Special Chap | Ayrez Hernandez's side story

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mengalunkan rambut sang lelaki yang elok tertidur di bawah pohon yang rendang. Rambut hitam keunguannya berkilat cantik. Bulu matanya sedikit lentik keatas. Dadanya naik dan turun dengan tenang sekali.

"Hurmm..? Kat sini awak rupanya Ayrez."

Mata dibuka perlahan-lahan. Iris merah jambunya, mencari empunya suara. Segaris senyuman diukir.

"Kau buat apa dekat sini Red? Anak-anak macam mana?" Soal Ayrez apabila sedar kedatangan isterinya tanpa anak-anak.

Wanita dengan rambut merah delima, menghampiri lalu melabuhkan duduk di sisi suaminya. Kepala direhatkan pada bahu sang lelaki sambil tangan bermain dengan jemarinya.

"Alice berlatih dengan dua anak murid awak. Crimson dan Azure pula bermain berdua. Macam lah awak tak kenal dengan dua teruna tu."

"Bermain di dunia lain?"

Red mengangguk.

"Dah awak ajar macam mana nak rentas dunia dan dimensi, mana lah diorang nak duduk diam. Hurm.."

Ayrez menyengih. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.

"Dah lebih beratus tahun kan? Sekarang kita dah ada anak pun.." Bisik Ayrez lalu mengusap perut isterinya.

"Hurmm. Dan mungkin akan ada lagi di masa akan datang. Waktu tu, biar saya kasi nama. Last awak bagi, still guna warna. Awak memang teruk bila kasi nama dekat orang."

Ayrez mencebik. Bukan salah dia. Lagi pun, cool apa Crimson dan Azure? Tak ada lah pelik sangat.

"Alah, pelik pun kau suka apa? Nama kau contohnya. Red Flame. Haa!"

Red tersenyum lalu ketawa dengan wajah bangga suaminya. Tangan naik mengusap pipi Ayrez lalu di cium lembut.

"Iya lah abang. Iyalah. Awak bukan sempurna. Lebih-lebih lagi otak awak."

"Betul tu. Nanti dulu, apa maksud kau dengan otak aku?"

"Mana ada saya cakap otak awak."

"Tak, aku bebetul dengar. Kau nak kata otak aku ada masalah kan?!"

"Haa.. Tajam betul telinga."

"Red!"

Red sekadar senyum halus sambil tangan membelai pipi suaminya. Lelaki itu pula mencebik seketika sebelum ketawa kecil.Ayrez melabuhkan ciuman di pipi Red. mesra sahaja keduanya sebelum baring bersama di atas rumput. Tangan pula bertaut. Mereka saling berbalas pandangan.

"Saya gembira awak jumpa saya Ayrez.." Luah Red mendapat senyuman lebar Ayrez.

"Dan aku gembira, kau gadis pertama aku jatuh cinta."

"Iya ke? Bukan awak dulu suka orang lain?" Usik Red mengundang bunyi tidak enak Ayrez.

"Tapi aku kena reject kan? Lagi pun, aku tersilap fasal perasaan aku. Aku anggap dia sebagai adik sebenarnya." Cebik Ayrez apabila mengingati memori memalukan itu.

"Hehe. Saya tahu. Saya cuma rindukan mereka yang pernah travel bersama kita dan juga waktu pertama kali kita berjumpa."

Ayrez berdiam diri untuk seketika. Tidak akan pernah dia lupa dengan semua kenangan lalu. Lebih-lebih lagi sewaktu dia bertemu Red. Sejak tu, personaliti dia agak berbeza. Dan-dan bibirnya tersenyum kelat.

"Bila difikirkan balik, perangai aku yang dulu memang tak matang.."

"Awak bila aje matang?"

"Hey! Aku yang sekarang lagi baik daripada dulu!"

"Haha. Ya, masa kita pertama kali jumpa tu.." Red mula membuka cerita. Mindanya mengimbas kembali kenangan lalu..

Beberapa ratus tahun dahulu..

SLASSHHHHHHHHHHH!

KKTAANNGGGGG!

"AYREZ HERNANDEZ!!"

Ayrez yang baru sahaja berusia lebih kurang 200 tahun, hanya tersengih sinis. Kakinya elok mendarat diatas sebuah pokok berdekatan sebuah hutan yang terbakar dengan api yang marak. Dihadapannya, seekor mahluk pelik berwajah biawak, jelas bengis menatapnya.

"Heh, kau tak perlu jerit nama aku, Hart. Kau tetap tak akan boleh tangkap aku."

Hart mengetap gigi.

