27 | EL
RASA sejuk menyapa kulit sehingga tulang-tulang dapat merasainya. Gopal meletakkan beg jahitannya ke atas meja lalu meregangkan tubuhnya. Mulutnya terbuka luas kerana menguap. "Jomlah tidur. Dah lewat malam ini."
Sina Yaya mengerling ke arah jam di dinding. Dia memberi alasan bersama cebikan yang panjang. "Ala, awal lagi."
"Awal apa pukul dua belas tengah malam. Kena tidur, nanti muncul tabiat suka berjaga malam karang." Gopal mencubit muncung Sina Yaya sampaikan terpaksa Sina Yaya menepis perlahan tarikan itu. Sina Yaya menggosok-gosok bibirnya. Sakit, tau!
"Kalau awak nak berjaga awal-awal, boleh." Gopal sengaja mengubah itonasi suaranya menjadi seram. Wajahnya sahaja dibuat seakan rupa hantu. "Tetapi jangan takut kalau ada bunyi anjing. Manalah tahu anjing menyalak dekat hantu sebe..."
Sina Yaya menolak lembut dahi Gopal. "Yalah, yalah orang tidur awal." Punggungnya juga sudah tidak melekat pada kerusi. Ish, janganlah cakap benda angker begitu malam-malam. Jika mulut masin, muncul betul-betul baru tahu!
"Meow!" Kya tidak semena-mena melompat naik ke jendela yang tidak ditutup itu. Sempat Sina Yaya menangkap Kya yang curi-curi hendak keluar. "Eh, jangan keluar malam-malam. Awak itu sudahlah kecil. Nanti kena kejar anjing baru tahu."
"Meow..." Lemah sahaja ngiauan kucing itu. Simpati betul dengan nasib dia.
"Lah, awak tak tutup tingkap ke? Padanlah sejuknya macam dekat rumah keras sahaja." Gopal memeluk tubuhnya lantas meggosoknya beberapa kali.
Sina Yaya menjeling ke arah Gopal yang menuju ke arahnya. "Ha, cakap fasal hantu. Nanti dia muncul betul-betul sebelah awak, saya lari dulu dengan Kya. Awak peluklah hantu itu." Dia menurunkan Kya ke lantai.
"Muahahaha, saya tidak kisah pun. Lagipun kalau anime, waifunya cantik. Apatah lagi hantu zaman sekarang." Berani betul Gopal cakap begitu dengan tingkap rumah yang terbuka lagi. Datang tidur sebelah betul-betul baru tahu sayur itu berwarna hijau atau warna biru kehijauan.
"Awak..."
Alamak! Sina Yaya hendak marah ke?
"Kenapa ada cahaya warna merah dekat dahi awak?" Sina Yaya meletakkan telapak tangannya ke atas dahi Gopal, namun titik berwarna merah itu masih belum hilang.
Cahaya merah?
Jangan kata...
"Tunduk, Yaya!"
"Bang!"
Cebisan baju Gopal terkoyak gara-gara tembakan itu. Syukurlah kepalanya tidak menjadi sasaran, cumanya belakang Gopal terkena sipi-sipi peluru tadi. Darah merah pada segaris luka itu mula terbit. Nasib baik Gopal dan Sina Yaya berjaya tunduk ke bawah.
"Gopal? Apa jadi?" Sina Yaya menjadi panik mendengar bunyi tembakan itu. Sayangnya dia tidak dapat melihat apa yang terjadi disebabkan kepalanya hanya menghadap lantai rumah. Kya sudah melarikan diri ke ruang tamu.
Telinga Gopal tidak dapat menangkap pertanyaan itu. Kepalanya ligat memikirkam startegi. Ajalnya juga Sina Yaya mungkin akan hilang serta-merta kalau dia bangun secara terburu-buru.
"Tidak mungkinlah ER yang tembak kita orang tadi. Lepas bom penjara dia..." Bisikan itu terlepas dari mulut Gopal.
