Flame 3 | Crybaby
Seorang lelaki berambut jingga, elok menyandarkan badan di sebatang pokok yang rendang. Keluhan keluar dari bibirnya. Perlahan-lahan dia menghampiri susuk tubuh yang elok memeluk kaki di dada. Punggung dilabuhkan di sisi lelaki tersebut.
"So.. What are you doing here?" Soal lelaki berambut jingga atau lebih tepat lagi, Seth.
"Crying." Balas Alvarez sepatah bersama hidung yang sedikit berair. Sapu tangan diambil lalu naik mengelap cecair itu.
"Hee.. Why I'm not so surprised about it? Kau dari dulu kuat menangis. Little baby."
"Seth.."
Seth hanya ketawa sahaja apabila Alvarez memanggil namanya dengan nada melerek. Jelas tidak senang apabila diusik.
"But it's true. Kau menangis hampir untuk semua benda. Like, seriously? Pokok mati, kau nangis. Haiwan mati, kau nangis. Drama tiga suku kau nangis. Aku demam ,kau nangis and Alice tersedak makanan kau.. Okey tu kau hampir aje. But see?"
"Itu sebab semua tu sedih.. Rasanya." Alvarez memberi alasan bersama suara yang agak perlahan. Wajahnya juga sedikit merah dan pipinya dikembung tak puas hati.
"Tersedak pun sedih eh? Wahh. Tisu tul hati." Kutuk Seth bersama kening yang naik ke atas.
"But I'm not crying! Hampir aje kan?!" Marah Alvarez membuatkan Seth meletuskan tawanya. Suka dia mengusik sepupunya ini.
"So kau mengaku lah en nak nangis time tu? Hahaha."
"Eyy.."
Sudahnya Alvarez menghalakan pandangan pada laut. Malas mahu melayan sepupu belah bapanya. Mulut jahat! Benci!
"Alahh, hati tisu. Kau merajuk eh?"
"Mana ada. Lelaki mana merajuk."
"Iya. Iya aje. Macam lah aku baru kenal kau sehari. Eh bau ketiak pun tahu tau?"
"Eeewww."
Alvarez menjauhkan sedikit daripada Seth yang dah tayang muka tak bersalah. Mencerlu matanya pada Seth.
"Ni mesti usya aku mandi ni. Apa ni, tak ada perempuan dah ke sampai aku jadi mangsa?"
Terus Seth bengang.
"Tak ada kerja aku usya kau mandi, bongok. Kalau dah tinggal sebilik dengan kau, apa aje aku tak tahu sial?" Balas Seth bersama dengusan. Wajah Alvarez berubah sayu.
"Jangan lah mencarut. Bonda kata tak elok tahu?"
Seth buat muka seposen. Jujur dia cakap, Alvarez kadang baik tahap dewa, tapi bila blur dia datang, rasa nak marah pun ada. Yang menariknya ,jarang lah nampak dia mengamuk sebenarnya. Tapi nangis tu dah macam rutin.
"Whatever shithead."
"No cursing Seth." Tegurnya lagi namun Seth buat bodoh dia aje.
"Anyway, aku datang sini nak ajak kau balik. Bonda kau cari. Katanya , ayahanda kau dah bangun?"
"Hurmm.."
Perasan akan raut wajah Alvarez, Seth terus menepuk bahunya.
"Hey, what's wrong? Kau dah lama tunggu ayahanda kau bangkit right?"
"Dia tak ingat aku." Jawapan Alvarez membuatkan Seth terkedu. Sedikit sebanyak, dia bersimpati.
"So that's why you're crying?"
"Hurmm."
"Haiih.. If that the case, then let's go. Mungkin dia dah lama sangat tidur, sebab tu otak tak gerak sangat. Kau jangan lah terus nangis macam hilang bini. Dah, dah. Jom."
Pujuk Seth lalu menarik Alvarez supaya bangun. Walaupun Seth jauh lebih muda, dia lebih berperwatakan seakan abang kepada Alvarez.
Kadang-kala, Seth pun tak tahu dia adik sepupu ke abang sepupu.
