Flame 28 | Reborn and Reunion
Eryl POV
"Jadi Adrea juga mahu mencari Shawn?"
"Yep."
Aku mengangguk dengan balasan yang diterima. Jadi Adrea juga mahu mencari Shawn huh. Aku patut dah jangka benda ni sewaktu dia menghantar Arielle dan Weston mencari Flower of Life dulu.
"Kalau macam tu, kita ada tujuan yang sama. Tak salah untuk berkerjasama bukan?"
Arielle tersengih bersama kepala yang diangguk laju. Matanya tidak lepas menatap Alvarez yang jelas bersembunyi dibelakang aku.
Budak berdua ni..
"Saya lagi suka hehehe."
"Itu sebab kau boleh usyar laki kau." Weston mengetuk kepala Arielle bersama wajah jengkel.
"Ehe!"
"Jangan 'ehe' dengan aku. Haaih.."
"Hahaha. Well, lagi ramai lagi bagus bukan? Dan apa salahnya dia usyar sepupu aku? Aku sokong!"
Seth menyokong. Memang bertambah gembiralah si Arielle jadinya. Boleh dah rasanya jadi kawan baik dua ekor ni.
"SETH!"
Aku hanya mampu ketawa dan mengusap kepala Alvarez yang jelas mahu menangis. Nasib kau lah nak. Ayahanda tengok aje lah kau dengan Arielle tu macam mana.
"Ehem. Sebelum tu, kau tak kenalkan diri lagi bukan?" Aku menegur Seth.
" Yeah, sorry. Aku Seth. Seth Ryuzaki. Sepupu crybaby tu. Nice to meet ya'!"
"Aku bukan crybaby.." Alvarez menyampuk bersama cebikkan.
"Di mata aku, kau ya."
"Jahat."
"Hati tisu."
"Grr.."
"Alolo. Nangis lagi? Meh sini aku kasi bahu."
Terus Alvarez menumbuk bahu Seth. Seperti biasa, lelaki berambut jingga ketawa suka. Tidak lama kemudian, rakan baru Arielle pula yang memperkenalkan diri. Heinz namanya. Namun tiada nama keluarga. Aku agak, dia ni lah budak yang Weston selamatkan dulu.
"Kalau semua dah setuju, lebih baik kita bertolak sekarang." Ujar ku sebelum berjalan sedikit jauh daripada mereka.
"Tapi lebih baik kita terbang rasanya?"
"Huh?"
Aku tersengih dengan riaksi hairan mereka. Perlahan-lahan aku pejamkan mata. Cahaya hitam mengelilingi aku dan aku dapat rasakan tubuh ku membesar. Kuasa aku juga semakin berlipat ganda dan enam sayap naga tumbuh dibelakang badan.
"Grrr.."
Saat aku membuka mata, kesemua mereka terbelalak kecuali Alvarez yang pernah melihat aku bertukar menjadi naga ketika berlatih bersama.
"Naga.. Bermata satu."
Aku menyeragai apabila mendengar panggilan itu daripada Arielle. Bentuk naga ku masih sama seperti dahulu. Yang berbeza, kini bentuk ini bukan lagi yang terkuat. Juga, sebelah mata aku sudah buta dan diganti dengan parut yang jelas tidak akan hilang.
Aku masih boleh berevolusi sejujurnya. Terima kasih pada kuasa ayahanda dan bonda serta cebisan kuasa Aires. Namun, bentuk tu masih belum aku boleh kuasai.
Ngh, dan bentuk tu agak menyakitkan ketika bertukar. Mungkin akan digunakan sebagai senjata terakhir atau masa terdesak aku kerana aku boleh kekal dalam sepuluh minit aje dalam bentuk tu.
Lord of Dragon, adalah nama yang Ayrez berikan pada aku untuk bentuk tu.
Aku pernah cuba dulu dibawah pemerhatian Ayrez, jadi tak hairan dia yang kasi nama sebab aku malas nak fikir.
Also..
Damn that freaking ghost.
Masa aku menggelupur sakit tu, boleh pulak dia campak aku dekat dunia lain. Selamat dia datang balik kutip aku yang dah selamat berevolusi.
Aku tetap tak puas hati sampai sekarang sejujurnya. Dah lah campak aku dekat entah mana dunia, lepas tu faham tak aku kena lawan mahluk-mahluk yang aku tak pernah jumpa?
