Flame 4 | Wings and Wolf
Sudah beberapa hari sejak Eryl bangkit daripada lena. Suasana di Istana Yggdrasil sedikit berubah setelah kematian Emyriel, namun kehadiran Eryl berjaya menghambat rasa sedih yang bersarang dihati mereka.
"Hurmm? Bonda ada nampak ayahanda?" Soal Alvarez pada Akira yang kini tekun menjahit baju. Senyuman manis diukir untuk sang anak.
"Mungkin di pusara nenda dan datuk. Kamu pergi lah teman dia. Sedikit sebanyak, kamu boleh hilangkan rasa sedih dia."
Alvarez mengangguk lalu terus menghilang mencari ayahnya. Seperti kata Akira, Eryl berada dihadapan kubur Emyriel dan Shiro. Disebabkan mereka sudah masuk musim sejuk, salji berada di mana-mana. Wap juga jelas keluar dari mulutnya.
"Ayahanda? Kenapa datang tak ajak Arez?" Tegur Alvarez lalu duduk disisi orang tuanya. Eryl menjeling sedikit sebelum kembali menatap kubur dihadapanya.
"Saje. Bonda mintak Arez cari aku ke?"
Alvarez menggeleng.
"Arez yang nak cari ayahanda."
"Kenapa?"
"Spend time.. I guess?"
Tawa Eryl terlepas sikit apabila mendengar balasan naif Alvarez. Rambut anaknya diserabutkan sehingga lelaki itu mencebik tak suka.
"Ayahanda! Habis dah rambut Arez!"
"Hahah. Nah, kau still hot walaupun rambut serabai. Chill."
"Urgh. Tapi Arez tak suka lah." Alvarez mengeluh lalu membetulkan kembali rambutnya. Sudah diajar sejak kecil oleh Shiro. Rambut wajib kemas!
"Arez."
"Ya?"
"Datuk Arez, dia memang hebat kan?" Soal Eryl yang kini cuba menahan gelora di hati. Walau sekuat mana dia cuba untuk tidak bersedih, rasa galau di hati tidak akan pernah pergi.
"Dari dulu lagi. Dia boleh hadap macam-macam. Percaya tak kalau aku citer yang dia ni malas tahap dewa dulu?" Mata Eryl dan Alvarez bertaut.
"Nenda ada cerita sedikit fasal Datuk. Dan ya, Alvarez boleh nampak malas dia tu." Balas Alvarez sebelum memutuskan tautan mereka. Kini dia tersenyum menatap pusara datuknya.
"Nenda cakap, dia dan datuk jumpa di Grandiflora. Banyak benda jadi sejak tu. Dari Grampa Luke kena tikam sampailah mereka berdua hampir mati."
"Dan mereka ada jumpa pengasas puak kita, Ryuzaki." Tambah Eryl mendapat anggukan Alvarez.
"Lepastu, dia jaga aku. Sang naga pemusnah, Kurayami yang dah jadi penyebab Puak Ryuzaki di bunuh suatu ketika dahulu. Tak sangka kan.." Tangan Eryl naik menyentuh pusara itu.
" Walaupun dia tahu, banyak kemungkinan boleh jadi. Tapi dia tetap juga jaga aku dan lebih dahsyat.."
"Dia korbankan dirinya demi aku." Setitik air mata Eryl mengalir setelah lama ditahan. Alvarez mendekat. Tubuh ayahnya dipeluk seakan menyalurkan kekuatan.
"Dia tak patut buat macam tu Arez.. Dia tak patut. Aku tak kisah kalau pergi tapi bukan dia. Dia.. Dia penting. Apa hebatnya aku sampai perlu menerima pengorbanan sebegini rupa?"
Eryl membalas pelukan anaknya. Tangan naik mencengkam lengan baju sang lelaki. Sedaya upaya dia cuba menahan esak tangis dan hanya membiarkan sahaja cairan jernih keluar dari kelopaknya.
"Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" Soalnya lirih.
Saat itu, kata-kata Shiro bermain di fikiran Alvarez.
"..Ayahanda kamu, akan hadap sesuatu yang bakal memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya.."
Ini kah salah satunya?
