Flame 27 | Promise between us

Ayrez berjalan seorang diri di sebuah taman bunga yang kini tidak lagi dijaga sesiapa akibat perang yang menyusul. Bunga-bunga itu juga semakin lama semakin layu. Melihat keadaan itu, hati Ayrez dihambat sayu.

Lebih-lebih lagi, ini taman kegemaran Heira dan Aires. Juga, tempat di mana dia dan abangnya, Arvie bermain semasa kecil.

"Tak semua kegembiraan kekal huh..?" Soal Ayrez lebih kepada diri sendiri.

"Sebab tu kita boleh cipta yang baru."

Suara yang menegur, menarik perhatian Ayrez. Kepalanya dikalihkan pada sesorang lelaki berambut hitam. Mata heterochromia biru dan kuning miliknya, menatap Ayrez yang sudah mencebik.

"Baru reti nak balik? Ingat dah mabuk sangat sampai lupa dunia sendiri." Sindir Ayrez membuatkan abangnya, Arvie ketawa.

"Mana boleh lupa~. Abang reti lah nak balik. Lagi-lagi adik comel abang tengah tunggu dekat sini~."

"Go to hell."

"Ohhh, we already in hell brother. Chill."

Arvie menghampiri Ayrez lalu berdiri disisinya. Masing-masing senyap dan menatap bunga-bunga dihadapan mereka.

"I guess, this up coming war really stressed you out huh? You look like a shit." Soal Arvie bersama tawa. Ayrez pula menguling mata ke atas.

"Everything are shit. Shit that demon bastard, shit this freaking war, shit my oh so call friends in another world. It's embarrassing if they find out that i actually think them as a friends. Yeah, shit myself. My luck the most shitty thing though, but not my wife and children. They're blessings."

"Banyak betul shit kau hahaha. Betul lah kau tengah stress ni."

Ayrez merengus sahaja bersama muka yang sedikit merah dek malu. Arvie yang perasan akan hal itu, tersengih lalu mengusap kepala Ayrez.

"H-hey! Hentikan!"

"Aww, dah nak perang pun masih lagi tsun-tsun dengan abang~."

"Aku sumpah akan sepak kau kalau kau tak berhenti bongok!"

"Kau bongokkan abang?! Terima kasih!"

"Bukan pujian lah hanat!"

"Eheheh, hanat pulak~. Uweee, comel~."

"Arvie!"

Arvie ketawa lagi bersama tangan yang sudah diangkat mengalah. Suka dia mengacau adiknya. Dah macam kucing marah! Hiss! Hiss! Hahaha!

"Haa, aku memang tak faham kau." Ayrez mengeluh lalu berjalan pergi. Semestinya Arvie mengikut walaupun mungkin makan dua atau tiga makian. Hehe.

"Nahh, kau cuma kena faham yang abang kau tetap sayang kau walaupun selepas mati!"

"Aku tahu lah yang tu."

Arvie terkaku ditempatnya. Langsung tidak menjangka balasan itu. Selalunya makian yang dia dapat. Wow.

Riaksi abangnya itu berjaya menarik sengih sinis Ayrez. Sedikit sebanyak, senyuman itu mengingatkan Arvie mengenai perangai nakal Ayrez dahulu. Nostalgik apabila dikenang.

"Kau.. Tak kena rasuk kan?" Soal Arvie. Tak, tak mungkin adiknya yang nakal tu akan kembali.

Dia dah lama hilang, sejak peristiwa beratus tahun dulu. Dihadapannya, sepatutnya Ayrez yang banas baran dan dingin!

"Rasuk apa kau ni? Kita hantu duh.." Ayrez ketawa kecil.

Itu dia! Ayrez ketawa! Bukan ketawa sinis! Tapi bebetul ketawa yang dia selalu buat hanya dengan Red atau anak-anaknya!

"Kelakuan kau pelik. Kau.. Jadi macam dulu?" Luah Arvie tanpa selindung.

