14 | EL

              "YAYA!" Gopal terjun daripada katil dengan niat mahu mengejar Sina Yaya namun dihalang oleh Rizal dan Afiq. Kau gila hendak keluar daripada wad dengan wayar air yang dicucuk masuk ke kekura tangan?

   "Hey, relax. Yaya okey punya." Afiq cuba menenangkan rasa gelabah sahabatnya. Yalah, risau Gopal buat kerja tidak betul kan. Elok-elok masuk hospital kerajaan, kena masuk hospital Bahagia pula.

   "Tadi kita orang terserempak dengan nenek kau. Kira baru lepas gaduhlah ini?" Rizal cuba meneka apa yang berlaku antara pasangan suami isteri itu. Memandang air muka Gopal yang bercelaru, Rizal dapat agak jawapannya.

   Gopal menjatuhkan kepalanya sedikit. "Erm, lawan mulut tadi. Haih... entah apa yang pāṭṭi tak puas hati dengan aku agaknya. Dahlah Sina Yaya tak ingat aku. Masalah betul kahwin dengan aku." Gopal menyerabaikan rambutnya di penghujung ayat.

   "Kau ini... tak adalah sampai macam itu. Kalau aku Sina Yaya pun, aku okey sahaja kahwin dengan kau." Afiq cuba mengembalikan keceriaan kawannya tetapi kata-katanya disalahertikan. Dia kemudian mendapat pandangan aneh daripada Gopal dan Rizal.

   "Wey, jangan buat aksi gay dekat sini wey." Gopal mengesot badannya menghampiri tingkap, kononnya menjauhkan jaraknya daripada Afiq. Dengan mimik muka jijik ditayangkan membuatkan Afiq kalut menafikan. "Eee, tak adanya! Aku nak ceriakan kau sahaja"

   Rizal menggaru bawah hidungnya yang terasa gatal walaupun tidak berapa nikmat sangat kerana pakai topeng muka. "Kau kata Sina Yaya tak ingat kau? Kau pasti ke? Kau tak pernah tanya dia ke?"

   Gopal terdiam sejenak. "Taaak... ah, tapi dia nak kahwin dengan aku sebab tak nak kahwin dengan bekas tunang dia itu. Entahlah, nak confident lebih pun aku tak berani. Nanti malu sendiri pula."

   "Laaah. Belum tanya macam mana kau nak tahu? Tak akan kau nak main tembak macam jawab ujian?" Bicara Afiq disambung Rizal. "Kau tanya sahaja dia. Daripada lagak dia, rasanya dia macam dah ingat."

   "Nak tanya tu nanti-nantilah. Tadi dia kena teruk dengan nenek aku. Nasib nenek aku pakai topeng, kalau tak merecik air liur merata-rata." Sempat Gopal mengutuk Puan Sarindi. Ini kalau Puan Sarindi dengar, mahu tambah bebelannya nanti.

   "Padanlah. Mulut nenek kau itu boleh tahan berapi." Afiq memberi pandangannya. Maklumlah... masa pertama kali bertemu dengan Puan Sarindi, mulutnya dapat kalahkan peluru berpandu. Tidak berhenti-berhenti kata-kata hina dilemparkan.

   Apabila beri kata fakta, koyak pula nenek ini.

   Rizal memberi cadangan. "Apa kata kau ceriakan nenek, eh, apa hal hendak ceriakan nenek kau pula. Apa kata kau ceriakan isteri kau ke? Beli benda kegemaran dia. Sekali-sekala habiskan duit..."

   "Tch, ha'ahlah." Gopal menepuk dahi sendiri. Tergerak wayar air yang disalurkan ke tangannya. Lagipun dia akan keluar pada waktu petang nanti. Bolehlah dia belikan sesuatu untuk buktikan bahawa Sina Yaya bukan wanita yang teruk baginya.

   Afiq sengaja menyindir Gopal. "Itulah, lama sangat single."

   Gopal menurunkan tangannya lalu menjeling Afiq. "Diamlah."

   "Balik rumah ini kau boleh peluk dia ke. Tenangkan dia. Masakkan untuk dia. Dan kalau nak cakap dengan kaum dia orang ini, kena cakap lembut-lembut, tak boleh kasar-kasar. Be..." Habis banyak tips yang diberikan Rizal.

