19
Escaped : Hold Me Tight
Chapter : 19
Give me what you have and I'll give you all of me
______________________________
Kelly Ellison
"--kau ok?"
Aku sisip perlahan teh bunga lily itu sebelum ku angguk pada Asher.
Mujur sahaja, Hunter tiada di rumah sekarang kerana ada kelas. Dia sudah melanjutkan pelajarannya ke kolej dalam course yang diminatinya.
"--mata kau--" tutur Asher sedikit lemah. Segera ku letakkan semula cawan tehku di atas meja.
"I'm ok. Agak kekok sikit--tapi, lama-lama terbiasalah." Telinga ku menangkap 'hmm' darinya lantas tangan ku terasa hangat digenggam tangan besarnya. Terkebil-kebil aku dibuatnya namun sedaya upaya tidak ku ekspresikan kecanggungan itu.
"--please take care of yourself-- aku tak suka tengok kau terluka.." sejurus itu terasa tanganku dielus perlahan oleh tangannya.
Aku angguk faham. "-thank you for your concern- tapi-boleh aku minta tolong sikit-" perlahan suaraku, sedikit teragak-agak untuk menuturkan ayat seterusnya.
"Sure--apa dia?"
Suaranya yang bernada cerua buat aku ragu-ragu untuk menghabiskan ayatku.
"-please, kalau boleh..jangan datang sini lagi?"
Dia diam. Dan tangannya juga ditarik dari tanganku. Ku kemam bibir. Takut andai dia terasa dengan bicaraku.
"-kau --tak sudi aku lawat kau?" Halus suaranya menampar gegendang telingaku buat aku bersalah.
"-bukan--its..Hunter...aku tak mahu kau gaduh dengan dia..kalau dia tahu kau..di sini...aku risau dia--" kata-kataku terhenti bila mana tangannya menepuk perlahan bahu kiriku.
"No-its ok. Aku faham. Adik kau--memang protective dari dulu-- aku faham dia."
Ku genggam kedua tanganku sambil kemam bibirku. Otak aku kosong dari idea bagi menghilangkan keadaan canggung ini. Lama kami hanya berdiam tanpa sebarang perbualan.
"Maaf kalau kau terasa--aku tak bermaksud pun-" sekali lagi aku terdiam saat terasa hembusan hangat dihadapan wajahku.
"-kau siapa?"
Suara yang ku kenali kedengaran dingin mengejutkan aku dan juga Asher. Ku pasti Alexander berada di ruang tamu bersama kami di sini.
"-aku tanya kau siapa-!" Tegas suara Alexander buat aku makin serba salah pada Asher.
"Dia kawan sa-"
"Aku Asher- childhood Kelly-"
Alexander Ivan
"-aku Asher, childhood Kelly-"
Mataku tajam pada lelaki bernana Asher itu. Dengan rambut dirty blonde dan cara pemakaiannya --semak.
Ku larikan anak mataku ke arah Kelly yang masih duduk di sofa, masih bingung tidak tahu apa-apa.
Penumbuk ku genggam di sisi kakiku.
Jelas di mataku, lelaki ini mahu ambil kesempatan ke atasnya yang buta. Kalau aku terlewat seminit tadi- pasti bibir itu dirampas oleh manusia berdua muka ini.
Bila ku lirik kembali lelaki itu, senyuman sinis dia lemparkan, semakin kuat ku genggam penumbukku.
Keningnya menjungkit tinggi seakan mencabarku sebelum dijeling Kelly di sisinya. Senyuman sinisnya makin melebar.
"-get out from my house-NOW!" suaraku naik seoktaf buat Kelly berdiri. Wajahnya terpampang rasa bersalah pada childhood itu.
"Alex-"
"Kau diam Kelly-" senada aku memotong percakapannya.
"Its ok Kelly- aku balik dulu-kau--jaga diri ya-" senyuman sinis itu makin melebar di wajahnya itu buat genggaman ku makin kuat bergetar. Mahu sahaja penumbuk ini ku layangkan ke wajahnya biar senyuman itu mati.