"Penjara? ER? Kejap. Gopal, ini ada kena mengena dengan mafia ke? Dan tadi itu bunyi tembakan, bukan?" Sina Yaya melemparkan beribu pertanyaan, meminta penjelasan. Tidak silap, organisasi ER itu bermusuh dengan kumpulan mafia abangnya.
"Tik... tik... tik..."
Mata Sina Yaya membulat apabila bunyi itu masuk ke dalam telinganya. Dia cuba memandang Gopal. "Gopal, tadi..."
"Bodoh!" Gopal menarik langsir menutupi tingkap tersebut. Terus dia menarik tangan Sina Yaya keluar daripada bilik itu. Serentak dengan itu, tembakan-tembakan dilepaskan secara rawak.
Bila masa dia orang pasang bom di dalam rumah aku tadi!
"Tik... tik..."
"Kita kena keluar, cepat!" Gopal mencapai kunci keretanya. Sina Yaya meskipun dalam keadaan bingung mengambil Kya ke pangkuannya. Situasi semakin memcemaskan tatkala bunyi bom masih bedetik. Lagi-lagi masanya untuk meletup, tiada siapa boleh jangka!
Pintu rumah dibuka. Tambah lagi satu masalah, pintu pagar halaman rumah sudah terkunci! Manusia mana boleh jangka akan ada rasa mencemasakan begini akan hadir tiba-tiba?
Gopal berdecit, geram. Dia masih lagi mendengar detik bom itu, bahkan detik itu menjadi bertambah laju! "Satu masalah pula. Yaya, duduk dekat dalam dan saya akan tolak pintu pag..."
Yaya memintas lanjut arahan baharu diberikan. "Saya akan bawa kereta. Awak akan tolak dan segera masuk ke dalam kereta."
Gopal terkesima. "Tapi, Yaya..."
"Pergi!"
"Bang!" Cermin tingkap kereta pecah gara-gara peluru yang dilepaskan itu.
Laju Gopal aturkan langkah menuju ke pintu pagar. Kya di atas riba Sina Yaya memerhati tangan Sina Yaya ligat memulas kunci enjin serta menekan pedal minyak. Tiba sahaja pintu pagar ke penamatnya, Sina Yaya menggerakkan kereta kemudian menendang pintu penumpang sebelah yang tidak tertutup rapat.
Dari jauh si penembak mendengus geram. Peluru diisi dan diletuskan lagi. Gaya tembakannya bukanlah rawak seperti yang dilihat. Dia sememangnya bukan mengsasarkan kepada Sina Yaya, malah lebih tepat lagi, dia ingin menjadikan Gopal mangsa utamanya!
"Masuk!"
Gopal melompat masuk ke tempat pemandu. Sebaik sahaja roda kereta tiada di halaman rumah, rumah Gopal sekelip mata meletup. Beberapa rumah jiran sudah terbuka lampu dari dalam, manakala kereta Gopal sudah menghala jauh dari rumah mereka yang sudah dibom.
"Bangang kuasa dua!" Si penembak itu melompat turun dari pokok yang dipanjatnya. Motor jenama Yamaha besar ditunggangnya. Kini, kereta Gopal pula menjadi sasaran utamanya.
Gopal menutup pintu kereta. Belum sempat dia bersuara, Sina Yaya sudah menyemburnya terlebih dahulu. "Apa kena mengena ER dengan kita? Kenapa dia sasarkan awak sahaja?" Gopal meremang bulu roma akan 'sikap' baharu Yaya. Tidak pernah dilihat Sina Yaya setenggang ini.
Gopal takut-takut menceritakan hal sebenar. "Ingat tak dengan penjahat yang kejar kita hari itu? Rasanya... ah, tidak. Memang itu orang yang sama! Dan tujuan dia nak tembak itu, untuk hapuskan bukti pembunuhan mereka." Sebenarnya rasa janggal juga jadi penumpang kereta berbanding pemandu.
