Flame 1 | Awakening
"Ja-jangan! Aku mohon! Tolong jangan-"
"Berani kau-"
"Jahanam!"
SLASSSHHHHH!
Suara-suara yang merayu itu langsung tidak diedahkan. Dia membunuh dan membunuh tanpa henti. Mata ungunya tajam menikam pada susuk tubuh yang dibunuhnya ,perlahan-lahan menjadi debu.
"Tch." Dia berdecih lalu berjalan masuk ke dalam sebuah rumah yang hampir runtuh. Tombak yang berlumuran darah dicampak begitu sahaja. Bukan dia punya pun asalnya.
Apabila dia masuk ke dalam rumah itu, seorang kanak-kanak manusia mengigil ketakutan saat nelihat dirinya. Senyuman tipis di ukir.
"Hey, tenang. Semuanya akan baik. Aku tak akan apa-apakan kau." Dia memujuk lembut. Perlahan-lahan kanak-kanak perempuan itu berhenti mengigil. Tak lama kemudian, tangisannya pecah. Lelaki berambut jingga terus memeluknya seakan memberikan kekuatan.
"Se-semua orang dah tak ada.. Ibu ayah.. Hik..Hik.. Abang.. Saya tak nak semua ni.. Ianya menyakitkan..Hik.."
Semakin erat lelaki itu memeluk. Dalam masa yang sama, bibirnya kuat menyumpah diri sendiri. Geram kerana lambat tiba! Hasilnya, hanya kanak-kanak itu sahaja yang terselamat!
"Seth."
Suara feminine yang menyapa, membuatkan dia memalingkan badannya ke belakang. Budak dalam dakapan sudah tertidur. Sayu si gadis melihatnya. Seth Ryuzaki hanya diam membatu.
"Dia aje yang aku jumpa. Kau macam mana, Luci?"
Gadis yang dipanggil Luci, atau nama penuhnya Lucienne Ryuzaki,hanya menggeleng kepala. Seekor naga kecil berwarna hitam, elok berada di bahunya.
"Saya dengan Ryuuki tak jumpa apa-apa. Semua.."
"Dah mati..Huh?"
Seth memandang simpati pada kanak-kanak dihadapanya. Tubuh kecil itu dirangkul. Seth berjalan keluar. Luci serta Ryuuki sabar menunggunya.
"Mari pulang."
Luci mengangguk lalu Ryuuki turun dari bahunya. Naga hitam itu membesar sehingga cukup untuk mereka berdua naik. Tubuh kanak-kanak itu dipeluk oleh Luci. Tangan si gadis membelai rambut kanak-kanak perempuan tersebut.
"Hari ni.. Bukan hari yang baik."
Lalu mereka hilang di langit. Meninggalkan sebuah perkampungan yang mula dijilat api. Air mata Seth serta Luci menitis melihat suasana yang pilu itu.
"Berapa lama lagi hidup harus seperti ini?" Soal Luci perlahan.
"Sehingga dia bangkit. Dan waktu itu, semua kesengsaraan yang kita tanggung.. Akan terbalas."
Dan, portal muncul dihadapan mereka.
***
"Seth."
Panggil seorang gadis berambut merah dan bermata unggu. Seth yang baru sahaja menghantar kanak-kanak perempuan yang di jumpainya ke tempat rawatan, memalingkan badan. Matanya jelas menunjukkan dia baru sahaja menangis.
"Kenapa Alice? Ada sesuatu yang kau nak?" Soalnya datar.
"Ini.. Fasal Nenda kau."
"Huh?"
"Dia.. Tenat."
***
Di sebuah bilik yang agak luas, seorang wanita tua berkerusi roda, elok memandang ke luar jendela. Senyuman manisnya bergayut di bibir. Rambutnya yang selama ini hitam,kini sudah di monopoli oleh warna putih. Iris mata yang selama ini merah seakan darah, mulai pudar warnanya.
Di atas pehanya, ada sepasang jaket berkerundung berwarna biru yang agak pudar. Belakang baju itu elok tertulis nama yang dirinduinya. Nama yang akan sentiasa kekal dalam hatinya sehinggalah ke liang lahad.
