12 | EL
"ASSAMUALAIKUMWARAHMATULLAH." Kedua jemaah solat itu memberi salam secara perlahan-lahan. Selang beberapa saat kemudian, mereka memberi salam kedua. "Assalamualaikumwarahmatullah."
Seluruh muka diraup Gopal. Zikir-zikir memuji kepada yang Maha Esa meniti di bibir Gopal setelah menunaikan solat fardhu Isyak. Gopal berpaling ke arah makmumnya di kirinya dan tersengih-sengih. "Saya baca doa dalam bahasa Melayu macam biasa, ya?"
"Tak apa, bacalah." Sina Yaya hanya membenarkan. Lagipun, suaminya masih lagi mualaf. Tidak mungkin mahu memaksanya doa dalam dalam bahasa arab.
Sesudah doa dipanjatkan, pasangan suami isteri itu bersalaman. Sempat lagi Gopal bergurau dengan mengelak tangannya dari terkena bibir Sina Yaya. Aura mereka seperti pasangan yang sudah bercinta untuk bertahun lamanya walaupun mereka menyangka mereka kahwin dengan bertepuk sebelah tangan.
Namun, mereka berdua langsung tidak hormat kepada orang yang memakai singlet. Mentang-mentang sudah berbini.
"Mesti seronok gila awak masak dengan banyak bahan macam ini, kan? Boleh tahan besar juga, ya?" Sina Yaya masih teruja dengan keluasan dapur Gopal sebesar tandas sekolah. Apa kerut dahi sambil membaca begitu? Tandas sekolah besar apa.
"Memang mula beli itu, memang besar. Dah design dia kot." Gopal masuk ke dalam kawasan dapur. "Nak kata seronok, bolehlah."
Terbayang di memori Gopal yang dia menggoreng mi goreng di sebelah dapur gas. Hahaha, lenguh hendak berdiri punya fasal. Ini kalau puan Jivanta melihatnya, habis benjol kepalanya terkena balingan periuk.
"Boleh saya hendak masak dekat rumah awak? Yalah, hari itu awak masak dekat rumah saya, jadi biar giliran saya masak untuk awak sebelum tidur." Tangan Sina Yaya sudah aktif ingin memcuba dapur suaminya.
"Masaklah. Lagipun, ini bukan rumah saya, ini rumah kita berdua, eh... sekejap." Gopal terhenti berkata. Sepertinya dia telah membuat kesalahan yang terbesar dalam hidupnya. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. "Eh, awak nak masak apa?"
"Adalah, yang pasti bukan nasi. Nasi ambil masa pula nak masak." Sina Yaya yang telah meletakkan periuk di atas dapur gas Gopal. Mentang-mentanglah sudah dapat keizinan berlesen daripada Gopal.
"Kalau kau nak buat satu keluarga sengsara, kau janganlah buang..."
Gopal berusaha menghalang Sina Yaya daripada memasak, dalam masa yang sama, cuba menjaga hati isterinya. "Err, malam ini tak payah masaklah. Tengok tv ke... main Saidina ke. Kalau makan waktu malam, nanti saya dari gemuk jadi obesiti pula."
"Tak apa, saya janji awak makan ini, tak akan obesiti punya. Lagipun saya banyak belajar daripada kak Alia. Jadi, jangan risaulah." Sina Yaya masih berkeras untuk memasak hidangan pada waktu malam itu.
"Oh, kalau macam itu, ha, masaklah." Gopal hanya mampu pasrah. Harap-harap isteri abang iparnya itu mengajarkan benda yang benar. Kalau tidak, meranalah perutnya malam ini.
Tuhan, selamatkanlah hambamu daripada merana malam ini. Aaminn.
Gopal hanya memerhati Sina Yaya mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Melihat tin cendawan yang dibeli secara diskaun dikeluarkan, membuatkan Gopal tertanya apa yang hendak dimasak Sina Yaya. "Kejap, kenapa keluarkan cendawan? Nak masak apa ini? Bahan ini macam..."
Sina Yaya ceria menoleh ke arah Gopal. "Ya, saya nak buat spaghetti carbonara. Selalu tengok orang buat, saya ada buat sekali dan abang saya pun puji sedap. Jadi saya cubalah buat lagi sekali."
Entah mengapa makin berdebar pula jantung milik Gopal ini. Tetapi dia cuba menenangkan diri. Apa ini, Gopal. Isteri kau cuba hendak memasak, kau mahu patahkan semangat dia pula. Kalau dia salah masak, kita senyap-senyap betulkan!
