5: Hujan
70 votes + 35 comments
"Hari ni kau tak pakai macam semalam?" Jungkook menyoal sambil matanya memandang tepat kearah anak mata Suyeon.
"Ha?" Suyeon blur. Apakah yang cuba disampaikan oleh bosnya itu.
"Kasut kau" sengaja Jeon Jungkook mengingatkan.
"ouh, Ha Ha" kekok Suyeon ketawa apabila teringat kejadian semalam.
"Jadi, aku nak kau buat sesuatu yang mudah sahaja" Jungkook mula kembali kepada topik tentang kerja.
Kim Suyeon dan Kim Taehyung hanya memandang wajah Jungkook yang sedang duduk di sofa chesterfield itu.
"Yang pertama aku tak suka bising. Jadi jangan berbual banyak dengan aku, jangan ketawa terlalu kuat dan jangan buat sesuatu yang menghasilkan bunyi yang bising" ujar Jungkook.
Suyeon hanya mengangguk tanda faham.
"Yang kedua, kalau berkerja berdekatan dengan aku, pastikan kau minimumkan kesalahan. Aku tak suka kerosakan" kata Jungkook.
Suyeon agak teragak-agak untuk mengangguk, Ah! jelas sekali yang dirinya itu cemerkap, sudah tentu dia akan lakukan banyak kesalahan.
"Yang ketiga, disebabkan kau tolong menghidu untuk aku. Aku perlukan kau sepanjang hari. Kau faham bukan? Sepanjang hari" Jungkook menekan ayatnya.
"Jadi, aku akan hantar kau balik rumah. Kau kena ikut aku pergi mana sepanjang aku selsema ni" Jungkook menyambung ayatnya.
"B-baiklah" Suyeon membalas.
Taehyung pula mula rasa bersalah sebab membabitkan Suyeon dalam hal ini. Sudahlah hari ini, hari pertama Suyeon berkerja di syarikat ini.
"Ok, Taehyung boleh keluar" Jungkook mengarah.
Taehyung menunduk hormat lalu berjalan keluar dari pintu bilik itu.
Suyeon hanya kekal memandang lantai, dia sudah tidak berani mengangkat muka menghadap Jungkook.
Jungkook menyengetkan sedikit kepalanya ke kanan bagi memandang wajah Suyeon yang menunduk itu.
"Kim Suyeon" Jungkook memanggil.
"Y-ya?" pantas Suyeon memandang wajah Jungkook yang berada dihadapannya.
"Jangan risau, aku tak pernah makan orang lagi sepanjang aku hidup ini" ujar Jungkook.
"Saya harap saya bukan orang pertama yang akan kena makan" Suyeon membalas.
Jungkook tersenyum dengan keadaan bibir sebelah kanannya sahaja yang dinaikkan.
"Aku pun harap macam tu" kata Jungkook.
Jungkook bangkit dari sofa lalu berjalan kearah pintu. Manakala Suyeon kekal berdiri disitu.
"Yah, Kim Suyeon. Kau nak berdiri dekat situ sepanjang hari ke?" Jungkook menyoal.
"T-tak" pantas Suyeon berpaling kebelakang dan lantas mengikut Jungkook keluar dari bilik itu.
☆☆☆☆
"Bau cecair yang ini, bagaikan campuran antara bunga jasmin dan madu yang dibiarkan didalam botol selama beberapa hari lalu baunya berubah seolah-olah sebati dan harum" ujar Suyeon kepada Jungkook.
Jungkook mengangguk menandakan dia dapat menghayati kata-kata Suyeon tadi walaupun dia tidak dapat menghidu.
Bait-bait kata Suyeon sungguh dapat membuatkan Jeon Jungkook itu membayang bagaikan dia dapat menghidu aroma yang diperkatakan.
"Baiklah, simpankan cecair ini selama beberapa hari saya ingin aromanya semakin sebati. Nanti dalam empat hari lagi saya akan datang membuat pemeriksaan sekali lagi" ujar Jungkook kepada ahli pengkaji itu.
☆☆☆☆
Suyeon sudah mengemas barang-barangnya, sempat dia mengerling ke arah jam tangannya, sudah masuk pukul 5 petang. Sudah tiba masa untuk dia pulang.
Tiba-tiba telefon berdering, terpampar nama Bosnya di skrin telefon.
"Hello?" Suyeon menyapa sebaik sahaja mengangkat panggilan itu.
"naik atas sekarang, aku nak minta kau hidu sesuatu" ujar Jungkook tanpa membalas langsung 'hello' dari Suyeon.
"T-tapi, awak.. saya nak balik dah ni" ujar Suyeon dengan penuh berhati-hati.
"kan aku dah cakap yang aku hantar kau nanti" Jungkook membalas.
"Saya kena pergi stesen bas sekarang" Suyeon memandang kearah tingkap bagi melihat keadaan langit.
"kenapa?" Jungkook menyoal secara dingin. Dia sudah mula rasa nak rimas dengan hidungnya yang berair.
"dah mendung ni, kalau lambat nanti hujan" kata Suyeon.
"Kalau hujan kenapa?" tanya Jungkook.
"susahlah saya nak balik naik bas nanti" kata Suyeon.
Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat berselang-selikan dengan bunyi guruh.
"Dah hujan, datang bilik aku sekarang" kata Jungkook lalu dia matikan panggilan.
Kim Suyeon terkaku memandang kearah langit yang menjatuhkan hujan itu. Cepatnya hujan turun.
Haih, Bos ni pun satu. Apa benda sangat yang dia nak minta hidu tu sampai tak boleh nak tunggu esok.
TBC
Siapa lagi duh yang tunggu cerita nih?
Aku nak nangis duh T-T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top