Tok'
Tok'
Tok'
"Masuk lah.." Panggilnya lembut. Tak sampai sesaat, seorang lelaki tampan berambut merah, masuk kedalam bilik itu. Senyuman kelatnya di ukir. Perlahan-lahan dia menghampiri wanita tua tersebut sebelum melutut di sisi. Tangan kasarnya mengenggam lembut tangan wanita tua itu.
"Nenda tahu tak siapa ni?" Sopan anak muda itu menyoal.
"Siapa tak kenal cucu pertama nenda." Sebelah tangan yang masih bebas daripada digenggam, mengusap pipi sang lelaki.
"Kamu semakin kacak Alvarez Ryuzaki. Sama macam ayahanda kamu.." Puji wanita tua itu, atau lebih tepat Emyriel Ryuzaki. Bekas Permaisuri Kerajaan Emerald. Alvarez hanya tersenyum tipis.
"Dan nenda semakin menawan. Tak nampak tua pun."
Emyriel ketawa kecil. Pipi Alvarez dicuit.
"Mulut manis."
"Untuk nenda, macam-macam ayat manis Arez boleh kasi. Nenda.. Cuma perlu ada dengan Arez. Itu aje."
Wanita tua itu tersenyum. Tanganya mendarat diatas tangan mengigil Alvarez. Dia sedar, lelaki itu cuba menahan air matanya. Cucu sulungnya, menahan diri daripada kelihatan lemah dihadapanya.
"Arez tahu tak.."
Kini mata berkaca Alvarez naik memandang nendanya. Senyuman terpacar diwajah tua itu.
"Dulu, nenda jumpa seorang budak lelaki. Dia memang budak yang malas tahap dewa. Apa yang dia fikir, semua fasal tidur. Walaupun waktu nafas terakhir dia.. Tidur tetap menjadi keutamaan."
Kini mata Emyriel merenung ke luar tingkapnya. Dia tersenyum saat terkenangkan masa yang pernah dikongsi dengan seorang pemuda. Pemuda yang layak digelar suami.
Dan sehingga kini, roh suaminya masih terasa disisi.
"Shiro Ryuzaki.. Dah sepuluh tahun awak pergikan? Masa saya dah tiba.. Jadi mana awak?" Air mata tiba-tiba sahaja bertakung. Perasan akan cairan jernih itu, Alvarez bangkit lalu memeluk nendanya. Bibirnya tidak henti-henti mengungkapkan kata-kata manis bersama ciuman yang di hadiahkan pada sisi kepala wanita tua itu.
"Lama ya sayang tunggu?"
Mata Emyriel membulat saat suara itu menyapa. Tangannya perlahan-lahan naik keatas bersama senyuman dan air mata. Dalam masa yang sama, Alvarez mengeratkan lagi pelukan. Setitis air matanya mengalir apabila tubuh tua itu perlahan-lahan melemah. Nafas Emyriel juga semakin perlahan lalu..
"Nenda.. Sayang Arez.. Cakap pada ayahanda kamu.. Nenda.. Mintak maaf.. Jadi.. Anak yang.. Baik ya?"
Alvarez hanya mampu menggangguk. Cecair jernih mengalir deras saat hembusan nafas terakhir nendanya menyapa telinga. Tubuh yang kini tiada lagi penghuninya, didakap bersama esak tangis.
"Arez!"
Seth yang baru sampai, terkedu melihat Alvarez yang sudah menangis sambil memeluk nenda mereka. Matanya bertakung dengan air mata. Kaki yang terasa berat, melangkah menghampiri keduanya.
"Nenda.."
Tiada jawapan.
"Nenda.. Seth dah balik. Nenda kata nenda nak tengok muka Seth.."
Masih tiada jawapan.
"Nenda.."
Seth melutut dihadapan menda mereka. Dia menangis pilu. Orang yang disayangi sudah tiada. Meninggalkan segala kenangan yang pernah dikongsi dibelakangnya. Kehilangan dahulu masih terkesan dan sekali lagi mereka harus menghadapinya.
"Arghhhhhh!!!!"
Teriakkan Seth dan Alvarez bergema kuat lalu bilik itu mula dibanjiri dengan semua penghuni istana. Mereka tergamam melihat tubuh kaku Emyriel yang kini tersenyum sahaja. Bilik yang selama ini dihuni sepasang suami isteri, menjadi saksi kehilangan mereka berdua.
***
"Emy.."
