28 | EL
"BUUK!"
Terhinjut bahu tiga lelaki itu apabila bunyi meja diketuk secara tiba-tiba. Mata semua terarah kepada Sina Yaya yang bertanggungjawab meretakkan sedikit meja kayu itu. Bahkan Siao Fang pun meneguk air liur sendiri.
Sina Yaya menurunkan tangan, wajahnya diangkat. Bengis sahaja air mukanya. "Kenapa kau orang tidak pernah sesekali bagitahu Yaya? Yaya ini siapa?" Rasa seperti dipinggirkan mula dirasakan dalam dada.
Entah mengapa suara Gopal seakan-akan tersekat pada anak tekak. Hanya kata maaf sahaja keluar dari bibirnya. "Yay... saya minta maaf." Gopal mengeluh, berat. "Apa yang saya buat, untuk jaga awak."
"Jaga saya? Macam mana dengan awak?" Riak muka Sina Yaya beransur-ansur menjadi kecewa. "Macam mana kalau saya kena bunuh dan saya langsung tidak tahu apa-apa? Tidak mungkin sampai saya mati, rahsia ini masih digenggam dalam tangan."
"You are paranoid." Siao Fang menghampiri adiknya. Satu pandangan tajam dihadiahkan. "Kau terlalu terburu-buru, sebab itulah abang suruh Gopal untuk rahsiakan ini daripada kau. Ini untuk kebaikkan kau juga."
"Tapi saya ada perasaan." Sina Yaya tetap membela dirinya sendiri.
"Kalau semua manusia ikutkan perasaan, kelak dunia akan huru-hara jadinya." Siao Fang membalas, selamba. "Dan kau marah sebab kita orang rahsiakan ini semata-mata untuk lindungi kau. Tetapi kau pernah ke hargai effort Gopal bersungguh-sungguh nak lindungi kau?"
Sina Yaya terkesima. Mulutnya terkunci. Apabila difikirkan balik, Gopal bersungguh-sungguh melindunginya walaupun dia agak memaksa supaya berkahwin dengannya.
"Hey, hey. Aku okey sahajalah. Janganlah gaduh dekat sini." Gopal cuba meredakan atmosfera yang tegang ini. Siao Fang hanya menurut lalu menjarakkan diri daripada Sina Yaya yang berdiri kaku.
Dia lindungi aku... hanya sebab aku isteri dia sahaja ke? Ke... sebab tanggungjawab sahaja?
Sina Yaya lambat-lambat menoleh ke arah Gopal di hadapan kirinya. Entah mengapa dia gagal untuk melukiskan senyuman di mukanya. "Gopal... kenapa awak bersungguh - sungguh nak lindungi saya?"
Suaranya serak. "Siapa saya bagi awak?"
Pertanyaan itu ibarat sambaran halilintar ke hati Gopal. Tidak mungkin mahu nyatakan di hadapan El-Amin dan Siao Fang! "Awak ci..."
Gema tapak kaki menaiki ke atas lonteng menghentikan suara-suara di situ. Jack datang bersama dulang berisi beberapa cawan teh. "Aku dah buatkan teh. Maaf lambat..."
Melihat dirinya dia menjadi tumpuan, Jack tahu ini bukan masa yang tepat dia masuk ke sini. "Aku... ganggu, ya? Aku letak sahajalah ini dekat sini." Dulang diletakkan di atas meja. Sudah kenapa mejanya ada kesan retak di situ? Ada perlawanan terjadi ke?
Sina Yaya pantas menghalang Jack daripada pergi. "Tak apalah, abang Jack. Tak ganggu pun. Lupakan sahajalah apa yang saya tanya." Nadanya mengendur. Yang pasti, ayat terakhir itu ditujukan kepada Gopal.
"Yaya pinjam tandas sekejap." Sina Yaya menuruni lonteng saat mendapat keizinan Jack.
"Yaya, tunggu!"
Malangnya, bayang-bayang Sina Yaya tiada lagi kelihatan di hadapan mata Gopal. Gopal menurunkan tangannya perlahan.
"Apa dah jadi?" Jack yang baru tiba berasa keliru dengan apa yang terjadi.
"Sina Yaya dah tahu." Siao Fang cuma berlakon biasa. Cawan teh dari dulang dicapai. Walhal dalam hatinya sebenarnya agak risau dengan adiknya. Yalah, satu-satunya adik dia kot.
