kan? Turun bawah. Kita orang nak bincang." Siao Fang turun ke bawah semula. Kedatangan Siao Fang ibarat datang tak dijemput, pulang tidak dihantar.
Puan Finna berhenti sekejap, meminta diri kepada para tetamu. Tidak beradab pula kalau main pergi sahaja. "Ibu naik dulu, ya? Nak solat Zuhur."
"Okey, mak cik."
"Okey, ibu."
Orang lain duduk ber'okey'-'okey', Siao Fang seorang sahaja yang terangguk-angguk. Bukan apa, suara tak nak keluar dari dalam dada. Melihat reaksi semua, Puan Finna beransur ke atas.
Setelah memastikan bayang Puan Finna langsung tidak kelihatan, Siao Fang membuka mulut. "Pihak polis jumpa serpihan bom dari motor aku yang meletup itu. Dan Pasukan Unit Permusnah Bom pun confirm yang bom itu memang bom kawalan."
"Persoalannya, macam mana dia orang tahu rumah mak ayah aku? Sebab tak pernah ER jejak kaki dekat sini."
El-Amin menambah pertanyaan. "Kau ada jumpa orang yang mencurigakan ke?" Gopal terdiam memikirkan kata-kata El-Amin. Ada ke? Otaknya memproses memori wajah yang pernah terlintas melalui pandangan matanya.
Tidak mungkin dia...
"Aku tak rasa benda ini penting. Tapi aku ada jumpa seorang ini masa buat delivery. Muka dia... macam pernah nampak. Dia perempuan." Gopal menjelaskan satu persatu. "Ha, dia ada tepuk bahu aku sebab nyamuklah katakan. Hahaha, tapi tak mungkinlah."
Puas ketawa, jasad Siao Fang tidak kelihatan di hadapan mata. Gopal terpinga-pinga melihat El-Amin sahaja di hadapan mata. Sina Yaya pun tak ada di sebelahnya.
Dahi Gopal berkerut hairan. "Dia orang pergi mana?"
Dengan tidak berperasaan, El-Amin menjawab. "Siao Fang terus pergi ambil baju kerja kau semalam. Lepas itu Sina Yaya ikut sekali."
Tidak sampai beberapa minit, Siao Fang tiba bersama tangan kosong. Nasib baik tak bawa baju kotor sekali. Oh, tidak terlupa dengan Sina Yaya di belakangnya.
Siao Fang selamba menghempas punggung di sofa. Dia mengeluarkan cip sebesar gigi budak di hadapan mereka. "Tak salah lagi, orang yang kau jumpa itu... Tequila."
"Seriuslah?" Gopal seakan tidak percaya. Macam dalam filem aksi pula. Mahu sahaja dia menambah ayat itu, namun seperti tidak kena pula dengan situasi.
"Seriuslah. Kau ingat benda main-main ke ini?" Siao Fang menyimpan semula cip ke dalam poket. Dalam masa yang sama, dia menekan cip itu sekuat mungkin sehingga hancur.
Sina Yaya mengangkat tangan. "Maaf menyampuk... tapi Yaya rasa, Yaya tahu nama dia. Mata dia monolid, bukan? Erm, maksud Yaya, kelopak mata dia tak menonjol."
"Haaa..." Gopal mengiyakan.
Sina Yaya menyambung saat semua mata tertumpu padanya. "Mungkin dia doktor yang pernah rawat Yaya dulu. Nama dia... doktor Elmarsya tak silap." Nama Elmarsya itu berjaya membuat El-Amin terhentak jauh dari alam realiti. Riak wajah lelaki itu juga berubah kelat.
"Macam mana kau yakin sangat?" Siao Fang teragak-agak untuk mempercayai bulat-bulat.
"Dia ada aura kesembilan belas ke?" Sempat Gopal menduga dalam selorohan.
"Taklah. Yaya perasan ada benda tajam terkena tangan masa kena tarik masuk dalam bilik pembedahan. Masa itu Yaya sedar sekejap sahajalah. Bila dia nampak Yaya bangun, benda tajam itu dah tak rasa dekat kulit," cerita Sina Yaya dengan panjang lebar.
"Sekejap, jangan kata dia masukkan dadah dalam badan awak." Gopal mula menaruh syak berdasarkan cerita yang didengarinya.
Sina Yaya menidakkan. "Taklah, tak sempat cucuk rasanya."
