26 | EL

          MASIH ingat dengan Gonpachiro? Ya, awal pagi lagi sudah dihantar ke hospital. Masakan tidak, lengan terseliuh serta belakang badannya mengalami sakit yang mencucuk-cucuk. Memang bahaya betul Gopal dengan Sina Yaya ini. Sampai kena usung ke hospital anak orang itu.

   Tetapi siapa suruh masuk rumah orang tidak kunci pintu?

   "Orang tua itu sudah kenapa? Tiba-tiba hantar orang untuk ambil dara isteri orang. Kalau aku jumpa dia depan mata, memang aku ajar dia cukup-cukup!" Gopal menyembur kegeramannya. Tubuhnya telah siap disarung pakaian dengan satu tujuan, untuk 'menasihati' neneknya yang bongkak itu.
 
   Sina Yaya hanya mengetap bibir di tepi dinding. Sejak mengetahui nenek mertuanya dalang di sebalik semua ini, mulutnya seakan-akan terkunci. Lebih-lebih lagi melihat Gopal sanggup mengambil cuti  semata-mata untuknya.
 
   "Jangan harap aku nak jumpa dia lagi depan mata aku." Gopal mengambil kunci kereta yang tergantung lalu menoleh ke arah Sina Yaya. Risau pula melihat isterinya berdiam diri dari tadi. "Awak okey ke? Diam sahaja saya tengok? Ke awak terima mana-mana mesej daripada orang tua itu?"
 
   Tiada lagi panggilan hormat buat Puan Sarindi daripada Gopal.
 
   Sina Yaya melepaskan bibirnya yang diketap lama itu. Dia berpura-pura mempamerkan senyumannya sebelum mematikannya. "Saya tidak tahu nak rasa macam mana. Rasa sedih ada, rasa marah dan kecewa pun ada. Saya ingatkan pāṭṭi bencikan saya, tak sangka dia bencikan saya  seteruk ini."
 
   Gopal terkedu mendengar bicara itu. Dia perlahan-lahan menuju ke arah Sina Yaya. "Saya minta maaf. Kalau awak tidak kahwin dengan saya..." Gopal menarik nafas dalam-dalam lalu menyambungnya. "Mungkin awak tak akan rasa sesedih ini."
 
   Mata Sina Yaya terbuntang. Cepat-cepat dia menafikan. "Tak adalah sampai macam itu. Tak apalah, kita jumpa dengan pāṭṭi dan selesaikan masalah ini dengan baik, tau." Sina Yaya mengangkat lembut wajah Gopal yang menunduk.
 
   Tolonglah jangan ujarkan seperti itu, hatinya sayu seakan-akan Gopal menyesali berkahwin dengannya. Padahal ini seperti sebuah mimpi buatnya.
 
  "Okey, puan!" Sengaja Gopal membuat tabik spring, demi menghiburkan isterinya. Berjaya! Sina Yaya tergelak kecil. "Nampaknya puan sentiasa berfikiran positif."

   Sina Yaya mengangguk, kecil. "Mestilah. Kalau selalu berfikiran negatif, silap-silap kita yang akan tenggelam dengan lautan negatif yang sendiri kita cipta."

   Gopal memulas tombol pintu, namun perkara yang menyapanya bukanlah sesuatu yang diingini. Puan Sarindi betul-betul muncul di hadapan anak matanya. Di belakangnya terdapat kedua ibu bapanya serta Samantha.

  "Pāṭṭi hendak minta ma..."

   "PANG!"

   Tamparan kuat mengenai kulit berkedut dan topeng muka perempuan itu. Serta-merta keadaan menjadi sunyi di atas balasan yang diberikan oleh Gopal. Samantha bersuara, tidak puas hati melihat neneknya ditampar. "Kenapa aṇṇaṉ tampar pāṭṭi?"

   Encik Kumar berpaling ke arah anak perempuannya, memberi isyarat mata supaya duduk di dalam kereta. "Samantha, pergi duduk dalam kereta. Nanti appa terangkan."

   Budak kecil itu tidak mengerti. "Tetapi, pāṭṭi..."