'Macam mana aku nak pujuk dia?' getus Gopal sendirian. Kepalanya langsung kosong tanpa sebarang idea dan hanya dipenuhi rasa bersalah semata-mata. Dia mengigit kukunya.
El-Amin dari belakang menepis tangan Gopal. Gopal pandang El-Amin dan El-Amin pandang Gopal. Jika ini filem, pasti ditambah efek zum beberapa kali. Persoalannya, adakah ini pertalian antara kembar sedunia?
"Where there is anger, there is always pain underneath." Buat seketika, El-Amin menjadi penasihat rumahtangga. "Tak perlu pujuk, tak perlu kau minta maaf berulang kali. Cukup kau ada di sisi dia dan tenangkan dia. Tapi jangan mengalah untuk kembalikan dia pada kau."
"Takut-takut kau sendiri akan kehilangan dia."
El-Amin menepuk-nepuk bahu Gopal sebelum menyertai sesi minum teh bersama Siao Fang dan Jack. Gopal melihat El-Amin berserta riak pelik ditayangkan.
'Kembar' dia itu pun baru lepas gaduh dengan bini ke?
...
"Saya masuk, ya?" beritahu Gopal selepas tiada sebarang suara yang diterima dari dalam bilik itu. Sina Yaya yang bermain telefon dalam bilik itu segera menutup telefon lalu bersembunyi dalam selimut. Malulah kalau nampak bekas air mata yang melekat dekat pipi.
Tombo pintu dipulas. Perkara pertama yang dia lihat dalam samar-samar kegelapan hanyalah selimut yang menyorokkan seseorang. Gopal tersenyum penuh makna seraya tangannya menutup dedaun pintu.
"Hrm, mana ya Sina Yaya? Rasanya Jack kata bilik dekat ini. Tak akan silap bilik kot." Gopal berpura-pura membuat andaian. Dia berjalan ke arah Sina Yaya dengan jari jemarinya yang bergerak-gerak.
"Ha, engkau rupanya sang selimut! Berani tuan hamba memakan isteri hamba." Gopal menggeletek pinggang Sina Yaya di dalam selimut. Sina Yaya terkekek menahan rasa geli sehingga terbuka selimutnya kerana guling banyak sangat.
Sina Yaya menarik nafas lega apabila pinggangnya tidak digeletek lagi. Dia membuka matanya namun siapa sangka Gopal sedang tersenyum dibias cahaya bulan melihatnya. Bahang panas menyirap pada wajahnya. Dia lantas menarik kain selimutnya.
"Jangan kacaulah..." Sina Yaya masih lagi tidak mahu bersua muka dengan Gopal. "Orang nak tidur."
"Awal lagi..." Awal apanya Gopal. Jam dua pagi begini, kelawar tengah keluar cari rezeki sekarang. Gopal mencuit-cuit lembut pinggang Sina Yaya. "Jom main Truth Or Dare. Tapi main Truth sahajalah. Tak boleh buat kerja gila dekat rumah orang."
Tiada balasan.
"Kalau tak..." Gopal memegang pinggang Sina Yaya. "Saya geletek awak lagi!"
"Ah, yalah. Yalah. Orang main." Sina Yaya mengalah. Dia menggoncangkan tubuhnya beberapa kali bagi mengalihkan tangan Gopal dari pinggang. Hendak tidur, sibuk ajak main permainan dengan dia.
Gopal berdehem. "Ehem! Baiklah. Rules kita mestilah sentiasa jujur. Tiada unsur Among Us akan digunakan dalam permainan ini. Semuanya kena dari dalam hati. Setuju tak, orang selimut?" Gopal sengaja menggerakkan kepala Sina Yaya yang diseliputi kain selimut.
"Hrmmmm..." Aik, macam Nezuko Kamado pula Sina Yaya ini. Rasanya kau orang bukan baca fanfic Demon Slayer masa ini.
"Saya mula, ya?" Gopal memberi soalan, memulakan permainan. "Awak masih marah ke?"
Sina Yaya angguk tidak, geleng juga tidak. Dia hanya mendengung sebagai jawapan.
"Awak marah ke tidak? Hrm itu pun macam ada dua jawapan, tau." Gopal seboleh-bolehnya ingin mendengar ayat dari Sina Yaya. Kalau hrm hrm, eloklah jadi sepupu dengan Nezuko.