Siao Fang memegang dagu dan menutur perlahan. Ianya lebih kepada bermonolog sendiri. "Jadi, dia pernah berkerja jadi doktor. Tapi kalau tempat tinggal, mesti ahli E.R macam dia akan terus pindah dari situ." Siao Fang beralih ke arah El-Amin. "Apa kau rasa... Amin?"
El-Amin yang tenggelam jauh tersentak ketika namanya dipanggil. El-Amin meminta kepastian. "Setuju apa?"
"Kau okey ke? Muka kau macam pucat je." Gopal menegur perubahan air muka El-Amin. Seperti baru sahaja melalui perkara yang sangat mengerikan. Tak akan dia tiba-tiba nampak lipas.
"Aku baru ingat aku ada hal. Aku nak keluar sekejaplah." El-Amin meminta diri, meninggalkan keluarga itu sendirian. Memandangkan pintu rumah itu tidak berkunci, suka hati dia sahaja keluar tanpa dihalau.
Dia memegang kepalanya. Meskipun sudah masuk ke dalam keretanya, tangan dia tidak bersedia untuk memandu. Peluh yang terhasil dia biarkan mengalir. Bibirnya berbisik kecil. "Mama..."
...
Setiap penjuru rumah banglo setingkat itu marak dijilat api. Melihat dari oren terang yang menyala sekeliling rumah itu, pasti tiada nyawa yang mampu diselamatkan. Jiran-jiran sibuk mengisi air dan mencampakkan ke rumah tersebut.
Keluar seorang perempuan melompat keluar dari tingkap bersama suaminya. Perempuan itu terbatuk-batuk kerana terhidu asap terlalu banyak.
"Marsha!"
Suara bapa mertuanya di dalam rumah mengejutkan si suami. Dia memegang bahu isterinya. "Saya nak selamatkan mama dengan ayah. Awak tunggu sini, tau. Jaga anak kita elok-elok." Perut yang sedikit membuncit itu diusap perlahan.
Tanpa terselit masa perempuan itu melihat mata si suami, lelaki itu sudah masuk ke semula ke dalma rumah demi menyelamatkan ibu dan bapa mertuanya.
"Encik, jangan masuk!"
Perempuan itu bagai dijentik dari lamunan, menjerit memanggil setiap nama keluarganya. Perbuatannya dihalang oleh beberapa orang jiran. Masakan tidak, kalau dibiarkan sahaja ikuti perasaan, pasti nafas wanita itu akan hilang.
"Mara! Kenapa rumah terbakar tiba-tiba?" El-Amin yang baru tiba segera mendapatkan adiknya. Di tangannya terdapat plastik ais, malangnya ais itu juga sudah cair sedikit demi sedikit.
Plastik itu dijatuhkan. Bahu adiknya digoncang. "Dia orang ada dekat dalam ke!"
El-Mara menarik nafas dalam lalu dihembuskan seiring air mata. "Mama, papa dengan abang Azad... ada dekat dalam lagi."
Telinga El-Amin menangkap nada tapak kaki yang menghampirinya. Dia menoleh perlahan ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berambut kerinting memberi pandangan hairan ke arahnya. "Siapa kau... apa kau buat dekat katil mak kawan aku?"
Sepatutnya pada masa ini, hanya dia menemani ibu kawannya yang terlantar koma. Akan tetapi, hari ini ada tetamu pula yang menyapanya buat pertama kali.
"Kau... Mirin?" Tekaan El-Amin nampaknya tepat apabila lelaki itu berdiam diri. Kesunyian yang ada, memberi peluang untuk El-Amin mengujarkan kata. "Lagipun Scotch dah buat banyak perkara dekat aku. Tak akan aku tak lawat orang yang besarkan dia."
Perasaan Mirin berkecamuk dengan perasaan terharu. Merasa tiada apa-apa akan terjadi, Mirin mengambil tempat bertentangan El-Amin. Baru sahaja dia duduk, dia sudah disoal. "Kenapa kau bagitahu lokasi bom itu? Sepatutnya rancangan kau orang dah berjaya, tapi kau sendiri yang jatuhkannya."
Mirin tersenyum sinis.
"Aku benci Tequila."
...