Kereta itu menjadi semakin perlahan selepas membelok ke simpang. Bukan kerana berhati-hati, namun pemandunya dilanda rasa tersinggung. "Kenapa awak rahsiakan semua ini dari saya?"
"Saya..."
"PRAKK!" Giliran tingkap belakang kereta itu pula berkecai. Terbias sebuah motorsikal mengejar mereka daripada belakang. Paling menggelisahkan, pemandu itu telah mengeluarkan snipernya dengan sebelah tangan.
"Pusing!" Gopal memusingkan stereng ke kanan sewaktu tiba di simpang tiga. Lantaklah lampu isyarat itu, main langgar sahajalah. Kereta pun tidak banyak. Masalahnya, mesti dia kena bayar saman, pemandu motorsikal itu tidak kena bayar pula (tutup nombor plat).
"Sina Yaya, tolong pandu." Mahu tidak mahu, Sina Yaya terpaksa mengikut arahan itu. Gopal mencapai telefonnya lantas nombor Siao Fang didail.
"Hello, kenapa Gop..."
"Ada orang ER kejar kita orang! Siap bawa sniper lagi?"
"ER? Padahal tadi dia orang serang... okey, okey. Kau dekat mana sekarang?"
"Baru lepas Tesco dan masuk ke dalam kawasan perumahan."
"Okey, aku hantar back-up."
Ganggang diletakkan.
Kereta tiba-tiba menjadi berat sebelah. Bukannya kerana Gopal terlalu gemuk. Penulisnya tidaklah jahat sangat sehingga mahu body-shamming. Tayar belakang di sebelah kiri dibocorkan.
Tequila tidak berpuas hati bila kereta itu langsung masih berada di atas jalan raya. Menyusahkan orang betul! Dia melubangkan tayar belakang sebelah kiri pula.
"Macam mana ini?" Tangan Sina Yaya sudah berpeluh, resah. Dia tidak bercita-cita pun untuk menjadi pelumba litar F1 semasa dia kecil dahulu!
"Tak. Tak." Gopal meminta Sina Yaya tidak berputus asa. "Masih ada lagi satu cara. Cumanya cara ini agak gila."
Kereta berwarna putih itu berpusing ke arah laluan kanan diikuti motorsikal itu. Lantaran dua tayar yang dilubangkan, kereta itu sudah hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang sedalam lima meter itu. Kereta itu habis remuk lalu terbakar begitu sahaja.
Sunyi dan lenggang sahaja jalan raya itu. Kelibat motor juga telah tidak kelihatan. Kya melalui celah pagar daripada longkang tersebut. Tidak lama kemudian, Gopal yang berpaut pada pagar itu turut naik ke atas jalan raya. Tubuh Sina Yaya juga turut ditarik naik ke atas.
Sina Yaya menyapu-nyapu habuk terlekat pada bajunya. Tidak pernah dia sangka dia terlepas seusai keretanya jahanam masuk ke dalam longkang di hadapan sebuah sekolah. Masing-masing melepaskan lelah selepas perkara yang mereka hadapi sekejap tadi.
"Sekarang, bagitahu saya. Kenapa awak tak rahsiakan semua ini? Kenapa tak cakap ada mafia tengah buru kita. Padahal saya yang bawa semua masalah ini pada awak!" Sina Yaya merenung kebingungan mata Gopal, meminta pernyataan di sebalik semua ini.
Gopal perlahan-lahan mengangkat wajahnya. "Sebab saya nak lindungi awak."
"Lindungi saya? Kit... kita baru sahaja kenal. Kenapa awak bersungguh-sungguh mahu lindungi saya?" Terketar-ketar nadanya. Sina Yaya sedaya-upaya menahan air matanya dari jatuh. Dia lagi risaukan Gopal daripada nyawanya sendiri.
Gopal teragak-agak untuk menjawab.
Sebab saya cintakan awak.
Sina Yaya menghela nafas sesak. "Awak tak sayangkan nyawa awak ke?"
