4: Tugas

60 votes + 32 comments

"Saya nak mintak awak jadi hidung sementara Bos" kata Taehyung.

"Hah?" Suyeon tidak dapat menangkap bait-bait kata Taehyung yang terlalu pelik itu.

"Bos selsema, jadi saya nak minta awak describe fragrance yang akan diuji hari ini" Taehyung menerangkan kepada Suyeon.

"kenapa tak ambil ubat selsema?" soal Kim Suyeon.

"kesan dia buat jadi mengantuk" balas Kim Taehyung.

Suyeon mengangguk tanda memahami situasi itu.

"boleh?" Taehyung minta jawapan dari Suyeon.

"err.. macam mana kerja saya yang hari ini?" soal Suyeon.

"awak baru mula kerja hari ini, bukan?"  Taehyung mengupakapkan.

Kim Suyeon mengangguk perlahan.

"jadi anggaplah ini kerja awak buat masa sekarang. Kerja yang dipejabat itu boleh diselesaikan oleh pekerja yang lain" kata Taehyung.

Kim Suyeon berdiam diri sebentar.

Taehyung menjongketkan keningnya tanda meminta jawapan Suyeon bagi soalannya yang pertama tadi.

"boleh lah" akhirnya Suyeon memberi jawapan.

Lantas Taehyung menarik tangan Suyeon berlari ke lif.

Taehyung menekan butang lif berulang-ulang kali jelas sekali yang dia ingin cepat.

Sempat jejaka yang bernama Kim Taehyung itu menyelak sedikit lengan bajunya bagi melihat waktu pada jam tangannya.

Kira-kira tinggal lagi 20 minit sebelum Jungkook masuk ke pejabat. Apabila meredahi jalan raya yang sesak hari ini.

Lif masih lagi belum tiba, hal ini membuatkan Taehyung amat cemas. Taehyung makin mengeratkan pegangan tangan antara dirinya dan Suyeon lalu menarik dengan kuat tetapi masih terselit kelembutan terhadap seorang wanita, dan  pantas menuju ke tangga kecemasan.

Pintu tangga kecemasan itu ditolak kuat oleh Taehyung menyebabkan bergema seluruh bahagian tangga itu.

Suyeon hanya mengikut jejak langkah Taehyung dari belakang yang sedang menaiki setiap anak tangga kecemasan itu.

Apabila tiba ditingkat yang ingin dituju, Taehyung berlari membuka pintu tangga kecemasan dan keluar dari situ.

Nasib baik sahaja hari ini Suyeon tidak memakai kasut tumit tinggi, kalau tidak sudah tentu dia jatuh tergolek semasa berlari ke sana sini.

Taehyung menuju ke arah sebuah pintu ruang bilik pejabat yang sudah menampakkan bertapa ekslusifnya bilik tersebut walaupun dari sudut luar.

Pintu bilik tersebut ditolak kuat, alangkah terkejutnya Suyeon apabila wajah seorang jejaka yang amat sempurna pada setiap sudut wajahnya sedang duduk di sofa chesterfield.

"Taehyung, wae?" soal Jeon Jungkook apabila Taehyung tindakan Taehyung membuka pintu biliknya tanpa mengetuk malahan dihembas dengan kuat.

"err.. ani Saya ingat yang tuan tak sampai lagi. Maaf" ujar Taehyung lalu menunduk sehingga mencapai sudut 90° .

"Oh, it's okay. Since kau pun nak cepat" balas Jungkook.

"Tuan, ini Kim Suyeon. Dia akan tolong tuan sepanjang selsema tuan masih belum sembuh" ujar Taehyung.

Maka.. Jejaka yang bernama Jeon Jungkook itu memandang ke arah Suyeon yang berdiri disebelah Taehyung itu.

"hari ni kau tak pakai macam semalam?" soalnya.

TBC

weih.. bab ni kurang part jungkook maaf yaa.

Btw.. aku nak minta feedback sepanjang 4 chapter ni. Tolong yaa, aku nak upgrade jadi lebih bagus.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top