Lama Sina Yaya mendiamkan diri untuk beberapa saat sebelum dia menjawab. "Maaflah saya marah-marah tadi. Saya tak rasa marah sekarang, cuma rasa kecewa sikit. Tapi maaf tau saya marah tadi." Meskipun ucapan maaf berkali-kali diucapkan, Sina Yaya masih tegar tidak mahu lepas dari encik selimut.
Gopal menghembus nafas, lega. Rasa senang hati bilamana Sina Yaya mulai bercakap dengannya. "Jangan risaulah, semua manusia ada perasaan. Lagipun saya pun marah kalau orang simpan rahsia dengan saya. Saya pun nak minta maaf."
"Tak apa, saya pun dah maafkan. Sekarang giliran saya, bukan?" Sina Yaya menukar topik. Dia tidaklah mahu Gopal disebulungi rasa bersalah.
"Ha, cepatlah tanya saya." Gopal memberi ruang untuk Sina Yaya meneruskan permainan. Comel pula cakap dengan selimut warna merah jambu ini.
"Erm... kenapa awak sungguh-sungguh nak lindungi saya? Padahal saya dengan awak..." Sina Yaya mengetap bibir. Dia menyambung ayatnya. "Padahal saya dengan awak 'baru' jumpa."
Gopal mengusap dagunya. "Ha'ahlah. Kenapa ya saya lindungi awak? Patut saya lari sahaja selamatkan diri saya. Yalah, nafas didahulukan, nyawa diutamakan." Ha, sudah. Slogan mana kau ciplak ini Gopal?
Gopal tertawa kecil akan lawak yang dia sendiri cipta. "You mean the world to me. Macam eternal love. Jadi untuk lindungi sesuatu yang sangat berharga itu, yang hendak dibawa bersama ke syurga... mesti akan jaga dengan sepenuh nyawa selamanya, bukan?"
Pupil hitam mata Sina Yaya membesar, hatinya tersentuh menerima kata-kata itu. Tangannya perlahan-lahan melepaskan genggaman pada hujung kain selimut itu. Pada masa yang sama, tangannya dipegang lembut oleh seseorang.
"Apa sebenarnya... makna cinta abadi bagi awak, Gopal?" Sina Yaya masih menahan selimut itu dari terbuka.
"Erm, biar saya fikir." Gopal sahaja melekapkan tangannya pada punggung Sina Yaya. Sina Yaya laju mencubit tangan lelaki itu sampai lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Gatal lagi!"
"Dah awak dalam selimut, mana saya tahu itu bontot awak." Gopal berdalih padahal dia memang berniat sentuh benda itu. Dia berujar kata sebaik sahaja menyusun ayat di dalam kepalanya.
"Bagi orang putih, cinta abadi itu bagaikan cinta sehingga kedua pasangan itu mati. Macam Juliet dan Romeo. Masalahnya Romeo itu sendiri minum racun. Apa punya orang." Sempat lagi Gopal mengutuk Romeo dari kisah Romeo and Juliet. Sina Yaya menutup mulut, tidak mahu tergelak.
"Tapi bagi saya cinta abadi itu ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal. Tali Allah menyatukan mereka, bukannya oleh nafsu serta kepentingan diri."
Gopal menggengam tangan Sina Yaya dalam selimut. "Cinta abadi antara pasangan itu, pasangan itu saling membantu antara satu sama lain. Cinta macam suami isteri, lindung antara satu sama lain macam adik beradik. Lalui hidup macam bestfriend sehinggalah masuk bersama ke Jannah."
Sina Yaya menyengetkan hujung bibirnya. Dadanya terasa tenang ketika ayat itu masuk ke dalam telinganya. Dalam diam, dia setuju dengan apa yang dikatakan Gopal. Tanpa diduga, selimutnya disentap. Maka wajahnya jelas ditatap oleh Gopal.
Gopal melebarkan senyumannya. "Yaya, do you remember?"
"Remember... ingat apa?"
"Remember who you are. Remember, Simba." Aduhai, Gopal. Ada masa lagi kau ambil dialog dari The Lion King.
"Gopal!" Sina Yaya memukulnya manja dengan bantal. Kalau dibandingkan warna muka Sina Yaya dengan tomato, pasti kelihatan sama rupanya. Boleh pula bergurau!
"Tak, saya serius." Gopal cepat menukarkan reaksi wajahnya. Dia menahan tangan Sina Yaya dari terus memukulnya guna bantal. Pipinya turut berona merah. "Awak... ingat tak masa sekolah dulu, kita pernah..."