"Nak saya tolong ke?" Gopal beura-ura ingin memegang bekas mentega itu namun ditepuk perlahan tangannya oleh Sina Yaya. Sina Yaya melarang. "Mana boleh. Kalau nak, tolong rendamkan isi ayam yang awak dah cincang bawang putih itu."
"Hmph, kacang sahaja." Gopal mengambil alas pisau dan mengambil bawang yang sudah dihirisnya. Berlagak benar, Gopal. Ajarlah cara-cara hendak memasak itu. Bawang itu dipotong dengan laju sekali. Sudah beberapa tahun belajar kulinarilah katakan.
Dalam menunggu spaghetti direbus sehingga masak, sesudu mentega dimasukkan ke dalam kuali. Buih-buih kecil mentega terbentuk hasil pemanasan haba daripada api dapur tersebut. Bau mentega mula terbang menusuk ke hidung-hidung yang berdekatan.
"Yaya, nak dengar satu teka-teki, tak?" Gopal bertanya ke arah Sina Yaya sementara menunggu mentega itu mencair dengan kehensemannya. Sekejap, sekejap... mana baldi?
"Teka-teki? Teka-teki ada punchline ke teka-teki biasa?" Sina Yaya membalas pertanyaan itu dengan soalan. Yalah, zaman mereka bercinta dahulu, pernah dia rasa mahu termenung hujung dinding kerana teka-teki Gopal.
"Yalah, takut teka-teki tak muhasabah pula."
"Rasanya dua-dua. Okey..." Gopal berdehem beberapa kali sebelum memulakan teka-tekinya. Punyalah banyak berdehem macam kotak suara itu rosak teruk pula. "Haiwan apa yang paling berbau?"
Sina Yaya terdiam sejenak. Haiwan berbulu hitam dan segaris putih muncul di benak fikirannya. "Skunk?"
"Tet. Salah." Gopal ketawa besar di dalam hati. Pasti tiada siapa mampu menjawab jawapan teka-tekinya. Penat dia fikir dalam tandas tadi. Mustahillah kalau ada yang mampu menjawab.
Sina Yaya mengusap dagunya. "Nak kata kucing, kucing mandi jilat diri. Ha, semua haiwanlah. Sebab dia orang semua tak mandi!"
"Salah lagi! Seekor haiwan sahaja." Gopal mengambil kesempatan dengan memasukkan isi ayam yang sudah dipotong ke dalam kuali. Memandangkan isterinya tengah berkerut dahi memikirkan jawapan, baik dia mengalih kawasan dapur.
"Dah mengaku kalah?"
"Kambing?"
"Tak!"
"Yalah, yalah saya mengaku kalah." Sina Yaya akhirnya mengalah. Langsung tidak perasan, kuali itu sudah diambil alih oleh Gopal. Mungkin kerana terlalu serius meneka teka-teki Gopal.
"Jawapannya kerbau. Sebab dia ker'bauuuu'." Gopal tertawa kecil dengan penjelasan sendiri. Hahaha, tidak sangka dia bijak rupanya dalam membuat teka-teki. Rasa bangga pula dengan diri sendiri.
"Ah, jawapan tidak logik betullah." Sina Yaya mahu murung mendengar jawapan itu. Dia mengalih ke arah kanannya, eh, sudah ada bahan masakan terletak di situ. "Awaaak... lah, awak sempat masak masa tengah beri teka-teki."
"Hehehe, sorry." Gopal sungguh tidak bersalah dengan perbuatannya itu. Hahaha, begini rupanya rasa dapat mengusik isteri. Kesian kau orang tidak kahwin lagi, tidak dapat mengusik pasangan kau orang.
"Tak apa, awak buatlah benda lain." Gopal menghulur botol serbuk lada hitam kepada Sina Yaya. Sina Yaya hanya menjeling manja dan mengambil botol serbuk lada hitam itu.
"Biar saya sahaja masak lepas ini. Awak duduk satu meter, jaga SOP!" Gopal hanya mendengar sahaja ugutan Sina Yaya itu. Meskipun begitu, selamba badak sahaja Gopal menutup api yang mendidihkan spaggheti itu.
"Dah, dah, pergi."
"Ala, ini sudah 0.5 meterlah ini. Jarak dalam meterlah itu."