"Ayahanda..Harapan."
Eryl tersentak. Harapan? Bukan kah Shiro serta Emyriel pernah katakan itu padanya?
Eryl mengangkat wajah. Menatap anaknya yang kini tersenyum segaris.
"Sebab ayahanda harapan kami. Harapan dunia ni. Jadi kerana itulah nenda dan datuk sanggup pergi sejauh ini. Supaya ayahanda boleh kembalikan semuanya seperti yang sepatutnya." Terang Alvarez dan rambutnya ditiup angin. Suhu di sekeliling yang menyejuk langsung tidak mengganggu.
"Datuk dan nenda percayakan ayahanda, jadi Arez pun sama. Arez percayakan ayahanda. Dan tak kiralah apa-apapun keputusan dan tindakan ayahanda selepas ini, Arez akur. Arez akan ikut sehingga nafas yang terakhir. Itu sumpah dan janji Arez. Jadi ayahanda.."
Wajah Alvarez berubah serius. Matanya memancarkan ketegasan lalu..
"Ayahanda kena kuat. Ayahanda tak boleh jadi lemah. Katakan suatu hari nanti ayahanda sudah hilang punca untuk berjuang, jadi ingat Arez. Ingat bonda. Kalau ayahanda tak mahu berjuang lagi.. Ingat kami. Arez dan bonda akan sentiasa jadi sayap ayahanda."
Saat itu Eryl hilang kesemua kosa kata. Wajah serius anaknya ditatap lama. Perlahan-lahan senyuman terukir lalu tubuh Alvarez dipeluk gembira. Hampir sahaja anaknya tumbang kebelakang dek pelukan tak dijangkan itu.
"Hehe."
Apabila tawa itu menyapa gegendang telinga, Alvarez hanya mampu mengeleng kepala. Pelukan dileraikan lalu dia bangkit. Tangan di hulur pada Eryl.
"Jom lah balik. Bonda mesti risau."
Eryl menyambut huluran itu dengan senang hati. Sengihan langsung tidak hilang dari wajahnya. Sebelum beredar, dia sempat memberi tunduk hormat di pusara kedua-dua orang tuanya.
"Terima kasih untuk semuanya. Kali ni, Eryl pula yang akan sambung perjuangan kalian. Jasa dan pengorbanan ini tidak akan sesekali dilupakan!"
Tubuh ditegakkan kembali dan kali ni dia tersenyum sehingga menampakkan gigi.
"Jadi, berehat dengan aman ya?"
Sesudah kata, Eryl terus beredar bersama Alvarez. Semua yang berlaku, elok diperhatikan oleh Hakuryu yang berada dalam bentuk manusianya. Raja naga Puak Ryuzaki itu tersenyum memandang pusara anaknya.
"Betul kata kau budak. Selagi Alvarez dan Akira ada, dia akan baik aje."
Hakuryu meregangkan sedikit otot sendinya lalu perlahan-lahan beredar.
***
"ABANGGGGG!!!"
Seth yang baru sahaja mahu menjamah makanan bersama ayahnya Senri, terkejut dengan jeritan Akira. Terkebil-kebil dia jadinya sebelum memandang sang ayah untuk penjelasan. Keluhan berat terlepas daripada bibir lelaki berambut putih tersebut.
"Dia ni lah.. Langsung tak berubah. Ada lah tu benda miang dibuatnya." Ujar Senri.
"Apa maksud papa?"
"Nanti kau kenal dia, kau tahu lah. Lagi satu.."
Seth dah seram sejuk apabila wajah tenang ayahnya jadi terlebih tenang. Liur diteguk payah lalu pinggan yang terisi makanan ditolak tepi.
"Mana Seth jumpa majalah porn ni ya? Nak juga papa tahu."
Seth dah pucat lesi. Majalah yang berada ditangan ayahnya dipandang dengan perasaan cuak.
"I-itu bukan S-Seth punya."
"Oya? Jadi kenapa boleh jumpa dalam bilik kamu ya?"
"HAH?!"
Seth dah berpeluh teruk. Sumpah dia tak baca benda tu! Semua tu ada dalam bilik store Heira kut! Kecuali..
