Flame 18 | Save him
Beberapa jam sebelum letupan.
Arielle dan Weston berjalan seiringan dengan Eryl. Mereka berbalas pandangan sebelum mengangguk. Mereka mesti meneruskan misi asal yang telah ditetapkan oleh permaisuri dahulu sebelum bergabung bersama Eryl.
"Uncle."
"Hurm?"
Eryl berpaling apabila si gadis memanggil. Langkah mereka terhenti seketika.
"Terima kasih sebab dah tolong kami masuk ke sini. Tapi, kami ada tujuan yang lain juga. Jadi, buat sementara waktu, kita berpecah dahulu ya?" Kata Arielle bersama senyuman.
"Ah. Ya. Kamu ada cerita. Kamu pasti tak nak aku tolong?" Soal Eryl sedikit risau.
"Tak apa. Uncle sendiri ada misi menyelamat bukan?"
"Hurm."
"Jangan risau. Saya ada Weston. Dia mungkin nampak lembik dan bangga terlebih. superiority complex-"
"For some odd reason, you really irritating me." Omel Weston menahan geram.
"-Tapi dia boleh jaga saya." Sambung Arielle bersama tawa kecil.
"Kau sure?" Soal Alvarez pula. Terkebil-kebil Arielle dengan sampukan tidak dijangka itu. Sedar akan riaksi itu, wajah Alvarez sedikit merah lalu tanganya naik mengusap belakang leher.
"M-maksud aku, ini bukan tempat kita. Tak apa ke berpecah? Sekurangnya, kalau kau dengan kami.. Kau tak lah.. Kau tahu..? Dalam bahaya sangat."
". . ."
"S-say something!"
"Uwu. Please jangan caring sangat putera mimpi. Awak comel, buat saya nak cium awak lagi tahu tak? Fufufu."
"H-h-huh?!"
Terus Alvarez menyorok dibelakang Eryl dengan wajah yang pucat. Trauma betul dia dengan gadis dihadapannya. Ayahnya hanya ketawa geli hati manakala Weston sudah selamat meluku kepala Arielle.
"Ah, youth."
Eryl menggeleng kepala lalu kembali menatap Arielle.
"Baik lah. Kalau itu yang kamu mahu. Tapi ingat, kalau ada sesuatu jadi.." Tangan Eryl naik memegang bahu Arielle. Matanya jelas menunjukkan dia risau. Risaunya sama seperti seorang ayah membuatkan Arielle tersentuh.
"Please, retreat or come to me. Aku yakin kamu berdua tahu nak cari aku bukan?"
"I will Uncle. I will."
Terus Eryl memeluk anak itu. Tanganya naik mengusap belakang kepala Arielle sebelum melabuhkan dicuman di atas ubun-ubun dan dahinya.
"Be careful." Pesanya lagi membuatkan Arielle ketawa.
"Yes, uncle."
Pelukan dileraikan lalu kepala si gadis teralih pula pada Nessa. Gadis serigala terus memeluk Arielle seeratnya.
"Kakak.. Hati-hati ya?" Ujarnya yang semakin lancar bertutur.
"Ya, sayang. Kakak hati-hati. Jagakan abang awak untuk kakak tau? Takut ada betina sundal cuba 'ngap' dia daripada kakak." Bisik Arielle tanpa sesiapa dengan kecuali dia dan Nessa.
"Nessa.. Tak faham? Tapi okey!"
"Aww! So cuuuteee!!"
Nessa ketawa lalu meleraikan pelukan. Mata emasnya mencari kelibat si abang.
"Abang Arez. Tak nak.. Cakap something?"
"H-huh? Ah, ye-yeah."
'Damn, he's cute. My heart start to doki doki. Hehe.' desis hati Arielle yang sudah berbunga.
"Aku.. Well. Urm.. Jaga diri? Rasanya." Ujar Alvarez dengan wajah yang merah sebelum senyap.
Sepi.
"Pftt..!"
"Ayahanda!"
"M-maaf. Pffft..! Hehe.. Pfft!"
"Jangan lah gelak!"
