10


Escaped: Hold Me Tight


Chapter: 10





Be careful for what you wish,it might a curse.












Kelly Ellison




Di meja makan, mata ku lirik Alexander yang bermuka masam. Betullah,malam ni jugak dia datang sebaik dengar Stefan balik.



Bila teringat semula insiden tadi,membuatkan senyumanku melebar. Geli hati dengan sikap Stefan dan layanannya pada Alexander.







"Aku---terlambat---" Alexander mati akal bila menapak masuk ke dalam ruang tamu. Matanya hanya menikam lelaki yang sudah berdiri dan mendepakan kedua tangannya ingin menyambut kepulangan Alexander. Stefan laju sahaja mendapatkan Alexander yang sudah membulat matanya.





"Bunnnny!!!" Jeritan lelaki Stefan lantas membuatkan seisi rumah ketawa besar namun tidak Alexander yang sudah terkial-kial dalam pelukan Stefan. Sudah gaya peluk teddybear rupanya.





"Le--lassss---" tersekat-sekat suara Alexander yang kelemasan. Stefan terus memeluk adik tirinya dengan penuh khusyuk. Almaklumlah,rindu sangat.



Beberapa ketika,tubuh Stefab berjaya ditolak oleh Alexander yang sudah memerah mukanya.






"Lor-- merahnha bunny aku ni--" kini Stefan mengusik pipi Alexander pula mengundang tawa seisi rumah sekali lagi. Aku lihat madam sudah menggelng-geleng kepalanya sambil menyeka tubir matanya.





Alexander segera menepis tangan Stefan sebelum hinggap ke pipinya. Dia berundur beberapa tapak menjauh. Jari telunjuknya diangkat lalu ditunjuk pada Stefan.





"---kau--ni tak berubah-berubah lah!!" Semakin merah wajah Alexander sebelum matanya meliar ke arah kami yang berkumpul di ruang tamu. Bibir bawah dipagutnya ,malu.





Stefan sengih lantas kepala Alexander diserabutkannya sengaja. "Lain kali lari lagi dari abang kau--" selarnya dalam nada mengusik lagi.





Alexander hanya menjeling Stefan sambil mencebik. Kelihatan sangat comel melihatkan dia dalam situasi begini... Sisi yang lain daripada sisi tegas dan gelapnya...sisi yang comel.







"---kau gelak pa?" Selar suaranya membuatkan pandanganku beralih dari pinggan padanya.




Wajah Alexander tajam menikamku,pastinya dia tahu aku memikirkan insiden memalukannya tadi.



"-tak ada apa-" balasku sambil ku lirik madam yang berada di hujung meja.




"Entah kau ni--biarlah dia nak senyum gelak pun--tak kan nak nangis waktu makan kut--" selar Stefan yang duduk di sebelahnya. Aku senyum lagi. Teringat sesi berebut kerusi antara Alexander dengan Stefan. Stefan bersungguh mahu duduk sebelahnya manakala dia bertegas tidak mahu. Merayu jugaklah dia pada Xavier tadi nak tukar tempat duduk. Xavier pula ambil inisiatif untuk diam sahaja seakan mahu sama-sama melihat dia menderita.





"Nah---makan ni--"

Aku lirik Stefan yang menyenduk lauk daging masak merah pada Alexander. Bersungguh dia jaga adiknya itu.



Alexander pula hanya membiarkan,dengan gaya sombong dia makan juga lauk yang diambilkan oleh Stefan. Comel!




"---ex sayangku,  tambah lagi lauk tu-" terbelalak juga aku bila Stefan menjuih lauk pauk padaku. Bibirku ketap kuat. Tak habis-habislah dia ni..usik Alexander seorang sudahlah!!




"--ex?" Soal Alexander dengan jelingan tajamnya menikamku sebelum dia melirik Stefan di sisinya.



Stefan hanya menyengih bak kernag busuk. Udang yang sudah siap dibuang kulit dia letakkan ke dalam pinggan Alexander.




"Makan-" ajunya pada Alexander mematikan perbualan kami. Alexander cebik lantas menikam udang iti dengan garfu sebelum dimasukkan ke dalam mulut.





"Sedap?" Pertanyaan Stefan dibalas hanya dengan sekali anggukan dari si adik.
Pasti zaman kanak-kanak mereka penuh dengan kasih sayang kan-- tak macam aku  ...







"--Kelly,tambah lauk tu lagi-" aju madam padaku. Ku hanya balas dengan senyuman sebelum ku gelengkan kepala. "--dah kenyang madam-"





"--sikitnya you makan--dulu waktu dengan I banyak jer you makan...diet sebab frust dengan I ker-?"




Sekali lagi Stefan memalukan aku di meja makan. Sengaja dia ni. Belum sempat aku nak membidas,madam sudah menyelit.




"----dah kamu pun kuat makan,mana taknya...melantak jer kerja--"





Ha ha ha! Padam muka kau!
Stefan ku lihat sudan mencebik manja dengan matanya yang sengaja buat-buat terkebil-kebil melihat madam.