   "Kau bagi tips ke kau tengah buka kelas rumah tangga ini." Afiq menyampuk percakapan Rizal. Kalau layankan Rizal ini membebel, sampai ke subuh belum habis lagi bebelannya. Ikan dekat lautan pun boleh lari mendengarnya.

   Gopal menaikkan sebelah keningnya. "Kau tengah ceritakan aktiviti kau dengan isteri kau ke macam mana? Kantoilah..."

   Rizal menyedari kesilapannya laju membalas. "Eh, suka hati akulah. Bini aku. Sekurangnya aku ada dua anak kembar. Kau orang ada ke?" Seronok benar Rizal mengusik dua sahabatnya. Mentang-mentang dia yang kahwin dulu.

   Gopal merasa menyampah mendengarnya. "Berlagak betul Rizal sekarang. Tahulah anak aku dengan Yaya nanti. Eh, tapi kan... siapa ya dia, Afiq? Tak kenal aku."

  Afiq turut menyertai sesi membahan Rizal. "Entahlah, wey. Sesat mungkin."

   Siao Fang yang baru tiba di belakang mereka berdehem sekali sebelum bersuara. "Boleh aku jumpa Gopal sekejap? Seorang."

   'Seorang?' Entah mengapa hati Gopal merasa kurang enak melihat reaksi Siao Fang. Adakah Puan Sarindi mengadakan gelanggang mengutuk kepada Sina Yaya di luar sana? Kalau ada, mesti kecoh dekat luar.

   "Lama tak jumpa kau, Siao Fang. Kita orang memang nak keluar pun." Seakan memahami Siao Fang, Rizal mengajak Afiq keluar daripada situ. "Jomlah, aku pun nak kau tunjukkan jalan keluar hospital. Aku kan 'sesat'."

   Afiq sekali lagi tergelak kecil. "Lah, baru tahu ke? Okeylah, Gopal. Aku gerak dulu, ya? Nanti sesat pula pak cik ini, susah kita." Afiq memegang lengan baju Rizal  untuk keluar daripada wad itu. Nampaknya tabiat Afiq dari zaman sekolah masih belum hilang lagi.

   "Erm, mana pula si Raisha ini? Kata nak melawat sekali tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi."

   Siao Fang duduk di sebelah katil Gopal. Apabila ada kerusi, kita duduklah ya, anak-anak. Tidak mungkin mahu berdiri sepanjang masa. "Kau ingat lagi tak orang jahat yang kejar kau masa mula-mula kau jumpa Yaya?"

   "Orang jahat?" Memori Gopal terputar pada peristiwa dia 'berlumba haram' dengan kereta hitam di jalan raya. "Oh, yang mereka nampak bunuh orang itu. Ha, hampir terlupa aku. Kenapa kau tanya, ya?"

   "Keracunan makanan ini, gara-gara mereka."

   Gopal membuntangkan matanya. Masih samar-samar dengan apa yang diberitahu Siao Fang. "Mak... maksud kau?"

   "Aku sebenarnya..." Siao Fang memberitahu dia mafia dengan gerak bibir lalu menyambung penjelasannya yang tertangguh.  "Dan kita orang syaki, yang letak racun dalam minuman kau ialah orang terdekat dengan kau. Setakat ini, ada ke yang mencurigakan sekeliling kau?"

   "Mencurigakan?" Gopal tidak semena-mena teringatkan El-Amin. Meskipun begitu, tidak mungkin berdasarkan wajahnya sama dengan dia, lelaki itu dianggap mencurigakan pula. "Tak ada rasanya."

   Siao Fang menyembunyikan keluhannya. "Sekarang ini hidup kau dalam bahaya. Bukan sebab Covid-19 sahaja, tetapi ada organisasi mafia yang hendak bunuh kau dan juga adik kau. Bila-bila masa kepala kau boleh masuk dalam tanah."

   Gopal bertanya. "Yaya tahu ke semua ini?"

   Siao Fang menggeleng. "Hanya Alia sahaja tahu perkara ini. Kalau dia tahu pun, antara salah seorang daripada kau orang yang bagitahu dia. Lagipun adik aku itu paranoid. Malas aku nak bagitahu dia."

   "Sekejap, sekejap. Apa tujuan kau ceritakan semua ini pada aku?" Gopal mengangkat tangan sama tinggi dengan lehernya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan Siao Fang.

