Flame 31 | Promise

Eryl POV

"Wow.. "

Itu lah kata-kata pertama yang terkeluar daripada bibirku. Sekeliling aku sangat cantik walaupun hampir kesemuanya diselimuti salju. Perkampungan yang kecil namun bertahan kukuh di tanah yang suhunya sangat rendah.

"Selamat datang ke perkampungan kami. "Ujar Koharu lalu membuat isyarat agar mengikut dia.

" Susah nak percaya ada perkampungan di sini.. " Kata Alvarez sambil berjalan di sisi aku. Seth juga tidak terelak daripada terpegun dan melontarkan kata-kata.

"Aku dah banyak kali turun ke Angkasia, tapi ini kali pertama aku jejak ke kampung ni. Jujur aku katakan, tempat ini hangat walaupun sekelilingnya jelas sekali dikelilingin salji. "

"Hurm.. Saya setuju. Tempat ni hangat macam bulu Weston. " Ujar Arielle yang kini selamat dibaluti kot tebal milik Weston. Lelaki serigala pula berada dalam bentuk haiwannya dan berjalan seiringan dengan Arielle.

"Kau kena pakai kot aku jugak walaupun hangat. Untuk keselamatan. "

"Yeah and I like it. Hehe. "

"Why tho? " Aku menyoal hairan. Aku tengok elok aje budak ni berjalan dalam cuaca sejuk.

"Badan Ariel Sebenarnya tak boleh lama dalam keadaan sejuk. Ya, dia berlawan dan ikut setan tu, tapi sikit demi sedikit badan dia membeku. Tak percaya, uncle boleh tengok tangan dia. "

Terus Arielle sorokkan tanganya kedalam poket kot Weston bersama senyuman tak bersalah. Kakinya sempat menyepak Weston sehingga berdecih.

"The hell Arielle?! "

"Fufufu. Nothing~"

Aku menggeleng kepala apabila 'fufufu' dia keluar. Terus aku berjalan padanya sebelum dia sempat jadi lebih sadis dengan Weston. Tanganya aku ambil. Hampir terlompong aku jadinya saat kulit kami bersentuhan.

Ini bukan tangan ni. Ini ais.

"Kenapa tak bagi tahu uncle?! "

Terus aku naikkan suhu pada tangan aku lalu menggenggam tangan gadis itu. Arielle aku lihat tetap dengan senyuman namun dapat aku teka rasa bersalahnya tetap ada.

"It's.. Not that cold? "

"Not cold my ass. You totally turn into ice!"

Arielle hanya senyap sahaja bersama kepala yang menunduk. Keluhan aku lepaskan.

"Maaf, uncle bukan marah. Cuma risau. Buat masa ni pegang tangan uncle sampai kamu okey sikit. Boleh? "

"Kalau tangan Arez boleh? "

Terus Weston libas ekor dia buat Arielle ketawa.

"Jangan gatal sangat boleh tak? Grr..! "

"Jeles letuww~"

"Aku gigit jugak minah ni.. "

Aku mengeluh lalu menghentikan pertelingkahan dua sahabat itu. Ada aje benda nak gaduh. Arielle memandang aku sejenak sebelum menatap Weston disisi seakan meminta pendapat.

"Better kau dekat dengan uncle. Setakat kot aku tu, masih tak boleh panaskan tangan kau. Aku tak nak kawan baik aku jadi ais batu. "Balas Weston membuatkan Arielle tersengih.

"Kalau Weston kata macam tu, saya okey aje."

Aku tersenyum. Sebelah tangan aku naik mengusap kepalanya. Kadang-kadang aku tak boleh buang perasaan seorang bapa untuk Arielle. Walaupun aku bukan bapanya yang sebenar, aku mahu beri sedikit kasih sayang itu.

Aku tak gantikan tempat Eldera, tak. Sebab selamanya Eldera tetap ayah Arielle. Kasih sayang dia lebih besar daripada aku yang tiada pertalian darah denganya. Apa-apa yang Eldera bagi, impaknya lebih besar daripada aku yang hanya sekecil kuman untuk Arielle.