Semakin susah untuk Eryl menahan tawanya. Manakan tidak? Anaknya terlalu naif dan malu! Wajahnya yang semakin merah, buat Eryl terhibur.
Lahaii..
"Hehehe." Arielle ketawa kecil, namun dia suka dengan kata-kata Alvarez walaupun pendek.
Weston hanya mampu mengeluh. Tiba-tiba, hujung bajunya seakan ditarik membuatkan matanya jatuh pada gadis serigala yang hanya setinggi dadanya sahaja.
"Yes? Kau nak sesuatu little Pups?" Soalnya datar. Nessa menyenget kepala.
"Little Pups? I'm not baby?"
"Tapi kau agak kecil untuk seekor werewolf."
"I'm hybrid?"
"I don't care. Still a baby to me."
"O-oh okey."
Weston menekup muka. Senyap pulak.
"Okey, apa kau nak?"
"A-ah! Urm.. Awak hati-hati jugak.. Okey? Tolong jaga kakak.. Dan diri sendiri?"
Kejap-kejap mata Nessa naik dan turun melihat Weston. Jari jemarinya juga di mainkan bersama membuatkan Weston tersenyum. Tanganya naik mengusap kepala Nessa.
"I know. That's my job. You too. Take care."
"Umu!"
"Baik lah. Kami pergi dulu!"
Dalam sekelip mata, Arielle dan Weston dikelilingi rama-rama kegelapan dan cahaya sebelum hilang daripada pandangan.
Eryl menarik nafas dan dihembus. Tanganya menarik Nessa dan matanya berbalas pandangan bersama Alvarez.
"Ayuh. Kita tak boleh bazirkan masa lagi."
***
Ditengah-tengah bandar, seorang lelaki berambut putih panjang, di ikat pada sebatang kayu dengan keadaan terbalik. Tubuhnya jelas berdarah-darah akibat seksaan yang dikenakan.
SLASSHH!
Tubuhnya dilibas cemeti. Bukan sekali bukan dua kali, bahkan berkali-kali! Mulutnya ditahan daripada mengeluarkan erangan. Darah yang mengalir langsung tidak dipedulikan.
"Huh, acah kuat!" Jerkah si penglibas sebelum meneruskan tugasnya.
Orang ramai yang melihat, menjadi takut akibat seksaan itu. Tiada sesiapa yang ingin mara atau menolong si lelaki.
"Lihat lah! Ini lah yang akan terjadi kepada kalian jika derhaka kepada tuanku!"
SLASSHH!
Edwin menutup matanya. Sedaya upaya dia cuba menahan, namun libasan terakhir berjaya membuatkan suaranya keluar!
"Urgh!"
"HAHAHA!"
Tanpa dijangka, kepalanya disepak kuat sehingga darah keluar daripada mulutnya. Mereka yang melihat, terus melarikan diri kerana tidak dapat melihat keganasan itu.
Namun tidak jauh daripada situ, Arielle dan Weston memantau kawasan sekitar. Weston yang sedar akan situasi tidak jauh daripada mereka, mendengus.
"Huh. Macam yang aku jangka daripada Tempests. Kejam tak agak." Omelnya bersama buku lima yang dikepal.
"Ya. Sama seperti yang Gramps Daze kata. So? Awak nak bantu?"
"Kalau ikut hati, aku nak. Tapi, aku tak rasa dia akan mati. Jadi lebih baik kita laksanakan tujuan kita dulu."
"Yeah. Lagi pun.." Mata Arielle jatuh pada satu arah. Senyuman diukir manis.
"Naga bermata satu, ada di sini."
Tidak berlengah, kedua-duanya terus memecut ke tempat sasaran mereka berada.
Istana Vans Tempests.
***
Eryl yang baru tiba di bandar utama itu, sedikit kagum dengan seni binanya. Matanya bercahaya sejenak sebelum perhatiannya ditarik oleh orang ramai yang berkumpul. Rasa tidak enak menyusup masuk ke dalam sanubari.
"Ayahanda, itu.."
"I have a bad feeling about this. Jagakan Nessa. Aku nak pergi tengok."
"Okey."