"---nanny tahu tak saya--tak cukup makan sebenarnya...kalau tidak masakan nanny yang masuk perut saya..rasa macam tak makan apa---makan tak kenyang--" dengan cebikan mulutnya.





"Nak muntah aku wey!" Selar Alexander.




"Nak muntah?!! Perempuan mana yang dah mengandungkan adik aku ni--huh?" Usikkannya kali ini berjaya memeriahkan meja makan dengan tawa yang panjang. Hayden sampai menepuk-nepuk meja makan sambil ketawa terbahak-bahak. Zu er pula hanya ketawa kecil sambil dia mengelap sisi bibir Hel yang comot biarpun dah besar panjang. Hel hanya ketawa dan membiarkan ibunya mengelap bibirnya. Tersenguk-sengguk kepalanya tertawa.







Alexander Ivan





Selepas makan malam, aku bawa diri ke bilik ku. Aku labuhkan punggung di kerusi piano. Key-key piano itu ku mainkan sambil ku pejamkan mataku.





selepas beberapa saat,ku buka kelopak mataku perlahan kerana ku rasakan kehadiran abang kesayangan aku tuh-




Bibirku mengeluh pendek. "--nak apa?"




Aku dengar derap langkahnya di belakang telingaku,lantas aku pusingkan kepalaku. Dia duduk di birai katilku.




"---kau ingat dia lagi--" soalnya lemah.



Segera aku palingkan wajahku. Kembali aku mainkan piano.




"Move on Alex-"



Ku pejamkan mataku saat terasa pedih mendengar ayat itu. Dadaku pedih. Senang untuk dituturkan kata-kata itu. Tapi aku yang merasai sendiri keperitannya.




"---tentu dia sedih tengok kau macam ni--"




Kelopak mata aku buka ,melirik ke piano di hadapanku. Tanganku muatkan ke dalam poket seluar lantas aku berdiri. Menapak perlahan ke arah balkoni.





"---kau tak rasa apa yang aku rasa--" satu-satu aku tuturkan kata-kata itu sambil mata aku pandang ke luar balkoni. Menikmati pemandangan malam.




"---setiap malam aku mimpikan dia--angel aku---"



Bulan sabit yang terang menyinari kepekatan malam itu aku pandang sayu.




"---senyumannya...tawa dia..semua kenangan kami..waktu di juvana..semauanya masih segar di fikiran aku---" kepala aku geleng sekilas. "----tak mudah aku lupakan macam tu ja-"




"---aku tak minta kau lupakannya---dia sentiasa ada di hati kau--cuma kau perlu teruskan hidup---cari kebahagian kau sendiri dan bukan hanya hidup dalam kenangan silam--"



Senyuman pahit meniti di bibirku. Perlahan-lahan aku bawa naik tanganku ke langit. Aku tangkap bulan sabit itu dengan dua jari aku.




"----aku tak berhak bahagia atas ----pengakhiran hidup Nina---" bibirku pagut lemah. "----kebahagian aku dah musnah---saat Nina ---hembuskan nafas terakhirnya di pangkuan aku--- jantung aku hanya berdegup untuk terus hidup-- I live because I can't die---- "















Kelly Ellison

pusara asing itu aku pandang kosong. Aku lihat Hayden sudah mencangkung di sisi pusara itu. Mataku lirikkan ke namanya yang terukir di marmar hitam itu.



Dalam kesamaran cahaya bulan, aku baca namanya.




Nina Swatch



Aku masih bingung mengapa madam suruh aku menjaga pusara ini. Katanya, wanita ini salah seorang yanh terpenting dalam keluarga mereka. 


Jadi,fikirku..mungkin wanita bernama Nina ini ahli keluarha terdekat mereka.



"Nina---I bawa someone new in our family---Kelly--" suara Hayden tertahan-tahan. Jelas kesedihan terlakar dalam nada suaranya. 






Aku hela nafas panjang sebelum 'memperkenalkan diriku' pada Nina.
"Selamat malam cik Nina-- saya Kelly, penjaga kepada baby Blair." Senyuman ku ukirkan.




Hayden mengelus marmar yang terukir namanya. Mataku melirik bunga-bunga yang layu di atas pusara itu. Kebanyakkannya bunga-bunga biasa namun hanya ada sejambak sahaja bunga baby breath di pusara itu.  pasti dari seseorang yang istimewa.




"----Nina---I harap you bahagia di syurga---sebab itu memang tempat tinggal you pun---kan ..you angel ..."
Hayden menyeka tubir matanya seraya tersenyum pahit. "His angel....our angel..you tahukan kami tak akan lupakan you-- especially him...so..please...tolong 'beritahu' dia supaya teruskan hidup macam biasa...and be happy....dia tentu dengar cakap you---I minta sangat pertolongna you--- tentu you pun nak tengok dia happy kan Nina?"



Mata Hayden jatuh pada jambangan bunga babybreaht yang kelayuan.
"----I bet you suka babybreath..sebab tu lah dia bagi you bunga ni kan?" Tangannya menyentuh lembut jambangan bunga itu. Senyuman pahit menekur di bibirnya.






"Rest in peace..Nina-"






To be continue

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top