Flame 19 | He's not dead, probably

Di tempat yang lain pula..

Seth, Alice serta Inez terkaku ditempat masing-masing. Tidak walau seorang daripada mereka mampu untuk bergerak, bahkan peluh dingin juga menuruni tubuh!

"Hurm.."

Setapak demi setapak Eldera menghampiri Seth yang tidak lepas berbalas pandangan denganya. Senyuman diukir sebelum dirinya berdiri megah dihadapan lelaki itu.

'Gerak, gerak, gerak! Alice kau kena gerak! Eh bodoh! Kau pun gerak lah! Lari daripada situ!' Alice memarahi Seth serta dirinya sendiri, namun tidak berhasil! Tubuhnya seakan terpasung pada tanah!

"Interesting. Kau tak takut berbalas pandangan dengan aku." Bisik Eldera. Wajah didekatkan membuatkan nafas Seth tersekat seketika.

"Kau ingatkan aku pada Alvarez Ryuzaki."

Nama yang terpacul keluar daripada sang raja syaitan, sudah cukup untuk membuatkan Seth menggerakkan tubuhnya! Buku lima digenggam sebelum diayun deras pada wajah pemerintah Tempests!

BAMMMMMM!!!

"SETH!"

Alice serta Inez terkejut dengan tindakan Seth. Tetapi, lebih mengejutkan apabila Eldera menahan kemas serangan itu tanpa bergerak seinci daripada tempatnya. Wajah berang Seth ditatap bersama senyuman sinis.

"Seth? Nama kau?"

"Kalau kau tak tahu nama aku lagi bagus jahanam." Desis Seth membuatkan Eldera ketawa kecil.

"Betul. Tapi kau berjaya tarik perhatian aku."

ZAPPPPPP!!

"Urgh..! Bwarh!"

"SETH!"

Seth tergamam apabila dadanya terasa sakit sebelum memuntahkan darah! Matanya naik pada pemerintah Tempests dihadapannya. Lelaki itu tenang bersama mata yang bercahaya.

"I'm very impressed with you. Kau mampu hidup. Oh! Atau Kau tak tahu yang.."

Eldera merapatkan wajah pada telinga sang lelaki. Dengan suara yang halus terselit bahaya..

"..Aura aku mampu membunuh daripada dalam?"

"JAUHKAN DIRI KAU DARIPADA DIA!!" Alice menjerkah kuat sebelum memyerang bersama kilat merahnya!

"Ghost dragon, Thunder Killer!!"

ZRAAAAZZZSSSSS!!!!

BOOOMMMMMMMM!!!

Sambaran kilat daripada langit, berdetum saat bertemu tanah! Kepulan asap serta taufan kecil terhasil daripada hentaman dahsyat itu! Tubuh Seth yang hampir tumbang, disambar Inez lalu ketiga-tiga mereka terus memecut meninggalkan kawasan tadi.

"Seth!"

"Uhuk! Uhuk! Argh!"

Seth mengenggam bahagian dadanya yang terasa sakit. Darah yang keluar daripada mulutnya bukan sahaja berwarna merah, malahan hitam!

Alice dan Inez, terdiam seribu bahasa. Larian mereka terhenti. Tubuh mereka menggeletar apabila Seth tidak habis-habis memutahkan darah!

"A-apa nak bua-buat? Kalau macam ni.." Alice buntu. Inez juga cuba memikirkan apa yang boleh dilakukan namun hanya menemui jalan mati!

"Urgh..! K-kitsu!" Seth cuba menyeru Beast musangnya namun langsung tiada balasan.

"Kitsu!"

"Hentikannya. Kalau kau kuasa Beasts kau, hanya akan lebih parah."

Tubuh mereka tersentak dengan suara tersebut. Alice yang mahu membuat tindakkan, kaku apabila sepasang tangan elok memegang bahunya. Mata ungunya perlahan-lahan bergerak pada empunya tangan.

"Jangan bergerak kalau tak nak mati. Kau juga." Eldera menjeling tajam pada Inez yang turut sama terkejut dengan kehadiran Eldera.