Wajah Eryl berubah serius. Kerundung dibetulkan agar wajahnya betul-betul terselindung. Perlahan-lahan dia mendekati dan menyelinap. Beberapa orang juga ditolak lembut agar dirinya boleh melihat apa yang jadi.
"Gurh. Ini menyesakkan." Rungutnya bersama keluhan.
Namun.
Matanya terbutang. Lebih-lebih lagi, dengan apa yang dilihatnya.
Edwin kini, tertiarap diatas tanah. Kepalanya dipijak oleh askar Tempests tanpa belas. Melihat keadaan itu, darah Eryl mula mengelegak. Auranya cuba dikawal agar tidak terlepas.
"Heh. Aku rasa dah cukup. Kau tunggu lah nasib kau." Askar itu menarik Edwin dengan kasar sebelum didudukan dalam keadaan melutut. Tangan serta kaki lelaki itu di ikat agar tidak terlepas.
"Masa kau akan tiba apabila tuanku turun nanti."
"Heh. Baik lah.. Aku.. Tunggu."
Askar itu terkejut apabila Edwin bersuara. Lebih-lebih lagi, suaranya jelas menyinis!
"Kau.." Askar itu berang.
"Hentikannya." Tindakkan askar itu terbantut. Matanya terhala pada seorang lelaki berpakaian seakan butler.
"Tuan Gerard."
Lelaki bernama Gerard mengeluh.
"Jangan buat apa-apa lagi. Tuanku tidak memberi arahan lagi bukan?"
Gerard menjeling Edwin tanpa perasaan.
"Jadi, biarkan dia nikmati sisa hidup yang ada. Kau boleh tinggalkan sahaja dia di sini."
Mata Gerard terarah pula pada sekumpulan orang ramai.
"Dan jangan ada sesiapa mendekat. Faham?"
Merinding terus penduduk disana dikala mendapat amaran keras daripada orang kanan raja mereka. Masing-masing mengangguk sebelum beredar. Hanya Eryl yang berdiri kaku sebelum menghampiri seseorang.
"Erm. Tumpang tanya?" Eryl menepuk bahu salah seorang penduduk yang baru sahaja mahu beredar.
"Ya?"
"Maaf, saya masih baru berdagang di sini. Tapi apa maksud dia dengan habiskan orang itu?" Soalnya. Terbutang mata lelaki itu. Wajahnya mulai cemas.
"Shh! Tuan tak perlu tahu. Buruk padahnya!"
Eryl tersengih.
"Tak apa. Saya suka."
"Huh?"
"Nasib saya sentiasa bertuah tahu? Hahaha. So, boleh eh?"
"Haa.."
Lelaki itu hanya mampu mengeluh sebelum menceritakan segala-galanya sambil berjalan pergi meninggalkan tempat tadi. Tak mungkin dia akan ceritakan apa yang dia tahu di tempat itu! Sempat Eryl menjeling Edwin sebelum mengikut beredar.
"Lelaki itu dah lama di kerajaan ini. Setiap hari dia diperlakukan seperti tadi. Cumanya, hari ni mungkin hari terakhirnya."
"Maksud tuan?"
"Dia akan dihukum bunuh. Semalam baru sahaja diumumkan."
"Huh? Tapi apa salah dia?" Eryl mengerut dahi.
"Tidak pasti. Tetapi katanya dia terlibat dengan pemberontakan dan pencurian."
Eryl terkejut. Dia tahu mengenai pemberontakkan Edwin yang sebenarnya cuba melepaskan diri dengan bantuan Shawn, namun gagal.
Tetapi pencurian? Dia tidak pula dimaklumkan akan hal itu. Heira terlupa atau rahsiakan sesuatu daripadanya? Atau mungkin, dewi itu juga tidak tahu akan hal ini?
"Apa.. Yang dia curi?"
"Jika tidak silap, barang diraja Tempests. Tapi tiada sesiapa yang tahu apa bendanya. Yang pasti, barang itu kemas disimpan beratus-ratus tahun dahulu. Jika tidak silap, tidak ada padanya kerana diserahkan oleh rakanya yang lain."
