Flame 12 | Ugly
Matanya tertutup. Namun kakinya melangkah di atas 'lautan berdarah'. Susuk-susuk tubuh tidak bernyawa bergelimpangan di mana-mana. Tangisan, rayuan dan rintihan menjadi peneman.
Dia tak peduli.
Dia tiada simpati.
Dia.. Tak rasa apa-apa.
"Tuanku."
Kakinya terpasung pada tanah dek panggilan itu. Perlahan-lahan dia mamalingkan badan ke belakang. Seorang lelaki berambut hitam panjang, melutut di hadapanya bersama seseorang dalam cengkaman. Dia hanya memerhati dengan riak kosong.
"Lelaki ini tahu mengenai pemberontak yang buat kacau di kota Grendel seminggu lalu." Ujar Lord August dengan keadaan melutut sebelah kaki. Tanganya pula memegang kepala seseorang sehingga bersujud di atas tanah.
Dia hanya memerhati tanpa sebarang balasan. Lelaki yang menyembah tanah itu, mencerlu matanya pada dia yang berdiri.
"Tuanku?" Lord August memanggil.
"Uruskan dia." Tegas dan jitu.
"Aku ikut, aku taat tuanku."
Terus dia beredar bersama lelaki tadi. Namun tidak sebelum lelaki itu menghentak kepalanya pada Lord August sehingga cengkaman terlepas. Dengan kudrat yang masih tersisa, dia meluru pada lelaki berambut emas bersama pisau yang tersorok dibawah lengan bajunya.
"MATI KAU!!!"
SLASSHHHHHHHHHHH!!
Sekelip mata, darah terpalit pada wajahnya. Kepala lelaki itu melayang ke udara sebelum jatuh serentak dengan tubuhnya. Lord August tergamam dengan situasi itu. Seekor mahluk api berzirah, memegang tobak berdarah lalu melibas tombaknya untuk menyahkan darah. Dalam sekelip mata, mahluk itu hilang daripada pandangan.
Lelaki berambut emas berpaling untuk beredar. Dia meninggalkan Lord August tanpa sepatah kata.
"Lord August."
Lord August tersentak seketika. Dia berpaling kebelakang menghadap seorang askar berzirah dari puaknya, Tempests.
"Ya?"
"Apa yang kami hendak lakukan disini? Tuanku Eldera.." Matanya terus menatap sekeliling. Liur diteguk.
"Dia yang uruskan semua ni?" Soal Lord August tanpa rasa terkejut.
Askar tadi mengangguk.
"Ya. Tadi dia arahkan kami datang ke sini tanpa sebab. Selepas itu.. "
Askar tadi seakan teragak-agak mahu menyambung. Takut dan gerun menyelembungi. Kota yang didiami oleh pembuat senjata untuk puak Tempests, hancur dalam sekelip mata. Para penduduk semua dibunuh tanpa belas dan bangunan yang megah, berkecai menjadi debu. Khabar angin katakan, kota itu cuba membina empayar untuk menentang Tempests. Namun dihidu mudah oleh sang pemerintah.
Jadi..
Dia sendiri hancurkan mereka.
"Ini maknanya.." Lord August tersengih. Matanya terhala pada laluan yang digunakan Eldera.
"Dia bagi amaran. Jangan sesekali cuba mengkhianati atau terima bencana daripada dia sendiri."
Saat itu, Eldera hanya berjalan seakan berada dalam dunianya. Mata yang asalnya hijau, kini berwarna emas. Namun, matanya tidak secantik mata yang asal. Keserian keduanya juga berbeza. Matanya kini penuh dengan kekosongan serta kegelapan. Seakan mata orang yang sudah mati.
Ah, dia memang sudah mati.
Mati mengikut ibunya.
Kepala digeleng. Menyahkan memori pahitnya. Namun, kelibat seseorang menyapa kornea mata. Nafas dihela berat.
"Apa kau nak Ael? Aku tak ada mood nak layan kau." Ujarnya seraya mengatur langkah. Lelaki bertanduk, berambut emas pudar mengikutnya daripada belakang dengan senyuman yang tidak lekang.
