Flame 14 | Bloodlust
"Seth. Kau ada jumpa apa-apa tak?"
"Tak. Kalau kau tanya pokok dengan batu, banyak lah aku jumpa. Eh, katak pun ada tau?"
TUK!
"Kalau tu, aku pun nampak gila! Eyy, maksud aku gua tu. Tak akan kau tak dapat kesan apa-apa?" Rengus Alice dengan sikap loyar buruk Seth. Mana tak gaduh hari-hari? Jawab pun macam mintak penyepak.
"Geez, itu pun nak marah. Datang period lah tu." Rengus Seth lalu kepala digosok. Sakit hawau.
"Hah?!"
Seth tekup mulut dengan gaya gedik. Mata pula terkelip-kelip pandang Alice yang dah merah satu muka.
"Sorry! Aku lupa kau bukan perempuan nak datang period! Oh gosh, cam mana aku lupa kau ni species aku?!"
"SETH RYUZAKI!"
Terkekek-kekek Seth mengelak batu-batu yang melayang padanya. Riak geram Alice ditatap bersahaja.
"Gosh! I hate you!" Jerit Alice bersama kaki yang dihentak. Seth sekadar angkat bahu. Bibir mengukir senyuman mengejek.
"Eleh, hate konon. Aku tahu kau sayang aku."
Kening diangkat dua kali. Sebelah tangan di bawa kedada.
"How sweet. Senyap-senyap ya? Hahaha."
Tiada balasan.
"Alice?"
Hairan. Kenapa pula Alice senyap? Perlahan-lahan mata naik memandang gadis itu. Terus dahinya berkerut.
"Ka-kau.." Tergagap-gagap Alice mahu menutur kata. Darah merah menyerbu pada wajahnya. Hangat!
"Hey. Merah betul muka kau? Macam dema- Nanti dulu, kau demam?!" Kelang kabut Seth menghampiri si gadis. Tangan naik menekup dahi. Aik? Tak panas pun?
"Alice kau-"
"A-aku a-apa?!" Terus Alice menolak tubuh Seth menjauhinya. Wajah serius Seth ditatap dengan perasaan berdebar. Apabila telapak tangan Seth menyentuh pipi, bahunya terangkat sendiri.
"Se-Seth?"
Wajah bertambah merah. Lebih-lebih lagi Seth mendekatkan wajahnya. Mata dipejam erat sehinggalah..
"Kau makin gemuk eh? Pipi tembam semacam."
" Eh?" What the..
Seth mengusap dagu sendiri seraya menjauhi Alice.
"Patut lah bila aku angkat kau, tangan aku sakit sikit. Kau dah terlebih muatan ni."
". . . "
Bahu Alice ditepuk bersama wajah tak bersalah.
"Tadi muka kau merah, letih eh? Alaa.. Kuat lah sikit. Kasi bakar lemak-lemak yang kau dah ternak tu. Haha."
" . . . "
"Badan kau memang kecik. Tapi berat kau lain macam sia. Ni mesti dah kedepan en perut tu? Eyy, gemuk cam badak lah lepas ni."
DUSHHH!
"ARGHHHH!!"
Selamba Alice mengusap-ngusap penumbuknya yang sudah selamat menjamah pipi Seth. Urat bengang timbul di seluruh wajahnya. Nafasnya juga mengeluarkan wap bersama mata yang bercahaya garang. Ludah dibuang ke sisi.
"Tch. Kau jantan jahanam tahap setan. Mulut memang tak ada break eh? Patut senang dapat harem. Tapi sayangnya, semua nak bunuh kau."
"What the hell Alice?! Aku cakap benda betul kut!"
"Tapi itu pantang larang perempuan lah hanat! Eyy, matilah dikau!"
Bergema seluruh hutan dengan pertelingkahan kedua-duanya. Berguling-guling mereka di atas tanah sambil tangan diayun penumbuk. Kadang kala, kaki juga naik menendang. Tak kira lelaki perempuan dah. Bergusti habis!
***
"Huff.. Huff.. Kau.. Kau memang tak bertamadun Seth."
"Huff.. Kau.. Huff.. Kau pun sama. Ahh.. Sakit sia bahu aku."
Alice mengguling biji mata keatas. Menyampah. Kini dia dan Seth, masing-masing terbaring diatas tanah. Letih. Dekat setengah jam jugak lah gaduhnya.
