Flame 11 | Forever with you
Suasana malam, di sebuah hutan hanya ditemani dengan bunyi cengkerik dan kodok. Seorang gadis berkerundung elok mencelupkan kaki di dalam sungai cetek berdekatan seorang lelaki serigala. Sabar lelaki itu menunggu si gadis bermain air. Di hadapanya pula, api membakar ikan yang ditangkap.
"Kau kalau nak mandi, pergi belakang batu Ariel. Jangan nak mandi dekat sini." Tegur sang lelaki seraya menghampiri. Arielle pula sekadar sengih lalu mengangguk.
"Baju saya?"
"Tak akan itu pun aku nak ambil?"
"Elehh, bukannya awak nak ambil baju orang lain pun. Macam tak biasa." Cebik Arielle manja. Terus Weston guling mata keatas sambil tangan di bahu. Nyampah!
"Whatever. Cepat lah. Nanti aku nak mandi pulak."
"Tehee, jom mandi sama-sama. Boleh saya-"
"Go to hell you Queen of pervert!"
"Hahahaha! I'm just kidding! Tapi-"
"Arielle."
"Tch."
"Don't you dare 'tch' to me young lady."
"Bu buu."
". . . "
Gadis berambut violent berdekah ketawa apabila melihat wajah bengang Weston. Terkedek-kedek dia berlari naik mengambil bajunya. Sebelum beredar, gadis kecil itu perlahan-lahan menghampiri sang serigala tanpa disedari.
Setapak, dua tapak, tiga tapak dan..
SPLASH!
"ARIELLE!!!"
"Opss! Maaf! Tertolak! Hahahaha!"
Weston merengus geram seraya menyepak permukaan air. Habis basah satu badan! Nak aje dia kejar Arielle dan cubit pipi kawan baiknya itu. Nakal tak bawak bincang!
"Apa teruk sangat perangai perempuan sadis tu? Haiih.."
Weston membuka bajunya untuk dikeringkan.
"Kyaa~."
"Pergi mandi lah!"
Sempat lagi tu?!
Jelas gelak tawa Arielle di pendengarannya. Kepala sudah digeleng tah berapa kali. Pening! Menyesal pula dia dekati Arielle tadi. Kalau tak, mesti tak jadi macam ni. Taguna punya kawan.
"We all need that someone who gets you like no one else
Right when you need it the most
We all need a soul to rely on, a shoulder to cry on
A friend through the highs and the lows."
Lelaki serigala terdiam apabila mendengar Arielle menyanyi dengan melodi yang merdu. Dia yang sudah membesar bersama gadis itu, tahu bahawa Arielle sedang meluahkan perasaan melalui lagu. Senyuman manis terukir tanpa dipinta.
"Macam-macam minah ni. Macam tak pernah travel dengan aku aje."
Dia sendiri hairan kenapa gadis itu suka menyanyikan lagu itu tiap kali mereka mengembara berdua. Ada dia bertanya, lalu..
"Sebab awak kawan istimewa saya Wessy. Memang lah saya rapat jugak dengan dua tiga gadis di sini. Tapi saya suka awak lagi. Ehe, paling bongok."
"I'll kill you."
Ah, lupakan. Arielle memang tak pernah tak bagi dia sakit hati. Tapi tidak pula dia ambil hati. Sebab dia tahu, Arielle tak akan jadi macam tu kalau 'dia' ada ketika gadis itu membesar. Bahkan, cara Arielle meluahkan perasaan..
"Saya suka luahkan perasaan menerusi lagu. Sebab orang tak akan tahu sama ada kita memang tengah menyanyi atau tak. Jadi perasaan saya selamat! Ehe."
Gadis periang. Gadis gatal. Gadis cantik senyumannya.
Kenapa lagu menjadi tempat luahan?
Sebab gadis itu dahagakan kasih sayang 'dia', sang ayah.
Namun, si gadis hanya mampu mengimpikannya, bukan merasainya sendiri.
Apa yang ditunjukkan selama ini, hanya ilusi yang mengaburi mata kasar manusia disekeliling. Weston sedar semua tu, tapi dia hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Mengiyakan semua yang gadis itu pinta dan kata.
Sebab bagi dia, Arielle seorang gadis yang tidak mahu orang nampak titik kelemahannya. Dan dia mahu hormat itu.
Keluhan panjang keluar daripada mulutnya. Rambut hitamnya di sisir ke atas. Matanya menatap bulan dengan pandangan redup.