"Alvarez!"
"Ya?" Hampir sahaja Seth mengeluarkan tombak aisnya dek kemunculan Alvarez kerana secara mengejut itu. Muka tak bersalah sepupunya ditatap geram.
"Bongok! Kau bawak masuk majalah tu dalam bilik kita ke hah?! Kan aku dah cakap jangan sentuh! Benda tak elok kut!" Marahnya bersama tangan yang sudah dihalakan pada majalah ditangan ayahnya.
Alvarez pula terkelip-kelip mata lalu menggaru pipi yang tidak gatal.
"Ehh. Tapi bukan aku yang bawak masuk lah."
"Hah?"
"Ayahanda datang bilik kita malam semalam, lepas aku kata kau buat latihan sampai pagi. Dia cakap otak dia tak cukup biru."
"Jadi..?"
"Dia baca lah majalah tu dalam bilik sampai kau balik. Bila aku tanya kenapa tak baca dalam bilik bonda, katanya bonda dah tidur. Tak nak kacau. Dia ada ajak aku, tapi.. Aku tolak."
"Dan kau tak tegur?!"
"Huh? Kenapa nak tegur? Dia kata itu benda wajib dibaca untuk orang yang dah kahwin. Muka dia serius kut. Jadi betul lah kan? Benda tu wajib? Urgh.. Tapi aku tak nak tengok walaupun dah kahwin nanti. Geli."
Senri serta Seth terdiam dengan balasan terlebih lurus Alvarez. Pelik akan riaksi uncle serta sepupunya, Alvarez senget sedikit kepala bersama dahi yang berkerut.
"Arez ada cakap benda pelik ke? Anyway, ada makanan? Lapar."
"Kau.. Aku.. Haihh.."
Seth dah terduduk bersama tangan yang menekup muka. Cepat-cepat Alvarez berdiri disisi sepupunya bersaama riak kalut.
"Ke-kenapa? Seth kau okey ke ni?"
Seth tidak pantas menjawab. Sebaliknya memandang Senri dengan riak poker.
"Better papa buat sesuatu dengan abang papa atau Seth sediri yang turun padang. Dia dah ambil kesempatan atas kesucian otak Arez."
"On my way. Ayahanda kamu berada dimana ya Arez?" Soalan mesra daripada Senri, menghantar rasa seram pada Alvarez.
"De-dekat bilik. Ayahanda kena seret dengan bonda lepas kena tangkap silap masuk dalam bilik mandi dayang istana."
"Siapa cakap tersilap masuk tu?"
"Ayahanda?"
Semakin lebar senyuman Senri, semakin seram aura yang keluar. Alvarez dah teguk liur saat Senri menyingsing lengan bajunya sehingga siku. Jelas urat jantanya timbul.
"U-uncle?"
"Hahaha. Apa kata Seth makan dengan Arez? Papa ada urusan lah. Arez, makan dengan Seth ya? Kalau dengar apa-apa, jangan peduli. Kihihi."
"Ba-baik!"
Terus Senri beredar bersama aura gelap disekelilingnya. Alvarez terkebil-kebil tak faham apa. Matanya bertaut dengan mata Seth yang jelas menunjukkan kebosanan.
"Uncle nak buat apa tu?"
"Entah. Dah lah, kau nak makan apa ni? Aku nak ambil kek sikit, alang-alang ambil kau punya sekali lah."
"Ayam panggang! Dengan kek cheese!"
"Okay little prince."
Saat Seth beredar sahaja, jeritan wanita jelas kedengaran. Hampir sahaja Alvarez bangkit, namun mengingati pesanan Senri, Alvarez hanya mampu meneguk liur.
"KYAAAAAAAA!!! JANGAN BAWAK KATAK TU PADA ABANG!! SENRIIIIII!!!!"
"YIKKEEEEESSSS!!!! AREZ TOLONG AYAHHH!!! BONDA DENGAN UNCLE BULI-"
"Huh?"
Alvarez terkebil-kebil apabila jeritan itu terhenti. Dia mengangkat bahu dan matanya bersinar saat Seth membawa makanannya.
"Nah makan."
"Hehe. Food."