"Dah bangun." Tangan Seth hulurkan pada Alice. Gadis berambut merah hanya mengambil tanpa banyak bunyi. Sekejap sahaja dia sudah berdiri dua kaki apabila tubuhnya ditarik Seth.
"Ah. Panas lah." Pantas tangan Seth membuka baju. Langsung tidak sedar Alice yang dah tenung setiap lekuk tubuhnya. Termasuklah tatu-tatu cantik yang terhias.
"Indahnya ciptaan tuhan yang satu ni.."
Laju kepala Seth terhala pada Alice yang kusyuk merenung tubuhnya. Tak sedar dirinya sudah ditangkap mengusya. Lelaki itu pula sudah kerut dahi.
"Sejak bila kau suka tengok body aku ni? Kata dulu tak elok lah, hodoh lah, itu lah, ini lah. Sekarang indah? Weh, otak kau ada ke tak dalam kepala tu?"
Terus Alice berdehem. Kuat sangat ke dia cakap tadi? Ke obvious sangat dia tenung. Aish! Alice, apa masalah kau ni? Wajah dipaling ke arah lain. Malu!
"Diam lah."
"Geez, perempuan kalau period memang cam ni ke apa? Kejap okey, kejap tak. Mahluk pelik." Bebel Seth. Alice buat tak layan sahaja dan kembali dengan tujuan asal mereka.
"Hey Seth, kau-"
ZUPPPP!!
Tubuh Alice melayang apabila ditolak Seth untuk mengelak sebilah tombak! Matanya terbelalak tak percaya! Kalau bukan sebab tindakkan pantas Seth, sudah pasti kepalanya menjadi mangsa!
"Tch. Jahanam, keluar kau!"
Seth meneking lantang dek bengang. Kalau lah dia tak sedar tadi, pasti teruk kecederaan Alice. Setiap kali memikirkanya, darahnya mendidih. Kini tubuh gadis itu sudah selamat berada dibelakangnya. Matanya melilau pada sekeliling sehinggalah..
"SETH!"
BUMMM!
Mata Alice terbutang. Mulut pula melompong tak percaya. Apa yang..?
"Seth! Awak memang Seth! Hey! Kenapa tak kasi tahu awak nak datang?!"
Seth kini, sudah selamat terbaring diatas tanah dan dihempap seorang gadis berambut hijau. Tangan gadis itu pula elok melingkar pada lehernya tanpa segan silu.
"Warhh! Rindunya saya dekat awak! Muah!"
Selamba sahaja gadis itu mencium pipi Seth membuatkan lelaki itu terkedu.
"Eh? EHH?!"
Alice juga hilang kata-kata dan urat bengang timbul di dahinya. Gigi diketap geram dan tangan mengepal penumbuk.
"Who.. Who the hell are you?!"
***
"Ayahanda elak!"
Teriakkan Alvarez menyentakkan Eryl. Dia yang bergelut dengan askar berzirah, terus membongkokkan badan ke depan. Kaki naik melayang sebaik sahaja pedang yang mahu mencantas dia tersasar!
DUSHHH!
"Berdebah! Apa ni serang curi?!"
BURNNNNNNN!
Api yang marak, membakar dalam skala yang besar! Mereka yang mendekati Eryl, mati dalam keadaan rentung! Gigi diketap geram. Tangan dilibas-libas lalu pedang daripada api kegelapannya diseru.
"Hiarghhhhh!"
Pedang dilibas sekuat hati bersama lautan api yang mengila! Askar berzirah dalam saiz gergasi tumbang salam sekelip mata! Mata merah Eryl bercahaya garang begitu juga apinya!
"Lindungi Nessa, Arez!" Laungnya kuat lalu pedangnya di renjam pada belakang Alvarez yang tidak sedar akan kehadiran musuh dibelakang! Mata anaknya membulat lalu tubuh Nessa di tarik menjauhi askar tadi.
"Tak guna. Macam mana mereka boleh jumpa kita?"
Alvarez yakin mereka dan menyorok sehabis baik. Namun, apabila mereka baru sahaja mahu bergerak, para askar berzirah daripada Tempests, menyerang! Bukan seperti di Kerajaan Nigh, jumlah serta saiz mereka berlipat ganda!
"Abang.." Nessa memanggil takut. Telinga serigalanya layu dan matanya tidak tentu arah. Tubuhnya juga menggigil. Mata emasnya menatap Alvarez yang berkerut dahi memikirkan idea.