"Jahanam! Kau sepatutnya kerja di bawah aku! Aku bayar kau Ayrez Hernandez!"

"Iya?"

Ayrez menyengetkan kepalanya seakan berfikir sebelum ketawa kecil. Dengan gaya bersahaja, dia mengeluarkan segulung kertas yang tersimpan kemas dalam bajunya. Mata sengaja dibulatkan.

"Betul lah! kau betul-betul dah bayar aku mengikut kontrak ni!"

Dengan selambanya, kontrak itu dikoyakkan oleh Ayrez sebelum terbakar menjadi debu. Mata Hart terbelalak tak percaya.

"Kau.."

"Opps! Aku terkoyakkan! Hahaha." Ayrez membuat wajah sedih sebelum kembali ketawa. Wajah kemarahan Hart ditatap tanpa sesal.

"Maaf tuan Hart. Tapi kan.." Ayrez mengusap dagu dengan pandangan sinis.

" .. Kontrak aku dengan kau, tak pernah terjadi pun dan kau tak pernah bayar aku."

"Apa?! Tapi aku bagi kau duit yang banyak!"

"Ah, tsk tsk tsk.." Jari telunjuk, Ayrez goyang kiri kanan.

"Itu lah yang salah.."

"Huh?"

"Aku tak makan duit.."

Saat itu, muncul seekor mahluk berwajah buaya di sisinya. Badanya gagah bersama parut-parut daripada perang. Hart tergamam dengan kemunculan susuk tubuh itu. Tubuhnya menggigil dengan kemarahan.

"Kau.. Kau kerja dengan sial ni?!"

"Eh, suka hati dia aje kata 'pelanggan' kite ni sial." Cebik Ayrez.

" Oh, tak apa lah. Kau pun nak menempoh kesialan ni. Buat apa aku nak marah en?" Bidas si lelaki lagi bersama bahu yang diangkat selamba.

"Ayrez.." Panggil mahluk di sisinya itu.

"Ya Tuan?"

Hart melompong dengan layanan bersahaja Ayrez terhadap musuhnya. Jelas lelaki itu mahu memprovoke dirinya.

"Kontrak kau dan aku dah habis. Kau boleh beredar sekarang."

"Baik. Terima kasih untuk bayaran! Nanti guna lah aku lagi ya?" Sengih Ayrez sebelum menjeling Hart.

"Sebelum terlupa, bayaran aku bukan mata wang, tapi barang antik. Dude, buat apa aku mintak wang kalau aku sendiri dah kaya raya? Hahaha! Alright, adios!"

"Ayrez..! Ayrez..! AYREZ HERNANDEZ!!"

SLASSHHHHHHHHHHH!

SLASSHHHHHHHHHHH!

SLASSHHHHHHHHHHH!

Ayrez hanya memerhati daripada jauh. Langsung tidak menyesali perbuatannya. Mahluk berwajah biawak, mati dicincang tanpa belas. Bahu diangkat bersahaja sebelum menarik kerundung menutupi wajah.

"Kerja dekat dunia ni dah siap.. So, nak pergi mana lepas ni?" Ayrez menyoal selamba. Tak lama kemudian, sebentuk kristal bulat muncul dihadapannya secara mengejut. Hampir sahaja Ayrez menumbuk kristal itu jika tidak mengetahui fungsinya. Keluhan panjang terlepas jua.

"Damn brother. Suka guna cara mengejut untuk berhubung." Bebelnya lalu menyentuh kristal itu. Tidak sampai beberapa saat, muncul paparan seakan hologram. Lelaki dengan dua iris mata berbeza, tersengih menatapnya. Ayrez sekadar guling mata ke atas.

"Haa, kau nak apa pervert?"

"Itu perkara pertama kau tanya abang kau selepas tiga hari tak jumpa? That's hurt my feeling little brother."

"Your feeling, not mine. So yeah, I'm good."

"Geez, you and your mouth. Haiih, whatever. Ni kau dah settled belum kerja? Heira bising ni kau tak balik-balik. Kesian abang Aires kena bebel dengan kakak."

"Serius?!"

"Ya-"

"Kau buat apa lagi gila?! Rakam lah! Warhh! Ruginya aku tak ada dekat Yggdrasil!"

"Ayrez!"

Ayrez ketawa kecil dengan riak pening Arvie Hernandez, abang sedarah dagingnya.

"Relax. Aku nak jalan-jalan dekat beberapa dunia dulu. Nanti aku balik lah. Ah ni lagi satu, tolong jaga pokok bunga aku dalam bilik tu? Itu bunga purba. Cantik!"

"Kau ingat aku ni apa? Orang gaji kau? Aku cuma nak cakap apa yang-"

"I love you my dear big brother!"