"Ingat!" Sina Yaya mencelah. Matanya tidak mampu lagi menanggung air dari kelopaknya. Walaupun begitu, senyuman itu tidak hilang dari wajah gadis itu. "Mestilah saya ingat... hiks. Saya fikir awak dah lupa. Dan saya selalu fikir awak langsung tak cintakan saya." Dia mengelap air matanya pada pergelangan baju.
Gopal ikut serta menarik senyumannya. Siap ditayang giginya yang putih berseri. "Awak nak tahu tak maksud nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ?"
"Apa maksudnya?"
Gopal memeluk erat Sina Yaya. Rambut Sina Yaya dielus penuh kasih sayang. Dibisik perkataan itu pada sebelah telinganya. "Saya cintakan awak, princess saya. Saya bersyukur sangat sebab Allah bertemukan kita berdua kembali."
Sina Yaya membalas pelukan itu. "I love you too."
...
"Hrm?" Siao Fang menjenguk ke dapur. Terbit perasaan hairan melihat Sina Yaya berseri-seri menolong isteri Jack, Ummi di mengemas dapur. Semalam bukan main gangster sampai mahu tumbuk meja.
"Ha, yang ini seorang lagi." Siao Fang menyindir Gopal di atas sofa yang turut tersenyum. Sekejap tersenyum, sekejap termenung. Risau kadang-kadang.
"Meow." Kya melompat ke bersebelahan Gopal. Okey, ini bukan tahap risau kadang-kadang ini, ini risau kadang-kadang kuasa dua. Biasanya Gopal tidak begitu rapat dengan kucing.
"Hey, hey, hey!" Siao Fang membaling kotak tisu ke arah Gopal. Mengaduh panjang lelaki itu.
Gopal menoleh ke arah Siao Fang, tidak senang hati. "Kenapa baling dengan kotak tisu? Aku tengah fikir sesuatu tahu, tak?"
"Fikir ke dah pergi alam lain? Sepatutnya kau patut bersyukur aku baling kotak tisu, kau dah tersedar. Ini kalau aku baling bom, rasanya tinggal rangka tulang kau sahaja. Ish, worry sometime sometime." Siao Fang duduk bersila di atas lantai, betul-betul bertentangan sofa yang diduduki Gopal.
"Tak adalah." Gopal mendekatkan tangannya ke pipinya, seolah hendak bisikkan sesuatu. "Yaya dengan isteri Jack itu... memang rapat ke?"
Siao Fang menjeling ke kanannya, arah dapur berada. Dia mengangguk. "Ha'ah. Sebab Yaya dengan Ummi itu bekas murid-guru... begitulah."
"Ha, mana kembar jahat aku itu?" Gopal bertanya keberadaan El-Amin. Yalah, bangun pagi sahaja Jack sudah ke tempat kerjanya, El- Amin pula menghilang dari rumah ini.
Siao Fang mengerutkan dahinya. Sudah kenapa aku menjadi wartawan tidak bertauliah ini. Tidak mengapalah, sekurangnya ayat aku tidak kena potong. "Dia balik rumah sebelum Subuh lagi. Ada hal ka..."
"Eh, El-Amin itu ada masalah dengan bini dia ke? Semalam bukan main emosional dia nasihat aku itu ini." Gopal tidak menunggu Siao Fang menghabiskan ayatnya, terus menyampuk tanpa rasa bersalah.
Siao Fang menatap wajah Gopal tanpa sebarang riak. Ada yang aku lempang pakai meja. Dia menepis angin. "Dia itu anak teruna tua. Orangnya tak berminat nak berkahwin cakapnya."
"Teruna tua? Hari itu Yaya ada nampak dia dengan perempuan mengandung... itu bukan bini dia ke?" Rupa-rupanya Sina Yaya memasang telinga antara perbualan mereka tadi. Kya menangkap suara tuannya, pantas menuju ke arah Sina Yaya.
"Itu bukan bini dia... itu adik dia." Siao Fang menukar siaran televisyen. Muak pula cakap-cakap fasal politik ini. "Lagipun itu satu-satunya keluarga dia."
"Mamam..." Pintu bilik di sebelah tangga terbuka. Oh, nampaknya ada budak lelaki kecil yang baru bangun. Dik, awalnya bangun. Baru pukul lapan pagi. Tidak tidur selepas Subuh ke?
"Lah, anak mama dah bangun. Awal pula Urwah mama bangun." Ummi mendukung anak lelakinya itu. Kanak-kanak berusia dua tahun itu hanya tersengih menampakkan gigi comelnya. "Bagus, bagus."