"Aku akan tetap dengan kau Arielle. Walaupun nanti, kau akan hadap ayah kau. Aku janji, aku akan di sisi kau. Sampai nafas aku yang terakhir." Bisiknya.
Hanya dia dan permaisuri sahaja tahu sebab sebenar kenapa Arielle dan dia ke dunia Angkasia. Dan disebakan itu, rahsia keluarga Arielle juga diketahuinya.
"Tolong jagakan dia ya?"
Weston tersenyum. Ya. Dia akan jaga Arielle seperti nyawanya.
"Wessy! Wessy! Saya lupa bawak baju dalam!"
"Ya Tuhan budak ni!"
Walaupun hidup dia dah jadi macam babysitter.
Gurh.
***
Eryl mengeliat diatas katil sebelum mengosok matanya. Menyahkan kabur. Tangan naik mengaru pipi sebelum kaki menampak ke dalam bilik air untuk bersiap. Riuh rendah di luar bilik, langsung tidak dipeduli. Dah jadi rutin.
"Seth taguna! Itu ayam panggang untuk Arez lah!"
"Jadi? Makanan Arez, makanan aku jugak!"
"Korang jangan lah gaduh! Depan rezeki ni!"
"Kau diam!"
". . ."
LEKUK!
"Garh!"
"Hik!"
"Depan makanan jangan biadab!"
Eryl dah tepuk dahi. Pening dengan anak buah. Macam diorang tak tahu Alvarez tu patang kalau gaduh depan rezeki. Katanya, seperti tak hormat.
"Betul-betul terdidik anak aku ni." Bisik Eryl bersama sengihan.
"Ah yelah, Nessa dah bangun belum ek? Nanti pergi tengok lah."
Nessa. Gadis hybrid yang bertarung denganya itu bukan lah berniat jahat sebenarnya. Dia cuma takut dan trauma selepas apa yang menimpa dirinya. Sedikit sebanyak, jatuh kasihan juga dia pada gadis itu.
Kerajaan Vampirina sebenarnya tidak suka dengan kehadiran hydrid di dalam kerajaan mereka. Bahkan, puak serigala juga di halau dengan kejam. Anak-anak kecil atau wanita semuanya di bunuh termasuk golongan tua.
Untuk Nessa, ayahnya seekor vampire manakala ibunya seekor serigala. Asalnya mereka hidup harmoni tanpa sebarang gangguan di hotel ini. Namun, keluarganya dibunuh apabila Jeneral Vans mengetahui rahsia ayahnya, menghasilkan seekor hydrid daripada puak serigala dan vampire.
Itu sangat di larang. Dan hukumannya, mati.
Bukan sahaja dibunuh, malahan mayat keluarganya di jadikan tayangan untuk seluruh kerajaan sebagai tanda amaran kepada penduduk untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sangat memilukan dan hina.
Dia yang terselamat pula di dera setiap hari sehingga lah hari di mana dia melarikan diri.
Saat itu, Nessa langsung tak keluar dari hotel keluarganya ini. Gadis itu seakan hidup dalam ketakutan. Dia juga dikuasai jiwa liarnya sehingga hampir hilang kewarasan.
Tragis.
"Nak jadi anak angkat aku tak?"
Itu lah soalan pertama yang dia tanya selepas mendengar penjelasan gadis itu. Lama juga si gadis terdiam sehingga lah tangisannya pecah. Alvarez dan dua anak buahnya, pantas memeluk Nessa dengan erat serta memujuk gadis itu dengan lembut. Terharu Eryl apabila melihat adengan itu.
"Ayah..?"
Eryl yang sudah bersiap, menoleh pada muka pintu. Senyuman manis terukir lalu kaki melangkah menghampiri Nessa yang kini cantik memakai jaket labuh serta seluar panjang berwarna putih. Kasut but juga disarungkan. Ekor hitamnya meliuk-liuk di belakang.
"Dah bangun ya?" Tangan Eryl mengusap kepala Nessa. Gadis serigala terkebil-kebil seketika sebelum mengangguk.
"Makan?" Soalnya sambil bermain jari. Kepala sedikit ditundukkan bersama wajah yang merah.
'Damn cute. Ini ke perasaan apabila ada anak perempuan?! Nak Akira mengandung lah lepas ni. Nak perempuan. Hehe. Comelnya~.'
Pada masa yang sama, Akira yang melatih para tentera bersama Heira, menggigil satu badan. Heira menegur namun dibalas dengan gelengan tanda dia tidak apa-apa. Tak tahu suaminya sudah fikir bukan-bukan.
