Flame 9 | General Sean

Alvarez ke hulu dan ke hilir apabila kelibat ayah serta sahabatnya tidak kelihatan. Dia juga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Risau jika ada askar yang menjaga sempadan pada waktu sebegini.

"Mana ayahanda ni..?"

Alvarez menatap mentari yang semakin mehilang. Dia tekad. Jika ketiga-tiga mereka tidak muncul, saat bulan menyinar, dia akan cari mereka!

Brr..

"Siapa?!"

Alvarez memegang erat hulu pedangnya. Iris hijau yang terselit biru itu berubah tajam.

"Hey, tidak perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga jika ianya ayah kau." Tegur satu suara, sekaligus membuatkan mata Alvarez membulat.

"Ayahanda!"

Eryl muncul bersama sengihan sebelum di ikuti oleh Seth dan Alice. Membulat mata Alvarez saat menyedari keadaan Seth dan Alice yang tercedera. Cepat-cepat dia menghampiri keduanya sebelum ditarik untuk menghampiri sebuah pokok. Eryl pula hanya memerhati tanpa sepatah kata.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"  Soal Alvarez lalu menatap wajah ayahnya. Kerisauannya jelas terpacar. Dahinya berkerut sedikit apabila tersedar ayahnya baik-baik sahaja.

"Jeneral Sean turun tadi.."

Tidak dapat tidak, rasa terkejut kembali menyerang Alvarez. Mulutnya melompong dengan balasan Seth. Eryl sekadar menghela nafas panjang sebelum menepuk bahu anaknya.

"Ayah nak ke hutan cari kayu api. Kau cakap lah dengan diorang dulu."

"Tapi ayahanda-"

"Okey. Nanti apa-apa saya bagi tahu uncle." Cantas Alice sebelum sempat Alvarez menghambiskan kalam.

"Bagus lah."

Eryl tersenyum kelat. Tangan di bawa ke dalam poket lalu berjalan meninggalkan mereka semua. Sedikit sebanyak, kelakuan Eryl menimbulkan rasa hairan dalam diri Alvarez.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Kali ni, soalan di tujukan kepada dua figura dihadapanya. Seth serta Alice berbalas pandangan lalu menghela nafas panjang.

"Sebenarnya.."

***
Flashback.. Beberapa dekad yang lalu..

"Uwow. Bulat gila mata adik kau Eldy?" Soal Eryl lalu tanganya sengaja mencuit pipi tembam seorang bayi yang elok tertidur di atas tilam empuknya. Rimas kerana dikacau, badanya beralih kesisi. Eryl mencebik.

"Eleh, jual mahal pulak. Aku ni pun abang kau tahu? Abang paling handsome, seksi dan hot di muka bumi ini. Sekali tengok, pasti nak lagi. Hahaha." Semakin gatal Eryl mengacau si bayi. Digomolnya pipi tembam itu tanpa belas sampai lah budak tu menangis. Terus mukanya pucat. Gulp.

"Alamak."

"Eryl."

"Hikk!!!!"

KUK!

KUK!

LEKUK!

"Berapa kali aku nak cakap jangan buat adik aku menangis?!" Marah seorang lelaki bersama sudip ditangan. Urat bengang juga jelas kelihatan. Eryl pula sudah menangis syahdu sambil memegang benjolan kepalanya.

Dia ketuk aku guna sudip?!

"What the fu-"

"Mr. Ryuzaki, tolong jaga bahasa kau melainkan kau dah tak sayang anak tekak tu. Percaya lah, ianya menyakitkan."

Terus Eryl menyorokkan diri di belakang pintu. Badanya menggigil takut. Lebih-lebih lagi apabila mendapat jelingan maut daripada lelaki berambut emas. Seram sihh..

"Garang tak bawak bincang. Nanti anak macam dia baru tahu- Gahak!"

