25 | EL

               BERGEGAR pintu bilik utama itu gara-gara rempuhan Gopal. Jeritan yang mula tidak kedengaran mula menambah rasa gelisah di dalam hatinya. Kalau terjadi apa-apa kepada Sina Yaya, dia akan mula menanam rasa benci pada diri sendiri.

   "Yaya!" Gopal mengundur beberapa kali ke belakang. Saat dia ingin merobohkan pintu seperti lembu, tombol pintu berbunyi dari dalam lantas dedaun pintu bergerak ke dinding. Kerana tidak sempat menarik brek, Gopal terdorong jatuh ke hadapan.
 
   "Aaaa!" Gopal laju bangun tatkala jeritan ayu menyergah telinganya. Segera dia memeriksa orang yang dia tertindih tadi. "Yaya? Awak okey?"

   "Lah, itu bukan sayalah." Suara Sina Yaya mengejutkan Gopal. Gopal berpaling ke arah Sina Yaya di tepi pintu sebelum memandang semula ke arah sosok di hadapannya. Rupa-rupanya seorang lelaki yang menjadi penyambut jatuhnya tadi!
 
   Ah, kalau macam itu. Tidak perlulah dia rasa bersalah.
 
  Gopal meluru ke arah Sina Yaya. Bahu isterinya dipegang lembut lalu diperiksa sebarang kecederaan pada tubuh isterinya. "Yaya okey? Jantan keparat ini buat apa dekat awak?"

   Sina Yaya menolak lembut dada Gopal sambil tergelak kecil. "Tak adalah. Saya okey sahaja." Rasa takut tadi cuba Sina Yaya redakan. "Masa saya tidur, saya rasa macam ada orang tindih saya. Saya ingatkan hantu, terus saya terkejut dan guling ke sebelah. Lepas itu saya terbalikkan dia dan dia jadi macam itu."
 
   Gopal takut-takut menoleh ke arah lelaki itu. Dahsyat betul. Sampai lelaki berbadan sasa seperti itu dapat ditewaskan oleh wanita di hadapannya ini. Nasib baik dia tidak pernah terfikir untuk menyentuh Sina Yaya senyap-senyap... uhuk! Uhuk!
 
  Gopal tersedar sesuatu. "Tindih?" Gopal dengan penuh amarah memusingkan tubuhnya ke arah lelaki yang terbaring itu. Dia menarik leher baju lelaki itu. "Berani kau cuba rogol bini aku pagi-pagi buta! Kau memang jahanam!" Satu tumbukan dihadiahkan ke arah lelaki itu sampai Sina Yaya pun terkedu melihatnya.

   Lelaki itu terbatuk-batuk mengeluarkan gigi taringnya yang tercabut. Takut-takut dia menafikan. "Bu... bukan saya yang nak. Sa... saya miskin, bang. Ada orang suruh saya." Menakutkan betul keluarga ini. Nenek ini nak tolong aku ke nak bunuh aku?

   "Habis itu kalau dia ajak kau berak tepi longkang, kau pun berak tepi longkanglah?" Lelaki itu terdiam saat dijerkah Gopal. Sebenarnya dia mahu tergelak mendengar soalan itu, tetapi risau dia dihantar ke alam lain pula.

   Gopal sengaja melepaskan baju lelaki itu. Harap bil hospital tidak terlalu tinggi untuk lelaki itu bayar. "Siapa nama kau?"

   Lelaki itu mengaduh kesakitan. Lambat-lambat dia memberitahu namanya. "Gon... Gonpachiro."

   Gopal pada mulanya tidak beriak pada akhirnya barulah dia menahan tawa. Memang jenis mudah terhibur orangnya. "Hahaha, kau adik beradik dengan Kamaboko Gonpachiro ke?"

   Sina Yaya memberanikan diri berdiri di sebelah Gopal. "Kamaboko Gonpachiro tu siapa pula?"

  "Kamaboko Gonpachiro itu nama samaran Tanjiro dalam anime Demon Slayer." Gopal menjelaskan. Dia pun pergi sambung gelak, bagai lelaki itu tidak wujud di hadapannya. Entah mana pergi kemarahannya.

   Gonpachiro sudah pasrah. Menyesal pula dia memperkenalkam dirinya. Campur pula rasa rugi menerima perlawaan nenek itu. Huhuhu, amma! Nak balik!

