| 2 5

Escaped : Hold Me Tight

Chapter : 25

I'll keep going even its hurt

______________________________

Alexander menekan punat lif , sebelah tangannya dimuatkan ke dalam poket seluarnya sementara sebelah lagi menscroll News di telefon pintarnya.

Seketika kemudian, ada seorang wanita berdiri di sebelahnya. Hanya beberapa jarak yang memisahkan mereka.

Wanita itu melirik ke sisi, anak matanya merenung pemuda bersut biru itu atas bawah. Bibirnya tersenyum kecil dek kerana terpegun dengan penerampilan lebih lagi wajah pemuda itu. Dalam diam dia menggigit tepi bibir bawahnya dengan mata masih scan lelaki itu.


Alexander mendengus perlahan, sedar akan mata yang menjeling dirinya. Lantas dia mendongak melihat nombor lif yang dalam urutan menurun itu.

Jam di pergelangan kirinya dilirik sekilas - dia tidak punya masa yang banyak..selepas ini dia perlu berjumpa klien.


Ting!

Apabila pintu lif itu terbuka, terus sahaja Alexander memasuki perut lif itu diikuti wanita tadi.

Namun, saat jemari Alexander menyentuh nombor lif , wanita itu turut punya niat yang sama sehingga jari mereka hampir bersentuhan namun segera Alexander bertindak menjatuhkan jarinya. Wanita itu tersenyum senget sambil matanya melirik goda.


Alexander berundur ke belakang mencipta jarak dengan wanita itu.
Beberapa ketika kemudiannya, seorang pemuda memasuki perut lif saat di tingkat 2 hospital itu.


Dalam lingkungan masa 5 minit Alexander berada di dalam perut lif itu, selama itu jugalah wanita itu langsung tidak melarikan renungannya dari lelaki itu. Seakan terpaut mati. Tiada rasa segan dengan seorang lagi manusia yang turut sama bersama mereka di dalam lif itu.

Apabila pintu lif terbuka di tingkat 11 , dengan pantas Alexander ingin menapak keluar tidak terkecuali wanita itu jua. Namun, seakan dapat mengesan perbuatan wanita itu yang sengaja membuatkan diri sendiri terpelecok dek high heel melebihi 5 inci - segera Alexander mengecilkan dirinya lantas melarikan diri melalui ruang antara pintu lif dan wanita itu.

Sejurus sahaja lelaki itu bebas dari perut lif itu, senyuman sinis dia pamerkan dalam keadaan membelakangi wanita itu lantas tie diketatkan.

Manakala wanita itu hanya menggumam geram kerana terlepas peluang keemasannnya malah dia di'selamatkan' oleh pemuda yang bersama mereka di dalam lif tadi sahaja.















Alexander Ivan

"--- Hayde--"

Daun pintu ruangan kerja Hayden aku biar terbuka. Mataku melirik biliknya yang kosong. Ku garu hujung keningku sambil mulut mengeluh berat.

Dengan malas ku labuhkan duduk di kerusi pejabatnya itu. Melirik kosong ke fail-fail pesakitnya. Ku ambil sebatang pen lantas ku ketukkan ke mejanya.

Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi  deringan telefon. Segera ku cari arah bunyinya hinggalah ketemu di dalam poket sut doktor milik Hayden.


Tanpa fikir panjang terus aku jawab panggilan itu lantas ku tekupkan ke telinga sambil pen ku ketukkan di permukaan meja.

"Hay--"

"I dah sampai sini... but I tak boleh masuk jumpa you sebab tak buat appoinment- pekerja you ni memang - urgh- ! I give 10 seconds to come here or I'm going home."



Panggilan terus dimatikan oleh suara itu. Wanita itu yang pasti. Aku mencebik-tak tahu pulak Hayden dah ada kekasih. Tak beritahu aku pun...










Kelly Ellison

Aku melipat beberapa pakaianku sebelum ku masukkan ke dalam luggage. Tanpa ku sedar , sejam berlalu begitu sahaja ...namun...pakaianku masih banyak perlu dilipatkan.