Namun itu sudah cukup. Sangat-sangat cukup bagi aku.

"Thanks da-I.. I mean uncle. "

Aku mengangkat sebelah kening apabila Arielle tiba-tiba sahaja gagap. Mungkin sebab sejuk? Huh, budak ni. Tapi aku anggukan juga kepala bersama tawa kecil.

"No biggie little girl. "

Arielle mencebik.

"Saya bukan little girl. "

"You're little girl. My favorite one hahaha. "

"Hee.. Then who's your favorite big girl? "

"I don't have favorite big girl,instead I have queen. "

"Awu.. How sweet! "

Aku dan Arielle ketawa. Weston juga aku lihat tersenyum walaupun sedetik cuma. Tangan gadis itu aku genggam sehinggalah kami masuk ke dalam perkampungan itu sepenuhnya.

"Elder Jiao sedang bersiap. Buat masa ni kamu semua akan tunggu di rumah utama ini. Kamu semua tidak kesah bukan? "Koharu menyoal setelah kami sampai dihadapan sebuah rumah. Tidak besar dan tidak pula kecil. Cukup untuk 20 orang masuk kedalamnya.

"Selagi boleh berjumpa denganya, kami tiada masalah. "Aku membalas. Koharu tersenyum sebelum membuka pintu agar kami boleh masuk.

Jejak sahaja kaki, tangan aku serta merta melepaskan tangan Arielle. Sekali lagi aku dikejutkan dengan rekaan dalaman yang sangat cantik. Suhu didalamnya sangat kontra dengan di luar.

Aku melepaskan tangan Arielle apabila yakin suhu di dalam ini cukup hangat untuknya.

"Ini.. "

"Cukup hangat. " Arielle menyambung kata-kata aku sebelum membuka kot dibadannya. Weston juga kembali kedalam bentuk manusia lalu memakai kot tersebut.

"Kau semua duduk lah dulu. Aku nak keluar kejap. " Ujar ku mendapat anggukan semua.

"Arez ikut boleh? " Aku tersenyum lalu mengangguk pada Alvarez. Laju sahaja dia berlari anak padaku.

***

"Ayahanda."

Eryl menjeling Alvarez apabila dirinya dipanggil.

"Ya? "

"Ayahanda rasa.. Kita boleh menang ke? Menentang Aeldera? "

Suasana diantara mereka sepi seketika. Hanya wap sejuk yang keluar daripada mulut menemani. Eryl sedikit terdiam dengan soalan yang diajukan.

"Kalau Ayahanda jujur lah kan.. " Eryl tarik sengih.

"Ayahanda pun tak tahu. "

"Apa? "

Alvarez terlompong. Eryl ketawa melihat riaksi anaknya itu. Tangan naik meramas rambut merah lelaki itu sebelum berjalan kehadapan. Alvarez mengikut sahaja walaupun dahi sudah berkerut seribu.

"Kenapa ayahanda cakap macam tu? "

"Sebab dalam diri dia, ada orang yang penting bagi ayahanda.. " Eryl membalas tenang. Matanya lembut menatap salji yang turun. Seakan terkenangkan kisah lamanya bersama dua sahabat tercinta.

"Huh? " Alvarez semakin keliru.

"Datuk.. Tak pernah cerita? Mengenai tiga ketul manusia yang selalu timbulkan masalah?"

Alvarez menggeleng kepala. Eryl mengangguk faham. Rasanya tak salah untuk dia ceritakan segalanya pada Alvarez. Lambat atau cepat, anaknya akan tahu juga mengenai sejarah dia, Eldera dan Adrea.

Ya, dalam jenerasi anaknya, tiada sesiapa tahu kisah sebenar mereka bertiga. Tiada sesiapa.

Dan Arez akan jadi yang pertama.

"Macam ni lah Arez, apa-apa pun yang kamu dengar, ini hanya antara kita okey?"

Alvarez diam seketika, namun kepala diangguk juga.

"Arez faham. "

Eryl tersenyum lebar.

