21 | EL
LIPATAN kain batik terakhir itu disusun di atas kain batik lain yang terlipat kemas itu. Puan Finna tersenyum lega, akhirnya boleh rehatkan tulang belakang seusai hampir berminit melipat pakaian. Sambil lipat tadi, telinganya peka mendengar ceramah yang dipasang melalui telefonnya.
"Kemudian yang kedua, kita kena yakin bahawa setiap ujian yang datang kepada kita, sebenarnya ada beberapa sebab. Antaranya kerana Allah nak mengampunkan dosa-dosa kita."
"Dan salah-satunya, kerana Allah nak tingkatkan darjat kita. Ketahuilah..." Suara ustaz daripada video atas talian itu terhenti serta-merta. Skrin telefonnya kemudian memaparkan ada satu panggilan masuk.
Puan Finna mengesot ke arah sofa. Telefonnya diambil. Sina Yaya? Rasanya anak perempuannya sudah telefon pagi tadi. Mengadu fasal datang bulan masa Ramadhan katanya. Entah apalah yang hendak diborak lagi.
Corong telefon didekatkan dengan telinganya. "Assamualaikum, Yaya. Ha, kenapa telefon ibu ini? Ada apa-apa ke?"
Bukan Sina Yaya yang membalas, bahkan nada suara garau yang menjawab pertanyaannya. "Aku bukan Yaya. Kau, ibu dia kan? Aku terjumpa Yaya kena tikam dengan peragut dekat kedai."
Mata puan Finna terbuntang. Serta-merta dia terbangun dari duduknya. "Tikam? Dekat hospital mana? Siapa kamu ini?" Hendak kata Gopal, tidak pernah menantunya menggelarkan 'aku-kau' sebagai gelaran diri.
"Aku bukan Gopal, aku El-Amin." Mesti tuan punya badan serik disamakan dengan Gopal.
Tudung sarung berwarna hitam dicapai. Dahinya berkerut mendengar nama itu. El-Amin? "El-Amin, hospital mana kamu nak pergi tu? Nanti mak cik pergi ke sana." Puan Finna kini sudah bersiap ala kadar.
"Hospital Kuala Lumpur." Talian serta-merta diputuskan. Tiada langsung sesi berbalas pantun untuk penutup kata. Bersangka baik... mungkin bateri telefon habis.
Puan Finna merenung skrin telefonnya yang sudah bertukar gelap. Dia mengetap bibir lalu jarinya bermain-main di permukaan skrin. Nombor telefon suaminya didail. Lagipun tiada kereta lagi tersidai di halaman rumah.
"Assamualaikum, abang. Yaya kena tikam dengan peragut. Boleh abang ambil cuti emergency?"
Lagipun ada rahsia dia simpan antara dia dengan Sina Yaya. Kalau sesuatu terjadi kepada anaknya, dia tidak akan mampu memaafkan dirinya lagi! Tambahan pula, mana si Gopal?
...
Seorang pak cik tua mengangkat wajahnya saat azan Asar habis berkumandang. Nampaknya sudah masuk azan bagi kawasan Hulu Langat juga kawasan terdekatnya. Eh, tiba-tiba terbaca dalam nada pengulas radio pula.
Baik dia sembahyang sementara menunggu anaknya selesai pembedahan. Baru sahaja pak cik tua itu ingin bangun daripada duduknya, duit syiling dari poketnya terjatuh dan terpusing-pusing ke atas lantai.
"Astagfirullah, jatuh pula." Pak cik tua itu membongkokkan badannya untuk mencapai duit syiling itu. Namun, siapa sangka ada satu kaki datang menyepak duit syiling itu sehingga terseret ke hadapan.
Kurang ajar betul budak ini...
"Yaya! Eh, maaf pak cik!" Gopal mengutip semula duit syiling yang sudah disepak jauh ke hadapan. Berlari laju sangat, jadi seperti inilah. Syiling 50 sen dihulurkan kepada pak cik tua itu.
Gopal masih lagi dalam posisi berdiri setempat. "Saya pergi dulu ya, pak cik." Gopal lantas berlari semula seraya mulutnya melaung nama isterinya. Nampak pada jururawat, mesti disuntik Gopal dengan ubat penenang.
Pak cik tua itu hanya merenung Gopal yang memakai seragam kerja berlalu pergi. Kalut sangat anak muda zaman sekarang. Nasib dia kutip balik duit syiling itu. Terlambat hantar atau bagaimana?
"Yaya! Huh... huh..." Termengah-mengah Gopal mengambil nafas apabila tiba di hadapan wad kecemasan. Terdapat Siao Fang, budak perempuan yang sudah kembali ke jalan yang benar dan El-Amin menunggu di situ. Sekejap... El-Amin?