   "Siapa yang hantar kau?" Persoalan itu bukan datang dari Gopal, bahkan daripada Sina Yaya. Tawa Gopal terhenti mendengar soalan itu malah turut menambah. "Jawab! Kalau tak kau yang aku hantar ke penjara?"

   Wajah seseorang itu tergiang-giang di dalam ingatan Gonpachiro. Kalau dia menjawab, pasti dia tidak mendapat habuan. Ataupun dia jadi mangsa di hadapan pasangan suami isteri yang menyeramkan ini...

   "Cakaplah!" Gopal tidak mampu menahan sabar, kaki lelaki itu turut dipijaknya.

   "Argh! Baiklah! Baiklah! Saya akan cakap!" Gonpachiro merasa lega selepas kesakitan itu pergi. "Dia...

...

   Puan Sarindi mendongak memandang langit seawal pagi seraya tangannya menolak rodanya ke hadapan. Sengaja dia keluar awal pagi ke taman. Jangan risau,  nenek ini pakai topeng muka.

   Bau harum pagi hari menenangkan dada bagi yang menghirupnya. Walaupun dilarang keluar oleh menantu dan anaknya sendiri, tetapi dia kisah apa? Keluar sekejap pun risau melebih-lebih.

   Dalam hati Puan Sarindi terasa girang dengan rancangan diciptanya. Agak-agak boleh dibayangkan di permukaan langit drama penceraian perkahwinan cucunya. Yalah, suami mana yang hendak menerima isteri yang tidak sempurna? Siapa suruh tidak dengar arahan aku dan mempertahankan agama bodoh itu?

   Kononnya semua berlaku secara hikmah? Pff... hikmahkah begitu? Dia pasti selepas ini cucunya akan melutut meminta maaf kerana mengingkari tutur katanya beberapa hari lepas.

   "Vroom!"
 
   Bunyi enjin motor memasuki kawasan taman itu menyentak Puan Sarindi dari lamunannya. Puan Sarindi berdecit geram melihat tiga remaja lelaki memarkir motor mereka di sebelah gelongsor. Tempat letak motor sudah terletak di luar, bukan?

   "Hahaha, seronok juga macam ini, bukan? Lagipun aku malas nak duduk rumah lama-lama. Nanti mak aku suruh solatlah, belajarlah. Malas aku nak buat semua itu!" Seorang lelaki bergigi jongang ke hadapan merungut kepada rakan-rakannya.

   "Ya doh... mak dengan ayah aku pun pot pet pot pet macam itu. Benci betul ada strict parent macam itu." Salah seorang kawannya bernama Kalim menambah, memahami perasaan sahabatnya. Sudahlah ketiga-tiga orang ini tidak pakai topeng muka.

   "Hahaha, nanti kita lumba lagi malam ini." cadang seorang lagi dengan panggilan Manan.

   Puan Sarindi berura-ura pergi. Paginya yang terasa indah dirosakkan dengan tiga generasi yang rosak ini. Tidak sempat dia sampai ke laluan penjalan kaki, si Jongang bersuara. "Eh, kau orang. Ada neneklah. Bawa kerusi roda pula itu."

   "Yalah." Manan turut tertarik melihat Puan Sarindi. Dalam kepala otak mereka bertiga, seakan-akan berkongsi sel otak yang bersama. Masing-masing berfikir untuk mengacau nenek tersebut.
 
   Ketiga-tiga lelaki itu mengempung Puan Sarindi menyebabkan pergerakan nenek itu terbatas di situ. Si Jongang itu sengaja ajak bergurau. "Mak cik, mak cik buat apa seorang-seorang dekat taman ini? Nanti kena kejar anjing, tak tertonggek dengan kerusi roda. Hahaha!"
 
   Puan Sarindi hanya memekakkan telinga. Budak-budak kurang ajar. Baru dia hendak menolak rodanya, Kalim telah memegang kerusi rodanya dari belakang.
 
  " Mak cik, saya nak duit boleh tak?"  Manan tidak malu menghulur tangan ke arah Puan Sarindi. Puan Sarindi laju menepis tangan Manan membuatkan tiga remaja itu tergamam.

