15

Escaped : Hold Me Tight

Chapter : 15


Its was a beautiful life when there was you and me




______________________________




Kelly Ellison


Daun pintu ku tekap dengan tapak tanganku. Bibirku bergetar bersama cecair hangat yang bergenang di birai mataku. Ku pejam kedua mataku cuba membuang segala ingatan memeritkan itu dan menghilangkan suaranya dari benakku.


Pedihnya hingga ke jantungku ,masih terasa lagi di dadaku yang memberat ini bukan kerana beban namun hanya terguris dek kata-katanya.





Sejurus sahaja perjumpaan kami dengan King yang juga---merupakan anak saudara pada Alexander...kami pulang ke rumah. Seperti biasa..tapi---ada sesuatu yang berubah..

Layanannya berubah. Percakapannya berbeza. Pandangan matanya juga---dingin.


Ku ketuk pintu biliknya petang itu,cuba baiki apa yang terjadi ..biarpun aku tak tahu andai itu salah aku.


"Apa yang kau nak?" Selarnya sedikit kasar. Matanya merenungku tajam dari muka pintu. Tiada senyuman di wajahnya. Tegang dan dingin.


Tangan aku genggam kuat cuba mencari kekuatan buatku bersuara. Matanya ku tatap lembut meski tatapan tajam jadi balasan buatku.


"Kau bisu ke apa?! Kau nak cakap apa ?! Aku ada banyak kerja tahu tak?!!" Dia memusingkan tububnya meninggalkan daun pintu bilik itu terbuka luas manakala dia sudah melangkah laju ke meja kerjanya.




Aku menapak masuk perlahan-lahan. Mendekati dirinya. Bibir aku kemam lantas ku berdiri di sebelahnya.

"Kau nampak sendirikan kerja aku berlambak-lambak so, boleh cepat tak?! Aku tak ada masa nak layan kau!"


Mataku melirik sekilas kertas-kertas yang berada di atas mejanya. Tidak tersusun. Dengan ada kertas yang digumpal-gumpal.



"---saya cuma risaukan awak--" ku tutur perlahan seakan berbisik. Ku lihat tangannya berhenti sejenak menyelak kertas kerjanya namun tidal sampai sesaat tangannya kembali semula bekerja.


"Ada aku suruh kau risaukan aku ke? "


"Bukan itu maksu--"



"Kau sedarkan kau tu babysitter kat sini? And tugas kau jaga baby Blair..so--jaga sikit batas kau boleh? Even aku bukan majikan kau yang sebenar but still---aku dikira orang atasan kau juga--" sinis suaranya di telingaku. Nadanya juga dingin. Buat aku---berfikir dua kali sama ada dia benar-benar Alexander yang aku kenali.



Matanya naik melirikku tajam. "Kalau kau fikir there was something between us after that help that I asked you before--its no and never. Please take noted. That was nothing. Lagipun, consider sebagai kerja sebab aku bayar juga upah kau jadi PA sementara aku. "



Aku diam sambil tanganku genggam kuat. Matanya ku tatap dengan harapan aku dapat lihat sesuatu dalamnya..kebenaran sebenar...namun..yang aku lihat hanya tatapan kosong yang tiada rasa.. tiada emosi di dalamnya. Hanya...kekosongan.



"Ada apa-apa lagi kah kau nal cakapkan? " soalnya sedikit kasar sambil matanya kembali jatuh pada kertas kerjanya.



"Tak-"


"Good, kau boleh keluar dari bilik aku sekarang." Tangannya kembali menyelak helaian kertas itu.


Ku tahan nafas beratku dan perlahan-lahan aku menapak ke arah daun pintu biliknya.



"Wait-"


Langkah ku terhenti. Aku tidak menoleh terus padanya hanya tubuh ku pegun. Ada jarak di antara kami. Ku dengar derap langkahnya di belakangku hinggalah tubuhnya menjadi tatapanku. Sebelah tangannya memegang tombol pintu.


"Never step in my room ever again- aku tak suka. " tegasnya sambil merenungku tajam. "Just focus on your damn job and leave me-" matanya bosan merenung anak mataku. Aku rebah. Bukan tubuhku tapi hatiku.
Seakan aku tersedar selepas terpijak duri yang melukakan telapak kaki ku.