   Puan Sarindi menyuruh, lembut. "Samantha, ikut apa yang appa katakan." Walaupun sebenarnya mulutnya ingin sahaja membalas kembali, dia sedar bahawa semua ini berpunca darinya. Lambat-lambat Samantha membawa diri ke kereta di luar pagar.

   "Kenapa amma dan appa bawa dia ke sini? Pagi tadi dia hantar seseorang nak rogol isteri Gopal." Gopal cuba menahan tangannya daripada menyakiti Puan Sarindi. Lagi-lagi hatinya berusaha menahan amarah melihat wajah Puan Sarindi yang disangka berpura-pura sayu itu.

   Puan Jivanta cuba meredakan keadaan ibu. "Sebab kami tahulah, kami bawa pāṭṭi kamu ke sini. Dia betul-betul rasa bersalah, Gopal. Lagipun tidak elok berdendam, pāṭṭi juga ahli keluarga kamu juga..."

   "Kalau dia ahli keluarga Gopal sekalipun, memang ada lesen ke nak rogol ahli keluarga lain sesuka hati?" Kata-kata Gopal dilepaskan tanpa fikir masak-masak. Segala sikapnya sekarang dikuasai oleh api yang membara dalam dadanya.

   Yaya mencelah. Tetapi, nadanya bukanlah tegang seperti Gopal, ianya lebih kepada bunyi terkilan. "Kenapa puan buat macam ini dekat saya?"

   Lidah Puan Sarindi termati sendiri. Sebarang ayat tidak mampu dicipta oleh otaknya. "... pāṭṭi..."

   "Saya minta maaf..." Sina Yaya menyamakan tingginya dengan kedudukan Puan Sarindi. "Sebab tak mampu buatkan puan sayangkan saya."

   Air mata Puan Sarindi serta-merta bergenang. Mengapa Sina Yaya pula yang perlu meminta maaf, bukankah dia yang bersalah selama ini? Kenapa perempuan ini baik sangat?

   "Islam memang sempurna, puan. Tetapi bukan mereka. Sebab mereka manusia."

  "Dan bukan semua manusia di dunia ini jahat."

   Wajah Sina Yaya menjadi tumpuan Gopal. Gopal bertanya, meminta penjelasan. "Kenapa awak yang kena minta maaf? Sepatutnya dia yang minta maaf sebab buat macam-macam pada awak.

    "Betul kata kamu." Puan Sarindi menunduk.
  
   "Pāṭṭi tahu pāṭṭi salah dan tidak layak untuk dimaafkan. Gopal, Yaya... pāṭṭi minta maaf. Pāṭṭi terbawa-bawa dengan kisah silam pāṭṭi sampaikan beri kesan pada kamu berdua, sedangkan kamu berdua tiada kena mengena pun." Puan Sarindi berasa malu untuk menghadap wajah menantu dan cucunya.
  
   Perlahan-lahan tangannya diangkat seperti memohon ampun. "Pāṭṭi, nenek yang teruk. Tapi, pāṭṭi janji akan buat apa sahaja untuk raih kemaafkan kamu berdua."

   "Tolong jangan bencikan pāṭṭi..."

   "Ma... Ma'mmi." Puan Jivanta sudah mengusap tubuh ibu mertuanya. Encik Kumar segera duduk di sebelah Puan Sarindi.  Tidak pernah sesekali dia melihat ibunya menangis di hadapannya. "Ma'mmi, janganlah nangis begini."

   Sina Yaya pantas menenangkan nenek mertuanya. "Saya dah lama maafkan pāṭṭi. Pāṭṭi janganlah macam ini, sedih pula saya dibuatnya."

   Tangan Puan Sarindi diturunkan Gopal secara perlahan-lahan. Gopal mengusap telapak tangan neneknya yang luka itu. Dia perasan ada luka pada Puan Sarindi di sana-sini. "Pāṭṭi okey? Kenapa pāṭṭi ada banyak luka ini?"

   Encik Kumar menjelaskan. "Ada seorang perempuan hantar pāṭṭi pulang ke rumah. Katanya ada budak gangster kacau masa di taman permainan. Nak pergi hospital, pāṭṭi kamu bersungguh-sungguh nak datang ke sini."

