30 | EL

                   "SELAMAT kembali, tuan Rizu!"

   "Selamat pulang ke Endanger Regulation, tuan Rizu!"

    Berselang-seli ucapan datang daripada ahli-ahli mafia di dalam markas itu. Siap bawa kek coklat dengan patung bos mafia itu lagi. Ditambah dengan pinggan perak di hadapan setiap ahli. Mungkin dia orang semua berbuka puasa. Hanya Elmarsya yang berlainan, bersama pinggan dan sudu plastiknya.

   Jika dinyanyikan lagu, barulah muka badut pada muka masing-masing kelihatan. Tidaklah nampak macam mafia sangat.

   "Selamat pulang, tuan Rizu." Rizu hanya menjeling sebelah mata ke arah Cralet di sebelahnya. Beberapa saat kemudian, bibir  merah itu membentuk sebuah senyuman sinis. "Tidak sia-sia aku tidak beritahu lokasi markas kepada polis bodoh itu. Kalau tidak, pasti aku tak akan bertemu dengan mafia-mafia aku."

   Tersipu-sipu beberapa mafia bawahan mendengarnya. Cralet mempamerkan wajah kosongnya. Kesian dia... tidak pun bosnya ucapkan terima kasih kepadanya.

  "Jadi..." Rizu menongkatkan dagunya dengan sebelah tangan. "Ada apa-apa perkembangan the terkini?"

   Cralet baru sahaja mahu duduk, terpaksa berdiri kembali. Dia menarik nafas panjang sebelum menyampaikan. "Untuk menambahkan kewangan, kita orang suruh Kirsch 'hack' duit pengguna bank buat beberapa minggu. Jangan risau, kita orang langsung tidak disyaki polis. Jumlah yang kita dapat lebih seratus juta ringgit."

   "Dan kita ada pengintip dalam..."

   "BAM!"

   Tersedak kek Galliano gara-gara ketukan meja dari Rizu. Sudahlah tulang kaki yang patah belum pulih dengan baik lagi, tersedak pula.

   Rizu sudah bangun dari duduknya. "Siapa!"

    Mirin mengetap giginya. Dia memberitahu bersama helaan berat. "Scoth. Sebab kami terima isyarat dari White Knight dari telefon dia. Mungkin dia lupa untuk tutup isyarat itu. Tapi kami telah sembunyikan mayatnya."

   "Kalau ada lagi pengkhianat, bagi sahaja aku. Pandai-pandai aku 'nasihat' dia." arah Rizu beserta senyuman. Cumanya, senyuman itu agak mengganggu semua mafia di situ kerana bos mereka sedang menahan marah.

   "Heh, nampaknya kau terlupa satu benda, tuan Cralet." Elmarsya mengelap sisa kek di keliling mulut dengan lengannya. "Kau sudah lupa ke dengan lelaki itu dan Golden Blood? Yang aku tak berjaya tembak gara-gara dengan cadangan kau."

   Cralet berpaling laju ke arah Elmarsya. Giginya diketap. "Kau yang tak pandai buat kerja!" Tanpa sebarang amaran, kepalanya dihentak pada meja oleh Rizu. Kepala Cralet juga ditekan ke meja bagi mengelakkan lelaki itu bergerak. Rizu merenung Elmarysa dan membenarkan dia menyambung. "Teruskan, Tequila."

   "Ada tiga orang telah tengok kerja-kerja kotor pak cik tua itu. Buat kerja, tetapi tak pandai nak cuci." Elmarsya mula mengira menggunakan jarinya. "Pff, lagi tidak percaya, saksi yang nampak itu isteri, adik dan adik ipar ahli WK sekaligus."

   Akhirnya, Rizu melepaskan kepala Cralet dari mencium meja. Rizu berpeluk tubuh. "Kau tidak payah gelabah dengan White Knight itu. Kita teruskan sahaja hidup seperti biasa. Bukannya orang pen..."