"Apa kau buat dekat sini, Amin? Yaya okey ke? Macam mana dia boleh kena tikam?" Satu persatu soalan dilemparkan oleh Gopal. Boleh pilih hendak jawab antara yang mana satu.
Siao Fang menghela nafas berat sebelum menjelaskan. "El-Amin yang hantar Yaya..." Penerangannya dihentikan gara-gara El-Amin.
"Aku yang hantar Yaya datang sini. Kalau dia okey itu, kau sendiri boleh nampak papan tanda itu tengah menyala warna merah." El-Amin membuat isyarat mata ke arah papan tanda di atas pintu wad kecemasan itu. "Dan abang ipar kau bagitahu yang dia kena ragut, bukan?"
Entah kenapa hati Gopal tergugat dengan kehadiran El-Amin. Tetapi dia cuba alihkan perasaan itu ke tepi. "Berapa lama Yaya dekat dalam itu?"
"Yaya....Yaya dah dua puluh minit dekat dalam itu." Layyin meraung seperti terkena histeria. Tidak semena-mena dia melutut dan bergerak ke arah Gopal. "Aku minta maaf, Gopal. Kalau aku tak bawa beg tangan aku, mesti tak jadi macam ini."
"Eh, tak apa. Mesti semua terjadi, ada hikmahnya. Walaupun aku memang rasa nak pukul kau sekarang ini." Gopal memperlahankan suaranya pada akhir ayat. Tidak beradab untuk disuarakan hasratnya secara terang-terangan.
"Aku tak layak diberikan keampunan. Huh... kau sepak sahajalah aku sampai mati. Sepaklah aku!" Layyin memegang kaki kanan Gopal lalu mengacah untuk menyepaknya. Mujur Gopal sempat bertahan pada dinding.
"Aku maafkan kaulah! Yaya pun mesti maafkan kau juga. Janganlah pegang kaki aku, nak jatuh!" Gopal berjaya menarik kakinya daripada pegangan Layyin.
Siao Fang mengurut pelipis matanya. Kenapalah dia dikelilingi badut-badut ribena setiap kali dia bernafas? Isterinya nasib tidak dibawa sekali, jika tidak pasti menjadi geng-geng mereka. El-Amin sahaja nampak waras sekarang walaupun potong ayatnya tadi.
"Tapi macam mana kau boleh jumpa isteri aku?" tanya Gopal setelah terlepas dari pegangan Layyin. Sekarang Layyin tengah termenung memikirkan tujuan kehidupannya di atas kerusi penunggu.
El-Amin menjongketkan keningnya. Dia tersenyum sinis. "Kenapa? Jealous?"
Gopal merasa tidak puas hati persoalannya tidak dijawab. Dia menyangkal tuduhan itu. "Heh, cemburu? Tak adanya aku cemburu. Aku cuma berhati-hati. Lagipun, Sina Yaya tak mudah sapa orang melainkan benda itu kucing. Jadi, bagitahu aku."
El-Amin memutarkan bola matanya. Daripada riak mukanya yang jelas berkerut, masih mahu menafikan lagi? "Dia ingatkan kau curang dengan dia sebab, muka kita kan sama? Tapi jangan risau, aku dah jelaskan pada dia."
Eh? Apa pandang-pandang? Jangan ingat dia mahu cerita fasal Sina Yaya hilangkan sebatang giginya. Kena gigi palsu selepas ini.
Kata-kata El-Amin bukan menambahkan rasa tenteram di hatinya, malah rasa cemburu itu semakin membuak-buak. Otak Gopal mula mencipta babak tidak sepatutnya antara perjumpaan El-Amin dan Sina Yaya.
Mustahil Sina Yaya jatuh cinta akan El-Amin! Ya, memang kalau pakai topeng muka, muka dia dan El-Amin kelihatan sama. Tetapi... dia lebih sado kot!
"Dah masuk waktu Asar ini. Baik kita pergi solat. Duduk termenung dekat sini bukan boleh bantu Yaya dekat dalam," ujar Siao Fang sekali gus menghilangkan ketegangan di sekeliling mereka. Nanti ada seseorang yang kepalanya meletup sekejap lagi.
"Okey, jom solat." Dengan selamba El-Amin menyusun langkah terlebih dahulu ke surau hospital. Entah tahu, entah tidak si El-Amin arah tuju hospital tersebut.
"Okeylah. Solat dulu." Gopal hanya akur dengan ajakan itu. Benar juga cakap Siao Fang. Daripada dia layan perasaan cemburu, baik dia layan aura ketenangan semasa dia bersolat.
Harap-harap, Yaya dipermudahkan sahaja urusan di dalam itu.
Pintu kecemasan terbuka setelah beberapa kali jarum jam melintas angka dua belas. Walau bagaimanapun, lampu merah masih lagi menyala di atasnya. Kebetulan Gopal bersama yang lain baru sampai di hadapan ruang menunggu itu.