"Baik lah.. Kalau macam tu, cerita ni sebenarnya mengenai ayahanda dan juga.. "

Mata Eryl menjeling ke rumah tumpangan mereka. Alvarez mengikut sama. Jelas di mata kedua-duanya Arielle mengekek ketawa sambil berpusing-pusing dibawah salji sambil dimarahi Weston. Sudah tahu badanya tidak tahan sejuk namun degil mahu bermain di luar.

".. Ibu bapa Arielle. "

Kepala Alvarez terus berpusat kepada Eryl semula.

"Kau mungkin tak percaya.. Tapi sebelum segala bencana ini bermula.. Eldera Tempest sebenarnya Eldera Delwyn. Ayah sebenar Arielle Bellvania.. "

"Apa?! "

Eryl tersenyum lagi. Sudah menjangka riaksi anaknya itu.

"Yes. Eldera, the vessel of Aeldera actually her father. Also, my one and only best friend. He use to be a great and kind guy. But.. "

Segala pengalaman dan kenangan dirinya bersama Eldera di taburkan pada anaknya. Dari bagaimana mereka boleh menjadi kawan, segala pahit manis serta kesudahan persahabatan mereka, diceritakam dengan sangat terperinci.

Alvarez pula, ada kala ketawa, ada kala terdiam dam akhir sekali sudah pasti dia cuba menahan diri daripada menangis.

Ya, kisah persahabatan mereka tragis. Dua mahluk dengan kuasa gelap, namun berbeza jalan. Dua sahabat yang sentiasa berganding bahu ketika waktu sukar, kini terpisah dan menghunus senjata pada leher satu sama lain.

"I promise that I will never kill him. Dan ayahanda mahu kekalkan janji tu.. "

"Tapi dengan keadaan sekarang.. " Alvarez menundukkan kepala membuatkan sang ayah ketawa hambar.

"Ya, ayahanda tersempit diantara janji dan pengorbanan. Ramai sudah berkorban namun perlu ke ayahanda berpegang pada janji itu? Kalau boleh, ayahanda mahu.. "

"Tapi ayahanda sedarkan.. Ayahanda tak boleh puaskan kedua-dua pihak? It's.. "

"Its not impossible. " Serius Eryl memotong.

"Its.. Never impossible. For me at least."

"Ayahanda.. "

"Ayahanda faham sukar untuk kamu percaya tapi.. Itu apa yang ayahanda percaya. Tak ada yang mustahil untuk ayahanda. Kalau ianya seakan mimpi, ayahanda akan jadikan ianya realiti. I swear." Tegas Eryl lagi.

"Cuma untuk kali ini sahaja, ayahanda mahu pentingkan diri sendiri. "Eryl tersenyum nipis.

" Dan, tak apa jika Arez mahu bencikan ayahanda sebab itu. "

Seperti tadi, kesunyian menjadi peneman mereka. Angin sejuk bertiup, mengalunkan rambut ayah dan anak itu bersama guguran daun. Alvarez menarik nafas dalam. Kakinya melangkah menghampiri Eryl sehingga berada beberapa tapak sahaja jarak diantara mereka.

"Kalau itu yang ayahanda mahu pertahankan.. "

Alvarez mengangkat tangan yang dikepal penumbuk. Perlahan, tanganya mengetuk dada ayahnya. Mata Eryl membulat dengan tindakan Alvarez. Namun, apa yang lebih mengejutkan dia adalah apa yang keluar daripada mulut Alvarez.

".. Janji dengan Arez, ayahanda tak akan mati. Tak sama sekali. Tak adil lah kan, kalau ayahanda boleh pegang janji kawan baik ayahanda tapi bukan anak sendiri?"

Eryl melompong. Alvarez tersengih.

"Cemburu seorang anak pun boleh sama level dengan wanita tahu? "

Alvarez menjauhkan tanganya. Senyuman manisnya semakin melebar bersama mata yang tertutup apabila melihat wajah merah ayahandanya.

"Damn son. You hot. No wonder that girl fall for you.. "

Terus Alvarez tekup muka.