"Ya? Huh, mungkin aku cuma nak jadi diri sendiri untuk seketika.."

Sekali lagi, kata-kata Ayrez menganggu Arvie.

Kelakuan Ayrez juga, buat Arvie tak sedap hati.

"Ayrez, kau okey ke ni?"

"Apa kau fikir mengenai Red?"

Soalan dibalas soalan. Bahkan, soalan Ayrez berjaya membuatkan Arvie terkejut besar. Mana pernah Ayrez bercakap mengenai isterinya! Lelaki itu mudah sahaja cemburu! Kecuali..

"Kau nak cari alasan untuk tumbuk abang ke apa ni? Tetiba tanya fasal bini kau.."

"Kalau aku nak, sekarang pun aku dah tumbuk kau lah."

"Well, abang rasa lebih elok kau tumbuk abang daripada tanya soalan pelik macam kau nak ma-"

Terus Arvie menutup kata. Matanya membulat apabila tersedar sesuatu. Terus dia menatap Ayrez yang tersenyum segaris padanya.

"Kau tak fikir.. Fasal tu kan?"

"Kita dalam perang Vie.."

"Tapi tak bermakna kau kena mati!" Arvie menjerkah garang. Amarah menyusup masuk dalam hatinya.

Ayrez pula sebaliknya. Tenang tidak seperti selalu. Huh, seakan tempat mereka bertukar.

"Kita dah mati kalau kau lupa. Aku rasa ayat yang lebih tepat, 'aku mungkin akan hilang ke alam sepatutnya'.." balas Ayrez bersahaja menambah bengang si abang.

"Tak lawak Ayrez."

"Aku tak buat lawak. Dan memang itu apa yang aku nak cakap dengan kau."

"Apa? Fasal kau 'akan' hilang? Kalau macam tu, lupakan." Arvie mahu beredar. Tidak mahu mendengar apa sahaja benda bodoh yang Ayrez mahu katakan.

Dia sudah hilang hampir semua benda, dan untuk hilang adik dia? Sekali lagi?

Tak. Dia tak nak fikir.

"Aku tak cakap pun 'akan'. Kan ada 'mungkin'? Abang, dengar dulu apa aku nak cakap!"

Kaki Arvie terpasung. Abang? Huh.. Entah berapa lama dia tidak mendegar panggilan itu daripada mulut adiknya.

"Curses myself and this shitty brother complex of mine." Arvie menyumpah kecil sebelum berpaling menatap adiknya semula.

"Still have some soft spot for me eh?" Ayrez mengusik.

"Damn you right. Now, talk."

Ayrez tersenyum.

"Aku cuma nak kau jagakan Red untuk aku. Yelah, kalau jadi apa-apa pada aku."

"Dan kau fikir abang akan biarkan? Not a chance. I'll kill those who wants to harm you."

"Tapi kau tak boleh bunuh aku."

Arvie terdiam. Matanya membulat.

"Kau.. Kau tak fikir untuk gunakan 'bentuk' tu kan?"

Ayrez diam. Arvie menghampiri lalu mencengkam kedua-dua belah bahu Ayrez.

"Ayrez jawab soalan abang!" Jerkah Arvie bersama tangan yang bergetar.

"Ya! Aku akan gunakan bentuk tu kalau keadaan mendesak!" Ayrez turut sama menjerkah. Matanya garang membalas pandangan abangnya.

"Aku tahu bentuk tu bahaya untuk aku, untuk Immortal Ghost seperti kita! Tapi siapa lagi Immortal Ghost yang bernyawa kerana Yggdrasil selain kita? Tak ada! Sebab tu aku akan gunakan bentuk tu dalam perang kali ni!"

Bahu Arvie dicengkam Ayrez pula. Abangnya jelas kehilangan kata. Dengan suara yang lebih tenang, Ayrez menyambung.

