Flame 16 | This can't be real

Langit malam menjadi tatapan. Angin sejuk mengalunkan rambut hitamnya. Wap keluar daripada bibirnya yang sedikit merah dan merekah. Matanya sempat menjeling ke sebelah.

Kosong.

Tiada sesiapa.

Tiada rakan atau keluarganya.

Dia.. Hanya sendiri.

"Haa.. Kenapa lah aku harap sangat masa boleh diputar? " Keluh Eryl sebelum tersenyum tipis.

"Kalau ayahanda depan mata ni, mesti dia kata, 'kau gila nak putar masa? Aku dah mati, jangan nak kacau masa rehat aku!' haaih.." Kepala digeleng bersama tawa kecil.

"That lazy old man, he really enjoy his life till the very end. Aku macam boleh nampak aje dia tidur atas peha bonda."

Eryl duduk dibawah pokok. Unggun api menjadi peneman. Alvarez dan Nessa, sudah lama tertidur. Begitu juga Arielle dan Weston. Masing-masing nyenyak dibuai mimpi, memberi ruang kepada Eryl untuk bersendirian. Mata lelaki itu pula, tidak lepas menatap seraut wajah suci milik Arielle. Comel sahaja gadis itu tidur berlandaskan dada Weston.

"Dah macam Adrea dengan Eldy budak ni." Eryl mendekat. Rambut violet Arielle yang menutupi wajah, di selak lembut. Pipi gadis itu, diusap penuh kasih.

"Aku rindu ibu dan ayah kau.." Bisiknya sebak. Rambut panjang Arielle dibelai sebelum dibawa ke bibir. Mata dipejam rapat. Memori silam menghambat minda.

"Weh El, kau terfikir nak kahwin tak bila besar nanti?" Soal seorang budak lelaki berambut hitam. Mata hijaunya tidak lepas menatap sungai kecil dihadapan. Eldera disebelah, memalingkan kepala menghadapnya.

"Kau tengah mabuk ketum ke tho?"

"Hotak kau. Bukan lah! Mabuk kejadahnya."

"Dah soalan kau pun cam orang mabuk. Tak ada angin ke ribut, tetiba kahwin. Bruh, otak pun still slow cam siput babi."

"Mulut kau ni memang tak reti guna ayat baik-baik eh?"

Eldera sekadar angkat bahu sebelum bercekak pinggang. Kini matanya bertaut dengan si naga kecil.

"Entah. Aku tak fikir sangat fasal perempuan selain mak aku. Kalau aku kahwin, siapa nak jaga dia? Maybe, not. Kau?"

"Dengan kau jadi lah."

". . ."

"I mean, we gonna be a cool couple tho. Hahaha. Dua-dua boleh jaga mak kau hoho."

Terus buntut Eryl disepak Eldera tanpa berfikir dua kali. Berguling jugak lah budak kecik tu.

"Sakit bodoh!"

"Yeah? Opps. Tersepak. Aku nampak nyamuk tadi. Gatal sungguh." Datar sahaja muka Eldera tanpa perasaan.

"Setan."

"Yang tu kau."

"Eyyy.."

Eldera hanya buat tak tahu sebelum duduk di pinggir sungai. Eryl pula mencebik sambil menggosok bahagian yang di sepak. Siot, sakit hawau.

"But serius. Kalau kita kahwin-"

"Kita?"

"M-maksud aku, kita kahwin normal lah! Kau dengan bini kau, aku dengan bini aku. Gurau sikit pun tak leh. Kalau betul pun apa salahnya? Tch." Ayat terakhir sengaja di perlahankan Eryl. Namun, kepalanya tetap dihempuk Eldera.

Skru longgar betul.

"Kalau aku kahwin pun kenapa?" Soal Eldera hairan.

"Hehe. Boleh kita kahwinkan anak-anak kita!"

"Eh, no. "

"Why?!"

"No reason. But no. Nu uh. Never."

"Gee.. Overprotective."