Dia macam kau tengah demam lepastu pencuri boleh pulak pecah masuk, kemudian kau kena lawan. Kau rasa? Macam tu lah aku lalui.
Tak fasal aku 'terhapuskan' satu pulau mahluk tu.
Selamat aku naga, boleh lah terapung atas air masa semua hilang sebab aku terlepaskan sikit kuasa. Grr.. Paling tak leh blah, alasan bernas dia..
"Aku tak suka tanah Yggdrasil ni dicemari bangkai naga bodoh. Lagi-lagi kau. Tapi kau hidup ni, kira nasib baik ah. Aku silap campak kau. Patut tak jumpa awal-awal aku cari tadi."
"..."
"Apa?"
"Kau sesat sebenarnya kan?"
"Ha'ah."
Kadang-kadang aku terfikir dia ni baik ke jahat? Atau memang tak berhati perut dengan aku? Urgh. Selamat aku tak gigit dia aje masa tu.
Tak sanggup aku nak makan dia masa Red ada depan mata.
Nanti rasa bersalah tu buat aku tak nyaman nak makan.
Sekarang ..
"This is freaking cool! Can we really ride you?!"
Aku tergelak dengan riaksi Arielle. Seakan kanak-kanak yang baru menerokai dunia! Weston aku lihat diam dan kosong sahaja wajahnya. Namun, ekor dan telinga serigalanya yang tidak duduk diam, lain pula ceritanya. Heinz dibelakang Arielle juga kelihatan takjub walaupun matanya dilindungi topeng.
Seth? Cuma jadi Seth.
"Darn it. Uncle bebetul cacat sebelah mata."
"Untuk sebab yang pelik, ayat kau menyakitkan hati. Sebelah mata aku memang dah tak ada. Kau pikir aku pakai eye patch sesaje?"
"Jadi memang bukan sesaje?"
"Aku sumpah akan baham kau malam nanti!"
"Kalau boleh!"
"Kau-"
"Kamu berdua.."
Alvarez mengeluh panjang. Aku merengus sahaja apabila melihat Seth tersenyum mengejek.
Aku bebetul nak gigit budak ni.
Aci tak kalau aku makan dia lepastu muntahkan?
"Apa-apapun yang ayahanda fikir, tolong jangan."
"Dia tak mati? Last-last jadi makanan yang dah dicerna aje. Bau najis-"
"No."
"T-tapi dia-"
"Ayahanda."
Suara mandatori. Apahal semua rambut merah seram gila bila guna suara tu?
"Grr, fine. Dah, semua naik. Perempuan dulu." Sebelah sayap aku turunkan agar mereka boleh naik ke atas badan. Satu persatu naik bermula daripada Arielle sehinggalah Alvarez.
"Pegang pada sisik aku kuat-kuat."
"Kalau tak pegang?" Seth menyoal.
Tak tahu dia memang sengaja atau tak. Tapi tengok muka, sah sengaja.
"Seth, last time kau kena campak daripada tempat tinggi bila?"
"Tahun lepas."
"Damn asshole."
"I know right?!"
"Apahal kau bangga setan?!"
"Seth. Ayahanda. Stop. Please?" Alvarez menegur. Dapat aku rasakan suaranya menahan marah.
Itu bukan benda baik.
Seth angkat kedua-dua tanganya bersama ketawa manakala aku mencebik sambil menyumpah dua tiga kata. Alvarez menggeleng kepala dan aku boleh rasakan keterujaan Arielle melihat ekpresi Alvarez yang jarang marah itu.
"Hehe, saya harap dia marahkan saya masa jealous. Mesti hot. Hehehehe."
Adrea, apa kau ajar anak kau ni?
***
Kerajaan Emerald
Hakuryu berjalan seiringan dengan Crimson dan Yukiji. Masing-masing berjaga-jaga dengan sekeliling mereka di dalam sebuah runtuhan purba.
"Hati-hati sikit. Runtuhan ni jadi tak kukuh selepas kebangkitan Aeldera dulu." Pesan Hakuryu yang kini berada dalam bentuk manusianya. Mata naganya memerhati sekeliling. Risau jika Daemon masih lagi wujud di Kerajaan tinggalan puaknya.
