20 | EL

            BERGERAK-GERAK bekas makanan kucing itu kerana kucing itu. Sina Yaya memegang hujung bekas makanan itu untuk memudahkan kucing itu untuk makan. "Makan banyak-banyak ya, Kya?"

Nooroo: Sebutan Kya itu Kaiya. Jangan jadi macam aku sebut dia menjadi Kenya.

   Gopal melangkah keluar daripada bilik air setelah mengambil air wuduk. Tengok-tengok sahaja si kucing di sedang makan di hadapan mata. Siapa tahu budak Sina Yaya ini menyimpan duit sejak sekolah menengah semata-mata nak beli barang keperluan kucing.

   Lihat di sebelah makanan kucing itu, ada juga tempat tidur kucing! Dahsyat... dahsyat...

   Gopal berjalan menuju ke arah Sina Yaya. "Awak tak ambil air sembahyang ke... oh, lupa! Awak tak boleh solat." Gopal merungut kecil. "Tidak acilah kalau awak tidak solat sekali. Nanti esok pun saya puasa seorang-seorang."

   Sina Yaya berpaling ke arah Gopal dengan bibir dicebikkan. "Sepatutnya saya yang kata tak aci. Nanti saya kena ganti puasa. Sama sahajalah. Lagipun biasalah perempuan tak puasa seminggu dalam bulan Ramadhan."

   "Kalau yang sengaja tak puasa itu?" soal Gopal.

   "Itu tak bolehlah. Allah dah beri kita 11 bulan untuk makan bila-bila masa, kemudian Allah minta satu bulan sahaja untuk berpuasa untuk ibadah dan kesihatan diri sendiri. Tapi tak nak pun orang ikut." Sina Yaya terang panjang lebar. Dia merenung tajam Gopal. "Awak nak ponteng puasa ke?"

   Gopal memegang dada sendiri. "Alhamdulilah, selepas mendengar nasihat itu... saya akan menjadi hamba yang lebih baik."

   Sina Yaya menutup mulutnya lalu tertawa kecil. Jarinya dipetik. "Ha, macam itulah Gopal yang saya kenal. Lagipun nanti awak yang nak pimpin saya masuk syurga, bukan?"

   "Insya-Allah, mesti." Gopal yang ingin berlalu mengambil sejadah terhenti saat menangkap ayat Sina Yaya yang pertama. Dia menoleh ke arah Sina Yaya. "Gopal yang awak kenal... maksudnya? Bukan kita kenal dari masa awak kena kejar ke?"

   Tidak mungkin dia 'kenal' aku?

   Sina Yaya kalut menyusun bicaranya. "Maksudnya... saya kan tinggal dengan awak jadi dari situlah saya kenal awak. Macam dalam novel Melayu yang selalu saya baca. Bercinta selepas nikah."

   "Oh..." Helaan nafas Gopal bernada kekecewaan. Gopal menunjukkan ke arah ruang tamu. "Saya nak pergi solat dekat ruang tamu, tau."

   "Eh, awak tak solat dekat masjid ke? Kan dekat masjid boleh pergi cuma saf dijarakkan." Sina Yaya menanyakan perbuatan Gopal. Tahun lepas tidak dapat pergi solat jemaah Terawih, tahun ini mesti jangan dilepaskan peluangnya!

   "Oh, saya solat dekat rumah sahajalah. Bagi peluang dekat orang lain nak solat jemaah dekat masjid." Gopal memberi alasan sendiri. Lagipun, dia hendak menjaga Sina Yaya. Mana tahu ada sesuatu akan berlaku pada wanita itu sama seperti kejadian bom hari itu?

   "Oh, okey." Sina Yaya hanya mengiyakan kata-kata Gopal. Dia memandang ke arah Kya yang sudah selesai menikmati makanannya. Tubuh kucing ini juga agak kotor. "Nak kena mandi ini. Tapi malam tak boleh... esok sahajalah."

   "Allahuakbar!"