"Sebab tu.. Sebab tu biar aku aje yang ambil risiko kali ni. Kau kena jagakan isteri dan anak-anak aku kalau.. Kalau aku terpaksa guna bentuk tu."

Arvie masih diam.

"Tolong. Tolong Arvie. Aku mohon sangat kali ni."

Arvie menutup mata. Nafas ditarik dan dihembus lalu..

"Ngh, sakit untuk aku cakap. Tapi kau tak mintak pun aku akan jaga dia. She's important to you. Aku dah janji dengan kau kan? Aku akan lindungi semua yang berharga bagi kau. Sebab-"

"Aku tahu." Ayrez sengih sehingga menampakkan gigi sebelum memeluk abangnya erat. Tindakkan itu berjaya membuatkan Arvie tersentak.

"Sebab kau abang aku. Abang yang banyak berkorban demi aku. Daripada dulu, masa kita hidup sebagai manusia, sampai lah saat kita mati dan hidup semula sebagai ghost."

Arvie terdiam. Hatinya gembira walaupun berselit duka.

"Aku sentiasa tahu tu Arvie. Sebab tu.. Bagi aku pulak, bagi aku lindungi apa yang kau nak lindungi selain aku. Let's this little brother of yours return the favor." Ayrez berubah serius. Pelukan dilepaskan. Matanya berbalas pandangan dengan abangnya.

"Kalau pun aku memang ditakdirkan mati.."..seperti yang Alvarez lihat di dalam mimpinya.

"Aku tak akan mati dengan mudah. Juga, aku akan tinggalkan kesan yang pedas kepada musuh kita. Bentuk tu bukannya lemah. Hampir sama kuat dengan Heira.".. sekurangnya cahaya harapan untuk menang akan ada.

"Jadi, tolong aku. Untuk kali ni.." Ayrez menghulurkan tanganya kepada Arvie yang tersentak.

"Bertarung bersama aku, di sisi aku seperti yang kita lakukan ketika abang Aires masih hidup."

Lama kesepian menyepi sehinggalah Arvie mengeluh panjang. Tangan diangkat tetapi bukan untuk dijabat..

"Sejak bila kita jabat tangan ni?"

Ayrez terdiam. Tawa kecilnya keluar sedikit. Lalu, seperti abangnya, tanganya diangkat ke atas dan..

Pap!

Tangan mereka bertampar.

"That's how we work." Arvie turut ketawa.

"Screw you. You just wants to look cool dammit."

"I always cool."

"Asshole."

"Hehe." Terus Arvie merangkul leher Ayrez dengan mesra sebelum sebelah tangan menyerabutkan rambut adiknya.

Dalam masa yang sama, Heira menatap bulan sabit menerusi tingkap jendelanya. Senyuman kelatnya terukir saat matanya menjeling bingkai gambar yang memaparkan dirinya dan Aires bersama dua beradik Hernandez. Gambar yang kini cerminnya sudah retak pada bahagian wajah Aires dan dirinya.

"Aires.." Tangan Heira mengusap gambar itu.

"Wait for me. Heira cuma perlukan sikit sahaja masa."

"Jangan datang ke sini terlalu awal."

Terus Heira bangkit apabila bisikan itu seakan dekat di telinganya. Matanya membulat seakan tidak percaya. Sekelilingnya diperhatikan namun tiada sesiapa.

"Ilusi.. Saya?"

Tanpa sesiapa sedar, seorang lelaki berambut panjang berwarna hitam, berdiri dihadapan pokok Yggdrasil yang kini bercahaya terang. Tangan lelaki itu menyentuh pokok tersebut bersama senyuman kelat.

"I guess, it's also time out for you huh? My dearest friend Yggdrasil.."

Yggdrasil bercahaya. Sangat terang. Seakan mengiakan. Lelaki Itu pula ketawa sebelum bercahaya dan hilang menjadi cebisan tanpa dapat dikesan sesiapa untuk selamanya.