"Hubungan kita hanya sebagai majikan dan pekerja. Never try to step on the boundaries."



"Kau dah boleh keluar dari bilik aku-" selarnya bila mana aku masih terpaku di situ menatapnya.


Ku tundukkam wajahku kerana --ku rasakan aor hangat bertakung di birai mataku. Dengan pantas aku menapak keluar dari biliknya. Hanya setapak baru aku keluar dari biliknya terus sahaja aku dikejutkan dengan hempasan pintu bilik itu.



Apa sebenarnya yang berlaku Alexander? Atau...memang saya yang salah sebab menaruh harapan terlalu tinggi pada awak.. atau..memang sejak mula saya yang bersalah?








Alexander membuka kelopak matanya perlahan-lahan lantas tubuhnya mengiring ke kiri sambil tangannya mencapai telefon pintarnya. Jam ditilik dari matanya yang keletihan itu.

3 pagi


Lelaki itu lantas mengeluh sebelum dia bangun lalu tubuhnya disandar pada kepala katil. Rambutnya yang kehitaman itu seraya diraup kasar.



Matanya perlahan-lahan jatuh pada geleng perak yang dipakainya di pergelangan kirinya. Ukiran nama gadis itu jelas terpahat indah dengan kaligrafi yang indah..seindah namanya buat hati milik lelaki itu.


"What should I do..angel?" Lemah suaranya menyoal diri sendiri.  Ibu jari mengelus halus ukiran itu sambil matanya menatap sayu nama itu.


"If only you are here..by my side....if only..." serak halus suaranya.







Seorang wanita berwajah kacukan Jepun meletakkan jambangan bunga putih di atas pusara gadis yang dia tidak kenali itu. Namun, dia tahu gadis ini seorang yang penting buat anaknya... pelengkap jiwa puteranya itu. Pemanis buat menghilangkan kepahitan hidup anaknya. Anak yang ditinggalkannya gara-gara masa lalu yang tidak dapat diubah lagi. Hilangnya peluang untuk dia merawat anaknya hingga dewasa ..gara-gara keputusan terburu-burunya tanpa memikirkan perasaan anak kecil itu. Darah dagingnya sendiri.


Tangan wanit itu mengelus halus ukiran nama gadis itu. Nina Swatch.




"I'm a bit late..is'n it?" Bibirnya menyungging pahit. "---otherwise I'll got to see you...to know you----the only girl that captured my son's broken heart... "

"--thank you---" sebak dadanya tika itu. Air matanya mengalir laju. Menitis setitis demi setitis ke atas tanah pusara yang ditumbuhi rumput yang dirapikan itu.


"Thank you for being there for him...thank you for your love for him... Your time for him
..the things that I can't give him.... thank you for making him smile...because I've stole them from him ... We might not know each other but I know...you are an amazing girl..the angel of my  little prince.. rest in peace...my daughter..."





Sunglass dipakai semula lantas wanita itu berpusing namun matanya terpaku pada figura dihadapannya yang turut pegun.





"--auntie-"


Wanita itu terdiam. Matanya menatap sayu lelaki muda dihapannya itu tika itu.


"Hayden-"









Kelly Ellison


"---miss?"


Tersedar aku dari lamunanku. Mataku melirik pekerja Starbuck itu sebelum jatuh pada minumanku yang sudah siap. Segera aku ambil lantas keluar dari situ. Hela berat aku lepaskan sejurus aku menapak keluar dari situ.

Entah mengapa sejak dia berubah aku jadi tidak keruan. Hati aku berbolak balik. Kerap kalinya aku berfikir akan salah silapku padanya hingga dia berubah sebegitu. 



Jujur ku katakan, ia perit bila mana dia bersikap dingin denganku. Jujur ku katakan.. aku sukakannya.. bukan...aku jatuh hati padanya. Aku jatuh hati pada sikapnya..pada senyumannya..lirikan matanya...rajuknya saat diusik oleh Stevan dan Hayden. Tawanya yang kedengaran seakan muzik indah di telingaku. Indah seakan alunan puitis piano.



Tanpa ku sedar, telingaku menangkap deruan enjin dan bunyi hasil geseran tayar yang berdecit dengan jalan bertar. Namun saat mataku melirik ke sisi --- aku sedar aku lewat.







Tbc
Vote and comment
~~♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top