13




Escaped: Hold Me Tight

Chapter: 13

______________________________

Kelly Ellison

"---sure , this cooperation will give benefits to the both of us--"

Aku sisipkan sedikit airku lalu pantas mengukirkan senyuman buat client Alexander. Mr Polland menundukkan sedikit wajahnya seakan menggangguk sebelum berjabat tangan dengan Alexander lalu pamit. Tubuh lelaki lewat 50-an itu ku kerling melalui ekor mataku sebelum ku bawa melirik Alexander di sisiku.

Hela berat dia lepaskan sambil menyisip minumannya mata dijeling padaku. Keningnya menjungkit garang.

"Kau pandang apa?"

Bibirku kemam. Lalu mendesis kuat. "--haih...nak cakap kesian..tak sesuai pulak ayat tu ngan awak...nampak..---lem-bik pula kan nanti"  kata-kataku pantas buat dia terderdip-kerdip kelopak matanya. Pegun.

"Lem apa kau cakap?"

Tawaku meletus. Aduhailah.. dia ni memang boleh jadi bahan lawak aku.

"--lem apa yang awak nak..lembu? Lembing? Lemak? Lempang..ha..cakap cepat nak apa.."  usikku lagi menambah suasana. Ku lihat dia sudah ubah posisi duduknya. Gelisah .

"Lempang kau cakap?-- kau--" jari telunjuk dia tunjukkan di depan wajahku. Nampak comel.

"Ke awak nak Lem.chu?" Tiba-tiba ku utarakan perkataan aneh itu. Melihatkan wajahnya yang kebingungan buat aku gela nafas lega. Fuh..nasib otak Iq tak setinggi aku.

"Lem.chu tu apa? Aku tak pernah dengar pulak perkataan tu---kamus dewan mana kau guna ni?" Selarnya tak puas hati.

"Rah.sia-" cantasku segera lantas ku habiskan cebisan kek coklatku yang terakhir.

"Tunggu kau bila aku dapat tahu maksud dia." Ngomelannya ku sempat tangkap meski halus sahaja kedengaran. Ku lirik dia yang sudah menguis-nguis kudapannya dengan garfu.

Comel! Lem.chu. Tu perkataan aku sendiri. Lempang then chu~~♡



King menyeluk poket seluarnya lalu Iphone ditekapkan ke telinga. Panggilan pada mulanya tidak terjawab namun bila dibuat panggilan kedua barulah diangkat.

"Ya, boss--"

"Kau dekat mana--jangan ingat boleh lari dari aku--"

"Saya tak kan lari dari boss--boss lubuk duit saya juga-"

"Hum---aku--" kata-kata King tergendala bila mana matanya tiba-tiba ternampak seorang lelaki yang amat dikenali sedang duduk di sebuah kafe bersama seorang gadis.

Dikecilkan matanya bagi mengecilkan skop penglihatannya di samping memberi fokus yang lebih tinggi. Senyuman sinis terbit di bibirnya. Wajah disengetkan lantas matanya beralih dari Alexander kepada gadis yang bersama lelaki itu. Gadis berambut pendek itu ditilik lama seakan cuba menyimpan wajah itu dalam ingatannya. Benaknya sudah menghasilkan rancangan gila.  Melihat bagaimana gadis itu dan Alexander berbual tawa buat lubuk hatinya perit bagai ditusuk pedang Jepun. Menyiat isi dadanya. Tambah bila kelihatan Alexander bahagia sahaja meskipun lelaki itu tidaklah tersenyum lebar sebagaimana bersama gadis kesayangannya dulu.. Nina..Nina Swatch.

"Boss?"

Tumpuan King terganggu. Pantas dia menukar arah, Iphone ditekap ke telinga lain. Kakinya menapak ke arah kereta yang terparkir di sebuah kedai ayam goreng.

"Aku ada tugas baru untuk kau-" tangan kirinya membuka pintu lereta mewahnya namun terhenti seketika. Dia menoleh semula ke belakang. Melirik pasangan itu kembali. Senyuman sinis melirik di bibirnya.

"---jumpa aku di pejabat-"

"Baik boss-"

Talian dimatikan sekelip mata. Pintu kereta  itu kembali dibuka lantas dia memboloskan diri ke dalam perut kenderaan mewah itu.





Tunggu comeback aku...Alexander...uh..and hye..my....new victim..











Kelly Ellison

Lenganku ditarik Hunter lantas tubuhku diheretnya ke bilik tidurnya. Pintu ditutup rapat sebelum dia melirikku tajam. Lantas aku menyilang kedua tangan ,rapatkan ke dada.