"Aku agak kita akan ke hutan? Kenapa pula berada di runtuhan ni." Soal Crimson. Tanganya pula elok bersilang kemas bersama Yukiji yang berwajah datar seperti Senri ketika remaja.
"Sebab semasa pemerintahan Shiro, tiada sesiapa boleh datang ke sini termasuk anak-anaknya sendiri. Aku yang asalnya tinggal di dalam badan dia, pernah ke sini sekali." Jelas Hakuryu bersahaja mendatangkan kehairanan Crimson.
"Jadi kau syak yang tuk Shiro sembunyikan sesuatu? seperti Sacred Forest?"
"Aku tak rasa budak tu tahu lokasi sebenar tempat tu. Tapi aku yakin yang dia tahu macam mana nak cari sebab tu.."
Yukiji yang diam daripada tadi, membulat mata apabila dihadapan mereka, muncul Daemon dalam jumlah yang banyak. Serta merta tanganya mengenggam erat tangan Crimson yang juga terkejut.
"Apa yang.."
"Eh, still hidup? Tak.." Hakuryu ketawa.
Mata naganya bercahaya. Gigi taringnya terserlah disebalik senyuman.
"Damn Luke. Kuasa mengawal Daemon kau memang tak hilang huh? Dan boleh pulak budak Shiro tu terfikirkan perangkap macam ni."
"Apa kita nak buat? Lawan?" Mata Crimson mula menyala.
"Nah. Nanti tempat ni roboh.." Hakuryu berjalan tenang ke arah sekumpulan Daemon yang garang menatapnya. Semakin dia menghampiri, semakin lebar senyumannya. Tangan kanan menjadi tangan naga manakala tangan kiri selamba dibelakang badan.
"Jadi kau berdua tunggu dan lihat sahaja."
Mata Hakuryu bercahaya seiring dengan tangan naga yang diangkat paras mata.
"Lower your eyes when greet a king, you fool!"
SWOOSH!!!
BRANGG!!
GRAAAAA!!!
ZRASSHHHH!!!
Terbelalak mata Crimson dan Yukiji apabila angin kegelapan yang berbentuk berbola muncul lalu memerangkap kesemua Daemon sebelum menghiris mereka menjadi cebisan dalam sekelip mata. Tidak sampai seminit, kawasan dihadapan mereka berlumuran dengan pelbagai warna darah! Daging serta tulang juga tersebar keseluruh tempat!
"That's.. Crazy. Saya yakin itu Daemon aras tinggi! Kalah macam tu aje..? Tak logik..." Bisik Yukiji. Namun, jelas dipendengaran Hakuryu.
"Child, this is nothing compared to what I use to fight along side with my lazy human in the past. Yes, mereka di aras tinggi namun tak matang. Jadi agak mudah nak hapuskan. Tapi.."
Hakuryu ketawa.
"..Mereka akan jadi sukar untuk orang biasa atau perisik amateur. I know both of you could handle them easily. Probably. But consider where we are, I believe handle them myself was a better option. Lagi pun, ais dan api hanya akan buat kita ditanam hidup-hidup." Jelas Hakuryu sebelum kembali berjalan ke hadapan dengan tangan yang bersilang dibelakang badan.
Sangat tenang. Sangat berkuasa.
Itu apa yang Crimson nampak begitu juga Yukiji.
"Huh, jadi dia betul-betul penguasa Elemental Kegelapan.." Bisik Crimson lalu berjalan seiringan bersama Yukiji.
"Tidak hairan datuk Shiro mampu mengalahkan Kurayami bersama Nenek Emyriel."
"Indeed."
Hakuryu sekadar ketawa kecil mendengar dua anak muda itu berbual. Tidak lama kemudian, matanya mengesan satu lukisan pada dinding. Terhenti terus perbualan dibelakangnya.
"Hakuryu ini.." Crimson menghampiri lukisan itu.
"What Shiro left for us." Hakuryu menyentuh lukisan itu. Senyuman kelat terpahat pada wajahnya.
'Budak, kau memang tahu sesuatu akan jadi.. Dan kau tinggalkan ini untuk kami? Seriously? Apa lagi yang kau sorok? Ah, aku benci kau.'
"Ryu.. Hakuryu..Hakuryu?"
"Huh? Ah, ya. Maaf. Aku tak dengar apa kau tanya." Hakuryu tersengih.