   "Tetapi, tuan Rizu. Sina Yaya itu ada Golden Blood." Kepala si mafia yang memberi maklumat tambahan itu ditembus peluru. Peluru yang datang pastinya dari Rizu. Lelaki yang ditembak itu sudah jatuh ke belakang dan berlumuran darah. Suasana ceria memakan kek menjadi pertumpahan darah.

   "Jangan menyampuk jika aku bercakap. Sekejap... Golden Blood? Sina Yaya itu siapa?" Nampak sahaja bos, tetapi bodoh rupanya.  Ataupun terbukti bahawa Siao Fang memang bijak dalam menyimpan rahsianya. Tetapi penulis tidak akan tarik balik kata-katanya.

   "Sina Yaya yang ada golden blood, tuan Rizu. Misi terakhir dulu kita orang letupkan rumah dia tetapi... gagal." Elmarsya mengangkat bahunya.

   Rizu tayang wajah tidak berperasaan tetapi nadanya mengatakan sebaliknya. "Kau orang semua ini bodoh ke apa? Berapa tahun kau orang jadi mafia? Ke nak aku belah kepala seorang-seorang? Mana tahu dah tak ada otak sampai buat macam itu!"

   Semua sudah memandang permukaan meja kayu seperti baru dimarahi guru. Kasihan betul orang sebelah mayat yang ditembak tadi, terpaksa pandang muka kawan yang dah ditembak.

  Elmarsya yang duduk di atas tong minyak, mengangkat snipernya, meminta izin untuk bercakap. Selepas mendapat keizinan, wanita itu turun daripada tong tersebut. "Pagi tadi, aku ada order makanan sebab aku lapar. Tapi bukan fasal makanan itu yang aku nak cerita..."

  Elmarsya mula berjalan di sebelah kiri meja mesyuarat. "Ianya fasal penghantar makanan itu."

   "Muka cik... kita pernah kenal ke?"

   Elmarsya terkedu saat menerima pertanyaan itu. Perlahan-lahan dia menggeleng. "Saya tidak pernah lihat encik sebelum ini. Mungkin kita pernah jumpa dekat mana-mana ke?"

   Gopal terdiam seketika. Dia pasti memorinya mengenal wanita itu cuma masalahnya sel otaknya pula tidak berhubung masa ini. Bau-bau hospital yang dia ingat tapi... yalah, mungkin pelanduk dua serupa.

  "Ada apa-apa lagi ke yang encik nak?" Elmarsya menyeluk sesuatu di dalam poket kainnya. Dia sengaja menampar lengan Gopal yang berlapik baju. Alhamdulilah, tidak bersentuhan kulit.

   "Eh, kenapa?" Gopal memandang pelik Elmarsya. Tiba-tiba tepuk lengan aku. Sihat tak akak ini? Jangan kata ini kesan kuarantin.

   Elmarsya mengangkat tangannya, ada bangkai nyamuk di situ.

   "Dan, aku letak cip pada baju dia. Jadi senanglah kita nak tahu lokasi dia." Kini, Elmarsya berada di sebelah Rizu. Langsung tidak mengigil selepas mengetahui orang di  sebelahnya baru mengambil satu nyawa manusia.

   Rizu menjatuhkan lengannya dari terus menongkat dagu. Meskipun begitu, wajah Elmarsya yang dilitupi topeng tidak dipandang. "Jadi, apa yang kau rancangkan sebenarnya?"

   "Mungkin... kau orang semua boleh bagi cadangan?" Elmarsya menunjukkan ke arah mafia-mafia di hadapannya.

   "Bunuh dia oranglah!"

   "Kita letak ular berbisa ke dalam bilik dia orang dan bagi dia orang mati?"

   Riuh-rendah suara orang memberi rancangan. Kalaulah dalam kelas pun begini, eh, maksud aku bukan kelas yang biasa  bertemu empat mata itu. Yang aku maksudkan, kelas online.

  "Apa pendapat kau, Mirin? Kau kan nampak aku bunuh Scoth... mana tahu ada cadangan dari peristiwa tu ke?" Sekelip mata sahaja Elmarsya berada di belakang Mirin. Apa Elmarsya lari atas meja ke?