   "Kenapa puan tak pergi hospital dulu? Mana tahu ada kecederaan dalaman ke?"

   Telinga Puan Sarindi seakan tidak percaya dengan apa yang ditangkapnya. Dia mengangkat wajahnya. Hatinya dilanda kebingungan. "Kenapa kamu berdua masih baik dengan pāṭṭi, lepas apa yang pāṭṭi buat pada kamu? Kamu tak berpura-pura, bukan?"

   Sina Yaya menggeleng, perlahan. "Kenapa saya nak main-main dalam perasaan orang? Lagipun, memaafkan itu lagi menenangkan daripada terus menyimpan dendam." Dia pun tidak kisah memandangkan puan Sarindi sudah sedar dari kesilapannya.

   Encik Kumar lantas bangun dan mengusap air mata Puan Sarindi yang masih mengalir. "Dengar itu, ma'mmi?"

   "Kalau ikutkan hati, mahu sahaja biarkan pāṭṭi terseksa begini. Yalah selama ini pāṭṭi selalu sangat hina melulu dekat kita orang." Gopal berhenti berkata tatkala bahunya disiku Sina Yaya. Sempat tersengih lagi! "Tapi, memaafkan itu lebih indah, bukan?"

   "Gopal... Yaya..." Terpancar sinar terharu di dalam mata Puan Sarindi. Malu-malu dia ujarkan keinginannya. "Boleh ajarkan pāṭṭi, apa itu Islam?"

...

   Nasi bersama separuh ikan goreng digaulnya. Nampaknya lauk untuk berbuka di penjara kali ini hanyalah ikan goreng sahaja. Walaupun begitu, nampaknya penjara mempunyai makanan lagi sedap dari masakan penulis sendiri. Huhuhu...

  "Tuk!"

   Satu suapan masuk ke dalam mulut.

   "Tuuuk..."

   "Tuuuk..."

   Lelaki berjanggut di sebelah ruangan sel berkerut kening serta berdecit, geram. Dia menengking 'jiran' sebelahnya. "Hoi, diamlah! Ketuk ketuk ingat ini konsert muzik ke? Orang hendak makan pun susah."

   Salah seorang penghuni penjara pula menyampuk. "Ala, rilex rilex sudahlah. Kau ingat ini perpustakaan ke nak senyap. Lain kali kalau nak aman, janganlah buat jahat. HAHAHAHAHA!" Gelakan itu disambut oleh beberapa orang di dalam sel penjara itu sehingga pengawal terpaksa mendiamkan mereka.

   Ini sel penjara ke monyet?

   Lelaki memakai cermin mata itu hanya membuat pekak sahaja. Dia berterusan mengetuk sudu pada dulang berselang-seli belan-belan dia menguyah makanannya. Lagipun, ketukannya ditenggelamkan dengan suara-suara banduan penjara ini.

   Dia membetulkan cermin matanya.

   "Tuuuk... tuuuk... tuuuk... tuuuk..."

   Di sebalik alat pendengaran itu, Galliano mengukir senyuman sinis. Dia menutup talian itu dan menyampaikan maklumat diterimanya. "Aku dapat maklumat Morse Code daripada Framboise. Nampaknya ada White Knight jadi 'malaikat penjaga' sekeliling penjara itu."

   Tuan Cralet langsung tidak terperanjat mendengarnya. "Memang sudah dijangka lagi. Kumpulan mereka itu kalau tidak menyibuk memang tidak sah. Acah-acah macam..."

   "Malaikat." Selamba sahaja Tequila memotong ayat Tuan Cralet. Mahu sahaja dia menghentak muka Tequila ke simen. Menjengkelkan benar tambah lagi dengan efek suara chipmunknya.

   "Macam rancangan kita tadi, kita semua bergerak dalam jumlah 40 orang sahaja. Nanti banyak-banyak kena bayar saman pula." Perempuan bertopeng kucing itu menerangkan startegi menceroboh penjara dengan teliti. "Tepat pukul 8 malam, kita akan bertolak."

   Di belakang mereka, siap ada orang datang masuk ukur suhu lagi. Rasa bangga pula menjadi rakyat Malaysia. Penjahat mafianya pun mematuhi undang-undang SOP. 