"Bang!"
Satu tembakan hampir mengenai kaki Gopal. Kya yang terkejut cepat-cepat menyorok di belakang Sina Yaya. Gopal pantas bersedia mendekati Sina Yaya. Mata Gopal seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"El... El-Amin?"
...
Tapak kaki jelas kedengaran menghampiri muka pintu. Saat pintu dibuka, tubuh seorang lelaki berambut panjang separas bahu memasuki bilik itu terlebih dahulu. Barulah beberapa orang masuk termasuklah Gopal, Sina Yaya dan El-Amin sendiri.
"Maaflah kalau menyusahkan kau pagi-pagi buta ini, Jack." Siao Fang memohon maaf, takut-takut jika menganggu lelaki ini. Yalah, ada ke datang rumah orang masa jam hendak pukul 1 pagi?
Tenang sahaja lelaki tadi menjawab. "Tidaklah susah mana. Kita kan satu geng juga. Kalau kau orang hendak apa-apa, saya ada dekat dapur. Sediakan teh untuk kau orang." Kalau hendak kejutkan isterinya, memang kalau mercun meriam letak di sebelah... tidak akan bangun! Nasiblah dia pandai buat air.
"Boleh saya tolong?" Gopal beralih pandangan ke arah Sina Yaya yang menyuarakan pertolongannya. Baru sahaja dia mendengar suara emas itu selepas pengtengkaran mereka berdua.
Jack menolak, lembut. "Tidak apalah. Ini rumah saya. Lagipun kau mesti hendak tahu rahsia apa yang disorokkan mereka bertiga." 'Mereka bertiga' dirujuk kepada Gopal, Siao Fang serta El-Amin itu sendiri.
Gopal mengeluh, berat melihat Sina Yaya kembali mendiamkan dirinya. Malah, Sina Yaya langsung tidak mahu menghadap wajah sesiapa bahkan menjarakkan diri. Perit hatinya apabila Sina Yaya seperti mengasingkan dirinya, walhal dia hendak membuat gadis itu istimewa.
Siao Fang memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Wajah El-Amin dipandang. "Okey, kaulah kata kata laluan."
Teralih emosinya bila suara Siao Fang memasuki telinganya. Gopal mendongak ke atas, siling bilik ini sahaja yang merupakan siling kayu berbanding siling di luar tadi. Ini ke tempat rahsia itu?
El-Amin terbeliak mata mendengarnya. Adalah air muka itu macam tidak puas hati sedikit. "Eh, kenapa pula aku? Kaulah. Kau kan pembantu."
"El-Amin..." Siao Fang sengaja menekankan nama lelaki itu. Ditambah bonus dengan senyuman seram yang dipamerkan. Sehingga tertelan air liur rakan sebelah.
"Yalah. Yalah." El-Amin mengalah. Pipinya memerah sebelum menyebut kata laluan tersebut, ataupun lebih tepat... menyanyi. "Aku budak girl... yang pantang menyeraaah."
Gopal sudah tidak mampu menahan gelaknya, kalau orang di tempatnya, pasti akan terlopong. Ini... Gopal siap ketuk-mengetuk pintu rumah orang sambil tergelak terbahak-bahak. Sina Yaya pun hampir tersembur tawa.
"Takkan berundur sebelum berjayaaa..."
Bunyi 'klik' didengari kemudian barulah sebuah pintu diturunkan bersama tangga. Siao Fang tersenyum puas di dalam hati, tidaklah jatuh maruah dia menyanyikan lagu ini. Biar El-Amin malu seorang diri.
El-Amin merenung dua manusia yang masih belum mengenal apa itu erti berhenti ketawa. Sebab inilah dia benci kalau mahu sebutkan kata laluan.
Sewaktu tiba di atas loteng, lampu dinyalakan. Maka cahaya mula menerangi bilik itu. Apa yang lebih menarik, terdapat beberapa pistol, senapang dan beberapa senjata lain tergantung pada dinding. Bagi pemain FreeFire, inilah satu syurga buat Gopal!
