ERCP 2
ERCP 2
AFFAN dan Zafeera mula bergerak ke kawasan waterpoint yang mengambil masa lebih kurang satu atau dua minit.
Mereka memandang sesama sendiri kerana tidak menyangka akan menemui punca air di situ.
“Beb! Ada air paip kat sini!” Zafeera berlari ke arah paip kerana dia berhajat mahu membasuh muka. Air tadahan turut dimasukkan ke lohong mulutnya bagi menghilangkan rasa kering dan haus.
“Aku rasa, mesti dah ada pendaki yang sampai ke sini sebelum kita. Kalau tak, takkan semua ni ada. Mesti dorang buat demi untuk memudahkan para pendaki lain yang datang berkhemah atau berhenti rehat kat sini.” Affan membuat spekulasi sendiri.
“Mungkin jugak. Cuma dorang tak update je perjalanan dorang ke sini kan... weh, Fan! Jom bergambar!”
“Jom!”
Selesai mengambil beberapa keping gambar kenang-kenangan, mereka berdua bersiap untuk meneruskan perjalanan menuju ke puncak.
“Feera, mengikut sejarah dalam pakcik gugel ni... perjalanan ke puncak liang agak mencabar sebab berbatu dan lebih mencanak. Jadi, kita kena bersiap sedia menempuh segala cabaran yang ada.” Affan mengingatkan Zafeera.
“Okey, Fan. Kau pun sama. Hati-hati! Semoga perjalanan kita lancar. Aamiin.”
“Aamiin...”
“Kejap, tunggu Hawra dulu baru kita gerak naik.” Zafeera menahan langkah Affan membuat lelaki itu tepuk dahi dek terlupa si Hawra tiada di situ.
Sejam lebih menunggu, Hawra masih tidak menampakkan muka. Affan dan Zafeera bangkit mencari rakan mereka yang tak kunjung tiba.
“Mana Hawra ni?” Zafeera tak senang duduk menanti Hawra yang masih belum muncul.
“Ha dah sejam lebih kita tunggu, batang hidung dia pun tak nampak,” ujar Affan turut bimbang.
“Hawra!” seru Zafeera.
“Sis! Kita sepatutnya dah kena gerak naik ke Puncak Liang. Takut tak sempat turun karang, hujan pulak. Kalau dah hujan, risiko makin tinggi.” Affan bersuara sambil menjenguk jam di pergelangan tangannya.
“Aku tahu. Si Hawra ni la buat hal betul. dia yang plan ekspedisi ni tapi dia yang hilang. Kita dah bagitahu awal-awal, kan petang ni hujan. Hish!”
“Sekarang macam mana, kita nak cari dia atau batalkan pendakian? Dah nak senja ni.” Mereka sebulat suara ingin meneruskan pencarian.
PAP!
"Aduh!" Hawra mengaduh. Terasa sengal seluruh tubuh dan abdomennya akibat terjatuh dari tempat yang agak tinggi.
Tangan diangkat dan kelihatan ada tompokan seperti najis melekat di situ... "Euww, busuk!" Dia melompat bangun.
Ini semua berpunca dari kelalaian sendiri kerana terlalu riang hingga tidak sedar dahan yang dia duduk, patah.
"Uh ooh ark ark... hnh hnh hmph!" Chipanzi itu bersuara dengan menarik tangan Hawra, cuba membantu bangunkan gadis itu.
Hawra mengalami kegerunan apabila ternampak beberapa ekor si belang mengelilinginya.
"To... tolong! Jangan apa-apakan saya!" rayu gadis itu bersungguh dengan muka yang merah.
Dalam melawan rasa takut yang menggunung tinggi berdepan dengan pak belang, si jambang bergerak sama gaya seperti jalan harimau. Fikirannya mula menerawang ke arah bayangan filem-filem kanibal. Spesis orang makan orang. Oh tidak!
"Jangan makan saya! Saya takde isi. Tulang je! Tolong..."
Si jambang itu berhenti betul-betul di depan muka makhluk cantik itu.
"Gr... ngaum!" Si jambang mengaum. Serentak itu seluruh tentera harimaunya mengaum hingga bergegar tanah dan seluruh kawasan itu membuat Hawra melolong dengan kedua telapak tangan naik menutup muka. Tidak sanggup berdepan dengan haiwan buas yang bakal menjadikan dia mangsa mereka hari ini.
