Flame 24 | My own fate

".. Itu sahaja laporan untuk minggu ini permaisuri."

"Hurm. Terima kasih Weston."

Weston mengangguk sahaja. Dokumen ditanganya, diserahkan kepada pendamping permaisuri Adrea Bellvania. Lelaki berambut putih, badan yang tidak terlalu tegap mahupun kurus, tersenyum halus padanya sebelum kembali berdiri disisi tuannya.

"Bagaimana pula dengan Heinz? Dia baik sahaja dengan Arielle?"

Adrea menyoal lembut. Wajahnya tetap muda namun lebih matang daripada zaman remajanya. Rambut violetnya juga sudah hampir menceceh pinggang dan dibiarkan lepas.

"Kalau fasal tu.."

BOOOOMMMMMM!!!

. . .

"Urghhhh.."

"Hehe. Beta anggap mereka dah agak rapat."

Heinz, lelaki bertopeng yang mereka jumpa di Angkasia beberapa bulan dahulu. Pada awalnya, agak sukar untuk dengar lelaki itu berbicara tetapi setelah lama meluang masa, dia sedikit terbuka. Lebih-lebih lagi kepada permaisuri dan Arielle.

Pun begitu, wajahnya tidak pernah dilihat oleh Weston atau Arielle. Kalau dulu, dia memakai topeng yang menutup seluruh wajah, kini hanya bahagian matanya sahaja ditutupi topeng. Juga, Permaisuri Adrea sahaja pernah melihat wajahnya bersama Alzer.

"He's a nice guy. You can trust him."

Itu lah kata-kata permaisuri setelah berjumpa denganya. Sebab itu juga Arielle sedikit demi sedikit cuba menerima kehadiran Heinz. Bukan kerana gadis itu percahayakan lelaki tersebut, namun kerana kata-kata permaisuri.

Apa sahaja yang bondanya katakan, Arielle sentiasa percaya dan akur.

"Rasanya.." Weston membalas sambil cuba menahan berang. Apa benda minah tu buat?!

Melihat wajah serigala muda itu, Adrea tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Weston mengingatkan dia pada seorang lagi werewolf yang kini senang bersama adiknya, Dazy. Nasib mereka agak sama kerana kedua-dua gadis yang mereka kenal agak 'sadis'.

"Kamu boleh beredar sekarang Weston."

"Baik tuanku permaisuri."

Kreuk.

Keluhan panjang terlepas daripada bibir mungil sang wanita. Alzer disebelah sedikit risau namun melihat senyuman permaisurinya, risaunya menghilang.

"Ada apa-apa yang tuanku mahu?" Soal Alzer.

"Tak apa. Saya baik sahaja. Cuma.." Mata Adrea terarah pada suatu sudut. Sudut yang terletaknya sebuah kristal seakan bunga. Salah satu kelopaknya sudah bertukar merah.

"Patut ke kita ambil langkah seterusnya?"

Alzer berdiam diri untuk seketika. Otaknya ligat berfikir.

"Bagaimana dengan Daze?"

"Ayah setuju jika kita mulakan."

Pandangan kedua-duanya beralih pada suara yang datang. Pada seorang lelaki berambut merah pendek. Wajah garangnya setiasa terpasang, namun matanya tetap lembut menatap sang anak.

"Ayah." Adrea bangkit daripada duduk dan menghampiri Daze. Tubuh lelaki itu dipeluk erat sebelum dileraikan.

"Bila balik?"

"Baru aje."

"Dazy dan Fenrir?"

"Ada di bawah sana. Jumpa anak kamu."

Adrea tarik sengih sebelum menggamit ayahnya untuk duduk di beranda istana. Alzer pula menghilang untuk membuat teh dua beranak tersebut, dalam masa yang sama, memberi ruang untuk mereka berbual.

"Jadi? Ada apa-apa berita?"

Daze tersenyum tipis dengan soalan Adrea. Kepala diangguk beberapa kali sebelum membuka bicara.

"Ayah dah tahu beberapa maklumat mengenai Shawn. Ada tiga lokasi, tapi ayah tak pasti jika dia ada di tiga lokasi itu." Jelas Daze datar bersama wajah yang serius.

Adrea yang mendengar, mengangguk faham. Otaknya seakan memikirkan sesuatu.