"Are you for real now..? Haihh.. "

"What? I'm proud okey? Bila nak ajak kahwin dengan dia?"

"Huh?!"

"Ayahanda nak jugak Arez junior main lari-lari dengan Ariel junior. "

"W-h-What?!"

"Uwu, lepas tu dengar kau dengan Arielle bersayang abang! Ooh, youth!"

"Hentikannya! Ayahanda ni! "

"Alolo.. Hahahaha."

"Seronok betul kamu berdua ya? "

Terus terhenti usikan Eryl dan tumpuan mereka beralih pada seorang gadis kecil. Mata Eryl berkelip berkali-kali begitu juga Alvarez. Gadis itu ketawa dengan riaksi mereka.

"My, it's been so long my old friend, Kurayami. Say, did you still remember me?"

Mata Eryl membulat.

"Who..? "

Gadis itu ketawa lagi. Kepala digeleng.

"Tak boleh buat apa. Kali terakhir kau jumpa aku ketika di peperangan Raja pertama puak Ryuzaki. Jadi aku akan kenalkan diri aku sekali lagi. "

Gadis kecil itu menunduk hormat bersama tangan kanan di dada manakala sebelah lagi mengangkat kainnya sedikit.

"Nama aku Jiao. Lee Jiao. Nice to meet you again old friend. "

***

Ayrez memerhati lapangan kosong dibahagian utara Yggdrasil bersama isterinya di sisi. Para tentera sudah berada di tempat yang telah di tetapkan dua hari yang lepas. Heira juga sudah siap sedia menunggu di bahagian belakang sebagai benteng pertahanan terakhir bersama Akira. Puak Ryuzaki pula bersembunyi sebagai kumpulan penyerang rahsia.

"Abang.. " Red memanggil dalam bentuk naganya.

"Saya dapat rasakan ada portal yang sudah terbuka dari arah selatan. Tempests seakan mahu meyerang daripada sana."

Ayrez mengangguk.

"Seperti yang kita jangka. Jangan risau, Arvie sudah bersiap sedia bersama Haze disana. "

Senyuman sinis terukir dibibir Ayrez apabila satu daya kuasa muncul dihadapan pandanganya. Para tentara yang dibawanya sudah lama bersiap sedia dengan senjata di tangan. Portal yang muncul tiba-tiba, meluahkan satu demi satu tentera Tempests.

"Ayrez, mereka sudah tiba. " ujar Lizz, Jeneral ular Yggdrasil.

"Aku nampak.. "

Burrnn!!

"Dan aku sedia. "

Ayrez yang kini berada dalam bentuk hantunya mara ke hadapan dengan megahnya. Kepalanya tinggi menatap musuh-musuhnya. Pedangnya kemas tersisip di pinggang dan tombak petirnya berada di tangan.

Clap!

Clap!

Clap!

"Wowwww.. Jeneral Hantu sendiri turun kau!! "

Ayrez berdecih apabila suara sumbang milik Jeneral Diandra, kedengaran. Tidak lupa juga seorang lagi Jeneral wanita, Death muncul disisinya. Masing-masing tersenyum dengan senyuman psiko.

"Kalau ikut hati, tak kuasa aku nak hadap muka orang yang nak mati macam kau orang. " balas Ayrez selamba.

"Huh, jangan overconfident sangat Jeneral~." Diandra mengenyit mata.

"Malu nanti kalau kalah. "

"Kalah atau menang aku tak peduli. Yang aku pasti, kau.. " Tombak Ayrez halakan pada Diandra sebelum dihalakan pada Death yang tersenyum sehingga menampakkan gigi tarinya.

"Dan kau.. Mampus. "

ROURRRRRR!!!

"GLORY TO THE GODDESS AND HER EVERLASTING REIGN!! "

"AAHHHHH!!! "

DUMMMMMMM!!!

Serentak dengan ngauman naga Red, dua pihak bertembung! Bunyi lagaan senjata bergema diseluruh pelusuk! Kedua-dua belah pihak tidak getar menghunus senjata pada leher satu sama lain.

SLASHHHHHH!!