***
"Okay, berapa lama lagi kau nak duduk sini?"
"Tapi kalau dia benci aku macam mana?"
Seth menekup muka dengan soalan naif Alvarez. Sudah hampir setengah jam mereka menghendap Eryl yang kini elok menjamah makanan sambil ditemani Akira didalam bilik.
"Apahal pulak dia nak benci kau babun? Kau anak dia kut. Tak akan lah tahu letak benih tak reti jaga pulak. Sial betul."
"Seth! Mulut tu jaga lah sikit! Dan tolong lah berhenti mencarut! Tak elok!"
Seth guling mata ke atas. Menyampah semua ada. Peduli apa dia?
"Dah tu? Kau tu yang asyik 'Tak apa ke masuk?' , 'Okey jom masuk' , ' eh no no no!'. Jengkel tahu tak jengkel? Aku sepak buntut kang baru tahu."
"Eyy.. Kau mulut memang tak ada insurans lah. Uncle Senri tak ada lah pulak macam kau walaupun dingin."
"Sorry naik lorry sepupu cengeng ku. Papa aku lain, aku lain. Dia good side and aku bad side. Deal with it."
Alvarez hanya mampu mengeluh panjang dengan balasan selamba Seth. Seth dari dulu lagi kasar dan mulut tak pandai jaga. Memang susah nak percaya kalau orang cakap dia anak kepada Senri Ryuzaki. Uncle dia memang baik. Sopan dan hormat orang sekeliling, tapi Seth? Redah semua. Jenis, 'apa dia nak dia dapat'.
Ya, badboy style.
"Hurmm.. Aku rasa maybe kita tegur esok? Aku-"
"Hell no. Lepas setengah jam baru kau nak cakap kita berambus?"
Alvarez dah cuak apabila Seth berwajah bengang. Satu lagi fasal Seth, jangan buat dia marah. Baran dia ni bukan boleh percaya. Bukit pun boleh hancur.
"Err.. Y-ya?"
"Go to hell. Kau pilih, sama ada masuk dengan rela hati atau.."
Alvarez dah sedia nak lari, namun belakang bajunya elok direntap kasar oleh Seth sehingga terjatuh kebelakang. Tanpa amaran, badan dia diseret tanpa belas sehingga dia menjerit.
"Tidak!!! Aku tak nak masuk!! Ini kekasaran terhadap golongan yang lemah!! Huwarhhh!!"
"Jangan degil boleh tak?! Bukan susah pun nak masuk!"
"Tak nak! Don't want! Let me go! Bohoo! Seth bullying me! Someone help me from this monster!yikess!!"
Terus Alvarez terdiam apabila sebilah lembing daripada ais hampir menghiris pipinya. Peluh menitik bersama air mata yang bertakung. Wajah ngeri Seth ditatap bersama gigilan.
"Masuk atau aku buat sesuatu yang lagi dahsyat. Percayalah, kau tak akan suka. Tak. Akan."
"Ba-baik."
Akira terkebil-kebil apabila bunyi bising tadi terhenti. Eryl yang baru sahaja menghabiskan makanannya, berkerut dahi.
"Bunyi apa tu Aki?"
"Hurmm..? Entah."
Tak sampai sesaat, Seth terus muncul bersama lolipop didalam mulutnya. Muka jelas bersahaja manakala Alvarez hanya senyap bersama wajah yang ditundukkan.
Eryl terkebil-kebil dengan kehadiran mereka berdua yang tidak dijangka dan apa yang lebih mengejutkan dia apabila Seth selamba mencium pipi Akira membuatkan isterinya ketawa kecil.
"Hello my beautiful flower." Katanya penuh romantis membuatkan darah Eryl mengigil bengang.
"What the hell? Stay away from her you asshole!"
Akira terkejut apabila badanya sudah dipeluk oleh Eryl. Kali ni, Alvarez pula yang terkebil-kebil dengan tindakkan ayahnya manakala Seth tersenyum dengan perasaan terhibur.
"This must be fun. Heh."