"Ayah juga terserempak dengan dua orang daripada puak yang kita kenal dulu. Tak, itu tak sesuai. Mereka yang jumpa ayah sebetulnya."

"Maksud ayah?"

"Kamu masih ingat mengenai Hernandez dan Ryuzaki bukan?"

"Ya.. Tak mungkin saya lupa. Lagi pula, Ariel juga sudah berjumpa dengan mereka."

"Dia juga ya.."

Daze senyap untuk seketika sebelum menceritakan pertemuanya dengan Crimson Hernandez dan Yukiji Ryuzaki. Dia sendiri agak terkejut akan berjumpa dengan anak kepada Ayrez Hernandez itu begitu juga cucu kepada anak sahabatnya, Shiro Ryuzaki.

"Jadi.. Uncle Shiro dan Auntie Emyriel.." Adrea mengenggam kainnya apabila mendapat tahu tentang kematian orang tua sahabatnya. Dia agak, ini ada kaitan dengan kebangkitan Eryl.

Kalau boleh, dia mahu berjumpa sahabatnya itu. Namun, dia tak boleh.

Belum masanya lagi.

"Ya. Itu apa yang sempat Crimson ceritakan."

"Tapi tak mungkin itu aje yang dia bagitahu bukan?"

"Betul, daripada apa yang ayah tahu, dia juga mencari lokasi Shawn. Dalam masa yang sama, memburu Kiyo."

"Pembelot Yggdrasil."

Daze mengganguk.

"Mereka sempat bertarung denganya. Kiyo terlalu memandang rendah pada Crimson menjadinya punca kekalahan diri sendiri. Tapi sayangnya, dia tetap sempat melarikan diri. Tch."

Daze mendengus apabila teringatkan perkara itu. Entah macam mana Kiyo boleh terlepas daripada serangan maut Crimson yang mampu melubangkan sebuah gunung pada masa itu. Tidak pasti sama ada nasib baik atau keajaiban.

"Jadi apa yang boleh ayah simpulkan, bukan sahaja Yggdrasil, bahkan Tempests juga sedang mencari Shawn. Kebenaran mengenai hilangnya Eternal Seal memang benar."

"Pun begitu, Tempests juga tak akan boleh buat apa jika dapat Eternal Seal balik." Adrea membalas dengan senyuman licik.

Senyuman itu menimbulkan rasa hairan Daze. Dahinya berlapis dek keliru.

"Maksud Ad?"

"Sama seperti Yggdrasil, kita dah curi satu-. Tidak."

Adrea mengangkat dua jarinya dihadapan Daze.

"Dua. Dua benda penting ada pada kita."

Mata Adrea terarah pada kristal bunga. Daze turut mengikut dan matanya terbutang sebelum kembali menatap Adrea.

"Kau berjaya curi Flower of Life?"

"Bukan saya, tapi Ariel." Balas Adrea bangga. Daze hilang kata-kata, namun wajahnya juga seakan berbangga dengan cucunya itu.

"Dan lagi satu..Urmm "

"?"

"Rah. Si. A!"

"Urgh. Seriously?"

Adrea ketawa kecil dengan wajah jengkel ayahnya. Kepala diangguk beberapa kali.

"Betul. Rahsia! Saya tak boleh cerita pada ayah."

"And why you can't, young lady? I'm your father right? Kau boleh cerita apa sahaja pada ayah."

"Of course I am. But I'm also a Queen. Anggap sahaja ini rahsia permaisuri okay?"

"As your wish my queen."

"Aww, are you sulking dad?"

"I'm too old for that."

"And too old for being so cute."

"I'm not cute!"

Dua beranak itu bercelote sambil diperhatikan oleh Alzer. Senyuman tipisnya terukir apabila melihat adengan itu sebelum masuk membawa air.

Dalam masa yang sama, Arielle tersengih dihadapan Weston sambil melutut. Serigala itu pula jelas-jelas menahan geram bersama tangan yang bersilang didada.

"Seriously Arielle? I mean like..THE HELL IS WRONG WITH YOU?!"

"Now~, now~ Wessy. Tenang okay? Tenang~. Tarik nafas.. Hembus. Hehe."

