Flame 23 | Eternal Seal
Dua bulan sudah berlalu sejak misi menyelamatkan Edwin selesai. Heira sedikit hampa dan duka dengan apa yang menimpa puak serigala yang sepatutnya menjadi sebahagian tentera mereka.
Seth serta Alice tidak terelak daripada rasa bersalah, namun sang dewi hanya tersenyum dan tidak menyalahkan mereka. Dia sendiri tidak sangka Aeldera akan muncul.
"Sekurangnya tak ada antara awak semua yang hilang nyawa. Itu sudah memadai." Itu lah kata-kata Heira sebelum menyuruh mereka untuk berehat.
Eryl juga memberikan nasihat kepada anak buahnya agar tidak terlalu mengikut perasaan dengan menyalahkan diri sendiri. Akhirnya, kedua-duanya akur. Alvarez pula hanya senyap sahaja semasa perjumpaan tersebut sambil berada rapat dengan adik angkatnya, Nessa.
Akira, menerima baik kehadiran Nessa membuatkan Eryl betul-betul bersyukur. Malahan, kedua-duanya seperti ibu dan anak kandung setiap kali meluangkan masa bersama.
Sekarang, Eryl berdiri dihadapan Heira yang elok duduk di meja kerjanya. Kedua-duanya senyap seketika sebelum Heira membuka bicara dahulu.
"Jadi, awak pasti nak teruskan misi seterusnya?" Soal Heira.
"Lambat laun aku kena pergi jugak. Kita tak boleh bazir terlalu banyak masa. Lebih-lebih lagi Aeldera dah tahu mengenai kebangkitan aku." Balas Eryl serius, mendapat anggukan Heira.
"Betul dan saya pasti mereka tak akan duduk diam apabila Edwin berada di tangan kita. Dan.."
"Kita dah tahu mengenai Eternal Seal yang Shawn dah curi." Sambung Eryl. Kali ni tangannya sudah bersilang di dada dan matanya tajam menikam Heira.
"Kau memang tak tahu atau kau sengaja rahsiakan benda ni daripada aku? Eternal Seal? Asura? Apa kaitan dengan Aeldera dan Tempests?" Soal Eryl bertalu-talu.
Manakan tidak? Sebelum kesemua mereka beredar, sempat Eryl dengar perbualan kecil Heira dan Edwin mengenai Eternal Seal dan Asura. Tanda tanya mula bertandang sejak daripada itu.
Dan hari ni, Eryl akan dapatkan jawapan. Secara paksa atau rela, dia tak peduli.
Heira terdiam seketika. Seperti biasa, wajahnya suci bersama senyuman. Tidak tergugat walaupun sedikit dengan pandangan mengugut Eryl.
"Nampaknya saya tak boleh sorok benda ni lagi."
"Obviously."
Heira ketawa kecil.
"Baik, baik. Saya akan jawab persoalan awak. Apa yang saya harap, awak tak tertidur waktu dengar penerangan saya."
"Pfft, kau cakap macam aku kena dengar sejarah."
"Ya."
Terkebil-kebil Eryl jadinya.
"Damn my shitty mouth."
"Fufufu, you sound like Ayrez dear~"
"I'm not. Whatever. I'll listen."
"Good and I warning you Eryl."
Kali ni, sebelah kening Eryl terjongket sendiri. Heira tiba-tiba sahaja berwajah serius.
"Walau apapun yang awak dengar, jangan sesekali simpati. Jangan!"
"Ookey? Tapi kenapa pulak aku nak simpati?"
Heira tarik senyum tipis.
"Sebab ini kisah ratusan tahun dahulu. Semestinya ada kaitan dengan Aeldera Tempests."
"Jadi?"
"Asura, dia adalah pengasas Tempests dan satu-satunya syaitan kuno yang masih dikurung sehingga hari ini."
Mulut Eryl ternganga tak percaya.
"Dia juga bapa kepada Aeldera."
"Holy shi-"
***
Eldera berjalan di koridor istana adiknya di Kerajaan Night. Seperti kena dengan nama kerajaan itu, malam lebih panjang daripada siang. Rembulan tidak segan silu menyerlahkan diri disebalik awan yang berarak.
Sang raja tidak sendirian, pendampingnya kekal disisi. Setia dan taat tanpa lelah. Rambut hitamnya beralun mengikut setiap tapak yang diambil begitu juga rajanya.