"Saje lah nak jalan-jalan dengan kau. Bukan orang boleh nampak aku pun. Lagi pun, kau selalu tak kasi aku ambil alih badan kau. Bila perang aje kita tukar tempat." Cebiknya seakan berjauh hati sebelum tawanya kedengaran. Tawa mengejek.
Eldera hanya diam tanpa membalas. Aeldera Tempests, entah macam mana soul dia masih ada dalam dirinya. Malahan, mereka bersatu. Seakan dalam tubuhnya kini memiliki dua identiti. Namun, dia lebih mendominasi. Aeldera hanya akan muncul apabila dia perlu 'membunuh'. Seperti di kota tadi, itu semua angkara Aeldera.
"Berambus." Halaunya. Aeldera sekadar angkat bahu dan hilang bagaikan kaca pecah.
Tiba-tiba, Eldera menangkap bunyi desiran air. Kaki melangkah menghampiri. Sebatang sungai menjadi tatapan. Pemerintah Tempests itu melutut lalu pantulan wajah muncul diatas permukaan air.
"Hodohnya kau sekarang.." ujarnya lalu tangan menyentuh permukaan air.
"Kau dah tak berpatah balik. Kau tak boleh bahagia lagi. Kau.." Darah yang tercalit diwajahnya tadi, menitis. Dia hanya senyap memerhati wajahnya dipermukaan air itu bertukar merah seketika sebelum kembali jernih.
"Syaitan jahanam."
Dalam masa yang sama, Eryl terjaga daripada lena. Dia bangkit perlahan-lahan lalu memandang sekeliling. Kini, dia serta dua anaknya elok bermalam di sebuah hutan. Segaris senyuman terlakar di bibir apabila melihat Alvarez memeluk Nessa dan lengannya menjadi bantal untuk si adik.
Eryl bankit lalu membetulkan sedikit selimut yang menyelimuti keduanya. Sempat tangannya mengusap kedua-dua kepala mereka sebelum beredar.
Apabila sampai di kawasan lapang, baju dibuka dan meninggalkan dia dengan seluar sahaja. Nafas ditarik dan di hela.
Latihan malam.
Kekuda dibuka. Tangan digenggam menjadi buku lima. Mata kiri yang masih berfungsi ditutup. Lalu..
Swushhh!
Swushhh!
Tangan naik menumbuk angin bersama api yang mengelilingi! Fokus ditajamkan supaya apinya tidak menggila atau hilang kawalan. Aura juga dibiarkan lepas supaya dapat membiasakan badanya dengan penggunaan aura untuk jangka masa yang lama.
Swushhh!
"Hump!"
Api keluar setiap kali tumbukan dilayangkan! Setiap satu tumbukan yang dilepaskan akan disusuli angin menyembabkan pokok disekeliling bergoyang. Tanah pula merekah kecil kerana aura Eryl yang menekan.
Swoshhhh!
Gaya di tukar lagi. Kali ni, tangan disilang ke belakang badan. Kaki pula naik ke atas dan menyepak. Kadang kala perlahan-lahan, kadang kala laju. Semuanya di lakukan tanpa henti untuk beberapa jam. Peluh yang menghujani tidak dipeduli.
Dia melakukan latihan itu sehinggalah letih menyapa. Entah berapa jam, dia tidak mengira. Eryl bagai di dalam dunianya sendiri.
"Harghh!!"
BAMMMMM!
Tanah merekah dahsyat sehingga naik seakan bongkah! Eryl terkedu sediri sebelum tersengih. Kaki yang menghentak tanah tadi, direnung tajam.
"Sabar kaki ku. Sabar. Belum masa lagi nak ganas-ganas ya? Nakal dia ni."
Eryl gelak sendiri. Dia berehat seketika setelah beberapa jam berlatih. Lima minit. Itu sudah cukup untuk dia berehat. Nanti dia perlu memburu mencari makanan. Malas nak guna stock yang dibawa. Kemudian, dia kembali dalam postur yang sama. Cumanya..
"Aku tak boleh biar api aje jadi kuasa utama aku. Mungkin aku patut kuatkan kuasa yang lain? Ais kegelapan tak ada masalah sangat rasanya. Cuba lah.."