   "40 orang? Pff, macam sikit sahaja idea budak-budak kau, Kirsch." Tequila memperlekehkan rancangan si topeng kucing itu.

   "Diamlah! Kau settle golden blood dengan budak itu sahajalah." Kirsch menjerkah Tequila yang mengganggunya. "Master berada di tingkat paling bawah. Dan ada empat pintu masuk. 9 orang akan masuk pada setiap bahagian. Dan 5 orang termasuk aku akan naik helikopter."

   "Framboise akan matikan kuasa dari dalam dan mas itu kita serbu. E.R empat penjuru akan lemahkan sistem pertahanan dan helikopter akan datang saat cemas. Jangan risau, budak itu dah settle semua bom dalam itu."

   Galliano menarik cebisan roti coklat krim lantas dimasukkan ke dalam mulutnya. "Eh, tak rasa kasihan ke dengan orang-orang dekat dalam penjara itu?"

   Tuan Cralet mengoyakkan senyuman kejamnya. "Fuck them people."

   "Fuh! Bad words!"

   "Apa ini tuan Cralet, mencarut bulan puasa. Tolak pahala."

   Tequila yang duduk di belakang Kirsch sengaja menyepak kasar Kirsch. "Hey, hey, perempuan. Aku kena buat apa? Aku dengar pun bukan boleh buat apa. Bukannya aku termasuk dalam ini ke apa."

   Kirsch menjeling tajam ke arah Tequila. "Macam aku kata, malam ini kau selesaikan apa yang patut. Kalau kau gagal, siaplah kau."

  Tuan Cralet melambung sniper ke arah Tequila. Dia memberi pandangan tajam kepada gerangan itu. "Dan yang paling penting, kau jangan sesekali kacau Golden Blood."

   Sniper yang dilempar itu sempat disambutnya. "Heh, tak ada hal. Ini Tequilalah." Peluru sniper dipasangnya serentak itu, ketahuilah bahawa peluru itu akan membunuh seseorang pada malam ini.

...

   JAHITAN Topstich dikenakan pada bahagian pinggir atas beg silang itu. Dengan menjahit pada bahagian ini, ianya akan menyimpan lapisan di tempat beg tersebut. Sesekali Sina Yaya mendengung kecil sampai tidak perasan ada bunyi telapak kaki menuju ke arahnya.

   "Rawr!"

   "Baaa!"

   Air muka Gopal yang teruja berubah menjadi sedikit monyok. Baru sahaja dia hendak membuat isterinya terlatah. "Lah, apa ini. Tak terkejut pun. Lain kali buat-buatlah terkejut."
  
   "Dah kalau awak jalan macam berbunyi macam itu, memanglah saya dengar." Menyedari wajah Gopal yang masih lagi tidak gembira, Sina Yaya terukir senyuman dan mengalah. "Ha, awak terkejutlah balik. Mesti saya akan terkejut punya."

   "Okey, kita cuba balik. Take two! Take two!" Gopal melangkah keluar daripada bilik menjahit Sina Yaya. Malah nada suaranya sahaja dibuat-buat seperti direktor. Memang tidak kering gusilah Sina Yaya!

   "Baaa!"

   "Opocot, hantu kak Limah balik rumah!"

   Terhambur tawa mereka berdua. Si Gopal siap tergelak sampai terkeluar air mata.

   "Awak buat apa?" Gopal menjenguk kepalanya, memerhati satu persatu bahan-bahan di atas meja tersebut selepas habis tawanya. Macam beg silang yang perempuan kebanyakkan bawa sahaja.
 
   "Oh, ini tote beg." Sina Yaya menunjukkan  tote beg putih kosong ke arah Gopal. Bangga dengan hasilnya pada pukul 10:30 malam. Hendak buat macam mana? Idea malam-malam inilah selalunya terbaik. "Macam mana? Cantik tak?"
 
   Gopal mengusap dagunya. "Erm, cantik, cantik. Fuh, kalau saya jahit ini terus layak jadi kain buruk sahaja rasanya. Mesti kelas RBT dulu awak..."