"Macam mana dengan isteri saya, doktor? Dia okey ke? Jangan bagitahu saya ada sesuatu buruk terjadi pada dia." Wajah doktor itu Gopal pandang dengan penuh harapan.
Doktor itu kemudian mengemam bibirnya. Kepalanya digelengkan. Gopal tertunduk ke bawah. Rasa seperti beribu pedang menusuk ke belakangnya. Air mata jantannya mula keluar tanpa dilarang. "Tidak... tidak..."
Keluhan kedengaran. "Tidak..."
"Tidak, tidak apanya? Tepilah, encik! Saya nak buang air!" Sekelip mata Gopal yang meratap ditolak ke tepi oleh jururawat itu. Sehingga terhantuk kepala Gopal dibuatnya! Jururawat itu telah pun berlari menuju ke tandas.
Haih... buat malu nangis sebentar tadi.
Keluar seorang doktor bertanda nama Elmarsya menerangkan keadaan Sina Yaya. "Jahitan telah siap dilakukan. Namun, puan Sina Yaya sekarang berada dalam kritikal. Dia telah kehilangan banyak darah."
Meskipun pening-pening lalat, Gopal masih mampu membalas kata-kata doktor itu. "Kalau macam itu, doktor ambillah darah saya."
"Encik suami puan Sina Yaya, bukan? Darah ini bukan darah yang biasa." Doktor Elmarsya menyambung. "Siapa ahli keluarga puan Sina Yaya yang ada darah Rh positif?"
Kening Layyin bercantum. "Rehsus positif?"
Mata El-Amin terbeliak luas. Tidak sangka gadis itu mempunyai darah semahal itu. "Golden blood," bisiknya perlahan.
Siao Fang berdecit, perlahan. "Aku tak boleh. Darah aku O negatif. Hanya seorang sahaja yang ada darah tersebut."
Gopal berpaling ke arah Siao Fang. Cemas di dalam dada mula menguasai. "Siapa?"
"Saya ada." Puan Finna bersuara sebaik sahaja tiba di situ. Di belakangnya terdapat encik Siao Afiq mengiringi dari belakang. Puan Finna menghampiri doktor itu. "Saya ada darah rehsus positif. Boleh saya bagi darah saya?"
Doktor Elmarsya kelihatan tergamam seketika barulah dia laju mengangguk. "Baiklah. Pesakit pun amat perlukannya. Mari ikut saya ke dalam, puan." Doktor Elmarsya mempelawa Puan Finna masuk ke dalam. Bayang mereka berdua hilang ketika pintu bilik kecemasan itu ditutup rapat.
Gopal menoleh ke arah encik Siao Afiq, meminta penjelasan. "Rehsus positif? Apa maksudnya, ayah?" Darah jenis apa yang dimiliki oleh Sina Yaya? Tidak pernah sesekali ia menyapa telinganya.
"Rehsus positif ini merupakan darah yang sukar didapati pada manusia. Orang panggil darah ini ialah golden blood." Kini semua mata tertumpu pada penjelasan El-Amin. "Sebab ianya dipanggil begitu kerana nilai darah itu sama macam emas. Lagipun, kalau kemalangan, memang sukar untuk didapati."
Siao Fang berpeluh tubuh. Bibirnya ternaik sedikit. "Amboi... nampaknya macam kau tahu semua benda sahaja."
"Ke kau google semua benda itu?" Gopal menduga.
"Heh, tak ada masa untuk aku google semua benda ini. Aku memang suka kumpul maklumat." El-Amin bingkas bangun dari kerusi penunggunya. Dia meminta diri. "Aku hendak pergi tandas sekejap."
Layyin hanya memandang sosok tubuh El-Amin sampailah tubuh ini menghilang di sebalik tembok. Dia berpaling ke arah encik Siao Afiq yang sudah melabuhkan punggungnya. "Macam mana Yaya dapat darah Rehsus itu, pak cik?"
"Dia ikut darah ibu dia. Yaya tak tahu fasal ini. Dulu, masa mengandungkan Siao Fang, ada komplikasi sedikit memandangkan Siao Fang ikut darah pak cik. Sina Yaya sahaja yang okey," cerita encik Siao Afiq.
"Kalau Yaya mengandung nanti, ada komplikasi ke?" Gopal menyoal, ingin tahu. Mana tahu kalau Sina Yaya mengandung, ada sesuatu berbahaya akan terjadi ke. Eh, mengandung apanya... dia belum sentuh lagi isterinya.
"Insya-Allah, minta-mintalah tiada. Tetapi kalau darah tidak sama dengan ibu mengandung, memang ada masalah sedikit. Namun, kita doa sahajalah." Encik Siao Afiq memberikan jawapan dalam masa yang sama cuba menenangkan hati Gopal.