"Pergh, ada pistol. Yang ini mesti senapang buatan sendiri pun ada! Fuh, siap ada lesen lagi." Mata Gopal seronok meneroka keadaan lonteng. Lagaknya serupa seorang kanak-kanak masuk kedai mainan. Terujanya memang tidak boleh dikawal!
"Ehem!" Deheman Siao Fang berhasil menjentik Gopal pulang ke alam nyata. Gopal tersengih-sengih, terus menjarakkan diri dengan senjata api tersebut. Sina Yaya sempat menutup mulut membendung rasa lucu yang terbit angkara Gopal.
Siao Fang berdiri di hadapan El-Amin yang bersandar di dinding kayu. Dia menarik nafas dalam-dalam, eh kau nak bagitahu hal sebenar ke kau nak beri ucapan sepatah dua kata ini, Siao Fang?
"Sebenarnya, abang dan Gopal buat semua ini, semata-mata hendak lindungi Yaya."
Namun, dengan segera gadis itu melenyapkan senyumannya.
"Kalau hendak lindungi, kenapa tak bagitahu Yaya awal-awal? Kenapa perlu rahsiakan?" Sina Yaya tidak merasa adil dengan tindakan abang dan suaminya. Mereka melayan dia seperti anak kecil! "Kalau Yaya dapat tahu, bolehlah Yaya tolong sedik..."
"Tolong? Tolong dengan apa?" Siao Fang sudah berpeluk tubuh.
Sina Yaya tergagap pada mulanya menyusun ayat sebelum membalas dengan bersungguh-sungguh. "Yaya kan ada seni pertahanan diri..."
"Kau bukan lawan dengan peserta itu. Kau lawan dengan orang yang pegang senjata. Kalau diri tiada apa-apa, akhirnya akan kalah juga." Siao Fang mengingatkan adiknya tentang musuh yang dihadapi mereka. "Macam tadi. Rumah kena bom, kereta masuk longkang. Memang boleh lawan dengan tae kwan do sahajakah?"
"Yaya bukan lemah." Mata Sina Yaya masih tidak lari dari merenung Siao Fang.
Siao Fang membalas pandangan itu dengan pandangan sinis. "Aku tak cakap pun kau lemah. Kau sendiri yang kata."
"Hoi, hoi, hoi." Gopal meredakan ketegangan antara dua beradik itu. Dia berjaga pada malam ini bukan mahu menonton perlawanan WWE. "Tak, sekarang ini. Apa yang dia ada dekat sini? Bukan ke dia yang tembak kita orang tadi?" Jari ditunding ke arah El-Amin.
El-Amin berdiri dari posisi menyandarnya. Dia menyeringai. "Beratnya tuduhan. Tahulah aku pernah peluk isteri kau. Tetapi, bukan aku yang cuba bunuh kau selama ini. Aku, bukan E.R."
Helaan nafas dilepaskan Siao Fang. "Ya, aku sebenarnya upah dia untuk jaga keselamatan dia orang dari luar. Suruh jadi Grabfood. Sebab itulah kau orang kena panggil dengan bos kau orang, El-Amin kena pastikan mana satu Gopal antara kau orang semua."
"Aku tidak sangka dan tidaklah terkejut bila pengintip si Tequila itu sanggup datang melawat ke rumah kau orang."
Sina Yaya mencelah di akhir percakapan Siao Fang. "Tequila? Siapa pula itu?" Berapa banyak rahsia yang perlu disorokkan darinya?
"Tequila itu yang pernah racun Gopal..." El-Amin mula menyenaraikan kerja kotor Tequila mengikut turutan jarinya. "Hampir tembak dan bom Gopal di kedai, bom rumah kau orang dan cuba bunuh Gopal. Yang pastinya, orang itu bukan aku."