   Siao Fang menyilang kakinya. "Apa kata kau duduk rumah ibu bapa aku balik? Rumah ibu bapa aku itu dah dikawal penuh keselamatannya..."

   "Tak payah."

   "Hm?" Siao Fang mengerutkan dahinya. Dia menyeringai dengan bantahan Gopal. "Kau pasti?"

   "Ya, aku pasti aku boleh jaga adik kau dengan baik. Aku ada janji dengan kau, kan?" Gopal yakin dengan keputusannya. Lagipun dia tidak mahu menakutkan Sina Yaya. Sudahlah baru selepas dihina oleh neneknya, kena berpindah pula. "Kalau aku tak tepati janji, campak sahaja aku dalam tasik."

   "Daripada campak kau dalam tasik, baik aku campak kau dalam loji. Biar kau berenang dalam itu sampai masuk Olimpik." Kata-kata sinisan daripada Siao Fang berjaya membuatkan Gopal tergelak. Cepat benar adik iparnya terhibur.

   "Gopal, aku nak kau tambah janji dengan aku, satu benda." Nada suara Siao Fang berubah serius. Kalau dibuka topeng mukanya, dapat dilihat jelas wajah risau yang dipamerkan lelaki itu.

   "Aku nak kau dengan Yaya... hidup."

...

   "Remember when I told you, no matter where I go, I never..."

      Raisha pantas mengangkat telefon itu. Dia mendekatkan telefon itu ke telinganya. "Hello... Afiq, wad mana! Dah berapa jam aku tawaf dalam hospital ini, tak jumpa pun kau orang."

   "Kita orang dah keluar dah pun."

   Raisha jadi bengang mendengarnya. Sudahlah sesak nafas dengan topeng muka lagi. "Kena baliklah ini? Aduh, penat aku bersiap depan cermin. Eh, bencilah macam ini."

  Akibat berjalan tidak pandang ke hadapan, seorang wanita bertembung dengan seorang lelaki di koridor hospital ala-ala drama Korea. Dia orang ini tidak tahu ke sekarang ini tengah ada virus melanda?

   Lelaki itu kalut mengutip telefonnya yang jatuh. Nampaknya, bukan Raisha sahaja yang bersalah dalam hal ini. Ini mesti kes tidak pandang ke kiri dan ke kanan sebelum melintas? Apa? Ingat atas jalan raya sahajakah ada undang-undang begitu?

   "Maaf, maaf, awak okey ke?" Baru sahaja lelaki itu bersuara, Raisha sudah menjerkahnya.

  "Hey!" Raisha berundur beberapa kali ke belakang. Panggilan diputuskan tanpa sempat Afiq di sebelah talian mengatakan apa-apa. Raisha memandang tajam lelaki di hadapannya. "Lain kali otak itu letak dekat kepala, bukan dekat lutut, eh.. kau lagi!"

   Tidak terbayang betapa tergamam mereka ketika wajah masing-masing menyeluruhi pandangan mereka. Rasa sunyi mula menyeluruhi meskipun persekitaran hospital dipenuhi suara-suara khalayak ramai. Raisha juga turut terkunci mulut, lebih-lebih lagi mengingatkan apa yang terjadi antara mereka berdua.

   Merasakan atmosfera akan terus bertambah janggal, Habri cepat-cepat memecahkan suasana tersebut.

   "Err, hai Raisha." Kekok Habri melambai tangan ke arah Raisha.

   Raisha terpinga mendengarnya. Yang seorang ini tiba-tiba melambai aku sudah kenapa? Lagi satu... "Macam mana kau tahu nama aku?"

   "Eh, awak ada selamatkan saya kan beberapa hari lepas. Lepas tu saya ada pandang nama awak... ah, dan kita ada jumpa masa majlis perkahwinan tu kan?" Kelam-kabut Habri menerangkan satu persatu. Yalah, tiba-tiba sahaja buat tidak kenal. Atau... "Ke, salah orang ini? Betullah ni cik kan?"

   Eh, dia tertukar nama panggilan aku pula!

  "Eh, tenanglah kau ni. Menggelabah pula." Raisha menghentikan omongan Habri sekaligus menyebabkan hayungan panik tangan Habri jatuh. Kan salah pukul orang, haru-biru nanti.