Tiba-tiba dia terasa tubuhnya terbuai-buai dan tergawang di udara hingga menggayatkannya.
Sedar-sedar saja sudah tercampak ke dalam air sampai lemas dibuatnya. Mana tidaknya, arus air yang deras dan dalam, boleh buat dia mati sebab kakinya yang tidak mampu mencecah ke dasar pasir sungai.
Saat terkapai-kapai, sekali lagi Hawra merasa badannya dicentong keluar dari air dan dikepit tubuh bawah ketiak sesuatu dibawa ke tebing. Hawra terlentang lemah.
"Uh? Uh! Umph! Gr..." Menyenget kepala si jambang menilik tubuh basah kuyup Hawra.
Sekejap dia menarik rambut Hawra hingga gadis itu memekik perit. Sekejap pula menguis tangan makhluk cantik itu dan dibawa ke rongga hidung. Ambil bau spesis apakah makhluk itu? Ada tangan sama macam dia. Ada kaki. Ada mata hidung mulut semua hampir sama dengan dia. Si jambang itu mencekak dagu makhluk cantik agar mendongak memandang tepat ke dalam kornea matanya.
Spontan gadis itu bangun duduk, lantas menepis tangan si pelik itu yang masih melekat pada dagunya.
"Ish! Apa ni? Awak ingat saya ni patung ke? Main tarik rambut la. Main tarik itu ini!"
Bulat mata si jambang perhatikan gerak mulut Hawra dek tidak memahami apa yang dituturkan si makhluk cantik.
"Gr..." Deramannya diperdengarkan entah untuk kali ke berapa dan turut menayang gigi taringnya.
Dengan bibir menggetar saling tak tumpah gaya harimau sebenar yang terjumpa mangsa. Namun begitu, pak belang dengan spontan menerpa ke arah si jambang mengecutkan tubuh kurus Hawra hingga tersandar pada batang pokok jati yang rendang. Chipanzi meniru Hawra dengan mengambil tempat di sisi si cantik itu.
Ketakutan Hawra beransur hilang disebabkan tingkah manja si belang terhadap lelaki berjambang itu.
Sikap si belang tak ubah seperti seekor kucing. Tubuhnya dan kepala digesel ke tubuh si jambang. Seketika pula mereka saling bergomol dan bermain-main sehingga membuat Hawra terleka menyaksikan perlakuan keduanya.
"Siapa dia? Betul ke tarzan tu wujud? Tapi, kata Affan tu semua cerita dongeng. Kalau tarzan tu kisah dongeng budak-budak tadika, habis laki yang macam rimau depan aku ni spesis apa? Nak kata manusia? Bercakap pun tak reti. Cuma tahu bunyikan suara rimau dengan unggas hutan je sejak aku jumpa dia awal-awal tadi. Yang herannya, macam mana pak belang tu boleh manja dengan dia sampai macam tu sekali? Dengan aku tadi... sampai jatuh curam nak kena terkam dengan dia. Garang, umph!" Hawra tertanya-tanya siapakah gerangan si jambang itu? Manusia atau spesis apa?
Hawra toleh ke sisi kirinya. Kelihatan si chipanzi sedang bermain reranting kayu sambil menguis-nguis atas tanah mengingatkan dia kepada sesuatu.
Bingkai mata membesar. Terkenang kembali peristiwa sewaktu dia masih di tadika. Dulu dia dan rakan-rakan yang lain pernah dibawa ke pantai oleh guru sewaktu mengikuti rombongan kelas.
Mereka pernah arahkan pelajar menulis dan melukis di atas permukaan pasir dengan tujuan supaya setiap perkataan dan objek yang mereka pelajari tidak mudah lupa.
Dia tersenyum. Tak sengaja terlintas satu rancangan untuk mengajar si rimau berjambang itu menggunakan cara yang sama digunakan oleh gurunya.
Alang-alang sudah tak jumpa jalan keluar, tidak salah jika dia mencuba untuk mendidik si jambang itu jadi manusia normal sepertinya. Setidaknya, dia adalah teman untuk borak nanti. Tidaklah dia kesunyian tersesat sendirian di sini.
Dia mencari kayu ranting berdekatan dan mencoret huruf abjad abc di dada pasir.