"Don't 'hehe' to me you b-Garhhh! Aku boleh mati sebab darah tinggi bila dengan kau!"

"Wow. Nice."

"HUUH?!"

Arielle ketawa lagi. Langsung tidak takut dengan wajah garang dihadapannya. Namun, lain pula untuk lelaki dibelakangnya. Tersorok dibelakang pokok.

"...AkudahagakakutakpatutikutcakapArielletadi,tapikalauakutakikutdiaakan kacauakusepanjanghari..."

Weston tepuk dahi. Entah apa yang Heinz cakap pun dia tak tahu. Tapi yang pasti, Heinz dalam mode murung dia. Yang mana, lelaki itu akan cakap seorang diri dan tak akan hadap sesiapa.

Itu yang bertambah sakit kepala Weston sejak akhir-akhir ini. Weston jangka, Heinz jenis yang serius dan pendiam namun yakin diri apabila bercakap. Jadi mungkin boleh kurangkan sakit kepala dia.

Hakikatnya..

"Kau buat apa dekat Heinz sampai dia jadi macam tu?"

"Saya suruh dia lawan salah seorang tentera kita aje. Tak jangka pulak tentera tu boleh kalah."

"Dan..?"

"Heinz jadi tumpuan ramai?"

"Dan..?"

"Erm.. Well, kalau dah ramai.. Mesti ramai?"

"D.A.N..?"

"ARIELLE SURUH MAID DIA CIUM PIPI AKU!!"

"ITU HADIAH OKEY!!"

"I DIDN'T ASKED FOR IT!Ingatajebendatubuatakutakut.perempuanmanaajeyangakanciumaku?nonono.arhhakutakpercaya.."

Weston tak tahu nak kata apa dah. Arielle pula tergetar satu badan seakan menahan gelak apabila melihat keadaan Heinz itu. Wajahnya juga merah menahan senak diperut. Perempuan ni lah..

"Kau punya sadis boleh buat orang benci kau tahu tak?" Ujar Weston bersama keluhan.

"So? It's alright tho. People always judge without knowing the truth. Betul, saya saje buat Heinz bertarung dihalayak, tapi saya buat untuk dia terbiasa dengan suasana yang ramai. Dia tak boleh kalau terlalu bersendirian." Terang Arielle tenang.

"Sebab saya tahu dia dah lama kesepian selama ni. Dah lah kena penjara. Jadi tak salahkan kalau saya tolong dia terima beberapa orang dalam dunia sepi tu?"

"Then why kiss?"

"Because I find it hilarious. Especially bila dia kaku macam tugu dengan mulut ternganga."

'Maknanya kau tolong tapi dalam masa yang sama untuk hiburan kau?' bisik hati Weston sedikit geram.

"Apa-apa sahaja alasan kau Ariel, tapi pergi mintak maaf dekat Heinz."

"Urgh."

"Nak aku luku kepala kau? Pergi mintak maaf sana!"

"Baik mak."

"Aku tak ingat lahirkan mana-mana anak derhaka macam kau setan."

Arielle buat muka tak percaya.

"My god! Macam mana mak boleh lupakan Ariel?! Kalau mak lupakan Ariel.. A-Ayah.. Mak lupakan ayah!!"

Smack!

Heinz yang memerhati adegan tersebut, tersenyum nipis. Sejujurnya, dia masih belum biasa dengan suasana yang riuh dan ramai orang. Terkurung didalam penjara sejak kecil dan diseksa, bukan sesuatu yang mudah untuknya.

Lebih-lebih lagi..

"Heinz."

Heinz mengangkat kepala. Iris matanya bersambung dengan iris mata hijau milik Arielle. Gadis itu tersenyum manis padanya.

"Maaf sebab paksa awak tadi. Memang niat asal nak tolong awak biasakan diri tapi.. hehehe."

"Sikap.. Sadis kau.."

"Sorry."

Heinz menggeleng kepala.

"Tak.. Apa. Cuma, buat masa ni.. Bagi aku masa."

"Then, how about me? Awak tak kesah kan kalau dengan saya atau Weston? Atau awak masih tak biasa dengan kami berdua?"

Lelaki itu terdiam seketika. Matanya menatap tangan sendiri.

"I.. It's alright for me? To be friends with you?"