   "Buat apa aku hendak bagi pada kamu semua? Buat kotor duit aku sahaja nak sentuh tangan jijik macam kau orang. Baik balik rumah dan buka buku sahajalah. Jangan calit tahi dekat muka sendiri." Bertalu-talu sindiran Puan Sarindi berikan ibarat tamparan kepada muka sendiri.
 
  "Ini ke orang Islam? Sopan dan baik belaka? Di hadapan aku ini macam agama syaitan sahaja gayanya. Pergi masuk nerakalah dengan orang-orang syaitan kamu itu!"

   "Kaulah yang syaitan, bangang!" Si Jongang menendang perut Puan Sarindi sehingga terbatuk-batuk wanita itu. Rasa panas hatinya mendengar setiap kutukan yang diberikan.
 
   Kalim menolak kasar kerusi roda Puan Sarindi. Siap memijak kerusi roda di atas badan Puan Sarindi beberapa kali. Si Manan apa kurangnya. Rambut kerinting Puan Sarindi ditarik-tarik bersama rasa amarah yang menbuak-buak.
 
   Hinaan Puan Sarindi tadi seperti mencuah minyak ke api yang membara. Kakinya yang lumpuh serta tubuhnya yang tua tidak dapat menandingi kekuatan tiga lelaki ini. Walau bagaimanapun, nenek ini langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dia katakan.
 
   Si Jongang sudah memeluk kerusi roda, niatnya ingin memukul Puan Sarindi yang sudah terbaring lemah "Kaulah yang pergi neraka!"
 
   "Hoi!" Seorang perempuan bertudung menghentikan perbuatan mereka. Di tangan perempuan itu terdapat telefon pintar yang masih hidup kameranya. "Kau orang semua dah gila ke apa! Pukul nenek yang tidak bersalah macam binatang!"

   "Kau jangan sibuklah, perempuan! Baik kau bla sebelum engkau yang aku baling dengan kerusi roda ini." Kalim membuat gaya menghalau lalat kepada perempuan itu.

   "Aku ada rakaman. Kalau aku report sahaja polis, meringkuklah engkau dalam penjara. Kalau bukan saman dera nenek ini, saman kau orang yang tidak pakai mask." Giliran perempuan itu pula mengugut tiga remaja itu. Siap menayang-nayang telefon bersarung kartun beruangnya itu.

  "Ambil rakaman itu!" arah si Jongang.
 
   Nasib si Jongang bukan bos yang hanya menunjuk jari sahaja. Si Jongang bersama dua konconya berlari ke arah perempuan itu. Namun, perempuan itu lagi licik daripada mereka. Diambil batu-bata yang dikutip di luar pagar taman tadi lalu dibaling ke arah mereka.

   Bergegar kepala si Jongang terkena batu-bata itu. Perempuan itu sudah menutup mulut yang dihalang dengan topeng mukanya. "Eh, sorry! Ingatkan nak baling kat lutut. Tiba-tiba kena terkena kepala. Sorry, dik!"

   Tidak semena-mena, si Jongang itu berteriak seperti anak kecil. Dia meringkuk lantas dahinya yang luka dipegang. "Sakitlaaah... hiks..." Habis Kalim dan Manan terpaksa memujuk.

   Perempuan itu mengerutkan dahi. Aduh, mahu rasa bersalah atau mahu gelak ini?

   Si Jongang bingkas bangun bersama air mata masih bersisa di pipinya. Terketar tangannya menunjukkan ke arah perempuan itu. "Bagitahu mak aku! Aku bagitahu mak aku!" Si Jongang teresak-esak menuju ke motornya. Siap terhinjut-hinjut bahu lagi.

   "Ha, dengar itu! Nanti dia bagitahu mak dia!"

  "Eh, mak engkau nama siapa, ya?"

   Ketiga-tiga motor itu berlalu pergi daripada situ. Alahai, menyesal berhenti rakam tadi!

   Perempuan itu pantas menuju ke arah puan Sarindi. Kerusi roda yang menghempap nenek itu diangkat. "Puan, puan okey? Budak-budak nakal itu dah pergi dah." Puan Sarindi membiarkan perempuan itu mengangkatnya ke kerusi roda. Lagipun dia tidak mampu berdiri dengan kakinya yang tiada kemampuan lagi.