"Bom?" Terketar tangan Sina Yaya mendengarnya. Anak mata Gopal ditatap, tidak percaya. "Dia orang pernah bom awak. Jadi... yang kes bom kedai terkena itu sebab gara-gara orang itu?"
Gopal mengundur beberapa langkah ke belakang apabila Sina Yaya mendekatinya. Wajah Sina Yaya yang berkerut itu menakutkannya. Dia laju menukar topik. "Jadi kalau bukan kau, siapa?"
"Kawan baik kau, Raghib."
Gopal tersentak mendengarnya. Raghib? Kawan baiknya sendiri menikam belakangnya? Rasa tergamam, terkesima, dan rasa terkejut semua di dalam dada. Dia bertindak menidakkan semua itu. "Kau tipu!"
"Mestilah aku tipu sebab itu gurauan sahaja." Habis sahaja ayat itu, kepala El-Amin tidak semena-mena terkena balingan kamus tebal.
"Cik, boleh saya tukar air ini? Air teh o ais ini sudah termasuk lalat."
Berdesing telinga dia mendengar permintaan itu. Perlahan-lahan dia menghentikan langkahnya dulu barulah dia berpaling ke meja nombor tujuh. Sedaya upaya pelayan bernama Elma itu memaniskan senyumannya.
Elma mendekati El-Amin. Suaranya sengaja dibuat-buat bersalah. "Lalat? Oh, maafkan saya banyak-banyak, encik. Saya akan tukar air." Tangan dia mencapai gelas Gopal tetapi ditahan oleh El-Amin.
Pandangan tajam yang diberikan El-Amin cukup membuatkan bulu roma gadis itu meremang. Dia menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. "Eh, maaf ya. Bukan mahram."
"Kalau boleh, saya tak nak awak tolong buatkan air ini. Saya nak akak dekat sana itu." El-Amin selamba menunjukkan ke arah gadis bertudung di meja kaunter.
Elma masih bersikap profesional. Mustahil dia biarkan hal itu terjadi, kalau tidak, musnahlah rancangan dia selama ini! "Tetapi, encik..."
"Lagipun..." El-Amin menongkat dagu sekali gus muka sucinya ditayangkan. "Customer is the king, right? Ataupun nak saya panggil manager awak datang ke sini?"
Terketar-ketar mata Elma menangkap senyuman sinis yang seolah-olah ingin ditujukan kepadanya. Meskipun, dia masih mengawal air mukanya. "Ya, custumor is the king. Maafkan atas kesilapan saya."
Lelaki ini... memang minta mahu mati di tangannya.
Paling menyakitkan hati, si rakan baik si gemuk itu terhegeh-hegeh hendak meminum air. Terpaksalah dia menghasut anak bosnya untuk bermain di luar. Malangnya, racun sedikit itu tidak mampu membawa Gopal ke tali gantungnya.
Sementara itu, seorang perempuan duduk di atas bangunan lama. Ngiauan kucing entah dari mana langsung tidak mengejutkannya. Kerana dia tahu itu Rum, kucing perliharaanya. Rum menggesel-gesel tubuhnya pada paha Tequila yang duduk bersila.
Tequila mula membelai kucingnya. "Rancangan aku hampir berjaya hari ini, tetapi disebabkan lelaki tak guna itu. El... El-Amin. Hahaha, hampir serupa dengan nama aku. El-Amin... Elmarsya..."
Masih segar memorinya dalam misi membunuh Sina Yaya dan Gopal. Dari langkah pertama hingga terakhir, semuanya dijalankan dengan lancar. Mengupah peragut berdekatan, menyamar jadi doktor, biarkan Sina Yaya mati.
Heh... tidak sangka pula nyawa gadis itu bernilai dari apa yang dia fikirkan.
El-Amin, Elmarysa. Nampaknya kita memang ditakdirkan untuk bermusuhan.
✨✨✨
Funfact: Kalau kita tulis funfact, pasti akan ada orang secantik/sehensem kamu yang sedang membaca.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top