"Better than casanova bastard like you."

"That's hurt."

Tak jadi terus Eryl nak tangkap leleh dengan memori silam itu. Eldera tetap Eldera. Kata-kata lelaki itu tidak pernah berbaur sesuatu yang menyenangkan. Keluhan panjang terlepas daripada bibir. Rambut Arielle pula sudah lama dilepaskan.

Sengihan Eryl semakin melebar apabila teringatkan memorinya bersama seorang gadis berambut violet. Gadis yang mulanya seperti bidadari, hakikatnya seorang gadis yang agak brutal.

Tak. Bukan agak. Tapi memang brutal.

"Eryl!"

"Apa?"

Cup.

. . .

"Ciuman katak!!" Adrea tergelak jahat melihat Eryl yang kaku ditempatnya. Katak ditangan Adrea, yang berjaya mencium pipinya, ditenung lama.

Muka berubah pucat.

Air mata bertakung.

Lalu..

"KAAAATTTTAKKKKKK!BONDAAAAAAAAA!!!"

"PFTT! LOL LOL. HAHA! VIRAL!!!"

Eldera yang memerhati daripada jauh, hanya mampu memicit pelipis.

"Haa.. Personaliti dia memang tak boleh ubah. Cuba lah jadi perempuan sikit? Sebab Eryl makan coklat dia aje, dia buat cam tu. " Keluhnya sebelum pergi mendapatkan Eryl yang sudah memanjat dinding sekolah sambil diusik oleh Adrea.

"Eryl! Eryl! Aku baling katak ni dekat kau eh? Eh? Alaa.. Ni hadiah aku tau? Sebab kau makan coklat aku! Yay!"

"No! No! No! No! Hik!! Hik! I'm sorry! I'm sorry! Elde-Aaaaaaaa!!"

"Wow. Katak melekat. Eh, kena muka? Nice!"

"Oh god, Adrea!"

Eryl ketawa dengan memori hitam itu.

Yeah, Adrea memang brutal walaupun nampak manis.

"No wonder kau agak annoying. You have both of your parents personalities." Bisiknya lembut. Badan direnggang lalu dia bingkas bangun untuk berjalan keluar daripada tempat persembunyian mereka. Api juga telah dipadam. Untuk mengelak musuh mengesan keberadaban mereka.

"Tengok-tengok bandar tak salah rasanya?"

Eryl menyengih. Nafas ditarik dan dihembus. Mata ditutup saat aura gelapnya menyelumbungi. Tidak sampai sesaat, sepasang sayap naga berwarna hitam, muncul dibelakang tubuhnya. Tanduk kecil naik di sisi kepala. Perlahan-lahan mata dibuka. Tangan naik menyentuh sayap naganya. Senyuman kelat diukir.

"Dah lama aku tak guna kau kan?" Bisiknya seraya mengalihkan pandangan. Sayap dilebarkan. Memaparkan kemegahan serta kekuatan dirinya.

"Ayuh!"

Dan, dia pun terbang membelah langit.

***

"To be honest, i don't mind if you guys want to fight or whatever but.."

Seth jelas cuba menahan bengang saat kedua-dua lenganya dipeluk oleh Alice dan Inez. Rimas!

"What the hell is this?!"

"Hehehe. Sebab awak hot lah~." Balas Inez selamba membuatkan Seth menayang wajah tak semengah.

"Kalau aku panas, kau tak patut peluk aku! Get off of me! And Alice, what the heck is wrong with you?"

"Entah. Saje."

"Wha.."

"Oh dear, just tell him you want him too." Ujar Inez dengan senyuman. Alice turut membalas dengan senyuman manis.

"I'm not really want him right now. Aku cuma nak pastikan otak bodoh dia tak kena racun dengan kau."

"Ah, mana mungkin. Kebodohan dia di tahap yang agak sukar untuk saya racun. Hehe."

"Hurmmm. Ya' right. But still, I unsure whatever he with you."