"Urgh.. Jangan lah usik ayahanda aku Seth. Dia baru aje sedar tu.." Tegur Alvarez membuatkan Seth mencebik tak suka.
"But look at his face! Lawak kut! Macam gorilla sembelit! Hahaha!"
"Haa.. Kau aje yang rasa ianya lucu Seth."
"Whatever little baby. Dah lah. Aku nak keluar dulu. Apa-apa hal cari aku dalam bilik Selene."
Lama Alvarez merenung muka Seth.
"Kenapa bilik Selene? Kau nak tidur dengan dia ke?" Soalan naif Alvarez berjaya membuatkan tiga figura didalam bilik itu tercegang. Lebih-lebih lagi apabila dia menyoal dengan wajah tak bersalah. Langsung tak terdetik rasa marah pada lelaki itu.
'Dia terlalu suci.' Fikir mereka bertiga serentak. Seth mengeluh panjang lalu mencubit kedua-dua belah pipi Alvarez dengan geram.
"Aku cuma nak bincang fasal senjata ,setan. Please lah jangan tanya soalan yang boleh timbulakan salah faham."
"Aw, aw! Tapi kau memang selalu tidur dengan dia kan? Tiap malam aku nampak kau seludup masuk sana tak pakai baju?"
Semakin kuat cubitan di pipi Alvarez sehingga lelaki itu terjerit sakit.
"Hey! Sakit lah!"
"Itu sebab aku memang tak pakai baju time tidur hanat! Tiap malam aku masuk sana sebab dia mintak tolong aku tengok ciptaan dia gila! Bongok! Jangan lah buat aku nampak jahat sangat!"
"Yikes!! Okey! Okey! Sakit lah Seth! Hik.."
Terus Seth melepaskan cubitan apabila Alvarez dah mula masuk mode sendu dia. Mata diguling ke atas tanda menyampah lalu mata jatuh pada Akira.
"Hurmm. Okay lah, Seth mintak diri dulu.. Auntie Akira dan.."
Mata Seth jatuh pada Eryl yang dah melompong.
"Uncle Eryl, cantik rambut. Tapi buat uncle nampak macam orang tua! Hahaha! Have a nice talk old geezer!"
"Wait? What?! Siapa uncle kau hah?! Jangan panggil aku uncle lah babun!"
Akira dah tekup muka dengan sikap sengal Eryl. Masih lagi macam dulu. Tah-tah, gatal tu pun masih melekat!
"Gosh, budak zaman sekarang tak faham ke dengan style baru aku sampai dinpanggil orang tua? Cantik apa rambut putih aku. Huh!" Eryl membebel sendiri lalu berpeluk tubuh disebelah Akira. Pipi Akira yang dicium oleh Seth ,ditenung lama sebelum selamba dijilat membuatkan isterinya terkedu. Alvarez yang melihat pula, sudah merah satu muka.
Apakah?
"Hump! Anak buah ke tak, pipi ni aku punya. Kalau cium dekat bibir, memang aku angkut kau malam ni. Grr.."
"W-w-what.."
"Bo-bon-bonda."
Alvarez mula tak tentu arah. Tidak gemar mendengar apa yang dikatakan ayahnya. Dia seakan mengganggu! Lebih baik dia keluar!
Sebelum sempat dia melangkah, tangannya dahulu sudah ditarik sehingga dia jatuh kedalam pelukan Eryl. Ayahnya tepat merenung kedalam iris mata delima miliknya. Alvarez tak keruan sehingga lah Eryl mengucup dahinya.
Dia terkedu.
"You're my son right? Maaf tak cam masa mula-mula jumpa. Kau.. Dah besar."
Pelukan dileraikan. Rambut lebat milik Alvarez diusap sayang bersama senyuman kelat.
"Lama betul aku tidur.. Sampai anak sendiri pun aku tak dapat tengok dia membesar." Kelat sahaja nada yang digunakan Eryl. Semua yang berlaku.. Sudah diceritakan oleh Akira. Termasuklah.. Kematian Ayahanda dan bonda.
"A-Ayahanda.. Tak benci Alvarez?" Terketar-ketar Alvarez menyoal. Tubuhnya sedikit mengigil. Dia takut.
