🌹Special Chapter 1🌹
200 votes + 40 comments
Jungkook melangkah ke arah dapur sambil tangannya sibuk mengelap rambutnya yang masih basah itu.
Kelihatan Suyeon sedang bersandar pada kabinet dapur sambil bercakap telefon dengan seseorang.
Hal yang membuatkan Jungkook tidak keruan ialah, kelihatan gadis kesayangannya itu sedang menahan diri daripada menangis.
Dengan siapa bercakap? Kenapa dia menangis?
Lantas Jungkook mempercepatkan langkahnya memasuki ruang dapur itu.
Suyeon sudah membuat isyarat jari telenjuk pada bibirnya tanda supaya Jungkook diam buat seketika.
"iya, ibu nanti adik bincang dengan Jungkook dulu ya" kata Suyeon sambil memandang ke arah Jungkook.
Jungkook hanya diam, wajahnya turut bertukar muram. Tiada lagi senyuman kacaknya itu.
"iya, ibu. Bye" kata Suyeon lalu menamatkan panggilan itu.
"nak peluk, tak?" Jungkook menyoal Suyeon sambil mendepakan tangannya.
Sungguh Jungkook dapat merasai yang Suyeon rasa tertekan dan perlukan belaian kasih sayang buat masa sekarang.
Suyeon mengangguk, lantas dia mendekati Jungkook dan masuk kedalam dakapan Jeon Jungkook itu.
Pelukan yang hangat itu sungguh dapat melegakan hati Suyeon.
Jungkook memandang ke luar tingkap, kelihatan angin mula bertiup kuat.
"Kenapa semua orang tak faham, kita berdua masih belum bersedia nak ada anak. Kita tak nak bakal anak kita tu terseksa. Kenapa susah sangat ibu nak faham" Suyeon mengadu kepada Jungkook. Sambil wajahnya dibenamkan pada dada bidang milik Jungkook itu.
Jungkook mengusap lembut rambut isterinya itu, rasa bersalah yang membuak dalam dirinya. Kalau bukan sebab dia dilahirkan sebegini, tidak akan Suyeon menimpa desakan seperti ini.
"Sayang, maafkan--" belum sempat Jungkook habiskan ayatnya Suyeon menyampuk.
"tak, bukan salah awak. Orang lain tu yang suka desak kita berdua. Bukannya kita sengaja nak jadi macam ni" ujar Suyeon.
Makin erat dakapan yang dihasilkan oleh Jungkook itu.
"awak.." meleret sahaja suara Suyeon memangil suaminya itu.
"iya, sayang" balas Jungkook.
Suyeon menghalakan kelapanya ke arah tingkap.
"kenapa sekarang cuaca mula ikut perasaan awak? awak dah tak cintakan saya ke?" Suyeon menyoal.
Jungkook tergelak kecil sebelum mencapai kedua-dua belah tangan Suyeon.
"dulu cuaca tak ikut cakap saya sebab, saya dah jatuh cinta" kata Jungkook.
"tapi sekarang, fasa cinta tu dah mula bertukar kepada fasa menyayangi" sambung Jungkook.
"eish, awak ni, suka buat saya blushing" Suyeon menepuk manja bahu Jungkook sambil menahan senyum.
"eleh, suka lah tu" balas Jungkook lalu mencubit pipi Suyeon.
"dahlah, saya nak masak. Pergilah tolong siram pokok dekat luar tu" kata Suyeon.
"tak apa, nanti saya tengok movie sedih, hujan turun. Tak payah siram pokok" balas Jungkook lalu berjalan menuju keluar dari bahagian dapur.
"eh, jangan nak mengada. Saya nak jemur baju nanti" balas Suyeon.
"ehehe, ok tak, tak" balas Jungkook.
Suyeon menggeleng perlahan kepalanya.
"tapikan, sayang, mungkin kita boleh cuba?" kata Jungkook secara tiba-tiba.
"cuba apa?" Suyeon menyoal.
"dapatkan anak dan besarkan anak kita sendiri"
TBC
Macam mana? suka tak chapter merapu ni? AHAH maaf weh!
Oh ya, suka baca cerita gabungan fantasi dan real life macam ni? aku ada sediakan satu lagi cerita yang fantasi tapi jalan cerita yang 100% berbeza dan 99% lebih menarik 85% lebih comelll!
Tajuk = Encik Anti-Teknologi
Sinopsis=
Seorang jejaka tampan bernama Jeon Jungkook merupakan pengarah filem dan drama yang terkenal.
Sebut sahaja k-drama descendants of the moon, Legend of the Blue River, Strong Woman Do Bongok, What's Wrong with Secretary King Kong dan macam-macam lagi. Semuanya dikenali oleh peminat-peminat k-drama diluar sana.
Tahukah anda, pengarah drama itu ialah Jeon Jungkook?
Dia juga dikenali sebagai seorang yang anti-teknologi.
Mungkin ada yang tidak tahu tentang kelemahan Jungkook.
Sebenarnya bukan dia yang anti-teknologi. Tetapi, teknologi itu yang anti-Jungkook.
Sejak Jungkook kecil, dia tidak pernah menaiki asculators kerana dia mempunyai satu masalah.
Setiap kali dia menggunakan peralatan elektrik, ianya akan terpadam atau erti lain auto shutdown
Jadi, sejak kecil sehingga ke dewasa, Jungkook tidak pernah membuka peti ais,kipas dan lampu sendiri. Semuanya, orang lain yang lakukan.
Belum kira bagaimana dia ke tempat kerja, fikir dia boleh memandu?
Ada orang kata yang hidupnya akan normal, jika dia bertemu dengan teman hidup sejatinya.
Mungkin benar? Mungkin tidak?
Baca chapter 1 pun aku dah cukup bersyukur dah weh! Apa-apa pun tinggalkan pendapat kau, negatif atau positif aku tak kisah. Aku on je! jangan kutuk cerita ni mengarut je sudah. Maceh!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top