   Mirin berdecit kasar. "Diamlah." Desis dari Mirin disambut kosong oleh Elmarsya. Tidak tahu pula dengan air mukanya kerana Elmarsya tutup seratus peratus wajahnya dengan topeng.

   "Apa kata kita letak bom kawalan?" Idea daripada Kirsch berjaya menarik perhatian semua. Tidak tahulah kalau ada orang yang cadangkan benda sama.

   "Bom kawalan?" Rizu memastikan dia tidak tersalah dengar. Itulah, orang suruh korek telinga tidak mahu. Mesti tidak bersihkan telinga masa dalam penjara.

   "Ya, Tequila boleh tanam bom kawalan dalam motor si Gopal itu. Dia kan kerja penghantar makanan, bukan? Kita pun ada satu bom itu." Kirsch menjelaskan penuh terperinci. "Jadi, kita boleh tamatkan nyawa Gopal, ambil Golden Blood dan habis kerja kita."
  
   "Oh," balas Elmarsya, sepatah.

   Cralet memandang rendah cadangan orang bawahannya. "Bom kawalan? Bagaimana kalau gagal? Kau nak percaya dengan dua pere.." Bantahan itu membisu tatkala Rizu melepaskan tembakan pada bahu Cralet.

   "Aku suka cadangan ini." Rizu sepertinya mempersetujui rancangan Kirsch.

   Ramai juga yang membuat muka tidak puas hati. Maklumlah, Kirsch dan Tequila satu-satunya ahli yang boleh melakukan sesuka hati mereka. Meskipun begitu, Kirsch diterima oleh ahli E.R manakala Tequila pula yang dibenci.
 
   Kipas mengambil alih bunyi di dalam markas itu. Entah mengapa meremang bulu roma Elmarsya ketika mendapat pandangan tanpa emosi daripada ketuanya. Malah semua memandang ke arah tubuh Tequila itu.
  
   Seolah mengetahui, tugas itu diletakkan pada Elmarsya.
 
...

   Langit yang gelap mula menunjukkan langitnya yang berwarna biru. Walaupun begitu, haruman udara subuh masih lagi menyegarkan hidupan yang menghirupnya. Burung mula mengepakkan kepak dan melalui di hadapan sebuah halaman rumah yang mempunyai pasangan suami isteri di dalamnya.
 
   "Ha? Pāṭṭi masukkan lima ribu ringgit dekat akaun saya? Seriuslah?" Gopal punya tidak percaya itu sampai terus berhenti menekan pedal motor. Dia berbisik pada akhir ayat. "Rasa pelik pula bila pāṭṭi tiba-tiba baik macam ini."

   "Tak baik cakap macam tu." Sina Yaya menepuk bahu Gopal membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Bukan pura-pura manja tetapi pukulan Sina Yaya memang berbisa! Tambahan pula, Sina Yaya ini memang telinga lintah!

   "Pāṭṭi kan dah sedar dari kesilapan dia. Lagipun, nenek mana yang tak sayang cucu dia. Watak antagonis dalam drama pun boleh berubah jadi baik, apatah lagi di realiti." Mulut Sina Yaya ditutup oleh Gopal. Sengaja Gopal menggoyang tangannya untuk mengherotkan bibir Sina Yaya.

   Sina Yaya menurunkan tangan Gopal. Dia merenung tajam ke arah Gopal yang sudah tertawa lucu. "Orang cakap, dia main-main pula."

   Gopal menepis air mata yang terhasil dari ketawanya. Dia melepaskan senyuman pada Sina Yaya. "Awak baik sangatlah. Rasa bersalah pula saya. Nak jahit tudung pun kena pakai mesin lama."

    Sina Yaya menjentik dahi Gopal. Comel sahaja dengan ketinggiannya mencapai paras dada Gopal. "Jangan fikir lama-lama. Benda dah lepas. Sepatutnya saya yang paranoid, sekarang awak pula yang paranoid." Sina Yaya terdiam, seakan malu untuk berbicara. "Lagipun saya lega awak tak apa-apa."