Gopal menumpang kepalanya pada bahu Sina Yaya yang sibuk menyediakan bahan memasak. "Nak masak apa ini?" Mendengar pertanyaan secara mengejut itu, Sina Yaya secara spontan memukul laju bahu Gopal sampai lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Aduh, sakitlah..." Gopal mencebik seraya tangannya mengusap bahunya. Dia punya sakit itu macam terkena tempat kena sapu ubat Detol tadi. Manja melebih-lebih pula!
"Dah awak sergah tak ada salam, tak ada tegur. Memang saya terkejutlah." Sina Yaya memberi alasan, membela dirinya. Eh, terkejutnya lain macam sehingga terkeluar langkah taekwando dia! "Eh, awak kata awak kuatlah... apalah, tapi tak akan saya pukul sikit nak mengaduh."
Tangan Gopal masih kekal menggosok tempat sakitnya. Bibirnya merungut perlahan. "Kalau awak pukul macam nak lawan orang, macam mana tak sakit."
"Apa?"
Gopal laju menurunkan tangannya. Sengihan diberikan. "Tak ada apa-apa." Nasib baik Sina Yaya tak dengar. Sejak kebelakangan ini, angin dia bukan baik sangat.
Sina Yaya mengetuk bawang putih yang telah dikupas. Ketuknya bukan sampai hancur, sekali sahaja sudahlah. "Awak tak cakap dengan ayah ke?"
"Ada tapi sekarang ayah tengah tanda buku murid dia sambil tunggu waktu berbuka. Tandanya buku pun buku Addmath. Formula dia pun saya banyak lupa. Tak akan saya nak ikut tanda pula." Gopal menjawab sementara matanya memerhati segala tindakan Sina Yaya.
"Ikan, bawang, serai, halia, cili padi." Gopal menyebut setiap bahan pada ruangan dapur itu. "Eh, jangan kata..."
"Ha'ah. Saya nak masak ikan tiga rasa." Sina Yaya mengangkat batu lesung. Dibuatnya batu lesung itu macam tongkat pula. "Tak sangka awak tahu semua bahan-bahan ini."
"Itulah... jangan pandang rendah dekat kaum lelaki." Gopal menepuk dada tanda bangga. Dia ketawa kecil. "Lagipun saya kan pelajar lepasan kulinari. Jatuh maruahlah kalau tak tahu."
"Hek ek leh." Pandangan Sina Yaya bertukar ke arah skrin telefonnya. Dari riaknya yang senang dibaca, pasti tengah tengok resepi cara buat ikan tiga rasa. Teringat pula Gopal akan cerita Siao Fang fasal sejarah bekal ikan tiga rasa padanya.
"Mesti sedap, kan? Teringat pula awak bagi saya bekal ikan tiga rasa masa zaman sekolah dulu." Gopal mengingatkan pada zaman cinta monyet mereka dahulu.
Sina Yaya mempersetujui dengan nada teruja. "Ha, sebab itulah buka puasa ini saya nak buat ikan tiga rasa. Nak buat, tiba-tiba tak ingat cara. Sebab itulah saya tengok resepi ini." Sina Yaya menunjukkan sedikit laman web yang dilawatinya.
Lagipun, dia sengaja mahu memasak untuk ceriakan suasana yang melanda mereka berdua. Baru sahaja Gopal tertimpa masalah dan dia mahu hilangkan rasa bersalah dengan memasak kepadanya.
Gopal memerhati Sina Yaya memasukkan ikan goreng ke dalam kuali diawali bacaan basmallah. Bersungguh-sungguh benar Sina Yaya cuba memasak untuknya. Memorinya terputar pula semasa Sina Yaya berikan dia bekal sebelum masuk kelas dahulu.
"Kenapa nak jumpa saya ini? Nanti lambat masuk kelas pula." Gopal ternanti-nanti bicara dari Sina Yaya. Masakan tidak, semalam bukan punya diingatkan untuk jumpa di kantin dalam mesej.
"Sekejap... sekejap." Sina Yaya meletakkan begnya ke atas ribanya. Isi begnya diseluk lalu dikeluarkan sebuah bekas yang berbau sangat sedap. "Tadaaa... ada bekal ikan masak tiga rasa untuk abang Gopal."
"Ikan masak tiga rasa?" Terliur pula Gopal mendengarnya. "Eh, tetapi inikan bekal Yaya. Susah-susah sahaja. Nanti awak nak makan apa pula waktu rehat nanti?"
"Tak ada susah pun. Bukannya saya kongsi dengan abang Gopal pun nanti. Saya dah ada bekal sendiri." Sina Yaya menepuk-nepuk begnya. Dia menghulurkan bekal serta memberi renungan tajam pada Gopal. "Orang penat buat, ambil!"