"Serahkan semuanya pada aku! Hahaha!"

Terus talian terputus bersama Ayrez yang berwajah bangga. Ibu jarinya naik menggosok hidung.

"Mudah betul aku guna dia. Well, berguna jugak ada abang walaupun perangai dia agak pelik. Hahaha."

Ayrez tersenyum sebelum mengepal penumbuk.

"Jom jalan-jalan!"

***

"Tak jadi jalan-jalan.."

Wajah Ayrez berubah durja. Urat bengang timbul didahinya sebelum meramas rambut dengan kasar.

"Curse you my bad luck!! Where the hell i am now?!" Jeritnya tak puas hati bersama kaki yang dihentak seakan anak kecil. Matanya tajam pada sebuah gua yang agak besar dan gelap diatas sebuah bukit.

"Haa.. Aku yakin tadi tu jalan ke dunia Triplets. Apahal pulak boleh masuk gua ni?" Ayrez duduk bersama tangan yang bersilang di dada. Dahinya berkerut seribu.

"Betul ke aku ada masalah cari jalan ni? Nonsense! Aku dah banyak pergi pelbagai dunia. . . Yang mana aku tak sengaja jejak?"

Ayrez terdiam sendiri.

"Damn. Kebenaran memang menyakitkan. Sob.. Sob.." Ayrez menangis hiba. Namun, tidak lama kemudian, dia bangkit daripada duduk lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mungkin aku patut berjalan di dunia ni aje." Ujarnya bersama sengihan kelat.

"Grr..Grr.."

Ayrez tersentak dengan bunyi deraman itu. Batu kecil yang berada di tepi kakinya menggeletar seiring dengan tanah yang bergegar. Hati Ayrez mula tidak senang. Terus kakinya melangkah keluar daripada gua.

"Apa yang.."

GROWWWWWW!

"G'AHHH!!!"

Kaki lelaki itu terpasung pada tanah saat semburan api hampir sahaja membaham tubuhnya. Turun naik nafas si hantu dengan serangan yang entah daripada mana. Tangan naik mengurut dada sebelum mengepalnya menjadi penumbuk. Api-api hijau mula mengelilinginya bersama muka yang bertukar-tukar daripada tengkorak dan wajah manusia.

"Sial mana yang berani sangat nak cari gaduh ni?!" Jerkahnya. Sedaya upaya Ayrez cuba mengawal marahnya yang entah bila boleh tersembur.

"Huu.. Tenang Ayrez. Tenang. Kawal baran kau. Kang tak pasal segala jenis mak nenek carutan kau hambur. "

Setelah dirinya bertenang, Ayrez berdiri dihujung gua. Kepala ditunduk kebawah. Melihat punca daripada mana api tadi datang. Matanya mengecil pada sekelompok manusia berzirah yang mengelilingi seekor naga bersisik merah. Semburan api berada di mana-mana namun, tidak seorang pun yang getar untuk beradu dengan naga tersebut.

"Apa ni? Pemburuan haram? Waktu-waktu macam ni?" Ujar Ayrez sebelum menyilangkan tangan didada. Sebelah kening terangkat hairan.

"Pendek akal sungguh. Pagi-pagi macam ni sepatutnya relax minum kopi layan anak bini. Apa kebangang sangat memburu? Duhh, tak sayang nyawa." Bebel Ayrez sambil matanya memerhati adengan dihadapannya.

"Tangkap naga ni! Tuanku mahukannya hidup-hidup!" Laungan kuat salah seorang daripada pemburu itu, disambut kuat oleh anak-anak buahnya.

"Baik ketua! Ayuh mara!!"

GROOOWWWW!!!

Naga merah itu mengaum sekuat hati. Rerantai besi yang membelit dirinya, sedaya upaya dilonggarkan. Namun semakin dia mencuba, semakin kuat rantai itu membelit. Ekornya melibas-libas semua tubuh manusia yang menghampiri. Sesekali, apinya disembur secara membuta tuli. Darah merah yang menghujani rumput dan tanah tidak dipedulikan.

"Serang ekor dia! Kalau boleh, putuskan sahaja!"

"Baik!!"

GROWWWWWW!!!

BAMMMM!

"AKU DAH DAPAT!"

Ekor yang melibas tadi, ditangkap kemas oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Amarah sang naga semakin bertambah. Namun tidak sempat dia melakukan tindakkan, badanya dihujani anak panah! Ngauman kesakitan bergema di seluruh hutan!

"Cepat! Semua pegang ekor dan kepala dia!" Arah sang ketua.