"Tuanku."
"Guna sahaja panggilan biasa jika hanya kita berdua , Alter."
Alter mengangguk sahaja sebelum meneruskan bicara.
"Kau pasti nak biarkan rancangan seterusnya diketuai August?"
Eldera menjeling daripada ekor matanya sebelum kembali tertumpu ke hadapan.
"Lebih baik dia yang ketuai. Jika aku, siapa tahu? Mungkin tak akan seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi 'Ryuzaki' tu dah bangkit." Ujar Eldera datar namun Alter tahu kenapa.
Eryl Ryuzaki.
Sebaris nama yang tidak akan pernah Eldera lupa. Juga..
Alvarez Ryuzaki.
Nama yang sangat diburu Aeldera.
"Aeldera mahukan kedua-dua Ryuzaki tersebut. Mereka menghiburkan dia dalam pertempuran. Jadi aku tak terkejut kalau dia take over dan lawan mereka serentak." Terang Eldera tenang sebelum matanya tertacap pada dua susuk tubuh di bawah sebuah pokok.
"Jadi kau serahkan pada August dan bukan Sean?" Alter menyoal lagi sambil mata turut sama memandang apa yang dilihat Eldera. Eldera tergelak kecil dengan soalan naif Alter.
"Sean bukan sebahagian daripada Tempests. Kau sedarkan tu Alter? Hati dia berbeza walaupun dia cuba untuk tak tunjuk."
"Dia baik, sangat berbeza dengan kita."
Tumpuan Eldera terus beralih arah dan dia kembali berjalan. Alter tetap setia mengekori.
"Budak tu, aku tak hairan jika dia akan belot aku suatu hari nanti."
"Dia tak akan belot kau Eldera. Kau abang dia."
"Ya. Tapi aku harap dia buat benda tu."
Alter terkejut. Matanya terbutang namun mulut mengunci bicara. Melihat riaksi itu, Eldera tersenyum tipis.
"Sebagai abang, aku tak nak dia pilih jalan yang sama dengan aku. Tapi sebagai Raja Tempests, semestinya aku tak akan biarkan itu terjadi."
"That's.. Complicated. Kau tak nak dia ikut tapi dalam masa yang sama kau nak?"
"I know right? Aku pun tak faham dengan diri aku, Alter. Aku dilema, tapi akhirnya aku cuma seorang abang yang mahukan adik dia selamat."
Perbualan mereka tamat begitu sahaja. Alter mahupun Eldera langsung tiada niat untuk menambah.
Dalam masa yang sama, Abelle yang duduk dibawah pohon bersama Sean, sekadar menghantar sang Raja dengan sorotan mata.
"Saya tertanya, apa agaknya yang mereka bincangkan?" Soal Abelle sambil tangan mengusap kepala Sean yang nyaman tertidur di atas ribaanya. Senyuman kecil terbentuk sendiri.
"Tidur lah jeneral ku."
Abelle mengucup lembut dahi sang lelaki. Tangan pula kekal bermain dengan rambut hitamnya.
Tidak sampai sesaat, memori lampau bermain di minda. Memori di mana dia bertemu Sean untuk pertama kalinya.
Ketika itu, dia masih seorang gadis naif yang tinggal dalam pemikiran fantasi. Yakin bahawa kegembiraan sentiasa kekal. Namun, semuanya berubah apabila bapanya menjual dirinya kepada Tempests. Akibat kerana hutang dan perjudian, dia sanggup menjual anaknya demi duit.
Tak apa. Abelle terima. Dia mahu membalas jasa bapanya kerana telah menjaga dia. Mungkin jika bapa sudah hidup dengan lebih baik, dia akan dapatkan Abelle semula?
Itu apa yang si naif Abelle fikir.
Dia langsung tak tahu apa yang dia akan hadap. Setelah dia merayu,menangis dan terseksa apabila diperkosa dan di layan seakan sampah, Abelle tersedar.
Dia, Abelle. Terlalu naif dalam dunia yang kini seakan neraka.
Abelle benci dirinya. Benci kerana terlalu naif.
Sehingga kini, tidak mungkin walau sesaat dia akan lupakan luka hitam tersebut. Parut ditubuhnya tidak akan padam walaupun ditelan waktu.
Apa yang dia fikirkan saat itu, dia hanya mahu mati. Dan dia cuba.
Tapi..
