16
Escaped : Hold Me Tight
Chapter : 16
Angin, kau kirimkan kalimah kasihku
______________________________
Hayden melabuhkan duduk di sofa kulit sambil matanya melirik kosong coffee table itu. Pertemuan dengan wanita kacukan Jepun itu membuatkan dirinya kebingungan. Otaknya tidak dapat berfikir sebaiknya.
Berkerut wajahnya dek mengingat kembali perbualan singkat dengan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu.
"Please, keep this secret.." pinta wanita itu penuh sayu ,jelas sepasang anak mata itu merayu sepenuh jiwanya hingga meruntunkan jiwa yang melihatnya.
Hayden terdiam sambil otaknya masih berfikir segalanya. Segala keperitan yang dialami sahabat baiknya selama bertahun-tahun hanya satu----pembohongan. Jelas suatu penyiksaan andai lelaki itu tahu kebenaran ini.
Anak matanya naik merenung wanita yang tega berbuat begitu kepada anaknya.
"--why auntie? ---selama-selama ni---" tidak terungkap betapa kecewanya dia sebagai sahabat baik pada Alexander Ivan. Mana mungkin seorang ibu tega berbuat begitu pada anak kandungnya. Meninggalkan anaknya bersendirian menghadapi dunia ini.
Wanita itu menunduk menekur tanah yang ditumbuhi rumput hijau. Sesekali angin lembut menderu -deru menambahkan lagi kesayuan di hati masing-masing.
"Auntie ada ---alasan sendiri. Please..."kepalanya menggeleng sambil matanya menahan air mata jernih yang sudah lama bergenang di tubir matanya. "--auntie belum bersedia nak beritahu Alex...auntie minta maaf...auntie -tak sanggup.."
Hayden terdiam. Dadanya sendiri perit apatah lagi andai Alexander sendiri yang berada di sini. "--Maaf itu bukan pada saya auntie---pada anak auntie--anak yang auntie tinggalkan dengan cara yang paling --kejam..kematian yang palsu? " jelas Hayden tidak mampu lagi menahan sesak dadanya yang kian menusuk tajam bagai belati di dada itu.
"--hidup dia terseksa auntie--bertahun-tahun dia salah diri sendiri atas kematian palsu auntie! Why?! Teganya auntie buat anak kandung auntie macam tu?" Selar Hayden tanpa selindung. Dada lelakinya naik turun.
Wanita itu mengesat tubir matanya yang mulai tumpah. Senyuman pahit terukir di wajah wanita itu. Perlahan-lahan anak matanya naik menemui Hayden.
"--auntie bersalah pada dia... tapi...auntie menyesal--betul-betul sesal tak terhingga. "
"--terima kasih jagakan Alex selama ini..kamu..selalu teman dia...terima kasih."
Hayden masih membeku. Kosong anak matanya melirik ke belakang tubuh wanita itu. Pusara gadis kesayangan Alexander.
"Macam mana auntie kenal Nina?"
Wanita itu senyum kecil sambil jarinya mengesat perlahan wajahnya yang basah dek air mata. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang melirik sama pada pusara yang indah dihiasi dengan bunga baby breath. Dia tahu...ianya..dari anaknya..
"--kekasih Alex...tentulah auntie tahu.-"
Hayden senyum pahit. "--tapi sayang--jodoh mereka hanya sampai sini-- " pedih di hatinya tatkala menuturkan ayat itu. Jelas luka lama kembali berdarah.
"-hoi!" Dengan sekali tolakan di bahunya, Hayden tersedar dari lamuannya lantas matanya naik melihat Xavier yang sudah menyengih. Lelaki itu lantas mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Hayden.
"Kau dah kenapa mengelamun jauh ni? Jumpa jodoh ke apa?"
Hayden mendecit. Cuba beriak biasa. "--jodoh tu banyak jer yang lalu sebelah tapi aku yang tak nak-" selorohnya.
Xavier senyum sinis. "--kau tak nak ker jodoh tu yang lalu sahaja sebelah bukan berhenti dekat kau pun-" usik lelaki itu menambah perasa.
"Eh-tolong sikit aku ni hot tau tak?" Hayden kembali menyelar pantas sambil tangannya membetulkan kemejanya bagi nampak smart. Kening dijungkit-jungkit , kembali seperti seorang Hayden. Xavier hanya melayan sahaja.
Dia lelaki yang sudah berkeluarga sudah pastilah lebih cool dan tak gila-gila macam orang bujang.
Hayden mengekek ketawa namun siapa tahu di dalam hatinya pelbagai rasa yang bercampur , perit dan pahit untuk ditelan.