"Dan dia tahu di mana. Sayangnya dia tak nak berkongsi dan akhirnya dikurung? Diseksa?" Teka Eryl mendapat anggukan si lelaki.
'Aku dah agak ada sebab lain kenapa Edwin dikurung dan Shawn menghilang. Damn, lagi satu masalah.' bisik hati Eryl.
Eryl berterima kasih kepada lelaki tadi dan terus beredar mendapatkan anak-anaknya.
***
Eryl menceritakan apa yang terjadi kepada Alvarez. Anak lelakinya berdiam diri sebelum menatap ayahnya.
"Jadi rancangan ayahanda?"
Eryl tarik sengih. Matanya menatap sekeliling.
"Arez, bawak Nessa ke tempat yang selamat."
"Huh?"
"Ayahanda nak buat kecoh sikit, lepas tu Arez.." Eryl menghalakan matanya pada Edwin. Faham akan isyarat itu, Alvarez mengangguk.
"Ayahanda jangan dedahkan diri cepat sangat. Cuba buat tanpa tertangkap."
"Baik lah~. Tapi tak janji lah kalau aku 'tertarik' perhatian pemerintah di sini. Heh, aku tak kesah jadi sasaran pihak tertinggi. Baru seronok aku tibai!"
"Ayahanda.."
"Hahaha. Gurau aje lah~"
Alvarez mengeluh sebelum beredar sambil mendukung Nessa. Matanya berubah tajam begitu juga Eryl. Tangan diregangkan sebelum menghampiri bangunan tidak jauh daripada kawasan tersebut.
"Maaf lah, aku bukan baik sangat orangnya." Bisiknya sendiri sebelum meletakkan telapak tanganya pada dinding bangunan itu. Aura gelapnya mula keluar. Yakin tiada sesiapa di dalamnya..
"HUM!"
BAMMMMMM!!!
BOOOOOMMMMM!!!
"Arghhhhhhhh!!"
Orang ramai menjerit apabila salah sebuah bangunan hancur sebelum dijilat dengan api kegelapan! Suasana berubah kecoh dalam sekelip mata! Askar-askar Tempests terkejut sebelum bergegas mengawal situasi!
BOMMMMMMM!!
Gerard yang menjadi ketua yang mengawasi Edwin, turut sama tergamam! Askar yang bertugas menyeksa Edwin menghampiri ketuanya.
"Apa ya-"
ZUPPPPPP!!
BURRRNNNN!!!
"Arghhhhhhh!!"
Eryl tersengih apabila busur api kegelapannya berjaya disasarkan pada lelaki itu.
"Nice kill!"
Tindakkan berterusan dan tiada tanda untuk berhenti! Orang awam bertempiaran takut. Askar Tempests pula semakin banyak! Namun, semakin banyak juga yang mati ditangan Eryl!
Edwin yang tadinya pengsan, tersedar akan keriuhan itu. Perlahan-lahan matanya terangkat. Melihat api kegelapan yang berada dimana-mana, membuatkan dirinya tersenyum.
"Haaih.. Hidup lagi kau rupanya ya? Lambat betul bangun."
"Cepat! Alihkan dia sekarang! Siapa pun yang serang kita, jangan sesekali benarkan dia menghampiri!" Arah Gerard tegas.
Para askar bergegas membawa Edwin pergi. Lelaki itu tidak boleh mati ditangan sesiapa kecuali Tuanku Vans!
"Tch." Gerard berdecit sebelum beredar bersama para askar. Dia harus laporkan hal ini.
***
Sekarang
"Nak pergi mana?" Soal satu suara lalu menghentikan langkah mereka. Rambut hitam kebiruanya, beralun mengikut tiupan angin. Mata yang memancarkan kebosanan, menatap satu persatu wajah disitu.
"Aku malas tahu nak urus benda-benda macam ni? Tapi, orang yang kau bawak tu ada kaitan sikit dengan misi kakak aku. So, bagi dia dekat aku boleh?" Soal si lelaki sebelum menyuap lollipop kedalam mulut. Serta merta dia tersenyum bahagia.
"Uwu. So sweet~. Aku nak manisan lagi.."