Tidak sampai sesaat, tubuh naga itu terus dihempas dengan tubuh-tubuh manusia. Disebabkan rantai besi ditubuhnya, pergerakkan terbatas! Saat mulutnya mahu dibuka untuk menyemburkan api, manusia-manusia itu terus melompat pada kepalanya sehingga mulut naga itu tertutup! Sang ketua tersengih sinis apabila kakinya memijak mulut naga merah itu. Mata mereka saling bertaut.

"Heh. Aku dah agak. Naga betina lagi senang nak tangkap. Nak pulak yang mentah macam kau. Untung ni.."

Grrr! Grrr!

"Ah ah.. Shhh.. Kau jangan lah bising. Biar kami bunuh kau senyap-senyap aje okay? Estar."

"Ya ketua!"

"Putuskan ekornya."

Mata naga itu terbelalak tak percaya. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri, namun hampa, ikatan lilitan besi terlalu kuat! Ditambah pula dengan puluhan lelaki yang memegang tubuhnya, semakin sukar untuk dia melepaskan diri!

"Baik ketua!" Lelaki bernama Estar, pantas mengeluarkan kapak gergasinya. Semakin naga itu mengelumpur, semakin suka dia dengan tugasnya. Kapak diangkat tinggi.

GROWWWW!!

"MAMPUS KAU!!"

SLASHHHHHHHHHH!!!

Darah tersembur bagaikan pancutan air! Mereka yang melihat kejadian itu, terbelalak matanya! Kapak yang terangkat tadi, jatuh ke tanah bersama darah yang pekat!

"Manusia, kau bukan tuhan untuk menentukan kematian sesuatu mahluk."

"A-apa..?"

Naga merah itu terdiam tak percaya. Bukan ekornya yang terpisah dengan jasad, namun tangan pemuda tadi! Bukan sebelah, tapi kedua-duanya sekaligus!

"Aarghhhhhh!!! Tangan aku!! Tangan aku!!!"

"Geez, gegendang telinga aku boleh pecah macam ni."

SLASSHHHHHHHHHHH!

Kepala lelaki tadi melayang keudara hanya dengan satu libasan. Pedang berbilah merah,elok tersandar dibahu Ayrez yang muncul disaat akhir. Wajahnya jelas kebosanan. Mata merah jambunya, menjeling tajam pada mereka yang masih kaku melihatnya.

"Ah maaf. Aku terbunuh kawan kau semua. Tapi bukan salah aku. Dia yang bising." Dia berpaling pada mereka semua bersama sengihan.

"Tapi dia watak sampingan aje kut? Tak penting sangat lah kan? Tak payah lah pandang aku macam tu.. Pfft. Lawak betul seko-seko punya muka. Macam lepas sembelit. Hahaha."

"Bunuh dia.." Arah si ketua.

Ayrez terangkat kening.

"Pardon?"

"Bunuh jahanam tu!!"

"BA-"

SLASSHHHHHHHHHHH!

SLASSHHHHHHHHHHH!

BRAMMMMMMM!!

KRANGGGGGGGG!

"Ba apa? Babi? Dude, tak baik mencarut. Kau menghina binatang tu. Dia pun ada hati perasaan. Ish, Ish. Ish." Ujar Ayrez selamba sebelum menyahkan darah yang melekat dipedangnya.

"Urgh, darah. Yuks! Sorry my lover, aku tak sengaja kotorkan kau."

Mata sang ketua terbelalak tak percaya! Dalam sekelip mata sahaja, kesemua anak buahnya dicincang sehingga lumat! Serta merta si ketua melangkah beberapa tapak kebelakang dengan tubuh yang menggeletar. Anak matanya tidak dapat difokuskan dengan betul. Ketakutan menguasai dirinya.

"Hurmm.. " Ayrez mengusap dagu. Selamba sahaja dia berdiri dihadapan naga merah itu. Mata mereka bertaut bersama.

"Kau ni naga keturunan mana bodoh? Asal lembab gila lawan tadi? Kejap, ke kau ni cicak mutant aje? Mehh, tak hairan-"

BURNNNNNNN!!!

Terus naga itu menyemburkan apinya pada si pemuda sehingga hangus. Sakit betul hatinya apabila digelar bodoh dan cicak!

Ayrez terbatuk asap. Dirinya habis rentung dek semburan tadi. Bahkan rambutnya juga mengembang seakan kapas hitam! Urat marah timbul di kepalanya bersama tangan yang mengepal penumbuk.

"Setan! Kau nak gaduh ke?!"

BURNNNN!!

"WOI! Yang kau sembur lagi apahal?!"

BURNNNN!!