   "Ya Allah, teruknya puan! Puan nak saya bawa puan ke klinik? Rasanya klinik baru buka sekarang ini." Perempuan bertudung itu mengerling ke arah jamnya dan wajah Puan Sarindi silih berganti. Masakan elok pula dengan hidung berdarah, lutut dan tangan yang luka.

   Puan Sarindi terkedu melihat perempuan bertudung rupanya yang menyelamatkannya. Hatinya kembali kepada kebencian. Dia menolak dengan kasar. "Kau tidak payah tolong aku. Baik kau balik sahajalah."
 
   Tersinggung hati perempuan itu apabila herdikan sahaja menjadi ucapan terima kasihnya. Patutlah tadi kena belasah. Sabar, sabar... "Saya Natasha Julia. Puan boleh panggil saya Natasha. Puan kena pergi klinik ini. Teruk sangat lu..."
 
   "Aku kata tak payah, tak payah, bukan? Kau faham bahasa Melayu ke tidak? Aku nak duduk dekat sinilah! Kalau kau nak pergi klinik, pergilah seorang-seorang!" Puan Sarindi tidak menerima ajakan itu malah terus membenci Natasha yang pertama kali dia jumpa itu.
 
  "Kalau puan tak nak, tak apa." Puan Sarindi sudah tersenyum sinis, mesti perempuan bertudung ini tidak mampu mengawal apinya dan terus mengherdiknya kembali. Sama sahaja macam spesies dia yang lain.

   "Saya boleh teman puan dekat sini."
 
   Puan Sarindi tergamam. Perempuan ini pekak atau apa?
 
   "Ke puan dahaga? Saya boleh ambil air dekat dalam kereta. Sebenarnya saya nampak puan kena belasah, jadi saya berhenti sekejap dekat luar taman. Sekejap, ya?" Natasha pergi mendapatkan botol air. Bayang-bayangnya diekori pandangan mata Puan Sarindi yang kebingungan.
 
   Ah, jangan tertipu! Entah-entah ini rancangan Gopal! Yalah, mungkin lelaki itu upah seseorang untuk meracunnya setelah dara isterinya hilang. Pasti si Chiro telah membongkar segalanya!
 
   "Nah air, puan." Natasha menghulur sebotol air mineral ke arah Puan Sarindi. Malangnya, tidak seindah seperti dia sangkakan. Botol itu sengaja ditolak kasar oleh Puan Sarindi.

   Natasha memaniskan senyumannya. Walaupun hakikatnya dia sebenarnya mahu melempar Puan Sarindi ke dalam longkang. Dia mengutip botol air yang ditolak kasar Puan Sarindi.

   Sabar. Banyak pahala kalau bersabar. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.
 
   Natasha duduk di sebelah Puan Sarindi. Yalah, kebetulan ada bangku dan bangku bersebelahan kerusi roda nenek itu, duduk sahajalah. Natasha mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap kotoran pada botol itu. "Nah, puan. Maaf tangan saya tergelincir tadi. Puan minum sahajalah. Saya tidak kisah"
 
   "Nīṅkaḷ muṭaṅkiyiruntālum, uṉṉai tirumaṇam ceyvatil eṉakku kavalaiyillai. (Walaupun awak lumpuh, saya tidak kisah untuk berkahwin dengan awak.)"
 
   Rasa sebak dada Puan Sarindi tatkala mengenang salah satu memori bersama arwah suaminya. Perlahan-lahan dia mengambil botol plastik mineral dari Natasha. "Terima kasih."
 
   Eh, tiba-tiba baik pula nenek ini.
 
   Natasha hanya mengangguk, kekok. "Sama-sama, puan."
 
  Puan Sarindi menarik topeng mukanya ke dagu. Dia meneguk air yang diberi Natasha tadi. Natasha pula? Mestilah berpaling ke tempat lain. Kau gila hendak tengok orang minum depan kita masa puasa? Silap-silap terbawa ke dalam angan-angan serta mimpi.

   "Kamu tak macam orang lain." Puan Sarindi menutup botol tersebut. "Kalau aku cakap begitu pada orang lain, pasti mereka akan tengking dan balas balik dengan kasar. Orang Islam memang macam itu ke?"
 
   Memanglah orang balas kasar, sudah lidah nenek kata benda yang meyakitkan hati kepada mereka. Natasha hanya mengutuk di dalam hati. Dia berdiam sejenak untuk memikirkan ayat sesuai untuk diberikan kepada neneknya. "Islam memang sempurna, puan. Tetapi bukan mereka. Sebab mereka manusia."
 