Selamba lelaki berambut emas mengusap sudipnya yang sudah berasap. Dia tersenyum puas lalu tubuh si bayi diambil. Lembut dia mendodoikannya sehingga anak kecil itu kembali tidur.

"Aduh.. Kau ni, kuat sangat lah ketuk. Bodoh setahun aku macam ni." Rungut Eryl lalu menghampiri lelaki itu.

"Tak kut rasanya.."

"Huh?"

"Kau lah. Buat apa kau nak bodoh setahun kalau dah sedia bodoh? Wow, kiranya kau tak tahu lah selama ni? I'm surprised dude."

"Kau, ayat tak leh sadis lagi?" Cebik Eryl.

"Hurm? Try makan ubat baik pulih sel dekat otak. Mana tahu sel otak kau berfungsi balik."

"Ubat tu ada ke? Kat mana?!"

Muka teruja Eryl dibalas dengan muka poker.

"Tak dan kau percaya? Nah, nampak tak kebodohan kau di tahap mana?"

"Lahanat punya member."

"Language!"

Eryl mengguling biji mata ke atas sebelum senyumannya kembali terukir apabila melihat wajah suci si kecil yang elok lena dalam dakapan sang abang.

"Comel lah adik kau ni Eldy. Mesti payah ni Uncle nak-Guhhh!"

"Kau kalau tak buat lawak dirty tu tak boleh ke? Ada jugak aku cincang 18 kasi anjing makan kang.."

Terbongkok badan Eryl jadinya. Dia sepak aku oi!brutal gila!

"Dah aku suka nak buat macam mana?"

"Hoo..?"

"Bila dipikirkan balik, aku akan cuba kawal hehe. Aku sayang nyawa aku."

"Good."

Sempat dia jelir lidah pada lelaki itu apabila tidak dilihat. Blekk!

"Ah ya lah Eldy. Apa nama adik kau?"

"Hurmm? Kau tak tahu lagi huh.."

Kini mereka berdua menatap anak kecil yang lena itu. Eryl datang menghampiri. Senyuman kedua-dua mereka melebar apabila si kecil mencelikkan matanya. Gusi merah jambunya juga kelihatan apabila si bayi tersenyum.

"Sean. Sean Delwyn."

***

Eryl mengeluh panjang apabila kisah silamnya kembali menghantui. Matanya ditutup dan memori lain berganti.

"SETH!"

SLASHHHHH!!

Matanya membulat dengan apa yang baru sahaja belaku. Askar Tempests yang hampir sahaja menamatkan riwayat Seth, kaku ditengah udara. Bahkan, katana miliknya merekah menjadi debu.

"Apa yang.."

Seth yang turut sama terkejut, hilang kata-kata. Lebih-lebih lagi apabila sekeliling mereka kini sunyi tanpa sebarang bunyi. Di hadapanya pula, seorang lelaki berkerundung elok berdiri. Aura gelapnya jelas terasa.

"J-J-Jeneral Sean."

Bagai batu terhempas ke bahu, Eryl menatap Sean dengan riak tak percaya. Raut wajahnya tidak dapat di tafsir.

"A-apa Jeneral buat di sini? Ke-kenapa-" tanpa sempat menghabiskan kata-katanya, kepala samg askar sudah melayang ke udara. Semua yang melihat, terbelalak.

"Heee.. Maaf lah. Jeneral Sean tak suka bercakap dengan bawahan macam awak semua. Tak setaraf. Betul tak, Jeneral Sean?"

Seorang gadis berambut sakura muncul di hadapan Sean. Sabit yang tercalit darah, di libas beberapa kali sebelum tanganya elok memeluk Sean. Manja sahaja gadis itu dengan lelaki berkerundung.

"Hurmm? Tapi kan Jeneral~. Apa awak buat dekat sini? Cari saya ya? Ahh! Jeneral ku! Saya tahu awak memang suka saya! Hehe."