"Nessa." Tangan Alvarez menarik tubuh adiknya disebalik pokok berhampiran. Telapak tangan menutup mata adiknya. Perlahan-lahan kepala didekatkan lalu kucupan lembut hinggap didahinya.
"Duduk sini. Jangan pergi mana-mana. Abang dah letakkan sihir pelindung. Abang.. Janji akan ambil Nessa semula." Bisik Alvarez lembut.
Perlahan-lahan tanganya dikalih daripada menyentuh Nessa. Tubuh adiknya yang hampir tumbang, ditangkap kemas. Gadis itu tidak sedarkan diri atau lebih tepat, dia yang buat gadis itu tertidur semula. Keluhan berat dilepaskan. Lembut dia menyandarkan tubuh gadis itu pada pokok tersebut.
"Maaf, abang tak nak Nessa tengok cara abang berlawan." Bisiknya. Tangan memegang hulu pedang. Iris hijau sedikit kebiruannya bercahaya. Anak mata yang bulat, perlahan-lahan menjadi tajam seakan helang.
"Bilah hantu.."
"Harghhhh!"
".. Pancungan maut!"
SLAAHHHHHHHH!
Ktak!
Puluhan kepala melayang diudara saat mereka cuba menyerang hendap Alvarez dan Nessa. Alvarez sudah berdiri namun tanganya kekal pada hulu pedang. Seakan langsung tidak dilibas! Namun, kesan terbakar berada di sekelilingnya!
"Kau tahu.." Alvarez mengangkat kepala. Senyuman sinis terbias. Characternya berubah rentak. Musuh yang menyorok, semua keluar dengan riak tak percaya. Bahkan, rasa gerun menusuk masuk kedalam jiwa.
"Ada sebab kenapa guru aku menakutkan."
Kepala Alvarez senget sedikit. Mata kananya ditutupi rambut. Manakala mata kiri bercahaya terang berderang.
"Sebab dia hantu." Hulu pedang digenggam kemas.
"Jadi.." Kaki melangkah setapak.
"Mari aku tunjuk cara hantu berlawan."
KKKKLASHHHHHH!
Eryl mendarat sempurna diatas tanah. Mulutnya mengeluarkan wap. Peluh yang menitik langsung tidak dipeduli. Kini dia elok dikelilingi tiga gergasi bertanduk. Sengihan diukir.
"Bagus. Boleh cuba kuasa aku."
Aura ditingkatkan. Kawasan sekelilingnya mulai beku. Bahagian pipi kanannya dijamah ais yang merekah. Tangan kirinya terbakar dengan api kegelapan. Kaki diangkat tinggi lalu..
BAMMMMMMM!
"AYUH BERTARUNG!"
ZAMMMMMMMM!!!
"ARGHHHH!"
Ais kegelapan naik menjulang bagaikan duri! Para gergasi terhuyung hayang mengelak tanpa menyedari Eryl yang berlari di ataa tubuh! Pedang api miliknya diseru lalu dibenamkan kedalam isi salah seorang gergasi!
"Harggghhhhh!!!"
Pedang ditarik bersama teriakkan! Darah keluar membuak-buak bagaikan air terjun! Mangsanya melaung kesakitan dan tangan melibas-libas dibadan untuk menyahkan Eryl! Namun lelaki itu mengelak kemas sebelum menetak lagi pedangnya!
SRASHHHHHH!
SRASHHHHHH!
SRASHHHHHH!
"Arghhhhh!"
Eryl melompat pada mangsanya yang lain disaat tubuh si gergasi mulai tumbang! Pedang apinya bercahaya terang lalu membakar dengan garang sekali!
"Dark flame, Hell judgment!"
BURNNNN!!!
"Arghhhh!"
Gergasi yang sedikit pendek daripada dua yang lain, meraung sekuat hati! Badanya berasap dengan dahsyat sekali! Api membakar tanpa ada tanda mahu berhenti! Mata terbeliak dan perlahan-lahan berubah putih!
Eryl tersengih lalu melompat turun apabila tubuh si gergasi tumbang! Musuh-musuh yang menunggunya pula, mati begitu sahaja akibat ais berduri yang naik saat dia mendarat.
"Jahanam!"
BAMMMMM!
