1 | EL
SEORANG wanita mengelap rambutnya yang masih basah dengan sebelah tangan. Tangan kanannya menekan skrin telefon yang memaparkan mesej agar telefon itu tidak tertutup sendiri.
Maaf, abang.
Wanita itu mengetap bibir tatkala membaca mesej yang seterusnya. Sebelah tangannya juga berhenti menggosok rambutnya menggunakan tuala mandi.
Kita tak boleh teruskan sebab kita berbeza agama, abang Gopal.
Mama dengan papa marah sangat bila tahu. Abang pun terkejut dengar.
Abang Gopal ❤️
Tetapi...
Sina Yaya, apa kita nak buat sekarang?
Yaya tak tahu.
Abang Gopal ❤️
Sina Yaya, abang harap Sina Yaya jumpa lelaki yang lebih baik daripada abang.
Rasanya itu lebih baik untuk kita.
Kedengaran keluhan daripada wanita itu. Bukan keluhan berat mahupun kecewa sebab nada keluhan itu bergetar, seperti mahu menahan tangis.
Tapi Yaya tak nak...
Abang Gopal❤️
Nāṉ uṉṉai nēcikkiṟēṉ, Yaya.
"Gopal? Gopal! Ayo, dengar tak apa amma tanya ini?" Suara Puan Jivanta di sebalik corong telinga mengejutkan Gopal yang mengelamun ke bulan. Masakan tidak, suara Puan Jivanta ini kalau buat bertanding dengan Tarzan, Tarzan pun undur diri.
Gopal segera membalas. "Ha, ya? Ya? Maaf, amma. Tak dengar tadi. Mungkin talian internet bermasalah kot tadi." Dia yang mengelamun, syarikat internet pula dipersalahkan.
"Amma tanya... bila kamu nak kahwin? Dah umur 25 tahun dah. Cemburu amma tengok ramai anak kawan amma dah kahwin." Daripada nada suaranya, Gopal dapat mengagak emaknya sudah mencebik sayu. Ah, ini soalan maut namanya.
"Ala, suruhlah Samantha kahwin. Boleh beranak ramai-ramai untuk mama." Gopal cuba mengalih perhatian kepada adik perempuannya, Samatha.
"Kepala kamulah. Samantha itu budak lagi. Itulah tak kahwin sangat, terus jadi pelupa. Nanti jadi singlet teragung pula." Puan Jivanta membahan anak terunanya yang asyik membunjang sehingga tidak perasan dia tersilap kata.
"Singlelah, amma. Singlet itu yang Gopal pakai sekarang." Gopal bercakap seraya tangannya menarik sedikit singlet yang dipakainya. Macamlah emaknya nampak.
Terdiam sekejap di talian yang sebelah. Mungkin tengah mencari cara untuk lindung malu tadi. "Ala, tersasul sebab cakap laju sangat! Ha, macam mana..."
Bicara Puan Jivanta dipotong oleh suara Puan Sarindi. "Kamu hubungi siapa, Jiva? Cucu aku yang tak guna ke? Ke dia tengah pengaruh kamu untuk masuk ke dalam agama dia itu?"
Gopal menghela nafas berat mendengar suara wanita berusia 70-an itu. Sejak dia memberitahu kepada keluarganya, neneknya yang berkerusi roda juga dari India terus ke Malaysia.
Kononnya ingin memperlihara otak ahli keluarganya daripada agama yang dia cintai ini. Dia tidak tahu mengapa neneknya terlalu bencikan agama ini.
"Baik kau hentikan perbualan itu atau aku sendiri potong wayar telefon itu. Rumah ini... bersepah. Ada menantu pun tak guna." Garang Puan Sarindi memberi amaran dengan pakej mengumpat nombor satu.
Lambat-lambat Puan Jivanta menjawab di sebalik talian. "Ba... baik, mam'mi."