    "Saya pun lega... uh, okeylah saya nak pergi kerja ini. Nanti lambat, 'abang' Siao Fang potong gaji saya pula," gurau Gopal. Dia menaiki motorsikal kemudian menoleh ke arah Sina Yaya. "Jangan duduk luar lama sangat, anak dara tak elok duduk luar pepagi buta."

    "Tapi kita kan dah kahwin." Sina Yaya tergelak dengan usikan mendalamnya sendiri. Bukan main Sina Yaya sekarang!

    Gopal terlopong seketika. Dia menyeringai ke arah Sina Yaya. "Lain macam ya, sekarang?" Dia memulas kunci motor lalu ditekan pedal motor. "Saya pergi dulu, ya?"

   "Ha, hati-hati awaknya." Sina Yaya mengikuti Gopal yang menggerakkan motornya ke luar halaman rumah. Gopal mengangkat kakinya dan memandu motor. Sempat Sina Yaya berteriak, tujuan untuk menyakat Gopal. "Bye, 'abang' Gopal!"

   Kesian Gopal... mesti tidak tenang hati dia  masa pandu motor.

   Sina Yaya segera masuk ke dalam halaman rumah selepas menutup pintu rumah. Kalau ibu atau bapanya mengetahui, pasti giliran dia pula diperli-perli. Harap-harap orang rumah tidak dengarlah!

   Baru sahaja mahu membuka selipar, matanya menangkap kaca pecah berdekatan tiang rumah. Tidak logik CCTVnya pecah pula. Sina Yaya lantas bergerak ke arah tiang itu. Benar sangkaannya...

   "Kenapa CCTV ini... pecah?" Lagi menghairankan, CCTV itu pecah kerana satu lubang. Tidak mungkin burung patuk atau...

...

    Loceng pintu kedai berbunyi berjaya menegakkan tubuh Kang Jian di meja kaunter. Baru sahaja dia ingin menyambut mesra pelanggan itu, wajahnya berubah hampa melihat empunya tubuh. "Lah. Adik bos rupanya." Dia kembali merebahkan kepalanya ke meja.

   Siao Fang yang mengelap meja menoleh ke arah Sina Yaya. "Kau datang sini naik apa? Tak tolong ibu dekat rumah ke? Kalau nak cari Gopal, dia baru keluar hantar bungkusan makanan kat orang."

   "Oh..." Sina Yaya laju mengubah wajah hampanya. Nanti terpecah rahsia dia datang mahu menjenguk Gopal. "Tak adalah. Tadi ibu suruh beli roti. Alang-alang cafe kak Alia dekat dengan kedai tadi, Yaya saja singgah."

   Siao Fang berhenti mengelap meja. "Eh, kenapa ibu tak suruh abang sahaja?" Sina Yaya cuma mengangkat bahu. Siao Fang hanya memutarkan bola matanya. Yalah...

   Nasib baik adik dia cukup normal untuk bergaul dengan kaum tarzan di sini. Tidaklah dia sakit kepala mahu melayan.

   Kedengaran bunyi pam tandas ditekan, maka keluarlah Amanda dari tandas tersebut. Amanda teruja melihat Sina Yaya datang. "Eh, Yaya datang sekali? Kalau cari Go..." Dalam sekelip mata, sebuah buku terkena pada pipinya.

    "Berani kamu wahai pelayan tidak menghiburkan beta. Kamu patut tahu taraf kamu. Cepat, buatkan beta air." Selamba sahaja Kang Jian menunding ke arah Amanda. Amanda mencampak semula buku ke arah Kang Jian namun Kang Jian dapat mengelak.

    "Aku berhenti jadi rakyat kau!"

   "Berani kamu berkata begitu wahai rakyat derhaka!"

   "Diamlah. Aku nak tidur," gesa Qafael yang merehatkan diri berdekatan meja kaunter. Dia rasa dia duduk di kafe, kenapa rasa macam berada di habitat semula jadi ini?

