22 | EL
BUNYI mesin pengesan jantung menyapa telinga. Dalam keadaan yang masih pening-pening lalat, keadaan putih sekeliling dilihat. Sina Yaya tertanya, apa yang sudah terjadi? Mungkin kesan ubat bius yang membuatkan memori sebelum pengsan hilang serta-merta.
Matanya terarah ke arah jururawat berbangsa cina yang baru masuk ke wad biasa itu. Nampak macam bergayut dengan teman lelaki sahaja.
"Ya, mama, Sebab sibuk lagi dekat hospital, tambah pula dengan tidak boleh rentas negeli lagi. Jadi, mungkin tidak sempat baliklah." Rupa-rupanya jururawat itu bersembang dengan emaknya di sebalik talian bersama dialek Cina yang pekat. Ish, siapalah yang buruk sangka jururawat ini telefon pak wa dia?
Merenung ke arah alat bantuan penafasan yang dipakainya, baru Sina Yaya teringat dia terkena tikaman pisau daripada peragut. Dan, yang selamatkan dia... Gopalkah?
"Dok... tor..." Lemah sahaja Sina Yaya memanggil jururawat itu.
Tergamam jururawat itu melihat Sina Yaya tersedar dari komannya. "Mama, saya ada kerja ini. Nanti panggil lagi." Dia memberi kata-kata terakhir sebelum meletakkan panggilan. Dia beralih ke arah Sina Yaya. "Sekejap, saya panggilkan doktor!"
Sina Yaya hanya membiarkan jururawat itu pergi memanggil doktor. Belakang tubuhnya terasa dicucuk-cucuk dengan jarum peniti. Di mana suaminya? Oh, lupa. Mana boleh ramai-ramai masuk ke dalam wad masa virus Covid-19 ini.
Eh? Ke Covid-19 sudah menghilang? Hendak kata begitu... jururawat tadi berpakaian PPE yang lengkap.
Doktor Elmarsya kemudian datang memeriksa keadaan Sina Yaya. Adalah tanya berapa jari di hadapan mata serta ingatan wanita itu. Syukurlah, tiada apa buruk yang berlaku.
Doktor itu bersuara pada akhir pemeriksaan. "Kita pindahkan puan dekat wad biasa, ya? Barulah jumpa suami puan. Rasanya dia tengah solat Mahgrib itu."
Sina Yaya hanya mengangguk. Perlahan-lahan kelopak matanya diturunkan. Walaupun dia tidak tahu berapa jam dia tidur, harap-harap bukan beberapa bulanlah. Eh, tetapi ada ke orang kena tikam di belakang, koma sepuluh tahun?
Dalam drama memang ada berlambak.
"Luka dekat belakang isteri encik itu masih baru, ya? Jadi kalau hendak gosok belakang isteri ke, gosok perlahan-lahan. Nanti tercabut jahitan, tidak fasal-fasal kena usung ke hospital semula." Sempat lagi doktor Elmarsya berseloroh dalam peneranganya.
Malangnya, Gopal langsung tidak membuka telinga sebesar telinga gajah. Matanya sibuk menjeling ke arah El-Amin di sebelahnya. 'Sibuk sahaja Amin ini ikut aku. Ini bini aku, bukan bini dia."
Kening doktor Elmarsya berkerut. "Encik? Encik dengar ke?" Hendak kata dia berbual dengan dinding, El-Amin masih mendengar.
Pertanyaan itu berjaya membawa Gopal keluar dari lamunan cemburunya. "Oh, ya. Nak makan maggi sama-sama nanti ke?" Lain yang ditanya. Lain yang dijawab. Mahu sahaja doktor itu tepuk dahi bersama El-Amin.
El-Amin memutarkan bola matanya. "Bukanlah. Doktor kata nanti kalau nak mandi dengan isteri kau, jangan raba belakang itu kuat sangat. Nanti terkoyak, tunggang langgang rumah." Sungguh tidak bertapis dengan penapis kopi mulut lelaki ini.
Doktor Elmarsya segera menukar topik. Nyaris tiada kanak-kanak di sekitar koridor ini. "Baiklah, encik berdua sudah boleh melawat puan Sina Yaya. Puan Sina Yaya boleh keluar lepas Isyak nanti."
"Terima kasih, doktor." Gopal menunduk terharu ke arah doktor Elmarsya ala ala budaya Jepun. Macam-macamlah engkau ini, Gopal. Jangan buat gila bergusti dengan El-Amin sudahlah.
Doktor Elmarsya hanya memaparkan giginya di sebalik topeng muka. "Tidak mengapa, memang tugas saya."