Sebelum lelaki itu keluar sempat dia hantar isyarat loser dari gerak bibirnya padaku.
Mataku mengekorinya hingga dia hilang dibalik pintu utama sebelum ku lirik tajam Kelly yang masih termanggu-manggu.
"-kau ni bodoh ker apa?!"
Kelly Ellison
"-kau ni bodoh ker apa?!"
Jerkahannya buat bahuku sedikit terhincut. Terkebil-kebil aku hingga tidak terucap perkataan di bibir mulutku.
"Apa masalah awak ni?" Suaraku juga naik seoktaf sebagai protes padanya yang tiba-tiba naik angin.
Ku tak dengar sebarang balasan darinya namun tubuhku ditarik dengan kasar hingga aku rasakan aku terperangkap dalam rangkulannya. Rapat tubuh kami hingga terasa haba hangat dari tubuhnya. Hela nafasnya juga seakan menghembus-hembus di wajahku buat aku sedar betapa rapatnya kami.
"-have anyone claim your lips?-" suaranya juga seakan berbisik di telingaku buat aku mati kata-kata. Terpegun seketika.
Apabila tiada balasan dariku lantas dia menarik pinggangku lebih dekat dengan tubuhnya dengan paksaan. Bibirku bergetar , jantungku juga berdetak hebat dalam rentak yang luar biasa sehingga terasa seperti ianya mahu melompat keluar dari dadaku. Tanpa sedar ku eratkan genggam pada bajunya.
"-no one right-" hembusan hangat nafasnya menampar wajahku buat jantungku mengepam lebih laju. Menghantar darah ke seluruh tubuhku.
"So--" kali ini suaranya betul-betul di telingaku. Ku pejamkan mataku rapat bila tubuhku seakan tidak dapat menerima kejutan baru itu.
Nafas hangatnya kini di telingaku memberi satu rasa yang aneh sekali gus buat perutku rasa tidak enak. Seperti ada kepak rama-rama yang berterbangan tanpa arah di dalamnya.
"--so I assume, you save them for the right person-- Am I right Kelly Ellison?" Bisikannya semakin buat kedua kakiku lemah apatah lagi bila namaku disebut penuh menghantar satu aliran elektrik ke seluruh tubuhku.
"-then, save them untill I claim it -one-fine-day-" bisiknya lagi sebelum ku rasakan tubuhnya menjauh dariku kerana terasa hilangnya haba dari tubuhku.
Hanya derap langkahnya yang ku dengar makin menjauh sebelum hilang, menandakan dirinya sudah menapak keluar dari rumah ini. Dan yang pasti-meninggalkan satu rasa baru dalam diri ini.
King tersenyum lebar saat meneliti document dihadapannya itu. Profil watak baru dalam dunia dia dan Alexander ditatap dengan pelbagai agenda yang bermain dibenaknya.
Kelly Ellison
Dan yang paling mengejutkan lelaki itu adalah gadis yang baru sahaj kehilangan penglihatan itu adalah seorang artist-con.
"Very---interesting--Alexander---" profil milik gadis itu dilemparkan ke meja kerjanya bersahaja.
Jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja kerja itu dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari wajahnya.
"-Mula-mula Zu Er--, then my favourite toy.. Nina Swatch--" dijeling sekilas pada profil itu kembali. "--then, Kelly Ellison?" Bibir dicebik lantas tubuh sasa dibalik kot mewah itu bangun lalu menapak ke jendela besarnya.
"-you have no luck in relationship--Alexander...no luck at all--- Believe me- RIP for Nina Swatch and maybe---Kelly Ellison too huh?" Matanya tajam memerhati bangunan-bangunan pencakar langit dihadapannya.
Alexander duduk bersandar di hadapan keretanya sambil matanya melirik bridge yang indah dihiasi dengan lampu yang menyinarinya. Menjadi faktor utama kawasan tasik ini menjadi tumpuan pelancong mahupun penduduk sekitar. Diteguk rakus Beer di tangannya sebelum digenggam sehingga kemik tin minuman itu. Hela berat terlepas dari mulutnya.