  Kedengaran suara halus mengangkat takbir daripada belakang Gopal. "Allahuakbar..."

   Gopal terkedu mendengarnya. Eh, kenapa macam ada bunyi orang menyahut masa dia solat? Ini baru solat terawih, teman-teman. Hendak kata Sina Yaya ikut dia, dia tidak boleh solat. Bunyi kucing itu main dengan kucinglah maksudnya.

   Teringat pula dia dengan cerita Rizal berkenaan jin yang mengikut orang masa sembahyang.

   Perlahan-lahan Gopal menitikan surah Al-Fatihah pada bibirnya. Suara halus itu masih lagi kedengaran di telinga. Aduh, kalau betullah itu makhluk halus, tolonglah jangan ikut dia baca lagi. Dalam masa yang sama, rasa menyesal pula tidak pergi sembahyang di masjid.

   "Awak ada dengar ke suara halus ke?" Gopal memberikan soalan kepada Sina Yaya seusai dia menunaikan solat tadi.

   Sina Yaya terdiam sejenak, cuba mendengar bisik bisik halus yang diujarkam Gopal. Dia menggeleng, perlahan. "Tak ada pula. Kenapa?"

   "Oh, tak adalah. Perasaan saya sahaja kot." Gopal terus bangun untuk mendirikan solat seterusnya. Boleh jadi selepas ini dia tidak mendengar lagi suara itu.

   Namun itu merupakan kesilapan. Sampai dia mendirikan solat Witir satu rakaat, dia mendengar suara itu lagi. Tabah, Gopal. Hendak kata taebah... tetapi ini novel. Tidak cantik perenggan ada bahasa pasar.

   "Assalamualaikumwarahmatullah...

  Suara itu menyahut. "Assalamualaikumwarahmatullah..."

   "Assalamualaikumwarahmatullah..."

   Gopal mengusap wajahnya lantas laju memalingkan wajah ke belakang. "Serius saya dengar suara ikut bacaan solat saya tadi." Haih, makmum manalah yang mengikutnya tadi.

   Sina Yaya menurunkan Kya daripada ribanya. "Oh, saya tak ada dengar suara awak sahaja." Dagunya diusap. "Ke saya ikut kuat sangat tadi? Lagipun awak baca cepat sangat macam ada hantu."

   Gopal menjongketkan keningnya. "Kuat sangat? Jangan kata awak ikut saya baca tadi." Sina Yaya teragak-agak untuk mengangguk berserta sengihan tidak bersalah. Gopal rasa hendak menangis. "Saya mati-mati ingat ada jin ikut saya solat."

   "Dah saya tak boleh solat. Saya sahajalah ikut awak baca sebab sahaja nak kumpul pahala. Hehehe, maaf sebab buat awak takut." Permohonan maaf itu sekali dengan ketawa dari Sina Yaya. Entah ikhlas atau tidak minta maaf. "Tapi kira okey saya ikut awak baca, kalau benda lain?"

   "Erm, betul juga." Sina Yaya terangguk-angguk mendengar persetujuan Gopal. Syukur dia tidak dimarahi. Gopal menghadapkan tubuhnya ke hadapan. "Saya nak zikir, tau."

   "Ha, zikirlah."

   "Jangan kacau!" Gopal memberi amaran.

  Tawa daripada Sina Yaya terkeluar lagi. "Ya, ya. Tak adalah."

  "Meow?" Kya mengiau perlahan. Apalah tunjuk kemanisan di hadapan orang. Tahulah dia bujang. Meskipun begitu, jangan pergi keluar dengan jantan lain sudahlah.

...

   JAM pada tangannya dikerling. Baru pukul 3:26 minit petang. Tudung-tudung pun sudah dihantar. Sempatlah dia beli snek ringan sebelum pulang ke rumah. Sina Yaya menutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap.

   "Penat juga hari ini. Pagi tadi mandikan Kya sampai habis tangan aku kena cakar." Sina Yaya membebel sendiri sambil kakinya diatur ke arah menuruni tangga untuk menuju ke koridor bangunan bertentangan.