"DDDDD'AAHHHHHHHHHHH!!! KKKKKAAAATTAAKKKKKK!!"
Hampir sahaja sudu Alvarez melayang dek jeritan nyaring itu. Semakin blur lah dia jadinya. Seth pula elok membuka satu gejet berbentuk empat segi lalu menaip sesuatu diatasnya.
Me
Papa nanti send gambar seksaan tu dekat Seth. Nak buat bahan tidur malam.
Jelmaan Hades (Papa)
Mana ada papa tangkap gambar.
Me
Eehhh.. No fun lah.
Jelmaan Hades (Papa)
Nahh. Gambar buat apa? Video ada kut.
Me
Luv you papa.
Jelmaan Hades (Papa)
I know my son.
"Hey Seth, tak nak makan ke?"
Seth ketawa kecil apabila Alvarez menyoal bersama pipi yang kembung dek penuh dengan makanan. Dah macam tupai! Ada jugak yang kena tarik pipi kang.
"Nanti lah. Kau makan dulu."
"Nak kek velvet kau sikit?"
"Go to hell. Sentuh aje, nahas kau."
"Kedekut.."
***
Dalam masa yang sama.
"Hah?! Banyak ni aje ke yang kau ada hah?!"
Jerkahan kuat itu menakutkan orang ramai. Seorang lelaki bertubuh sasa, mendengus-dengus pada seorang Lelaki tua dihadapanya. Tombaknya dihentak-hentak pada tanah perkampungan itu.
"Be-betul. Itu aje yang aku ada.." terketar-ketar suara lelaki tua itu. Takut dan gerun bersarang di hati. Lebih-lebih lagi, apabila berada dihadapanya ialah askar dari Kerajaan Tempests!
"Huh! Hey orang tua! Kau kalau mahu tinggal dikerajaan ini, sepatutnya tahu bayarannya! Jika miskin kenapa tidak mampus sahaja?!"
Kali ni, tombaknya bersedia untuk menikam. Lelaki tua itu cuba melarikan diri, namun belakang bajunya elok dicengkam!
"Arghh!" Dia menjerit kesakitan apabila askar tersebut menyepak batang tubuhnya! Mereka disekelilingnya tidak berani untuk mara. Takut jika menjadi mangsa.
"Mampus!"
BRANNGGGG!
Mata askar itu membulat tak percaya! Tombak yang tadinya mahu meragut nyawa si tua elok dihancurkan oleh figura berkerundung! Mata merah diabelik kerundung itu bernyala bersama deraman seakan serigala!
"Apa yang-"
Tanpa dijangka, kepalanya dicengkam seseorang daripada belakang sebelum diputarkan sehingga nyawa ditarik keluar badan!
Bam!
Tubuh askar itu serta merta tumbang. Figura berkerundung tadi mendengus-dengus sebelum membantu lelaki tua yang kehairanan ,bangkit.
"Ambil ni."
Lelaki tua itu menyambut huluran beg guni figura berkerundung. Satu lagi susuk tubuh yang sama sepertinya, yang membunuh askar tadi hanya ketawa kecil. Tidak sempat lelaki tua itu mahu mengungkap kata, mereka hilang bersama sekumpulan rama-rama yang tiba-tiba sahaja muncul daripada pelbagai arah!
"Apa.. Tadi tu?"
Ketika itu, dua figura tadi sudah selamat berada di perbatasan dua kerajaan. Kerundung diturunkan dan terselah seorang lelaki berambut hitam bersama telinga serigala. Disebelahnya pula seorang gadis berambut violet.
"Ah. Tidak sangka awal-awal kembara kita, aku sudah menarik satu nyawa." Ujar gadis itu seraya menatap kedua belah tanganya.
"Tapi kau tarik bukan orang yang tidak berdosa. Menyampah betul aku dengan askar tadi. Langsung tak ada rasa bersalah memperilakukan lelaki tua sebegitu! Huh!" Lelaki serigala mendengus geram.
"Hurmm. Dan nampaknya kembara kita tak akan jadi mudah juga. Betul tak Wessy?"