"Hee.. Stingy."

"Boleh tak kau berdua berhenti? And why it's feel like you guys insulting me? It's piss me off." Ujar Seth lalu meretap kedua-dua tanganya. Keluhan panjang terlepas. Inez dan Alice sekadar diam sambil mencerlu tajam pada satu sama lain. Seth guling mata keatas dan meneruskan perjalanan.

"Aku yakin kita dah dekat. Tapi mana mereka?" Soal Seth pada diri sendiri. Tangan naik mengusap dagu. Memikirkan apa-apa sahaja kemungkinan.

"Alice, Inez."

Kini, tumpuan kedua-dua gadis itu terhala pada Seth.

"Aku nak kau berdua cari di kawasan sana." Ibu jari naik menunjuk pada bahagian utara dirinya.

"Dan aku pula ke sana." Jari bertukar arah, pada bahagian barat.

"Kalau kita berpecah, aku rasa lebih senang kerja kita. Okay? Okey, kau berdua setuju. So, bye!"

Terus Seth menghilang sebelum sempat kedua-duanya memberi balasan. Jelas lelaki itu tidak peduli dengan balasan mereka. Sudahnya, kedua-dua gadis itu mengeluh sahaja dan akur dengan arahan sang lelaki.

Apabila sudah pasti dia agak jauh daripada dua gadis itu, Seth melepaskan keluhan panjang. Agak serabut untuk dia berfikir apabila kedua-duanya asyik menempel.

"Bruh, this is why i don't like women sometimes. But still, it's amusing if they're around." Seth tersenyum tipis.

"Hurmm? Ke mana aku patut pergi sekali lagi?" Seth melilau mencari jalan. Kepala digaru.

"Shit. Aku lupa. Ah, abaikan. Redah ajelah." Terus dia berjalan ke hadapan tanpa berfikir dua kali. Hampir setengah jam lelaki itu merayau di dalam hutan tanpa sedar dirinya sudah sesat sehinggalah dia sampai di sebatang sungai.

"Taguna. Alice akan bunuh aku kalau dapat tahu aku sesat. Harap-harap dia pandai lah kebumikan aku." Seth mengomel sendiri. Kadang-kadang dia sendiri rasa otak dia biul.

"Genetik atuk Luke betul. Sengal tak agak.." Ujarnya sambil tersengih.

Tidak sampai sesaat, telinganya menangkap bunyi yang aneh. Terus tanganya diletakkan pada tombak dibelakang. Rentak dalam matanya berubah. Deria pendengaran ditajamkan untuk mencari punca bunyi tersebut.

"Siapa?"

"Tolong.. Hik hik.. Tolong.."

"Huh?" Seth terkedu. Suara ni..

"Tak mungkin.." Terus kakinya berlari menyeberangi sungai yang agak cetek itu. Langsung tidak peduli dengan pakaiannya yang mulai basah.

"Tolong.. Sesiapa tolong.. Aku mohon.."

"Mana kau?!" Suara Seth jelas terdesak. Otaknya mula memikirkan perkara negetif. Dadanya sesak. Kepala dipusing ke seluruh tempat. Gigi diketap bersama tangan yang mengepal penumbuk

BAMMMM!!

Mata Seth membulat. Tubuhnya menggigil. Perlahan-lahan kepala dikalihkan kebelakang. Menghadap 'sesuatu' yang melepasinya tadi.

BUM!

Kepala Seth seakan dihempas batu. Bahunya jatuh bersama gelengan kecil. Matanya terbutang tak percaya.

"This can't be real. You must be joking.."

Setapak demi setapak dia menghampiri tubuh seekor serigala yang tersadai di sebatang pokok. Tubuhnya berdarah teruk. Nafasnya..

"What the hell..?"

Seth melutut di hadapan mayat serigala itu. Mata yang terbuka, ditutup oleh Seth dengan perasaan sebak.

Dia lambat.

Dia lambat. Dia lambat. Dia lambat!