Sina Yaya yang memasukan serbuk lada hitam ke dalam kuali, menghalau suaminya. "Ah, tak adanya. Satu meter!"
Setelah beberapa lama beraksi di dapur, akhirnya dua mangkuk spaghetti carbonara berjaya dihidangkan. Serbuk lada hitam di atas spaghetti itu menambahkan rasa terliur bagi sesiapa yang memandang. Isi ayam juga kekuningan spaghetti itu menghasilkan bau yang membuatkan perut berkeroncong lapar.
Ha, yang tengah baca ini masa Ramadhan atau sedang berpuasa sunat, penulisnya ingin minta maaf dan satu kata tabah untuk anda.
Sebaik sahaja doa makan dibaca, Sina Yaya menyuap spaghetti itu ke dalam mulutnya. Pada masa yang sama, kedengaran batuk-batuk teruk daripada Gopal. Kesian Gopal, semoga dia batuk dengan lebih baik lagi.
"Eh, awak okey ke? Kenapa muka awak merah? Saya masak tak sedap ke?" Sina Yaya berasa panik melihat air muka Gopal yang merah menyala seperti di dalam bilik sauna. Pantas dia mengambil air untuk suaminya.
Gopal meneguk air itu lalu diakhiri dengan ucapan syukur kepada Tuhan. Fuh, berapa banyak lada hitam yang Sina Yaya letak ini? Rasa macam makan lada yang arasnya peringkat nombor lima dalam dunia.
"Saya masak pedas sangat ke?" Sina Yaya terasa bersalah melihat Gopal dalam keadaan begitu. Dia letak dalam tiga goncang rasanya ke dalam kuali. Ke empat? Tidak ingat pula.
"Erm, bukanlah. Saya teringat benda memalukan masa saya buat dahulu. Entah kenapa tiba-tiba teringat. Itu tersedak sampai muka merah-merah begitu." Bijak benar Gopal memberi alasan. Maklumlah, tidak mahulah dia membuahkan hati isterinya terluka.
"Betul ke?" Sina Yaya rasa tidak percaya dengan kenyataan Gopal tadi. Rasa macam merah benar wajah Gopal tadi.
"Ya, betul." Gopal terkedu memerhati Sina Yaya menyuap spaghetti miliknya menggunakan sudu yang sama digunakannya. Dia dan Sina Yaya... inikah yang dikatakan dalam bahasa Inggeris, inderect kiss?
Momen miang Gopal dihentikan tatkala Sina Yaya bersuara. "Oh, betullah. Tidak pedas pun." Gopal terkebil-kebil mendengarnya. Eh, lidah kebal atau lidah besikah isterinya ini? Dia sekali suapan sudah terasa macam ada api membara di dalam mulutnya.
Okey, itu sungguh hiperbola. Walau bagaimanapun, memang betul juga.
Melihat suasana sedikit sunyi dengan televisyen terpasang, membuatkan Sina Yaya merasakan ini masanya. Masa untuk memastikan bahawa Gopal mengingati dirinya waktu zaman sekolah dahulu?
Gopal terasa malu seketika melihat Sina Yaya memandangnya begitu. Ada takut juga sebab macam ada efek berapi di belakangnya Sina Yaya. "Kenapa awak pandang macam itu."
Sina Yaya menyedari dia berlebih-lebih, merenung lantai. Nampak hensem pula lantai ini. "Err, tak adalah. Saya...uh, sebenarnya nak tanya sesuatu. Aw..." Sina Yaya mengumpul kekuatan untuk melontarkan pertanyaannya. "Awak... uh, awak ingat tak, uh, awak ingat tak masa..."
"Woof! Woof! Woof!" Kuat nyalakan anjing berbunyi daripada kawasan rumah. Akibat nyalakan begitu kuat, membuatkan Sina Yaya terjerit sedikit.
"Ada anjing ke kat kawasan ini?" Sina Yaya takut-takut bertanya. Aduh, sudahlah dia takut dengan anjing. Bukan takut... cuma ngeri sahaja.
"Jaranglah. Kalau ada pun, anjing liar datang cari makanan." Gopal mengambil air yang sudah tinggal separuh gelas. Gopal menaikkan kedua belah keningnya melihat air muka Sina Yaya. "Eh, awak takut dengan anjing ke?"