Hentakkan kaki sang gergasi yang memegang parang, dielak mudah. Eryl menarik senyum. Lidah dijelir bersama jari tengah yang diangkat.
"Ha! Badan aje besar tapi otak sekecik kuman! Tangkap lah kalau boleh! Blekkk! Hahaha!"
"Kau.. Garhhhh!!"
BAM!
BAM!
BAM!
Elak, elak dan Elak. Seronok sahaja Eryl melayan si gergasi yang tidak puas hati dengannya.
"Mari lah sini! Dasar gergasi lembab!"
"Sial! Jahanam! Jahanam!"
Eryl berlari sehingga hilang daripada pandangan si gergasi yang mula menggila! Kakinya dihentak dan di melibas semua pokok yang menghalang penglihatanya! Rakan seperjuangan yang dipijak, lansung tidak dipeduli!
"Hoi sini lah! Kau pergi mana!" Laung Eryl dibahagian utara. Gergasi itu pantas berlari! Mahluk-mahluk kecil dibawahnya mati begitu sahaja!
"Mana kau?!"
"Lah, aku kat sini!" Kali Ni dibahagian selatan! Seperti tadi, gergasi itu termakan umpan!
"Duhh.. Kau ni. Dah lah lembab. Bodoh pulak tu. Kejap, bukan sama aje ke? Ah lupakan." Panggil Eryl lagi dan kali ni di bahagian timur. Wajah si gergasi semakin merah dek marah. Kakinya laju melangkah sambil tangan naik melibas!
"Sial! Keluar kau!"
"Hurm?"
Mata si gergasi terpaku pada Alvarez yang berdiri diatas sebuah longgokkan mayat. Matanya dingin tanpa cahaya. Darah tercalit dimana-mana. Saat itu, rasa gerun menyelinap masuk. Bayangan seakan tengkorak memegang sabit, jelas terpacar dibelakang Alvarez.
"Kau.. "
"Haa. Dah jumpa ya?" Ujar Eryl yang kini selamba berpeluk tubuh di belakang Alvarez. Badanya disandar pada pokok disebelah Nessa.
"Nak aku.. Kalah kan dia dulu. Itu pun kalau berani lah." Provoke Eryl dengan sengihan. Gergasi itu berang. Parang dilibas sekuat hati sehinggakan angin berderu!
"Mati lah kau!!"
"Tch. Bingit."
SLASHHHHH!!
Mata terbutang. Darah tersembur. Perlahan-lahan kepala si gergasi memandang tangan kanan yang memegang parang..
Hilang. Tanganya hilang!
"Arghhhhh!"
Dia melaung kesakitan yang tidak terhingga. Alvarez yang berada dibawahnya bersama sarung pedang berdarah, dipadang dengan dendam! Tangan yang masih ada, dilibas kuat!
"Bilah hantu.." Pedang keluar daripada sarung. Bilah hitam dengan ukiran menakutkan, bersinar.
"Hiarghhhhh!!"
".. Putaran kematian."
SLASHHHHH!
SLASHHHHH!
SLASHHHHH!
"GRAHHHHHHHHH!"
Eryl menutup matanya dengan adengan dihadapan. Darah tersembur di merata tempat. Baur hanyir darah menusuk hidung.
Alvarez.. Dia berputar bagaikan gasing bersama pedang yang menyiat seluruh tubuh sang gergasi! Kepantasan serta kelajuanya tidak dapat di ikut dengan mata kasar! Tubuh sang gergasi kini dihiasi darah! Dagingnya juga terkeluar setiap kali libasan mengena! Jari kemari, semua terputus! Baik kaki dan tangan!
"H-henti-"
BRAMMMMMMM!
Kepalanya melayang diudara, berputar-putar sebelum menyembah tanah. Darah menuruni bagaikan hujan! Tubuh gergasi itu tumbang dalam sekelip mata. Alvarez pula mendarat sempurna diatas tubuh tersebut. Darah pada bilah pedanganya, dinyahkan sebelum disarung.
Eryl kembali membuka mata. Menatap belakang tubuh Alvarez yang kini kaku. Tangan pula, tergetar-getar diatas hulu pedangnya. Jelas anaknya cuba mencari nafas.
Kata-kata Ayrez menerjah.
"Alvarez tu.. Selain daripada kuasa yang tidak jelas, dia ada kelebihan yang agak besar." Ujar lelaki itu ketika dia berlatih bersendirian di lapangan.