"Kenapa? Adik aku mengandung ke?" Nada suara Siao Fang berubah prihatin. Yalah, kalau adik orang lain, buat apa dia hendak ambil tahu.
Gopal tersengih sambil menggeleng. "Tak adalah. Saja-saja tanya."
Layyin menolak perlahan bahu Gopal dengan penumbuknya. "Tapi bestlah kau. Nanti ada kemungkinan ada anak darah rehsus. Darah mahal itu."
"Erm, mestilah." Gopal bersetuju dengan pendapat Layyin. Walaupun dia sebenarnya agak hairan. Mengapa keluarga Sina Yaya rahsiakan jenis darah wanita itu daripada Sina Yaya sendiri?
Ada kena mengena dengan hal mafia yang Siao Fang katakan itukah?
Sementara itu, di tempat yang berlainan, keadaan sepertinya tegang seketika. Dengan beberapa orang memakai pelitup muka dan mengelilingi meja. Di atas meja itu ada pelan biru dibuka besar pada permukaanya.
"Jadi, Gin. Kamu dengan..."
"Pak Atan ada ladang. E I E I O." Semua orang memandang ke arah sekeliling. Siapa pasang lagu Didi and Friends itu? Kalut Cralet menyeluk telefon dari poketnya. "Di ladang, ada itik. E I E I O..."
Panggilan diangkat.
Salah seorang orang mafia cuba menahan tawa. Tidak sangka orang atasan mafia memasang lagu kebudak-budakkan sebagai nada dering lagu. Bagaimanapun, tawa itu tidak bertahan lama apabila kepalanya dihentak ke meja oleh kawan sebelah.
Cralet menjarakkan diri daripada kawasan mesyuarat itu. "Tequila! Apa hal kau telefon aku? Kau tahu bukan aku ada dalam meeting penting!" Kalau bukan maklumat berfaedah, memang dia jadikan Tequila haiwan sembelih untuk berbuka puasa nanti.
"Saya ada benda yang tuan Cralet akan suka dengar. Tentang adik kepada Siao Fang."
"Huh?" Cralet mula berminat. Dia mendekatkan telefon ke telinga supaya dapat mendengar dengan lebih teliti. "Apa dia?"
"She has golden blood."
Hanya satu ayat itu mampu membuatkan mafia itu tersenyum besar. Seakan-akan dia seorang nelayan yang baru lepas membawa balik habuan yang bernilai. "Betul ke?"
"Ya, saya dengar daripada pihak hospital. I'm trying to guess, you must have imagined how valuable this girl is."
"Ya. Tak apa, kau terus intip keluarga Siao Fang itu. Tapi sekarang jangan apa-apakan harta emas kita." Gelaran 'adik Siao Fang' serta-merta bertukar menjadi 'harta emas'. "Aku ada meeting ini. Kita sambung lain kali."
Cralet masuk semula ke dalam mesyuarat. Namun, fikirannya lari ke arah lain. Semua orang mahukan benda yang unik, bukan? Jadi cuba bayangkan jika dia menjual wanita itu di kelab malam atau di antarabangsa. Pasti bermandi duit dibuatnya!
Fokus kemudian beralih kepada pelan. Sekeping gambar penjara serta sekeping gambar seorang lelaki 19-an diletakkan di atas meja tersebut. Yang pasti, mereka semua sedang merancang sesuatu yang besar.
✨✨✨
Darah Emas
- Jika anda mempelajari sains, pasti kau orang sudah tahu jenis darah macam darah A, B, C, D, E, F, G, H, I, J...
Dark Nooroo: Yang kau nyanyi kenapa!
- Maaf, maaf. Teringat pula lagu ABC. Kalau orang yang berdarah O, pasti dia mempunyai darah anti A atau anti B. Bermakna orang darah O ini memang akan reject darah A dengan B masuk ke dalam kumpulan dia.
Bukan apa, takut bawa pengaruh rakan sebaya yang tidak baik pula.
- Bagi darah emas pula, ianya ibaratkan darah berharga, jarang didapati. Tidak sama seperti darah ABO... dia tak ada antigen. Seperti tin kosong yang ada angin sahaja di dalam. Dalam perubatan medic, dia dipanggil Rh-null (rehsus kosong)
- Kalau hendak derma darah dekat dia orang... jangan risau. Cuma pastikan kau orang merupakan penderma darah O ataupun sama darah dengan dia.
- Jumlah orang yang ada darah ini kira kira hanya dimiliki 1 daripada 6 juta orang. Setakat ini, ada 43 orang yang tergolong dalam darah Rehsus kosong ini.
.
Bab 21
- Bab ini sebenarnya sudah siap ditulis, namun disebabkan telefon lama Nooroo bertemu cik air... bab ini ditulis kembali tanpa rela. TvT
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top