"Bukan takut dengan anjing. Tapi kan orang tua kata, kalau dengar suara nyalakan anjing... maksudnya, ada hantu berdekatan." Bergetar nada suara Sina Yaya memberitahu. Aduh, nyalakan masih belum habis. Sudah mula rasa aura keseraman di sekeliling tubuh.
Baru Gopal fahami. Lah, takut hantu rupanya. "Jangan risaulah, Yaya. Ini semua mitos bak kata ustaz Adnin. Lagipun hantu ini tak wujud pun. Jin dengan syaitan adalah." Bicara Gopal bukan menenangkan Sina Yaya, bahkan menakutkan lagi wanita itu.
"Jin dan syaitan? Cepatlah makan. Aaah, jomlah masuk bilik." Sina Yaya menggesa Gopal untuk menghabiskan makanan dengan cepat. Dengan anjing yang masih kuat menyalak. Aduh, kuat menganjing betullah anjing ini. Semakin takut kawan, bertambah kuat suaranya.
Makan? Aduh, maknanya dia kena makan benda pedas ini dalam keadaan yang cepatlah. Sudahlah rasa macam banyak. Gopal memberi cadangan. "Ah, saya makan lambat. Kalau takut hantu sangat, awak duduk makan sebelah saya..."
Sedar-sedar sahaja Sina Yaya sudah berada di sebelah Gopal. Amboi, laju! Kalau macam ini anjing itu menyalak setiap malam pun tidak mengapa. Eh, menggatal benar kau ya, Gopal?
"Woof! Woof! Woof!" Ada seekor anjing mula menyertai salakan itu. Mungkin ada dua anjing liar bergaduh di luar. Mungkin kedua anjing ini kawan Gopal yang membantu Gopal merapatkan hubungan dengan isterinya.
"Makanlah cepat-cepat, tau!" Sina Yaya turut berusaha menghabiskan spaghettinya. Harap-harap anjing itu berhenti menyalak sekejap lagi. Ah, janganlah ada hantu datang bertandang di sini!
"Ha, saya makan cepat-cepatlah ini. Tapi kalau tercekik, jangan salahkan saya." Gopal menelan air liur sendiri. Mohon bertabahlah, perut. Ini demi isteri kau sendiri. Maka, bermulalah pertandingan menahan rasa pedas yang dicipta Gopal sendiri.
Waktu malam semua orang tidur termasuk Sina Yaya, Gopal duduk dirikan khemah dalam tandas pada pukul 3 pagi. Pergi kerja nanti dengan mata pandalah jawabnya. Kalau dia kerja syarikat Foodpanda, memang sesuai betul gelaran untuknya.
...
Ktak, ktak, ktak bunyinya apabila papan kekunci laptop itu ditekan. Melihat hasil di hadapan mata, wanita berambut pendek itu tersenyum puas. Dia berpaling ke belakang lantas meletakkan tangannya di atas penyandar kerusi. "Betullah kau kata, memang kerja ini dilakukan oleh orang profesional."
Jack yang menghirup teh panas itu memandang ke arah wanita itu. "Dan?"
"Dari pandangan kau... ya, memang si E.R jahanam yang buat jenayah curi duit ini. Mereka sebenarnya dah lama buat jenayah kolar merah tapi tak ramai dapat jejak." Wanita bernama Melisa yang memegang peranan hacker melaporkan maklumat yang dapatinya.
Siao Fang duduk dengan kaki bersilang. Dagunya diurut, seperti sedang memikirkan sesuatu. "Hairan. Selalunya dia orang akan sasarkan kepada pembunuhan, dadah dan pelacuran. Tapi tak pernah bertindak berisiko tinggi begitu."
Melisa memusingkan kerusi besinya yang beroda. "Biasalah, orang kan boleh berubah." Kerusi itu berhenti berpusing menghadap ketua dan pembantu mafia itu.
"Oh, dan aku lupa nak tambah. Ada satu kes, ada orang jumpa bom dekat penjara yang bos E.R kena kurung itu. Hahaha, bila teringat balik, padan muka si Rizu itu meratap dalam penjara." Melisa tertawa gedik bila teringatkannya. Siap dengan kekura tangan diletakkan di bawah ketika ketawa. L
Jack menegur kelancangan mulut Melisa. "Hey, kalau Izz dengar apa kau kata, memang terasa hati dia. Bos itu pun adik-beradik susuan dia."