"Maksud kau?"
"Dia cepat belajar, itu aku tak nafikan. Tapi kalau terlebih belajar pun tak boleh jugak." Keluh Ayrez. Dahi Eryl berkerut.
"Apa kau ni? Cuba straight to the point."
"Dia ada bloodlust yang bahaya dalam seni berpedang Eryl. Aku nampak tu. Dalam naif dan polosnya dia, anak kau ada keinginan membunuh yang agak luar biasa."
Eryl terkedu.
"Dulu, aku pernah hantar dia ke Angkasia untuk bantu puak Mermaid di lautan sana. Mereka hampir kalah Ryl. Jadi kita kena bawa mereka ke tempat yang selamat. Kau bayangkan, tiga battalion Tempests lawan satu battalion tentera kita. Kau rasa siapa yang akan menang?"
"Of course Tempests. Diorang lagi banyak."
"Heh, lawaknya kita yang menang."
"What?!"
Eryl terjerit tak percaya. Mana mungkin..
"Alvarez, dia yang uruskan dua lagi battalion Tempests. Sendirian. Dan dia hampir bunuh tentera kita kalau bukan aku yang turun sana." Jelas Ayrez lagi.
"Eryl, sekali Alvarez hunus pedang dia. Dia jadi lain. Sebab tu aku bagi dia Duarte. Salah satu pedang pelindung yang aku tempa di dunia lain. Jadi kalau Arez lost control, kita boleh tahu sebab ukirannya akan bercahaya mengikut tahap bloodlust Arez. Kalau semakin gelap, maknanya Arez perlu dihentikan."
Bahu Eryl ditepuk.
"Ini anggapan aku, tapi mungkin darah kau.. Sebagai Kurayami.. Ada dengan dia. Sebab tu.. Dia jadi macam tu. Tapi kau jangan risau. Aku akan tetap latih dia sampai dia boleh kawal keinginan tu."
Keluhan panjang terlepas. Perbualannya dengan Ayrez, betul-betul buat dia terkedu sendiri. Macam mana Alvarez ada sisa diri dia yang gila dahulu? Seekor naga pemusnah yang hanya dahagakan darah?
"Haihh.. Kenapa lah kau jadi jahat sangat Kurayami? Kan anak pun dah nak terikut." Kepala digeleng.
"Lupakan. Sekarang aku Eryl. Aku tak akan biar Arez jadi macam aku. Lagi pun, itu dah jadi sejarah lama." Bisiknya lalu berjalan menghampiri Alvarez yang sudah turun daripada tubuh gergasi itu. Belakang tubuh anaknya ditepuk.
"Arez okey?"
"Okey aje. Rasanya..?" Sengih Alvarez seraya menggosok belakang leher.
"Tak guna. Macam mana aku boleh rasa seronok pulak tadi? Guru dah nasihat, hambat persaan tu jauh-jauh. Haiih.." Bisiknya namun dapat ditangkap Eryl.
"Kau suka membunuh?"
"Hah?"
Tercegang. Mata terkelip-kelip menatap wajah serius ayahnya. Perlahan-lahan kepala menunduk. Tangan tidak henti mengusap belakang leher.
"Tak. Mana mungkin.. Arez suka membunuh. Itu tak baik. Nyawa bukan mainan." Balasnya perlahan. Bibir bawah digigit . Ayahnya hanya tersenyum nipis sebelum mengusap kepalanya.
"Aku anggap tak dengar apa-apa."
Perlahan-lahan Alvarez mengangkat kepala. Wajah kelat ayahnya ditatap dengan rasa serba salah.
"Mesti guru dah cerita dekat ayahanda kan?"
"Fasal bloodlust kau? Yep." Eryl ketawa kecil.
"Tapi kau jangan risau. Biasalah dalam era perang ni. Semua membunuh untuk hidup. Setakat ada bloodlust yang abnormal tu, apalah sangat kan?"
Wajah terkedu Alvarez menjadi santapan mata. Tangan mencuit hidung si anak.
"Kau kan anak aku? Tak akan lah aku nak sisihkan kau hanya sebab tu. Kalau orang suruh tinggalkan kau pun, aku tak akan buat. Silap-silap, dia yang mati dengan aku. Aku sayang anak aku okey? Hahaha." Pandangan dikalihkan pada Nessa. Senyumannya melebar sendiri.