"Kau gembira ke mati dengan cara bunuh diri? Atau kau yakin kau tak akan menyesal dan biarkan jahanam tu semua hidup dalam kegembiraan?"
Sean muncul dan selamatkan dirinya. Satu-satunya lelaki yang menghulurkan tangan dan memberi dia peluang untuk gembira kembali.
"Aku bagi kau perluang. Kau boleh mati dan pergi dengan dendam yang tak terbalas. Atau, kau boleh hidup dan ambil masa kau untuk keluar daripada kegelapan sebagai wanita yang lebih kuat daripada sekarang." Ujar Sean datar sambil melihat Abelle yang melutut dihadapannya.
"You can choose or make other choices. Either way, it's your life not mine. Aku hanya boleh bantu buka peluang yang kau tak nampak."
Abelle tersenyum dengan kenangan itu. Dia, si naif Abelle memilih untuk hidup. Dan Sean kekal disisi dia untuk keluar daripada kegelapan yang kelam.
Lelaki itu menemani dia sehingga akhir.
"Apa yang kau fikirkan?"
Lamunan Abelle mati begitu sahaja. Bibirnya membentuk senyuman halus pada si penegur.
"Tak ada apa. Cuma teringatkan masa lampau.."
"Kau okey?"
Itu lah Sean. Walaupun Abelle kata dia sudah baik, Sean tetap prihatin menyoal.
"Jeneral tak patut risau mengenai bawahan dia." Ujar Abelle bersama tawa kecil.
"Itu kalau aku seorang 'jeneral', sekarang aku hanya Sean." Lembut dan tenang Sean membalas sebelum bangkit daripada pembaringan. Tanpa memandang Abelle, dia menyoal lagi.
"Kau okey?"
Bagaimana Abelle boleh tidak jatuh hati padanya?
"Saya okey, jeneral."
Sean sekadar mengangguk lalu bangkit. Debu-debu tanah dinyahkan lalu badan dipaling menghadap Abelle. Tangan dihulur pada gadis tersebut. Abelle sedikit kaget namun tetap jugak menyambut huluran itu dengan ceria.
"You're really gentleman, General Sean. Wanna marry me?"
"I refuse."
"Eh~, so cold. But i won't give up!"
"Do you best. I'll always wait."
Abelle tersengih.
Do you best, maksudnya jangan sekali mengalah dengan aku.
I'll always wait, aku sentiasa milik kau.
Hanya Abelle yang faham maksud tersirat lelaki itu. Dalam hatinya sudah bersorak gembira sebelum dirinya selamba memeluk Sean. Lelaki itu menghela nafas pendek namun tetap juga menepuk-nepuk lembut belakang gadis itu.
"Thank you Sean. Thanks for everything." Abelle berbisik lembut.
"My pleasure. Let's go now."
"Yes."
Kesemua Jeneral Tempests menganggap bahawa hanya Abelle yang tergilakan Sean walaupun hakikatnya tidak. Hubungan mereka rahsia.
Abelle dan Sean, berjalan sebelah menyebelah. Tanpa berpegang tangan. Tanpa memandang satu sama lain.
Sama seperti perasaan mereka untuk satu sama lain yang tidak perlu diungkapkan dengan kata. Hanya kehadiran masing-masing sudah mencukupi.
***
Malam.
Setelah beberapa jam mendengar penerangan Heira, Eryl kembali ke biliknya. Keluhan panjang terlepas sendiri. Maklumat yang dia terima agak berat.
"Panjang mengeluh? Ada yang tak kena?"
Eryl tersenyum manis pada isterinya yang berhenti membaca buku. Setapak demi setapak Eryl menghampirinya sebelum dirakul dalam pelukan. Hidungnya digeselkan pada leher sang isteri dengan manja sehingga tawa kedengaran.
"Hentikan. Jawab soalan saya Eryl. Ada yang tak kena?"
"Perlu ke aku jawab sekarang? Bagi aku manja-manja dengan kau sikit please.."
Akira melepas tawa kecil apabila sang suami membuat mimik muka sedih. Dia bangkit daripada kerusi sebelum melabuhkan duduk diatas birai katil. Tidak sampai sesaat, Eryl sudah menyerbu dan memeluknya sehingga jatuh di atas katil.
Sekali lagi, Akira ketawa.
"Ada yang tak kena lah tu. Manja semacam."