Sean tidak membalas apabila tubuhnya di peluk oleh gadis itu. Bahkan, matanya kekal pada Eryl yang turut sama menatapnya. Lama mereka berbalas pandangan sehingga lah bahu Sean di cengkam oleh Seth.

"Jahanam, apa kau buat dekat sini?!"

Sekali lagi, Sean tidak membalas. Matanya kekal kosong menatap wajah garang Seth. Apabila Seth mahu melancarkan serangan, gadis tadi pantas membuat tindakkan!

"Seth!"

SLASHHHHH!

Mata Seth membulat tak percaya! Kalau bukan kerana Alice yang menariknya ke belakang, sudah pasti tanganya sudah melayang! Gadis berambut sakura ketawa lalu memeluk Sean kembali.

"Hehe. Awak tak patut sentuh dia tahu? Saya. Marah. Nanti. Ehe."

"Gila." Maki Alice lalu membantu Seth bangkit. Gadis berambut merah berbunyi garang membuatkan musuhnya ketawa lagi.

"Aw.. Comelnya diorang ni. Mesti lagi comel kalau saya 'main' sikit. Jadi, apa kata awak? Boleh saya main dengan diorang?"

Iris biru itu bertembung dengan iris ungu. Satu anggukan daripada jeneral muda itu, sudah cukup untuk si gadis menjerit teruja.

"Bagus! Ayuh kita bermain! Hahaha!"

Kelang-kabut Alice dan Seth menyambut serangan ganas daripada gadis berambut sakura! Walaupun mereka sudah berlatih dan bertempur dengan pelbagai musuh, ini pertama kali mereka berjumpa dengan musuh sebegini!

SLASHHHHH!!

"Hahaha! Kenapa awak berdua elak? Serang lah sama! Saya tak nak pertarungan kita menjadi bosan!"

Apabila sabitnya diputarkan, Seth pantas menghalang dengan tombak miliknya! Percikan api terhasil bersama tolakkan angin! Seth mengetap gigi manakala gadis berambut sakura tersenyum sahaja. Sempat dia menjilat luka pipi Seth sebelum melompat mejauhkan diri daripada lelaki itu!

BAMMMMM!

Sambaran kilat yang hampir mengenai wajahnya di tatap selamba. Sempat dia mengangkat kedua-dua keningnya pada Alice yang kini berdiri dihadapan Seth dengan riak bengang. Seth pula terdiam dan masih lagi terkejut dengan apa yang baru berlaku padanya.

Cepat-cepat dia lap bekas jilatan tadi.

Najis, najis, najis.

"Oh dear, someone jealous~."

"You peace of shit."

ZAAAAAZZZSSSSSS!!

Dalam masa yang sama, Eryl di asak oleh Sean dengan garang sekali! Kedua-dua mereka elok berbalas serangan sehingga terhasil beberapa kawah pada tanah! Para askar yang cuba untuk hampir ,pasti menemui ajal! Mereka semua terkejut dengan pertempuran Jeneral Sean!

Pertama kali!

DUSSHHHHH!

Lagaan penumbuk mereka menaikkan tanah ke udara! Masing-masing tidak menunjukkan rasa sakit mahupun takut.

"Kau adik Eldera kan? Dah besar nampaknya.." Ujar Eryl bersama senyuman kelat.

Sean tidak membalas. Namun, iris mata yang mengembang itu sudah cukup untuk memberi tahu Eryl bahawa dia terkejut walaupun untuk sedetik cuma.

"Macam mana dengan abang kau? Dia sihat ke? Ke makin gila dari dulu? Paling penting, hot tak? Hehe."

Kali ni Sean menundukkan badan lalu kaki naik ke atas untuk menyasarkan dagu Eryl! Pantas lelaki berambut putih itu mengelak sebelum menerima serangan susulan!

BRAMMMM!

"Aku tak ada niat nak bunuh kau Sean. Kau dan abang kau.. Kalian berdua masih boleh berubah." Eryl terus bertutur walaupun sesak untuk menangkis setiap serangan!