"Seriuslah?"
"Seriuuus... ambil!"
"Tak naklah... rasa bersalah pula."
"Ambil! Kalau tak, tak nak jumpa abang Gopal lagi."
"Yalah." Gopal mengalah. Bekal bertukar tangan. Gopal berpura-pura mengusap dagu, seperti seorang detektif menganalisis bukti yang dijumpainya. "Hrm, betul ke Yaya tak letak jampi cinta dekat bekal ini. Sampai beriya suruh saya makan?"
"Tak ada kerja Yaya nak letak jampi." Sina Yaya menarik zip. "Buat apa Yaya nak letak jampi kalau Yaya tahu yang abang Gopal sukakan Yaya?"
Gopal cuba menahan wajahnya dari terus berbahang. "Eh, siapa kata?"
"Kalau tak, bagi baliklah. Biar Yaya makan semuanya." Sina Yaya menghalakan tangannya ke arah Gopal.
Gopal melarikan bekal itu dari Sina Yaya. "Tak apa, tak apa."
Kalau difikirkan semula, memang salah perbuatannya masa bercinta senyap-senyap dengan orang yang lain agamanya. Setelah kembali ke fitrah yang asal, barulah sedar yang perbuatan keluarga Sina Yaya sebenarnya benar.
Nasib baik dia sudah halalkan Sina Yaya. Syukur Allah telah kembalikannya ke jalan yang benar.
Puan Finna mencuit bahu Gopal. Gopal yang mengelamun memandang ke arah Puan Finna, memberi isyarat 'mengapa'? Puan Finna mendekatkan tangan pada mulutnya. "Yaya nak masak apa itu?"
Gopal membalas dengan nada yang sama. "Dia nak masak ikan tiga rasa. Lauk berbukalah katakan."
"Eh, boleh ke?" Puan Finna gerun pula mendengarnya. Sedangkan ayam goreng pun buat satu keluarga termuntah, apatah lagi ikan tiga rasa.
Gopal hanya menyeringai.
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
Perut yang berkeroncong akhirnya dapat dihentikan jua. Kalau orang lain sekarang tidak sabar-sabar mahu makan, lain pula suasana di meja makan keluarga Sina Yaya. Kalau boleh, nak makan kurma sahaja memanjang!
"Ini Yaya buat ikan tiga rasa. Ibu dengan ayah makanlah." Sina Yaya gembira memjemput ibu bapanya menjamu selera. Ikannya siap dipotong kepada empat bahagian!
Encik Siao Afiq teragak-agak untuk menjamah. Tahu... benda itu boleh makan, tetapi hasilnya memuaskan ke? Rasa menyesal pula tidak menginap di rumah anak lelakinya. Nanti tidak fasal fasal terlewat pergi masjid malam ini.
"Awaknya pun. Makanlah." Puan Finna yang sudah menggaul nasi, memberi amaran ke arah suaminya yang tercengang di hadapan makanan. Macam Mat Salleh jumpa nasi pula.
Gopal yang sudah menyuap makanan melihat sahaja tingkah laku ayah mertuanya. Ada juga rasa mahu tergelak. Sina Yaya penuh mengharap menanti lauknya masuk ke dalam mulut ayahnya.
"Bismillah..." ucap encik Siao Afiq. Satu suapan tiba di dalam mulutnya. "Erm, sedapnya!"
"Ha, Gopal dah kata dah." Bila masa pula engkau cakap apa-apa Gopal?
"Tak sangka anak ayah pandai masak. Sedap pula itu." Pujian encik Siao Afiq itu terhenti. Maklumlah, sibuk nak menyambung makan.
"Memang pandai pun. Namanya anak ibu kan? Makan, makan. Nanti lewat pula nak solat." Puan Finna menggesa kaum lelaki untuk menghabiskan makanan. Puji-puji nanti solat entah ke mana.
Sina Yaya hanya tergelak kecil. Meskipun mulutnya juga mengunyah, matanya tidak lekang melihat senyuman terukir pada wajah Gopal. Misinya untuk memunculkan senyuman itu akhirnya berjaya juga.
♦️♦️♦️
Bila lama tak tulis, auto suis otak terputus dan ambil masa nak lama nak sambungkan balik. TvT Redha sahajalah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top