"Em. Jom lah."
Tak sempat Eryl mahu melepasi Nessa, bajunya ditarik daripada belakang. Terjongket kening Eryl dengan tindakkan Nessa. Gadis itu pula memintal hujung bajunya seakan mahu mengatakan sesuatu.
"Nessa nak apa? Cakap aje. Nanti ayah akan usahakan. Jangan lah malu."
"Tak.. Tak apa ke? Alvarez..? Murka?" Berkerut-kerut dahi Nessa untuk menyusun kata. Dia tak pernah bercakap dengan sesiapa kerana takut. Ketika menerangkan kisahnya pada mereka juga, Nessa agak lambat bercakap tetapi semua mendengar dengan sabar.
Dahulu, jika dia bercakap, badanya pasti menerima habuan. Parut dibelakang badanya juga masih ada. Apabila teringatkan perkara itu, dia menggigil. Dia mula panik. Takut!
"Nessa.." Lirih Eryl memanggil. Pantas dia memanjangkan tangan lalu memeluk gadis kecil itu. Ini lah sebab kasih sayang dia bertambah pada gadis hydrid itu.
Gadis itu menderita.
"Shh.. Tak ada siapa yang akan pukul Nessa. Ayah ada. Abang Arez ada. Seth dan Alice pun. Shh.. "
Sedaya upaya Eryl cuba menenangkan Nessa. Sesekali dia mencium ubun-ubun gadis itu. Bagai belaian ayahnya, Nessa menangis didalam dakapan Eryl.
"Ayahanda-Ah."
Alvarez tersenyum kelat dengan adengan dihadapan matanya. Perlahan-lahan dia menghampiri apabila Nessa melepaskan pelukan daripada Eryl. Gadis serigala sedikit menggigil lalu menyorokkan diri dibelakang sang lelaki.
"Hey. Jangan lah takut. Arez tak akan apa-apa Nessa. Come here."
Lembut Alvarez memanggil bersama senyuman manis. Nessa teragak-agak sehinggalah Eryl mengusap lembut kepalanya. Gadis itu menatap Eryl seketika sebelum menatap Alvarez. Perlahan-lahan dia menghampiri lelaki berambut merah.
"A-Alvarez..? Murka? Sayang Nessa ke?" Soal Nessa. Sedaya upaya dia menyusun kata agar kedengaran betul. Alvarez tersengih lalu meraih Nessa dalam rangkulan. Tubuh gadis yang menggigil itu, di belai sayang membuatkan dia kembali tenang.
"Mestilah abang sayang Nessa. Nessa sekarang adik abang ya?"
"Abang?"
"Ya."
Alvarez memegang bahu Nessa. Jari telunjuk ditujukan pada diri sendiri.
"Abang. Dan Nessa.."
Jari beralih pada Nessa.
"Adik, my favorite adik. Nessa Ryuzaki. Amacam? Sedap tak nama keluarga Nessa?"
Nessa terkebil-kebil. Ya, dia tiada nama keluarga. Sudah lupa. Beberapa saat kemudian, gadis kecil itu mengikut perbuatan Alvarez. Jari terhala pada Alvarez.
"Abang."
Nesaa menunjukkan diri sendiri. Dahinya berkerut.
"Nessa, Nessa kan? Adik.. Kenapa?" Kepala disengetkan tanda tak mengerti. Apa adik?
Alvarez menarik nafas panjang bersama senyuman. Tahu Nessa sudah lupa juga apa itu seorang adik. Ah, apa dia harapkan? Gadis itu didera ketika masih berusia lima tahun. Mentalnya pasti terjejas teruk akibat seksaan kejam sang berdebah!
"Sebab Nessa keluarga. Dan adik tu, erm.." Alvarez buat gaya berfikir sebelum mengusap rambut si gadis.
"Orang yang akan di lindungi oleh abang. Sentiasa."
Mata Nessa membulat seakan tak percaya. Air matanya kembali bertakung. Terus badan Alvarez didakap membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. Namun, perlahan-lahan dia membalas.
Eryl terharu. Tangan naik mengusap kepala Alvarez seakan bangga dengan anaknya.
"Alright both of you. Jom turun makan. Mesti dua ekor tu tengah tunggu. Kalau lambat, takut tak ada makanan untuk Nessa pulak sebab hancur dua mahluk tu kerjakan. Hahaha." Kata Eryl seraya jalan melepasi keduanya. Senyuman dia masih tidak punah dari bibir.