    Wajah Habri yang serba salah memenuhi matanya. Secara tidak langsung, Raisha terpalit sama rasa bersalah itu. "Aku ingatlah kau... dan aku minta maaf."

   "Lah, minta maaf sebab apa pula? Sebab tadi ke? Tak apalah... semua orang buat silap." Habri menggoyangkan tangannya seolah-olah menghalau lalat. Lagaknya yang bersahaja membuatkan Raisha mengerutkan dahi, tidak percaya.

   "Minta maaf..." Raisha kehilangan kata. "Apa-apa jelah, yang kau pergi hospital ini kenapa pula?"

   "Saya batuk tadi jadi saya belilah ubat." Habri mengangkat plastik berisi ubat.

   "Oh..." Belum sempat Raisha membalas semula, telefon di tangannya berdering meminta diangkat. Ah, ini mesti Afiq! Butang hijau diseret malas ke tepi lantas telefonnya dilekapkan pada telinga. "Hello, Afiq?"

   "Hello hello apanya? Assalamualaikumnya mana? Kenapa letak telefon tiba-tiba?" Lah, suara Rizal rupanya. Tetapi kenapa bergema semacam? Mungkin mereka dekat tandas agaknya.

   "Yalah, yalah. Waalaikumussalam! Puas? Lagipun... mana wad Gopalnya? Dari tadi aku tercari-cari." Raisha menyahut tanpa perasaan. Tangannya sudah menggaru-garu perlahan kepala yang gatal, tidak teringat sedikit pun akan Habri di hadapannya?

    Habri menawarkan bantuan kepada Raisha berdasarkan apa yang dia dengari. "Err, uh, awak nak tengok wad kawan awak kan? Saya boleh tunjukkan. Alang-alang saya nak lawat..."

   "Tak payahlah." Raisha berpusing arahnya. Dia lebih lera balik rumah daripada jadikan lelaki ini petunjuk arah baginya.

   "Ra... Raisha! Tunggu dulu!" Habri lari ke arah Raisha. Entah apa yang dia lakukan, dia pun tidak tahu.

   Yang dia tahu, dia tidak boleh bagi wanita itu pergi sekali lagi.

   Habri menarik nafas dalam-dalam sebelum melaungkan sesuatu yang dia sendiri tidak jangka. "Raisha! Saya suka awak! Saya suka awak sangat-sangat! Jom kahwin!"

   Raisha berhenti pergerakannya. Serta-merta dia berpaling ke belakang, memandang Habri. Aduh, sudah kenapa pula lelaki ini menjerit seperti itu di dalam hospital!

...
  
   Sina Yaya menggeliat lehernya  apabila terasa hembusan angin pada tengkuknya. Dia lantas menjarakkan diri daripada Gopal yang memerhatinya memasak. "Ish, awak ini! Tadi tengok macam dekat sofa, tiba-tiba duduk dekat sini."

   "Tak apa, anggap sahaja saya ini macam orang halimunan bantu memasak." Entah jawapan apa yang diberikan oleh Gopal. Walau bagaimanapun, dia mana mahu dimasukkan hospital buat kedua kalinya.

   "Awak kan baru lepas keluar dari hospital. Biarlah makan malam ni saya masakkan. Sibuk sahaja duduk sini." Sina Yaya dengan beraninya menghalau suaminya. Gulai ayam yang belum mendidih itu dikacaunya.

   "Eleh, nanti dengan penyibuk ini juga awak tidur." Gopal berbisik tanpa menyedari bahawa Sina Yaya mendengarnya.

   Menyirap muka Sina Yaya saat menangkap kata-kata itu. Sina Yaya mengugut Gopal untuk menghilangkan rasa bahang di wajahnya. "Kalau awak dekat lagi, saya tidur dekat ruang tamu. Tidurlah dengan keluarga nyamuk dekat sebelah itu... eh?"

   Tengok-tengok, Gopal sudah berada di luar kawasan dapur. Bukan jauh sangat pun, satu tapak dari garisan lantai itu sahaja. Amboi, nampak sangat takut tidur tiada 'peneman'! Selama ini tidur seorang diri boleh pula.

   Lagipun dia kena perhati juga bahan yang dimasukkan Sina Yaya. Naya kena masuk tandas berulang kali.