Nafas ditarik lalu di hela. Namun, tak sampai sesaat, bunyi nada dering kedengaran. Eryl berdecit geram. Kacau! Terus dia berlari anak pada gejetnya dan menjawab bersama dengusan.
"Apa ni call? Kacau lah. Tak reti tengok masa ke? Dah malam kut." Rungutnya tanpa melihat nama pemanggil.
"Apa abang kata?"
"Hik!"
Tut tut tut..
Blur muka Eryl jadinya. Panggilan dibuat semula namun hampa, langsung tak dijawab. Walaupun mereka di dunia yang berbeza, gajet ciptaan Heira sangat canggih. Jadi mereka boleh berhubung seperti biasa. Tapi tadi, mana dia tahu tu Akira! Berkali-kali dia cuba namun tetap sama pengakhiranya sehinggalah..
Harap maaf. Nombor yang anda call sudah lupakan anda. Jangan call atau balas message ini melainkan memang nak tuan punya badan bebetul amnesia mengenai tuan. Sekian.
-Akira Ryuzaki, bonda Alvarez Ryuzaki. Eryl Ryuzaki? Tak kenal.
"TIDAK! ABANG MINTAK MAAF AKIRA!!!"
Alvarez dan Nessa terjaga dengan jeritan histeria itu. Tubuh sang abang pantas dipeluk dek takut.
"I-itu.. Apa?" Soal Nessa. Alvarez hanya tersengih lalu mengusap kepala si gadis.
"Ah.. Ayahanda memang suka jerit macam tu dek. Nessa tidur balik ya? "
Mereka kembali berbaring dan Nessa merapatkan badanya lebih dekat dengan Alvarez. Kepala elok berbantalkan lengan lelaki itu. Matanya kuyu lalu dia lena dalam mimpinya. Hanya Alvarez yang berjaga.
"Ah, ya. Agaknya bonda dah call ayahanda ke belum? Lupa nak kasi tahu ayahanda yang nanti bonda call. Lantak lah. Tak akan ayahanda nak tolak call bonda kan? Hurmm.. Tidur dulu lah. Esok nak masuk kota utama Vampirina." Ujar Alvarez bersama kepala yang terangguk-angguk sebelum turut sama menyertai Nessa.
Tidur.
Berbalik pada Eryl, lelaki itu elok tersandar pada pokok bersama roh yang keluar dari mulutnya. Sangat tragis.
"Ah, indahnya kehidupan."
Tak sampai berapa minit, gajetnya berbunyi lagi. Cepat-cepat dia angkat dan membuka bicaranya dahulu.
"Abang mintak maaf sayang! Abang bebetul tak tahu tu sayang! Tolong lah maaf kan abang dan cakap dengan abang ya? Abang janji nanti abang akan cium sayang banyak-banyak. Lepas tu abang akan layan baik-baik dalam bilik, lepas tu bila kita dapat anak, abang-"
"Uweeekkkk."
Mengeras terus badan Eryl apabila terdengar suara jantan muntah. Tergetar-getar dia melihat nama si pemanggil. Dia nak pitam. Sumpah nak pitam.
"O-oi Seth! Kau pahal muntah ni?! Tersilap makan ke tadi?!"
"A-aku..hurpp. A-aku nak muntah! Wekk!!!"
"Warhhh! Seth!"
Tut tut tut..
Talian terputus.
"Aku nak bunuh diri."
***
Alice tidak henti-henti ketawa apabila mendengar penjelasan Seth. Trauma dah budak tu nak buat panggilan dengan Eryl. Dia normal, Eryl tak.
Seram sih.
"Uncle ni pun satu. Lain kali tengok lah siapa yang buat panggilan. Haa, padan muka. Habis salah faham semua orang. Haduihh hahahaha."
Eryl nak nangis apabila dikutuk tanpa henti oleh Alice. Tak boleh nafikan sebab memang salah dia. Note, lain kali tengok siapa pemanggil. Tak fasal dia ngorat Seth.
Naik tegak bulu hidung dia.
"Apa-apa ajelah. Ni korang dah sampai gua tu?"