SLASHHHHHH!!

Tombak Ayrez menebas kesemua musuh yang berada di hadapanya. Api kematianya menyala terang, menerangi dan membakar semangat tentera Yggdrasil!

"JANGAN TAKUT PADA MEREKA! SERANG DAN MUSNAHKAN SEGALA MUSUH KITA!! " Ayrez melaung seraya menjulang tombaknya keatas dengan penuh membara.

"BAIK JENERAL!! "

ROOOOUUUUUURRR!!!

Red mengaum sekuat hati sehingga tanah mereka berpijak bergegar. Nafas ditarik panjang sebelum api yang maha dahsyat disembur kepada tentera Tempests!

BRUUMMMMMM!!!

"ARGHHHHHH!!"

"Hehehehe! "

Mata Red membulat sebelum melibas ekornya sekuat hati!

BAMMMMMM!!

Death ketawa gila. Kapak api ditanganya, dihayun sehingga berasap. Matanya bergetar kegembiraan.

"INI APA YANG AKU MAHU! MARI KAU PADA AKU SANG NAGA!! "

Red berdecih lalu berubah dalam bentuk manusianya. Sebaik sahaja berada dalam bentuk manusia, kapak milik Death sudah berada dihadapan mata. Dengan sepantas kilat, Red mengelak sebelum melibas kuku naganya!

BAMMMMMM!!

"Cakar naga..! Kau guna cakar naga! Hahahaha! "

"Crazy bitch.. " gumam Red seraya menyahkan darah pada pipinya yang terhiris sedikit.

"Arrrhhh.. Sudah lama aku tidak merasai darah naga. Hari ni memang bagus! Hahahaha!"

DUUUUUUMMMMM!!

Death melibas, Red mengelak. Dua api yang marak, menari di atas medan peperangan. Api kegelapan dan api kemerahan, membakar sesiapa sahaja yang datang mendekat!

BUUURRRRNNNN!!

"JAUH DARIPADA SINI! PERGI PADA JENERAL LIZZ SEKARANG!! " Red mengaum kuat sebelum mengelak libasan yang hapir menebas kepalanya!

SLASSHHHHHHH!!

Para tentera Yggdrasil akur. Senjata mereka beralih arah. Menyerang sekumpulan Tentera Tempests yang ditinggalkan Death. Sekali lagi, dentuman dan letupan kedengaran!

DUSHHHHHHHHH!!

"Urghhh! "

Red terseret kebelakang apabila wajahnya menerima tendangan padu. Darah dalam mulut di ludah keluar. Mata naganya bercahaya sebelum sengihan terukir.

"Oww, sakit? " Death menyoal. Memprovoke Red.

"Hurt like hell. But hey, we already in hell right? " Red membalas selamba sebelum muncul dibelakang Death.

"..So don't holding back bitch. "

BAMMMMMMMM!!!

Red berdecih. Kuku naganya dihalang kemas oleh Death. Wanita itu tersenyum sinis pada sang naga. Kapak miliknya terbakar dengan api hitam yang marak membuatkan Red berundur.

"Nice try. But not enough. "

"Huh, you sure? "

Crack!

Mata Death membulat apabila kapak miliknya retak.

"Aww, sorry. Retak eh? " Soal Red sengaja.

"This Yggdrasil bitch.. HAHAHAHAHA! "

Red diam bersedia. Death pula ketawa sebelum berhenti.

"I'll kill you. "

"Heh, let us see if you can. "

DUMMMMMM!!

BAMMMMMM!!

Dalam masa yang sama, Ayrez berpusing diudara sebelum merenjam kuat tombak kilatnya.

"Hurm!! "

DUMMMMMMM!!

BOOOOOOMMM!!

Sambaran kilat kuat kedengaran! Para tentera Tempests mati dengan sekali serangan. Namun..

"Tengok mana kau tujukan jahanam! Hahahaha!!"

BUMMMMM!!

Ayrez menahan serangan Diandra dengan pedangnya yang sempat dihunus. Tubuhnya menjunam jatuh dan menghempas permukaan tanah Yggdrasil akibat serangan Diandra.