   Melihat jarak antara Gopal dan dirinya, cukup membuatkan Sina Yaya berpuas hati. "Ha, bagus. Duduk situ diam-diam." Sina Yaya pergi mencapai serbuk kopi di dalam almari. Bukan dia tidak mahu Gopal menolongnya, tetapi ini sahaja caranya untuk membalas budi baik suaminya. Iaitu dengan memasak.

   Gopal menyandar ke dinding. Bosan pula duduk di sini sahaja. Dekat media sosial bukan ada yang menarik pun. Buka, buka, nampak jumlah kes naik sahaja memanjang. Tiba-tiba, Gopal mendapat satu idea yang nakal.

   Sina Yaya berhenti menggerakkan sudu tersebut. Uncang teh di dalam cawan tersebut dikeluarkan. Tidak sabar untuk menghidangkan cawan tersebut kepada suaminya. Pasti sedap nanti.

   Satu suara garau bersuara menggoda berhampirannya. "Ya...  ya." Meremang bulu roma Sina Yaya tatkala telinganya terkena hembusan angin daripada Gopal. Kepala Gopal sekarang berada di atas bahunya. Kedua belah tangannya dipegang erat.

   Sina Yaya menoleh sedikit. Wajahnya merah merona dengan posisi mereka. Ini dekat dapurlah! "Go... Gopal?" Air muka Sina Yaya yang terasa panas menjadi keliru saat tangannya memegang sesuatu yang berambut dan plastik. Apa ini?

   Disebabkan terlalu panik, Sina Yaya menarik tangannya tanpa sedar tersiku dada Gopal. Satu jeritan wanita kedengaran melihat lipas plastik berada di tangannya. Rasa geli Sina Yaya yang menyangka itu lipas betul membuatkan wanita itu mencampakkan lipas tersebut.

   Dalam kesenakkan Gopal pada dadanya, sedar-sedar lipas plastik itu sudah tenggelam dalam periuk berisi gulai ayam. Makan lauk lipas plastik sahajalah mereka berdua malam ini.

   Rasa bersalah pula Gopal dibuatnya. Ingatkan hendak bergurau sahaja. "Yaya, maaf, maaf. Saya..."

   "Hiks... hiks..." Bahu Sina Yaya terhinjut-hinjut menahan esakan. Gopal tergamam juga hilang kata-kata melihat Sina Yaya menangis daripada belakang.

   Gopal mendekati Sina Yaya. "Hey, hey. Saya minta maaf, tau." Badan isterinya dipusingkan untuk menghadapnya. Dia mengelap air mata Sina Yaya. Setiap air mata Sina Yaya yang mengalir seakan goresan buatnya.

   "Eee, penat saya masak tau. Sampai hati." Sina Yaya mengelap air mataya dengan lengan baju. Namun kelopak matanya tidak mampu menampung rasa sedih yang ditanggungnya. "Nanti saya tak masak, orang ingat saya isteri teruk pula."

   "Eh, tapi saya tak katakan awak teruk? Siapa kata awak teruk itu mari saya belasah dia." Gopal memeluk isterinya. Kesian wanita kesayangannya ini. Lagipun dia faham, kalau jadi padanya, dia pun akan marah.

   "Tapi nenek awak kata." Nampaknya benarlah Sina Yaya terasa hati dengan kata-kata Puan Sarindi. Hati isteri mana tidak sedih apabila dilabel teruk oleh keluarga mertua sendiri?

   "Tapi bukan saya kata, kan? Biasalah, orang tua... ada yang sembang lebih sampai babi pun terbang. Dah, dah. Sekejap." Gopal bergerak menuju ke arah peti. Pintu peti atas dibuka lalu dikeluarkan sebungkus coklat oreo darinya. "Tadaaa, saya beli untuk awak. Kita kongsi. Lagipun malam-malam tidak boleh makan berat, nanti gemuk... uhuk! Uhuk!"

   Sina Yaya berpuas hati dapat menumbuk manja dada suaminya. Kesian Gopal. Sudah kena siku dada itu, kena tumbuk pula. Nada suara Sina Yaya tidak seserak tadi. "Janji tak buat lagi? Erm... saya bukan isteri yang teruk, kan?"