Alvarez mengangguk. Tubuh kecil Nessa selamba di dukung. Walaupun umurnya sudah melebihi 50 tahun, perwatakan serta pemikiran Nessa seakan budak-budak. Malahan, tubuhnya terbantut akibat penderaan fizikal dan mental. Ini membuatkan kasih sayang Alvarez pada Nessa berlipat ganda.
"Abang sayang Nessa." Luah Alvarez lalu melabuh cium pada pipi si gadis.
"Em. Sayang abang." Nessa mengucup sisi kepala Alvarez sebelum merehatkan kepala pada bahunya.
"Ayah?"
Alvarez tergelak kecil apabila Eryl memaparkan wajah cemberut. Cepat-cepat dia menghampiri ayahnya lalu mencium pipinya.
"Sayang ayahanda jugak. Nessa pun sama kan?"
"Em! Sayang!"
Menjerit suka Eryl jadinya apabila Nessa menghadiahkan kucupan di pipi. Tanpa segan silu, tubuh kedua anaknya dirangkul lalu ciuman di beri bertalu-talu sehingga keduanya mengekek kegelian.
Seth dan Alice yang memerhati dari jauh, turut sama tumpang gembira. Mereka saling berpandangan lalu ketawa.
"Tambah lagi orang baru huh?" Ujar Seth.
"Lagi ramai lagi bagus apa? Aku pun tak nak lah sorang aje perempuan."
Dan-dan Seth menatap Alice dengan riak pelik.
"Kau perempuan ke selama ni? Weh! Aku baru tahu! Aku ingat aku gaduh dengan jantan!"
"Kau serius?!"
***
Dalam masa yang sama, seorang lelaki berambut hitam menikmati mandian panas bersama dayang-dayang istananya. Layanan serta godaan menjadi pemuas nafsu. Di tersengih kegembiraan.
"Jeneral Vans."
Sapaan suara itu mendapat jelingan Vans. Lelaki itu memberi isyarat pada dayangnya untuk meminggir saat satu alat komunikasi diserahkan padanya. Punat hijau ditekan lalu hologram seorang gadis berambut sakura terpapar.
"Pembantu setia Jeneral Sean kah? Tidak sangka."
"Dan saya juga tidak sangka tuan sedang mandi. Jika mengacau, mungk-"
"Tidak. Tidak. Aku suka melayan wanita jelita seperti kau, Abelle."
Abelle hanya tersengih sinis. Jelas dia jengkel dengan perangai Vans yang suka berfoya-foya. Namun dihambat perasaan itu. Ada sesuatu yang harus mereka bincangkan.
"Saya panggil tuan sebab arahan Jeneral Sean. Jadi tolong beri kerjasama."
"Ah, Jeneral bisu tu kah?"
"Jaga mulut kau Jeneral Vans. Orang yang kau kata bisu itu adik kepada pemerintah. Mahu kepala terputus dari jasad kah?"
Vans terdiam dengan amaran Abelle. Tajam matanya berbalas dengan si gadis berambut sakura. Mulut dicebik.
"Sekarang kau tidak jelita."
"Aku tidak peduli. Kejelitaan aku hanya untuk Jeneral Sean." Selamba Abelle membalas dengan riak sinis.
"Balik pada urusan kita. Jeneral Sean mahu beri amaran. Sekarang kerajaan kau ada pengganas. Kau-"
"Pengganas? Hahaha!"
Abelle mengeluh panjang apabila Vans ketawa riak. Sejujurnya, dia betul-betul mahu mematikan panggilan segera. Lebih baik dia layan Jeneralnya daripada lelaki jahanam ini. Namun, ini arahan ketuanya, orang yang dia paling sayang dan setia. Haiih, hadap ajelah.
"Kau lupa ke ini Kerajaan Vampirina? Pengganas yang masuk ke kawasan aku hanya menempah maut! Tak mungkin mereka boleh memberi ancaman! Tengok sahaja 50 tahun dahulu. Shawn tak mampu berikan tamparan hebat pun! Sekadar pengganas, heh. Apa lah sangat."
Angkuh sekali Vans berbicara. Tangan pula dipanjangkan lalu mengambil arak berhampiran. Hanya sekali teguk, arak dalam gelas habis!
"Jeneral Sean hanya beri peringatan. Dan kami tak akan beri apa-apa bantuan jika kau mahukannya. Yelah, kau mampu untuk hadap mereka bukan?" Sindir Abelle membuatkan tawa Vans semakin kuat.
