6


Escaped : Hold me Tight

Chapter: 6



Be careful for what you wish,it might be a curse


Kelly Ellison

Saat aku diperkenalkan pada dua orang baru itu,baru ku tahu namanya. Si lelaki misteri itu. Alexander Ivan. Bila diingat semula,memang dia ada beritahuku namanya waktu di atas kapal hari itu,tapi..ingat-ingat lupa. Manakala,lelaki yang memakai spec bulat itu pula adalah Hayden.

Hayden lebih ramah berbanding lelaki itu. Dia senyum pun jarang. Hanya sesekali jelingan sinis menjadi trademark .
Apa mungkin..dia tahu aku penipu...pasti dia dah fikir buruk-buruk tentang aku.


"Erm-- madam," kini semua mata di situ tertumpu padaku. Sesak dadaku. Ku lempar senyuman nipis. "---saya tengokkan baby kejap-" pamitku. Madam mengangguk lantas aku beredar dari ruang tamu itu.

Sesampainya aku di bilik bayi itu,ku pulas tombol pintu. Ku menapak salangkah demi selangkah ke arah katil bayi itu lantas ku lirik baby Blair yang masih nyenyak tidur dengan ibu jarinya yang dikulum ke dalam mulut. Jariku menyentuh lembut pipinya yang halus.

"---Kelly--" suara seakan bisikan halus menerpa gegendang telingaku. Ku toleh melihat Hel yang berdiri di depan pintu.

Segera aku menapak ke arahnya,pintu bilik itu ku tolak sedikit supaya tidak mengganggu baby.

"Yes?"

"Nah-" dia suakan satu beg kertas bersaiz sedarhana buatku.

"Apa ni?" Soalku masih tidak ku sambut hulurannya. Dia mendesis lantas dengan pantas dia menarik tanganku supaya mengambil beg kertas itu darinya.

Tanpa sempat aku menyoal lebih lanjut,laju sahaja dia melesapkan diri. Terkebil-kebil aku mengenangkan perangainya itu. Ku buka beg kertas itu untuk melihat isinya. Kotak bersaiz sederhana itu ku buka,lantas aku dipamerkan dengan seutas jam tangan berjenama Rolex.

Rasanya, yang birthday boy nya dia..bukan aku..--


"Never thought that we will meet again--" suara lelaki yang deep and husky menyapa telingaku. Sekali gus buat perut aku senak.

Aku dongak,menemui pandangan matanya. Namun,cepat-cepat aku larikan mataku,tak sanggup bertentang lebih lama lagi.

"Kenapa diam--?" Selarnya sekali lagi dengan nada yang sama.


Aku diam. Tak mampu membalas apa sahaja pertanyaannya. Silap sahaja melayang kerja aku sekarang.

"---or kau takut aku beritahu nanny pasal kau--miss Fake?"

Tebakkan mengena tepat ke sasaran iaitu jantungku. Luruh. Degup jantungku makin kencang diselangi pula dengan titisan peluh gemuruh yang mulai terbit di dahiku.


"--tsk---tak sangka you are this desperate huh?" Sinis kedengaran sempat menghiris hatiku namun ku biar sahaja.

"Memang aku bukan majikan kau..tapi-aku still cucu kepada majikan kau..so,behave..tak reti-reti ker pandang aku bila aku bercakap dengan kau?"

Deep!

Ku hela nafas berat lalu ku pusingkan tubuhku mengadapnya. Lambat-lambat aku mendongak bertentang mata dengannya.


Matanya tajam melirikku dengan penuh sinis. Wajahnya ketat dan dingin tanpa adanya senyuman walau segaris di wajahnya.
Penuh kedinginan dan keangkuhan.


Matanya turun pada kotak jam di tanganku. Senyuman sinis muncul di sisi bibirnya,sebelum matanya kembali bertaut denganku.


"Tak sangka kau perempuan seperti ini--"

Aku pagut bibir bawahku. Sesal kerana masih tidak dapat lari dari tohmahan masyarakat mengenaiku. Sememangnya mereka tahu apa tentang ku. Hanya dengan melihat luaranku mereka sudah punya hak untuk melabel aku dengan pelbagai nama? Sadis ! Pemikiran yang cetek biarpun berpelajaran tinggi.



"Kenapa kau diam? Suka aku label kau macam tu?" Soalnya. Sebelah tangannya memuatkan ke dalam poket seluar. "----atau memang betul penilaian aku?"