'Bagaimana dia..?!'

"Kau bertiga agak biadab tahu? Sebelum pergi, sekurang-kurangnya minta izin pada aku dahulu." Eldera melepaskan keluhan sebelum perlahan-lahan dia menghampiri Seth yang sudah melutut ditemani darahnya.

Mata ungu Seth tajam membalas renungan angkuh sang raja.

"Tapi aku akan pejam mata sahaja kali ni. Aku agak tertarik dengan salah seorang daripada kau bertiga."

"Kau.. Memang sial..! Argh!"

"Thanks. Kau bukan yang pertama kata aku macam tu."

Eldera melutut sebelah kaki dihadapan Seth. Senyuman diukir sebelum telapak tanganya menyentuh dada lelaki itu. Seth yang tidak sempat berbuat apa-apa, tergamam apabila jantungnya seakan direnjat!

ZZZAPPPPPPPPPP!!

"Argghhhhhh!!!"

"SETH!!!"

"Jangan gerak!!"

Pergerakkan dua gadis itu terpasung apabila bayang gelap membelit tangan dan kaki mereka! Mata kedua-duanya terbelalak tak percaya!

"Haa.. Susah betul nak dengar cakap kenapa?" Mata Eldera bosan menatap Alice serta Inez yang menjerit memanggil Seth.

Lelaki itu pula, mengerang sakit bersama tangan yang naik mencengkam dada. Darah hitam tidak henti-henti dimuntahkan membuatkan dua gadis itu mengalirkan air mata.

"Apa kau buat pada dia?! Apa kau buat pada dia jahanam?!!" Jerkah Alice dan Inez serentak.

"Apa aku buat pada dia?"

Eldera tersengih. Alice dan Inez dihampiri sebelum merendahkan tubuh agar pandangan mereka setentang. Mata ungu dan hijau dua gadis itu, garang membalas bersama amarah yang tertahan.

"Kau berdua percaya ke kalau aku kata aku cuba selamatkan dia?"

"Bullshit!" Marah Alice disusuli Inez.

"Kau menipu!"

"See?"

Raja syaitan tergelak sendiri. Tanganya sengaja naik mengusap rambut merah dan hijau dua gadis tersebut membuatkan amarah keduanya berlipat ganda.

"Jangan sentuh aku! Lepaskan aku lah lahanat!!" Jerkah Alice bersama Inez.

"Hurm. Kau memang macam Ayrez, Alice Hernandez. Tak penyabar dan kuat mencarut. Itu tak elok untuk perempuan. Kau juga Inez Belizaire." Selamba Eldera memberi nasihat tanpa mempedulikan pandangan benci keduanya.

"Fu-"

"Aaarghhhhhhh!!!"

Perasaan berang bertukar takut. Tumpuan Alice serta Inez beralih arah. Wajah mereka jelas ketakutan serta risau apabila Seth diam secara mengejut. Kepala digeleng seakan menyahkan segala fikiran negetif yang mula bermaharajalela.

"Tidak,tidak, tidak.. Seth! Seth! Hey! Jawab aku!" Alice memanggil dalam tangisan.

"Tak mungkin.." Inez juga begitu dan tubuhnya bergetar tak percaya.

Eldera yang melihat keadaan terdesak kedua-dua gadis itu, mengeluh panjang. Jari dipetik lalu bayang yang mengikat mereka lesap. Terus kedua-duanya mendapatkan Seth bersama tangisan.

Raja syaitan itu hanya diam memerhati sebelum mengorak langkah meninggalkan mereka bertiga. Langsung tiada belas kasihan melihat dua gadis itu menangis sambil memangku kepala lelaki yang kini tidak lagi bergerak.

"SETH!!"

***

"Grr.. Grr.."

"Apa yang kau semua buat di sini?"

Skype yang merayau disekitar kawasan bekas puak serigala, terkejut dengan kehadiran diraja itu. Tubuh kesemua mereka menggigil apabila sang raja tajam menatap satu persatu daripada mereka sebelum berdecit jengkel.

"Tch."

"GRAAAAAA...!!!!"