"Hah! Katakan pada Sean yang bantuan dia tak diperlukan langsung! Lagi satu, pernah ke dia turut serta dalam mana-mana peperangan? Lemah lah tu." Ejek Vans dengan niat mahu membakar gadis itu.
Namun, dia terkejut apabila gadis sakura hanya tersengih sinis.
"Baik lah Jeneral Vans. Aku akan sampaikan kata-kata itu. Dan aku tak sabar untuk lihat kau merintih pada Jeneral ku. Aku minta diri dahulu. Selamat meninggal!"
"Apa kau-"
Tut!
Vans mendengus geram dengan layanan sebegitu. Seakan di hina! Gadis itu ingat dia siapa?!
"Celaka kau Sean! Kau dengan anak buah kau sama aje! Jahanam!"
Lama Vans mendiamkan diri. Bibir perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Sebelah tangan naik menekup mulut lalu pembantunya dipanggil.
Seorang lelaki tinggi lampai ,muncul menghadap. Berpakaian seorang butler. Rambutnya pula panjang mencecah bahu.
"Ya tuan?"
"Gerard, sediakan tentera kita untuk menyelongkar seluruh kota."
Berkerut dahi Gerard apabila mendengar arahan itu. Faham akan riaksi sang pembantu, Vans meneruskan katanya lagi.
"Ada 'tikus' yang mahu aku cari. Sebab 'tikus' ni mampu buat Sean memberi amaran padaku. Pasti seronok apabila aku dapat menangkapnya dan Sean akan lihat bertapa kuatnya kerajaan aku daripada dia!"
***
Dalam masa yang sama, sebuah kota raya, bergegar dahsyat! Api menjulang di mana-mana. Para penduduk bertempiaran melarikan diri. Jeritan serta tangisan mengisi ruang kota.
Semuanya kucar kacir!
Bum!
"A-aku mintak maaf! Jangan bunuh aku! Jangan bunuh ak-"
SLASSHHHHHHHHHHH!!
"Hehehe. Satu kepala dah melayang~."
"Grouuurhhh!!!!"
Ngauman kuat bergema sehingga membingitkan telinga! Mahluk sasa dengan tubuh seekor kuda, berwarna coklat dan bertaring, ganas menghancurkan segala-galanya! Tubuhnya yang besar, sudah cukup untuk merobohkan semua banggunan pencakar langit!
"Hebat! Hebat! Kau memang hebat Angriz the Demon of madness! HAHAHA!"
Lelaki bertanduk tersenyum kejam. Apabila mata merahnya menangkap sekumpulan manusia yang cuba melarikan diri, kakinya terus memecut! Sebuah pedang gergasi diseru lalu..
BRAKKKKK!
SLASSHHHHHHHHHHH!!
"Hahaha!"
Kepala-kepala mereka melayang! Darah menghujani dunia. Namun langsung tidak dipedulikan olehnya. Rambut emas yang mulai pudar, disimbahi darah. Namun, sekelip mata terbakar begitu sahaja. Lelaki bertanduk, kekal bersih.
Dan dia akan mencari buruanya tanpa henti.
"El, El. Apalah susah sangat kau nak jadi macam aku? Ah, apa-apa sahaja. Dia dah bagi aku berseronok macam ni pun, kira baik lah!" Lelaki itu tersengih. Tangan menjulang pedangnya seakan mendapat kemenangang.
"Mari berhibur dengan sang raja wahai penghkhianat sekalian! Hahaha!"
Maaf, hati ada dengn Noah sekarang🙈 mood nk menulis kisah dia aje ni. Kesian abang psycho yg comel tu asyik tak up aje dulu HAHAHAHA😂 Eryl maybe lambat Up sikit ek?
Eryl : Pilih kasih.
Noah : Dah jeles cakap. Memekak aje lebih. Buang lah anak tekak tu. Aman dunia tak dengar suara kau. Tch.
Eryl : Woi! Kau pergi masuk balik buku kau tu!
Noah : Ikut suka aku lah. Kau siapa nak arah aku? Nak mati?
Eryl : Huh?!
[Dan bergaduhlah dua watak utama itu di belakang tabir.]
Jangan peduli.
Nah nak belanja. Saje acah buat gaya Anime HAHAHA 🤣
Enjoy ♥️
Psst, lagu Arielle nyanyi tu Alone part 2 by Allen Walker.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top