"HENTIKANNYA! AKU TAK-"

BURNNNNNNN!!

BURNNNNNNN!!

"Kau memang nak mati dengan aku cilake."

Sang ketua bagai tak percaya! Lelaki tadi tetap hidup walaupun sudah dibakar banyak kali! Langsung tiada kesan padanya! Sang naga juga bagai tak percaya! Siapa lelaki ni?

"S-sia-siapa kau?!"

Kepala Ayrez teralih pada sang ketua. Sengihan dibibirnya melebar. Perlahan-lahan tubuhnya terbakar sehingga menampakkan tulang belulang dirinya. Serta merta wajah ketua tadi berubah pucat tidak berdarah.

"Oho? Nampaknya lover aku terlepas seekor mangsa dia. Oh my lover, kan aku dah kata.." Tangan Ayrez membelai pedang merahnya.

"Kalau tarik nyawa, tarik semua. Haish.. Kau merajuk dengan aku ke apa ni? Sian lover aku ni. Kurang kasih sayang aku rupanya ya?" Soal Ayrez seakan pedangnya manusia. Mata merahnya jambunya, menatap si ketua.

"Kau tanya apa tadi? Aku? Aku hanya seorang pengembara.." Tubunya yang kini bertukar menjadi rangka bertulang, menghadap ketua itu. Mata yang tidak lagi memiliki bebolanya, menatap tajam pada lelaki itu. Api yang membakar bersama kerundungnya, jelas mengerikan!

".. Yang dah lama mati. Dan kini.."

Pedang merahnya diseru sebelum dijulang tinggi.

".. Aku hanya hantu. Hantu yang abadi, Immortal Ghost. Ingat dalam otak cetek kau tu!"

"ARGHHH! JANGAN-"

BRAMMMMMMM!!

***

"Oi, cicak tak guna."

Naga merah yang sudah terlepas tadi, merenung tajam pada Ayrez yang elok duduk diatas sebuah batu berhampiran. Pedang merahnya pula, elok tersangkut dipinggangnya. Sang naga yang kini elok berendam di dalam sungai, sekadar diam tanpa suara. Ayrez mencebik bosan.

"Aku panggil buat tak tahu aje. Layan lah aku! Aku dah jadi hero kau kan? Tak akan aku nak cakap dengan lover aku aje. Dia bukan mahluk duh.."

"Grr.."

"Ohoho.. Berani kau berderam huh? Eyy, ingat kau sorang aje boleh? Aku pun boleh lah! Ni jenis nak menerkam! Rawr! Rawr!"

"Growww!!"

"Hahaha!"

Ayrez ketawa dengan raut marah itu. Dek kerana geram, terus sang naga mengibas sayapnya sehingga air tersimbah pada si lelaki.

"Woi! Habis basah!"

Sang naga simpan senyum. Sedikit sebanyak, gelagat Ayrez agak menghiburkan dirinya. Melihat senyuman kecil naga itu, Ayrez mengeluh pendek. Api membakar dirinya dan dalam sekelip mata, dirinya kering. Dia bangkit daripada duduk.

"Nampak macam kau dah okay. Aku mintak diri dulu lah. Ni kau nak pergi mana lepas ni?"

Naga itu terdiam. Kepala ditundung menatap pantulan dirinya pada air. Melihat keadaan itu, Ayrez sedar sesuatu.

"Kau.. Tak tahu mana nak pergi? Biar betul? Aku tahu kau lembab. Tapi tak-"

BURNNNN!

"Yang kau bakar aku lagi apahal?!"

Naga tadi mendengus geram. Mata terasa berair. Namun, cepat-cepat dia merendamkan kepalanya. Menutup cairan jernih itu daripada dilihat.

"Hey.." Sayangnya, Ayrez sedar akan air mata itu. Tangan naik mengusap belakang leher. Kasar sangat ke kata-kata dia?

"Okay fine. Kau tak lembab. Slow aje."

BURNNNN!

"Haa.. Aku kena biasakan diri dengan habit pelik kau."

BURNNNN!

"Okey fine! Aku tutup mulut!"

Sang naga sekadar diam. Entah apa yang difikirkanya, Ayrez langsung tidak boleh teka. Sudahnya dia menghampiri. Tangan naik mengusap badan naga itu. Mulut cuba dikawal untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat.

"Kau.. Ada rumah? Tempat tinggal? Atau kau hidup berkumpulan? Nak aku teman?"

Kepala naga itu terhala pada Ayrez. Mata emas naga itu, mendung seakan duka. Perlahan-lahan dia bangkit daripada berendam. Sayap dikepakkan beberapa kali. Ekornya yang agak panjang melilit tubuh Ayrez dan diletakkan diatas badan. Lelaki itu terkedu seketika.