"Hayden !! Xavier!!" Suaran nanny menjerit-jerit memanggil nama mereka lantas tubuh kedua lelaki itu lantas tegak berdiri mendapatkan wanita bertongkat itu. Cemas jelas tergambar di wajah dimamah usia itu.
"-what's wrong nanny ?" Soal Hayden cemas.
"--ni-- hospital-- macam mana ni-"
Xavier mengusap lembut belakang tubuh tua itu. "--nanny tenang dulu--siapa masuk hospital?"
Nanny menggosok dada kirinya perlahan sambil cuba menarik nafas perlahan. Beberapa minit wanita itu bertenang barulah dia kembali bercakap.
Lebih jelas.
"Kelly accident --langgar lari, dia ditahan di wad -"
"What?!!"
Kini semua mata menoleh ke belakang , melihat Alexander Ivan yang kini masih terkaku di anak tangga.
Hayden tampak kekok, tambahan pula kini dia teringat semula tentang pertemuannya dengan orang yang sepatutnya mati namun hidup. Dan sihat seperti orang biasa. Segera dia melarikan matanya dari Alexander, tidak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya itu.
Alexander menatap kosong tubuh gadis yang kaku di atas katil pesakit itu. Matanya dilirik pula pada nanny yang sedang duduk di salah satu kerusi di sisi katil itu. Manakala, Hunter duduk di atas katil , di sisi tubuh kakaknya. Tangan pucat gadis itu jelas digenggam kuat oleh adik lelakinya. Biarpun lelaki itu tidak menangis mahupun meraung namun dia tahu jiwanya memberontak ingin melepaskan amarahnya pada pemandu langgar lari itu. Anak mata anak muda itu jelas kemerahan.
Pintu yang dibuka dari luar membuatkan semua mata tertumpu pada Hayden yang berkot putih. Lelaki itu menapak perlahan mendekati katil pesakit. Matanya melirik tubuh Kelly sebelum naik melirik Hunter yang juga sudah bangun dari katil itu.
"We need to talk-- Hunter..sebab kau ahli keluara terdekat pesakit." Senada sahaja suaranya.
"Dia tak apa-apakan Hayden? Huh? " jelas nanny merisaukan gadis itu. Zu Er bertindak mengusap bahu wanita itu , cuba menenangkan hati itu.
Alexander turut melirik Hayden, inginkan jawapan jua meski dia tampak lebih tenang berbanding yang lain.
Hayden diam. Matanya sayu. Hela berat dia lepaskan. Anak matanya naik menemui Hunter yang kini menatap penuh harapan padanya. Jelas, beban di dadanya makin bertambah.
Cermin bulatnya ditolak ke atas akibat terlorot tadi.
"-I' m afraid to inform that--miss Kelly Ellison might-- temporary blind or worst--"
Kesemua manusia terdiam dan terkebil-terkebil melihat Hayden. Hunter yang pertama menapak ke depan.
"Kau ulang balik apa kau cakap tadi-"
Hayden terdiam. Meski sudah biasa dengan keadaan sebegini malah lebih teruk jika berlaku kematian, namun...ini berkait rapat dengannya..gadis yang terlantar di atas katil itu dikenalinya. Malah duduk satu rumah.
Hela berat dihela.
"Temporary blind or--" belum sempat dihabiskan ayatnya kolar kot putihnya sudah dicekak kasar oleh Hunter. Urat hijau mula timbul di balik leher anak muda itu. Matanya semakin merah. Xavier yang berada di situ dengan pantas menahan tubuh Hunter dari terus menyakiti Hayden.
Air mata anak muda itu akhirnya tumpah jua.
Esakan kecil juga terlepas dari anak tekak lelaki itu menambahkan keheningan dan kesayuan suasana di wad VVIP itu.
"Kakak--" serak halus sahaja suara anak muda itu menangisi keadaan darah dagingnya. Seakan tidak percaya hal ini berlaku pada Kelly sedangkan semalam semuanya baik-baik sahaja. Tidak disangka dalam 24 jam dia diberitahu bahawa gadis itu bisa hilang penglihatannya akibat kemalangan ini. Sungguh perit untuk ditelan kenyataan ini baginya.
Alexander terdiam. Dadanya turut sama mengulit rasa perit, beranyamkan kesedihan yang dibaluti benang-benang penyesalan. Sesal kerana melayan gadis itu dengan dingin selama beberapa hari ini. Niat di hati hanya mahu menjauhkan hati dari terluka lagi. Hanya ingin menjaga dan merewat baik-baik hati yang sudah lama terluka ini. Namun, ini pula yang berlaku. Jiwa lelakinya merintih sesal dalam diam. Dia hanya menunduk menekur lantai. Sesak dadanya tika ini. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya sambil kedua tangannya menggengam kuat di sisi kakinya.
Maafkan aku
Tbc
Vote
Comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top