   "Meow..." Kya memasuki ke dalam bilik itu tanpa rasa bersalah menyampuk di tengah perbualan. Penyibuk betul kucing ini! Kalau bukan Puan Sarindi, pasti kucing ini menjadi orang ketiga.

   Cakap fasal Puan Sarindi, Puan Sarindi... bukan. Seluruh keluarga Gopal dalam proses mengenal agama Islam. Alhamdulilah, syukurlah ada hidayah yang berjaya mengetuk hati Puan Sarindi yang keras itu.
 
  "Kenapa, sayang masuk bilik? Dah habis makan?" Sina Yaya membawa Kya ke dakapanannya. Tengok, kucing itu juga yang mendapat panggilan 'sayang' terlebih dahulu daripadanya. Tidak sabar hendak jadi pengemis lagi kucing ini gayanya.

   "Yaya..."
 
   Sina Yaya menyahut. "Kenapa?"
 
   "Err..." Gopal mengusap lehernya lantas menjatuhkannya secara lambat. "Awak dah tengok ke viral dekat Instagram? Salah satu penjara di Malaysia terkena bom hari ini?"
 
   Sina Yaya berdiam sejenak, mungkin sedang mengingati salah satu memorinya. "Eh rasanya saya belum cek telefon saya... eh, ada ya? Penjara dekat Malaysia kena bom hari ini? Seriuslah? Covid-19 pun tak settle lagi." Sina Yaya laju menggabai telefonnya dari poket.
 
   "Adalah. Keluar dari artikel tadi," beritahu Gopal. Dari suaranya, sepertinya lelaki itu pura-pura tidak tahu walhal dia sudah sedia maklum daripada abang iparnya sendiri. Cuma dia tidaklah mahu Sina Yaya merasakan dia menyorok sesuatu darinya.
 
   Biarpun rahsia cinta itu disembunyikan untuk 8 tahun lamanya.
 
   Sina Yaya membaca bait tajuk artikel itu bersama nada yang kuat. "Penjara dibom, puluhan banduan meninggal dunia, bos mafia melari..."
 
   "Macam susah sahaja beg yang awak buat ini? Awak jual ke beg ini?" Gopal menambah soalan bagi mengalih perhatian Sina Yaya. Tidak mahu rahsiakan apa-apa konon. Siapalah yang tulis mafia itu, tadi baca dekat Instagram, tiada pula tulis.
 
   Instagram isteri aku, pandai pula berita itu hendak naik. Baguslah ya... lebahberitaonline.
 
   Rancangannya berjaya! Sina Yaya mengalih telefonnya ke tepi. "Tak adalah susah mana. Macam buat beg pakai kertas masa sekolah rendah dulu. Tapi yang ini pakai benang dan kain, hehehe..."

   Sina Yaya kembali menghadap skrin telefonnya. "Saya tidak habis lagi baca. Tadi awak macam beria-ria nak suruh saya baca berita ini. Kejap... ke awak takut saya cek skandal awak dalam ini?" Sina Yaya bermain-main jari di hadapan wajah Gopal.
  
   "Meow?" Kya berhenti sekejap menjilat bulunya. Apa tuan kedua aku tengah alihkan perhatian isteri ke? Macam tidak menjadi sahaja.

   Gopal mengalih jari Sina Yaya dari menghalang pandangannya. "Tak main-mainlah skandal ini. Selalunya kalau buat ujian kesetiaan pakai filter Instagram, mesti dapat paling setia. Jangan risau!"
  
   "Cuma nak cubalah buat beg macam ini." Gopal memegang sisi tersebut. Demi tukar perhatian isteri, sangguplah dia memegang benang dan jarum! 

   Sina Yaya menjongketkan keningnya. Senyuman seakan mengejek dipamerkan sekali dengan ketawa kecil kedengaran. "Lah, awak pandai ke nak jahit?"

   "Ehem, macam Albert Einstein selalu cakap, usaha berkadar terus dengan perkembangan sesuatu hasil. Jadi mestilah berhasil kalau usaha." Pandai-pandai sahaja Gopal mengambil kata-kata encik Albert Einstein sebagai bukti kukuhnya. Entah dia kenal engkau atau tidak.
 