"Why not? You already our friends, Heinz."

Mata Heinz bergetar seketika.

"Sejak-"

"Sejak kau terbuka untuk bercakap dengan kami berdua." Weston menyampuk.

"Daripada situ, kami dah fikir kau salah seorang daripada kami. Walaupun awal-awal Arielle dah ugut kau."

"Hei! Masa tu kita mana kenal dia! Biasalah ugut-ugut sikit."

"Bukan sikit kalau kau."

"Hehehe."

Heinz memerhati sekali lagi. Dan kali ni, Arielle menghadapnya.

"Heinz, tak apa kalau awak masih lagi takut untuk percayakan orang. It's really alright! Take your time. Cumanya.." Arielle mencapai tangan Heinz. Sedikit bergetar, namun Arielle abaikan sahaja.

".. Tolong ingat yang kami masih ada. Kalau awak tak percaya saya atau Weston, percayakan permaisuri. Sama macam saya."

"K-kenapa..? Kau.."

"Yeah, yeah, yeah. Saya ugut awak jangan dekat dengan permaisuri. But you know what? My mother trust you." Arielle tersenyum tipis.

"Means you're nice guy. So I trust you too. Jadi boleh awak buat benda yang sama?"

Kesunyian menyapa mereka. Arielle berkira-kira mahu meleraikan peganganya pada Heinz. Namun, pegangang mereka menjadi erat. Mata Arielle membulat tak percaya.

"A-aku percaya kau. Aku.. Dah lama percaya kau dengan Weston.. Aku..Aku cuma takut." Suara Heinz bergetar.

"Ta-tapi aku akan cuba atasi. S-sebab aku tak nak jadi beban untuk kau berdua."

Arielle serta Weston tersenyum lebar.

" Thank you, Heinz."

"Y-your welcome."

"Oya? Ada apa-apa yang kami terlepas?"

Terus mata mereka berpusat pada suara yang yang muncul entah daripada mana. Arielle dan Weston sedikit ternganga manakala Heinz terkebil-kebil ditempatnya.

Seorang wanita berambut merah jambu, bertanduk hitam dan berbaju sedikit seksi, menatap mereka dengan sengihan. Disebelahnya pula, seekor serigala besar menatap tajam kearah ketiga-tiga mereka.

"Auntie Dazy dan Uncle Fenrir?"

***

Eryl duduk dibawah sebuah pokok yang rendang bersama isterinya. Kepala dilentokkan diatas bahu Akira sambil matanya terarah memerhati Nessa yang kini bersama Alvarez. Seronok sahaja si gadis hybrid bersama abangnya itu.

"Awak dah bersiap sedia?" Akira menyoal tanpa memandang suaminya. Eryl menjeling sekilas sebelum kembali memusatkan pandanganya.

"Untuk?"

"Awak tahu untuk apa."

"No. I don't know what are you talking about dear."

"Eryl."

Eryl tersengih apabila merasakan pandangan helang Akira. Bukan sengaja dia tak nak jawab, cuma dia malas nak fikir mengenainya.

"Maybe yes, maybe not." Eryl jawab bersahaja.

"I mean, misi kali ni agak berat daripada sebelumnya. Nak pulak, mereka dah tahu mengenai aku.."

Angin mengalunkan rambut putihnya. Mata merah seakan darah miliknya, bercahaya dek sinar mentari. Akira yang menatap suaminya, terpesona seketika. Suaminya.. Nampak lain apabila tenang seperti ini.

Dia suka. Handsome!

"I guess.. Trouble do favor me a lot huh? If not, i won't be in this shitty situation. Well, tak boleh buat apa." Eryl meregangkan tubuhnya lalu bangkit. Dengan senyuman manis, tanganya dihulur pada isterinya.

"I just need to fight it right? I'm the one who rule my own fate after all. Aku juga ada janji yang perlu aku jaga."

Akira sedikit tergamam, namun senyumannya terlakar tidak lama selepas itu. Lalu, tangan yang dihulur, disambut gembira.

"Saya sokong apa sahaja yang awak buat Eryl. Tiada sesiapa boleh ubah janji dan takdir awak kecuali awak seorang."

Eryl ketawa kecil. Tanganya menarik Akira sehingga wanita itu jatuh dalam pelukannya.