"Hurmm? Kenapa pulak nak benci?"
Alvarez terdiam. Sejujurnya dia pun tak tahu. Tapi..
"Sebab Alvarez.. Tak ada masa ayahanda perlukan?"
Tika itu, Eryl meletuskan tawanya. Alvarez hanya tercegat dengan wajah keliru. Akira pula menutup mulut daripada terikut ketawa dengan Eryl. Hailah anak.
"Haihh Arez. Arez. Kau lupa ke masa aku tidur tu kau masih lagi bayi?"
"Oh. Uh.."
Sengihan Eryl semakin melebar.
"Tapi sekarang kau dah 70 tahun bukan? Boleh lah kau bantu aku lepas ni."
Alvarez memandang ayahnya tak percaya. Perlahan-lahan senyuman diukir bersama rambut yang beralun ditiup angin.
"Ya! Arez akan tolong ayahanda!"
Lama Eryl menatap wajah manis anaknya sebelum kepala dikalih ke arah lain bersama tangan yang naik menekup separuh wajah.
"Nampaknya.. Dia budak baik. Boleh guna ni untuk ajak tengok porn. Agak Heira simpan tak? Kihihi."
Alvarez yang sempat menangkap kata-kata itu, menyenget kepala pada Akira bersama wajah tidak mengerti. Ada perkataan yang tak pernah diajar bondanya. Memang jika dia tidak tahu sesuatu, dia akan tanya sampai dia tahu.
"Bonda, porn tu apa?"
"H-huh?" Akira tercengang.
"Mana Alvarez tahu perkataan tu?"
Walaupun Akira dah dapat agak, tapi ditahan aje rasa bersama tangan yang mengenggam buku lima. Memang dia tak ajar dan tidak langsung sebut akan perkataan itu! Kecuali..
"Tu ayahanda cakap. Dia nak ajak Arez tengok? Tapi elok ke tak? Kenapa Arez tak pernah dengar?"
Terus bahu Alvarez dicengkam Akira sehingga anak tak bersalah itu memucat. Senyuman ngeri Akira jelas terpapar.
Bondanya sedang marah.
Tapi kenapa?
"Alvarez pergi jumpa Seth boleh? Nanti bonda panggil~"
"Ba-baik!"
Berdesup Alvarez pergi ke bilik Selene. Bonda jangan buat main masa marah. Boleh jadi Seth 2.0.
Sangat menakutkan.
"Eryl~. Apa yang awak fikir tu~?" Soal Akira bersama tangan yang mencapai sabit diatas almari baju. Wajah Eryl dah memucat. Akira dengar ke?
Alamak.
"Hehehe. Urmm. Pervy thing?"
"Ehhh~? Really~? Jujur betul dia~."
". . . "
"Love you?"
"Not gonna work honey~"
"D'AHHHHHHHH!!!"
***
Jeritan wanita sejati itu jelas kedengaran diseluruh istana. Alvarez yang terserempak dengan Seth ditengah jalan, terus memandang lelaki itu.
"Hey Seth."
"Apa?"
"Porn tu apa?"
". . ."
"Kenapa senyap?"
"Err.. Apa kata kau ikut aje aku? Tapi jangan ingat benda ni kalau aku tunjuk. Dan jangan bagi tahu bapak aku. Nahas kau."
"Okey? But why?"
"Just shut up. Aku jumpa ni pun dalam bilik store Heira dulu. Dan lagi satu.. Bawak sapu tangan tak?"
"Huh? Ada. Tap-"
"Bagus. Siap sedia untuk cuci darah dekat hidung."
"Wha..?"
Hahaha. Alvarez, naif dan suci. Sangat jauh perangai dgn Eryl yang matang tapi otak gelap gila😂
Jadi suka tak gandingan dua sahabat baru? Alvarez dgn Seth? Dulu miang dan dingin, kali ni naif dan kasar. Haha😂ahh dah lah. Merapu aje.
Dan ya, Eryl tak berubah😂pukul lah dgn kuali kalian.
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top