Puan Jivanta berbalik semula kepada anaknya. "Amma banyak kerja hendak buat. Jangan malas-malas pula walaupun hari ini ambil cuti. Santinizer jangan lupa."
Gopal mengangguk-angguk. "Ya, amma." Anak yang baik Gopal ini.
"Amma, amma cakap dengan aṇṇaṉ (abang) ke?"
Riak wajah Gopal berubah pucat mendengar suara kanak-kanak perempuan itu. Ah, habislah! Habislah! Pengikis duit sudah datang! Macam mana ini?
"Ya? Kenapa? Nak cakap dengan aṇṇaṉ ke?"
"Amma! Alamak, ha? Macam problemlah suara. Tuuut..." Gopal terus mematikan talian sebelum menarik nafas lega. Langkah selamat! Nanti habis kering dompetnya dengan adik perempuannya yang suka meminta mainan.
"Selamat duit aku." Gopal yang ingin ke dapur memalingkan tubuhnya ke tepi. Alangkah terkejutnya melihat seorang lelaki dengan topeng muka tersarung berdiri kaku di tepinya. "ALLAHU AKBAR!"
Rizal mencabut topeng muka yang melindungi wajahnya. Gopal yang terjatuh di halaman rumahnya dipandang kosong. "Ha, kenapa tiba-tiba jatuh ini? Bangun. Kotor!"
Gopal mengutip telefonnya yang jatuh. Fuh, nasib tidak tercalar. Dia segera bangun sambil merengutkan dahi ke arah Rizal. "Kau ini... sejak bila kau masuk, ha!"
"Kau itu! Pintu rumah tak kunci. Banyak kali aku bagi salam. Kalau ada pencuri masuk ke, tak ke naya?" Rizal mula kuasa bebelannya tahap kedua. Kalau dengar bebelan Rizal ini, cikgu pun boleh lari!
Gopal mengendahkan Rizal dan naik masuk ke dalam rumah, menuju ke dapur. "Kau tak cukup anak dengan bini dekat rumah, datang nak kacau aku. Dahlah PKPD. Tak adanya pencuri masuk datang mencuri. Eh, macam pantun pula."
Jadilah seperti Gopal. Walaupun rasa bengang, sifat-sifat kelakar masih ada dalam diri.
"Memanglah... ha, tapi aku nak minta kau satu benda ini. Nanti hari jadi bini aku, aku nak beli hadiah hari jadi dia... jadi aku nak minta kau jadi pemandu aku hari ini." Dengan polosnya Rizal meminta khidmat Gopal selepas menceroboh rumahnya tanpa izin.
Mentang-mentang rumah dekat.
Gopal menoleh ke arah Rizal dengan pandangan kosong. "Dan? Macam mana dengan Afiq?"
"Ala, dia kan doktor psiki... a... tri. Mesti dia sibuk dekat hospital. Bolehlah, Gopal. Kau seorang sahaja banyak masa terluang dan SINGLE sekarang." Rizal merayu kepada Gopal, sekali dengan mimik muka yang memainkan peranan.
Maklumlah, Rizal ini pelakon.
"Huhuhu, sampai hati kau sebut 'single' itu kuat sangat. Tak naklah. Aku merajuk." Gopal sengaja mengelakkan diri daripada menemani Rizal dengan pura-pura merajuk.
Dengan selamba badak dia mengambil air Milo dari peti sejuk dan duduk di hadapan televisyen. Rizal itu sudah umpama taraf hantu kaki lima sahaja di situ.
Rizal mendekati Gopal yang sudah membuka siaran televisyen. "Ala, Gopal. Jangan merajuk. Ha, apa kata kau pakai mask siap-siap. Sambil beli hadiah untuk bini aku, aku belanja kau makana..."
Tengok-tengok sahaja, Gopal sudah tiada di sofa. Kedengaran air mencurah ke lantai di dalam bilik mandi. Cepat betul pecat baju dan masuk ke dalam bilik air. Entah-entah mandi sekali dengan baju tersarung.