BAMMMMMM!!

Debu tanah naik ke udara. Ayrez keluar daripadanya sejurus sahaja Diandra merenjam tombaknya. .

DUSHHHHHH!!

"Tch." Ayrez berdecih lalu menyeru kembali tombak kilatnya. Pedang pula sudah tersisip di pinggang.

Clap'

Clap'

Clap'

"As expected from Immortal Ghost. Always fast. Macam tu ke kau takutkan orang hurmm? " Diandra menyoal selamba. Mata-mata pada tubuhnya memerhati Ayrez yang bila-bila masa sahaja akan menyerang.

"Kau ingat aku hantu jembalang segala tu? Tolong lah. Level aku tinggi lagi. Lagi tinggi daripada kau juga. " Ayrez membalas.

"Oho? Kau pasti? "

"Nak aku tunjuk? "

"MARI LAH!! "

SLASHHHHHHHHH!!

Dua tombak saling bertembung! Satu bersama cas-cas kilat disekitar manakala satu lagi dikelilingi kegelapan.

"HIBURKAN AKU HANTU ABADI!! HAHAHAHA!!"

***

SLASSHHHHHHH!!

SLASSHHHHHHH!!

"JANGAN BERI MUSUH DEKATI ISTANA YGGDRASIL!! " Arvie melaung kuat sebelum menebas kepala tentera Tempests. Sabitnya diputarkan sehingga angin kuat terhasil.

"SKY WRATH!! "

SLASSHHHHHHH!!

Sebuah berbola angin gergasi terhasil dan menarik kesemua askar Tempests kedalamnya! Saat mereka mendekati, tubuh mereka seakan dicincang sehingga menjadi cebisan!

Arvie tersengih sebelum mara membantu tenteranya yang lain.

"Kau nak kemana hah?! "

Mata Arvie membulat! Badan pantas mengelak libasan yang hampir sahaja memutuskan tanganya. Mata heterochromia miliknya mencari tuan empunya badan.

"Hahahaha. Jadi Tempests memang hantar tiga Jeneral eh? " Arvie menyoal selamba.

"Seberapa banyak pun Tempests hantar Jeneralnya, Yggdrasil tetap akan tumpas hari ini. " Dalen, sang pemakan jiwa membalas sinis. Dibelakangnya jelas muncul satu tengkorak manusia gergasi shingga paras pinggang. Memegang pedang seakan samurai.

"Man, an immortal ghost and soul eater? Satu kombinasi yang agak janggal tak begitu? "Arvie mengangkat-ngangkat keningnya.

" Jiwa aku tak sedap tahu? Kalau kau makan pun, silap-silap sembelit. Almaklum lah aku jiwa yang dah kotor. "

"A Sinful Ghost.. " Dalen mengumam. Arvie menyeringai.

"Yes! I kill a lot of human out of revenge before. So, surprise?"

"Heh. You really don't have shame are you? "

"Me? Nope! "

SLASSHHHHHHH!!

"Sebab tu aku serang kau walaupun kita sedang bercakap. Ehe. "

Dalen mengelak tipis serangan Arvie. Tanganya naik memegang pipi yang terhiris sehingga berdarah. Matanya yang mempunyai sinar, lesap dan diganti dengan mata yang gelap.

"Kau.. Memang biadab. "

Arvie mencebik.

"Bro, kau patut balas 'ehe te nandayo' bila aku kata 'ehe' tadi."

"... "

"Tak lawak eh? "

"MATI!!"

BAMMMMMMMMM!!!

SLASSHHHHHHH!!!

"EHEEE!! "

Okey sorry sbb tak update dalm sebulan? Ke dua? Lol apa2 ajelah. Saya busy sikit (or banyak). Susah dah nk up macam dulu. But i will try. Tengk lah cam ne. Lagi pun mood dah ke laut hawaii. Susah nak pi ambik. Nk pulk saya dah err..Well ketagih game Hahaha. Faham2 aje lah ek. 🤣

Btw, enjoy❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top