  "Okey, nah. Awak nak colour apa?" Sina Yaya menghulur jarum dan segulung benang yang berwarna putih. Gembira benar jika dapat turunkan ilmu menjahitnya kepada sesiapa. Mungkin ini perasaan Gopal tatkala mengajarnya memasak.

   Gopal terpinga-pinga menerima jarum dan benang itu. Kain berwarna hijau, biru dan warna lembut terhias di depan mata. Jari telunjuknya diangkat. "Din, din, din... aladdin. Naik motor tak ada lesen. Nak kahwin tak ada cincin. Siapa botak licin? Cin, cin, cin... li... cin! Okey, hahaha hijau!"

   "Ha, duduklah. Awak dari tadi berdiri." Sina Yaya mempersilakan Gopal untuk melabuhkan punggung. Seperti murid yang didenda berdiri pula si Gopal ini. Maklumlah, dahulu lelaki itu sebenarnya banyak tidak siapkan kerja sekolah. Eh, terbocor rahsia pula!

   'Biasanya kalau amma nak masukkan benang dalam jarum, amma kemam dulu benang ini." Gopal mengemam hujung benang putih itu. Setelah benang itu lurus, senang hati dia masukkan ke dalam lubang kecil jarum itu.
 
  Tetapi, biasalah. Mestilah degilnya tahap orang tidak mahu bagi signal. Susah mahu masuk.

   Sina Yaya baru selesai memotong kain menahan tawa melihat Gopal bersungguh-sungguh memasukkan benang ke dalam lubangnya. Dia menghulur tangannya dan dilipat jarinya berulang kali. "Ha, saya buatlah."
 
   Akhirnya Gopal pasrah memberi jarum itu pada Sina Yaya. Hish, Gopal. Kau wakil lelaki pun susah mahu mulakan langkah pertama. Haih, memalukan warga lelaki sahaja! Gopal memerah pipinya tidak semena-mena melihat Sina Yaya mengemam hujung benan yang juga dikemamnya tadi.
 
   'Ini ke orang putih panggil inderect kiss?'
 
   "Nah. Dah siap!" Sina Yaya memberi semula benang putih yang disimpul pada jarum. "Eh, kenapa muka awak merah?"
 
   "Tak... tak adalah!"

   Kelas malam menjahit dijalankan Sina Yaya bermula. Memang agak terkial-kial bagi pelajar macam Gopal. Jahitan tidak kemaslah. Ada susunan jahitan yang jaraknya terlebih. Salah jahitlah. Teringat pula zaman menjahit mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dahulu!
 
   "Macam tak jadi sahaja." Gopal mengeluh seraya tangannya mengangkat beg sebesar tapak tangannya. Comel sahaja tunjuk hasil kerja kepada sifu. Masalahnya ini bukan belajar teknik wushu!

   Beg bertukar tangan. Sina Yaya menunjukkan simbol bagus. "Mana ada tak jadi. Kira jadilah ini."

   "MUAHAHAHA!" Tiba-tiba Gopal tergelak seperti watak penjahat filem Melayu. Dia merebahkan tubuh ke lantai. Inilah hasil penat lelah lelaki menjahit ya, anak-anak. "Akhirnya saya boleh beritahu amma yang saya pandai menjahit! Hahahaha."

   "Meow!" Kya mencakar lengan Gopal yang dilitupi baju. Kesiaaaaan... kucing ini. Gopal pun satu, kenapalah bising sangat?

   "Ish, sibuklah kucing ini. Tahulah cemburu!"

   Sina Yaya sekali lagi menutup mulutnya sambil terkekek-kekek ketawa. Dalam bahagia yang difikirkan kekal lama, seseorang memerhati mereka bersama senjata di tangan.

   Bahagia kekal lama? Please... this is not fairytale.






✨✨✨

Yay! Say hi to conflict!

Bagaimana perasaan anda untuk berjumpa kemuncak konflik? Hanya guna 3 emoji sahaja!
Aku: 😔😏😀

Sumpah teringat zaman buat beg RBT. Masalahnya aku bukan buat beg, aku buat kain buruk. 😔✊🏻

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top