"Sean! Aku boleh kembalikan abang kau! "

"Apa yang buatkan kau yakin?"

Eryl tergamam seketika apabila mendengar suara Sean. Akibatnya, perut dia menerima habuan!

BAMMMMM!

"Argh! Shit!" Eryl menyumpah kecil saat badanya terhempas di atas sebuah gerai sehingga roboh. Sempat dia memohom maaf pada tuannya yang tidak kelihatan.

"Apa yang buatkan kau yakin?" Soal Sean lagi apabila berada betul-betul di hadapan Eryl. Lelaki itu melibas-libas habuk di badanya. Helaan nafas di hembus.

"Sebab aku percayakan dia. Aku dan dia. Tak kira lah siapa yang jatuh dalam kegelapan, kami tak akan sesekali meninggalkan satu sama lain." Tegas Eryl.

"Kenapa?"

"Ikatan."

Walaupun wajah Sean terselindung di sebalik topeng dan kerundungnya, Eryl seakan dapat melihat lelaki itu keliru.

"Ikatan yang telah kami bina, tak mungkin akan putus hanya sebab kuasa gelap yang menguasai. Cakap lah apa pun, aku tak akan terima ayat 'kau dan dia dah tak ada apa-apa'. Kalau betul dia dah jatuh ke dalam neraka atas sebab salah yang menggunung, aku akan ikut dan tarik dia untuk betulkan semuanya."

Saat itu, mata Eryl terbakar dengan keyakinan dan ketegasan. Dia tidak bermain kata. Apa yang didengari oleh Sean, semua datang dari hatinya.

"Tapi dia dah terlalu jauh.."

"Tak bermakna dia tidak boleh berubah." Bidas Eryl.

"Masih belum terlambat Sean. Masih belum terlambat. Selagi nyawa di kandung badan, dia masih sempat untuk berubah. Dan.."

Eryl menunduk sedikit. Matanya tertacap pada tangan yang sudah menggenggam buku lima.

".. Aku masih sempat untuk kembalikan diri dia."

Sekali lagi, mereka berbalas pandangan. Namun, Eryl tidak mampu mentafsirkan apa yang difikirkan oleh Sean.

"Walaupun satu dunia bencikan dia?"

Eryl senyum.

"Ya. Walau satu dunia bencikan dia. Aku tetap akan terima dia. Aku..Aku tak boleh bunuh dia. Sebab aku dah janji. Dan janji tu akan aku pegang sampai mati."

Saat itu, kesunyian menyapa suasana. Eryl mahupun Sean, kedua-duanya langsung tidak berbicara sehinggalah..

"Kau.. Banyak cakap."

"Huh?"

BAMMMMM!

"Arghhh!"

"Seth! Alice!"

Sean memerhatikan sahaja Eryl yang kelang-kabut mendapatkan dua anak buahnya yang terhempas tidak jauh daripada mereka. Gadis berambut sakura muncul di sisi Sean.

"Jadi?"

Sean senyap. Tanganya membuat beberapa isyarat membuatkan gadis itu terkedu. Lama dia menatap Sean sebelum keluhan terlepas.

"Kalau itu yang awak nak.."

Gadis berambut sakura memandang para askarnya lalu menjerit kuat.

"Tangkap mereka dan jangan kasi hidup!"

Eryl terkejut dengan arahan itu. Dia mahu menatap Sean namun lelaki itu sudah menghilangkan diri. Gigi diketap geram lalu tubuh Seth dan Alice ditarik. Laju mereka melarikan diri daripada askar Tempests yang menggila.

Apa yang peliknya, saat mereka berada di tengah jalan, para askar berhenti mengejar. Bahkan, mereka seakan terpinga-pinga. Ketika itu, Eryl sedar ianya peluang mereka untuk lari ke lokasi yang di berikan oleh Alvarez walaupun dia sedikit hairan dengan keadaan askar-askar tersebut.