"Kau nak tunjuk sesuatu dekat aku?"

Kepala diangguk. Perlahan-lahan si naga melibas-libas sayapnya sebelum terbang membelah langit!

***

"Ini.."

Ayrez kelu. Kepala naik menatap naga merah disebelahnya sebelum kembali menatap bangkai dua ekor naga dihadapannya. Sedikit sebanyak, hatinya tersentak dengan keadaan bangkai keduanya.

"Keluarga.. Kau?"

"Ya.."

Laju kepala Ayrez berpaling kebelakang. Pada seorang lelaki tua bertongkat. Naga merah disisinya, pantas mendapatkan lelaki tua itu. Kepalanya digeselkan pada telapak tangan lelaki itu.

"Haha. Kamu dah balik ya? Ubat? Tak dapat bukan?"

Naga itu kaku. Lelaki tua itu tersenyum.

"Tak apa. Lagi pun, agak bahaya untuk kamu pergi ke sana naga kecil. Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

"!!"

"H-hey!"

Terus Ayrez menyambar lelaki tua yang tumbang itu. Sang naga pula jelas kelihatan cemas. Namun, lelaki itu tersenyum sahaja. Darah yang keluar daripada batuknya, tidak dihiraukan.

"Ha.. Ha.. Naga kecil. Kan Tuk dah kata? Tuk tak lama.. Ubat. Kalau ada ubat pun. Tuk tetap tak akan pulih.. Uhuk..Uhuk.. Anak muda.."

Ayrez diam mendengar. Cengkaman pada lengangnya, tidak dipedulikan.

"Tolong jagakan.. Naga kecil. Ibubapanya.. Sudah mati. Dijahanamkan oleh manusia berhati syaitan...Uhuk uhuk. Tuk.. Tuk tak dapat nak tanam mereka sebaiknya.. Jadi.. Tuk jaga naga kecil sehabis baik.."

"Kau.. Jaga naga ni?" Mata Ayrez terhala pada naga merah disisinya. Mata naga itu jelas berair. Seakan menahan tangisan pilu yang bila-bila sahaja akan tumpah.

"Haha.. Pelik bukan? Seorang.. Manusia seperti Tuk.. Menjaga naga? Tapi.. Naga juga seakan manusia.. Mereka membesar seakan manusia.. Tuk dah jaga dia sejak dia masih lagi bayi.."

"Jadi bangkai keluarga dia.." Hati Ayrez perit. Jadi naga merah ini membesar sambil melihat mayat keluarganya setiap hari? Ya Tuhan..

"Ah.. Naga ini sudah seratus tahun.. Tapi masih lagi mentah. Dia sangat baik.. Tuk tidak dapat memberikan apa yang seekor naga perlu dapat.. Kecuali kasih sayang.. Jadi anak muda.." Mata kelabu lelaki tua itu, bertaut bersama Ayrez.

"Tolong.. Tolong jagakan dia..? Masa Tuk.. Tak boleh ditambah lagi.. Ini.. Sisa terakhir Tuk.."

Ayrez terdiam. Tangan lelaki tua itu digenggam.

"Aku.. Tak buat kerja dengan percuma.. Jadi kau.. Kau tak boleh mati dan tinggalkan dia dengan aku.." Bisik Ayrez mengundang amarah sang naga.

Grahhhh!

"Haha.." Tawa lelaki tua itu, mendiamkan sang naga. Matanya membulat.

"Tuk tahu maksud kamu anak muda..Jadi, kalau begitu.. Dia lah bayaranya.."

Ayrez diam tak berkutik. Keluhan terlepas jua. Senyuman tipis diukir.

"Jadi aku tak ada alasan untuk tolak.." Bisiknya.

"Terima.. Kasih. Naga kecil.." Naga merah itu, menatap si lelaki tua. Tangan tua itu naik seakan mahu mencapainya..

"Boleh.. Tuk dengar.. Suara kamu?"

Cahaya menerangi seluruh kawasan! Ayrez menutup matanya dek silauan itu.

"Tuk.. Jangan tinggalkan saya.."

Mata Ayrez terbelalak tak percaya. Terus kepalanya terpasung pada seorang gadis tanpa seurat benang ,berambut merah panjang mencecah pinggang. Tangan halusnya memegang erat tangan tua itu. Air matanya bertakung dan terembes tanpa henti.

"Jangan.. Jangan tinggalkan saya.."

"Haha.. Naga kecil.." Tangan lelaki tua itu membelai pipi si gadis.