BURNNNNNN!!!!!

SLASSHH!!!!

Kesemua Skype,hilang menjadi debu disaat bayang hitam bersalut api kegelapan, membantai kesemua mereka dengan sekali libas! Tidak walau seekor daripada mereka, terlepas daripada kecelakaan!

Teriakan serta lolongan mahluk itu, langsung tidak dipedulikan Eldera. Lelaki itu selamba berjalan melepasi kesemua mereka bersama kepala yang terangkat dengan keangkuhan.

Kakinya melangkah sehinggalah sampai dihadapan sebuah kem tentera. Wajah yang asalnya tiada perasaan, perlahan-lahan menyeringai. Tatu muncul daripada leher sehingga pipi kirinya bersama sepasang tanduk yang meruncing ke atas.

"Sejujurnya aku tak suka kau gunakan aku hanya untuk membunuh. Hati aku sakit tahu?"

Aeldera tersengih sendiri apabila Eldera bertukar tempat denganya. Tangan naik menyisir rambut, mendedahkan dahinya yang turut sama bertatu seakan petir.

"Tapi tak apa. Aku suka. Ah, kau jangan risau. Aku tak akan bagi walau seorang pun pemberontak ni pergi pada budak-budak tadi." Ujarnya sebelum menyeluk saku.

"Let's begin our paradise, shall we?"

crack..

BOOOOOMMMMM!!!

***

"TUAN KUZMA!!"

Lelaki bergelar Kuzma, terkejut dengan teriakan anak buahnya. Dia yang baru sahaja habis menilik strategi perang diatas meja, terus bergegas keluar daripada khemahnya.

"TUAN! TUAN! TUAN KENA LARI DARIPADA SINI SEKARANG!!!"

"Hey! Hey! Tenang! Apa maksud-"

BUMMMMMMMM!!

Tidak sempat Kuzma menghabis bicara, darah milik anak buahnya sudah selamat mencalit wajahnya. Tubuhnya menggeletar hebat disaat matanya menangkap sepasang kaki yang memijak mayat berdarah tersebut.

"Opps? Aku terpijak sesuatu ke? Ah, maafkan kebiadaban aku Panglima Kuzma. Hahaha. " Aeldera ketawa seakan bersalah sebelum selamba menyepak mayat tadi sehingga menghempas pokok.

Tumpuanya kembali terhala pada lelaki dihadapannya. Kepala disenget sedikit seakan hairan.

"Kenapa kau nampak takut depan aku ni? Tenang lah. Aku baik lah." Ujar Aeldera mesra bersama senyuman psychopath miliknya.

"T-tuanku!" Terus Kuzma melutut dihadapan Aeldera dengan ketakutan yang menggunung. Keluhan lemah keluar dari mulut Aeldera.

"Kau tak faham ke aku kata apa?" Soalnya seakan terasa.

"H-huh? Ma-maaf tuanku. A-aku tak tahu kau ada disini!"

"Kau memang tak faham aku kata apa. Kau takut. Haih, kau buat aku nampak jahat tahu?" Ujar Aeldera dengan riak sedih.

"Ma-maaf tuanku."

"Eh, Siapa nak maafkan kau? Aku tak nak tahu?"  Balas Aeldera dengan wajah kehairanan.

Terus panglima Kuzma mengangkat kepala dengan wajah tak percaya. Tubuhnya semakin bergetar apabila mata merah Aeldera menatapnya seakan pemangsa.

"Kau cuba belot aku kut? Kau ingat aku tak tahu kau cuba serang secara senyap-senyap beberapa kawasan aku? Ah, tak. Aku tak kesah pun kau serang or musnahkan beberapa banyak bandar, hahaha." Aeldera ketawa sendiri sebelum kembali berfikir.

"Hurm? Apa sebab utama aku nak bunuh kau ya? Aish, aku tak rasa aku tua sangat untuk lupa. Urmm..? " Aeldera berfikir dan berfikir.

"Apa ya? Apa ya? Hey, kau tahu tak kenapa?" Soal Aeldera sambil bercekak pinggang.