"Kau buat aku nak nangis terharu tahu?" Bisik Eryl ditelinga isterinya yang mula memerah.

"Memang niat saya pun. Jadi tak?"

"Unfortunately, nope."

"Aww, that's bad."

Wajah mereka sengaja didekatkan. Hidung mereka berlaga dan bibir hampir menyentuh satu sama lain. Mata ditutup lalu..

"Kenapa hidung abang darah?"

"H-HUUH?!"

Terus perbuatan Eryl dan Akira berhenti. Kedua-duanya jelas terkebil-kebil apabila Alvarez kaku ditempatnya sambil menyentuh darah dihidungnya. Dapat dilihat seluruh wajah anak teruna mereka itu sudah merah padam.

"Did Nessa do something wrong?" Nessa menyoal serba salah. Telinga serigalanya juga sudah lurut kebawah. Alvarez gelabah. Tidak berkata apa, dia hanya menunduk maaf sebelum memecut membawa lari adiknya.

"What was that? It's hilarious." Ujar Eryl sambil ketawa kecil. Akira pula sudah menekup mulut bersama dahi yang berkerut.

"Saya buat dia innocent sangat ke?" Bisiknya sendirian namun tetap didengari Eryl. Suaminya sekadar mengeleng kepala lalu melabuhkan ciuman kecil pada bibir isterinya sebelum ditarik pergi.

Dalam masa yang sama, Alvarez terbaring di atas katilnya setelah meminta Seth menjaganya. Hidungnya juga sudah dibersihkan tadi.

"Urgh.. Kenapalah aku lemah sangat bab-bab tu.." Wajah Alvarez merah apabila teringatkan adengan orang tuanya.

Dia nak menjerit.

'ARGHHHHHHHHH!!!' Semestinya didalam kepala sahaja.

Entah kenapa, wajah Arielle pula muncul. Kali ini, dia teringatkan ketika pertemuan mereka dihutan..

Dimana dia dan Arielle..

"WARHHH! AKU TAK FIKIR BENDA TU! AKU TAK FIKIRRR!!"

Seth yang berada di luar bilik mereka teragak-agak nak masuk. Tangan sudah memegang tombol pintu sebelum dilepaskan.

"Okay. Arez di fasa yang remaja hilang akal. Aku patut biar dia sendirian." Seth mahu pergi. Tapi, tak akan nak biar aje budak tu sendirian? Kalau lagi gila macam mana?!

"Mungkin-"

"WARGHHHHH!!"

"Bila difikirkan balik. Tak apa lah. Aku kena cari yang pakar. Ya, pakar. "

Terus Seth berambus. Dia akan datang balik.

Dengan doktor semestinya.

Alvarez didalam bilik sudah berasap bersama wajah yang merah. Bantal pula elok didakapnya erat.

"Urgh, kenapa aku boleh ingatkan perempuan tu? Dia buat aku gila. Haih.." Alvarez bangkit. Kemudian matanya merenung ke luar tingkap.

"Dan kenapa.." Alvarez teringatkan mimpinya semalam. Bukan mimpi kematian keluarganya mahupun mimpi pelik yang dia alami ketika kecil.

Cuma mimpi biasa.

Dia dan Arielle.

Mereka duduk dibawah pokok. Sama seperti ayahanda dan bondanya. Gadis itu sakan menyakat, dan dia yang cepat malu. Mereka sangat bahagia. Tapi..

Ada satu saat, Arielle menatapnya. Betul-betul menatap dia! Bahkan, 'Alvarez' disebelah juga manatap dia! Wajah mereka serius, juga terselit risau.

"..Be careful.."

Itu lah kata-kata mereka sebelum dia terjaga secara mengejut. Nasib sahaja Seth tidak tidur di bilik mereka malam itu.  Jika tidak, pasti dia akan disoal macam-macam.

"Be.. Careful huh..?"


Sorry lama menyepi. Spatutnya seminggu satu chap but gue blur dan mood mengarang dah ke Hawaii😂 ditambah pulk dgn anime & K-Drama (Mr. Queen, seyes weh, citer dia lawak namati😂) yg nk di marathonnya hehe. But nah!😂dpt siapkan jugak. And maaf kalau hambar😂

Enjoy ♥️


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top