***

"Dan macam tu lah kitorang terlepas." Ujar Alice seraya menutup cerita. Tanganya pula elok membalut luka Seth di bahagian lengan dengan kain kasa yang dibawa.

Alvarez mendiamkan diri untuk seketika. Sejujurnya ada yang tak kena. Lebih-lebih lagi ketika askar-askar itu berhenti mengejar mereka.

"Ayahanda ada kata apa-apa?"

"Uncle tak cakap apa pun. Tapi aku rasa lah en.." Alice memandang Seth.

"Uncle ada kaitan dengan Jeneral Sean. Sebab masa mula-mula tu, uncle macam tak percaya. Lagi-lagi bila dengar nama Jeneral tu." Terang Seth mendapat anggukan Alvarez.

"Lepas tu, uncle macam kenal aje dengan Jeneral tu. Siap boleh bercakap panjang lagi tadi. Bukan ke Jeneral Sean tu dikatakan tak pernah bercakap? Orang sampai ingat dia bisu kut. Padahal tak." Sambung Alice.

"Aku rasa ayahanda ada simpan banyak rahsia."

Alvarez mengeluh panjang lalu menyandarkan badan pada pokok dibelakangnya.

"Bukan ayah kau sorang." Sampuk Alice.

"Huh?"

"Aku rasa, orang tua kita semua ada rahsia yang sama. All of them! Termasuk lah Heira."

"Persoalannya apa?" Seth menyudah kata lalu menatap Alice dan Alvarez.

"Kita kena korek dari Uncle." Balas Alice.

"Kalau ayahanda tak nak cerita?"

"Plan A." Ujar Seth. Mendapat kerutan dahi Alvarez.

"Kita ugut dia guna katak."

"No." Bangkang Alvarez tegas. Badanya sedikit mengeras tanpa sebab. Namun tidak disedari oleh Seth dan Alice.

"Then , kita buat plan B."

Alvarez menyepet mata pada Seth yang dah terangkat-angkat kening sambil melihat Alice. Gadis itu turut sama membalas.

"Apa plan B?"

"Seksa dia." Serentak mereka berkata dengan muka serius berselit sinar kegembiraan.

"A big NO."

"Then plan C."

"Huh?"

"Alice dengan aku goda dia."

"NO!"

"Tch."

"Sejak bila korang sehati sejiwa ni?!"

Dalam masa yang sama, Eryl dengar aje budak tiga ekor tu berbincang. Tak jadi terus dia nak menyapa. Sudahnya, dia hanya duduk di atas pokok berhampiran dan melemparkan pandangan pada bandar tadi.

"Kau kawan atau lawan Sean? Kalau kau jatuhkan arahan untuk bunuh kami, kenapa tolong tadi?" Soalnya pada diri sendiri.

Sebenarnya, dia nampak Sean di atas salah satu bangunan semasa mereka masuk sempadan. Waktu tu jugak lah, askar dia berhenti dan terpinga-pinga. Eryl yakin, itu kerja Sean.

Tapi kenapa?

"You remain the hero of your own story even when you become the villain of someone else's. Sesuai betul quotes tu untuk Eldy sekarang. Entah kenapa aku ingat dia pulak. Heh. Ahh, baik aku tidur. Hidup aku akan jadi lebih complected lepas ni. Hurm.."

Dan mata dilelapkan.

Penat.





"You remain the hero of your own story even when you become the villain of someone else's."-
Anthony Marra, The Tsar of Love and Techno

Okay, korang nk tahu tak macam mana saya dpt idea nk buat ending Eldera? Kalau nk tahu, nnti saya terangkan dekt CHARACTER. Ada kait dgn satu quote but bukn yg atas tu.

Kata minggu depan atau raya? Maaf lahh, malas nk up minggu depan hahaha. Raya? Pun sama. Jadi ya, enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top