Tak diduga, dia berjaya menarik minat cipanzi agar tertumpu apa yang dicoretkannya atas pasir. Dia harap sebentar lagi, si jambang itu juga akan datang padanya dengan sendiri. Pasti lelaki pelik itu mahu tahu apa yang cipanzi dan dia lakukan.
“Ni huruf A... ikut saya. A...” Hawra mula mengajar cipanzi.
Cipanzi garu-garu kepala dengan melempar sengihan penuh menampakkan gusi dan gigi kuning penuhnya. “Uh oh ark ark!” Hanya itu yang keluar dari mulut.
Hawra memegang tangan cipanzi yang sedang menggenggam ranting kayu lalu mengajar dia menulis abjad ‘Aa Bb Cc’ bersama sebutannya.
Mendengar ajaran Hawra, si jambang dan harimaunya merapat dengan duduk bertinggung perhatikan apa yang sedang makhluk cantik dan cipanzi itu perbuat? Nampak gaya seperti berminat dengan ajaran Hawra.
Tidak lama semua diam membisu memprediksi renungan ke arah ukiran di atas pasir, si jambang mula mengikut. Lain yang ditulis Hawra, lain yang dia ikut. Terburai gelak si gadis dek rasa lucu hingga tercengang si jambang dibuatnya.
“Hei, encik rimau! Bukan macam tulah! Tu dah macam bentuk taik. Taik si cipanzi ni!” Dia menyambung ketawanya kerana perbuatan si encik rimau itu benar-benar menggeletek hatinya.
Melihatkan kebisuan Encik Rimau bersama bundar mata lelaki itu menumbuk pandangan ke arahnya tak berkelip, pantas dia menekup mulut. Tawanya mati.
“Sorry... ini A... meh saya ajar awak satu-satu sampai awak mahir.” Hawra cuba tawan hati Encik Rimau dengan memberi ranting kepada lelaki itu dalam keadaan gigil.
Si jambang itu menyambut huluran kayu dari si cantik dan laju disumbat ke dalam mulut melopongkan mulut Hawra yang melihatnya.
Lekas Hawra menarik kayu itu dari mulut Encik Rimau membuat si pelik itu terpinga-pinga.
“Eh, jangan! Bukan macam tulah! Ranting kayu ni bukan untuk makanlah awak! Ni saya nak awak ikut saya tulis atas pasir ni huruf yang saya tulis tu. Faham tak?”
“Uh? Gr...” Sekali lagi Encik Rimau melukis gambar najis bulat-bulat melingkar sehingga bertanduk di hujung secoet memecahkan tawa yang disimpan Hawra.
“Hisy! Tu taiklah taik taik taik awak! Bukan tu. Saya ajar lain. Hisy dia ni, adoi pening ah! Okey, sekarang ikut je apa yang saya buat.”
Hawra yang geram, menarik tangan si jambang dengan membimbing lelaki itu menulis huruf abjad A dengan baik membuat si jambang tenung dirinya tidak berkalih.
Bunyi nafas disedut-sedut memerasankan Hawra bahawa dirinya menjadi tenungan Encik Rimau. Gadis itu jadi salah kena membantutkan niatnya untuk meneruskan pelajaran hari itu.
Pap!
“Ah! Gr! Gr... ooh oh urk!” Tersentak si jambang kepalanya dihempuk dengan beg oleh cipanzi dan kera.
Terkekeh-kekeh si kera dan cipanzi ketawakan Encik Rimau. Hawra tumpang sekaki menonton aksi si jambang mengejar cipanzi dan kera-kera yang nakal kenakannya tadi. Harimau yang garang tadi hanya berehat di bawah pohon rendang tepi sungai menghadap air terjun.
Hawra tidak berani dekatkan diri dengan pak belang. Risau jika dirinya dibaham.
Dia ternampak beg yang dicampak cipanzi dan kera-kera tadi. “Eh, tu beg aku!” Dia baru perasan beg sandangnya hilang ketika dia jatuh tadi. Hendak bangkit jalan, dengan semena-mena kaki sakit.
Dia memeriksa keadaan kakinya. Ada lebam dan luka bahagian lutut dan buku lali. Patutlah sakit sangat. Dia menyengih menahan rasa yang begitu menyengat dan akhirnya tertidur di bawah pokok itu.
4 mac 2023 update
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top