***

Di Kerajaan Blizz.
Restaurant Blizzard Food.

"Fiuhhhh. Kenyang. Hehe."

Seth dan Alvarez, berbalas pandangan. Eryl pula tersengih sumbing pada kedua-duanya yang terkejut melihat dia menghabiskan dua ekor ayam panggang seorang diri.

"Biar betul ayahanda kau ni Arez. Dua ekor tu." Bisik Seth.

"Aku.. Pun terkejut sebenarnya.." Balas Alvarez yang lebih risau jika ayahandanya sakit perut akibat terlalu penuh.

"Ayahanda okey ke ni? Makan banyak." Alvarez nenyoal.

"Of course! Dah lama kut tak makan ayam panggang! Last ayahanda makan urm.. Sebelum koma? Ke dua bulan lepas? I don't know. Already forgot."

"You really are an old man, Uncle. Seperti yang aku jangka. Kami kena jaga uncle macam warga emas." Usik Seth mendapat cerluan mata Eryl.

"Shut it, you damn idiot nephew."

"Make me, you stupid pervert old geezer!"

"Stop it both of you."

Terus Eryl dan Seth berhenti bertekak apabila Alvarez menegur tegas. Opps, lupa. Depan makanan jangan gaduh.

"Seriously? Hormat rezeki boleh tak?"

"Baik."

Alvarez mengeleng kepala sebelum menyambung makan. Langsung tidak sedar yang ayah serta sepupunya saling menendang kaki satu sama lain dibawah meja.

Selesai sahaja makan dan membayar jumlah makanan, mereka beredar ke pusat bandar. Kerundung dibetulkan agar wajah mereka tidak dikesan. Setelah apa yang berlaku di Kerajaan Vans, tidak mungkin mereka tidak diburu Tempests.

"Jadi, nak mula daripada mana?" Seth menyoal.

"Kita mula daripada bahagian selatan kerajaan ini. Kalau tak silap, ada satu pergunungan di sana." Ujar Eryl mendapat anggukan mereka berdua.

"Tapi kita kena berhati-hati. Kerajaan Blizz diketuai Jeneral Elina dan.." sengaja Seth tidak menghabiskan ayat apabila matanya betembung Alvarez.

Terus dua pasang mata itu menatap Eryl yang kini berwajah jengkel.

"Tolong lah. Kau berdua ingat aku tahu ke ada lelaki minat aku? And heck, it's totally freaking creepy!" Balas Eryl bersama wajah yang loya.

Delan. Serius dia tak sangka orang yang dia selamatkan dulu merupakan musuhnya sekarang. Dan paling mengerikan, lelaki itu minat padanya?

Eryl nak pitam.

"We don't have to worry about him though." Balas Alvarez.

"Huh?"

"Kalau dia nak ayahanda lagi, just kill him. It's not a big deal too. For me at least."

Terdiam Seth serta Eryl dengan kata-kata Alvarez. Wajah tersenyum lelaki itu jelas tidak sama dengan aura membunuh disekelilingnya.

"I won't allow some basta- I mean, some bitc- No. Someone stole my father from my dearest mother. Yeah."

Sekali lagi. Seth dan Eryl tergamam.

"Arez, kau baru nak sebut bastar-"

"Mari teruskan misi? Kalau lambat susah pulak."

Terus Alvarez beredar. Semakin hairan kedua-duanya.

"Aku sumpah dia memang nak kata bastard dengan bitch tadi. Wow. That's new." Ujar Eryl sebelum mengikut.

"And weird? Alvarez tak pernah lagi macam ni. Malainkan.." sengaja Seth melirikkan matanya pada Eryl.

"Nak kata aku ajar lah ni?"

"Ada kemungkinan yang lain ke?"

"Tak guna-"

"Kamu berd-"

BOMMMMMMM!!