   "Kadang-kadang manusia ini lalai dan ragu-ragu tentang perkara yang dirasakan betul. Sebab itulah terlahirnya ajaran Islam, mendekatkan kami orang yang Islam supaya bersatu. Kalau yang ada kekurangan, bantu dan maafkan mereka, kerana mereka tidak sempurna."
 
   Puan Sarindi hanya setia mendengar.
 
  Natasha meluahkan. "Saya pun ada kekurangan juga. Saya sudah 3 tahun berkahwin dengan suami saya, tapi kami masih belum dikurniakan anak. Belum masa yang tepat mungkin."

   Puan Sarindi menyampuk. "Kamu kata kalau ada kekurangan, bantu mereka. Kenapa tuhan kamu tidak beri kamu anak pula?"
 
  Fuh, mencabar soalan nenek ini. Natasha teringat sesuatu kemudian segera menceritakan kepada nenek itu. "Puan, katakanlah puan kaya tidak terhingga. Macam Bill Gates, si jutawanlah katakan. Puan nak ke tukar rumah puan ke rumah yang kaya macam istana ke..."

   "Soalan apa itu? Tidak kisahlah aku kaya atau tidak, mesti aku pilih rumah yang aku tinggal sekarang. Lagipun beli rumah baru buat apa?" Puan Sarindi menjawab tanpa ragu-ragu. Lagipun, rumahnya itu jugalah yang sesuai untuk wanita berkerusi roda sepertinya.
 
  "Suami saya kata... macam itulah cara Tuhan saya tolong dan dengar doa saya. Macam jawapan puan itu, mungkin apa yang saya minta tidak sesuai untuk waktu sekarang. Dengan pandemik lagi. Jadi Allah tangguh untuk berikan pada masa akan datang." Penjelasan itu sedikit demi sedikit mengetuk hati Puan Sarindi.

  "Kiranya macam semua yang terjadi ada hikmahnya?" Pertanyaan Puan Sarindi kedengaran agak sinis. Meskipun begitu, hatinya teringin hendak tahu.

   "Ya, hikmah itu bukan datang dari bentuk duit sahaja. Keluarga, tempat tinggal, orang memahami dan juga kesihatan yang masih kita miliki. Sebab itu kena senyum, hadapinya. Kalau sekarang sudah banyak nikmat kita terima, apatah lagi di masa hadapan, bukan?" Natasha berdehem di akhir ayat. Pergh, banyak benar aku berbicara.
 
   Maklumlah isteri doktor psikiatri.
 
   Puan Sarindi tenggelam dalam lamunannya, cuba mendalami ayat indah yang diucapkan oleh Natasha.
 
    Hikmah?

    "Hikmah!" panggil seorang budak lelaki berkopiah.

   "Cepatlah, alang! Lambatlah, alang ini! Nanti ibu marah pula kalau main sampai mahgrib!" Seorang budak perempuan berambut pendek separas bahu melalui di  sebelah kanak-kanak berbangsa india.
 
   Kanak-kanak india berambut toncang membawa bakul rotan berisi sayur-sayuran dari kebun ayahnya. Mungkin untuk dibawa ke rumah. Jalan raya yang sempit membuatian susah untuk jalan berdua-dua di tengah jalan raya. Biasalah, laluan kampung memang sempit.
 
   Kanak-kanak india itu sesekali melihat padi-padi yang kehijauan. Jarak kebun ayahnya dengan rumah memang lama. Namun, dia sudah terbiasa. Dia menoleh ke belakang, nampaknya ada lori melalui jalan ini dari kejauhan.
 
   Kanak-kanak itu menepuk-nepuk bahu budak perempuan bernama Hikmah itu. "Maafkan saya, awak..."
 
   Hikmah yang syok berbual dengan abangnya terasa terganggu. Dia menggoyang-goyang tubuhnya tanda rimas dipegang beberapa kali. "Eh, janganlah sentuh saya!" Hikmah kembali memandang depan semula. Mungkin tidak mahu terkena kotoran pada baju kanak-kanak perempuan itu.
 
   Kanak-kanak perempuan itu masih tidak berputus asa, mahu tidak mahu... kena nasihat supaya jalan ke tepi sedikit. "Awak, awak."
 