   Ketika menaiki anak tangga dia menangkap seorang perempuan mengandung dengan seorang lelaki memakai seragam kerja Grabfood. Sina Yaya mengecilkan matanya. "Kejap, itu... Gopal ke?"

   Gopal kelihatan gembira bersama perempuan itu. Kalau dibuka topeng, pasti mereka tergelak-gelak. Hatinya tertoreh berdarah. Mustahil kalau Gopal curang dengannya kerana dia ikut bacaan solat dia semalam?

   "Gopal? Awak buat ini?" Sina Yaya membidas apabila mendekati dua sosok itu. Kalau boleh mahu disembur dua air liur sehingga terpercik pada muka mereka.

   Perempuan mengandung itu memandang pelik ke arah Sina Yaya. Dia menoleh ke arah Gopal. "Abang, siapa ini?" Yalah, tiba-tiba datang jerkah orang tidak tentu fasal.

   "Maafkan saya, tetapi siapa awak? Kenapa awak dengan suami saya?" Sina Yaya cuba mengawal intonasi suaranya supaya tidak kedengaran kasar sangat. Jatuh maruah kasar kasar begini.

   "Eh, suami? Setahu saya, abang single sahaja." Turut kata yang dilontarkan itu berjaya memarakkan api di dalam hati Sina Yaya.

   Lelaki itu tertawa sinis. Dia menolak kasar dahi Sina Yaya sehingga terundur ke belakang kepala wanita itu. "Entah. Aku pun tak kenal perempuan ini. Sudahlah macam orang gila, tidak macam princess aku ini."

   "Pang!" Kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Tergamam semua yang berada di situ. Sekali dengan abang hendak masuk dalam kereta kaku di situ.

   Perempuan mengandung itu terbuntang matanya. "Abang! Abang okey ke?"

   Lelaki itu menarik topengnya. Pipinya terasa berdenyut-denyut. Gigi taringnya yang tercabut diambil lalu dipandang wanita di hadapannya itu. Dia berbisik perlahan. "Menarik."

      "Sampai hati awak, bukan? Awak suruh saya tunggu awak masa zaman sekolah menengah tapi awak balas dengan curang? Entah-entah yang awak kata selama ini hanya penipuan sahaja!" Baru sahaja Sina Yaya hendak memukul dada lelaki itu, pergelangan tangannya ditangkap oleh perempuan mengandung itu.

   Sina Yaya merentap tangannya. Matanya tidak lepas merenung mata lelaki itu. Suaranya berubah serak. "Entah-entah kata yang terucap dalam mesej itu langsung tak membawa apa-apa, bukan?"

   "Okey, okey... cukup, my princess." Lelaki itu menurunkan tangan yang menekup mulutnya. Ish, buat malu sahaja tayang gigi yang sudah tidak lengkap itu. "Cuba kau tengok aku, ada rupa macam suami kau ke?"

   Sina Yaya tersentak mendengarnya. Tubuh lelaki itu dipandang atas dan bawah. Ya, ada perbezaan. Lelaki ini berbadan sasa sedikit berbanding Gopal. Iris matanya juga tidak berrwarna hitam seperti Gopal sebaliknya lelaki itu mempunyai anak mata coklat.

   Dan... Gopal tidak rongak.

  "Have you finished checking me? Dan satu perkara lagi." Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya pada topeng muka Sina Yaya. "Nama saya El-Amin, bukannya Gopal." Dia melarikan tangannya ke sisi.

   Bibir Sina Yaya terkunci sebentar manakala otaknya cuba memproses maklumat yang diterimanya. Jika lelaki ini merupakan El-Amin, bermakna... "Astagfirullahalazim! Saya minta maaf sangat-sangat. Saya ingatkan suami saya! Ah, maaf."