"Serius aku lupa ni." Tambahnya lagi sebelum tersenyum sadis.

"Aku.. Aku..."

"Aku apa? Haa, cepat-cepat. Aku nak tahu jugak!"

Tangan digenggam erat. Urat jantanya timbul akibat tekanan yang diberikan oleh Aeldera.

"Arhhhh!! Persetankan semua ini!! Para tentera SERANGGG!!"

BOMMMMMMMMM!!!

BAMMMMMMMMM!!!

BOMMMMMMMMM!!!

Entah daripada mana, berjuta-juta bedilan peluru serta sihir menyerang Aeldera tanpa henti! Kuzma yang sempat mengelak daripada serangan para askar tersembunyi, terus menaikan sihir kurungan membuatkan Aeldera terperangkap didalamnya!

"Mati kau jahanam! Mati!!" Kuzma berteriak bagaikan orang gila! Tidak cukup dengan itu, kakinya terus bergegas masuk kedalam khemahnya untuk mengambil sesuatu. Apabila sudah dapat barang yang diingini seperti skroll, senyuman gilanya semakin melebar!

"Aku akan buktikan yang aku boleh bunuh dia!"

"Wow. Jadi betul lah kau upah Kiyo cari artifak lama ni hah? Hehe, I'm impressed!"

"Wha-!!"

BAMMMMM!!!

"Arghhh!"

Tidak sempat Kuzma memberi riaksi, dirinya sudah terhumban keluar daripada khemahnya. Matanya terbelalak apabila melihat susuk tubuh yang keluar bersama sengihan psychoticnya.

"Ka-kau! Bagaimana-Arghhhhhh!"

Kuzma menjerit kuat apabila Aeldera membaling selamba kepala-kepala tenteranya keada dia. Tubuhnya terus kebelakang sebelum menyentuh sesuatu.

Dengan perasan takut yang menggunung, perlahan-lahan Kuzma berpaling kebelakang. Pada timbunan mayat-mayat yang sudah diletakkan seakan bergunung-ganang!

"Argh..Argh..." Kuzma hilang kata-kata dengan kekejaman Aeldera.

"Hahahaha! Aku tak percaya kau boleh harapkan Kiyo untuk cari kelemahan aku! Hahaha!" Aeldera ketawa geli hati tanpa mempedulikan riaksi Kuzma. Matanya leka menantap skroll yang dikatakan boleh memusnahkanya!

"Hey! Hey! Tengok ni!"

Kuzma berpaling pada Aeldera. Matanya membulat apabila skroll tadi dibakar selamba tanpa sebarang kesan mahupun letupan.

"Lol. Kau kena tipu! HAHAHAHA!  This is stupid! HAHAHA!"

Kuzma memucat. Perasaan marah, takut, khinat semuanya bercampur baur. Melihat keadaan itu, Aeldera menyeringai.

"Kau patut tahu yang Kiyo tu agak twist sikit otak dia. Puak Yggdrasil pun dia boleh belot, inikan pulak kita? Ah, aku tak pernah pun percaya budak tu. He's insane tho. HAHAHA."

Aeldera merenggangkan badanya sedikit sebelum bercekak pinggang. Mahluk yang digelak pengkhianat dihadapannya ditatap lama sebelum mengangkat bahu.

"Hurm. Bosan lah kau ni. Depressed sangat ke? Oh yeah. Aku patut hantar kau jumpa kawan seperjuangan kau yang lain jugak kan? Okey, okey. Kejap tau? Kau tunggu sini!"

Terus Aeldera memecut ke suatu tempat. Sedar akan peluang itu, Kuzma terus melarikan diri!

"Oh? Dia mesti tak nak ikut apa aku kata kan? Aish, leceh." Ujar Aeldera sebelum memetik jarinya.

Kuzma yang baru sahaja beberapa meter menjauh daripada kemnya, terkaku apabila dirinya dibelit bayang hitam! Matanya terbelalak. Mulutnya tidak habis-habis memuntahkan makian!

"Jahanam kau Aeldera! Jahanam! Sial!!!"