Sina Yaya bangun dari posisi baringnya tadi. Dia memasukkan tangannya ke dalam tudung lalu memegang tekak yang terasa kering. Aduh, dahaga pula. Tetapi rasa segan pula hendak meminta doktor minuman.
"Kenapa kau tak balik lagi?"
"Aku yang selamatkan dia. Jadi tak salah kalau aku nak tengok orang yang aku dah selamatkan, bukan?"
"Tapi pangkat aku lagi tinggi dari kau, dah pergi balik. Nanti kena Covid tak fasal fasal aku kena angkut kau pergi hospital."
Sina Yaya mengerutkan dahinya. Matanya meliar mencari pemilik-pemilik suara itu. "Siapa pula yang gaduh macam anjing dengan kucing ini?"
Saat Sina Yaya berpaling ke arah tingkap semula, barulah dua makhluk Allah itu tiba di hadapan wanita itu. Rasa lega terbit di dalam hati Gopal melihat Sina Yaya sudah membuka mata. "Yaya, saya risau sangat dengan awak." Sebak nadanya.
"Eh, Gopal?" Tergamam Yaya saat telinganya mengecam suara itu. Dia lantas berpaling laju lalu memeluk tubuh lelaki itu. "Nasib saya dapat jumpa awak lagi. Terima kasih sebab selamatkan saya."
"Ehem." Kepala Sina Yaya yang berada di bawah dagunya direnung kosong El-Amin. "Memang aku selamatkan kau, tetapi aku bukan yang kahwin dengan kau." Aduh, sudahlah dia dapat rasakan aura hitam membara di sebelahnya.
"Eh." Sina Yaya teragak-agak membuat jarak dengan lelaki itu. Ini lelaki yang dia tampar pagi tadi! Aduhai, hendak benamkan muka ke dalam bantal sahaja ketika ini! Tiba-tiba dia dibawa dalam pelukan Gopal yang sebenar.
Gopal mengeratkan pelukannya, risau pula Sina Yaya salah rangkul tubuh orang lain pula. Wajah El-Amin yang tidak bersalah dijeling tajam. "Sibuk sahaja kau peluk isteri orang. Mentang-mentang muka kau sama dengan aku. Lain kali nak masuk sini pakailah mask bawah hidung."
El-Amin menaikkan kening mendengar kata-kata Gopal yang tidak logik itu. "Kalau aku buat macam itu, tak fasal-fasal aku kena Covid pula. Nanti aku heret kau sekali..."
Laju Gopal memotong. "Peluk isteri orang pun boleh kena Covid."
Urat-urat mula menampakkan diri pada dahi El-Amin. Boleh pula potong kata orang budak ini. "Aku tak habis bercakap lagi..."
"Dah, dah, dah, dah." Gopal langsung tidak memberi peluang untuk El-Amin berbicara. Sina Yaya yang masih berada dalam dakapan Gopal hanya memandang Gopal dan El-Amin silih berganti. Sudah macam adik beradik kembar bergaduh pula.
"Eh, tetapi aku selamatkan isteri kau, ya? Sepatutnya kau kena berterima kasih pada aku!" Poket seluar El-Amin tidak semena-mena bergetar. El-Amin menyeluk telefon dari poketnya. Kenapa 'dia' hubungi aku pula ini?
"Aku balik dulu. Ada benda penting." Belum sempat El-Amin mengambil langkah pertama, belakang lututnya diteranjang seseorang. Tuah berpihak padanya tatkala dia berjaya berpaut pada kaki katil. El-Amin menoleh pantas ke belakang. "Apa fasal kau tendang aku tadi!"
"Terima kasih."
El-Amin mencapai bantal katil Sina Yaya. "Kepala otak engkau terima kasih macam tu. Sama-sama!" Gopal sempat mengelak apabila bantal itu hampir mengenai wajahnya. Pelukan juga dilepaskan. Malangnya, tetap terkena juga bantal itu.
El-Amin tertawa dalam hati melihat itu. Laju dia keluar daripada wad itu. Barulah dia dapat balas dendam setelah pasangan suami isteri itu membuat laknat kepadanya. Tidak fasal-fasal gigi rongak hari ini.
Telefonnya berdering lagi.
Eh, sabarlah orang tua ini!
Sina Yaya terhambur gelak kecilnya saat El-Amin berlalu pergi. Gopal mengangkat bantal yang jatuh ke atas katil semula. "Kenapa awak gelak?" Wajahnya merah padam atas perangai budak - budak yang ditunjukannya tadi.