Crimson menggeleng kepala sebelum serius menyoal.
"Kau agak, ini untuk apa?"
"Puzzle."
"I beg your pardon?"
"It's a Puzzle. Puzzle yang kita kena cantum atau buat untuk tahu lokasi Sacred Forest. After all.."
Hakuryu menatap sekali lagi lukisan dinding itu. Lukisan yang memaparkan sembilan bintang yang dilukis seakan buruj.
".. That lazy bastard love to see us suffer."
Crimson dan Yukiji saling berbalas pandangan.
"Hakuryu, kau nampak macam nak bunuh orang yang dah mati?"
"Jelas sangat ke dekat muka aku?"
"..."
***
Setelah lama mereka terbang di angkasa, Eryl memutuskan untuk berehat disebuah hutan yang kini penuh dengan salji. Mulutnya menyemburkan api. Meninggalkan sebuah lapangan yang boleh dijadikan tempat berehat mereka.
"Di sini selamat rasanya.." fikir Eryl sebelum merendahkan salah satu sayapnya. Satu persatu anak buahnya turun bermula dengan Arielle.
"Kita berehat untuk hari ni. Kau semua sediakan apa yang patut."
"Ayahanda pula?" Alvarez menyoal apabila Eryl seakan mahu ke sesuatu tempat.
"I want to hunt something. Makanan tambahan."
"Can I go with you?" Weston menyoal.
"Sure."
Weston mengangguk lalu memanah tepat matanya pada Arielle. Lebar sahaja senyuman gadis itu. Jika orang biasa, pasti menyangka Arielle gadis yang baik. Hakikatnya, hanya Weston yang tahu.
The real sadistic pervert girl.
"Kau. Behave."
"Maksud behave awak.. Jangan mengintai Prince Charming mandi?"
Alvarez yang berhampiran, mula pucat.
"Atau jangan goda dia?"
Alvarez nak nangis.
"Atau jangan cium dia?"
Alvarez nak lari.
"Oh! Atau serang hendap dia dengan ciuman masa tidur?!"
"Apa-apa sahaja perbuatan yang boleh kasi dia heart attack. Jangan. Tengok.."
Terus mereka memandang Alvarez yang dah melutut dekat kaki naga Eryl supaya bawa dia sekali. Eryl pula, jelas cuba menenangkan anaknya manakala Seth.. Seperti biasa. Seth. Elok aje gelak berguling-guling.
"Damn. He so freaking gorgeous. Begging while crying. Oh my, oh my, oh my. Fufufu."
"Apa masalah otak kawan aku ni..." Weston dah urut kepala.
Dalam lubuk hati yang paling dalam, Weston berdoa Alvarez boleh bertahan sehingga dia dan Eryl pulang. Dia tak rasa Eryl akan bawa Alvarez kerana lebih sikit yang pergi, lebih baik.
"Weston, mari pergi."
"N-n-nanti du-dulu a-ayahanda! A-Arez."
"C'mon Arez. It's better if only me and Weston go. Sekurangnya, kalau kau disini tak buat aku risau. Lagi pun, perempuan aje-"
"Tapi.. Tapi.. Hic..Hic.. Tapi.."
"Aww.. There. There."
Alvarez mengelap air matanya sambil kepala diusap lembut oleh sayap naga Eryl. Sang naga menggeleng kepala dan menatap Arielle yang turut sama menatap dia.
"Tolong jangan usik dia teruk sangat. Arez belum di fasa yang.. Kau tahu? Sama taraf dengan kau."
"But, he's such a cinnamon rolls. Looks! He's cute! It hard to resist." Cebik Arielle.
"Just try young lady."
"Fine.." Arielle menunduk bersama pipi yang kembung. Weston yang melihat perilaku gadis itu, sedikit terkejut.
"Dengar pulak kau kata Uncle.."
"Sebab tak ada function dengar cakap awak."
SMACK!
Terus Weston beredar bersama Eryl. Arielle pula mengusap kepalanya yang diketuk bersama cebikan.
"Itu pun nak marah. Lagi cepat tua baru tahu.." omelnya.
"K-kau okey? S-sakit ke dia ketuk?"
Terus mata Arielle teralih pada Alvarez yang risau. Pipinya merah membuatkan Arielle menjerit suka di dalam kepala.
"Hehe. Saya okey aje. Jom buat apa yang patut?"
