7: Ubat
80 votes + 30 comments
Jungkook memarkirkan kereta dihadapan sebuah rumah agam yang lebih dikenali sebagai rumah ibunya.
Enjin kereta dimatikan oleh Jungkook sebelum dia berganjak turun dari perut kereta.
Jungkook melangkah menaiki anak tangga menuju ke muka pintu masuk rumah ibunya.
Permukaan pintu diketuknya perlahan, setelah beberapa detik, pintu rumah dibuka, terpampar wajah ibu kesayangannya.
Ibunya menyentuh setiap sudut wajah Jungkook akibat terlalu rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.
Dahi dan pipi Jungkook dicium berkali-kali tanda yang dia amat sayang akan Jungkook.
Jungkook hanya tersenyum bahagia sebelum dia memeluk tubuh ibunya yang lebih rendah daripada ketinggiannya.
Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah bersama.
"Ayah mana?" Jungkook menyoal ibunya.
"dia tak ada, dia pergi bercuti main golf dengan kawan-kawan dia" ibu Jungkook membalas.
"Lah, ibu tinggal sorang-sorang lah?" Jungkook menyoal.
"Eh, tak lah kan pembatu rumah ada. Driver pun ada Tukang kebun pun ada" ibu Jungkook.
Mereka berdua tiba di meja makan, Cepat-cepat Jungkook menarik kerusi supaya ibunya duduk disitu.
"Ibu nak datang pejabat kamu boleh?" soal ibunya setelah melabuhkan punggung diatas kerusi itu
"Bukan tak boleh, tapi Jungkook busy sangat. Jarang duduk dekat pejabat selalu buat kerja di luar" ujar Jungkook.
"alah, bukan datang lama pun. Ibu nak datang untuk makan tengah hari sama-sama je" ujar ibunya.
"tengoklah dulu macam mana" Jungkook membalas setelah mengambil tempat duduk dihadapan ibunya.
"Jungkook, kamu okay? Sejak akhir-akhir ni, ibu tengok kerap hujan dan petir, marah dengan siapa?" ibu Jungkook menyoal.
"Jungkook selsema, tu yang serabut sikit hidung berair" Jungkook menjawab.
"nanti makan ubat" ujar ibunya dengan penuh prihatin.
Mereka berdua menjamah makanan yang sudah terhidang diatas meja yang disediakan oleh pembantu rumah sebelum Jungkook tiba tadi.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
Jungkook membuka penutup botol ubat selsema.
Dia menggoncangkan botol itu sambil menyerongkan botol itu sedikit. Beberapa biji pil keluar.
Jungkook meletakkan botol ubat tersebut diatas meja lalu dia mencapai segelas cawan yang berisi air.
Baru sahaja Jungkook ingin menelan ubat tersebut. Tiba-tiba dia berhenti.
Jungkook teringat sementara tentang kesan ubat itu.
Jungkook memandang kearah jam dinding yang tergantung di dinding dapur rumahnya.
Sudah pukul dua pagi. Kalau dia telan ubat itu sekarang. Sudah tentu esok pagi dia akan bangun lambat.
Jungkook mengosok kuat dihujung batang hidungnya, sungguh menyerabutkan hidung yang berair ini.
"Tapi.. kalau tak makan esok mesti hujan sebab aku serabut" ujar Jungkook sendirian.
Jungkook mengambil telefonnya, lalu dia mendail Taehyung.
Setelah beberapa saat berlalu, panggilan disambungkan.
"hmm-mm hello?" suara mengantuk Taehyung menyapa terlebih dahulu.
"sorry, Taehyung sebab ganggu kau pukul dua pagi ni" Jungkook berkata.
"kenapa call ?" Taehyung menyoal.
"aku nak makan ubat ni" ujar Jungkook.
"makan jelah" balas Taehyung. Dalam keadaan dia mengantuk tanpa sedar dia tercakap sebegitu.
"tapi, kesan ubat selsema tu mengantuk. Kalau aku tak bangun tidur esok pagi macam mana?" Jungkook mengungkapkan masalahnya.
"Tak apa, nanti saya pergi rumah tuan. Kalau tuan tak bangun saya kejutkan tuan" ujar Taehyung.
"janji tau" kata Jungkook .
"iye tuan" Taehyung membalas sebelum panggilan dimatikan.
☆☆☆☆
"
Tuan, bangun" suara Taehyung menyapa telinga Jungkook.
Perlahan-lahan Jungkook membuka mata.
"aku mengantuk. Bagi 5 minit kejap" ujar Jungkook.
Selimut itu ditarik oleh Jungkook sehingga mencapai kepalanya.
"Awak nanti tolong kejutkan tuan ya. Saya kena pergi dah ni, ada kerja lain nak urus dekat syarikat itu" ujar Taehyung kepada seseorang.
"Taehyung kau bawa siapa tu?" Jungkook menyoal dari dalam selimut.
Tetapi Taehyung tidak menjawab.
"Taehyung?" Jungkook memanggil lagi sekali lagi dari bawah selimut itu.
"Taehyung?!" Jungkook meninggikan sedikit suaranya lalu bangkit dari baringnya.
Alangkah terkejutnya bila wajah dihadapannya sekarang ini bukan Kim Taehyung tetapi Kim Suyeon.
"T-taehyung dah pergi" tergagap Suyeon dibuatnya.
Mata Jungkook tidak berkedip memandang wajah Suyeon dihadapannya. Sudahlah baru bangun tidur tiba-tiba sahaja Suyeon berada di rumahnya, didalam bilik tidurnya pula tu.
"A-awak" Suyeon mula bersuara setelah beberapa saat keadaan menyepi.
Jungkook masih lagi memandang wajah Suyeon, dia sangat blur sekarang.
"A-awak tak pakai baju"
TBC
okay, cerita ni makin kelaut🤧
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top