Letupan kuat itu berjaya menarik perhatian tiga figura tersebut. Mata mereka membulat apabila susuk tubuh yang dikenali, melompat ke atas salah satu bangunan sambil menggendong seorang gadis dibahunya. Kukunya yang panjang, melibas sesiapa sahaja yang menghampiri.

SWOSHHHHHH!!

"And here I thought we could do our mission peacefully." Eryl mengeluh mendapat tawa Seth dan keluhan Alvarez.

"Kehidupan tak pernah mudah uncle."

"Dan kenapa perlu dia yang kita jumpa?" Alvarez merungut kecil.

GROOWWW!!!

SLASHHHHHHH!!

Susuk tubuh itu menerkam salah seorang tentera Tempests. Kukunya yang tajam, menembusi tubuh sehingga kebelakang! Mangsa setiap gigitannya, mati dalam sekelip mata!

BAMMMMMM!!

Eryl bersiul kagum sebelum ketawa sekali lagi. Lebih-lebih lagi apabila gadis dibahu lelaki serigala, menyeru sekelompok rama-rama kegelapan sebelum meletup dahsyat!

"Tak pernah tak buat masalah budak ni."

Tidak menunggu lama, Eryl terus memecut ke hadapan di ikuti Seth yang kini berada dalam mode musangnya. Alvarez juga mengikut bersama tangan dihulu pedang.

"Dark Flame, Hell punishment!!"

BRUMMMMMMM!!!

"Ice fox, Bloody Wall!!"

BRAMMMMMMMM!!!

"Bilah hantu, Pancungan Maut!!"

SLASHHHHHHH!!

Api kegelapan naik menjulang daripada celahan tanah disaat Eryl menghentakkan kakinya. Bahkan,api itu membakar garang dan melibas kesemua musuh disekelilingnya tanpa belas.

BRAASHHHHHH!!

Tidak jauh daripada situ,dinding ais berdarah naik menghentam askar Tempest sehingga melayang ke udara!

SLASHHHHHHH!!

Kepala mereka terputus daripada jasad apabila Alvarez muncul dan melibas tanpa belas. Mata merahnya bercahaya dan senyuman yang tidak dapat ditahan, diukir bibirnya.

BURNNNNNNNN!!!

"Aku tak melebih rasanya? Game over terus.." Eryl ketawa apabila melihat hasil seranganya. Lebih-lebih lagi pada api kegelapannya yang menjulang seakan dinding disekitar. Sekali tersentuh, badan bakal disambar sang api yang garang menyala.

"Ayahanda!"

Kepala Eryl berpusing pada Alvarez yang membuat isyarat untuk lari. Bilangan askar semakin ramai. Dia akur dan sayap naganya diseru. Tidak berlengah, dirinya terus terbang membelah langit dan mengikut jejak anaknya yang kini sudah selamat melarikan diri ke dalam hutan bersama tiga figura yang terkejut melihat mereka tadi.

Matanya juga sempat menangkap longgokkan mayat yang mati dipancung atau dibelah tidak jauh daripada tempat dia dan Seth.

"That Arez, his Bloodlust really scary." Eryl mengomel sebelum hilang kedalam hutan.

***

"Arghhhhhhhhhh!!"

Hampir tersadung kaki Eryl apabila terdengar jeritan itu. Keluhan panjang terlepas bersama tangan yang naik mengusap dahi.

"Aku serius tak boleh brain Alvarez yang gilakan darah dan Alvarez yang senang kena buli dengan perempuan adalah orang yang sama. Haaihh.."

Dan tepat tekaan Eryl apabila Alvarez kini dikunci pergerakkannya diantara pokok dan seorang gadis berambut violet. Blur sahaja Eryl melihat keadaan itu, manakala Seth jelas merakamnya dengan tangan yang menekup mulut menahan tawa.

'Betuah punya budak.'