"..."
"Halu?"
"Bu-buat a-apa? Maksud ka-kau buat benda yang bebetul patut? Kan?"
"Yelah, buat unggun api. Sediakan tempat masak. Atau awak nak yang dirt-"
"SETH!!"
Terus Alvarez berlari ke arah sepupunya yang sudah bersedia untuk menebang pokok untuk dibuat unggun api. Terjongket keningnya pada Alvarez yang menghampiri dengan wajah yang merah padam.
"Kau tengah sembelit ke tho? Nak ubat?"
"DIAM LAH!"
"APAHAL KAU TETIBA NAK MARAH AKU?!"
"AKU TAK MARAH PUN!"
"TINGGI SUARA TU PAHAL?!".
"AKU TAK TAHU!"
"THE FUC-!"
"JANGAN MENCARUT LAH!"
Arielle ketawa geli hati melihat hubungan diantara Seth dan Alvarez. Heinz yang menghampirinya, hanya mampu menggeleng kepala.
"Kau.. Ni suka sangat usik dia. Kau suka dia ke apa?"
"Saya tak suka dia lah." Arielle membalas tenang sebelum berpaling.
"Habis tu?"
"Apa perkataan yang lebih besar daripada suka?"
Soalan dibalas soalan dan Heinz faham maksud Arielle.
"Tapi.. Aku ingat kau kenal tak lama?"
"Well, love at the first sign maybe? Masa saya nampak dia.. Saya cuma tahu. He's my everything." Arielle memandang langit.
"Pelik, tapi saya dan dia.. Seakan dipisahkan kerana masa."
Arielle ketawa.
"Lawak ke kalau saya fikir yang Arez banyak kali time travel sebab nak selamatkan semua orang? Tapi tak logik lah benda tu.."
Mata Arielle dan Heinz bertembung.
"Tapi kalau betul pun.. Saya harap ini yang terakhir. Cukup lah kami berpisah terlalu lama.."
Kata-kata gadis itu, suara serta cara pandangan dia.. Sangat lain.
Dia nampak, pelbagai emosi. Tapi yang paling jelas.. Gadis itu seakan merindui seseorang?
"Dia mungkin dekat, tapi hakitkatnya sangat jauh.." Bisik Arielle lalu kembali berwajah ceria. Menyorokkan apa sahaja yang dia mahu sorokkan.
"Okey lah! Saya nak ke sungai. Kalau tak silap, ada di bahagian utara kita semasa terbang. Cakap dekat mereka jangan mengintai~."
"Ayat tu sepatutnya.. Kami yang cakap."
"Hehe."
Terus Arielle beredar bersama sengihan dan beberapa baju yang dibawa.
Heinz diam seketika ditempatnya sebelum berjalan ke arah Alvarez dan Seth. Tidak sampai sesaat, matanya seakan menangkap sesuatu di langit. Dahi berkerut. Mata di kelip beberapa kali.
"Aku salah tengok kut? Mungkin uncle dengan Weston aje."
***
BAMMMM!!
SLASHHHHHHH!!
"Wes, dah berapa banyak kau bunuh?" Eryl menyoal sebelum kuku naganya ditarik keluar daripada seekor beruang yang sebesar tiga lelaki dewasa.
"Dua rusa dan satu kijang. Binatang buas yang lain tak jumpa.."
"Hurm. Tak apa lah tu. Ni pun dah cukup."
Mata Weston terarah pada lima ekor beruang yang senang sahaja dibunuh Eryl. Yang menyakitkan mata, badan mereka berlubang besar akibat kuku naga Eryl.
"Urgh, itu menyakitkan."
"Well, mati dengan sekali tikam tak sakit rasanya? Mari lah pulang-"
SWOSHHHHH!!
SNNAAPPPPP!!
Mata Weston membulat besar apabila sebilah tombah hampir sahaja menembusinya kalau tidak dihalang oleh ekor naga Eryl. Kini, tubuh sang naga elok melindunginya. Garang Eryl melepaskan ngauman naganya bersama hebusan api kegelapan!
BUUURNNNNN!!!
"KELUAR KAU SEMUA SEKARANG!!"
Weston menutup telinga serigalanya yang berdesing akibat ngauman garang itu. Tidak sampai sesaat, puluhan manusia keluar bersama senjata yang terhala pada mereka.