   "Itulah, lain kali pasang mata dekat kepala, bukan pada lutut. Jangan lepas ini datang dan pukul orang suka hati. Lepas itu claim itu suami dia." Pedas dan berbisa sekali pesanan daripada ibu mengandung itu.

   Sina Yaya mengetap bibirnya mendengarnya. Lagipun itu memang salahnya. "Maafkan saya, lain kali saya pasang mata saya dekat kepala."

   "Tak apalah. Aku maafkan." El-Amin melepaskan Sina Yaya daripada kesalahannya. Tidak mengapa, sekali-sekala jadi rongak. Topeng mukanya disarungkan semula.

   "Tak apa ke?" Sina Yaya meminta kepastian. Yalah, dia main tumbuk sahaja anak teruna orang. Tidak pernah seumur hidup dia tumbuk orang tidak bersalah.

     "Kahwin, kita kan dah kahwin?." Selamba badak Gopal membalas soalan Sina Yaya. Matanya menangkap bekas air mata Sina Yaya. "Awak mena..." Tidak sempat ayat itu dihabiskan, sebuah sepakan terkejut datang ke arah muka Gopal.

   Okey, mungkin ada sekali.

  "Tak apa. Lain kali princess saya jangan buat macam itu, ya?" Perkataan 'princess' itu ditekan dalam oleh El-Amin. Sudahlah nada suaranya agak gemersik dan menggoda. Air muka Sina Yaya berubah hairan, tidak cemburu ke isteri El-Amin itu?

   "Saya pergi kedai dahulu. Assalamualaikum." Sina Yaya meminta diri. Pantas kakinya digerakkan ke kedai Speedmart itu. Aduhai, Sina Yaya! Lain kali jangan cepat sangat keluarkan tae kwan do engkau itu!

   El-Amin membunyikan  tulang jari telunjuknya dengan sebelah tangan. "Semoga berjumpa lagi."

   "Nasib dia tidak marah engkau, Yaya. Haih, kalau diceritakan pada Gopal, mesti tergelak dia mendengarnya." Sina Yaya mengomel pada dirinya sendiri. Coklat oreo jenama Cadbury dicapainya. "Tapi... apa maksud nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ itu?"

   "Nan unai apa?"

   "Nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ..." Sina Yaya memusingkan kepala ke tepi. Layyin bersama bakul beli-belahnya hanya memejamkan mata berserta simbol tangan 'peace' ditayangkan. Sina Yaya terlopong. "Eh, Layyin!"

   "Awak buat apa dekat sini?"

   Layyin memandang sekeliling. Bakul berisi barangan dapur dipandang sebelum membalas. "Oh, tak adalah. Aku tengah ajar coklat-coklat ini menari. Minggu depan ada pertandingan tarian inang. Jadi kena berlatih dengan lebih keraslah."

   Sina Yaya terkebil-kebil mendengarnya. Namun dilayan juga jawapan bodoh yang diterimanya. "Nanti berlawan dengan siapa?"

   "Ada lawan dengan persatuan kobis, alat tulis... ha, dengan sabun-sabun. Kalau menang nanti dapat satu sen." Layyin dan Sina Yaya tergelak di akhir ayat. Bak kata ibu penulis dalam loghat Timur, 'eloklah mu duo ore jadi sain. (eloklah kamu berdua jadi kawan baik.)'

   Sina Yaya mengambil coklat oreonya daripada kaunter. Santinizer di dalam poketnya dikeluarkan lalu dipicit pada tangan. "Macam mana dengan urusan makhamah? Okey sahaja semuanya?"

   "Alhamdulilah, abang aku dah masuk dalam penjara. Tapi aku tinggal dengan nak mak long aku lagi memandangkan aku dah selesa tinggal dengan dia." Plastik yang hendak terjatuh daripada tangannya dibetulkan Layyin. "Erm, macam mana dengan kehidupan kau? Okey ke? Maaflah sebab kacau hidup kau selama ini."