"What?"

"What kau tanya? !" Sergahan Hunter buat aku terdiam. Terkebil-kebil aku merenungnya yang sedang marah. Naik turun nafasnya.


"Kenapa ni Hunter?" Lengan kekarnya cuba aku sentuh tapi sempat dijauhkannya. Dia berundur beberapa tapak sambil mata merenung tajam diriku.



"Kenapa tak cakap kau jumpa lelaki sial tu?" Selarnya sedikit hampa nada suaranya.

Aku diam. Tahu benar siapa lelaki itu. Asher.
Hela berat aku lepaskan sambil mata menatap anak matanya yang penuh dengan pelbagai emosi. Bercampur aduk.


"---Hunter...let bygone be bygone. Forget bout it ok? --"


"No way Kelly!! Tak kan pernah!!" Marahnya ,naik seoktaf suaranya itu.


"---dia cakap apa kat kau? Hun? Dia hasut apa kat kau?!!"  Kini bahuku dipegangnya.



"Hunter relax ok-- dia dah berubah..trust me-" ku cuba pujuk dirinya yang diamuk dendam masa kecil.


"--dengar aku kelly--jangan.dekat.dengan dia! Jauhkan diri kau dari dia walau apa cara sekalipun!!"



"Hunter--"

"Kau tak tahu macam mana cara dia pandang kau selama ni---aku lelaki aku tahu apa maksud pandangan tu!!! Jadi--please...jauhkan diri dari dia...kau satu-satunya kakak aku..darah daging aku. Please." Suaranya semakin perlahan dan kelam buat aku terdiam sejenak. Jelas di matanya ada sinar kerisauannya padaku.



"Janji dengan aku kelly!" Sentap dirinya buat aku sedar bahawa dia serius. Dan hal yang diajukannya sebentar tadi adalah serius dan dan tidak main-main.


Akhirnya,aku angguk juga. Biar dia tenang  sedikit. Bahunya yang tadinya tegang kini mulai mengendur tanda dia bertenang. Ku lemparkan senyuman padanya biar emosinya lebih stabil.



"Kau betul-betul janji kan--"soalnya minta kepastian. Lekas sahaja aku mengiakannya. Bahunua ku usap perlahan memberi kepastian yang lebih buatnya.



"Janji. " balasku lagi. Melihatkan dirinya yang sudah tersenyum lega buat aku juga terasa gembira. Lega hati ini menatap senyuman kecilnya.










Alexander Ivan




Jemarinya yang tekun menaip di papan kekunci terganggu dek ketukan pintu yang bertalu-talu. Lemas ,dengan segera dia memulas tombol pintu lantas daun pintu ditolak kasar oleh pelaku di luar. Hayden menjengul wajahnya dengan sengihan.




Jelingan Alexander berikan lantas lelaki itu kembali semula ke meja kerjanya. Duduk menghadap laptopnya kembali. Hayden yang sudah melabuhkan duduk di birai katil sambil mata meliar ke sekitar.




"Plain gila bilik kau ni-"



Alexander buat endah tak endah. Malas untuk melayan sahabat baiknya itu. Ada sahaja modal untuk dirinya diganggu . Sudahlah dia lagi sibuk dengan kerjanya.



"Apa kata kau bagi aku hiaskan bilik kau ni--"



Alexander berhenti menaip. Dikerling sekilas pada Hayden yang sudah meliar melihat biliknya. Pasti di benak lelaki itu penuh dengan idea bagi mengubah suai biliknya yang agak kelam itu.




"Aku rasa kau doktor bukan penghiasa dalaman-"


Hayden terdiam hanya matanya melirik sinis pada Alexander yang berada di hujung bilik. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Alexander.



"Aku ni kreatif kau tahu..bukan sebarang doktor tahu..nak jahit pesakit pun kalau boleh kena ada seni!" Entah mengapa kedengaran aneh di pendengaran Alexander sehingga lelaki itu bisa tersenyum nipis. Ada sahaja Hayden ini.




"Senyuman tu---maksudnya kau bagilah en?"  Pintas Hayden sebaik menangkap senyuman nipis Alexander.



"Suka hati kaulah-" selar lelaki itu lantas menyambung semula kerjanya di hadapan laptop berlambang apple digigit itu. Hayden sudah tersenyum lebar lantas diliril seluruh bilik itu. Jemarinya juga turut sama melukis di angin lalu melakar idea di fikirannya yang penuh seni itu.





Tbc
Tq readers...haha...perlahan-lahan plot saya edit...happy reading.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top