   "Alang, tengok dia kacau adik." Hikmah mengadu kepada abangnya. Habis kotor bahunya dengan tangan penuh lumpur budak perempuan itu.
 
   Abang kepada Hikmah menoleh ke arah kanak-kanak perempuan itu. Sehingga terundur budak kecil itu ke belakang kerana ketakutan. "Kenapa kacau adik saya? Kami berdua tidak kacau kamu pun!"
 
   Kanak-kanak itu menggeleng, menidakkan. "Saya tidak kacau dia pun. Saya nak kata dekat..."
 
  "Janganlah dekat dengan kami berdua. Baju sudahlah kotor. Mak kamu tidak apalah, dia tidak marah. Kami kalau baju kotor kena marah." Hikmah langsung tidak memberi peluang untuk budak perempuan itu berbicara. Malah, 'menasihati'nya pula.

   "Bukan saya nak kata, jangan jalan tepi-tepi. Lorong ini kecil." Kanak-kanak perempuan ini menarik lembut tangan Hikmah ke belakang abangnya.
 
   "Alang!"
 
  Abang Hikmah laju menyorokkan Hikmah di belakangnya. Dalam masa yang sama, sebuah kereta lori memandu ke arah mereka.  Abang Hikmag tiba-tiba menolak kanak-kanak itu. "Jangan kacau adik sayalah!"

   "BAM!"
 
   "Skreeek!"
 
   Badannya terasa ringan. Dia tercampak dan terasa tergolek ke dalam sawah. Pendengarannya terasa tenggelam disebabkan termasuk air sawah. Bagaimana pun, suara dua beradik itu kedengaran jelas.

   "Ya Allah, alang! Macam mana ini?"
 
   "Lari!"
 
   Kepalanya berdenyut dan kelopak matanya memberat. Dia tiada pilihan selain melayan rasa ngantuknya. Saat terbuka mata, permandangannya kabur namun dia dapat rasakan dia ditolak di atas katil beroda. Ayahnya yang risau tidak berhenti menyerunya.
 
   "Sarindi!"
 
   Kelopak matanya terkatup semula.
 
  Bangun buat kali kedua, kakinya sudah lumpuh buat selama-lamanya. Budak tujuh tahun mana yang mampu menerima kenyataan bahawa dia tidak boleh lagi bermain seperti kanak-kanak yang lain?

   Pergi ke sekolah, dirinya diejek kerana berbeza dari orang lain. Malah, dia langsung tidak menghafal nama sahabatnya kerana perkataan sahabat itu langsung tidak tercatat dalam kamus hidup. Membuatkan Sarindi bertambah sunyi, dia langsung tidak mempunyai adik beradik.

   Setelah menginjak usia dewasa, Sarindi kemudian belajar jurusan kedoktoran (doktor gigi) di negara India. Di situlah baru dia mendapat kenalan baru. Bertemu dengan suaminya di sana.

   Pada mulanya, dia ingin kekal sahaja di rumahnya yang terletak di India, akan tetapi apabila dia mengetahui cucunya menganut agama yang dianut Hikmah dan abangnya, membuatkan dia nekad kembali ke Malaysia.

   Pulangnya semula ke sana, bukan untuk meluangkan masa bersama keluarganya, malah mengherdik dan menghina. Sepatutnya dia gembira cucunya bahagia, bukannya cuba menghancurkan. Sedangkan dia sendiri tidak mahu masa depannya hancur, tidak mungkin dia mahu musnahkan masa hadapan cucunya pula?
  
   Air mata Puan Sarindi menitik.
 
  Natasha yang berada di sebelah tergamam mendengar Puan Sarindi sudah menangis. Eh, dia tersilap katakah? Natasha cepat-cepat memujuknya. "Puan, kenapa puan nangis ke? Puan sakit ke? Ke luka puan makin teruk?"

   Puan Sarindi membiarkan pipinya basah dengan air mata. Bergetar suaranya. "Saya sudah buat kesilapan."











✨✨✨

Panjang wey bab kalau ini.  2904 patah perkataan! Mungkin aku terlalu teruja untuk masuk konflik 😔

Maafkan aku (bukan sebab cemburu dengan Natasha) kalau bab ini bosan ke. Bosan apa flashbacknya teruk macam itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top