"Buatlah rumah ini macam rumah sendiri. Jangan jual rumah aku masa aku mandi sudahlah," teriak Gopal daripada dalam bilik air.
"Eh, tak adalah sampai macam itu." Rizal menumpang duduk di sofa milik rumah Gopal. Suara perempuan berkata 'Welcome to Mobile Legend' berbunyi di ruang tamu Gopal.
"Nanti abang Gopal makanlah bekal Yaya buatkan ini. Err, bukan Yaya sengaja masakkan. Yaya terbuat lebih jadi Yaya ingat nak berilah pada abang."
Berus gigi yang bergerak di atas giginya itu terhenti. Entah mengapa di dalam memori Gopal terputar pada memori dia bersama cinta monyetnya. Gopal mengeluh seketika sebelum menyambung memberus giginya.
"Sina Yaya..."
"Yaya..."
"SINA YAYA BINTI SIAO AFIQ!"
"Eh?" Sina Yaya mengangkat wajahnya terpinga-pinga apabila dipanggil sekuat itu. Melihat lipatan tudung yang bersepah di lantai menyedarkan lamunan gadis itu. "Eh, maaf! Maaf."
"Awak masukkan tudung turqoise itu ke dalam plastik 45. Bukan tudung itu pelanggan no. 35 ke?" Habri menegur perbuatan Sina Yaya. Lain macam gaya sepupunya buat kerja hari ini. Baru lepas perkena ketumkah apa?
"Oh, maaf. Maaf." Sina Yaya segera mengeluarkan tudung yang salah dimasukkan ke dalam plastik itu. Anak matanya mencari tudung berwarna porsha untuk diisikan ke dalam bungkusan plastik yang dipegangnya.
Habri dan Alia saling berpandangan sebelum beralih ke arah Sina Yaya semula. Mesti dalam kepala mereka berdua pelik melihat kelakuan Sina Yaya yang kerap termenung sendiri hari ini
Hari ini, Sina Yaya mengurus penghantaran tudungnya dengan dibantu oleh sepupu lelaki dan kakak iparnya. Memandangkan Habri ini perangai lembut sedikit, tiada orang mahu berkawan dengan dia...
Jadi dia menumpang kasih di rumah ibu saudaranya. Haih, tidak mengapalah. Asalkan Sina Yaya dapat pembantu percuma.
"Ke... Yaya tengah fikir fasal majlis perkahwinan nanti. Tak apa, tunggu dua minggu sahaja lagi. Janganlah risau." Alia meneka apa yang dibelenggu Sina Yaya sekali gus memberi nasihat sekali.
Sina Yaya menggeleng. "Taklah. Yaya rasa nak putuskan pertunangan dengan dia. Yaya tak nak kahwin dengan Jamsyir."
"Ha!" Habri membulat matanya. "Wey, majlis tinggal dua minggu sahaja kot. Kita orang dah kata dah... kalau tak nak kahwin, bagitahu awal-awal. Tetapi awak nak juga tun..."
"Masa itu Yaya tak nak hampakan ibu dengan ayah. Aaa... macam mana ini?" Yaya menyebamkan wajahnya ke tangannya. "Nak putuskan... tapi takut nak keluar."
"Saya peliklah dengan awak ini. Kenapalah tak nak kahwin dengan Jump Shit... astagfirullah. Hehehe, maaflah. Geram saya nak sebut nama itu." Habri tersipu-sipu malu apabila tersilap sebut nama. Tangannya masih lagi melakukan kerja.
Yalah, cakap-cakap juga. Kerja kena jalanlah.
"Nak kata dia macam hero dalam novel. Beku, pergi kelab malam tidaklah juga. Elok sahaja. Hensem pula itu." Ayat terakhir Habri membuatkan Sina Yaya dan Alia menjauhkan selangkah jarak mereka dari Habri.