Lost in confusion
"-what's on your mind huh? Mate?"
Alexander senyum senget sebelum dilirik sekulas pada Xavier di sisinya.
Sebelah tangan dimuatkan ke dalam poket lantas matanya dihala ke depan. Merenung kosong tasik yang tenang di malam hari sesekali terbias cahaya lampu dari bridge.
" my life-- " sekali lagi hela berat dan keluhan berat terbit di bibirnya. Kelopak matanya juga memberat kesan dari alkohol yang makin memakan dirinya. Dia sengih sendiri.
" I'm a fool-- even seorang pun aku tak boleh jaga...I can't make them stay with me- Mom......my family...my-love...my angel..." lirih nada suara lelaki itu. Dia menunduk menekur tanah sebelum dikuis-kuis dengan kaki.
" Nina...my Nina...my innocent angel...my-not-so-angel.." bibirnya menyungging senyuman pahit.
"You're waste mate-" sinis balasan Xavier pada lelaki itu. Ketawa kecil Alexander , kecewa dengan diri sendiri.
Xavier diam. Anak matanya melirik kosong pada sahabatnya. Jujur, perit jua terasa dalam hatinya.
"Don't leave in your past Alex- memories are mean to keep not to be your escaped from your faith--"perlahan lelaki itu menuturkan kata hatinya.
"-even its a happy or sorrow memories---all of them make who you are..."
Alexander terdiam. Membiar kata-kata Xavier bermain di benaknya.
"-memandangkan kau tak sempat jagakan Nina dulu--kau jagalah dia-Kelly"
Alexander terdiam. Lantas dia mendongak melirik Xavier. "What do you mean ? Nina sakit ke dulu?"
Xavier diam. Dia hela nafas berat. "-your angel--pernah buta juga dulu--but its just temporary.."
"Apa kau cakap ni? Bila pula?!"
Xavier meneguk minumannya lalu menggenggam erat tin minumannya. Anak matanya tajam melirik Alexander.
"-masa kau ingat dia larikan diri dari kau----that psiko take her-"
Alexander terpaku. Jujur, kenyataan itu langsung tidak diketahuinya. Bola matanya memerah bersama genggam penumbuk yang bergetar kuat di sisi kakinya.
"--aku hanya temui dia sebulan selepas kau beritahu aku dia lari dari kau--but the reality is--dia tak larikan diri..lelaki psiko tu yang culik dia.---you don't know how I feel when I saw her ...she's beaten up---and---raped---"
Deg
Kelopak mata Alexander hangat. Bergetar hebat tubuhnya menahan amarah yang semakin menggunung dalam diri itu.
"-aku biarkan dia terseksa...aku tak cari dia langsung--aku ----gantikan dia------- dengan -----Zu er masa tu... " Alexander menunduk sambil kedua tangannya menggenggam erat seluarnya. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir tanpa segan.
"--Nina---Nina-----" esakan halus seorang lelaki pada kekasihnya menemani kebisuan malam tanpa hadirnya bulan mahupun bintang yang menyinari langit. Malam kesunyian tanpa cahaya indah sang bulan seakan turut sama berkongsi kehibaan Alexander.
Awan mulai murung..
Seakan menemani ku..
Awan bergerak perlahan ,berat menanggung bebannya..
Aku terkurung dalam kenangan silamku..
Biar aku menahan rindu yang tidak bersahutan,
Rindu yang tiada penghujungnya,
Rindu yang sekadar untuk memujuk diriku agar akun terus berdiri..biarpun hatiku sudah lama mati..dalam cintaku padamu...
Angin sampaikan rinduku ..sampaikan salam kasihku buatnya...
Saat dia ada bersama mu, jangan kau pandang enteng akan kehadirannya di samping mu- mungkin suatu hari nanti kau akan menanggung rindu yang tidak akan terbalas..
Tbc
Vote
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top