Mata yang tadinya tertutup, perlahan-lahan dibuka. Senyuman diukir pada seorang lelaki tampan yang tersenyum manis padanya. Dia bangkit daripada pembaringan lalu berlari kearah sang lelaki. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.
"Saya rindukan abang.. Rindu sangat."
"Abang tahu. Maaf sebab tinggalkan Emy sendirian.."
Mereka meleraikan pelukan namun tangan Shiro kemas di pinggang isterinya. Kedua-dua mereka berpakaian putih seakan pengantin. Shiro dengan tuxedo manakala Emyriel blouse.
"It's not your fault. Dah takdir kita untuk pergi. Tapi.."
Kepala Emyriel terhala pada bahagian kiri. Sekeliling mereka putih sahaja. Seakan mereka berada di dunia lain, atau lebih tepat, dunia perantaraan antara hidup dan mati.
Kemudian, mata Emyriel jatuh pada satu bebola seakan buih. Buih itu pula memaparkan sesuatu seakan filem berwarna membuatkan hatinya sebak.
"Kita tinggalkan mereka semua.."
Shiro hanya diam dan memerhati apa yang dilihat oleh Emyriel. Didalam buih itu, ratusan manusia yang pelbagai jenis, menangis di hadapan dua pusara. Nama mereka jelas terpapar diatas batu nisan pusara tersebut. Alvarez yang berpakaian serba hitam, berdiri dihadapanya lalu berkata-kata bersama air mata yang sudah ditutupi oleh hujan.
"I love both of you.. Forever and ever. Terima kasih sebab dah besarkan Alvarez selama ni. Alvarez.. Tak akan lupa segala pengorbanan yang sudah diberi pada Alvarez sekeluarga.. Alvarez.."
Seth menghampiri lalu tubuh sepupunya di peluk dari sisi. Mereka berdua menangis didalam hujan. Akira yang turut sama ada, dipeluk oleh Heira. Kehilangan dua insan itu memberi kesan besar pada seluruh penduduk Kerajaan Yggdrasil.
Kemudian, bayangan lain pula muncul. Shiro mengalihkan pandangan manakala Emyriel mengenggam buku lima. Air matanya bertakung.
"ABANG! JANGAN BERGURAU DALAM HAL HIDUP MATI NI! T-tak mungkin mereka.." Wanita berambut hitam cuba menahan sebak namun air matanya tetap bertakung.
"Abang pernah main-main ke?" Sayu lelaki dihadapannya menutur kata. Sebak di dada ditahan.
"Tidak... Tidak..." Wanita itu menundukkan kepalanya.
"Ya Alisa.. Mereka.."
"Shiro Ryuzaki dan Emyriel Ryuzaki.. Mereka sudah tiada.. Abang jelas dapat kesan daya hidup mereka... Lenyap.." ujar sang lelaki dan akhirnya.. Wanita bernama Alisa.. Menangis. Bahkan suaminya juga menangis.
"Shiro kau bodoh... Kau dah janji kita akan lepak sama-sama... Kenapa.." Suaranya yang bergetar, menjadi tatapan terakhir pasangan suami isteri itu sebelum hilang.
Shiro hanya mampu diam. Ikhwan Syah Al'Solleh, serta isterinya Alisa, merupakan sahabat mereka dari dunia lain, menangis kerana mereka.
"Maaf.. Aku mungkir janji.. Aku buat semua ni.. Demi anak aku." Bisiknya sebak. Dan berharap agar sahabatnya dengar.
Ah. Kenapa begitu ramai yang terkesan dengan kehilangan dia? Dia bukan sesiapa. Hanya raja yang malas sahaja. Jadi mengapa?
Dia sendiri tiada jawapan.
"Abang.." Shiro menghampiri Emyriel lalu memeluk isterinya daripada belakang. Tangan Emyriel pula naik memegang lengan Shiro.
"Saya tak nak mereka sedih abang.. Saya tak nak mereka semua sedih dengan kehilangan kita."
"Abang tahu.. Tapi kita tak boleh buat apa."
Tubuh Emyriel dipusingkan lalu tangan memegang erat bahu isterinya.
"Ada satu lagi kerja kita.. Dan ini yang terakhir."
"Ayahanda? Bonda?"