"Berhenti nilai saya macam tu-" tegasku.  Namun begitu,mulut aku seakan hilang kata-kata.

"Jadi kenapa kau diam juga? Tak nak pertahankan diri kau?" Selarnya lagi.



"Dorang hina kau! Kau ingat aku nak diam?!!"

"Kenapa kau perlu buat aku pertahankan kau sampai begini?"

"Kenapa kau tak nak pertahankan maruah diri kau sendiri!!"

Kata-kata Hunter tiba-tiba terngiang semuka di telingaku. Makin membuatkan dadaku sesak dengan sesal yang tiada penghujung. Sesal dengan diriku yang lemah.


"Kau terlalu lemah cik Kelly-" luahannya membuatkan aku mendongak merenungnya kembali.

"---macam mana cik Kelly nak hidup dalam dunia ni..kalau..cik Kelly lemah begini?"

Hidup? Kau tak tahu bagaimana kisah hidup aku...kau tak layak...sesiapa pun tak layak...

"Apa kaitan hidup saya dengan Encik Alex sampai nak kisahkan gaya hidup saya?"



"Aku bukan kisahkan hidup mati kau--aku cuma benci lihat orang lemah macam kau--" jeda. Senyuman pahit terlakar di bibirnya. "---kalau hidup lemah jer macam ni--baik mati--"

Pedih...tapi benar..

Derap langkahnya yang menjauh membuatkan aku memalingkan wajahku darinya. Tombol pintu bilik bayi itu aku genggam erat.

Bersama deretan air mata ku pulas tombol itu sebelum aku meloloskan diri ke dalam bilik itu.






Alexander Ivan

Pusaranya yang dihiasi dengan bunga-bunga hidup ku liril sekilas sebelum aku mencangkung di sisi pusara itu. Jambangan bunga babybreath ku letakkan di atas pusara itu. Batu seramik hitam yang berukiran namanya ku usap dengan Ibu jariku. Kelopak mataku ku tutup sesaat,cuba mengembalikan semula kenangan indah antara kami.


Setitis air mata sempat ku seka dari mengalir turun ke pipiku. Ku buka kelopak mataku lalu ku lihat namanya yang terukir indah.


Nina Swatch †

"----maaf..." Tanganku tak henti-henti mengusap namanya dengan harapan wajahnya jadi gantian. Namun,aku tahu itu hanya tinggal harapan.

"Maaf aku lama tak melawat kau---angel--" perit di dadaku saat menutur panggilan yang sering aku gelarkan padanya. Nafas berat aku hela. Sebelah tanganku mengutil bunga yang ku bawakan buatnya.
"----sebagai tanda maaf,aku belikan bunga ini buat kau--"



Senyuman nipis aku ukirkan meski perit hatiku saat ini. Spec hitam yang ku pakai menjadi alat untuk pergunakan saat ini. Dikala aku di himpit kesedihan dan kejatuhan buat diriku.

"---kau tahukan aku sayang kan kau?"

"Terlalu sayang sampai aku tak sanggup nak teruskan hidup ini lagi..."

"----aku mimpikan kau---"

"----setiap malam...senyuman kau...tawa halus kau..."senyumanku melebar tanpa sedar."----jelingan mata kau---"

"----aku rindukan semuanya.." Ku genggam lebih kuat batu hitam itu. Tertunduk wajahku berserta pedih di dadaku.

"---kau patut bawa aku sekali---" air mataku yang menitis setitik demi setitik ku hiraukan tanpa ada daya untukku seka. Aku lemah..biar kali ni  aku lemah...hanya di depan kekasih hati aku...jantung aku....sebelah sayap ku...

"Its too hurt angel---its too hurt...fucking hurt--" ku genggam kuat dada kiriku. Cuba membuang rasa pedih yang mencengkam jantungku itu.





Seorang wanita merenung lelaki yang sedang mencangkung di sisi pusara itu dari jauh. Dia yang bersembunyi di balik pohon menatap lelaki itu dengan penuh hiba. Pedih hatinya melihat lelaki itu,kerinduannya memuncak naik. Seakan mahu pecah dadanya tika itu.

Air matanya laju menemani wajahnya yang dilindung dengan helaian selendang hitam.



To be continue

Alexander: to silent readers , I wish we could met somewhere when you hit that star 😉

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top