   "Tak apalah. Saya okey sahaja. Hidup pun bahagia." Sina Yaya sempat tersengih-sengih sendiri. Kalau dibuka topengnya, mesti sudah nampak kebahagiaannya itu tahap mana. Tahap bergula!

   "Oh baguslah. Tapi kau kata kau nak cari maksud itu, bukan? Yang... nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ?" Layyin menyebut perkataan yang disebut oleh Sina Yaya. "Apa kata kau cuba Google translate?"

   Sina Yaya memandang wajah Layyin tidak percaya. "Boleh, ya? Walaupun bukan ditulis dalam huruf bahasa Tamil?"

   "Boleh kalau kau copy and paste dekat Google. Mana ayat yang kau nak translate itu?" Layyin berhenti di tepi jalan bersama dengan Sina Yaya. Beg plastiknya yang terasa berat diletakkan di sebelah kaki.

   "Sekejap, ya? Jangan tengok tau, awak. Rahsia." Sina Yaya menjauhkan dirinya satu meter dengan Layyin. Mesej lamanya dengan Gopal dibuka. Lagipun ini nombor telefon lama Gopal. Mesej terakhir itu disalinnya lantas barulah dia mendekati Layyin.

   "Ha, pergilah dekat Google. Lepas itu tanyalah pak cik Google itu." Layyin memberikan penjelasan satu demi satu.

   Makna nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ.

   "Sekejap, tengah loading," beritahu Sina Yaya.

   Sementara itu, seorang lelaki bersama motornya meliar mencari mangsa diragut. Beg tangan mahal pada Layyin mendapat perhatiannya. Bibirnya yang kering dijilat. Dia mengangkat topeng mukanya ke atas.

   Beberapa artikel ditayangkan pada skrin telefonnya. Tidak guna juga terjemahkan kerana dia salin kembali ayat itu jadi ayat yang sama. Tajuk artikel pertama dibaca Layyin. "Sekejap, sekejap. Ada artikel. How to say I..."

   Beg Layyin ditarik.

  "Argh!" Layyin terseret jatuh ke bawah. Beg tangannya masih ada di bawah ketiaknya. Sampaikan lelaki di atas motor itu menarik-narik beg tangan itu.

  "Eh, lepaskan kawan sayalah, peragut!" Sina Yaya menendang tangan peragut yang tidak berhenti cuba merampas beg tangan itu. Tetapi, lain pula yang terjadi. Belakangnya ditikam oleh seorang remaja lelaki merangkap teman sekerja peragut itu.

   "YAYA!" Mahu terkeluar anak tekak Layyin melihatnya. Layyin yang baru hendak bangun ditendang mukanya oleh teman sekerja peragut itu dan beg tangannya dirampas.

  Tangannya menyentuh belakangnya. Paling ngeri, pisaunya masih terlekat pada belakang badan. Belakangnya yang terasa dicucuk-cucuk, perit diendahkan bahkan rasa takut mencampurinya sekarang ini. Darah pada tangannya yang menggigil dipandang. "Da... darah."

   "Kenapa tercengang? Telefonlah sembilan sembilan sembilan!" Layyin memarahi orang awam serta penjaga kaunter yang seperti disumpah menjadi batu. Dia segera menyambut Sina Yaya yang sudah terjatuh. "Yaya! Buka mata Yaya!"

   Permandangannya sering kabur dan silih berganti. Wajah Layyin yang panik dipandangnya. Dia rasa seperti dia berkhayal. Kelopak matanya cuba ditahan daripada jatuh.

   "Yaya!"

   Kedengaran suara seorang lelaki asyik memanggil namanya berulang kali. Pelupuk matanya terasa berat menyebabkan matanya terkatup rapat.

   "Yaya! Please, wake up!"

   Abang Gopal?

  

  

  

✨✨✨

Haih, aku ini kalau mula mula dia punya babak dia manis-manis mesti otak aku terus tidak dapat proses.

Maklumlah, aku biasa tulis cerita aksi dan ngeri sahaja. :V

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top