    Sina Yaya tersenyum kekok melihat suasana cafe ini. Lama rasanya dia tidak datang ke cafe Almanda ini. Agak-agaknya... ini ke keseronokan yang Gopal ceritakan padanya semalam?

   Siao Fang menggeleng buat beberapa saat. Kalau bos (Alia) pemilik cafe ini pun sewel, apatah lagi suis otak pekerjanya yang lain. Nampaknya macam terputus belaka. Telefonnya berdering sebentar. Siao Fang merenung hairan nombor yang tidak dikenali terpapar pada telefon bimbitnya. Siapa pula yang telefon ini?

   "Kenapa..." Pertanyaan Sina Yaya dipotong Kang Jian. Sudah terbukti mereka mempunyai pertalian darah. Asal cakap sahaja, kena sampuk.

   "Kenapa kamu tak angkat? Bisinglah asyik berdesing sahaja lagu itu di telinga beta!" Kang Jian menutup telinga kononnya tidak suka dengan nada dering Siao Fang. Sesaat kemudian, panggilan itu terputus sendiri.

   Siao Fang mengeluh. Dia menunjukkan telefonnya ke arah Kang Jian. "Salah nomborlah."

   Telefon Siao Fang berdering kembali. Yang pasti, nombor yang sama menelefonnya lagi. Dengan malas, Siao Fang menolak simbol telefon ke warna hijau. Telefon didekatkan pada telinga. "Hello."

   "Kau... ahli White Knight, bukan? Aku orang ER."

   Mata Siao Fang terbeliak luas. Suaranya juga berubah tegang. "ER? Kenapa kau call aku? Apa yang kau nak?" Orang di dalam kafe terhinjut bahu semuanya dengan tengkingan Siao Fang. Sampaikan Kang Jian yang bermulut kepoh turut terkunci.

   "Kod, Mirin. Budak nama Gopal itu pergi mana?"

   Siao Fang tidak ingin katakan. "Kenapa aku kena beritahu kau?"

   "Dengar sini, bodoh. Kau kena percaya aku. Tequila dah tanam bom kawalan dalam motor budak gemuk itu. Kalau dia pergi sejauh lima kilometer, bom itu akan aktif dan meletup kalau dia berhenti. Sama juga situasi dia kalau perlahan bawah 20 kilometer."

   "Bom?" Siao Fang mengerutkan dahinya. Sina Yaya yang mahu tahu apa yang terjadi diberi isyarat untuk tunggu perbualannya tamat. "Kenapa aku kena percayakan engkau?"

   "Kalau kau nak adik kau jadi balu, tak payah percayakan aku." Talian diputuskan oleh pihak sebelah.

   "Tch." Siao Fang berdesis kasar. Dalam masa yang sama, seorang pelanggan berbangsa cina masuk ke dalam kedai. Siao Fang memberi pesan kepada pekerja lain. "Kau orang urus pelanggan, aku ada benda nak buat."

   Mereka bertiga yang sudah sedia maklum kerja Siao Fang, berlakon seperti biasa ketika mengambil pelanggan. Sina Yaya mengekori abangnya yang sudah menjejak kaki ke luar. "Apa yang dah jadi, abang?"

   "Abang nak telefon Gopal sekejap." Siao Fang mendail nombor telefon Gopal. Mintalah kali ini lelaki itu jawab telefon sambil memandu.

   "Truuut..."

   Cepatlah jawab...

   "Kya karuu haa'e... Kuchh kuchh hota hai."

   Gopal menyelak telefonnya di sebalik bungkusan makanan. Matanya berselang-seli menumpukan jalan dan tengok ke bawah dalam masa yang sama. Siapa pula yang telefon masa nak dekat dengan rumah pelanggan ini?

  "Hello!"

  "Kau atas motor, bukan? Kau jangan berhenti! Kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ini!"

   "Cakap? Kenapa tak boleh berhenti? Nanti kena kejar dengan anjing ke? Nak sampai rumah pelanggan ini." Gopal menyangka Siao Fang bergurau dengannya.