"Jadi kau punca kekecohan dan penceroboh kerajaan Tuanku? Tch, tidak boleh dimaafkan!" Gerard berdesis bersama urat jantan yang mulai timbul.
"Hah? Aku kena mintak surat masuk dulu ke? Haaih.. Itu melecehkan."
"Biadab!"
Terus Gerard menyerbu bersama sebilah pedang yang diayun deras!
SWOSHHHH!!
BRAAAMMMMM!!!
Sebuah bangunan terbelah dua akibat libasan tersebut! Debu-debu naik ke udara! Apabila kelibat lelaki itu tidak kelihatan, Gerard mendengus sebelum menyimpan pedangnya.
"Lemah."
"Siapa kau cakap lemah..?"
Mata Gerard terbutang luas apabila badanya seakan disandar oleh seseorang. Lelaki tadi selamba sahaja mengunyah manisan yang lain sebelum berbisik halus dibelakangnya.
"Sebab tak silap aku, kekuatan aku hampir sama dengan ayah aku tahu? Ah, semestinya lagi kuat daripada kau."
"Jahanam kau!"
SLAAHHHH!!
Lelaki itu hilang sekali lagi apabila Gerard melibas dan muncul di hadapannya! Matanya terbutang apabila telapak tangan si lelaki berada di dadanya.
"Pantas. Tapi tak sepantas aku. So bye!"
BAMMMM!!!
"Tuan!!"
Gerard terpelanting jauh akibat letusan kilat biru itu! Langsung dia tidak menjangka! Badanya pula terhempas dan melubangi beberapa buah rumah sebelum terhenti!
"Argh!"
Mulutnya memuntahkan darah beberapa kali. Tubuhnya menggelumpur akibat renjatan tidak diduga. Apabila dia mampu berdiri semula, terus dia memecut kembali di tempat di mana lelaki itu berada.
Sayangnya..
"Oh? Kau memang pantas." lelaki tadi tersenyum malas sambil merehatkan Edwin di bawah sebuah pokok yang rendang. Para tenteranya pula, sudah tewas bagaikan dicincang! Matanya terbutang tak percaya.
Lebih mengejutkannya apabila seorang lelaki berkerundung turut sama ada bersama seorang gadis yang sangat dikenalinya. Lelaki itu menyimpan pedangnya manakala si gadis elok mengenggam hujung kerundungnya.
"Nessa..? Kau.. Hidup?"
"Oh? Dia macam kenal adik kau aje Arez."
"Hah?"
Tiba-tiba, Gerard seakan terancam. Tubuhnya mengigil sendiri apabila terasa seakan ada seseorang menyasarkan nyawanya!
"Kau.."
Lelaki berkerundung atau Alvarez Ryuzaki, berpaling menghadap Gerard. Matanya tajam bagaikan naga. Menusuk sehingga ke tulang hitam! Bloodlust yang datang daripadanya juga lebih kuat daripada biasa!
"Salah seorang yang buat adik aku trauma?"
Dalam keadaan bergetar, tangan Gerard memegang hulu pedang. Entah kenapa, dia bagaikan dapat melihat bayangan yang sukar digambarkan! Sangat berbahaya dan dahsyat!
Satu perkataan terlintas dalam fikiranya.
Kematian.
Itu apa yang dia nampak.
"Senior Azure."
"Aku tahu. Buat apa kau patut buat. Kalau Kau hilang kawalan, aku boleh handle. Tapi kalau boleh, jangan lah. Aku tak berapa rajin nak gerak ni." Ujar Azure malas sebelum merehatkan badanya bersama mata yang tertutup. Mulutnya pula elok mengunyah manisan yang entah bila boleh habis.
Alvarez tersenyum kelat sebelum kembali serius.
"You.." Pedang pemberian Ayrez, Duarte dihalakan pada Gerard. Sebelah matanya ditutupi rambut namun bercahaya merah bagaikan pemangsa. Hilang terus iris berwarna biru kehijauanya.
"..I believe you already prepare for the consequences. "
Dan Alvarez menyerbu garang!
KTANGGGGGGG!!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top