"Dengan kau aje. Kalau dengan dayang istana marah pulak."
"Ada niat ke ni?"
Eryl angkat kepala. Matanya terkebil-kebil menatap wajah Akira yang tenang.
"Boleh eh?"
"Nak tidur dalam kubur?"
Terus Eryl peluk Akira erat-erat bersama kepala yang disembabkan pada dada isterinya.
"Kau ni, garang sangat lah. Tapi seksi!"
Eryl angkat balik muka. Sengihannya sudah melebar ke telinga.
"Jom process adik baru untuk Arez dan Nessa?"
LEKUK!
"Otak biru aje! Eyy, dasar serigala!"
Eryl melepas tawa besar sebelum menghujani pipi isterinya dengan ciuman. Akira yang tidak menjangka hal tersebut, ketawa sambil mengelak segala ciuman daripada sang suami.
"Eryl stop! Hahaha! Eryl!"
"Tak dengar! Muah! Muah! Muah!"
"ERYL!!"
"Kau buat apa tercegat dekat sini Arez?"
"HIIIKK!!!!"
Terus terhenti perbuatan Akira dan Eryl. Mereka saling berbalas pandangan sebelum Eryl turun daripada katil dan membuka pintu bilik mereka.
"Arez?"
"Arghhhhhhh!!"
Terbutang terus mata Eryl apabila Alvarez terjerit dan memeluk Seth yang jelas bengang.
"Itu ayah kau aje gila. Berhenti peluk aku."
Terus Alvarez ditolak namun lelaki itu langsung tidak memandang ayahnya. Semakin keliru Eryl disitu dengan wajah dungu.
"Hey? Semua okay aje kan? Kenapa ni?" Akira pula yang keluar setelah membetulkan bajunya yang sedikit serabut akibat perbuatan Eryl.
"T-tak ada apa. M-m-maaf kacau!!!"
Terus Alvarez memecut melarikan diri. Namun, sempat Eryl menangkap sesuatu yang pelik tentang anaknya.
Hidungnya berdarah?
"Seth, hidung Arez..?"
"Berdarah. Yep."
"Dan dia dah ada dekat sini..?"
"Sejak auntie menjerit."
Keheningan menyapa.
'Dia fikirkan sesuatu yang tak patut.' Bisik hati Eryl dan Seth serentak.
Tidak lama, Eryl mula terkekek ketawa di ikuti Seth. Hanya Akira yang berkerut dahi. Tidak faham dengan apa yang baru sahaja berlaku.
"Hahaha, Akira! Asal anak kau tu innocent sangat? Hahahaha! Dah dua kali dia berdarah hidung! Hahaha!"
"D-darah apa?!"
Terus terhenti tawa Eryl namun sengihan kekal tersisa. Kepala isterinya ditepuk lembut beberapa kali sebelum menerangkan apa yang baru sahaja terjadi. Seth pula sudah meminta diri untuk mencari Alvarez.
"Oh Alvarez.." Akira sudah menekup muka apabila Eryl menghabiskan penerangan. Wajahnya juga sudah mulai merah sebelum tangan naik menumbuk bahu Eryl.
"Eyy, awak lah pervert sangat! Tengok! Kesian otak anak kita dah tercemar!"
"Lawaknya aku agak bangga! Hahaha! It's hilarious!"
"Eryl!"
"AYAHANDA, BONDA!!!"
Kali ini, jeritan Alvarez mengejutkan kedua-duanya. Sebelum sempat mereka menegur, anak muda itu sudah melutut bersama kepala yang menyembah tanah.
"AREZ MINTAK MAAF SEBAB DAH FIKIR BEBUKAN MENGENAI AYAHANDA DAN BONDA! TOLONG LAH HUKUM ANAK YANG TAK BERGUNA NI DENGAN-"
"Wow, wow, wow.. Hold on son! Apa yang kau merepek ni? Hahaha."
"A-ayahandaaa.. Hik, hik.."
"Dude, Seth didn't joke when he said you're crybaby hahaha. Cute! There, there. Kau tak buat salah apa pun."
Hendak tak hendak, Akira tidak dapat mengawal senyumannya apabila tubuh Eryl dipeluk erat oleh Alvarez. Dia nampak aje Eryl meminta tolong kerana mahukan oksigen, namun dibiarkan sahaja.
