BLURB ERCP

🌸BLURB- ENCIK RIMAU & CIK PENGEMBARA 🌸

TIPIKAL orang kita. Asalkan Encik Rimau saja mesti hero dingin dan garang. Hero berhati batulah dan sewaktu dengannya. Bagaimana pula jika Encik Rimau itu benar-benar rimau yang terwujud sebagai manusia?

"Ada ke manusia berkawan dengan harimau? Atau gelaran Encik Rimau hanya wujud sebagai harimau jadian?"-Hawra Hanania

"Kalau harimau tu spesis saka mungkin boleh diterima akal manusia normal tapi... kalau manusia berkawan baik dengan rimau, tu jarang dengar."-Zafeera Safiyya

"Kalau ada pun, tu tarzan. Filem animasi. Ini realiti bukan cerita dongeng budak-budak tadika, Hawra oi."-Affan Kasyaf

Itulah pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan sependaki serta pengembara bersama si Hawra Hanania.

Percaya atau tidak, kenyataannya itulah yang terjadi kepada Hawra Hanania. Tak dijangka ketika sedang mengambil gambar dari sudut pemandangan yang indah, dia dikejar seekor harimau ganas hingga tersesat ke tengah rimba dek terjatuh ke dalam cenuram dan pitam. Dia terpisah dari rakan-rakannya.

Tersedar tatkala terasa ada air menyimbah ke wajahnya seperti air hujan. Buka saja mata, terpacul makhluk berjambang, rambut serabai, dengan hanya berseluar pendek sedang tenung dirinya seolah-olah dia sejenis objek pelik pula mengejutkan Hawra Hanania.

"Uh? Aum! Gr..."-Encik Rimau

"Argh! Encik Rimau!"-Hawra Hanania

Hawra Hanania bangkit lari ke tengah belukar dan terserempak dengan pemburu rimba. Dia hampir dibunuh mereka dan diselamatkan si encik rimau bersama harimaunya berjaya mengusir pemburu-pemburu itu lintang-pukang cabut lari.

Kali kedua Hawra diselamatkan Encik Rimau. Siapakah gerangan si jambang itu? Ingin dia mengenalinya dan mereka tinggal bersama dalam hutan itu kerana tidak menemukan jalan keluar. Dari gerun terhadap harimau yang garang, perlahan terbit perasaan sayang melihat kasih yang dicurahkan harimau itu terhadap tuannya. Selama dia dijaga harimau dan lelaki rimba, pelbagai rencah terjadi dari mengajar bahasa pertuturan manusia normal sehingga penampilan diri si jambang itu turut diubah lebih rapi.

"Hai Encik Rimau... saya, Hawra Hanania."-Hawra Hanania

"Hoi, cik... pelik! Sa... saya encik rimau!"-Encik Rimau

"Kenapa awak gelar saya cik pelik?"-Hawra Hanania

"Tu... dalam benda kan... kantung tu macam-macam... ada. Pelik."-Encik Rimau

Kegembiraan mereka tidak lama, setelah 3 bulan hilang mereka ditemui pasukan renjer hutan. Encik Rimau bersama harimaunya pula ditangkap oleh majikan Hawra, Tuan Hanafi untuk dijadikan bahan ujikaji serta pameran untuk tatapan mata dunia demi mengejar keuntungan juga populariti, meremukkan hati Hawra Hanania.

Mampukah dia selamatkan Encik Rimau bersama harimaunya yang tiba-tiba didatangi seorang wanita separuh usia mengatakan dia mencari anaknya yang hilang sejak usia 5 tahun bernama Izz Arman dari hutan yang sama ketika pergi bercuti bersama rakan-rakan dan guru tadika. Wajahnya seiras dengan Encik Rimau versi kanak-kanak. Mungkinkah anak yang dicari itu adalah orang yang sama?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top