Sina Yaya mengesat air matanya yang terkeluar. "Tak adalah. Comel sahaja perangai gaduh macam adik beradik. Ke awak dengan dia kembar yang lama terpisah?" duga Sina Yaya.
Gopal mengusap dagunya ala ala detektif. "Rasanya tak ada amma kata saya ada kembar dua alam, eh kembar terpisah. Lagipun dia rakan sekerja saya. Biasalah, kita ada tujuh kembar dekat dunia. Tapi... muka saya yang paling hensem kan?"
Sina Yaya mengukir senyuman manis. Sengaja dia duduk bertongkat lutut bagi mencubit pipi Gopal. "Mestilah Gopal paling hensem. Datanglah enam orang sama rupa macam awak pun, mesti awak dapat teranjang dia orang punyalah."
"Sakitlah." Gopal merengek kecil. Dia mengalih tangan Sina Yaya daripada terus mencubit pipinya. Ingat dia budak kecilkah? "Tapi janji tau tak buat lagi." Tangan Sina Yaya digenggamnya lembut.
Pandangan mata Sina Yaya beralih dari tangannya ke arah muka Gopal. "Buat apa? Oh, yang..."
"Kena tikam itulah. Lain kali awak tendanglah kuat sedikit. Macam awak tendang saya masa dekat rumah ibu itu." Terselit ungkitan di dalam tutur kata Gopal. Walaupun dia sebenarnya maksudkan benda lain.
Sina Yaya kedengaran memberontak. "Saya memang dah tendang dah dia. Mana saya tahu dia ada member dekat belakang. Kalau saya dapat dua orang itu, memang saya patah-patahkan tulang..." Dalam masa yang sama, Sina Yaya langsung tidak sedar dia melepaskan amarahnya pada tangan Gopal. "dia orang macam dia orang buat dekat Layyin."
Laju Gopal menarik tangannya. "Kita doa-doa sahajalah dia orang kena langgar kemalangan dengan kereta, eh, itu doa tak baik. Err, doalah dia terlanggar bahu jodoh dan kembali ke pangkal jalan." Gopal mengibas-ngibas tangannya yang terasa lenguh. Berbisa betul Sina Yaya ketika marah! Berbunyi tulangnya tadi!
"Nanti lepas Isyak nanti awak keluar. A... ehem, princess tak boleh solat, bukan? Nak makan apa-apa ke?" Gopal mewakili diri sebagai tukang beli makanan kepada Sina Yaya.
Teringat pula zaman sekolah jadi tukang beli untuk kawan-kawan dekat kantin.
"Makan..." Sina Yaya berteriak. "Ha, macam mana dengan Kya? Mesti dia lapar dekat rumah."
Gopal yang sudah sediakan nota pada telefonnya jadi bangang seketika. Kya? Anak mat saleh mana itu? Sekejap... oh, kucing belaannya! "Tak apalah. Pandai-pandai dia minta sedekah dekat kucing-kucing lain."
"Awak, tak lawaklah. Dia anak kucing kot." Sina Yaya tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Gopal. Sudahlah badan kecil lagi, kena kejar anjing macam mana?
Gopal cepat-cepat mengeluarkan suaranya. Dia tidak mahulah tulang belakangnya menjadi mangsa! "Gurau sahajalah. Saya ada balik rumah masa balik shift rehat. Bagi dia makan. Jadi tidak perlu risau. Dia tak akan jadi pengemis."
Sina Yaya menarik nafas, lega. Raut wajahnya bertukar ceria. "Kalau macam itu, saya nak air Milo sahajalah. Lagipun balik rumah banyak makanan lagi. (Coklat dalam plastik speedmart masih ada)" Gopal menyimpan telefonnya. Oh, air sahaja... kita tidak perlu tulislah.
Gopal membuat tabik kepada Sina Yaya. "Baik, puan. Nanti hamba akan membaca pesanan yang tuan hamba pesan tadi sepantas Michael Jackson buat moonwalk."
Sina Yaya menambah. "Kalau masuk nanti moonwalk biasa biasa sahaja, siaplah."
Gopal yang sudah melangkah ke hadapan berundur beberapa langkah ke belakang. "Jangan risaulah. Mestilah luar bi.."
"Encik suami puan Sina Yaya, bukan? Darah ini bukan darah yang biasa."
"Siapa ahli keluarga puan Sina Yaya yang ada darah Rh positif?"
Langkah Gopal terhenti. Perlahan-lahan kepala Gopal alihkan betul-betul menghadap Sina Yaya. "Yaya, Yaya tahu ke yang Yaya ada darah Rehsus positif, golden blood?"