   "Ha, aku janji. Lauk itu boleh bagi kucing.  Bukan rezeki. Eh, isteri yang teruk itu isteri nusyuz. Awak tak pernah lagi tenda... ah, tinggikan suara dekat saya lagi tau." Gopal meletakkan coklatnya di atas pahanya sebelum mematahkannya. Keras, wey!

   Hendak kata tidak pernah tendang, adalah juga di hari pertama bangun sebagai suami isteri. Kalau cakap begitu, habislah dia.

  Sina Yaya menyambut coklat yang dihulurkan kepadanya. Air mata di pipinya juga sudah kering. Dia pun tidak tahu kenapa dia menangis teruk begini. "Terima kasih."

   "Tak apa, kalau awak sedih lagi. Saya sudi jadi bantal peluk awak. Peluk erat-erat pun tak mengapa." Sifat miang Gopal mula ditunjukkan. Ini kucing tengok mahu cemburu jadinya.

   Sina Yaya terus menukar topik. "Tak na... sebagai ganti kena minum air kopi ini. Kalau tidak, saya malas masak."

   "Malas masak saya boleh masak sendiri." Cakap-cakap pun, Gopal ambil juga cawan yang dihulur itu. Bukan takut isteri, sayang isterilah. Ish, kau orang ini... tidak baik bersangka buruk!

   "Kalau macam itu, masaklah seorang seorang. Biar ada lipas masuk dalam baju dan gigit awak ke."

   "Kalau lipas itu awak tak apa."

   Sina Yaya merasa bengang bercampur malu mendengar usikan tersirat Gopal. "Eee, awak ini..."

   Haih... manja pula isterinya malam ini. Hendak kata mengandung, dia masih belum menyentuh isterinya. Mungkin aura menggodanya terlalu kuat? Hehehe...

  

  














✨✨✨

Okey ke setakat ini? Ke dah bosan?

Tetapi kalau bosan, aku tetap update juga. MUAHAHAHAHA.

...

EDIT PENULIS SELEPAS HABIS SEKOLAH : Setelah aku habis menulis Eternal Love dan beralih pada Cinta Yang Pekak. Aku perasan satu masalah. Ya, plot Raisha dan Habri berlainan dengan plot Cinta Yang Pekak. Dan bahagian asal lagi cringe dari bahagian baru ni. TvT

Apa ada dalam pala otak aku masa tulis bahagian ni?

Jadi, aku buat keputusan yang bijak... iaitu mengedit kembali. Alah, kau orang pembaca baru dan lama tak perasan punya. Lagipun berapa kerat yang baca dan ulang cerita aku berkali-kali.

Maka, yang tadi kau orang baca tu versi diedit. Dan di bawah ni versi tak diedit :

  "Err, hai Raisha." Kekok Habri melambai tangan ke arah Raisha.

   "Aku pergi sana, jumpa kau. Aku pergi situ, jumpa kau. Eh, semak tahu tak semak. Tahulah stalker, tapi soroklah dalam poket sedikit." Raisha berasa panas hati dengan apa yang terjadi padanya. Wad tidak jumpa, lelaki gatal ini pula yang dia temukan.

   "Yang kau pergi hospital ini kenapa pula?"

   "Saya batuk tadi jadi saya belilah ubat." Habri mengangkat plastik berisi ubat. Dia menawarkan bantuan kepada Raisha berdasarkan apa yang dia dengari. "Err, uh, awak nak tengok wad kawan awak kan? Saya boleh tunjukkan. Alang-alang saya nak lawat..."

   "Tak payahlah." Raisha berpusing arahnya. Dia lebih lera balik rumah daripada jadikan lelaki ini petunjuk arah baginya.

   "Ra... Raisha!" Habri lari ke arah Raisha. Entah apa yang dia lakukan, dia pun tidak tahu.

   Yang dia tahu, dia tidak boleh bagi wanita itu pergi sekali lagi.

   Habri menarik nafas dalam-dalam sebelum melaungkan sesuatu yang dia sendiri tidak jangka. "Raisha! Saya suka awak! Saya suka awak sangat-sangat! Jom kahwin!"

   Raisha berhenti pergerakannya. Serta-merta dia berpaling ke belakang, memandang Habri. Aduh, sudah kenapa pula lelaki ini menjerit seperti itu di dalam hospital!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top