Tempests dah jumpa sarang puak serigala!

"Jahanam.."

Tangan dikepal menjadi buku lima. Mata ungunya bercahaya disebalik rambut yang menutupi.

"Grr.. Grr.."

Seth menjeling kebelakang tanpa riak. Seekor mahluk bertanduk, berbadan seakan tulang manusia bersama mata yang terkeluar, memandang Seth dengan jelik sekali. Tanganya berdarah bersama sebilah parang.

"Kau yang bunuh dia?" Soal Seth sebelum perlahan-lahan bangun daripada melutut. Badan dikalih kebelakang.

"Kau.. Skype kan? The Anti-magis? Kau bunuh dia?" Soal Seth lagi. Lebih mendalam dan lebih membunuh. Tombak dihunus bersama aura gelap.

"Grr..Grr! Graaaa!"

Mahluk hodoh yang dipanggil Skype, mengaum sekuat hati sehingga menggegarkan seluruh tempat. Namun, tidak langsung memberi kesan kepada Seth. Lelaki itu teguh berdiri.

"Habis dah?"

SLASSHHHHHHHHHHH!

"Kau bingit."

Kepala Skype melayang ke udara. Libasan sepantas kilat itu, menarik nyawanya dalam sekelip mata. Seth melibas tombak miliknya untuk menyahkan darah. Matanya bersinar dek simbahan cahaya mentari. Sekumpulan Skype mengelilingi lelaki itu dengan raut wajah yang lapar. Namun, Seth kekal tanpa riak.

Rraggggggrrr!

"Jangan menjerit sial.." Tombak dilibas. Sebelah matanya ditutupi rambut. Suhu sekeliling menjadi rendah dalam sekelip mata!

"Gegendang telinga aku macam nak pecah "

SLASSHHHHHHHHHHH!

"Haa.. Kau semua menjengkelkan."

Tangan Seth naik menyisir rambut. Hujung rambutnya berubah hitam. Kukunya memanjang dan dalam sekelip mata, bajunya bertukar menjadi yukata dan haori.

"Kitsu." Seth memanggil garau.

"Yes.." bayangan seekor musang berekor sembilan, muncul dibelakang Seth. Mata ungu Seth, perlahan-lahan berubah sama seperti mata si musang.

".. My lord"

Graaaaa!!

Skype meraung sebelum menyerang secara berkumpulan! Namun, saat mereka mahu menyentuh Seth, tubuh meteka terbelah dua akibat libasan ekor Kitsu!

SLASSHHHHHHHHHHH!

Seth hanya senyap lalu mengangkat tanganya separa bahu. Darah yang tersembur daripada badan Skype, membeku dalam sekelip mata!

"Bloody Ice.."

Tangan Seth, menjulang keatas!

"DEATH BLOW!!"

ZRAAPPPPPPPPP!!!!

GRAAAAA!!!

Ais berdarah naik bagaikan duri daripada dalam tanah! Tubuh Skype yang tekena duri itu, mati sebelum membeku menjadi ais berdarah! Hutan hijau yang sebelum ini cantik, berubah menjadi hutan ais berdarah!

Wap merah keluar daripada mulut Seth. Matanya bercahaya begitu juga ais yang berada di sekitarnya. Skype yang merasai aura berbahaya itu, menjerit sekuat mungkin sebelum kembali menyerang membuta tuli!

"Heh, mahluk bodoh." Ujar musang syaitan dibelakang Seth.

"Kitsu."

"Yeah?"

"Hapuskan mereka.." Seth mengangkat tanganya lagi. Matanya bercahaya dengan lebih terang! Ais merah meretak sebelum mencair bagaikan darah pekat! Darah itu mengelilingi mereka bagaikan ribut!

"..Dan pastikan mereka bayar semua dosa mereka."

"Heh, yes my lord!!"

SPLASHHHHHHHHHHH!!!

ZRAAAAZZZSSSSS!!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top