"Sikit aje lagi. Kami dah lepasi kawasan air terjun. Jumpa lagi satu, then sampai."
Balasan Alice mendapat anggukan Eryl. Ya, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mencari Edwin, dan satu lagi..
"Cari juga puak werewolf. Kita perlukan mereka untuk tentera beast. Kalau hanya Puak Ryuzaki, belum tentu cukup."
Mereka akan gabungkan Vampire dan Werewolf. Itu lah cadangan Heira. Jika terjumpa Hybrid,itu lebih baik. Nampaknya semua berjalan lancar buat masa sekarang dan Eryl bersyukur untuk itu. Cumanya..
"Uncle macam mana? Tempat Edwin memang dah diketahui, namun tidak pasti di bahagian mana bukan?"
"Itu lah masalanya.." Keluh Eryl. Mereka hanya tahu dimana bandar Edwin berada tapi tidak tahu tempat sebenar kurungan lelaki itu.
"Mungkin Nessa boleh tolong? Tanya dia jika-"
"Jika dia nampak Edwin di Istana Vans atau tidak sebab dia pernah diseksa disana? No thanks. Aku tak nak bagi dia ingat memori pahit tu. Not now at least." Tegas Eryl mendapat keluhan Alice.
"Ikut uncle lah. Saya cadang aje. Baik lah, kalau apa-apa nanti, saya akan call balik. Seth tak nak cakap dengan uncle buat masa ni. Unsure. Pftt..Kut kena pftt.."
"Oh ,shut up!"
"HAHAHA!"
Eryl mendengus dek malu. Talian di tutup terus.
"Baik aku berlatih. Taguna punya anak buah. Kalau depan mata ni, aku sekeh seko-seko."
Eryl kembali dalam postur tempurnya. Aura ditingkatkan bersama kuasa ais kegelapan. Sekelilingnya mulai gelap dan rasa sejuk menyengat sehingga ke tulang hitam.
"Harhh!"
DUSSHHHHH!
Ais seakan duri rose, muncul dari dalam tanah tanpa dipinta. Sangat tajam sehingga membuatkan Eryl terkedu sendiri. Tangan yang menumbuk tadi diperhatikan.
"Bahaya lah kalau guna ais. Muncul tak agak.."
Lama Eryl merenung gunung yang berada di hadapanya. Berkali-kali dia keling sebelum mengukir senyuman licik.
"Abang gunung tak ada kehidupan dalam tu kan~? Adik Eryl nak berlatih dekat sana~. Kihihi."
Dan Eryl pun lesap dalam sekelip mata.
BOOOMMMMMMM!
"Oops?"
***
Dalam masa yang sama, seekor naga bersisik merah, serta seorang lelaki, terbang di ruang udara sebuah bandar moden. Mata keduanya tajam mencari susuk tubuh seseorang, namun langsung tiada bayang atau kelibatnya.
"Hish! Mana lah budak bertuah ni. Ini dah dunia ke sepuluh kita cari dia! Menyusahkan betul!" Rungut Ayrez Hernandez geram. Red pula hanya mampu mengeluh panjang.
"Kenapa awak nak Azure yang ikut Alice? Crimson ada?" Soal Red hairan. Crimson dan Azure Hernandez, anak lelaki mereka.
"Crimson? No and never. That brat, I'll never trust him with Alice. Not in million year. Dan kau lupa ke Seth pun ada? Kang tak fasal, jadi benda lain. Mana nak sebulu Crimson dengan si Seth tu." Bebel Ayrez apabila terkenangkan anak keduanya. Sama aje perangai dengan Seth! Suka cari fasal!
"Okey lah, kalau awak dah cakap macam tu."
Red mengunci bicara lalu sambung mencari anaknya. Ada satu sifat Ayrez yang ada dalam diri Azure membuatkan pencarian mereka agar sukar.
Mudah sesat.
Dalam Ayrez dan Red mencari si anak, seorang jejakan tampan, elok menggaru kepalanya di hadapan sebuah kedai. Wajahnya tanpa perasaan begitu juga senyuman. Rambut kehitaman miliknya, beralun saat angin bertiup. Mata biru gelapnya, bersinar dek cahaya mentari. Headphones pula, elok tergantung pada leher.
