| 3 1


Escaped : Hold Me Tight

Chapter : 31


You're the one I left behind not the other way around






______________________________


" -- minuman awak..." botol mineral yang sudah dibuka penutupnya disua pada wanita itu. Hunter mengambil tempat di hadapan wanita itu.


" thanks --" botol mineral itu dibawa ke bibir dan segera diteguk perlahan. Hunter hanya diam memerhati wanita itu sebelum diliarkan matanya ke luar kafe itu. Laluan di sepanjang jalan raya masih padat dengan orang-orang yang baru pulang dari sekolah mahupun kerja. Langit malam masih indah dipandang lagi-lagi dengan lampu-lampu jalan di sekitar kafe dan deretan kedai di situ.



Tanpa lelaki itu sedar, wanita dihadapannya merenung dirinya sejak tadi. Seakan tidak mahu lepas dari merenung wajahnya yang hanya menunjukkan sisi wajah sahaja.




Pabila Hunter menoleh semula , mata mereka saling bertaut membuatkan wanita itu sepantas kilat menjatuhkan pandangannya ke botol mineral yang sudah tinggal separuh.



Hunter kekok. Dia mengguman sesuatu sebelum dia berdehem beberapa kali bagi memancing perhatian wanita itu.




" erm-- awak dah ok ke? Sebab..." matanya melirik sekilas ke jam tangannya. " - saya kena balik ..."

Wanita itu mengemam bibirnya. Tidak sanggup mengakhiri pertemuan ini. Bila lagi dia mahu menemui lelaki sebaik itu. Dalam diam, dirinya menyimpan hasrat setinggi gunung. Namun-cepat-cepat dia hilangkan pemikiran kolotnya itu.


" ok...urm.. thanks again.." perlahan suara wanita itu membuatkan Hunter kekok.

Dijeling sekilas ke arah kuku wanita itu. Tersenyum kecil lelaki itu melihatkan pemilihan warna kuku wanita itu. Merah menyala.
Anak matanya naik menemui wajah wanita yang baru ditemuinya.



"  Red is for someone who is brave to reveal themself ... even the world against them- " kata-katanya berhenti seketika bila mana anak mata wanita itu menemuinya. Senyuman dilirik sebelum dia menyambung, " -- Red suit you very well miss... never understimate yourself."



Entah dari mana kata-kata itu boleh terlintas di fikirannya namun sejurus melihat senyuman di bibir wanita itu, dia lega.














Gelas wine diletakkan di atas counter sejurus kedengaran pintu ditutup. Alexander melirik tajam pada Hayden yang baru menapak masuk melalui ruang tamu yang bertentangan dengan counter bar.




" -Alex...wow..tak sangka kau ada kat sini.." Jelas Hayden terkejut dengan kehadiran lelaki itu di rumah agam itu. Dia menghampiri Alexander tanpa ragu-ragu.




" --Bila kau balik?" Soalnya seraya mengambil tempat di sisi Alexander.




" petang tadi-" pendek namun jelas kedinginan dalam intonasi Alexander membuatkan Hayden tidak senang duduk. Dia melirik pada lelaki itu yang hanya merenung tajam pada gelas wine.





" -- aku tahu...semua ni..terlalu ...cepat untuk kau terima..." Hayden cuba menunjukkan keprihatinannya sambil menuang sedikit wine ke dalam gelasnya.



" -but, kau kena ingat...kau ada keluarga kau..aku...xavier..kau masih ada kami."




Alexander tersenyum sinis tanpa disedari lelaki itu. Gelas wine digerakkan perlahan membuatkan wine merah itu menggelodak mengikut arahnya.





" - kau anggap aku keluarga kau -- "



Hayden terdiam. Dilirik sekilas pada Alexander. Keningnya bertaut melihatkan perubahan pada Alexander. " -tentulah.. kita membesar sama-sama.. kita satu keluarga."



Senyuman sinis Alexander mati serta merta. Tanpa Hayden menyedari , lelaki itu menyeluk sepucuk pistol dari pinggangnya lantas diletakkam di atas counter , diantara mereka.






Hayden menelan perih liur sendiri. Anak matanya terbuntang melihat pistol itu. Perlahan-lahan pandangannya naik menemui Alexander yang masih membatu.





" - kau tahu kan aku--- tak akan fikir dua kali untuk membunuh sesiapa pun ..yang aku target." Alexander melirik ke sisi. Bertentangan mata dengan sepupunya itu.





" -tentu...aku kenal kau...siapa-siapa yang cari pasal dengan keluarga kita--pasti akan --"



Tanpa sempat menyambung kata-kata dustanya , sekali lagi Hayden terkedu saat pistol yang tadinya berada di atas counter kini ditujukan di hadapan matanya. Melopong dirinya dek kerana perbuatan Alexander itu.




Namun-tidak bagi Alexander. Lelaki itu hanya menunjukkan riak kosong. Polos. Dingin. Renungan matanya seakan tiada ragu-ragu lagi mahu menarik pincu itu.





" -- Apa agaknya yang aku terlepas pandang huh--" sinis suara Alexander menyapa gegendang telinga doktor itu. " -kau doktor...tentu kau tahukan?" Sengaja dia menyoal lelaki itu. Menambahkan lagi ketegangan antara mereka.



" -a--ap-apa maksud kau ni? K--kk-kau mabuk teruk ni-" kedua tangannya diangkat dan matanya tidak lepas memandang muncung pistol itu yang kini benar-benar di hadapan matanya.