Sina Yaya menjadi hairan akan pertanyaan yang diutarakan Gopal. Darah apa itu? Lambat-lambat dia membalas. "Rehsus positif? Ibu tak pernah beritahu Yaya pun. Eh, jadi betullah doktor kata yang Yaya kehilangan banyak darah tadi?"
"Yaya tak tahu ke selama ini?" Tekaan Gopal mengenai seperti disangka apabila Sina Yaya menggeleng kepalanya.
"Ada kena mengena ke dengan ancaman mafia yang Siao Fang kata itu." Gopal yang menyangka dia menggumam di dalam hati malah tidak tahu bahawa dia sebenarnya bercakap dalam nada biasa.
Telinga Sina Yaya cepat menangkap perkataan mafia itu. "Mafia? Abang ada bagitahu Gopal ke yang dia mafia? Ada apa-apa yang terjadi ke?"
Gopal tersentak. Eh, Sina Yaya dengar ke tadi? "Eh, Yaya tahu ke? Eh, tak, maksudnya... saya kan dah jadi ahli keluarga abang Siao Fang. Mestilah kongsi perihal diri sendiri antara satu sama lain, bukan?"
Mana mungkin dia memberitahu yang Sina Yaya, dia dan isteri Siao Fang sekarang dalam buruan mafia!
" Tiada siapa tahu abang mafia kecuali ibu, ayah dengan Sina Yaya. Keluarga sebelah ayah dan sebelah ibu pun tidak tahu fasal ini." Penjelasan Sina Yaya makin meresahkan hati lelaki itu.
"Ah, saya kan adik ipar dia. Nanti barisan panjang pula. Bye." Gopal mencabut diri terlebih dahulu. Naya kena jawab soalan-soalan maut daripada Yaya.
"Sengaja tukar topik!" Sina Yaya mengetap bibir melihat bayang Gopal yang tidak kelihatan di hadapan matanya. Dia menyedari Gopal sembunyikan sesuatu darinya. Sudahlah dia belum pasti Gopal mengenalinya masa zaman sekolah lagi!
Mustahil mafia yang nampak beberapa minggu lepas yang memburunya? Ah, minta dijauhkan!
...
"Aduh, serabut aku kalau macam ini!" Seorang lelaki berbangsa india mengusutkan rambut kerintingnya. Ingatkan menjenguk halaman rumah dapatlah ketenangan, tetapi bau tahi anjing adalah.
"Duit nak beli sewa pula tidak cukup. Menyesal pula aku habiskan beli wine hari itu. Nak hutang dengab Ah Long, memang matilah aku."
Kesian abang ini bebel seorang diri di halaman rumah. Patutlah 'single' bak kata orang putih. Teringat pula seseorang yang sama nasib dengan dia. Kau orang ke?
"Aku boleh tolong." Suara tua menyapa di rumah sebelah. Serta-merta lelaki itu menoleh ke tepi. Eh, ajaib benar jiran sebelahnya menegurnya hari ini!
Eh, sekejap. Bukan suara ini yang membuat dia hampir jatuh dalam bilik air. Yalah, terpekik-pekik tidak tentu arah. Gaduh dengan siapa dia pun malas hendak ambil tahu.
Lelaki itu tertawa sinis. "Pandai mak cik curi dengar perbualan orang muda, bukan? Mak cik boleh buat apa dengan masalah saya? Nak jual kerusi roda mak cik untuk saya..."
Puan Sarindi melahirkan senyuman sinis apabila melihat ngangaan lelaki itu. Masakan tidak, berpuluh-puluh keping duit 50 ringgit di tangan nenek tua itu! "Kau nak, kan?"
Tangan lelaki itu teragak-agak mahu mengambil duit di hadapannya. Akan tetapi dia sengaja jual mahal. "Kenapa? Mak cik nak suruh saya buat apa untuk mak cik? Tiba tiba sahaja hulur dia dekat saya."
"Apa nama kamu?"
Eh, tiba-tiba nenek ini tanya nama aku. Walau bagaimanapun, demi duit... lelaki itu menjawab sahajalah. "Gonpachiro."
"Baiklah, Chiro. Kamu boleh dapat duit ini, setelah kau ambil sesuatu berharga daripada perempuan ini."
❣️❣️❣️
Kali terakhir update: 21 Jun, Isnin
Update: 10 Julai, Sabtu
---
Nooroo: Kaulah ini.
Writerblock: Aku jenguk mu. Gini mu oyak ko aku?
Sakit: Itulah. Dasar tidak kenang budi betul. Sudahlah, jom keluar. Nanti kita orang datang lagi.
Nooroo: *baling bom ke arah Writerblock dan Sakit*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top