Alvarez pula dah merah satu muka. Nak pitam pun ada. Namun berbeza dengan gadis dihadapannya. Tersenyum sehingga ke telinga. Entah macam mana Eryl boleh nampak bunga-bunga di sekeliling gadis itu.

'She really head over heels for him.'

"A-A-AYAHANDA!!"

"Eh-GUAH!"

"D-d-d-d-dia..!"

"O-Oksigen!"

"Hik!!"

Eryl menarik nafas panjang setelah Alvarez melepaskan pelukan ketatnya sebelum menyorok dibelakang. Mata anaknya mencerlu pada Arielle yang tersengih tak bersalah.

"Dear Lord Aires.. Arielle!"

"Tehe. Hai, Uncle!"

"You sadistic girl. Seriously? Awal-awal jumpa balik dah mengusik?"

"Bukan salah saya. Dia tu comel sangat!"

"I'm not cute!" Cantas Alvarez geram.

"Aweee~ So cute! C'mon! Let me kiss you!"

"N-no! K-k-kau tak malu ke hah?!"

"Hurm? Kenapa nak malu kalau ianya awak?"

"S-s-sebab kita boleh b-bercium bila dah kahwin!"

Krik krik krik.

'Is he a maiden?!' Serentak mereka berfikir.

"Hold on, KITA?" Arielle menyoal.

Alvarez terdiam. Mata membulat tak percaya. Semakin merah wajahnya. Berasap habis satu kepala!

"I-itu.. A-aku.. Sa-saya.. K-Kita..?"

"HAHAHAH otak dia dah error 404! HAHAHA! EH, KE DAH TAK BERFUNGSI?! HAHAHAHA!"

"SETH RYUZAKI!!"

Terus Alvarez membuat headlock pada Seth yang tetap ketawa tak ingat dunia.

"Sudah tentu Seth satu-satunya orang yang boleh mengusik Arez tanpa rasa simpati. Haiih.."

Eryl tekup muka manakala Arielle menekup pipi bersama wajah yang sedikit merah.

'K-kahwin. Ehem, i-itu tak dijangka.'

Blur Eryl menatap Arielle yang seakan remaja perempuan yang 'normal' apabila crush kasi pick up line.

'Huh, ada sisi perempuan jugak rupanya dia ni. Akhirnya!' Eryl bersorak dalam kepala.

"Ehem." Kini perhatian mereka semua jatuh pada Weston. Di belakangnya, Heinz berdiri sambil menarik sedikit hujung kerundung sang lelaki. Jelas tidak selesa dengan wajah baru dihadapannya.

"It's been a long time uncle."

"Yeah. Nice to meet you again Weston. Arielle."

Arielle tersengih menampakkan gigi. Manja sahaja dia memeluk Eryl seakan seorang anak perempuan yang lama berpisah dengan keluarganya. Eryl pula tidak segan membalas. Tanganya juga mengusap kepala gadis itu.

"I miss you uncle! Uncle nampak lagi kacak daripada Weston!"

"Excuse-"

"Tapi tetap tak sekacak bakal suami saya!"

"OI/H-HEY!"

Serentak Weston dan Alvarez memandang satu sama lain sebelum mengeluh panjang. Masing-masing memberi semangat dalam diam untuk menghadapi perangai Arielle.

"Hahaha, tetap sadis seperti biasa huh?"

Annnnnd done! Sepatutnya up semalam buuuuuut saya terlajak main game ehe. (Ada sesiapa tak main genshin impact?🥺 Saje tanya😂) Also, siapa tahu apa makna Red spider Lily? If yes, senyap2 aje 🤣 jadi ke tak, in future nanti 🤣.

Also, pada sesiapa yg nk tahu macam mana Ayrez, well jadi Ayrez boleh baca HERNANDEZ. Yeah, dah kasi tahu dulu but kut ada yg terleps kan😂

Anyway, enjoy before the storm~ eh? Abaikan😂 lambat lagiiii tu... kut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top