Memandang ke arah Sina Yaya dan Alia menjauh darinya, Habri terus mengujarkan kata."Eh, saya gurau sahajalah. Saya straight lagi, tau!"
"Kalau boleh, Yaya nak cakap dengan dia hari ini... nak putuskan perkahwinan. Memandangkan hari ini nak buat penghantaran tudung, kan?" Sina Yaya meletakkan bungkusan tudung yang siap dibungkus ke dalam beg silangnya.
"Ha, tak apa. Kalau Yaya tak berani, biar akak yang katakan untuk Yaya." Alia menepuk dadanya sendiri dengan penuh yakin. "Lagipun mesti Yaya tolak ini... mesti tengah tunggu lelaki yang Yaya nak jumpa itu kan?"
Wajah Sina Yaya merona merah. Tergagap-gagap dia menidakkan. "Eh, mana... mana adalah! Ish, akak niii... ha, akak itu mengandung. Mana elok keluar waktu Covid."
"Ah, tak apa. Lagipun mesti abang Yaya bagi punya. Yaya pun perempuan. Walaupun ada tae kwan do, tapi bahaya jalan seorang-seorang. Kalau ajak Habri, rasanya Habri lari macam pondan tinggal kau seorang." Sempat lagi Alia mengutuk Habri.
Habri yang mendengar dirinya dicaci, menghentak lantai, lembut. "Awak... mulut awak! Sampainya hati! Terguris hati saya!"
"Ha, tergurislah kau seorang diri. Aku nak keluar hantar tudung." Bicara Alia penuh ganas mendapat tawa daripada Sina Yaya. Kesian Habri, tiada langsung keadilan buatnya.
"Nak keluar dah?" Puan Finna yang baru keluar daripada bilik air lantas menegur.
"Ha'ah, ibu. Yaya keluar sekejap sahaja. Nak hantar tudung." Yaya mengangkat beg yang dijinjitnya. Alia pula tengah buka pintu rumah.
Habri? Ha, kau tidak payah tanyalah. Dia tengah main FreeFire. Apa? Ingat budak lembut tidak reti pegang pistol ke? Dalam permainan sahajalah.
"Hati-hati, jalan. Pakai mask dan santinizer. Kalau dapat Covid-19, susah." Puan Finna berpesan, lembut. Dia bergerak ke dapur dengan niat ingin memasak sesuatu.
"Baik, ibu." Alia kemudian memperlahankan suaranya. "Mana tahu jumpa lelaki itu ke..."
"Akaaak. Malas Yaya nak kawan!" Sina Yaya keluar daripada rumah sebaik sahaja pintu pagar dibuka, meninggalkan Alia yang terkekek-kekek ketawa. Suka sangatlah kakak iparnya mengusiknya!
Oh, topeng muka jangan dilupa. Sejak virus Covid-19 (penyakit sesak nafas) datang menyakitkan seluruh dunia, mahu susah orang dibuatnya.
Kurang ajar orang yang makan kelawar itu. Kalau ada bom nuklear, sudah lama dibom perdagangan haiwan di China itu.
Yaya masuk ke dalam kereta Myvinya. Betulkah dia akan berjumpa sang 'dia' apabila keluar ini? Haih, sudah 8 tahun kot! Jangan merepek! Fokus! Sina Yaya mencucuk kunci kereta untuk menghidupkan enjin kereta.
"Tetapi... macam mana kalau terjumpa?"
📎📎📎
Nota Kaki
--------------
Aku sahajalah cek buku aku, terkejut aku tengok nama ibu saudara Sina Yaya dengan ibu dia tertukar. AAAA kejamnya aku nama keluarga kawan sendiri pun aku lupa TvT.
Jadi...
Ibu saudara - Fanna
Ibu kandung - Finna
Mohon jangan tertukar, ya? TvT
Oh, dan umur Sina Yaya 21 tahun, tau!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top