"Weston, dungu. The Great Weston. Nak aku eja ke apa?" Marah Weston geram pada gadis violet atau lebih tepat, Arielle.
"Nahh, baru nampak kemesraan kita bukan? Wessy~."
"Urgh. Shut up. Anyway, kemana arah tuju kita sekarang? Jangan cakap tuanku Permaisuri hantar kau keluar kerajaan sebab nak lepak aje." Soal Weston seraya memandang tepat ke arah Arielle.
Gadis berambut violet itu tersenyum sahaja. Rantai yang bercorak rama-rama dikeluarkan.
"Ke mana sahaja yang takdir tentukan melalui rantai ini."
"Huh?"
Tiba-tiba, rantai itu bercahaya lalu imej seakan hologram muncul. Weston bersiul kagum lalu cuba membaca hologram tersebut. Sebuah peta. Peta Dunia Angkasia yang kini terbahagi kepada tujuh kerajaan dibawah naungan pemerintah yang sama, Eldera Tempests. Dari tujuh kerajaan itu, satu cahaya seakan simbol naga bercahaya.
"Dan disini lah destinasi kita." Ujar Arielle lalu menyentuh cahaya itu. Imej hologram berubah lagi. Kali ni menunjukkan sebuah kerajaan yang di kelilingi sebuah hutan. Sangat gelap tanpa cahaya.
"Ini.."
"Kerajaan Vampirina." Weston menyampuk terlebih dahulu. Bunyi serigalanya jelas tidak suka.
"Kerajaan ni di bawah pimpinan Vans Tempests. Salah satu Vampire sial. Tapi kenapa ke sini?"
Weston mendengus tak suka. Dari dulu dia tidak pernah sukakan Vampire. Huh! Tetapi berbeza untuk Arielle.
"Vampire eh? Bagus! Mesti ada yang hot macam Edward Cullen dalam Twilight! Hahaha!"
Terus Weston mendengus. Matanya menjegil pada Arielle.
"Kau jangan nak mengada. Aku rodok mata tu karang. Asal novel tu jugak kau percaya?"
"Alahh, apa salahnya? Tu karangan manusia terdahulu kut. Best citernya hehe."
"Apa-apa ajelah. Lebih baik kita gerak sekarang. Ambil masa tiga minggu juga kalau tiada halangan di kerajaan sebelumnya."
"Ah, Kerajaan Night kan? Tapi kerajaan tu macam makmur aje. Pemerintahnya agak misteri sebab nama sahaja yang diketahui. Dia pun tak pernah tunjuk diri di khalayak. Aku tak rasa kita ada malasah nak lalui kawasan tu. Jeneral Sean kan namanya?"
Weston ketawa sinis.
"Ini kerajaan naungan Tempests yang kita bincangkan, Little Angel. Luar cantik, dalaman belum tentu. Misteri itu lagi bahaya. Jeneral Sean itu langsung tidak pernah turut serta dalam mana-mana peperangan daripada apa yang Alzer cerita."
"Hurmm. Tapi aku rasa uncle Alzer kenal dia. Persoalanya, kenapa nak berahsia?"
"Entah lah.Sudah. Tidak ada faedah kita bicara fasal dia. Fokus pada apa yang Permaisuri minta."
Weston menanggalkan bajunya lalu diserahkan pada Arielle. Sudah semestinya gadis itu akan ambil kesempatan namun diabaikan oleh Weston. Sudah lali. Perlahan-lahan badanya membesar sebelum berubah menjadi serigala gergasi yang cantik. Mata gelapnya merenung Arielle seakan menyuruh dia naik keatas badan.
Gadis itu tersengih dan akur.
"Ayuh!"
"Awuuuu!"
Weston berbunyi lalu empat kakinya mula berlari meredah hutan.
Dalam masa yang sama, Eryl elok merenung ke arah bulan. Rambut putihnya beralun mengikut tiupan angin.
"Serigala ke tadi?"
Okey saya dah kata 4 chap aje kan? Tapi sbb PKP, saya maybe, MAYBE akan up jugk. Tak janji. But! Bila PKP habis, memang hiatus trus.
Okeyy tu aje. Enjoy ♥️
Saje nk muncul kan Ariel hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top