"Family hug?" Nessa muncul disebalik dinding bersama wajah yang bersinar. Ekor serigalanya meliuk-liuk kegembiraan.
"Yeah, come here sweetie."
"A-Aki-!"
"YEAY!"
Terus Nessa memeluk dua lelaki itu dengan erat membuatkan Akira ketawa geli hati. Wajah suaminya yang membiru, Alvarez yang cuba menahan sakit pelukan Nessa, amat menghiburkan dia!
"A-Aki.. Ok-Oksigen-!"
"B-bonda-!"
"Huh? Warghh! Maaf!"
Nessa melepaskan pelukan. Terus dua hero kesayangan Akira menarik nafas menyedut oksigen. Wanita itu ketawa mengekek sambil tangan mengusap lembut kepala Nessa.
"Good job my girl!"
"I-I didn't do anything? But thank you mother!"
"Hehe, cute!"
Eryl mencerlu tajam pada Akira yang sudah menjelir lidah. Melihat hubungan keluarganya itu, Alvarez menarik senyum lega. Sangat-sangat lega.
"Thanks god it's just a dream.." bisiknya sendirian sebelum bersandar pada dinding.
Ada sebab kenapa dia kemari, berjumpa ayahanda dan bondanya.
Alvarez bukan jenis yang akan mempercayai mimpi. Namun malam itu, mimpinya seakan benar. Umpama mimpi itu telah berlaku. Apa yang dia lalui di dalam mimpi itu seakan realiti.
Dia yang berdiri di tengah-tengah medan pertempuran. Berlumuran darah. Tidak jauh daripada situ, bondanya kaku tidak bergerak bersama sebuah lubang pada dadanya. Seekor naga hitam bermata satu, bersayap enam, mengamuk dengan penuh amarah namun dia langsung tidak meninggalkan mayat bondanya.
Tidak lama, naga itu juga menemui ajal. Mati di bunuh oleh seekor syaitan yang tidak pernah dilihatnya.
Dan dia.. Hanya kaku melihat kedua-dua orang tuanya mati dihadapan mata. Bahkan, syaitan itu tersenyum. Menyinis dan mengejek dirinya yang tidak berbuat apa-apa sehinggalah..
"ASURA!!!"
Dia menyerbu dan menjerit sendiri tanpa dapat mengawal tubuhnya.
"MARI PADA AKU, ALVAREZ!!"
BAMMMMMMM!!
Dua kuasa bertembung, dan ketika itulah dia bangkit. Nafasnya tidak teratur dan peluh menghujani dirinya. Tidak berfikir dua kali, Alvarez terus ke bilik ibu bapanya.
"Arez?"
Alvarez kembali ke alam realiti setelah mengelamun tanpa sedar. Sengihan cuba di ukir untuk mengelakkan perasaan risau kedua-dua orang tuanya.
"Hehe, maaf sebab buat kecoh. Arez cuma nak jumpa ayahanda dan bonda aje. Nak ajak minum kalau tak kesah?" Ajak Alvarez.
"Sure? Akira?"
"Don't mind."
"Nessa nak jugak! Tapi, dah ngantuk... Tapi tak apa! Nessa nak minum jugak!"
"Awww..! CUTE!"
Ceria sahaja keluarga Ryuzaki tersebut memeluk gadis serigala itu. Segala tawa mereka kongsikan bersama. Bulan yang ditemani bintang, menjadi saksi kebahagiaan keluarga tersebut.
Namun, disebalik bayang. Seorang lelaki berkerudung, senyap memerhati keluarga itu. Senyuman nipis terukir indah.
"Aku harap kau boleh lindungi mereka Alvarez Ryuzaki. Aku dah bagi apa yang kau patut tahu. Lindungi keluarga kita. Semuanya terletak pada pilihan kau.." Dan lelaki itu hilang menjadi cebisan emas tanpa sebarang jejak.
Bak kata pepatah inggeris 'the calm before the storm'.. Ah, acah! HAHAHA. well, as always, mesti happy2 kejap en? Tak leh arh nk trus boom! Boom! Hehe.
Eternal Seal? Asura? Dan mimpi? Better ingt tiga2 ni hehehe. 😂✌🏻 Nk teka2 pun bolh buut saya tak akan spoil. Just nk tahu apa yg korng fikir😂
Anyway, enjoy! Dan yg akan kembali ke sekolah, belajar elok2 dan jaga diri okay?
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top