"Kamu.. Dah besar. Dah jadi.. Wanita."

Mata si gadis mengembang. Tangan lelaki itu.. Jatuh ke tanah. Kerana tak percaya, kepalanya digeleng. Menafikan satu lagi kematian dihadapanya.

"Tak.. Tak.. TAK! TUK! TUK!"

Tangisan bergema diseluruh hutan. Gadis itu meratap pemergian orang yang disayanginya, dihadapan matanya. Ayrez terdiam tanpa kata. Perlahan-lahan tubuh lelaki tua itu dibaringkan pada tanah. Kerundungnya dibuka lalu diletakkan pada tubuh gadis tidak berbaju itu. Tangangan naik membelai kepala si gadis.

"Menangis lah.. Menangis sebanyak mana yang kau mahu."

Ayrez bangkit. Meninggalkan gadis itu bersama mayat orang yang disayanginya. Gadis itu ditatap seketika sebelum menghadap dua bangkai naga bersisik merah. Bibirnya bergerak-gerak mengungkapkan sesuatu sehingga bulatan sihir terbentuk dibawah bangkai itu.

"Semadilah dengan aman. Aku akan jaga anak perempuan kau berdua.."

Sekelip mata, dua bangkai itu hilang menjadi cebisan.

"Terima kasih.. Hantu abadi.." Bisikan halus itu, mengundang senyuman kelat Ayrez.

"Sama-sama.."

***

Ayrez berpeluk tubuh di sebatang pokok sambil memerhati gadis tadi berdoa di hadapan kubur lelaki tua itu. Apabila sudah selesai, gadis itu bangkit dan menghampirinya dengan longlai. Hampir sahaja ianya tumbang menyembah tanah kalau Ayrez tidak menyambutnya.

"Hati-hati.."

". . ."

Ayrez mengeluh panjang. Tangan gadis itu ditarik sehingga bersilang bersama jari jemarinya. Perlahan-lahan kepala gadis itu terangkat padanya. Mata merahnya bertaut dengan mata merah jambu Ayrez.

"Nampaknya.. Warna mata kau berbeza dengan mata naga kau." Bisik Ayrez.

"Kau.. Nak ikut aku?"

"Saya ada pilihan ke?"

"Huh?"

"Tuk.. Dia.. Dia nak saya ikut awak bukan? Jadi, saya kena ikut awak." Lembut gadis itu berbicara. Hati Ayrez bergetar untuk seketika.

"Tapi.. Aku tak paksa."

"?"

Kepala gadis itu senget ke sisi. Serta merta telinga Ayrez berubah merah. Comel!

"Maksud aku.. Kalau kau tak nak ikut. Aku boleh aje tinggalkan kau.."

"Awak.. Nak tinggalkan saya? Macam Tuk dan.."

"Shh.." Ibu jari Ayrez naik menyahkan air mata si gadis. Senyuman kelat diukir. Jari jemarinya elok mengusap-usap pipi gadis itu.

"Kalau kau tak nak aku tinggalkan kau, kau boleh ikut aku. Aku dah janji dengan Tuk kau. Dia serahkan kau pada aku. Jadi, kau milik aku lah kan?"

Serta merta tubuh gadis itu mengeras. Matanya membulat tak percaya. Pipinya sedikit merah dengan kata-kata Ayrez.

"M-milik awak?"

"Ya? Apa? Salah ke?" Soal Ayrez keliru. Betul lah milik dia. Orang tua tu bayar Ayrez dengan gadis itu sendiri.

"Ta-tak.." Gadis itu menundukkan wajah. Ayrez hanya mengangkat bahu.

"Kalau tak ada masalah, apa nama kau?"

"Nama?" Gadis itu menyoal hairan.

"Kau tak ada ke?"

"Binatang.. Mana ada nama."

Ayrez terdiam. Gadis ni, dia tak tahu ke dia ni jenis apa?

"Kau.. Kau bukan binatang. Kau tak tahu ke kau ni apa?"

"Saya.. Naga?"

Ayrez mengeluh panjang sebelum mengurut batang hidung. Ya, gadis ini memang tak tahu apa-apa.

"Kau Dragon-shifter. Manusia dengan kebolehan untuk bertukar menjadi naga. Binatang? Kau nak hina diri sendiri ke?" Suara Ayrez ternaik tanpa sengaja.

"Saya.. Maaf."

Ayrez senyap. Dalam diam, menyumpah diri sendiri. Haish, mulut dia memang tak boleh kawal.

"Tak, tak apa. Aku pun silap. Hurm..?" Ayrez mengusap dagu. Sesekali matanya menatap gadis itu dan pedangnya.

