▪Epilogue▪
Thank you untuk semua kerja keras para readers, Tanpa anda, cerita ini tidak akan sampai ke tahap ini.
Maafkan aku juga sebab ugut macam tu.
Aku janji, nanti aku buat lagi 😂
●●●●
Jeon Jungkook POV💚
Jungkook mengusap perlahan wajahnya diikuti dengan keluhan berat. Berapa kali difikirkan pun, jawapannya masih sama.
Buntu.
Tidak pula dia sedar yang matanya mula mengugurkan air mata.
Kim Suyeon POV💚
Suyeon menyelak langsir biliknya, kelihatan hujan sudah berhenti.
Lantas Suyeon mendail nombor Jungkook.
"hello" Suyeon menyapa terlebih dahulu sebaik sahaja panggilan bersambung.
"hello.." balas Jungkook berserta dengan suara seraknya.
"Awak menangis ke?" Suyeon menyoal dengan nada risau.
"baru lepas nangis" jujur sahaja Jungkook menjawab.
Suyeon melemparkan pandangannya ke luar tingkap, patut sahaja hujan berhenti, rupanya Jungkook sedang sedih.
Suyeon terfikir sesuatu, jika cuaca selalu mengikut perasaan Jungkook. Maka, kalau Jungkook jatuh cinta, cuaca akan berubah berlawanan dengan perasaan Jungkook.
"awak, Saya nak tanya. Betul awak sayangkan saya?" Suyeon menyoal dengan nada sayu. Seakan-akan gadis itu dapat merasai hubungan mereka tidak akan berkekalan.
"mestilah" nada suara Jungkook agak melonjak apabila gadis kesayangannya itu menyoal sedemikan.
"Jadi, awak nak teruskan hubungan kita atau tidak?" Suyeon menyoal.
"a-aku.. aku.. tak tahu" balas Jungkook.
"kalau aku teruskan hubungan kita, seluruh bandar akan banjir. Dan kalau kita berdua ditakdirkan dapat anak. Dia akan sengsara sama macam aku. Aku tak nak perkara tu terjadi" kata Jungkook lagi.
"awak nak kata, yang awak nak tamatkan semua ni, dengan cara tidak lahirkan keturunan awak?" Suyeon menyoal bagi mendapatkan kepastian.
"i-iya, maafkan aku, Kim Suyeon" ucap Jungkook.
"Awak tahu, seumur hidup awak,Terlalu banyak awak berkorban untuk seimbangkan cuaca. Tak salah,untuk awak merasai kebahagian, betul?" balas Suyeon.
"Suyeon-shi, aku rasa dah lewat malam ni. Kita bincang lain kali. Selamat malam" kata Jungkook lalu dia memutuskan panggilan begitu sahaja.
Suyeon mengeluh berat sebelum dia melemparkan telefonnya keatas katil miliknya.
☆☆☆☆
Jungkook memandang sejenak kearah Suyeon. Restoran mewah yang ditempah oleh Jungkook untuk makan malam bersama dengan Suyeon.
"teruskan, aku nak dengar" kata Jungkook sebelum dia menggenggam lembut pergelangan tangan milik Suyeon.
Wajah gadis itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Jungkook hanya mahu mendengar suara gadis itu berbicara, lagi-lagi apabila Suyeon kata yang dia ada jalan penyelesaian.
"kalau awak sedang bercinta, cuaca akan berubah ikut lawan perasaan awak, betul?" Suyeon menyoal.
Jungkook hanya mengangguk kecil sambil bibirnya dimuncungkan kecil.
"jadi, katakanlah, sepanjang kita berkhawin. Setiap malam kita tonton movie-movie yang sedih. Kalau awak menangis, maksudnya hujan tak akan turun. Kan?" Suyeon menyoal.
Jungkook berfikir sejenak sebelum dia mengangguk perlahan kepalanya.
Suyeon mengukirkan senyuman kecil sebelum menggapai jari-jemari milik Jungkook itu.
"jadi, kita masih ada peluang untuk bersama" kata Suyeon.
☆☆☆☆
2 Bulan kemudian..
"kita nak pergi mana?" Suyeon menyoal pelik apabila Jungkook menggunakan jalan lain untuk pulang kerumah.
"nak balik rumahlah, sayang" balas Jungkook.
"Eh? lain macam je laluan ni" balas Suyeon.
Jungkook mengukirkan senyuman sebelum memusingkan stereng kereta bagi memasuki simpang jalan.
"eh, awak jangan main-main. Gelap ni.." suara Suyeon mengendur.
"Eish, cuba percayakan sikit suami awak ni" balas Jungkook.
"iya, memang saya percaya suami saya ni" balas Suyeon sebelum mencubit manja pipi milik Jungkook itu.
Jungkook masih lagi mengukirkan senyuman bahagia sebelum dia memarkir kereta dihadapan sebuah rumah agam.
Jungkook membuka pintu kereta diikuti dengan Suyeon yang turut keluar dari kereta itu.
Suyeon memandang kearah rumah agam yang terdiri teguh itu, rumah yang Jungkook pernah kata, yang dia sudah menjualnya.
Tidak pula Suyeon sangka yang Jungkook akan membeli semula rumah itu semata-mata untuk dirinya.
Lantas Jungkook mencapai jari-jemari Suyeon dan mencium lembut jari-jemari milik gadis itu.
"Suka tak?" Jungkook menyoal.
Suyeon memandang sejenak kearah Jungkook itu sebelum merangkul leher lelaki itu lalu gadis itu berbisik,
"selagi saya ada encik pengubah cuaca bersama saya, akan saya suka apa sahaja yang dia lakukan"
-The End-
Suyeon dah jumpa encik pengubah cuaca, anda bila lagi?
Happy ending ni aku bagi, korang happy tak? 😂
Oh ya, kalau aku, bukukan cerita ni. Siapa nak beli?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top