"Bagi aku, anak sesuatu yang tak boleh diganti. Mereka anugerah tuhan yang patut dilindungi dan di sayangi lebih daripada diri sendiri. Duit? Emas? Tak mungkin dan tak akan sama."
Eryl kembali menghadap Alvarez.
"Maaf kalau kedengaran seperti melebih. Tapi.. Itulah yang aku percaya. It just.. I love my children so much. Aku sanggup mati demi anak-anak aku." Luah Eryl tanpa segan silu.
"Mungkin.. Ini apa yang datuk kau rasa dulu masa dia masih hidup. Okay lah. Kau kejut Nessa. Kang datang.."
"Hik..Hik.."
Eryl terdiam. Wajah blur terpapar apabila melihat Alvarez yang sudah menangis. Terhinjut-hinjut bahunya membuatkan Eryl ketawa kecil. Lahaii, tisu betul hati.
"Meh lah sini aku peluk. Adoii, budak ni."
Terus Alvarez menerpa bersama pelukkan ketat. Sesak terus Eryl nak bernafas. O-oksigen!
"A-Arez! U-udara!"
"Hmm.."
"Haa.."
Eryl menghela nafas panjang saat pelukkan dileraikan. Gelak kecil terlepas jua. Tangannya naik mengelus rambut merah Alvarez.
"Alaa , cengengnya anak ayah. Hahaha."
"Hmm."
"Dah-dah. Pergi kejutkan Nessa."
"Hmm."
"Hee.. Sayang dia ya? Hahaha."
"Sayang ayahanda jugak. Hik.."
Eryl menolak tubuh Alvarez pada Nessa. Kepala digeleng. Macam-macam!
Tkss..
"Siapa?!"
Eryl membuka kekuda dan Alvarez terus berada dalam keadaan sedia. What the hell? Ada lagi ke?!
"Ha! Jumpa!"
"Wha-"
"PUTERA MIMPI!"
Tak sempat Eryl mahu menghalang, bayangan seorang gadis terus melepasinya! Matanya membulat tak percaya! Terlalu laju! Badan dipaling kebelakang secepat mungkin untuk menghalang bayang tersebut pergi pada Alvarez. Namun..
Mulutnya melompong. Mata terbelalak seakan mahu keluar daripada soket.
"Oi Ariel! Kau kenapa lari-Garhhhhh!!"
Seperti Eryl, Weston turut sama tergamam. Bahkan, jeritannya juga bergema kuat. Ma-mata aku!
Alvarez dan Arielle, elok jatuh diatas tanah dengan keadaan Arielle diatas si lelaki. Bibir mereka saling bertaut. Tangan Arielle elok melekap pada dada bidang Alvarez yang jelas terkedu.
"Hurmm? Hehe. Nampaknya awak memang real." Arielle perlahan-lahan bangkit. Senyuman nakal terukir. Kening diangkat-angkat.
"Nice kiss my dear Putera mimpi." Tangan mengusap pipi Alvarez yang merah seakan tomato.
"A-a-a-a-apa?!"
"Aww.. So cute. Nak lagi?"
"Hik!"
Terus tubuh Arielle ditolak lalu kakinya berdesup berlari kebelakang Eryl. Tubuhnya mengeletar. Mulut menekup mulut dan..
"A-Ayahanda."
"H-huh?"
"Hidung Arez darah."
"HAH?!"
Maka dengan ini, saya akan HIATUS sampai lah exam habis. No more update.😂 Baru nk feel Ariel dgn Arez en?
Terima kasih kerana menyokong dan membaca karya saya yg tak seberapa. Serius2. Dari EK sampai ENBS, seronok saya menulis.🌝
Jangn risau, saya akan tetap complete kan story ni sampai akhir. Cuma kena tangguh aje. Hahah. Tahun depn buat comeback balik. 🤣 Tapi ada ke yg baca siaa? Hahahaha.
Nah sedikit art for character!
M-my baby Arez. Try lukis chibi, tak jadi. Hahaha.
Seth blur- Baru bangun tidur.
Arhh, yg ni tak habis lukis act. No edit, lakaran semata.Part ni sebrnya seblum diorng ke Angkasia. Arez lawat kubur Shiro and Emy. Sisa2 soul diorang, watch him with gentle smile. Yeay, younger version. Huhu🥺
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top