Shiro tersenyum kelat manakala Emyriel tersentak. Apabila Shiro mengalihkan badannya ke sisi, wajah yang sangat di rindui oleh Emyriel,menyapa pandangan. Tangan naik menekup mulut manakala Shiro memejamkan matanya.
"B-bonda? Kenapa bonda menangis ni?"
Apabila setapak kakinya melangkah, Emyriel terus berlari dan memeluk tubuhnya dengan erat. Anak lelakinya terundur beberapa tapak kebelakang dengan wajah keliru. Namun, tetap juga dia membalas pelukan itu.
"Eryl anak bonda.. Bonda.. Bonda.. Mintak maaf sayang..Bonda mintak maaf.."
"K-kenapa? Bonda tak buat salah apa dengan Eryl pun.. Ayahanda?" Wajah keliru Eryl ditatap oleh Shiro. Senyuman terakhir diukir lalu dia turut sama memeluk anak itu.
"A-ayah-Ayahanda?"
"Semuanya akan baik. Dah tiba masanya untuk kau bangkit Eryl Ryuzaki.. Kau harapan. Maafkan Ayahanda sebab tak bagi tahu kau perkara sebenar.. Tapi apabila kau sedar nanti.. Kau akan tahu kenapa."
"H-huh?"
"Masanya sudah tiba.."
Saat itu, tubuh Shiro dan Emyriel bercahaya terang. Eryl terkejut saat matanya menangkap susuk tubuh kedua orang tuanya mula menghilang! Shiro dan Emyriel meleraikan pelukan mereka lalu naik keatas seakan buih.
"T-tak! Jangan! Ayahanda! Bonda! Jangan tinggalkan Eryl! Apa maksud ayahanda dan bonda?! Ayahanda! Bonda!"
Tangan Eryl terkapai-kapai seakan cuba menarik keduanya! Namun, apabila dia menangkap tangan bondanya, tangan itu pecah seakan buih! Matanya membulat tak percaya. Kepala digeleng dan dia tetap melakukan hal yang sama.
"Ayahanda! Bonda! Jangan tinggalkan Eryl!!" Eryl menjerit lantang di ikuti dengan tangisan! Apabila dia cuba melompat, badannya bagai di tarik oleh sesuatu!
"Lepaskan aku! Jangan halang aku! Bonda! Ayahanda!"
Shiro hanya mampu tersenyum untuk kali terakhir begitu juga Emyriel sebelum hilang sepenuhnya seakan buih!
"AYAHANDA!! BONDA!!"
Saat itu, rambut Eryl serta mata kirinya bercahaya! Kedua-duanya mula berubah warna! Rambut yang asalnya hitam, bertukar putih sama seperti Shiro. Mata kirinya pula, berubah menjadi warna merah seakan darah, sama seperti Emyriel.
"Terima lah hadiah terakhir kami anak ku. Sekurangnya, ini boleh menjadi tanda kamu sentiasa ada dengan kau."
***
Alvarez yang baru sahaja pulang daripada pengebumian nendanya, berjalan ke bilik yang menempatkan sekujur tubuh yang sudah tidur 70 tahun lamanya. Susuk tubuh yang sentiasa dikatakan 'harapan' serta 'anak yang ditakdirkan'.
Lelaki berambut merah itu mengelap air mata yang tersisa. Apabila dia sampai sahaja dihadapan pintu, tombol dipulas lalu kaki menampak masuk. Namun..
"Who the hell are you?"
Dia terkejut.
"A-Ayahanda?"
Done bab 1! Hahah awal2 dah sebak en ke tak? Taguna punya author. Sampai dkt dunia lain pun rasa sebaknya hehe.
Anyway, ini hadiah untuk awal puasa😁! Saya ada reason kenapa lenyapkan watak Shiro, salah satunya sebb dia character yg dah lama. So dah tiba masanya untuk dia 'direhatkan' hahaha.😂
Shiro : ya. Aku pun nak rehat jugak. Lepas ni boleh lah lepak dengn author dkt belakang tabir hahaha. Ciao!
Okay thanks Shiro untuk sepatah dua kata. Dan korang jangn keliru ya. Sbb story kali ni memang anjak gila waktunya. Means 70 tahun dari buku 1.
Yg hidup semua Immortal. Habis EK yg lain? Next chap akan diceritakan. Satu2 okay?
Anyway enjoy.♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top