"Anak siapa itu?" Tidak tahu mengapa soalan itu keluar dari mulut Gopal.
Mata Siao Fang tetap menatap skrin televisyen. "Anak kau dan Yaya."
Tersentap Gopal di situ. Itulah Gopal. Terang-terang budak itu panggil mama, kau pergi tanya lagi.
"Apa maksud kau... satu-satunya keluarga dia?" Gopal menambah senarai pertanyaannya. Rasa tertarik pula dengan sejarah keluarga El-Amin. Manakala Siao Fang sudah reda menjadi tukang jawab. Ya, selamat datang ke rancangan Tanyalah Siao Fang.
"Keluarga dia mati dalam kebakaran. Semuanya. Ibu bapa dia, suami adik dia. Meninggal semasa adik dia baru sahaja mengandung." Siao Fang meletakkan alat kawalan televisyen ke atas meja kecil. "Sebab itulah dia pendiam semacam."
"Oh, kesiannya El-Amin." Sina Yaya tumpang simpati dengan nasib El-Amin. Rasa menyesal pula kerana menampar sehingga hilang dua batang gigi. Rasanya El-Amin pakai gigi palsu agaknya.
"Kecian Amin." Urwah mengajuk lirihan El-Amin. Sina Yaya hanya mengukir senyum dan mecubit lembut pipi gebu Urwah.
Gopal terpalit rasa bersalah. Sudahlah dia pernah kutuk El-Amin dahulu. Tidak mengapalah, raya Aidilfitri nanti minta maaf.
"Siao Fang."
Siao Fang baru sahaja tenang membelai Kya yang beralih ke ribanya. Dia mendongak kepalanya ke belakang. "Apa lagi kau ini?"
"Aku dengan Yaya hendak tinggal mana? Rumah aku habis kena bom, kau sendiri yang kata, bukan? Dan motor aku tiada, hilang pekerjaan aku." Gopal akhirnya meluah kerusingan yang merundingnya tadi. "Sudahlah PKP, tambah dengan bulan puasa. Memang susah nak survive kalau macam ini."
Terselit masa Gopal berterima kasih kepada Ummi. "Terima kasih puan Ummi sebab tumpangkan kami di sini."
Sina Yaya hampir terlupa, laju mengucapkannya selepas suaminya. "Maaf cikgu Ummi. Maaf, lupa pula nak cakap. Terima kasih banyak-banyak."
"Ohoho!" Ummi ketawa ala-ala wanita melayu terakhir. Mulutnya ditekup dengan sebelah tangan. "Tidak adalah. Lagipun Sina Yaya pun I kenal rapat juga. Hehehe, janganlah puji. Malulah I."
Kalau di dalam proses mengedit episod drama, pasti akan ada simbol air di kepala masing-masing. Urwah memandang wajah mamanya, kenapa lubang hidung mama jadi besar?
'Cikgu Ummi terlalu positif macam selalu,' detik hati Sina Yaya. Biarpun perangai Ummi agak sewel, dia sudah terbiasa dengan perangai wanita ini.
"Fasal rumah itu, kau boleh tinggal dekat rumah ibu bapa aku. Lagipun dekat rumah itu, kawalan keselamatan dia ketat." Siao Fang memberikan cadangan.
Gopal berkira-kira untuk menadah tawaran itu. "Tapi, aku tak nak susahkan kau."
"Tak adalah susah mana. Lagipun jaga adik aku pun dah kira tanggungjawab yang menyusahkan." Tiada langsung perasaan Siao Fang ketika berbicara tentangnya.
"Abang!" Sina Yaya mencebik. Ada ke panggil orang menyusahkan. Namun, Siao Fang mana kisah.
"Fasal kerja itu, aku rasa aku dah jumpa."
✨✨✨
Selamat datang ke segmen fakta Eternal Love. Kalau tak berminat...
Hiks... kenapa kau orang tak nak baca?
Dark Nooroo: Kau orang nak pujuk ke? Tak apa, tak payah susah nak pujuk. Teruskan scroll.
Sampai hati kau!
Dark Nooroo: Tak, sambung sahaja scroll
.
Fakta Menarik:
Pertanyaan itu ibarat sambaran halilintar ke hati Gopal. Tidak mungkin mahu nyatakan di hadapan El-Amin dan Siao Fang! "Awak ci..."
Apa yang hendak dikatakan Gopal ialah, 'awak cinta abadi saya'.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top