   "Bukanlah! Motor yang kau pandu sekarang ini! Ada bom kawalan yang Tequila dah tanam. Aku tak bergurau sekarang ini! Sebab tu aku kata jangan berhenti!"

   Gopal tergamam mendengarnya. Tanpa sedar, dia telah terlepas dari rumah yang ditujunya. "Kalau aku slowkan?"

   "Jangan slowkanlah, gila! Kekalkan pandu atas 20 kilometer, atau badan kau yang akan berkecai!"

   Meter kawalan motor yang sudah mahu jatuh ke 20 kilometer terus Gopal naikkan. Gopal cuba menenangkan rasa gelisah di dalam dadanya. "Habis itu, aku nak buat apa?"

   "Rumah itu dekat dengan sekolah rendah Tun Hussein kan? Sekejap, nanti aku datang." Siao Fang beralih ke Sina Yaya. "Kau dah telefon El-Amin?"
 
   Sina Yaya laju menyahut. "Dah." Nafasnya terasa sesak. Harap-harap Gopal selamat.

   Siao Fang  menggerakkan semula telefonnya ke telinga. Jantungnya berdegup kencang tatkala tiada sebarang bunyi tayar motor kedengaran. "Hello! Gopal, kau dengar tak!"

   "Boom!"

   Serpihan motor tercampak ke sana sini dan mula terbakar. Rumput berdekatan motor itu menyemarakkan api tersebut. Kereta-kereta berhampiran automatik berhenti demi melihat apa yang terjadi.
  
   Gopal turun naik nafasnya mengerling ke arah motornya yang sudah meletup di dalam longkang. Eh, bukan. Itu motor Siao Fang! Dia mengaduh kesakitan saat menyedari lutut dan sikunya terluka kesan terseret pada jalan tar.

   Dalam menahan kesakitan, Gopal bangun dari baringannya. Telefon di sebelahnya diambil lalu dikuatkan bunyi. "Sorry, Siao Fang. Motor kau meletup dalam longkang."

   "Kau ini bangang jenis apa! Kau buat apa?" Siao Fang berasa bengang akan tindakan Gopal. Jangan kata dia terjun sudahlah. Terselit rasa lega Gopal masih lagi bersuara.

   "Aku lajukan motor itu dan pandu ke longkang besar. Lepas itu aku pun lompat dari motor."

  "Kau ini, kereta masuk longkang. Motor aku masuk longkang. Jangan sampai aku rendam kepala kau dalam air longkang."

   "Aku paniklah!"

   Sina Yaya menghembus nafas lega. Namun, rasa risaunya masih belum hilang membuatkan susah untuk dia menerbitkan senyumannya. Mahu sahaja tadi terkeluar air matanya namun sempat dia tahan dari jatuh.
  
   Baru sahaja rumah mereka berdua dibom. Kini motor Gopal. Orang ER. itu...

  ... betul-betul mahu membunuh mereka.

   El-Amin yang sudah tiba dengan kereta Grabnya, menjenguk ke luar tingkap. Eh, dua beradik ini tadi macam panik sangat hendak naik. Sehingga suara perempuan lagi seorang seperti mahu cepat sahaja. Sekarang buat endah tidak endah terhadapnya.

   Tidak mengapa El-Amin, hidup ini tidak semestinya adil. Terutamanya pada kamu.

   









♦️♦️♦️

MUAHAHAHAHA ini baru sedikit. Sekejap sahaja lagi kita akan masuk konflik yang sebenar. Bersediakah kalian? Bersedia? HAHAHAHAHA!

Pemberita TV3 : Ha, cameraman... masuk dalam sedikit. Ehem! Di bilik ini saya memaparkan seorang budak yang menjadi gila kerana encik plot twist. Dia sekarang sedang mengalami rawatan.

Suara encik plot twist : Aku tak buat dia gila! Dia memang dah gila! Tapi dia yang nak gilakan aku tadi! Aku tak bersalaaaaah *sambil diheret polis*
 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top