"Oh, lupa pula aku. Maaaf..." Daripada nada suaranya, entah betul ikhlas atau tidak si Melisa ini. Melisa memusingkan kerusinya, kembali menghadap ke skrin laptopnya semula.
"Berita Tergempar! Berita Tergempar!" Pintu markas White Knight ditendang begitu sahaja. Dasar, salam tidak bagi. Latar belakang muzik tidak dimainkan, terus diceroboh masuk bilik itu.
"Kau dah kenapa macam monyet mengamuk ini?" Siao Fang pedas memerli wanita yang masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk pintu. Apa gunanya pintu kayu itu diciptakan jika tidak diketuk?
Wanita yang memakai tudung itu mengendahkan 'pujian' Siao Fang. "Tak, aku dapat dari pengintip... huh, kita yang bertugas dekat E.R itu... huh. Kurang tenaga sekejap. Yang E.R hantar pengintip untuk bunuh adik ipar kau. Eh, dah... tepi, tepi. Aku nak duduk." Tanpa rasa bersalah, wanita itu duduk di atas meja sebelah laptop Melisa.
Mata Siao Fang terbuntang besar. "Pengintip?"
"Ya." Wanita itu mengambil gelas berisi air di sebelahnya kemudian meneguk laju.
"Hoi, itu air akulah."
Wanita itu memberi semula segelas air kepada Melisa semulanya seterusnya menyambung. "Ya, pengintip. Sebabkan adik ipar kau, adik kau, isteri kau nampak, jadi dia hantar orang dekat tempat kerja adik ipar kau."
Siao Fang bangun daripada duduknya. Rasa risau mencanak naik ke dalam dadanya. "Siapa?"
...
Masa bekerja kini kembali tiba! Kalau ikutkan hati Gopal, mahu sahaja dia berguling ke atas katil, tetapi memikirkan anak isteri dekat rumah, kenalah bekerja. Eh, yang anak itu belum ada lagi. Hehehe...
Mungkin akan ada.
Motornya diletakkan di tempat letak kenderaan berdekatan. Sedang dia menurunkan tongkat motornya, sebuah motor meluncur berhenti di sebelahnya. Daripada sengihan umpama kerang busuk. Kenallah dia siapa.
"Eh, Raghib. Berhenti rehat ke makan?" Gopal sengaja mengusik kawannya. Raghib yang mendengar acah ingin memukulnya membuatkan Gopal terkekek ketawa. "Ish. Aku pergi ambil orderlah. Cakap orang. Ke kau yang nak gi makan sekarang ni?"
"Aku dah makan dah tadi." Mereka berdua berbual seraya kaki mereka melangkah ke sudut khas menempatkan bakul-bakul pesanan makanan.
Hrm... nasi goreng pataya belum ada lagi dalam bakul ini. Gopal mengalih telefon dari mukanya. Kepala dia ditolehkan ke sebelah. "Raghib, order kau dah sampai ke belum?"
"Oh..." Lelaki itu membalas pertanyaan tiba-tiba dari Gopal. Alamak, silap orang! Eh, sekejap! Sekejap!
Gopal tergamam melihat bentuk mata lelaki itu serupa dengannya, umpama dia menghadap cermin. Cuma, lelaki itu berbadan tegap berbanding Gopal yang comel tubuhnya. Malah, kulitnya cerah sedikit daripada Gopal.
Kawan Gopal, Raghib berbisik perlahan ke arahnya. "Eh, rupa dia macam kaulah. Cuma badan sahajalah lain."
"Tch. Pelanduk dua serupa sahaja kot. Eh, mana kau pergi tadi?" Gopal menafikan apa yang Raghib sampaikan. Walaupun dia mempersetujui juga cakap sahabatnya. Huhuhu, rasa macam bertemu cermin ajaib pula.
Pekerja baru itu memandang ke arah Gopal dan mengukir senyum penuh makna di sebalik topeng. Dia kemudian menerangkan tentang dirinya. "Nama saya El Amin."
"Seronok jumpa dengan 'kau' orang."
✨✨✨
15/5/2023 edit : Haiya... baru aku tahu yang Grabfood hatta Foodpanda tak ada syarikat yang ambil pekerja. Dia orang ni kerja sukarela je tapi dibayar. 😔 Sama juga kerja teksi. Haiya.
Inilah jadinya bila buat benda tak cari dulu maklumat. (Tapi nak buat macam mana, aku tulis ni masa aku 17 tahun kot)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top