"Grrr.. Bagi sebab munasabah untuk aku tak bakar kau semua dengan sekali hembus!" Eryl mengugut bersama suara yang sangat tegas dan jelas tidak bermain-main.
"NOW! TALK YOU DAMN PIECE OF SHIT!"
"Uncle.." Weston menekup muka.
"Baik!"
Seorang wanita muncul dengan wajah yang sangat yakin. Rambut merah jambunya beralun mengikut tiupan angin yang sejuk. Mata birunya garang berbalas pandangan dengan Eryl yang seakan tergamam ditempatnya.
Weston kehairanan. Lebih-lebih lagi apabila Eryl bergetar sedikit.
"Kami akan cakap kenapa.." Seorang lelaki muncul dibelakang wanita. Rambut hitamnya turut sama beralun. Tidak seperti wanita yang berkulip cerah, lelaki itu sedikit gelap bersana tatu naga pada tanganya.
"Aku Koharu."
"Dan aku Nicolas."
Weston dapat rasakan nafas Eryl tersekat.
"Kau.. Kau daripada Tempest bukan?" Koharu menyoal. Tangannya diangkat keatas. Seakan memberi isyarat.
"Jadi tak ada sebab untuk kami tak bunuh kau berdua." Nicolas membuat isyarat yang sama.
"After all.. Tempests dah lancarkan perang. Disini!"
Sebaik sahaja mereka menurunkan tangan, langit dihujani panah besi yang disaluti api! Tempat kaki mereka berpijak juga bergegar dahsyat membuatkan Weston terbelalak!
"DIED YOU DAMN TEMPESTS!!"
BOMMMMM!!
BOMMMMM!!
Arielle yang baru sahaja sampai di sebuah sungai, menyengetkan kepala hairan. Bunyi apa tu?
"Geez, harap-harap uncle tak musnahkan hutan ni dengan Weston. Kantoi lah nanti."
"Kantoi sebab apa pulak?"
Terus kaki Arielle terhenti. Badan perlahan-lahan berpaling kebelakang. Dahinya semakin berkerut. Ada orang lain ke didalam hutan ni selain mereka?
Naik turun matanya menatap lelaki yang jelas terkejut. Berambut emas. Ada sedikit tatu pada pipinya. Matanya pula berwarna kuning pudar tetapi Arielle seakan dapat menangkap sikit warna hijau?
Namun yang lebih penting..
"Muka encik ni.. Kenapa hampir sama dengan saya? Saya tahu saya cantik. Tapi tak payah kut curi." Selamba Arielle berkata.
Lelaki itu tetap diam. Namun boleh dikesan hujung bibirnya naik sedikit.
"Ya.. Kau cantik. Sangat cantik."
Kali ni, Arielle pula yang terkejut. Tidak sampai sesaat, dia ketawa. Tidak sedar mata figura dihadapannya memandang dia dengan lunak.
"Lol, encik ni pelik lah. Baru pertama kali jumpa dah puji. Macam ayah baru jumpa anak perempuan yang dia buang. Hahaha.."
Terus termati senyuman lelaki itu. Bibir digigit lalu wajahnya kembali kosong. Perasan akan perubahan itu, Arielle menyengetkan kepala.
"Encik ni siapa?"
Lelaki itu diam.
"Urm.. Hello? Earth to weird grumpy man?"
"Aku bukan sesiapa."
Arielle terkebil-kebil.
"Abistu? Pemabuk?"
"..."
"Salah eh? Then, Sadistic psychopath?"
"..."
'Kau! Dasar sadistic psychopath!'
'Thank you.'
'Bukan pujian lah anjing..!'
Lelaki itu tergamam dengan memori yang tiba-tiba sahaja muncul. Bibir mengeluh panjang. Menyahkan apa yang difikirkan.
"Not so far but not to close either." Lelaki itu membalas tenang.
"Tapi.. Aku boleh kata yang aku bukan lelaki yang akan cederakam kau."
..Buat masa ni sekurang-kuranganya.
Dan lelaki itu tersenyum menampakkan taring.
"Well, what a surprise we have here?"
Bom! Finally! Part yg dah lama saya nk karang! Hehehe😂🤣 rasanya blh agak kut siapa right?
But serius ke tu 'dia'? Orrr .. Heheh🤣
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top