Aeldera ketawa dengan makian itu. Sengihan yang sedia ada, semakin melebar apabila matanya menangkap tiga susuk tubuh yang masih berada ditempat yang sama.

"Bingo!"

Alice dan Inez, dua gadis itu sayu menatap wajah pucat Seth. Lelaki itu langsung tidak memberi apa-apa balasan apabila dipanggil, jauh sekali menggeraknya tanganya apabila digoncang untuk bangkit.

"Set-"

"Hey, kau bertiga patut pergi daripada sini tahu?"

Serta merta tubuh Alice dan Inez mengeras. Tidak sempat untuk mereka beriaksi, tubuh mereka sudah selamat diangkat begitu juga Seth!

"Apa yan-"

"Shh! Not now!"

ZUPPPPPPP!!

"Arghhhhhhhh!!!"

Alice dan Inez menjerit kuat apabila mereka bergerak entah ke mana dalam kelajuan yang sangat dahsyat! Hanya Aeldera sahaja yang ketawa sebelum memberhentikan langkah secara mengejut!

Bum!

Bum!

"Argh!" Alice serta Inez mengerang sakit apabila dilempar begitu sahaja. Tubuh Seth yang dilempar, terus dihampiri sebelum mata naik menatap Aeldera dengan perasan getar.

Lelaki ini.. Jauh lebih bahaya daripada Eldera!

"Wow. Wow. Relax. Aku tak akan bunuh kau berdua atau lelaki tu. Hahaha."

Aeldera berpaling, membelakangi keduanya sambil merapatkan tanganya.

"Kalau kau berdua tak bergerak lah. Simple kan?" Matanya menjeling.

"Tengok dan lihat. Cuba lari atau buat benda bodoh? Pop! Mati! Hehehe."

"Gila." Kata Alice dan Inez serentak mendapat balasan tawa daripada Aeldera.

"Thanks for the compliment. Aww, i love you both. And now, for the show..!"

Aeldera menutup matanya. Aura gelapnya membuak keluar sehingga menggetarkan segala tulang didalam tubuh kedua-dua gadis itu. Bulatan seakan sihir kuno, muncul di langit, tepat di atas hutan yang mereka berada sebentar tadi!

"Purgatory."

Lelaki berambut emas itu membuka perlahan-lahan matanya. Senyuman psychoticnya langsung tidak lekang walau seinci. Guruh berdetum dahsyat dibawah bulatan sihir yang mula bercahaya.

".. PHOENIX WRATH!"

CRACKK!

BOMMMMMMMMM!!!

BLASHHHHHHH!!!

Tanpa disangka, sambaran kilat yang maha dahsyat, menghentam seluruh hutan! Puting beliung seakan api kegelapan terhasil daripada sambaran tadi lalu menjilat seluruh hutan tanpa belas! Hutan tersebut dibatai lalu hilang kesemuanya akibat api kemarahan yang tidak dapat diungkap dengan kalam! Bahkan, apinya menyambar sehingga ke tempat Aeldera!

SWOSHHHH!!!

Selamba sahaja Aeldera mendepakan sebelah tanganya agar api tadi terbelah daripada membaham dirinya mahupun tiga susuk tubuh dibelakang.

Ah, bukan dia boleh tercedera pun. Tapi yang belakang? Heh.

"A-apa..?" Alice serta Inez, kehilangan kata. Mereka memang sudah sedia maklum akan kekuatan Aeldera.

Tapi ini..

"Aeldera seekor syaitan yang tidak boleh dipandang rendah. Kelahiranya sahaja sudah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu. Jika bertemu denganya, lari. Jangan sesekali cuba melawan. Ajal sahaja yang akan kau temui." Itu lah pesanan Ayrez kepada Alice dahulu disaat dia bertanya sekuat manakan Aeldera.

Dan dia nampak dengan mata kepalanya.

"Amacam? Skill aku masih hebat bukan? Ah, tapi tu yang paling low lah. Hehe." Ujar Aeldera selamba sebelum melibas tanganya.

SWOSHHHH!!!