" --Alex..."



Alexander senyum sinis lantas tanpa ragu-ragu dia menarik pincu dan sekali gus membuatkan Hayden terpejam mata menunggu mata peluru menembusi di antara kedua matanya.




Tawa Alexander yang meletus membuatkan dirinya tersedar. Dilirik pada tubuh sendiri sebelum matanya jatuh pada alexander yang sudah tertawa besar.




"Kau ni- " gumam Hayden lalu memapah Alexander yang sudah hilang imbangan dek kerana mabuk.


" --kau betul-betul mabuk" tambah Hayden lagi sambil menarik botol wine dari genggam Alexander.




Alexander masih terus tertawa. Mabuk? Tidak sama sekali. Malah, dirinya masih memikirkan untuk mengisi peluru ke dalam pistolnya. Andai sahaja dia isikan peluru ..sudah pasti.. Alexander diam , membiarkan Hayden memapah dirinya yang 'mabuk'. Anak matanya berubah gelap dan pandangannya tajam. Rahangnya bergerak-gerak.




"-- haish...aku ingat kau betul-betul nak tembak aku tadi..." sekali lagi Hayden menggumam.




I wish...








Sherry menghenyak tubuhnya ke sofa. Abangnya yang baru selesai mandi menapak ke arah meja makan sebelum dilirik sekilas pada adik perempuannya .




" kau pergi mana ..lambat balik-" Christ menjeling pada jam dinding sebelum cawan milo panasnya dibawa bersama ke ruang tamu. Menyertai adiknya.




Sherry diam. Mengenang kembali lelaki yang menyelamatkannya tadi petang. Entah mengapa seakan ada satu rasa aneh dalam dirinya.





" -kau ada jumpa Hayd?" Soalnya pada Christ. Lelaki itu mendengus kasar. Dia sememangnya tidak gemarkan hubungan adiknya dengan lelaki itu. Malah dia mambantahnya.



" -sudah-sudahlah kau nak berkepit memanjang dengan anjing tu..." kakinya diangkat lalu duduk bersila di atas sofa. " - lebih baik kau cari lelaki lain..hubungan kau dengan anjing tu tak akan lama." Selarnya membuatkan Sherry terdiam.





" maksud kau?"

Christ mencebik sambil menghirup perlahan minuman panasnya. " - dia dah ugut pengerusi ... kau ingat dia boleh selamat ? Memamg taklah...apa dia ingat dia tu siapa..berkuasa sangat? Dia tu anjing sahaja... "





" seriously..apa yang kau cakap ni? Dia ugut pengerusi..pasal apa?"



Christ merenung dalam adiknya. " --lebih baik kau tak tahu apa-apa...and..tinggalkan sahaja lelaki tu.. kau tahu dia cuma gunakan kau sahaja- kau jer yang cintakan dia..sedangkan dia anggap kau --huh... kau tahu sendirilah."


Sherry diam. Dia liarkan pandangannya ke luar jendela. Kata-kata Christ benar-benar menusuk jantungnya.







6 tahun lalu



Botol ubat yang kosong dilirik sekilas oleh Hayden. Senyuman terbit di bibirnya lantas botol kosong itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Matanya naik menemui Aisac semula.





" -- so, macam mana? Ada apa-apa yang menarik nak beritahu aku?"




Aisac mendiamkan diri. Sesekali bibirnya mengemam kuat.




"-- dia makin rapat dengan lelaki tu... "



" jadi..tak kan kau duduk diam sahaja? Tak nak bertindak? Ke ...kau mahu mengalah?" Umpan dilempar.




" aku tak kan mengalah!! Lagi-lagi pada lelaki tu... makin aku tengok dorang sekali...makan...berjalan..dada aku sakit.." anak matanya naik menemui doktornya. " --apa maksudnya? Aku... sakit kah?"




"Itu..tanda kau cintakan dia...  makin sakit rasa di dada kau...makin kuat cinta kau pada dia... dan kau tahu..apa yang lebih menarik tentang cinta?"





"Beritahu aku-"



"Cinta dan kesakitan tak dapat dipisahkan..seperti yang aku beritahu kau..makin kau sakit..makin kau cinta..jadi..sama juga buat perempuan tu...makin dia disakiti terutama oleh kau...makin dia cintakan kau.." kedustaan itu ditelan bulat-bulat oleh pesakitnya. Membuatkan Hayden tersenyum lebar. Ternyata ubat yang diberikannya sudah mula menunjukkan kesan.






"Kau--nak aku sakiti dia?"



Hayden mengganguk. " kau nak dia cintakan kau seperti mana kau cintakan dia kan? Jadi..kau mesti buat dia rasa..kesakitan yang kau rasa...supaya dia tahu..betapa kau cintakan dia...biar dia disakiti... dan orang yang paling tepat untuk melakukannya..pastinya..kau--"




" kau..pasti---dia akan cintakan aku.."




" percayakan aku...makin kau sakiti dia..makin dia tak akan lupakan kau...kau--akan selalu dalam ingatannya...kau mahu begitu bukan?"



Melihatnya anggukan laju oleh pesakitnya membuatkan doktor muda itu makin tersenyum lebar.




" bagus...oh..ini..." botol ubat yang baru disuakan kepada Aisac. " habiskan..minggu depan aku datang lagi...dan..aku nak dengar...apa yang kau dah laksanakan...ok?"


Aisac mengambil botol ubat itu lantas mengganguk faham.











Tbc
Vote
comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top