"Aku silap dunia lagi ke?" Soalnya dungu.
"Tapi aku lapar lah. Macam mana nak balik ke Yggdrasil? Hurm.." Perut dipegang.
"Nak makan masakan bonda.." Rungutnya. Kemudian, matanya tertacap pada sebuah kedai manisan. Liur diteguk.
"Manisan.."
BOMMMMMMMMM!
Kepala di toleh pada letupan dibelakangnya. Sekumpulan manusia bertopeng, elok berbalas tembakkan bersama sekumpulan polis. Dia hanya melihat sahaja sebelum mengeluh. Kerundung ditarik menutupi wajah. Kedua-dua tangan masuk kedalam poket lalu..
Burnn!!
"Hai."
BAMMMMM!
"Arhhhhh!"
Kereta yang dipandu terbenam kedalam tanah akibat hentakkan kuat tengkorak berapi hitam! Tidak cukup dengan itu, rekahan dahsyat terhasil sehingga angin bertiup kencang! Tanpa membuang masa, lelaki tengkorak menyepak kuat kereta tadi sehingga keluar daripada rekahan! Kereta itu bergolek beberapa kali sebelum berhenti!
BOMMMMMMMMM!
Semua yang melihat tergamam. Mata terbelalak keluar! Apabila mahu menangkap gambar si tengkorak, lelaki itu sudah tiada!
"Apa yang.." Salah seorang polis, keluar daripada kereta. Kakinya berlari anak menghampiri kereta yang teruk dikerjakan, namun tiada penumpang?
"Apa yang berlaku?"
"TOLONG!!!"
"H-huh?!"
Lima manusia bertopeng,sudah selamat tersangkut pada tiang di atas sebuah bangunan tinggi! Semakin hairan penduduk di sana apabila kejadian tadi berlaku dalam sekelip mata! Aneh!
"Ahh, sedapnya." Lelaki berkerundung tadi elok sahaja keluar daripada kedai manisan bersama beberapa plastik coklat dan kek. Wajahnya bahagia. Langsung tiada tanda seakan tadi, bukan perbuatanya.
"Hurmm?" Matanya sempat melirik pada pasukan polis yang kelang kabut cuba menurunkan penjenayah tersebut. Dia tersengih.
"Jahat lagi. Kan dah tak dapat coklat." Ujarnya lalu beredar sambil mengigit coklat bar miliknya.
"Ermm. This is heaven~."
"Azure Hernandez!"
"Hik!"
Alamak, suara ayah.
Terus kepala terangkan ke atas , pada Ayrez dan Red yang tajam merenungnya di atas salah sebuah bangunan berdekatan. Kepala digaru lagi.
"Ayah dengan bonda tak nampakkan tadi? Alaa.. Mesti nak ambil coklat aku. Sob..Tapi a-aku baru aje beli.. Sob.. Sob.. Urgh. My baby chocolate.. Sob.."
Fakta menarik : Ayrez tak pandai kasi nama dekat orang atau sesiapa. Jadi dia ikut warna mata mereka atau rambut mereka.(Alice bertuah sebab Red yang bagi nama dia.) Nama Red juga, diberi oleh Ayrez.
"Yep. Pertama kali saya dengar, saya rasa dia dungu. Tapi sebab dia lelaki yang dah selamatkan saya dulu, saya hargai nama itu sehingga hari ni."- Red
"Kan? Kira baik aku tak kasi nama Buntut Kera. Merah woii buntut natang tu. Kena sepak kut?"- Ayrez Hernandez
"Ayrez~"
"Apa? Manjanya panggil. Aku tahu! Kau mesti nak-ARHHHHHHHHHHHHHH!!!"
[Adegan seterusnya tidak dapat disiarkan akibat seekor naga elok membaham sesorang lelaki tanpa belas. Sekian daripada Lovelive.]
AZURE HERNANDEZ
And yep, This is Giyuu hehe. I love himmm.
"NA-NANTI! TOLO-GAHAKKKK!!!"
"ROUURR!!!"
"Ah. Rest in peace my dear father."-Azure Hernandez
"Oi!"
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top