"Hah!" Tangan kanan naik menumbuk telapak tangan kiri. Dengan senyuman, dia menatap wajah keliru si gadis

"Red Flame."

"Red apa?"

"Red Flame! Nama kau!"

Gadis itu terdiam. Matanya dikecilkan menatap Ayrez sebelum berbisik pada diri sendiri.

"Dia.. Ada masalah otak."

"Apa kau kata? Hey, jangan lah bisik-bisik!"

"Tak ada apa. Tapi kenapa Red Flame?"

"Obvious bukan? Red.." Tangan Ayrez menarik lembut rambut merah si gadis.

"Sebab rambut merah kau, sama macam bilah lover aku, pedang aku. Dan Flame.." Kali ni, mata gadis itu membulat apabila jemari Ayrez bermain dibibirnya.

"Sebab kau suka sembur api. Jadi ya, Red Flame!"

Gadis yang kini bernama Red, terkedu seketika. Bibirnya dikemam beberapa kali sebelum senyuman manisnya terukir.

"Red Flame.."

"Hehe sedap kan?"

"Urm! Red, Red, Red Flame! Nama saya! Walaupun pelik!"

"Ya! Walaupun pelik! Kejap, apa?! Hey! Nama tu sedap lah! Cool pulak tu!"

"Hahaha.."

"Oi! Oi! Jangan gelak!"

Red ketawa dengan wajah cemberut Ayrez. Tangan si pemuda, diambil lalu perlahan-lahan.. Bibirnya mengucup tangan itu. Masa seakan terhenti. Ayrez diam bersama senyuman tipis. Sebelah tangan, mengusap kepala gadis itu.

"Mulai sekarang.. Saya milik awak, Ayrez Hernandez."

Mata mereka bertaut.

"Ya.. Kau milik aku, Red Flame. Selamanya, aku tak akan lepaskan kau."

***

Sekarang..

"Sejujurnya, waktu tu aku cuma pikir kau sebagai bayaran. Dan bukanya gadis or whatever yang berkaitan dengan cinta." Ujar Ayrez sambil tangan bersilang didada. Red pula, elok menyandarkan tubuhnya di sisi lelaki yang kini sudah bergelar suaminya.

"Saya tahu. Sebab tu saya usaha jugak untuk dapatkan cinta awak. Walaupun saya agak cemburu dengan 'lover' awak tu.." Ayat terakhir sengaja diperlahankan Red namun ditangkap Ayrez

"Lover aku memang lah aku sayang. Pedang tu dah berhikmat untuk aku sejak aku kecik. Sayangnya.. Musnah sebab perang dulu. Pedang yang ada dengan aku sekarang, dah tak sama.. Haiih. Rindu betul aku dengan lover aku tu."

"Hurmm.." Red mencebik, menyampah!

"Hahaha, relax okay? Sekarang kau aje satu-satunya lover aku."

"Ya.. Tapi yang saya tahu, awak ni memang lembab bab cinta. Patut pun turun pada anak didik awak." Ujar Red seraya menunjukkan jarinya pada Seth dan Alvarez yang elok dibantai oleh Azure tanpa belas. Kekuatan keduanya agak jauh daripada anak bongsu mereka.

"Err.. Tapi in the end, aku jatuh cinta jugak dengan kau."

"Hurm.. Itu pun sedar lepas ada orang confess dekat saya."

"Urgh. Jangan ingatkan aku. Bila fikirkan fasal si jahanam tu, buat aku nak hilangkan segala kewujudan dia."

"Awak dah buat bukan? Sewaktu peperangan di dunia Kaizen?"

"Ha'ah kan? Hue hue hue.."

Red menggeleng kepala dengan tawa seram suaminya. Namun senyuman, tidak lekang daripada bibirnya. Tanganya bertaut bersama Ayrez.

"Saya cintakan awak Ayrez.. Sehingga hujung nyawa."

Ayrez membalas tautan itu. Kucupan syahdu, melabuh di atas dahi wanita itu.

"Aku pun Red. Aku cintakan kau sehingga nafas terakhir aku.."

Citer Ayrez ada aje dulu kalau orng yg baca EK awal2 dulu. Tapi dah Unpublished hehe. So nah, short cut sikit fasal citer Ayrez. Just a side-story. Ke nk jugk buat citer panjang dia? Leps habis book ni? Apa pendapat? Ke dah hilang semua🤣

Ah lagi satu. Yg Chap special ni, adik saya karang. Bukan saya. So that's why up.😂😂Bonus lah untuk hari merdeka en even awal dari biasa haha.

Enjoy.😁♥️








Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top