Dalam sekelip mata, puting beliung tadi lenyap berserta api. Kawasan yang penuh dengan pokok serta rumput, hancur menjadi debu dan bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.

"Okey! Memandangkan aku dah settled kan-Geez, ya. Ya. Aku tahu. Aku tak sentuh mereka pun kan? Bising lah kau El!" Aeldera tetiba sahaja bercakap sendiri bersama wajah yang mencebik. Mata diguling ke atas sebelum menatap dua gadis dibelakangnya.

"Kau berdua tak payah lah nak sedih bagai. Jantan tu hidup. Aku tak tahu kenapa El tolong buang darah hitam tu daripada jantung dia. Tch, kacau betul aku nak bunuh."

"Huh?" Alice dan Inez terdiam. Aeldera sekadar angkat bahu.

"Tak tahu eh? Aura yang serang dan letakkan darah hitam dalam jantung budak tu, aku punya angkara. Tapi mamat El ni kacau pulak pergi buang. Geez, bosan. Ah, well, bukan aku peduli kalau kawan kau tu hidup. As long as dia bukan Alvarez Ryuzaki. I don't care." Terang Aeldera seakan menyatakan sesuatu yang nyata baginya.

'Yeah, i really don't care about others except for Alvarez. Hehe, that kid is interesting.' Bisik hati Aeldera. Ada sesuatu pernah terjadi antaranya dengan Alvarez.

Yang pasti, semuanya bermula ketika perang di lautan. Perang yang dimenangi oleh Yggdrasil kerana bloodlust Alvarez yang berjaya menumbangkan dua battalion tentera Tempests sendirian.

Dan dia, satu-satunya budak yang berjaya bertempur denganya. Tidak lupa juga berjaya memberi kecederaan parah padanya.

'I won't forget about you nor your clock eyes either. Aku yakin dengan ramalan mereka terdahulu mengenai kau Alvarez Ryuzaki. Hehehe.' Aeldera melepaskan tawa kecil sebelum matanya tertumpu pada tiga sekawan itu. Senyuman manis diukir.

"Okey lah. Aku gerak dulu! Give my lovely regards to Alvarez Ryuzaki okay? Katakan padanya, aku mahukan pertarungan sekali lagi. Hehehe."

Terus Aeldera lesap dalam sekelip mata. Alice dan Inez pula, cuba mencerna apa sahaja yang baru terjadi.

Semuanya seakan..Bom!

Tidak dijangka!

"Uhuk! Urghh!"

"Seth!"

Seth terbatuk beberapa kali sebelum terkebil-kebil menatap kedua-dua gadis yang kini menangis gembira dengan kebangkitannya.

"Urm? Kenapa kau berdua menangis?"

Kan dah cakap, awal lagi nak bunuh2 ni. Haha.😂

Tbh, i love Aeldera more than Eryl HAHAHA! I love my precious villain tho!🥺

Eryl : She's totally crazy. Aku yang kacak ni dia boleh jatuhkan jadi no 2?!

Me : eh? Kau no. 5 dalam list aku.

Eryl : For real?

Me : yeah. Dari belakang.

Eryl : *depressed*

Me : hey, Jangan tumbuhkan cendawan dekt sini. Tamaki senpai ke apa? *Buat tak tahu*

Anyway ini LAST UPDATE daripada saya sebelum menjelang tahun baru dannnn..

MASA UNTUK HIASTU!!! YESS!!! HAHAHA!!

SO JUMPA TAHUN DEPANNN!!

DAN SELAMAT TAHUN BARUU!!

JAGA DIRI DAN KESIHATAN OKEY?!

JANGAN MINTAK UPDATE SEBAB MEMANG TAK AKAN ADA DAH UNTIL SAYA HABIS EXAM HAHAHHA! *Evil laugh*

Bonus+

[ Lovelive122003 akhirnya menghilang daripada rada tetapi tertangkap berdating bersama Aeldera. ]

"Eyy, shuh! Jangan kacau! Hisss!! *Angry cat noise*"





E

ryl & Eldera : Jumpa tahun hadapan!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top