Tanpa sedar ku kemam bibirku. Tangan yang mengenggam hujung t-shirt yang ingin dilipat ku eratkan. Mataku hangat. Tidak perlu diterangkan lagi... keperitan yang semakin dalam memakan diriku semula..




Masih teringat lagi perbualan ku dengan Madame saat ku beritahunya mengenai hal ini.

"-- kamu tak selesa ke di rumah kami?" Madame menyoalku lembut, menanti jawapanku.


Aku tunduk , bermain dengan jemariku sementara memikirkan ayat yang sesuai buat mereka.

"-ini..mengenai kekurangan saya...saya..--dah tak berupaya nak jaga baby Blair..lagipun..akan menyusahkan madame sekeluarga nanti.."

"--sebab tu..saya nak berhenti kerja ..."

Aku dengar hela berat madame...membuatkan diriku makin terbeban.


" kalau ini disebabkan kata-kata saya tempoh hari saya tak bermak--"

Ku pintas segera kata-kata zu Er ..tidak mahu dia kecil hati.
"No..bukan kerana kata-lata awak atau kata-kata sesiapa pun..ini- keputusan saya... saya rasa ini yang terbaik-"


"-kamu ditimpa kemalangan sewaktu kamu bekerja... " madame seakan berfikir sejenak. Namun, keluhan masih tidak terlepas dari bibirnya. "-- saya majikan kamu...kalau kamu mahukan hal ini...saya tak boleh paksa kamu..tapi..saya harap kamu terima bantuan saya ...untuk pulihkan semula mata kamu..."


Aku terdiam. " pulihkan ? "

"Yes..melalui operation.....saya ada kenalan yang menceburi bidang ini...dia pasti dapat bantu kamu... sekurang-kurangnya...kita mencuba..apa pendapat kamu?"









Air mataku mengalir laju, ku biarkan tanpa ada rasa untuk menyekanya. Esakan kecilku tahan dengan tapak tanganku.
















King tersenyum senget sejurus sahaja buku limanya menemui batang hidung lelaki yang sudah dipegang oleh dua orang bawahannya. Terundur lelaki itu bersama rengusan sakit akibat ditumbuk. Berkali-kali dirinya cuba melepaskan diri dari pegangan konco-konco King tetapi kudratnya makin berkurangan dek kerana kesakitan tubuhnya.




King tanpa belas mencengkam rambut lelaki itu lantas ditarik hingga kepalanya terdongak ke atas . Wajahnya penuh lebam dan hidungnya comot dengan darah yang merah pekat. Lelaki itu mengacip gigi menampakkan  lagi barisan giginya yang diselaputi darah.








"-- now..kau dah boleh jawab soalan aku atau masih berdegil hum?" Selar King bersama senyuman kejamnya. Anak matanya merenung jijik pada lelaki itu lemah itu.



" Go to hell!" Lelaki itu malah meludah padanya. King sengih sinis lantas dengan sepantas kilat pistol yang disisipkan di pinggangnya dikeluarkan lantas ditekan pada dahi lelaki itu.



"Baik kau gunakan mulut kau tu untuk selamatkan diri kau-aku bukan orang yang sabar!" King meletakan sedikit tekanan pada pincu pistolnya. Menggertak lelaki itu agar tewas dan menyerag padanya.




Lelaki itu menelah liurnya -perit. Namun,begitu dia masih teguh dengan pendiriannya meskipun King sudah nampak keraguan dalam anak matanya.



King meleret senyum lalu pistol itu diturunkan. Muncung pistol dihala tepat ke mulut lelaki itu lantas rahang lelaki itu dicengkam kuat. Terus sahaja muncung pistol dimasukkan ke dalam mulut lelaki. Terlopong lelaki itu dengan tindakan gila lelaki itu.


King yang melihat reaksi lelaki itu tersenyum sinis. Keningnya dijungkit tinggi.
"--kau nak bercakap atau peluru ni tertanam dalam mulut kau..?"



Tanpa fikir panjang terus lelaki itu menyerah, menggangguk laju pada King. King tersenyum lebar..



"Now tell me..who is your boss?"









Tbc
Feel free to vote and comment
Annndd tq sooo much pada yg sllu vote this story... makin bersemangat sy nk update huhu..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top